INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KAMPUS DARULAMAN, 06000 JITRA, KEDAH DARUL AMAN Nama : NURHANINA BINTI ZULKEFLI No. K/P : 041019080604 Angka Giliran : 2022182310045 Unit : BAHASA MELAYU 2 Kod/Nama Kursus : BMMB 1104 KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU Nama Pensyarah : PUAN FATAHIYAH BINTI MOHD. ISHAK Tarikh Hantar : 16 FEBRUARI 2023
KESUSASTERAAN NURHANINA ZULKEFLI TUGASAN 1 MELAYU DAN MANIFESTASI AKAL BUDI BMMB 1104
0 Pengenalan 0 Konsep kesusasteraan Melayu 0 Fungsi kesusasteraan Melayu 0 Manifestasi akal budi dalam puisi tradisional 0 Rumusan 0 Rujukan 1. 2. 3. 4. 5. 6. ISI KANDUNGAN
Kesusasteraan Melayu merupakan satu bidang penulisan yang dihasilkan oleh masyarakat Melayu. Karya satera menggambarkan pemikiran, perasaan, idea dan pengalaman yang dilalui oleh penulis. Selain memiliki keindahan bahasa, karya-karya sastera yang dihasilkan oleh masyarakat dahulu boleh dijadikan panduan hidup kerana kandungannya yang memiliki nilai pengajaran, nasihat serta sindiran bagi membentuk jati diri masyarakat dahulu. Penulis karya sastera juga menggunakan unsur-unsur agama sebagai saluran untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat setelah kedatangan Islam. Pada zaman dahulu, karya sastera menjadi hak milik bersama. Namun, setelah mengikuti perkembangan zaman, karya sastera telah memiliki hak cipta seseorang penulis. PENGENALAN
Dari sudut etimologi, sastera merupakan perkataan yang berasal daripada bahasa Sanskrit, iaitu “syastra” . “Su” bermaksud indah, baik dan lebih berfaedah manakala “sastera” bermaksud huruf atau buku. Jadi, dapat disimpulkan bahawa kesusasteraan boleh didefinisikan sebagai kumpulan buku-buku yang memiliki keindahan bahasa dan baik dari segi isi kandungannya. Menurutnya lagi, kesusasteraan Melayu mementingkan elemen estetika dan kehalusan bahasanya. KONSEP KESUSASTERAAN MELAYU Ali Ahmad, 1994
Kesusasteraan Melayu merupakan ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa sama ada secara lisan atau bukan lisan. Perkataan kesusasteraan dapat dibahagikan kepada tiga segman iaitu ' su ' bermaksud elok, indah dan molek, ' sastera ' pula membawa maksud ajarkan atau memberikan panduan manakala 'tera ' dimaksudkan sebagai media, karya, bahan atau alat yang merupukan gagasan. Oleh itu, ' susastera ' telah membawa makna karya bahasa yang elok dalam bentuk lisan atau tulisan yang mempunyai sidat-sifat keistimewaan dan bernilai seni dalam penciptaannya yang berbeza dengan penggunaan bahasa seharian. Hashim Awang 1985
Kamus Dewan Edisi Keempat Perkataan kesusasteraan terbentuk daripada perkataan Sanskrit, iaitu susastera yang memiliki makna huruf atau buku indah. Siti Hajar Abdul Aziz 2011 Kesusasteraan merujuk kepada hasil seni yang disampaikan melalui bahasa. Jadi, kesusasteraan boleh diertikan sebagai pengucapan yang indah-indah, sama ada dalam bentuk penulisan atau tidak.
fungsi kesusasteraan melayu Kesusasteraan Melayu merujuk kepada hasil karya atau ciptaan seni yang telah dihasilkan oleh masyarakat Melayu. Kebiasaannya, karya-karya sastera masyarakat dahulu dicipta bertujuan membentuk sahsiah seseorang manusia. Hal ini dikatakan demikian kerana karya sastera masyarakat dahulu dipengaruhi oleh aspek-aspek budaya, adat, moral, kesenian dan agama. Konteks dalam kesusasteraan Melayu memiliki tujuannya yang tersendiri berdasarkan pengamatan pengarangnya. Pengarang menghasilkan karya-karya berdasarkan pemerhatiannya terhadap persekitaran dan pengalaman yang menarik untuk dikongsikan kepada khalayak. Menurut Mohamad Mokhtar Hassan (2005), sesebuah karya sastera tidak akan dihasilkan dengan kekosongan atau tanpa sebab. Berdasarkan pendapat tersebut, jelaslah bahawa kesusasteraan Melayu memiliki fungsi-fungsi tertentu sama ada secara tersirat mahupun tersurat.
fungsi kesusasteraan melayu Hiburan 1 2 3 4 Pendidikan Kritikan sosial Dakwah
Karya sastera yang berperanan sebagai hiburan mampu melahirkan kepuasan dan keseronokan kepada mereka yang membacanya. Karya sastera mampu memberikan keseronokan kepada pembaca melalui irama atau rentak yang indah tersusun, keindahan perkataan yang digunakan dan unsur kelucuan yang mampu membelai emosi pembaca. Unsur hiburan dalam karya sastera mampu menjadikan karya sastera diterima oleh masyarakat kerana bersifat menarik dan menyeronokkan untuk dibaca atau didengar. Unsur hiburan dalam karya sastera boleh dilihat melalui watak-watak yang digunakan. Contohnya, watak bodoh atau lucu seperti dalam cerita jenaka yang bertajuk Pak Kaduk. HIBURAN
Contoh lain ialah cerita Lebai Malang. Watak utama dalam cerita ini ialah seorang lebai yang mempunyai sifat yang lurus bendul dan tamak. Kisah jenaka ini menceritakan seorang lebai yang telah dijemput ke kenduri kahwin dan majlis bercukur. Pak Lebai terlalu lama memikirkan makanan yang akan dimakan olehnya dengan menghadiri kenduri-kenduri tersebut. Akibatnya, Pak Lebai terlewat untuk menghadiri jemputan kenduri tersebut. Wataklurus Pak Lebai dapat dilihat melalui dialog: "Kalau aku pergi ke tempat kenduri tentu enak dapat makan daging kerbau. Kalau aku pergi ke tempat majlis bercukur, mungkin makan lempeng sahaia." fikir Pak Lebai. Watak Pak Lebai yang lurus memberikan hiburan kepada penonton kerana terlalu fikir tentang makanan berbanding masa untuk sampai ke kenduri.
Menurut Shamsudin Othman et. al (2015), sastera yang berfungsi sebagai alat pendidikan mampu menetapkan penyebararan kecerdikan masyarakat. Karya sastera yang berperanan sebagai alat pendidikan memiliki unsur pengajaran, moral dan nasihat kepada khalayak. Secara tidak langsung, pembaca memperoleh ilmu pengetahuan yang terdapat dalam karya sastera serta membentuk peribadi pembaca ke arah kebaikan. Aspek yang terkandung dalam karya-karya sastera ialah kerohanian, kemanusiaan, kemasyarakatan, kebudayaan, kewarganegaraan serta patriotisme. Segala pengajaran yang disampaikan melalui karya-karya sastera wajar dipraktikkan oleh masyarkat dalam kehidupan seharian. Karya sastera haruslah dihayati oleh masyarakat agar dapat mempraktikkan nilai murni serta menghindari perkara yang negatif. pendidikaN
Misalnya, cerita Sang Kancil dan Monyet. Cerita ini mengisahkan seekor monyet yang menipu untuk makan buah-buahan yang terdapat di taman milik kancil dan kura-kura. Walaupun Sang Kancil telah melarang monyet daripada makan cili, monyet tetap degil lalu makan cili dalam kuantiti yang banyak. Kesannya, monyet tersebut telah kepedasan merasa kepedasan yang melampau. “Aku tak peduli, aku tak peduli, aku nak juga. ” Ujar monyet yang tamak dan degil. “Ha, rasakan engkau monyet. Beginilah jadinya mereka yang tidak menerima nasihat orang. ” Ujar kura-kura yang geram melihat kedegilan monyet. Pengajaran daripada cerita ini ialah kita haruslah tidak tamak dan mendengar nasihat daripada orang lain.
Karya-karya sastera tercipta berdasarkan pengalaman atau kejadian yang berlaku dalam realiti kehidupan manusia. Menurut Md. Adnan dan Normaliza Abd Rahim (2014), kritikan sosial merupakan pandangan penulis terhadap masalah sosial yang berlaku dalam kalangan masyarakat. Kehidupan masyarakat yang dipengaruhi oleh pelbagai latar belakang telah menghasilkan jurang sesama masyarakat. Melalui karya-karya sastera, penulis memberikan teguran kepada masyarakat agar menjauhi perkara-perkara yang mampu mendatangkan keburukan. KRITIKAN SOSIAL
Sebagai contoh, filem Nujum Pak Belalang. Berdasarkan filem Nujum Pak Belalang, dapat dilihat dengan jelas tentang wujudnya unsur penipuan sebagai suatu perlambangan dalam masyarakat. Kritikan yang dapat dilihat dalam cerita Nujum Pak Belalang ini ialah ketaksuban atau kepercayaan terhadap ahli nujum. Sultan Saharul: Pak belalang, bolehkah dapat harta benda beta yang hilang? Pak belalang: Patik tak tahu, tuanku. Sultan : Tak tahu? Mika ni ahli nujum apa? Tok penghulu: Ampun tuanku. Pak belalang kata tak tahu itu, kerana dia belum tengok lagi dalam air tuanku. Jikalau dia dah tengok dalam air, barulah dia tahu. Dialog tersebut jelas menunjukkan Sultan sangat percaya bahawa ahli nujum mampu mengembalikan hartanya yang telah hilang.
Dakwah ialah kegiatan menyeru dan meyakinkan orang lain untuk menerima sesuatu kepercayaan (Kamus Dewan). Karya sastera dapat dijadikan medium untuk berdakwah bagi menyeru masyarakat melakukan kebaikan dan meninggalkan segala kemungkaran. Karya-karya yang memiliki unsur-unsur keagamaan berfungsi meningkatkan nilai ketakwaan seseorang. Kebiasaannya, karya-karya tersebut mengandungi perkara berkaitan sifat kemuliaan dan keagungan Allah. Contoh karya sastera yang memiliki unsur dakwah ialah pantun agama. dakwah
Banyaklah padi berdaun sebelah, Padi bertempat di bakul lima; Banyaklah nabi diturunkan Allah, Nabi Muhammad rasul utama. CONTOH Frasa “banyaklah nabi diturunkan Allah, Nabi Muhammad rasul utama” dalam pantun berkaitan dengan agama Islam, iaitu Nabi Muhammad. Nabi Muhammad sangat dikagumi oleh ramai manusia kerana keperibadiannya yang mulia. Pengarang menghasilkan pantun tersebut bagi menyampaikan dakwah agar ramai orang yakin dan percaya bahawa Nabi Muhammad ialah rasul utama. PANTUN DAKWAH
4.0 MANIFESTASI AKAL BUDI MASYARAKAT MELAYU DALAM KARYA PUISI TRADISIONAL Manifestasi bermaksud perbuatan (ucapan dan lain-lain) yang memperlihatkan (menjadikan nyata) sesuatu. Menurut Abdullah Hussain dalam kamus Simpulan Bahasa (2005), akal budi bererti fikiran yang sihat. Menurut Dr Hashim Musa dalam Fazallah Pit (2020), budi ialah akal dan daya fikir untuk memahami sesuatu perkara serta kebolehan seseorang menyimpulkannya secara rasional. Jadi, dapat disimpulkan bahawa akal budi mencerminkan perbuatan, pemikiran dan sikap seseorang bagi mendokong kepintaran, kehalusan jiwa dan keindahan. Dapat dirumuskan bahawa manifestasi akal budi masyarakat Melayu dalam puisi tradisional menggambarkan ketinggian ilmu masyarakat dahulu ketika berbahasa.
PANTUN Pantun ialah puisi Melayu lama yang berbentuk terikat dan berangkaprangkap. Jumlah perkataan bagi setiap baris ialah antara empat hingga enam patah perkataan. Setiap rangkap mempunyai baris-baris (kerat) yang berpasangan, menjadikan pantun memiliki jumlah kerat yang genap. Misalnya, pantun dua kerat, empat kerat, enam kerat, lapan kerat, 12 kerat. Pantun memiliki pembayang dan maksud. Bagi pantun empat kerat, dua baris pertama ialah pembayang manakala baris ketiga dan keempat ialah maksud pantun. Rima akhir ialah sejajar. Misalnya bagi pantun dua kerat ‘a’ , ‘a’ manakala bagi pantun empat kerat ‘a’ , ‘b’ , ‘a’ , ‘b’ .
4.1 Akal Budi dalam Pantun Laksamana Bentan datang menyembah, Merendah diri walaupun gagah; Raja adil raja disembah, Raja zalim raja disanggah. Pada bahagian pembayang pantun, penulis menceritakan tentang Laksama Bentam yang sangat menghormati sultan Mahmud Shah II. Walaupun Laksamana Bentan seorang yang gagah perkasa, beliau tetap mematuhi perintah Sultan untuk pergi berperang walaupun ketika itu isterinya sedang sarat mengandung. 1 Pantun peribahasa:
Pada bahagian maksud pantun pula, frasa “ raja adil raja disembah” membawa maksud sekiranya pemimpin berlaku adil dan menjaga kebajikan pengikutnya, sudah tentu pemimpin tersebut akan dimuliakan dan disanjung. Frasa “ raja zalim raja disanggah” bererti pemimpin yang zalim akan ditentang, dibantah segala perintahnya serta digulingkan oleh pengikutnya. Setelah dikaji, frasa “ raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah” ialah ungkapan yang diucapkan oleh Laksamana Bentan sebelum membunuh Sultan Mahmud Shah II untuk menuntut keadilan isterinya, Dang Anum. Raja berlaku zalim terhadap Dang Anum dengan membunuhnya hanya kerana mengidam lalu makan sebiji nangka milik raja. Kesimpulannya, pantun ini berkaitan kezaliman seorang raja serta penderhakaan Laksamana Bentan demi menuntut keadilan.
Buah cempedak di luar pagar, Ambil galah tolong jolokkan; Saya budak baru belajar, Kalau salah tolong tunjukkan. 2 Pantun nasihat: Pada bahagian pembayang pantun, frasa “buah cempedak di luar pagar” menunjukkan buah tersebut milik orang lain kerana berada di luar kawasan. Oleh itu, hendaklah meminta izin terlebih dahulu sebelum mengambilnya. Selain itu, penggunaan buah cempedak pada pembayang kerana buah cempedak memiliki aroma yang kuat sehingga menarik minat pemangsa atau orang lain untuk mendapatkannya.
Seterusnya, frasa “ ambil galah tolong jolokkan” pula menunjukkan penggunaan galah ialah cara yang salah untuk mendapatkan buah cempedak. Hal ini kerana buah cempedak berbuah di pangkal. Perkataan di luar pagar dalam pantun pula menunjukkan lingkungan atau di luar batasan keupayaan seseorang. Cara budak baru belajar tersebut ingin mengambil buah cempedak di luar pagar menggunakan galah menunjukkan betapa kurangnya ilmu budak baru belajar tersebut kerana batasan fikiran yang disimbolkan oleh pagar. Pada bahagian maksud pantun, frasa “ saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan” menunjukkan banyak lagi perkara yang harus dipelajari iaitu belajar tentang adab berjiran, logik berkaitan cara sesuatu pohon itu berbuah serta cara mengambil buah menggunakan alat yang betul.
Pucuk pauh delima batu Anak sembilang di tapak tangan; Sungguh jauh di negeri satu, Hilang di mata di hati jangan. Pantun kasih sayang: 3
Pada bahagian pembayang pantun, frasa “pucuk pauh delima batu” disimbolkan sebagai hati. Hal ini kerana pucuk pauh dan batu delima berwarna merah seperti hati manusia. Frasa “ anak sembilang di tapak tangan” pula menggambarkan sejenis cincin yang memiliki sembilan batu yang diserahkan oleh wanita zaman dahulu kepada suami atau kekasih yang akan pergi jauh. Cincin tersebut akan diikat pada hujung sapu tangan lalu disimpan sebagai tanda bahawa lelaki itu harus pulang kepada pemberi cincin. Pada bahagian maksud pantun pula, frasa “sungguh jauh di negeri satu” pula menggambarkan negeri abadi atau pergi yang sangat jauh atau tidak akan kembali. Frasa “hilang di mata di hati jangan” pula bermaksud walaupun seseorang itu berjauhan atau telah meninggal dunia, namun akan tetap diingati dalam hati.
Berburu ke padang datar, Dapat rusa belang kaki; Berguru kepalang ajar, Bagai bunga kembang tak jadi. Pantun sindiran: 4
Pada bahagian pembayang pantun, frasa “berburu ke padang datar” melambangkan padang yang luas dan kering-kontang. Frasa tersebut menjelaskan hanya serangga sahaja yang hidup di padang yang luas, bukan haiwan besar. Jadi, frasa “dapat rusa belang kaki” menjelaskan sekiranya berburu di padang yang luas, hasilnya cumalah belalang yang tidak bernilai. Pada bahagian maksud pantun pula, frasa “berguru kepalang ajar” mengingatkan kita bahawa menuntut ilmu haruslah dengan sempurna, tidak separuh-separuh. “Bagai bunga kembang tak jadi” melambangkan akibat apabila belajar hanya sekerat jalan. Bunga yang tidak jadi berkembang akan layu atau mati. Jadi, dapat disimpulkan bahawa sekiranya sesorang menuntut ilmu dengan tidak sempurna atau sambil lewa, maka ilmu yang diperoleh terhad dan tidak mendatangkan faedah.
Semenjak kentang dibuat gulai, Ubi tidak dikari lagi; Semenjak wang jadi pemakai, Budi jarang dipeduli lagi. 5 Pantun budi:
Pada bahagian pembayang pantun, frasa “ semenjak kentang dibuat gulai, ubi tidak dikari lagi” menggambarkan ubi sudah tidak dipedulikan lagi semenjak kewujudan kentang. Pembayang pantun ini dikaitkan dengan peristiwa masyarakat dahulu. Masyarakat dahulu sering menggunakan ubi untuk dijadikan lauk kerana mudah ditanam dan mampu hidup subur di negara beriklim khatulistiwa. Namun, sejak kentang diimport ke negara kita, ubi sudah jarang dimasak. Situasi tersebut berkait rapat dengan maksud pantun iaitu sejak wang atau harta menjadi keutamaan, budi sudah tidak dihiraukan lagi. Peredaran zaman telah menyebabkan ramai orang tidak lagi mengutamakan budi dalam kehidupan seharian.
GURINDAM Gurindam merupakan satu bentuk puisi Melayu tradisional yang mula diperkenalkan oleh Raja Ali Haji melalui "Gurindam Dua Belas" yang dikarang pada tahun 1846. Perkataan gurindam berasal daripada bahasa Tamil, iaitu 'iradam' dan 'kirandam' yang bererti puisi secara terbuka. Gurindam terdiri daripada dua baris serangkap, memiliki tiga hingga enam patah perkataan dengan rima akhir 'a' , 'a' . Seuntai gurindam memerlukan beberapa rangkap bagi melengkapkan keseluruhan idea. Menurut Za'aba (1965), gurindam ialah syair yang melarat yang tetap sukatan atau rangkapannya. Kandungannya merangkumi bahasa yang riang dan suka sebagai nyanyian.
Cahari olehmu akan sahabat, yang boleh dijadikan ubat. Cahari olehmu akan guru, yang boleh tahukan tiap seteru. Cahari olehmu akan isteri, yang boleh menyerahkan diri. Cahari olehmu akan kawan, pilih segala orang yang setiawan. Hasil penulisan Raja Ali Haji pada tahun 1864. Gurindam 12 Fasal yang Keenam.
Perkataan “ cahari” ialah perkataan klasik yang bererti cari. Pada rangkap pertama gurindam, penyair menyarankan agar mencari teman yang baik, iaitu yang boleh memberikan manfaat kepada kita. Perkataan “ ubat” ialah perkataan kiasan yang merujuk rakan yang mampu membantu kita sama ada ketika susah atau senang. Pada rangkap kedua, penyair menasihati agar berguru dengan orang yang berilmu. Hal ini kerana orang yang berilmu mampu membimbing dan mengajar kita yang mana baik dan yang mana buruk. Menurut Kamus Dewan, “ seteru” bererti musuh atau lawan. Jelaslah bahawa penyair menyeru kita agar berguru dengan seseorang yang mahir agar mampu merungkaikan segala kemusykilan atau muslihat musuh.
Seterusnya, penyair menyeru agar memilih wanita yang baik untuk dijadikan isteri. Baris “ yang boleh menyerahkan diri” bermaksud wanita yang mampu memberikan taat setia sepenuhnya kepada suami. Akhir sekali, penyair menyarankan agar memilih kawan yang memiliki semangat setia kawan. Menurut Kamus Dewan Bahasa, kawan ialah sahabat, teman (dlm pergaulan sehari-hari) manakala setia kawan bererti berasaskan perasaan bersatu (persefahaman, bersepakat dan lain-lain).
SELOKA Istilah seloka berasal daripada perkataan Sanskrtit, 'shloka' yang bererti berseloroh, berjenaka atau menyindir. Harun Mat Piah 1989 Seloka merupakan pepatah, bidalan atau perumpamaan yang memiliki unsur jenaka, gurau senda, olokan, ejekan dan sindiran. Mesej dalam seloka sarat dengan sindiran yang dapat dijadikan pengajaran kepada pembaca atau pendengar. Kebanyakan seloka Melayu ditulis empat baris serangkap namun terdapat juga seloka yang berbentuk bebas.
Santap beradat, santap istiadat, Santap raja di majlis kebesaran, Santap merai, hormat-menghormat; Bukan santap hendakkan kenyang, Santap santun dengan aturan. Nasi disuap di tangan kanan, Lauk dibinjat sopan siuman, Sampai ke mulut mamah perlahan, Tanda tidak gelojoh makan. Selesai santap nasi — Diiringkan seteguk minuman, Isyarat menghormat, mulia-memuliakan. Seloka Santap nasi suap pertama, Berturut dengan suap kedua; Dua suap, ketiga sudah, Keempatnya basuh tangan; Kelima halwa juadah, Keenam mengiring buah-buahan. Ketujuh berkumur-kumur, Ke delapan makan sirih; Kelat jatuh ke rengkungan, Seri naik ke peroman. Itulah santap beradat kebesaran Di dalam riwayat zaman yang silam. Santap Istiadat Karya : Za ' aba
AKAL BUDI DALAM SELOKA Pada rangkap satu, frasa “santap beradat, santap istiadat” merujuk istiadat santap raja di majlis kebesaran manakala frasa “santap merai, hormat-menghormat” bermaksud istiadat tersebut dilakukan bertujuan meraikan dan menghormati tetamu. Istiadat tersebut mengajar tetamu agar makan secara beradab, bukan makan sematamata untuk mengenyangkan perut sebagaimana dalam frasa “bukan santap hendakkan kenyang, santap santun dengan aturan”.
Pada rangkap kedua, frasa “nasi disuap di tangan kanan” menjelaskan adab ketika makan, iaitu menyuap nasi menggunakan tangan kanan. Selain itu, lauk haruslah diangkat atau diambil dengan sopan serta mengunyah makanan dengan perlahan-lahan sebagai tanda tidak gelojoh ketika makan sebagaimana dalam frasa “lauk dibinjat sopan siuman, sampai ke mulut mamah perlahan”. Setelah selesai makan nasi, barulah minum seteguk air sebagai isyarat beradab ketika berada dalam istiadat tersebut. Pada rangkap ketiga, pengarang menjelaskan aturan makan dan minum, iaitu suapan nasi cukup sekadar tiga suapan sahaja. Setelah habis makan, tetamu perlulah mencuci tangan lalu menjamah juadah halwa dan buahbuahan.
Aturan makan dan minum yang berikutnya ialah tetamu yang sudah makan harus berkumur-kumur bertujuan membersihkan mulut daripada sisa-sisa makanan. Aturan kelapan ialah makan sirih. Frasa “kelat jatuh ke rengkungan, seri naik ke peroman” bermaksud air sirih yang rasanya kelat mampu menaikkan seri wajah mereka yang meminumnya. Akhir sekali, frasa “itulah santap beradat kebesaran, di dalam riwayat zaman yang silam” menjelaskan adab dan tatacara makan secara beradat ketika berada dalam sesuatu majlis telah diajar dan diterapkan dalam diri seseorang sejak generasi dahulu lagi.
SYAIR Syair berasal daripada istilah Arab, sy'ir yang bererti puisi. Harun Mat Piah 1989 Syair merupakan puisi berlagu yang memiliki empat baris serangkap. Rima akhir bagi syair ialah 'a' , 'a' , 'a' , 'a' . Setiap baris mengandungi empat hingga lima patah perkataan. Syair digunakan untuk menyampaikan cerita, nasihat dan puji-pujian.
Karya Rahman Kaeh Sumber: Antologi Bintang Hati Bermula warkah surat rencana, Ikatan fakir yang sangat hina, Sajak dan nazam banyak tak kena, Daripada pendapat kurang sempurna. Gerangan sungguh amatlah leta, Perinya akal gelap-gelita, Hemat pun rendah daif berserta, Tambahan badan miskin dan nista. Beribu ampun kiranya tuan, Atasnya hulu fakir nistawan, Daripada masyghul gundah merawan, Terperilah madah patik nin tuan. Dituliskan sahifah supaya nyata, Barang yang ghairah di dalam cinta, Terfikir-fikir bukan menderita, Dakwat dan kertas tempat berkata. Sudahlah nasib untung yang malang, Mengambah lautan berulang-ulang, Mudaratnya bukan lagi kepalang, Senantiasa di dalam nasib dan walang. Hanyutlah badan ke sana ke mari, Segenap pesisir desa negeri, Bertambahlah pula sopan dan negeri, Santap nan tidak minum pun kari. Bangun terjunun badan suatu, Gundahlah fikir tiada tertentu, Laksana cermin jatuh ke batu, Remuk dan redam hancur di situ. Remuk dan redam rasanya hati, Lenyaplah fikir budi pekerti, Jikalau kiranya hamba turuti, Daripada hidup sebaiknya mati. Syair Burung Nuri
Berdasarkan rangkap satu, penyair menyatakan sebuah warkah telah ditulis oleh seorang insan yang dipandang hina. Perkataan “fakir” merujuk Kamus Dewan Bahasa bermaksud (orang yang) pendapatan kurang daripada pendapatan orang miskin (tidak mencukupi keperluan asas harian). Setiap kata-kata daripada insan tersebut dianggap tidak benar kerana pandangan dan fikirannya dikatakan tidak sempurna. Pada rangkap kedua pula, penyair menyatakan jika seseorang itu tidak memiliki akal fikiran yang sempurna, tidak beradab sopan, tidak berakhlak serta miskin maka seseorang itu akan dipandang hina. Perkataan “leta” digunakan oleh penyair bagi menggambarkan hina atau keji (orang, perbuatan), cacat dan cela (Kamus Dewan Bahasa).
Selanjutnya, frasa “dituliskan sahifah supaya nyata” bermaksud penyair menulis di atas lembaran dengan jelas manakala “barang yang ghairah di dalam cinta” merujuk adab-adab yang perlu dipatuhi oleh pasangan yang sedang bercinta. Lembaran tersebut bertujuan mengelakkan pasangan bercinta kecewa serta menggalakkan penulisan surat sebagai medium untuk meluahkan segala perasaan. Seterusnya, penyair meminta maaf sekiranya ayat-ayat yang dihasilkannya kurang sempurna. Frasa “daripada masyghul gundah merawan” melambangkan perasaan penulis ketika menulis warkah iaitu perasaan murung dan sedih. “Masyghul” bererti berasa dukacita kerana sesuatu, susah hati, murung atau sedih (Kamus Dewan Bahasa, 2007).
Kemudian, penyair menyatakan dirinya telah menempuh nasib yang malang secara berulang kali. Impaknya, banyak kemudaratan telah menimpa dirinya. Frasa “ senantiasa di dalam nasib dan walang” merujuk keadaan penyair yang sentiasa sedih dan kecewa. Sementara itu, penyair menyatakan keadaan dirinya yang terumbang-ambing dan tiada arah tujuan. Frasa “ santap nan tidak minum pun kari” bermaksud penyair dalam keadaan yang tidak terurus sehingga makan dan minumnya tidak terjaga.
Rangkap seterusnya menjelaskan penyair tersedar bahawa tiada gunanya hidup dalam kekecewaan yang berterusan. Hal ini kerana kekecewaan tersebut mampu memusnahkan kehidupannya Akhir sekali, penyair memberikan peringatan agar tidak hidup dalam kekecewaan kerana mampu mengakibatkan fikiran tidak waras. Frasa “jikalau kiranya hamba turuti, daripada hidup sebaiknya mati” menerangkan jika hidup berpandukan perasaan kecewa, lebih baik mati daripada hidup dalam keadaan begitu.
RUMUSAN
Dapat disimpulkan bahawa kesusasteraan Melayu merupakan hasil karya masyarakat Melayu yang memiliki keindahan bahasa, memiliki unsur-unsur nasihat, pengajaran, kerohanian dan kebudayaan. Karyakarya sastera memiliki peranan yang penting dalam membentuk insaniah masyarakat selain menghiburkan. Di samping itu, karya-karya sastera mampu dijadikan bahan pendidikan terutamanya kepada generasi muda. Buktinya, mata pelajaran Kesusasteraan Melayu telah diperkenalkan di negara pada tahun 1957 dengan tujuan melahirkan warganegara Malaysia yang memiliki nilai murni dari sudut kerohanian, kemanusiaan, kemasyarakatan, kebudayaan, kewarganegaraan serta memupuk perasaan cinta akan negara. Generasi muda pada masa kini wajarlah menghargai kesusasteraan Melayu kerana karya-karya sastera mampu dijadikan panduan dalam hidup. Oleh itu, kita haruslah memelihara dan menghayati hasil karya masyarakat dahulu agar tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.
Al-Fatihah Md Adnan & Normaliza Abd Rahim. (2014). Kritikan Sosial Filem Melayu Zombi Kampung Pisang. Journal of Business and Social Developement. 2 (2), 62-73. Ali Ahmad. (1994). Pengantar pengajian kesusasteraan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. RUJUKAN Abdullah Hussain. (2005). Kamus Simpulan Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohamad Mokhtar Hassan. (2005). Teori Konseptual Kata Kunci. Penerbit: Universiti Malaya. Hashim Awang. (1985). Mendekati Kesusasteraan Melayu. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Harun Mat Piah. (1989). Puisi Melayu tradisional. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Fazallah Pit. (2020, Disember 24). Za’ba angkal akal budi Melayu. https://selangorkini.my/2020/12/zaba-angkal-akal-budi-melayu/
Shamsudin Othman, Azhar Md Sabil & Ghazali Lateh. (2015). Pemikiran akal budi dan sosiobudaya Melayu dalam pendidikan kesusasteraan Melayu. International Journal of Education and Training (InjET). 1(2), 1-10. https://bit.ly/3wcnRTU. Za’ba. (1965). Ilmu mengarang Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Siti Hajar Abd. Aziz. (2011). Bahasa Melayu 1. Shah Alam:Oxford Fajar Sdn. Bhd.