The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sekolah-5012-cm7, 2022-09-29 09:54:11

DOKUMENTASI HARI RAYA DAN HARI GURU 2022

TARIKH: 18.5.2022

Keywords: RAYA

SEKOLAH KEBANGSAAN JITRA

06000 JITRA, KEDAH
049171297

KBA4009

DOKUMENTASI
PROGRAM SAMBUTAN

HARI GURU DAN
JAMUAN HARI RAYA

AIDILFITRI 2022

TARIKH : 18.05.2022
HARI: RABU

MASA : 7.45 PAGI – 1.00 TENGAHARI
TEMPAT : DEWAN AMANAH DAN DEWAN BUDI SK JITRA

PENDAHULUAN

Sambutan Hari Guru disambut setiap
tahun bagi mengenang jasa dan
pengorbanan guru-guru dalam mendidik
anak bangsa. Dengan pengorbanan yang
tidak berbelah bahagi, maka lahirlah
generasi yang berjaya dalam hidup dan
seterusnya mampu memajukan negara
Malaysia. Hal ini bertepatan dengan tema
Hari Guru pada tahun ini iaitu “Guru
Tunjang Sekolah Sejahtera”. Guru
memainkan peranan yang penting dalam
memperkasa keilmuan dan profesionalisme
bagi membina generasi baharu yang
dapat memenuhi matlamat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.

Setiap tahun, sambutan Hari Guru
diraikan secara meriah dengan pelbagai
aktiviti yang dipersembahkan oleh murid
dan guru. Setelah dua tahun negara
dilanda pandemik, sambutan pada tahun
ini memberi nafas baharu kepada semua
warga sekolah.

Kemeriahan ini bertambah lagi
dengan gabungan jamuan Hari Raya
Aidilfitri yang dijalankan serentak. Murid dan
guru mengambil peluang ini untuk
meraikan dengan persembahan yang
menarik dan bermakna. Diharapkan majlis
ini dapat memberi peluang kepada semua
warga sekolah menikmati juadah hari raya
di samping kemeriahan Hari Guru.

REFLEKSI

KEKUATAN

• Majlis Sambutan Hari Guru berjalan
dengan lancar dan meriah.

• Murid dan guru berpeluang membuat
persembahan secara fizikal. Majlis tambah
berseri dengan nyanyian lagu “Kami Guru
Malaysia” oleh semua guru.

• Gimik pelancaran majlis yang memukau
dan menarik.

• Murid juga berpeluang bersemuka dengan
guru sambil memberi hadiah tanda
penghargaan.

• Aktiviti seperti pertandingan pakaian
tercantik menambahkan kemeriahan
majlis.

• Murid dapat menikmati juadah Hari Raya
bersama seluruh warga sekolah.

• Kepelbagaian menu yang menarik dan
istimewa. Murid teruja beratur untuk
mendapatkan aiskrim percuma.

• Terdapat sesi penggambaran mengikut
kelas.

KELEMAHAN

• Aspek kebersihan perlu diberi perhatian
terutamanya murid Tahap Satu.

• Disebabkan pandemik, terdapat ramai
murid yang masih belum biasa dengan
suasana keramaian dan tidak pandai
beratur.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Antara beberapa langkah yang boleh
diambil untuk penambahbaikan adalah seperti
berikut:

• Raptai dijalankan secara penuh iaitu raptai
majlis rasmi disusuli raptai persembahan.

• Murid Tahap Satu dikumpulkan di kantin
semasa makan untuk mengelakkan
makanan dan air tumpah di dewan.

• Jamuan makan diawalkan sedikit supaya
murid mempunyai lebih masa untuk memilih
makanan yang dibawa secara pot luck.

• Kaunter makanan ditambah untuk
mengurangkan masa beratur.

• Murid digalakkan membawa makanan
dalam bekas pakai buang.

• Majlis ditamatkan dengan lebih awal
supaya murid dapat sama-sama gotong
royong membersihkan keseluruhan dewan
dan kawasan yang terlibat.

• Tambahan aktiviti sukaneka antara murid
dan guru untuk memeriahkan majlis.

• Tambahan photobooth segera untuk murid
merakamkan gambar kenangan
memandangkan mereka tidak dibenarkan
membawa telefon dan kamera.

LAMPIRAN BERGAMBAR
Persediaan pentas.

LAMPIRAN BERGAMBAR

Perarakan guru masuk ke dewan
diiringi paluan kompang.

LAMPIRAN BERGAMBAR

Bacaan ikrar guru, ucapan dan
perasmian majlis.

LAMPIRAN BERGAMBAR

Gimik pelancaran, penyampaian
hadiah Hari Guru dan

persembahan kad ucapan
gergasi.

LAMPIRAN BERGAMBAR
Jamuan makan.

LAMPIRAN BERGAMBAR
Persembahan guru dan murid.

LAMPIRAN BERGAMBAR
Murid-murid SK Jitra.

LAMPIRAN BERGAMBAR

Guru-guru SK Jitra.

Disediakan oleh:
TOE XIAO LIN

NUR HAYATUL SAKINAH BINTI ABDUL RAHMAN
IQBAL YAQIEN BIN ZAIFUL
SANI FAHMI BIN ABDULLAH

AJK DOKUMENTASI PROGRAM SAMBUTAN HARI
GURU DAN JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI 2022


Click to View FlipBook Version