MAJALAH EDISI 1, MEI 2021
Hargai Bumi ISU
Kita
PENCEMARAN
ALAM SEKITAR
Pencemaran
Alam Sekitar
Mengancam
Kehidupan
DI SEBALIK
TABIR
KETUA EDITOR
NURUL ANIS SHAHIRA BINTI RASHIDI
PENASIHAT PENGARANG IDEA
PUAN SOLHAL HUDA BINTI SAHIDAN ILHAM KHAIRUNNISA BINTI ILIAS
JURU ARTIKEL
AZLINA BINTI OTHMAN
ISI
KANDUNGAN
01 02
PENGHARGAAN MAKSUD DAN JENIS
PENCEMARAN
04
08
PENCEMARAN UDARA
PENCEMARAN AIR
11 17
PENCEMARAN TANAH GALERI ALBUM
21 22
PENUTUP RUJUKAN
1
Penghargaan
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan
limpah kurnia dan izinNya dapatlah kami menyiapkan tugasan
projek ini bagi memenuhi sebahagian daripada keperluan
diploma pengurusan pelancongan di Politeknik Tuanku Syed
Sirajuddin.
Setinggi-tinggi penghargaan terima kasih diucapkan kepada
pensyarah yang mengajar, Puan Solhal Huda binti Sahidan
yang telah banyak memberikan bimbingan, nasihat serta
tunjuk ajar kepada kami sehingga tugasan ini dapat disiapkan.
Penghargaan dan terima kasih juga kepada rakan-rakan
seperjuangan yang banyak memberi sokongan dan bantuan
bagi melengkapkan tugasan ini.
Akhir sekali, terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang
telah membantu kami sama ada secara langsung dan tidak
langsung bagi menyiapkan tugasan ini. Semoga Allah SWT
memberi balasan yang lebih baik jua. Amin.
-SEKIAN-
NURUL ANIS SHAHIRA BINTI RASHIDI
( KETUA EDITOR )
2
Pencemaran ditakrifkan sebagai pembuangan
benda-benda atau bahan-bahan hasil dari
aktiviti manusia kepada alam persekitaran
menyebabkan terganggunya keselesaan atau
kemandirian kehidupan.
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
(DBP) mengatakan bahawa
pencemaran adalah suatu perbuatan yang
mencemarkan (mengotorkan) -
pengotoran alam - perbuatan mencemarkan
kebersihan alam sekeliling dengan
sampah sarap .
Terdapat pelbagai cara pencemaran ini
boleh berlaku . Tetapi ianya terbahagi
kepada dua jenis iaitu :
Faktor semula jadi
Pencemaran yang disebabkan oleh faktor
semulajadi adalah pencemaran yang
berlaku dengan sendirinya setelah
berlakunya bencana alam seperti letusan
gunung berapi, dilanda ribut taufan,
gempa bumi dan sebagainya.
Faktor manusia
Pencemaran yang disebabkan oleh faktor manusia adalah 3
pencemaran yang dilakukan oleh manusia samada sengaja atau
tidak disengajakan . Antaranya adalah:
a. Pencemaran Udara
Contohnya, gas-gas beracun, zarah-zarah yang terperangkap
hasil dari asap kenderaan, jerebu dari kesan pembakaran secara
terbuka dan sebagainya .
b. Pencemaran Air
Contohnya, pembuangan air
kumbahan, sisa-sisa kimia,
haba, pembuangan sampah
dan sebagainya.
c. Pencemaran Tanah
Contohnya, pemusnahan
hutan akibat pembalakan,
pembuangan sisa-sisa kimia
dan sisa-sisa pepejal .
4
APA ITU
PENCEMARAN
Pencemaran udara adalah satu keadaan
yang melibatkan bahan kimia, jirim zarah
yang terkandung dalam udara sehingga
berlakunya perubahan dan ketidakselesaan.
Bahan-bahan tersebut terampai di udara
dan memberi kesan negatif kepada
manusia, tumbuhan dan haiwan. Bahan-
bahan ini akan memasuki kedalam tubuh
manusia melalui pernafasan dan berupaya
menyekat pengaliran oksigen ke dalam
salur-salur darah.
5
PUNCA-PUNCA
1.Kenderaan motor
Kenderaan motor merupakan penyumbang pencemaran utama di
dunia. Masyarakat moden amat bergantung kepada pengangkutan
bermotor seperti kereta, motor, lori, kapal terbang dan sebagainya.
Setiap kenderaan motor memerlukan tenaga yang banyak untuk
bergerak dan ini perlu melalui proses pembakaran bahan api fosil
untuk menghasilkannya. Akibatnya, gas karbon monoksida, nitrus
oksida, hydrokarbon dan habuk-habuk telah terbebas dan
tercemar.
2. Aktiviti pembangunan dan perindustrian
Perkembangan ekonomi dunia bergantung kepada industri-industri yang
menghasilkan barang untuk dieksport atau untuk aktiviti perniagaan
domestik. Namun, ini telah menambah buruk keadaan pencemaran udara
dunia. Pelepasan nitrogen, sulfur dioksida, hidrokarbon dan karbon
dioksida telah membawa kesan sampingan kepada kehidupan alam sekitar.
Selain itu, bukan sahaja gas-gas pencemar dilepaskan oleh industri,
manakala habuk-habuk yang mampu mengakibatkan sesak nafas manusia
juga dilepaskan.
3. Pembakaran terbuka
Pembakaran terbuka sering berlaku di kawasan tapak pelupusan sampah,
sisa pepejal di kawasan industri dan tapak pembinaan, sisa perladangan,
sisa kebun serta pembakaran di hutan simpan. Akibatnya partikel jelaga
yang boleh diterbangkan ke jarak jauh oleh angin telah dihasilkan.
Akhirnya, keadaan jerebu berlaku di sekeliling tempat. Keadaan tersebut
akan menjadi lebih serius pada musim panas panjang kerana ia turut
menyumbang kepada masalah jerebu yang mampu menjejaskan kesihatan
awam dan mengurangkan jarak penglihatan. Contohnya, masalah jerebu
yang melanda Malaysia pada tahun 1997 menyebabkan hampir seluruh
negara seolah-olah diselubungi 'asap'.
4. Aktiviti harian manusia
Isi rumah menyumbang kepada pencemaran udara melalui penggunaan
tenaga untuk mesin dan perkakas elektrik seperti peti sejuk dan
penyaman udara. Apabila cecair penyejuk digunakan, gas
Klorofluorokarbon (CFC) akan dilepaskan ke udara dan ia mampu
menipiskan lapisan ozon. Selain itu, penggunaan peralatan rumah
seperti penyembur aerosol yang mengandungi CFC juga menyebabkan
pencemaran udara.
6
K
Pembentukkan hujan asid
E
S
A KENAIKKAN SUHU DI BUMI
N
-
K MEMBERI KESAN KEPADA
TANAMAN
E
S Menjejaskan kesihatan
A manusia
N
7
Memperkenalkan undang-undang
Pihak kerajaan yang bertindak sebagai agen pentadbir
negara telah mengubalkan pelbagai undang-undang
dalam mengawal kadar pencemaran. Sebagai contoh,
industri besar dan kecil diwajib menapiskan asap yang
dikeluarkan. Wet scrubber merupakan penapis asap
kilang dengan menyembur air dan batu kapur pada asap.
Proses ini dapat mengurangkan sulfur dioksida sampai
90%.
Penggunaan teknologi
Dengan adanya teknologi moden, penggunaan
kenderaan menggunakan kuasa elektrik sedang dikaji
secara giat di negara-negara barat. Kenderaan jenis
ini bukan sahaja tidak menghasilkan pencemaran
udara malah pencemaran bunyi.
Walaubagaimanapun, tenaga elektrik adalah mahal
dan kesannya terhadap alam sekitar mungkin
bergantung kepada cara tenaga elektrik tersebut
dihasilkan.
Penampalan ozon
Bahagian ozon yang berlubang ditampal dengan mengionkan
oksigen di atmosfera melalui penggunaan belon helium.
Selain itu, penampalan ozon juga boleh dilakukan dengan
menembak peluru ozon dengan menggunakan kapal terbang
yang mampu menampal ozon. Namun begitu, penampalan
ozon ini hanya dapat mengawal pencemaran udara untuk
jangka masa pendek sahaja.
Kitar semula
Mengitar semula bermaksud memproses atau menggunakan
semula bahan buangan seperti plastik, kertas, tin aluminium
dan sebagainya. Kaedah ini merupakan proses yang sangat
selamat kepada alam sekitar kerana dapat mengurangkan
kadar pencemaran. Pembakaran sampah-sarap turut dapat
dikurangkan.
8
Pencemaran air adalah salah satu
masalah alam sekitar utama yang
kita hadapi, kerana lebih dari 70%
permukaan Bumi diliputi air.
Pencemaran air dapat didefinisikan
sebagai pencemaran aliran sungai,
tasik, lautan atau hamparan air
lainnya, merosotkan kualitasi air dan
menjadikannya beracun bagi
lingkungan dan manusia.
Faktor - faktor
Industri (kumbahan daripada isi
rumah domestik, kilang dan
bangunan)
Minyak (sisa perindustrian dari
kilang-kilang yang disalurkan ke
dalam sungai, mencemarkan air
dengan bahan kimia seperti plumbum
dan petrokimia)
Sektor pertanian (penggunaan bahan
baja dan racun untuk membunuh
serangga punca pencemaran air)
Bahan buangan dan radioaktif
(bahan buangan radioaktif daripada
makmal dan hospital yang
mengandungi sisa toksik yang larut
didalam air dibuang kedalam air
untuk melupuskannya)
Menjejaskan kehidupan akuatik 9
Sisa toksik daripada industri yang K
dibuang menyebabkan sisa kimia E
berkumpul di laut dan sungai dan ph air S
juga akan meningkat. A
N
Menjejaskan kesihatan manusia -
K
Kehidupan laut seperti ikan dan kerang E
yg ada didalam laut yg dimakan oleh S
manusia boleh mengakibatkan penyakit A
berjangkit. Pembuangan sampah turut N
menyebabkan pembiakan dan memberi
masalah kepada air dan manusia
kerana sumber makanan manusia terdiri
daripada air.
Mengurangkan tekanan oksigen
didalam air
Sisa kumbahan dan sisa toksik
terkumpul dipermukaan air, dan
terampai di air tawar
Mengurangkan kualiti air manusia dan
alam sekitar untuk kehidupan laut.
10
CARA-CARA
mengelakkan pencemaran air
RAWATAN AIR
SISA PERTANIAN HIJAU
PENGURUSAN SISA PLASTIK
PENJIMATAN AIR
PENCEMARAN TANAH 11
Pencemaran tanah bermaksud
perbuatan yang berlaku kepada
sesuatu kawasan sehingga terjadinya
pertukaran warna, kesuburan dan
hakisan. Bahan pencemar terdiri
daripada pencemar organik, kimia
atau fizik. Keseriusan pencemaran
tanah bergantung kepada kesuburan
tanah. Tanah akan bertukar warna
menjadi kehitaman dan tumbuh-
tumbuhan di kawasan tersebut akan
menjadi layu.
12
FAKTOR-FAKTOR
Pencemaran tanah adalah
disebabkan oleh perbuatan
pelbagai aktiviti dan eksperimen
manusia. Antaranya ialah
pembukaan tanah baru, sisa
buangan industri dan agrikultur,
lebihan penggunaan pescitida,
racun serangga dan sebagainya.
Pembukaan tanah baru juga akan
menyebabkan kehakisan tanah
kerana kepadatan tanah itu sudah
longgar.
Selain itu, pencemaran darat juga
disebabkan oleh sikap masyarakat
yang tidak mengambil tahu tentang
isu ini dan pengabaian masyarakat
terhadap rawatan tanah serta
pengamalan pelupusan sampah
yang tidak bersistematik. Manusia
telah mempraktikan perbuatan
yang mencemarkan alam luar
pengetahuan mereka. Perbuatan ini
mungkin diringankan oleh manusia
tetapi ia akan meyebabkan
masalah dunia akibat pencemaran.
13
Tanah Beracun – Kesan daripada pencemaran tanah ini
kepada dunia sangat ketara. Ianya juga memberi kesan
yang sangat buruk terhadap kesihatan manusia serta
hidupan lain
Penyebaran kuman-kuman penyakit - Sampah-sarap yang
dibuang di kawasan-kawasan lapang yang menjadi tempat
pembiakan kuman penyakit. Tikus, lipas, lalat dan haiwan
perosak yang lain tertumpu di kawasan ini dan menyebarkan
kuman-kuman penyakit ke tempat-tempat lain. Jika makanan
dihinggapi lalat atau dimakan lipas, manusia mudah keracunan
makanan dan seterusnya diserang penyakit yang serius.
Kerosakan tanah dan kualitinya – Sisa-sisa industri dan hasil
tumpahan daripada kenderaan pengangkutan menjadikan
tanah rosak dan kurang berkualiti. Tanah yang kurang
berkualiti menyebabkan tumbuh-tumbuhan dan sayur-sayuran
yang ditanam tidak hidup dengan sempurna dan tidak subur.
Membunuh haiwan bawah tanah – Pencemaran tanah ini 14
juga membunuh haiwan di bawah tanah ataupun apa-
apa sahaja hidupan bawah tanah. Racun serangga yang
disembur masuk dan berkumpul ke dalam tanah dan
bahan-bahan cemar seperti sisa toksik dan nuklear
membunuh haiwan-haiwan bawah tanah tersebut.
Hakisan tanah – Hakisan tanah adalah salah satu fenomena
yang sangat sering berlaku di seluruh dunia. Ianya bukan
sahaja merugikan dari sudut kewangan dan ekonomi bahkan
juga mengancam keselamatan dan nyawa manusia, misalnya
tanah runtuh dan gempa bumi.
Setelah mengetahui apa saja kesan dari contoh 15
pencemaran tanah, pastinya kamu merasa ngeri dan ingin
mengatasi hal tersebut, bukan?
Melakukan sistem 3R
Sistem 3R atau Reduce, Reuse
dan Recycle merupakan salah
satu hal yang bisa dilakukan
olehmu di rumah. Dengan
menerapkan hal ini kita bole
mengolah dan memilah
sampah berdasarkan jenisnya.
Bioremediasi
Merupakan cara merawat tanah
menggunakan organisma
mikro.Kaedah ini bertujuan untuk
mengurai atau mendegradasi zat
pencemar menjadi bahan yang
kurang beracun atau tidak beracun
Langkah lain yang boleh diambil adalah seperti
mengawal aktiviti pembinaan,perlombongan dan
pembalakan serta menyedarkan orang ramai supaya
menjaga kebersihan alam sekitar dengan mengadakan
kempen-kempen yang berkenaan.
"Dan janganlah kamu berbuat
kerosakan di bumi sesudah
Allah menyediakan segala
yang membawa kebaikan
padanya"
( Surah Al-A'raf : 56 )
17
18
19
20
21
22
Buletin Al-Irsyad 09
https://www.permohonan.my/pencemaran-alam-sekitar/
https://www.rumah.com/panduan-properti/memahami-
pencemaran-tanah-penyebab-dan-cara-mengatasinya-27391
https://www.bharian.com.my/amp/kolumnis/2019/09/605010/pem
bangunan-lestari-tangani-isu-alam-sekitar
https://k10.upm.edu.my/artikel/pencemaran_air-59725
http://generasipencinta.blogspot.com/2016/10/langkah-langkah-
mengatasi-pencemaran.html?m=1