Sejarah tulisan khat & jenis-jenis tulisan khat Sejarah tulisan khat & jenis-jenis tulisan khat Nurhanina binti Zukefli BMMB 1114 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN
Nama: Nurhanina binti Zulkefli nama pensyarah: en. mohd zuhairi bin raffien Bahasa Melayu 2 no. kad pengenalan: 041019080604 no angka giliran: 2022182310045
Khat Kufi Khat Nasakh Khat Thuluth Khat Farisi Khat Diwani 1.0 Pengenalan 2.0 Sejarah tulisan khat 3.0 Jenis tulisan khat 4.0 Penulisan Khat Nasakh: "Pemanfaatan Digital Menjana Kompetensi Guru" 5.0 Rumusan Rujukan Isi kandungan
Seni khat memiliki tempat istimewa di hati masyarakat Islam. Tulisan khat adalah seni tulisan yang menggunakan aksara Arab. Ianya berkembang sejajar dengan perkembangan agama Islam. Khat merupakan lambang kesenian Islam yang tulen. Justeru itu, tulisan perlulah sentiasa dipelihara agar tidak hilang ditelan zaman. Tulisan khat memiliki keindahan dan keunikan yang mampu menarik minat orang ramai untuk mempelajarinya. Di samping itu, menurut Abdullah Yusof (2004), seni khat mampu mengindahkan lagi tulisan al-Quran kerana memiki unsur etika dan estetika. Secara umumnya, “khat” berasal daripada perkataan Arab yang membawa maksud garisan. Jadi, dapat disimpulkan bahawa seni khat merupakan garisan-garisan indah yang dihasilkan bagi membentuk tulisan. Selain itu, merujuk E. Van Donzel et. al (1978), seni khat merujuk seni atau kemahiran menghasilkan tulisan Arab atau Jawi dengan gaya khas atau unik sehingga terbentuk tulisan yang indah. 1.0 PENGENALAN
Seni khat adalah berasaskan tulisan Arab. Tarikh bermulanya kemasukan tulisan Arab tidak dapat dikenalpasti. Namun demikian, menurut Abu al-Abbas Ahmad alQalqashandy (1913), tulisan Arab telah wujud sekitar 1400 sebelum Masihi. Sebelum kedatangan Islam, masyarakat Arab menghasilkan tulisan tanpa menggunakan seni khat yang rapi dan indah seperti masa kini. Namun demikian, tulisan-tulisan tersebut merupakan asas kepada kewujudan pelbagai jenis tulisan khat yang diguna pakai sehingga hari ini. 2.0 SEJARAH TULISAN KHAT
Sewaktu pemerintahan Muawiyyah, tulisan yang digunakan adalah tidak mempunyai baris dan titik. Tulisan mushaf al-Quran ketika itu menggunakan Khat Kufi Mushaf yang memerlukan penelitian kerana sukar dibaca. Setelah Islam mengalami perkembangan pesat, panglima perang kerajaan Umayyah telah mengarahkan Abi Aswa al-Duali menghasilkan tulisan yang memudahkan orang lain memahami bahasa al-Quran. Sewaktu pemerintahan Muawiyyah, tulisan yang digunakan adalah tidak mempunyai baris dan titik. Tulisan mushaf al-Quran ketika itu menggunakan Khat Kufi Mushaf yang memerlukan penelitian kerana sukar dibaca. Setelah Islam mengalami perkembangan pesat, panglima perang kerajaan Umayyah telah mengarahkan Abi Aswa al-Duali menghasilkan tulisan yang memudahkan orang lain memahami bahasa al-Quran.
Seterusnya, tulisan khat telah berkembang ke nusantara. Nusantara merupakan kepulauan Melayu meliputi negara Malaysia, Indonesia, Singapura, Filipina dan Brunei (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2010). Menurut Didin Sirojuddin A.R (1992), seni khat muncul di Nusantara pada abad ke-11. Kedatangan Islam di Nusantara merupakan faktor utama kemunculan seni khat. Islam mula disebarkan secara meluas ke Alam Melayu pada abad ke-7 Masihi (Dr. Hamka, 1965). Agama Islam telah mempengarui kehidupan masyakat dalam pelbagai aspek seperti gaya hidup, adat dan budaya. Selain itu, kedatangan Islam telah membawa kepada kemunculan tulisan Jawi yang menggunakan huruf-huruf Arab. Menurut Abd Jalil Borhan (2012), tulisan Jawi muncul di Kepulauan Melayu seawal abad ke-13 Masihi. Setelah itu, tulisan khat turut meluaskan pengaruhnya sehingga diguna pakai secara meluas dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat.
Salah satunya ialah penggunaan tulisan khat di batu-batu nisan. Buktinya, tulisan khat jenis khufi tercatat pada batu nisan di makam Maulana Malik Ibrahim dan Fatimah binti Maimun. Batu nisan tersebut telah ditemui oleh J.P Moquette pada tahun 1921 di Gresik, Jawa Timur. Batu nisan Maulana Malik bin Ibrahim:
Di Malaysia pula, terdapat batu bersurat di Terengganu yang menggunakan campuran seni Khat Kufi Mushaf dan Khat Nasakh. Tulisan khat turut digunakan bagi menyalin surat, buku dan bahan bacaan yang bercetak. Buktinya, penulisan Nazam Syair Syeikh Ahmad al-Fathani iaitu Risalah Fi Ta’rif Hudud al-Ulum. Merujuk Ahmad Bin Muhammad Zain al-Fathan (1992), kitab tersebut telah menggunakan gabungan Khat Nasakh, Ta’aliq dan Riqa’ah. Hal ini kerana tulisannya yang tidak memiliki baris dan titik.
3.0 JENIS TULISAN KHAT Pada awalnya, kemunculan khat Kufi adalah sebagai asas kepada seni khat. Namun, setelah tulisan Arab mengalami perkembangan yang pesat, muncul pelbagai gaya khat yang lain yang bertujuan mengindahkan lagi seni khat (Mohd Tohir Bin Abd al-Qadir al-Kurdiy al-Makkiy al-Khattat, 1939). خط JENIS KHAT Khat Kufi Khat Thuluth Khat Thuluth Khat Nasakh Khat Nasakh Khat Diwani Khat Riq'ah Khat Riq'ah Khat Farisi Khat Farisi
Khat Kufi merupakan kaligrafi Arab yang tertua di dunia. Khat ini dinamakan “kufi” kerana berasal dari kota Kufah di Iraq. Pada zaman kebangkitan Islam, khat Kufi banyak digunakan oleh para sahabat untuk menyalin mushaf atau menulis surat. Pada awalnya, Khat Kufi dijadikan tulisan al-Quran. Merujuk Yahya Wahhab al-Jabburi (1994), khat ini semakin berkembang luas sehingga wujudnya gaya setempat seperti khat Kufi Maghribi atau khat Kufi Andalusi. Perkembangan Islam membawa perubahan kepada khat Kufi, iaitu bentuk asalnya yang lurus dan tegak berubah kepada bentuk yang berbunga dan berdaun yang bersumberkan tumbuh-tumbuhan yang menjalar. KHAT KUFI
Khat Kufi ditulis tanpa baris dan titik. Hurufhuruf ditulis dengan menitikberatkan ukuran, nisbah, kadar dan darjah yang bersesuaian. Di samping itu, bentuknya yang memiliki unsurunsur geometri iaitu lurus dan tegak sangat sesuai diukir di batu pada masjid, mozek, jubin dan kayu. Ciri-ciri: Khat Kufi yang menggunakan unsurunsur geometri. Khat Kufi yang berunsurkan tumbuh-tumbuhan bagi menambahkan keindahan.
Khat Nasakh merupakan khat yang paling popular dan diminati oleh para khattat. Merujuk C. Israr (1985), khat Nasakh merupakan tulisan berbentuk cursif, iaitu bergerak dan berpusing (rounded). Khat ini banyak digunakan kerana sifatnya yang mudah ditulis dan dibaca oleh orang ramai. Menurut Yasin Hamid Safadi (1978), Ibnu Muqlah, iaitu tokoh kaligrafi telah melakukan pengubahsuaian dengan menyusun formulaformula penting bagi menyempurnakan khat nasakh pada sekitar abad ke-10. Setelah sempurnanya tulisan tersebut, khat Nasakh digunakan bagi menulis al-Quran di pelbagai negara seperti Malaysia dan Indonesia. Di samping itu, khat ini juga banyak digunakan sebagai hiasan seperti ukiran pada bangunan. KHAT NASAKH
Contoh Khat Nasakh: Tulisan khat ini mudah dibentuk, lembut dan lebih praktikal berbanding khat-khat lain. Di samping memiliki bentuk yang indah, khat ini juga mudah untuk dibaca dan difahami kerana mempunyai baris. Ciri-ciri:
“Thuluth” bermaksud satu pertiga. Justeru itu, khat ini dinamakan khat Thuluth kerana hurufnya ditulis secara menegak menggunakan mata pen yang berukuran lebar iaitu manyamai 1/3 lebar mata pen. Merujuk Jainab Sakiban (2020), khat Thuluth turut dikenali sebagai umm al-khutut, iaitu ibu segala tulisan. Hal ini demikian kerana seseorang khattat tidak dikira mahir sekiranya tidak mampu menguasai khat ini. Khat Thuluth merupakan tulisan yang banyak digunakan sebagai hiasan pada manuskrip. Kebanyakan tajuk buku, kitab dan sub bab ditulis menggunakan khat ini. Selain itu, khat ini dijadikan hiasan pada bangunan, kelambu Ka’abah dan hiasan dalaman. KHAT THULUTH
Khat ini memiliki huruf-huruf yang artistik, mudah dibentuk dan mudah dibaca. Khat ini dilengkapi dengan harkat dan unsur hiasan bagi menyerlahkan keindahan tulisan. Selain itu, khat Thuluth turut ditulis dengan teratur dan indah serta harkat dan baris yang penuh. Khat ini bersifat dekoratif dan memiliki keunikan tersendiri. Justeru itu, khat ini amat sesuai dijadikan perhiasan pada masjid dan bangunan serta ukiran kayu. Ciri-ciri: Contoh Khat Thuluth:
Khat Riq’ah merupakan jenis tulisan cepat yang hampir sama dengan cara penulisan stenografi (Kamus Dewan Edisi Baru, 1989). Khat ini bersifat ringkas dan cepat kerana tidak memerlukan banyak lekukan huruf ketika menulis. Justeru itu, khat jenis ini banyak digunakan oleh masyarakat terutamanya pelajar pondok bagi mencatat nota dengan pantas. Khat ini banyak digunakan di negara Turki Uthmaniyah iaitu semasa pemerintahan Sultan Abd al-Majid Khan pada 1280 Hijrah. Menurut Mohd Bakhir Hj. Abdullah (2006), Mumtaz Bik, iaitu penulis khat berbangsa Turki mula menulis khat jenis "riq’ah". KHAT RIQ'AH
Khat Riq’ah ditulis dengan huruf yang kecil, tegak dan tidak menggunakan baris. Titik huruf dalam khat Riq’ah bersamaan separuh titik tepat. Khat ini tidak mempunyai tanpa bacaan. Namun demikian, khat ini masih mudah dibaca dan jelas. Ciri-ciri: Contoh Khat Riq'ah:
“Sesuai dengan namanya, khat Farisi merupakan khat yang terkenal di negara Parsi, Pakistan, India dan juga Turki. Khat Farisi turut dikenali sebagai Khat Ta’liq yang bermaksud bergantung, bergayut atau melekat (Jainal Sakiban, 2020). Pada penghujung abad ke-15, khat ini berkembang secara meluas sehingga dijadikan tulisan rasmi yang diguna pakai di seluruh wilayah Parsi. KHAT FARISI
Khat Farisi merupakan gaya tulisan yang unik kerana ditulis secara condong ke kiri daripada atas (Mahdi Syed Mahmud, 2005). Di samping itu, khat ini juga tidak memiliki unsur hiasan, baris dan harkat seperti khat Nasakh dan Thuluth. Namun, huruf-huruf ditulis secara bebas sama ada panjang mahupun pendek. Ciri-ciri: Contoh Khat Farisi:
Khat Diwani turut dikenali sebagai khat al-Sultan kerana banyak digunakan oleh sultan kerajaan Turki Uthmaniyah. Menurut Mohd Tohir Bin Abd al-Qadir al-Kurdiy al-Makkiy al-Khattat (1939), Khat Diwani telah disebarkan secara meluas ke wilayah taklukan kerajaan Turki Othmaniah. Khat ini berperanan sebagai tulisan rahsia kerajaan ketika menyalurkan maklumat kepada gabenor bagi mengelakkan rahsia kerajaan jatuh ke tangan musuh. Di samping itu, tulisan ini juga digunakan sebagai tulisan rasmi di pejabat-pejabat kerajaan Uthmani. KHAT DIWANI
Ciri-ciri: Khat Diwani memiliki huruf yang berbentuk melingkar, condong bersusunsusun, huruf yang tumpang tindih, lentur dan bebas. Ukuran dan bentuk huruf adalah bebas berdasarkan kemahiran dan kreativiti penulisnya. Selain itu, khat ini memiliki corak hiasan yang banyak sehingga hiasannya lebih menyerlah daripada tulisan. Khat jenis ini tidak sesuai dijadikan ukiran kerana hurufnya yang rumit untuk diukir iaitu berlingkar dan bulat-bulat. Contoh Khat Diwani:
4.0 PENULISAN KHAT NASAKH "Pemanfaatan Digital Menjana Kompetensi Guru "
Seni khat sangat sinonim dengan masyarakat Islam. Khat merupakan identiti Islam yang membuktikan kegemilangan Islam dan kehebatan masyarakat dahulu. Di samping itu, tulisan khat juga memiliki keindahan dan keunikannya yang tersendiri. Khat merupakan khazanah tertua yang dimiliki oleh orang Islam (Harian Metro, 2016). Justeru itu, adalah menjadi tanggungjawab semua pihak untuk memartabatkannya agar tidak dilupakan oleh generasi muda. Justeru itu, usaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang memperkenalkan tulisan khat dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu Tahun 4 wajar disokong. Usaha tersebut dapat melahirkan generasi muda yang memiliki pengetahuan tentang seni, warisan dan sejarah yang amat berharga. Jelaslah bahawa tulisan khat merupakan seni yang tidak ternilai dan perlu dijaga dari semasa ke semasa agar tidak dimamah usia. 5.0 RUMUSAN
RUJUKAN
Sekian, terima kasih.