CELINE KANG 287535
CELINE KANG 287535
Tersebutlah kisah di sebuah kepulauan Britania Raya, terdapat sebuah kerajaan
purba di bawah pimpinan seorang Raja. Raja tersebut bernama Pangeran Indera
Mahmud atau lebih dikenali sebagai Raja Indera. Raja Indera sangat terkenal dengan
hobinya yang suka keluar memburu haiwan di hutan. Pada petang itu, Raja berasa
hendak keluar memburu sendirian. Tanpa disangka-sangka Raja tersebut telah sesat
di dalam hutan.
“Hutan ini luas. Aku tidak dapat menemukan jalan keluar” kata Raja sendirian.
Hari semakin gelap, Raja juga berasa putus asa kerana tidak dapat mencari jalan
keluar. Namun, tiba-tiba satu keabjaiban muncul. Raja Indera ternampak sosok tubuh
manusia berdiri tidak jauh darinya. Lantas, Raja Indera mendekati sosok tubuh itu.
Raja terkejut ketika melihat sosok itu dan mengetahui bahawa sosok manusia yang
dilihatnya itu adalah seorang wanita yang cantik. Raja cuba memberanikan diri untuk
menegur wanita itu.
“Maaf, Saya keluar memburu lalu tersesat di hutan. Saudari boleh membantu
saya?” tanya Raja Indera kepada wanita misteri itu.
CELINE KANG 287535
“Ouh, saya sudah lama tinggal di sini. saya sudah tahu selok-belok hutan ini.
Saya boleh menunjukkan” jawab wanita itu perlahan sambil tersenyum. “Namun,
ada syaratnya” sambung dia lagi.
“Apa syaratnya?” tanya Raja.
“Saya tinggal bersendirian, tinggal lah kamu di sini untuk beberapa ketika lalu
akan ku tunjuk jalan keluar” kata wanita itu sebagai syarat kepada Raja Indera.
Pada fikiran Raja Indera tiada rugi jika dia berkorban sedikit untuk tinggal sementara
di hutan daripada langsung tidak dapat keluar. Maka, Raja Muda itu pun bersetuju.
“Baiklah, saya setuju” kata Raja Muda Indera.
“Keputusan yang bijak” balas wanita itu.
“Harapnya, tidak berlaku sebarang masalah pada kerajaanku sementara aku
berada di sini” kata Raja Muda seorang diri.
CELINE KANG 287535
Wanita itu mengajak Raja Indera pulang ke rumahnya. Mereka juga berbual ketika
dalam perjalanan tersebut.
“Rumah kamu besar sungguh seperti istana. Siapakah kamu sebenarnya?”
terkejut Raja itu melihat rumah di hadapannya.
Wanita itu hanya tersenyum tanpa menjawab pernyataan tersebut.
Raja Indera tinggal di hutan lebih lama dari perancangannya. Dia telah jatuh hati pada
wanita misteri itu. Jadinya, mereka pun telah berkahwin.
“Isteriku, telah tiba masa saya pulang kembali memerintah kerajaan. Rakyat-
rakyat semua pasti risau akan ketiadaan saya” kata Raja Muda kepada isterinya.
“Baiklah suamiku, biarlah pembantu saya menghantar kamu keluar dari hutan
ini. Jagalah kesihatan kamu dan sesekali datanglah ke sini” balas isterinya.
“Terima kasih cantik. Jikalau saya keluar berburu lagi pasti akan saya singgah
ke sini” Janji Raja Indera kepada isterinya itu sebelum bertolak pulang ke istana.
Pembantu si isteri pun tiba untuk mengiringi Raja Muda keluar dari hutan itu.
CELINE KANG 287535
Tibalah Raja Indera di kerajaannya, seluruh rakyat terkejut. Selama ini, mereka
menyangka Raja Muda mereka itu telah mangkat. Mereka amat gembira melihat Raja
Indera, mereka menyambutnya dengan gembira. Beberapa bulan pun berlalu, Raja
sibuk menyiapkan kerjanya yang banyak. Kesibukan berkerja Raja itu telah
melupakan perihal isterinya yang tinggal di dalam hutan.
CELINE KANG 287535
Pada suatu malam, kedengaran suara tangisan bayi telah menyedarkan Raja Indera
dari tidurnya. Dia pun bergegas keluar istana untuk mencari suara tangisan bayi itu.
Ketika Raja Indera membuku pintu utama, dia dikejutkan dengan kehadiran bayi yang
dibaluti kain dan sedang menangis dengan kuat.
“Bayi siapa ini? Siapa yang berani membawa bayi ke dalam istanaku?'' kata Raja
dengan nada sedikit tinggi sambil mendukung bayi itu. Tiba-tiba, muncul satu cahaya
yang menyilaukan mata tidak tahu dari mana. Disebalik cahaya itu, muncul sosok
tubuh wanita. Wanita itu adalah isteri Raja Indera yang tinggal di dalam hutan.
“Selamat malam suamiku, ada satu berita yang perlu saya sampaikan” kata
isterinya sambil tersenyum mesra.
“Apakah itu” balas Raja Indera.
“... bagaimana kamu boleh sampai ke sini” tanya Raja Indera kebingungan.
“Bayi dalam dukungan kamu itu adalah puteri kita.. Jagalah dia seperti
manusia” balas isterinya dengan tenang.
CELINE KANG 287535
“Haa… manusia? Apa maksud kamu?” Raja Indera semakin keliru dengan situasi
tersebut.
“Saya adalah Ratu Hutan. Saya mahu kamu membesarkan dia seperti manusia.
Berikanlah yang terbaik untuknya.” balas isterinya
Belum sempat Raja Muda itu bertanya lebih lanjut. Asap putih muncul dan sosok tubuh
isterinya pun hilang. Raja Indera pun membawa masuk puterinya ke bilik dan berjanji
akan menjaganya dengan baik.
“Cantik sungguh puteriku ini. Akan ku beri namamu Puteri Jelita Kesari”
CELINE KANG 287535
Beberapa tahun berlalu, Puteri Jelita membesar menjadi gadis cantik dan baik. Raja
merasa senang melihat puterinya. Namun, Raja Indera masih merindukan isterinya.
Kejelitaan yang dimiliki oleh Puteri Jelita telah membuatkan seorang dayang istana
berasa iri hati. Dayang tersebut keluar berjumpa ahli sihir dan meminta ahli sihir itu
mengusir keluar Puteri dari istana.
Tidak lama kemudian, sedang Puteri tidur nyeyak. Muncul asap tebal bersama bau
busuk ke dalam biliknya. Namun, Puteri Jelita tidak menyedari hal tersebut. Keesokan
paginya, seluruh tubuh badan Puteri dipenuhi bintik-bintik merah bernanah.
“Kenapa dengan badan aku, kenapa jadi begini” kata Puteri terkejut melihat
badannya.
CELINE KANG 287535
Telah banyak pakar pengubatan dari pelbagai penjuru negeri datang untuk
menyembuhkan Puteri tanpa tiada yang berjaya.
“Lebih baik Puteri diasingkan kerana tiada yang boleh menyembuhkannya
bimbang penyakitnya boleh menjangkiti manusia lain” hasut dayang istana itu
kepada Raja Indera. Akibat hasutan itu tadi, Raja bimbang rakyat kerajaannya akan
dijangkiti, dia membiarkan Puteri keluar dari istana.
CELINE KANG 287535
Keluarlah Puteri Jelita dari istana, dia terus berjalan menghampiri gunung. Di gunung
itu, Puteri pun bertapa “Sembuhkan penyakitku”
Puteri berasa amat yakin itu adalah ibunya dan membuat keputusan untuk pergi ke
pantai arah selatan. Perjalanan untuk sampai ke pantai tersebut mengambil berhari-
hari. Setibanya Puteri Jelita di pantai tersebut, kedengaran suara ibunya. Ibunya
berkata “Masukkan dirimu kedalam dasar laut ini”
Walaupun, Puteri Jelita bimbang mendengar arahan ibunya tetapi dia tetap
menurutinya.Tidak disangka sebuah keabjaiban wujud. Seluruh bintik-bintik merah
bernanah di tubuhnya perlahan-lahan hilang. Tidak itu sahaja, Puteri juga berubah
menjadi lebih cantik. “Terima kasih laut kerana menyembuhkanku” kata Puteri.
CELINE KANG 287535
“Saya akan tinggal di sini bersama kamu semua makhluk laut”
Puteri merasakan bahawa hidupan di laut lebih menyayanginya berbanding ayahnya
yang sanggup menyuruhnya keluar dari istana. Tinggal di laut membuatkan Puteri
merasa lebih gembira dan lebih dekat bersama ibunya. Walaupun, hanya boleh
mendengar suara ibunya ia cukup untuk membuatkan dirinya gembira. Puteri juga
mendirikan istana sendiri dan mengumpulkan rakyat-rakyatnya iaitu seluruh hidupan
yang berada di laut., Bermula saat itu, Puteri dikenali sebagai Ratu Penjaga Laut.