SyurgaBaitulMahabbah-Zuraida Razali
1
SyurgaBaitulMahabbah-Zuraida Razali
13 Mei 2021
MENDUNG DALAM HATI
Ramadan Mubarak 1442H bertamu dan diisi dengan pelbagai amalan yang
mendekatkan diri kepada Allah. Mudah-mudahan diterima Allah menjadi
bekalan di akhirat nanti. Ramadan berlalu, kini Syawal menjelma. Hadir
Syawal dirasakan hambar kerana ia merupakan tahun kedua meraikannya
tanpa dapat pulang ke kampung halaman, tidak mengucup tangan mulus
bonda ayahanda tercinta serta sanak saudara.
Semuanya ketentuan daripada Yang Maha Esa. Kita hanyalah
manusia. Kita hanyalah hamba. Kita akan diuji. Tak semua yang diinginkan
akan jadi kenyataan kerana Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat
hamba-Nya. Yakin dan percaya setiap yang terjadi punya hikmah
tersendiri. Always trust Allah 100%. As long as you remember Allah, you
will be okay. Mohonlah kepada Allah agar ditunjukkan jalan yang lurus.
Doa dan minta kepada Allah bukan kepada yang lain. Agar diri cekal
memilih “persimpangan” yang indah-indah. Jalani dan hadapinya tanpa
gusar kerana semuanya pasti ada hikmah dan kebaikan.
2
SyurgaBaitulMahabbah-Zuraida Razali
“Penuhi hatimu dengan iman, nescaya hatimu akan menjadi tempat
paling damai di muka bumi.”
14 Mei 2021
IKHLAS SABAR REDA
Syawal kedua kami sekeluarga seperti hari biasa. Aktiviti rutin harian
yang sama, tiada yang istimewa. Tiada ziarah sanak saudara apatah lagi
keluar berjalan ke mana-mana. Boringlah raya macam ni. Selalu terdengar
omelan anak. Pujukan nasihat buatnya. Sabar ya anak, Allah menguji kita
semua. Allah nak beri pahala untuk kita sebab tu kita kena banyak
bersabar, kena banyak bersyukur.
Tuan suami meminta saya masakkan rendang ayam. Rendang ayam
semalam kan dah masak, balas saya. Kata tuan suami, selepas asar nanti
adiknya yg bertugas sebagai polis habis kerja dan akan singgah sekejap
ke rumah kami untuk mengambil lemang yang tuan suami beli.
“Takkan nak bagi lemang kosong je kan. Kalau ada rendang barulah
lengkap kata tuan suami”. Tuan suami keluar ke kedai Lesong Mart
mencari ayam. Sempat beli 3 pek terakhir ayam Bismi cerita tuan suami
3
SyurgaBaitulMahabbah-Zuraida Razali
usai balik dari kedai. Siap rendang ayam, siap juga rebus ketupat , pisang
goreng dan jemput-jemput pisang.
Juadah minum petang merangkap makan malam. Kami sekeluarga
menjamu selera menikmati juadah yang saya sediakan. Bekalan lemang dan
rendang ayam saya bungkuskan untuk adinda bawa pulang. Memetik kata-
kata Pendeta Za’ba dalam bukunya “ Perangai Bergantung Pada Diri”-
Buatlah baik aduhai rakan, ke dalam laut engkau campakkan. Andai tidak
di kenal ikan, Tuhanmu tahu iakah bukan.
Ketika waktu asar kami menerima arahan daripada masjid yang
hadir solat sunat aidifitri dan solat Jumaat perlu mula kuarantin diri di
rumah selama 10 hari. Di depan pintu pagar masjid juga sudah ditampal
notis pemakluman masjid ditutup arahan JAIS. Pihak masjid baru
menerima laporan ada jemaah disahkan positif covid 19. Tuan suami
terlibat kuarantin diri kerana beliau hadir untuk solat hari raya.
Sepanjang Ramadan juga beliau adalah antara jemaah yang
istiqamah melaksanakan solat sunat terawih dan bertadarus di masjid
4
SyurgaBaitulMahabbah-Zuraida Razali
bersebelahan rumah kami. Tuan suami tidak hadir solat Jumaat kerana
kerap bersin dan rasa sakit kepala. Azan maghrib berkumandang dan
kelihatan kereta polis peronda berada di hadapan masjid. 2 anggota polis
berkawal di hadapan masjid, ada jemaah yang hadir kemudian diminta
balik. Hanya Imam bertugas , bilal dan siak sahaja yang dibenarkan solat
di masjid.
“ Semakin reda kita pada ujian Tuhan, semakin tenang kita pada
setiap ketentuan”
15 Mei 2021
DOA SEBAGAI CAHAYA
Bermula proses tuan suami kuarantin. Beliau tidur di bilik bawah, guna
tandas bawah. Semua aktiviti termasuk makan dan minum tuan suami
lakukan dalam bilik tersebut. Makanan dan minuman saya sediakan untuk
beliau dan letakkan di hadapan pintu bilik. Tuan suami mengadu kepada
saya , kerap bersin dan selesema. Saya meminta tuan suami makan vitamin
C ‘double dose’. Kami sekeluarga makan vitamin C jenis rendam. Biasanya
5
SyurgaBaitulMahabbah-Zuraida Razali
hanya rendam 1 tablet. Tapi sejak suami selsema, saya minta beliau makan
2 tablet.
Saya dapat berita ahli kumpulan tadarus suami, Tuan Haji
Salahuddin kini berada di ICU KPJ kerana positif covid-19. Saya
merupakan salah seorang AJK Masjid , oleh sebab itu ada beberapa info
yang agak cepat saya perolehi.
Saya beritahu tuan suami, saya forward mesej tersebut kepada
beliau. Kami mula berasa risau. Tuan suami pernah cerita kepada saya,
ketika bertadarus ada yang membuka “face mask” , bawa turun ke dagu.
Kekadang membaca Al-Quran memakai “face mask” seperti tidak
sempurna. Mungkin ada yang berasa lemas kerana sudah memakainya
untuk tempoh yang lama.Bermula solat isyak kemudian berterawih dengan
memakai “face mask”. Ruang bertadarus pula bertutup dan berpenghawa
dingin sepenuhnya. Membaca Al-Quran juga dalam tempoh yang agak
lama. Tadarus bermula sejurus selesai solat terawih 23 rakaat. Lebih
kurang jam 10.30 sehingga jam 11.00 malam.
6
SyurgaBaitulMahabbah-Zuraida Razali
Sebelum tadarus kebanyakan jemaah mula berada di masjid jam 8
malam atau sebelum masuk waktu isyak. Solat berjemaah isyak kemudian
solat terawih . Timbul kerisauan dalam diri kami. Sebelum tuan suami mula
kuarantin kami memang bersalaman, cium tangan, peluk dan tidak ada
penjarakan antara tuan suami dan kami anak beranak. Insha Allah semua
baik-baik sahaja kata saya dan tuan suami.
Sepanjang beliau kuarantin diri, kami banyak berbual menerusi
aplikasi ‘whatssapp’. Ada juga ketikanya saya berdiri di dapur (pakai face
mask) ,tuan suami dalam bilik dan kami berbual dengan suara agak kuat.
Dapur dan bilik tuan suami kuarantin diri tidak jauh, bersebelahan sahaja.
Tandas bawah hanya tuan suami seorang sahaja yang guna. Anak-anak
dilarang menggunakan tandas bawah dan tak boleh turun sesuka hati.
“Yang terbaik itu dalam rahsia Allah. Maka mintalah pada Dia bukan
merayu pada manusia.”
7
SyurgaBaitulMahabbah-Zuraida Razali
16 Mei 2021
ALLAH SELALU ADA MEMERHATI
Seperti biasa selesai semua ibadat khusus saya akan turun ke dapur untuk
memasak sarapan pagi. Saya tanya khabar suami, beliau jawab baik dan
ok. Saya lihat keadaan tuan suami seperti keletihan dan kurang bermaya.
Suhu badan normal, tak panas. Tuan suami masih selsema.
Saya masak nasi goreng , saya hidangkan air nescafe panas buat
suami. Beliau makan seperti biasa. Berselera makan dan habis semua
makanan yang saya sediakan buatnya. Berbeza dengan saya, saya kurang
selera makan. Mungkin kerana susah hati memikirkan keadaan tuan suami
atau penat. Dalam kesibukan urus rumah, suami dan anak-anak saya
mengajar( PdPR) seperti biasa. Ikut kesesuaian, ada ketikanya PdPR
online ada masanya PdPR offline. Sebelah petang dan malam saya menanda
tugasan murid-murid dan merekod markah.
Kadang-kadang saya jarang makan makanan yang saya masak. Saya
alas perut dengan roti bakar, telur separuh masak atau telur rebus. Minat
kepada nasi agak berkurangan . Tapi tak kurus juga. Lemak degil yang
8
SyurgaBaitulMahabbah-Zuraida Razali
berkumpul agaknya susah dah nak cair , getus hati kecil saya. Gemuk atau
kurus bukan persoalan utama, kesihatan dan keafiatan adalah segala-
galanya. Bila tubuh badan sihat dan afiat semua kita boleh buat. Kalau
tak sihat semua aktiviti akan tergendala.
Selesai kelas (PdPR), saya mula memasak untuk makan “lunch” pada
pukul 12.30 tengah hari. Saya masak sayur goreng campur, ayam masak
kicap dan tekak saya terasa nak makan ikan masin. Saya goreng 3 ekor
ikan masin, goreng bawang dan cili api. Perah air limau atas ikan masin dan
tabur bawang serta cili api yang di goreng tadi. Saya hidangkan dulu
makanan untuk tuan suami. Letak semua makanan atas dulang dan hantar
depan bilik tuan suami kuarantin diri.
Tiba-tiba saya terdengar suami mengadu, “abang tak bau pun yang
goreng ikan masin”. Gulp, saya telan air liur rasa tersekat di kerongkong.
Bau ikan masin segenap sudut dapur dan ruang tamu tapi, tuan suami
cakap tak dapat bau. Allahuakbar, tak dapat bau salah satu simptom
covid-19. Saya pergi berhampiran bilik tuan suami. “Abang makan dulu
9
SyurgaBaitulMahabbah-Zuraida Razali
ya,nanti yang dan anak-anak makan”. “Betul ni yang, abang tak dapat bau”.
Ulang beliau sekali lagi. Wajah tuan suami kelihatan gusar. Saya pula
sembunyikan rasa risau. “Abang, agaknya sebab abang selesema. Sebab
tu abang tak dapat bau. Hidung abang tersumbat”. “Mungkin juga”, balas
beliau hambar .
Untuk minum petang saya masak kuih jemput-jemput bilis. Seperti
biasa tuan suami menikmati juadah dengan penuh selera dan habis semua
makanan yang saya hidangkan padanya. Kedengaran sesekali tuan suami
batuk-batuk kecil dan kering. Saya ada tanyakan tuan suami, abang sakit
tekak tak. Jawab beliau abang ok tak sakit tekak. Abang tak dapat bau.
Malam itu saya tak dapat lelapkan mata. Setiap satu jam saya turun,
untuk intai suami. Saya nak pastikan keadaan tuan suami baik-baik sahaja.
Jam 11 malam, jam 12 malam, jam 1 pagi, jam2 pagi, jam 3 pagi. Selepas
jam 3 pagi saya beri ruang untuk diri bermunajat. Selesai urusan
tersebut saya lelapkan mata dan bangun jam 5.30 pagi. Aktiviti
diteruskan seperti biasa.
10
SyurgaBaitulMahabbah-Zuraida Razali
“Kata ahli hikmah, Tetaplah bersama Allah. Jika Dia mengambil
sesuatu yang tidak kita sangka akan kehilangan, maka suatu hari
nanti Dia akan memberikan sesuatu yang tidak kita duga akan
memilikinya.”
17 Mei 2021
USAH BERDUKA HAL DUNIA
Keadaan tuan suami masih sama. Beliau mengadu masih tak dapat bau.
Dalam masa yang sama , saya dapat info makin ramai yang positif covid-
19 dalam kalangan jemaah yang boleh dikatakan “kaki masjid”. Saya
ajukan soalan kepada tuan suami, abang tak nak pergi buat swab test
ke? Suami balas tak nak pergi lagi. “Abang makan ubat selsema, selsema
abang dah makin baik ni. Tekak pun ok. Tak sakit. Yang dan anak-anak
macam mana?” Alhamdulillah, semua ok jawab saya.
Saya maklumkan kepada tuan suami, lauk-lauk dah hampir habis.
Saya minta jiran kami, juga kawan satu sekolah saya mengajar tolong
belikan lauk basah seperti ikan, udang, sayur-sayuran,buah-buahan, roti,
11
SyurgaBaitulMahabbah-Zuraida Razali
biskut dan panadol. “Yang tolong minta ustaz belikan lemon juga ya. Baik
abang. Nanti abang trasfer duit kepada yang”.
Selesai urusan membeli Ustaz hafizul akan letakkan semua barang
tersebut di atas tembok pagar rumah kami. Saya akan “transfer” duit
kepada beliau. Semoga Allah membalas kebaikan dan pertolongan Ustaz
Hafizul dengan pahala berlipat ganda. Aamiin ya mujib.
Daripada Abu Hurairah RA, dari Nabi SAW, baginda bersabda
: “Barang siapa melapangkan kesusahan seorang mukmin dari
pelbagai kesusahan dunia nescaya Allah SWT akan melapangkan
dirinya daripada kesusahan pada hari kiamat “- (Hadis Riwayat
Muslim -2699)
18 Mei 2021
RENDAH HATI BERBAIK SANGKA
Tuan suami mengadu sakit kepala. Badan rasa makin sihat. Cuma rasa sakit
kepala agak kuat. Mungkin sebab semalam abang ada kelas online dan
menghadap laptop agak lama. Tuan suami sedang menyambung pengajian
di peringkat Ijazah Kedoktoran (PhD). Kini beliau cuti belajar. Saya dapat
melihat kesungguhan dan kegigihan suami berada di jalan pengajian ini. Ia
12
SyurgaBaitulMahabbah-Zuraida Razali
penuh liku dan beronak. Menuntut kekuatan, sokongan, perhatian,
kesabaran dan ketabahan. Tidak ada jalan pintas untuk menggapai
sesuatu kejayaan yang indah. Tiada kejayaan semanis madu tanpa
pengorbanan sepahit hempedu.
Seperti biasa, tuan suami berselera makan semua hidangan yang
saya masak. Anak-anak juga begitu, seronok melihat mereka menambah
makanan yang saya sediakan. Kata mereka, ummi pakar memasak. Semua
yang ummi masak sedap. Bab ambil hati,serahkan kepada mereka.
Alhamdulillah, segala puji hanya layak untuk Allah, Tuhan yang Maha
sempurna.
“Kuasai hatimu untuk tetap tenang dengan keikhlasan kerana
semakin dirimu ikhlas maka Allah akan semakin memberimu
kebaikan.”
19 Mei 2021
NIAT BAIK TUHAN BUKAKAN JALAN
Pagi ini saya teruskan rutin harian seperti biasa. Sediakan makanan ,
bersiap untuk kelas PdPR dan memantau proses kelas PdPR anak-anak
13
SyurgaBaitulMahabbah-Zuraida Razali
juga. Suami memberitahu saya hasrat hatinya untuk ke Klinik
berhampiran rumah kami bagi tujuan Swab test. Katanya jam 2 klinik mula
operasi untuk swab test.
Jam 9.30 pagi, Ketua Muslimat HELWA Masjid Baitul Mahabbah
(MBM), Puan Hajah Zainon bin Hassan menjemput saya memimpin bacaan
Yasin dan doa selamat. Sejak hari Isnin beliau merancang mengadakan
bacaan Yasin ini. Saya bersetuju dan sudah memaklumkan kepada suami
dan anak-anak. Suami bertanya bagaimana kelas saya? Saya memberitahu
beliau kelas PdPR secara offline akan saya laksanakan dan sudah
menghantar tugasan di Google Classroom (GC) dan Group Telegram PdPR.
Tujuan diadakan bacaan Yasin secara online adalah untuk memohon
doa agar Allah yang mentadbir seluruh isi langit dan bumi memberi
kesembuhan dan kekuatan kepada semua yang dijangkiti musibah atau
ujian covid ini. Saya selitkan sedikit tausiyah sebelum memulakan bacaan
Yasin. Sesungguhnya musibah yang menimpa seorang muslim baik berupa
penyakit atau sebagainya adalah penggugur dosa.
14
SyurgaBaitulMahabbah-Zuraida Razali
Dari Abdullah bin Mas’ud RA berkata, telah bersabda Rasulullah
SAW : “ Tidaklah seorang muslim yang tertimpa musibah penyakit atau
lainnya kecuali Allah gugurkan dosa kesalahannya sebagaimana pohon
menggugurkan daunnya.” ( Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
Saya juga berkongsi amalan agar diri saya dan semua muslimat yang
dirahmati Allah agar memperbanyakkan amalan zikir untuk menghadapi
zaman fitnah. Antara zikir yang boleh dijadikan amalan harian ialah,
berzikir menyebut nama
1. Ya Allah 100 kali
2. Ya Hayyu Ya Qayyum 100 kali
3. Ya Qahhar 100kali
4. Ya Zaljalali wal Ikram 100kali
Setiap hari cuba luangkan masa berzikir dengan nama-nama Allah
yang mulia di samping amalan wirid-wirid (Awrad Rabbaniyyah ) yang lain.
Sesungguhnya amalan berzikir dapat menjadikan hati tenang dan damai
serta melindungi diri daripada gangguan syaitan. Selesai bacaan Yasin
15
SyurgaBaitulMahabbah-Zuraida Razali
saya selitkan dengan zikir munajat dan doa. Selepas itu kami bersurai.
Meskipun tidak dapat berkumpul untuk majlis ilmu secara bersemuka, kini
pertemuan di atas talian juga sudah memadai. Semoga usaha kecil ini
dirahmati dan dipayungi rahmat yang tidak bertepi.
Selepas selesai bacaan Yasin , saya menyambung tugasan PdPR.
Menjawab soalan murid, menanda tugasan, merekod markah dan
sebagainya. Selepas solat zohor saya maklumkan kepada suami saya nak
berehat. Suami pula akan ke klinik untuk PCR Swab Test. Apa jua
keputusan yang bakal diterima, kita reda dan ambil langkah seterusnya,
kata tuan suami kepada saya.
“Kata ilmuan: Jadilah kuat dengan tawakal, jadilah mulia
dengan taqwa, jadilah kaya dengan pemurah dan jadilah tenang
dengan zikrullah”.
16
SyurgaBaitulMahabbah-Zuraida Razali
20 Mei 2021
HIDUP ADALAH PERJALANAN
Seperti biasa, saya bangun awal walaupun tidur lewat. Sejak tuan suami
kuarantin diri saya susah nak lelapkan mata. Mungkin kerana risau
memikirkan keadaannya. Dari semalam saya tidak selera makan dan rasa
sakit tekak. Badan juga rasa sakit. Suami bertanya keadaan saya, saya
jawab alhamdulillah saya sihat dan anak-anak juga baik sahaja.
Suami katakan pada saya beliau rasa lebih sihat. Selesema dah
sembuh. Badan makin rasa cergas, Cuma kepala masih sakit. Alhamdulillah
syukur pada-MU jua ya Allah. Keputusan swabtest suami masih belum
keluar. Jadi tuan suami masih kuarantin diri seperti sebelum ini.
Saya dan anak-anak meneruskan aktiviti harian kami, kelas PdPR
online dan offline. Selain itu kami penuhi aktiviti dengan bermain congkak
, main teka teki, dan membaca buku cerita.
“Seberat apapun beban masalah yang harus dihadapi percayalah
bahawa semua itu tidak akan melebihi batas kemampuan kita.
Bersemangatlah menjemput kebahagiaan daripada rencana terbaik
Yang Maha Esa”
17
SyurgaBaitulMahabbah-Zuraida Razali
21 Mei 2021
DOA MENGUATKAN JIWA
Pagi yang indah, penghulu segala hari. “Yaumul Jumuah Sayyidul Ayyam”.
Habis bacaan surah Al-Kahfi dan bacaan Yasin saya turun untuk memasak
sarapan. Tuan suami bertanya keadaan saya, saya jawab alhamdulillah
sihat dan baik. Walaupun sebenarnya rasa tak sedap badan . Badan rasa
dedar, sakit tekak dan sakit kepala.
Selepas siap tugasan memasak saya bersedia untuk kelas PdPR. Tak
lupa juga tanggungjawab memantau perihal PdPR anak-anak.
Tanggungjawab lebih banyak daripada waktu. Masa dirasakan begitu
pantas berlalu, sekejap habis seminggu, sekejap habis sebulan,
muhasabah diri agar sentiasa menjadi hamba yang diredai Tuhan.
Suami memaklumkan kepada saya, result swabtest dah dapat.
Keputusannya positif covid-19. Walaupun sudah bersedia dengan apa juga
keputusan, rasa terkejut datang menerpa. Terus lidah laju menuturkan ;
إنا لله و إنا إليه راجعون
18
SyurgaBaitulMahabbah-Zuraida Razali
Juga diselitkan doa tatkala ditimpa musibah mengikut yang diajar
sunnah..
أللهم أجرني في مصيبتي واخلفلي خيرا منها
“Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya kami dikembalikan.
Ya Allah berikanlah daku pahala dalam musibahku dan gantikanlah
yang lebih baik darinya”.
Usai solat zohor saya dan anak-anak pergi ke klinik untuk swabtest.
Saya berdoa agar saya dan anak-anak tidak terpalit dengan ujian covid
ini. Namun, siapakah kita untuk menidakkan takdir ketentuannya. Saya
dan anak-anak disahkan positif covid-19. Maka, kami sekeluarga kini
disahkan positif covid-19.
“You may not be happy now. You may be questioning why
things didn’t happen the way you had planned. But trust me, one
day, you'll look back and be so pleased that things didn't work out
the way you thought you wanted. That’s because the Almighty
always knows best!”-Mufti Ismail Menk
19
SyurgaBaitulMahabbah-Zuraida Razali
22 Mei 2021
TIADA KETENTUAN YANG SIA-SIA
Kami sekeluarga hadir awal pagi di Covid Assessment Centre (CAC)
Stadium Malawati Shah Alam. Kami perlu menjalani ujian saringan bagi
penilaian risiko dan kesihatan. Doa dan harapan agar kami sekeluarga
dapat kuarantin bersama di rumah. Terharu melihat jasa bakti dan
pengorbanan setiap frontliner . Doa dilafazkan agar mereka diberi sebaik
ganjaran, dipermudahkan urusan di dunia dan akhirat serta dimasukkan
ke dalam syurga tertinggi.
Semua yang hadir adalah mereka yang telah disahkan positif. Kami
perlu memuat turun applikasi Selangkah sebelum berjumpa doktor dan
para petugas di dalam dewan CAC. Sebaik sahaja dibenarkan masuk, kami
perlu mendaftarkan diri di bahagian pendaftaran. Kami perlu
menunjukkan kad pengenalan diri dan keputusan Swab test kepada
petugas. Kemudian, kami perlu menjalani pemeriksaan kesihatan di
kaunter B bersama Jururawat. Memeriksa suhu badan, tekanan darah,
kadar denyutan nadi, berat, tinggi dan lain-lain lagi. Anak kami, Husna
20
SyurgaBaitulMahabbah-Zuraida Razali
tersangkut di sini. Bacaan nadinya tinggi. Jadi perlu ke kaunter
pemantauan. Beberapa orang Medical Assistant (MA) bertugas di
bahagian ini. Ada seorang warga emas yang kurang oksigen dalam badan,
lantas diberi bantuan oksigen melalui tiub kecil yang dimasukkan melalui
hidung.
Tuan suami kerap meminta maaf kepada saya dan anak-anak. Beliau
rasa bersalah kerana katanya semua yang terjadi berpunca darinya. Saya
membalas kepada beliau bahawasanya beliau tidak bersalah langsung.
Semuanya adalah kehendak Allah. Ketentuan dari-Nya. Tidak pernah
terfikir dan terlintas walau sekali saya dan keluarga perlu hadir di CAC.
Kami sangat menjaga SOP. Kami tidak keluar ke mana-mana. Tuan suami
salah seorang jemaah yang “regular” solat berjemaah, berterawih dan
bertadarus setiap hari. Duduk di dalam rumah pun jika Allah takdirkan
positif covid-19 tidak ada yang boleh menghalang.
Namun , virus covid ini juga makhluk Allah. Semua makhluk Allah
baik berupa tumbuhan atau haiwan semuanya berzikir kepada-Nya.
21
SyurgaBaitulMahabbah-Zuraida Razali
Pepasir dan batu juga berzikir dan memuji kebesaran Allah mengikut
riwayat yang sahih. Kita hamba yang diciptakan dengan sebaik-baik
kejadian selayaknya lebih lagi banyak berzikir mengingati Allah. Selain
berzikir banyakkan berdoa dan bertawakkal kepada-Nya agar Dia
memberi kesembuhan sepenuhnya kepada kami sekeluarga.
“Memetik kata-kata Ibnu Kathir dan Ibnu Masud, Surah Yusuf
mengajarkan kita rukun iman yang keenam iaitu qada’ dan qadar.
Kita mesti sentiasa percaya bahawa segala ketentuan Allah Taala
adalah untuk kebaikan kita. Surah Yusuf membuktikan Allah tidak
meninggalkan hambanya yang beriman.”
22
SyurgaBaitulMahabbah-Zuraida Razali
23 Mei 2021
USAHA DAN BERDOA
Kami sekeluarga menjalani proses Home Treatment Order (HTO) dengan
penuh rasa reda, syukur dan sabar. Semua aktiviti kami lakukan
berjemaah. Solat berjemaah , bacaan yasin berjemaah , makan
berjemaah, sama-sama berehat menonton televisyen adalah antara
aktiviti rutin kami sekeluarga sepanjang menjalani Home Treatment
Order (HTO).
Badan saya dan anak perempuan panas. Sakit kepala dan sakit badan.
Kami makan panadol, minum banyak air dan mengambil vitamin C. Anak
lelaki sihat dan kekal cergas, manakala tuan suami semakin sihat dan
sembuh memandangkan beliau yang paling awal mengalami gejala demam
sakit badan, sakit kepala sebelum ini.
Awal pagi saya menerima mesej berbunyi : “Salam ustazah, akak ada
letak roti canai untuk sarapan pagi atas tembok rumah ustazah. Moga
ustazah sekeluarga cepat sembuh sihat seperti biasa”.-Kak Salomah.
Saya membalas mesej tersebut ucapkan terima kasih dan memaklumkan
23
SyurgaBaitulMahabbah-Zuraida Razali
bahawa anak-anak sangat gembira makan roti canai hadiah daripada
beliau. Mungkin dah jemu asyik makan nasi goreng, mihun gorreng, mi
goreng yang ummi sediakan. Saya dan suami juga menikmati roti canai
tersebut. Saya tiada tenaga untuk memasak. Berdiri lama ketika solat
pun terasa sangat penat.
Bayangkan virus covid ini menyerang warga emas yang berpenyakit.
Pasti lagi parah dan menyakitkan. Saya yang muda dan tidak berpenyakit
pun terkesan. Apatah lagi mereka yang berisiko tinggi. Kata alim ulama
dan para ilmuan, “Kebanyakan ujian atau dugaan yang menimpa seorang
muslim ialah untuk mengangkat darjatnya, melebur dosa-dosanya,
mendahulukan azab-azabnya di dunia sebelum di akhirat”. Setiap yang
berlaku dengan izin dan tadbir dari Allah yang Maha Mengetahui.
Mohonlah doa agar Allah kurniakan kesembuhan buat diri.
Selepas solat zohor saya menerima mesej , Salam ustazah. Amir
anak akak baru je hantarkan makanan untuk ustazah. Letak atas tembok
pagar rumah ustazah- Kak Nik.
24
SyurgaBaitulMahabbah-Zuraida Razali
Allah Maha baik, segala puji hanya layak bagi-MU Ya Allah. Rezeki
sampai lagi. Nasi beriani lauk ayam, dalca, acar timun dan nenas kami
nikmati dengan berselera. Sebenarnya tuan suami dah siap masak nasi,
sayur goreng dan sup ayam. Kami selesai makan sebelum azan zohor. Jam
4 kami menikmati nasi beriani pula. Alhamdulillah.
Sebelum azan maghrib saya dapat makluman daripada pihak masjid
berkenaan makan malam, ikan siakap steam lemon dihantar ke rumah dan
diletakkan di atas tembok pagar rumah saya. Masya Allah, bertalu-talu
rezeki. Hujan rezeki . Kami di kelilingi dengan insan yang berhati mulia
dan sangat baik. Syukur pada-Mu jua Ya Allah.
Selepas selesai solat maghrib saya menerima mesej daripada Tuan
Haji Ishak, Setiausaha Masjid akan menghantar madu tualang dan
habbatus sawda. Jiran kami, Haji Musa menghantar madu kelulut yang
baru dituai dan pisang berangan. Hajah Norani pula memberi kami air
kangen, lemon, dan bawang putih goreng. Hanya Allah sahaja yang layak
25
SyurgaBaitulMahabbah-Zuraida Razali
membalas segala jasa kebaikan dan budi baik kalian. “Jazakumullahu
khairan kathira”.
Kami sangat terharu dan berterima kasih atas semua doa, kebaikan,
kasih sayang, sokongan, bantuan dan keprihatinan. Moga Allah ganjari
dengan sebaik-baik ganjaran. Selepas solat isyak pula, jiran kami yang
baik budiman lagi beriman, memberitahu suami beliau sediakan air kelapa
bercampur lemon dan garam bukit untuk kami minum. Doanya moga kami
semua sihat dan cepat sembuh.
Makanan dan minuman pemberian sahabat,jiran budiman, madu,
habbatussawda pemberian Masjid.Alhamdulillah
“Maka sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan”. (Al-
Insyirah :5)
26
SyurgaBaitulMahabbah-Zuraida Razali
24 Mei 2021
SYUKUR JANGAN KUFUR
Hari ini kami menerima ‘hadiah bantuan’ daripada pihak masjid. Pelbagai
barangan diterima antaranya, beras, minyak masak, telur, kicap, sos cili,
tepung gandum, mihun dan lain-lain lagi. Syukur pada-Mu jua Ya Allah atas
rezeki ini. Kebanyakan barangan dapur ini juga sebenarnya makin susut
dan habis. Belum sempat habis, stok baharu kami terima daripada masjid.
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Selain itu, jiran kami yang
sungguh mulia hatinya juga ada memberi barangan dapur dan buah-
buahan kepada kami. Jutaan terima kasih kami ucapkan atas semua
kebaikan. Keadaan saya dan anak perempuan masih sama, sakit badan,
sakit kepala dan rasa lemah. Kebanyakan kerja rumah dan tugasan
memasak tuan suami ambil alih, memandangkan tuan suami sudah semakin
sihat. Alhamdulillah, syukur pada Mu jua ya Allah.
“Barangsiapa yang tidak mensyukuri yang sedikit, maka ia tidak
mampu mensyukuri sesuatu yang banyak”- HR Ahmad
27
SyurgaBaitulMahabbah-Zuraida Razali
25 Mei 2021
YANG BAIK AKAN TIBA DENGAN HIKMAH
Keadaan saya dan anak masih sama. Badan rasa panas , selesema ringan,
sakit kepala dan sakit badan. Setiap hari (2 kali sehari,pagi dan petang)
kami perlu “update” status kesihatan kami dalam Selangkah. Doktor
Munira dari CAC ada menghubungi bertanyakan keadaan saya. Kami makan
panadol, vitamin C dan dalam senggang masa kami makan habbatus sawda,
madu, minum air lemon halia dan berehat. Kami mesti berfikiran positif
28
SyurgaBaitulMahabbah-Zuraida Razali
dan banyak berdoa semoga Allah memberikan kesembuhan sepenuhnya.
Pagi ini kami menerima nasi lemak dan bingka jagung untuk sarapan pagi
daripada jiran kami Kak Manja. Tuan suami sediakan sandwich benjo plus
daging burger untuk kami nikmati. Segala puji hanya layak bagimu Ya
Allah. Subhanallah ,Alhamdulillah, Allahuakbar.
“ Dan mintalah pertolongan dengan jalan sabar dan mengerjakan
solat. Sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-
orang yang khusyuk.” ( Al-Baqarah : 45)
26 Mei 2021
HIDUP UNTUK REDA ALLAH
Hari ini saya berasa kurang sihat. Dada terasa sakit, mengah dan sangat
penat. Mungkin kerana kurang berehat menghadap komputer riba
menyiapkan kerja sekolah. Doktor Ilyas menghubungi saya, juga Doktor
Munira . Ketika bercakap dengan doktor Ilyas , saya katakan, dapat
panggilan daripada Doktor Munira. Jadi ,Doktor Ilyas menamatkan
perbualan dengan saya kerana saya lebih selesa berurusan dengan doktor
29
SyurgaBaitulMahabbah-Zuraida Razali
yang sama jantina. Lagi pula doktor Ilyas baru selesai menjalankan satu
pembedahan. Doktor Ilyas selayaknya berehat.
Doktor Munira menasihatkan saya agar berehat secukupnya.
“Tinggalkan dahulu kerja sekolah. Jangan fikirkan kerja sepanjang
tempoh kuarantin. Katanya lagi, puan paksa diri sebab puan rasa ok tak
sakit sangat. Puan nak ke tiba-tiba pengsan sebab tak cukup oksigen.
Atau puan nak saya hantar ambulan jemput puan. Varian sekarang lain
macam puan. Bukan macam dulu. Puan dengar nasihat saya, baring dan
berehat secukupnya. Kuarantin di rumah ni bukan bermakna puan kena
buat macam-macam kerja. Puan kena rehat”. Berulang kali doktor
tegaskan kepada saya agar banyak berehat dan tidak banyak berfikir
tentang kerja dan sebagainya.
Begitu juga halnya anak perempuan saya, suami ambil “laptop”
miliknya dan memaklumkan kepada guru kelas dan guru pembantu kelas
anak saya, anak saya tidak dapat mengikuti kelas online kerana doktor
30
SyurgaBaitulMahabbah-Zuraida Razali
minta untuk berehat. Anak saya mendapat sakit kepala yang kuat,
lenguh-lenguh dan berasa penat.
“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan
dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar
Maha Pengampun lagi Maha Penyayang “( An-Nahl: 18)
27 Mei 2021
MINTA PADA DIA BUKAN PADA MANUSIA
Hari ini emosi kurang stabil. Badan rasa lemah dan lemau. Air mata mudah
mengalir tidak semena-mena. Rasa sedih dan tidak keruan. Perasan
bercampur baur disamping kerinduan yang menggunung terhadap ibu ayah
dan ahli keluarga di kampung. Hanya berhubung melalui panggilan telefon
atau ‘video call’ mengubat rasa rindu dan bertanya khabar berita.
Pagi ini kami sekeluarga menerima ‘hadiah’ nasi kerabu, nasi dagang
dan takoyaki pemberian dari Kak Manja. Takoyaki kesukaan anak-
anak.Tempoh hari hadiahkan kami nasi lemak , bingka jagung dan ayam
‘wrap’. Masya Allah, Tabarakallah. Rezeki berkat melimpah ruah kurniaan
Allah azzawajalla pentadbir langit dan bumi. Seperti biasa saya mendapat
31
SyurgaBaitulMahabbah-Zuraida Razali
kiriman mesej meminta saya mengambil makanan di atas tembok pagar.
Diiringi doa moga ustazah sekeluarga cepat sembuh. Moga Allah
perkenan. Jazakillahu khairal jaza’ ya Ukhti al-karimah.
Tuan suami mendapat mesej dari sahabatnya bertanyakan alamat
rumah. Sahabat tuan suami menyatakan ingin menggunakan perkhidmatan
“Grab Food” mengirim Nasi Arab buat kami. Segala puji hanya untuk-Mu
dan hanya layak bagi-MU. Kami menerima nasi arab, ayam bakar, salad
dan salsa juadah makan tengah hari.
Masya Allah, Subhanallah, Allahuakbar. Lebih kurang jam 3 suami
menerima mesej mengatakan ada buah-buahan di atas tembok pagar kami.
Jangan lupa ambil, risau dimakan oleh binatang yang berminat. Kami
menerima buah mempelam, buah laici dan buah anggur. Buah-buahan ini
pemberian sahabat tuan suami yang baik. Mulia hatinya, suci jiwanya.
Moga Allah memberi ganjaran sebaiknya.
Selepas solat asar kami menerima makanan lagi, makanan
diletakkan di atas buai di hadapan rumah kami. Kami menerima juadah
32
SyurgaBaitulMahabbah-Zuraida Razali
tauhu begedil, roti gardenia, planta, takoyaki, air vitagen, dan kinder Joy.
Riang hati anak menikmati Kinder Joy saya gelar (coklat telur) yang mahal
harganya. Allah Maha Besar. Hujan rezeki lagi hari ini. Kami berasa
terharu dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pemberi
yang sangat baik hati. Alhamdulillah, syukur pada-Mu jua Ya Allah. Masya
Allah, Subhanallah, Allahuakbar…
“Bagi seorang mukmin, kesulitan dan kemudahan adalah ladang
untuk menabung pahala dan hadiah daripada Allah Taala. Lalu
kenapa masih bersedih?. Jangan selalu mengeluh, Masalahku
banyak, masalahku besar. Tapi katakan pada diri dan masalah, “
Sungguh bersamaku ada Allah Yang Maha Besar.”
33
SyurgaBaitulMahabbah-Zuraida Razali
Ya Allah, maka nikmat manakah lagi yang ingin kami dustakan?
28 Mei 2021
KITA MERANCANG DENGAN CITA, TUHAN MERANCANG
DENGAN CINTA
Allahumma solli a’la nabiyyina Muhammad. Jumaat, penghulu segala hari.
Banyakkan berselawat dan berzikir agar hati dan jiwa tenang. Melazimi
bacaan surah Al-Kahfi di malam Jumaat atau pagi Jumaat merupakan
amalan yang dituntut untuk kita melakukannya. Moga diri terus istiqamah
34
SyurgaBaitulMahabbah-Zuraida Razali
diberikan taufik dan hidayah berada di jalan yang Allah reda. Berdoa dan
terus berdoa. Mintalah kepada Allah pemilik hati manusia, pemilik jalan
keluar kepada semua masalah, pemilik kesembuhan pemilik segala-
galanya.
Alangkah bertuahnya kami diberi peluang untuk menjalani proses
kuarantin di rumah. Berbanding mereka yang perlu kuarantin di MAEPS
atau pusat kuarantin yang disediakan. Kami tidak perlu berebut tandas,
menunggu giliran untuk membersihkan diri, tidur di dalam dewan yang
dipasang lampu 24 jam. Sehinggakan tidak tahu cuaca di luar mendung
atau cerah. Cahaya matahari tidak dapat dinikmati dan dirasai bila berada
di dalam dewan tersebut.
Perasaan dan pengalaman itu dikongsi oleh salah seorang rakan saya
yang merupakan bekas Ketua Kerani di sekolah saya mengajar. Beruntung
dapat kuarantin di rumah, dapat solat dengan lebih sempurna dan di awal
waktu tanpa bersesak beratur menunggu giliran di tandas, katanya
menerusi mesej yang dihantar pada saya. Setinggi kesyukuran saya
35
SyurgaBaitulMahabbah-Zuraida Razali
panjatkan dalam sujud akhir ketika solat dhuha di pagi Jumaat itu. Usai
solat dhuha, seperti biasa, saya sujud syukur. Akan tetapi sujud syukur
kali ini lebih lama dan rasa berbeda kerana mengenang nikmat Allah yang
tidak bertepi buat kami sekeluarga. Air mata kesyukuran mengalir deras.
Nikmat demi nikmat Allah curahkan pada saya. Alhamdulillah.
Masya-Allah, Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Ampuni dosa
kami ya Allah. Sembuhkan kami Ya Allah. Perkenankan
“Tidaklah seorang Muslim yang mendapati waktu solat fardhu, lalu
memperelokkan wuduknya, khusyuknya dan rukuknya ( di dalam
solat) melainkan semua itu adalah penghapus dosa-dosanya yang
telah lalu selagi dia tidak melakukan dosa besar, dan keadaan ini
berlaku sepanjang masa “-
( Hadith Riwayat Muslim)
36
SyurgaBaitulMahabbah-Zuraida Razali
Gambaran situasi di MAEPS serdang-Pusat Kuarantin covid-19
37
SyurgaBaitulMahabbah-Zuraida Razali
29 Mei 2021
BERSANGKA BAIK PERBAIKI DIRI
Kami menghitung hari untuk potong gelang. Lagi 2 hari . Rasa teruja dan
tak sabar, tuan suami lebih lagi teruja dan ‘excited’ kerana tarikh beliau
potong gelang sepatutnya hari ini. Tapi disebabkan tarikh saya dan anak-
anak potong gelang 31 Mei, tuan suami minta dengan doktor untuk potong
gelang hari yang sama satu keluarga dengan persetujuan doktor.
Alhamdulillah semuanya Allah permudahkan.
Tuan suami keadaannya masih sama, hilang deria bau, bila tuan suami
ambil minyak ‘athar’ yang kuat baunya bawa dekat dengan hidung , dapat
bau sikit-sikit. Badan rasa lebih kuat berbanding sebelum ini, tapi cepat
penat. Saya pula selalu rasa badan panas, sakit kepala, cepat penat dan
mengah. Naik tangga rumah pun rasa penat dan mengah. Kami semua
batuk-batuk ringan. Tak kuat dan tak kritikal. Semasa tanda-tanda awal
dahulu kami batuk berkahak pekat. Tekak juga terasa sakit. Gejala saya
dan anak perempuan sama.
38
SyurgaBaitulMahabbah-Zuraida Razali
Anak lelaki kami paling “champion”. Dia sangat cergas , cerdas, aktif
dan bagaikan tiada masalah langsung. Bayangkan kalau anak saya ni keluar
bermain, dia boleh jadi “ silent carriers”, boleh menyebarkan virus ini
kepada yang lain. Doktor cakap biasanya budak-budak aktif walaupun
positif covid-19. Mungkin sebab sistem imun budak-budak berbeza
dengan kita yang dewasa.
Bagi saya virus covid ni bahaya dan teruk sebab, sepanjang
kuarantin saya yang cergas asyik terbaring dan berehat. Tidak ada
tenaga. Tak hairanlah andai virus covid ini kena pada orang tua yang
berpenyakit, memang mereka berjuang untuk hidup. Sampaikan ada yang
perlu bantuan oksigen, ditidurkan untuk masuk tiub dan sebagainya. Sakit
covid tiada ubat yang khusus. Kalau demam atau sakit kepala, makan
panadol, kalau batuk, makan ubat batuk, kalau selsema, makan ubat
selsema.
Vitamin C memang sangat digalakkan untuk kita makan. Kami makan
‘double dose’ sepanjang tempoh sakit ini. Ada yang kata membazir kerana
39
SyurgaBaitulMahabbah-Zuraida Razali
dos berlebihan akan dibuang begitu saja oleh badan melalui proses
perkumuhan. Kami berusaha untuk meningkatkan imun badan. Perlu minum
air yang banyak sebab tekak rasa kering dan badan rasa panas. Di samping
tidak meninggalkan pemakanan sunnah seperti madu, habbatus sawda dan
lain-lain lagi petua yang dikongsikan kepada kami untuk diamalkan. Semua
kami ikhtiar dengan doa dan harapan agar Allah kurniakan kesembuhan.
Tak pernah terlintas kami sekeluarga akan dijangkiti virus covid ini.
Bila dah kena, kami rasa serik. Tak nak kena lagi. Yang melaluinya sahaja
akan faham. Alhamdulillah, kami sekeluarga tak seteruk orang lain. Ujian
setiap orang tak sama.
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Puji dan puja hanya untuk-
Mu Wahai Tuhan penguasa siang dan malam. Sebagaimana ikrar harian
kami dalam solat, Hanya kepada-Mu kami sembah dan hanya kepada-Mu
kami memohon pertolongan. Ampuni kami. redakan kami, beri kami
kesembuhan Wahai Allah yang Maha menyembuhkan.
40
SyurgaBaitulMahabbah-Zuraida Razali
“ Dan beribadahlah kepada Allah dan janganlah kamu
menyekutukan-Nya dengan sesuatu pun, dan berbuat baiklah kepada
kedua ibu bapa” (An-Nisa:36)
30 Mei 2021
YANG TERBAIK RAHSIA ALLAH
Hari ini berita duka kepada semua warga Malaysia. Alam juga turut
berduka. Perginya seorang lagi permata ummah. Kematian orang soleh
bererti perginya bersama ilmu. Dato mufti Perak adalah tokoh ilmuan dan
di antara hamba Allah yang banyak berjasa untuk ummah dengan ilmu
pinjaman Allah untuknya. Marilah sama-sama kita berdoa agar Allah
mencucuri rahmat ke atas rohnya dan mengangkat darjatnya serta
memuliakannya. Semoga Allah Taala dengan rahmat-Nya memasukkan
Allahyarham Tan Sri Dato’ Seri Haji Harussani bin Tuan Guru Haji
Zakaria ke dalam syurga tertinggi tanpa hisab. Perginya bersama ilmu
asbab positif covid -19. Allahyarham merupakan insan yang memegang
jawatan mufti paling lama dalam sejarah Malaysia iaitu selama 36 tahun.
41
SyurgaBaitulMahabbah-Zuraida Razali
Meninggal dunia ketika berusia 82 tahun. Moga Allah taala merahmati roh
Tan Sri. Perkenankanlah.
Sepanjang saya sakit disebabkan virus covid 19 ini, saya sukar tidur
malam. Perasaan sering bercelaru, resah, galau dan risau. Suami dan anak
perempuan juga begitu. Terkadang rasa nak menangis, emosi sering
kurang stabil. Kami isi dengan aktiviti berfaedah, berzikir, berdoa,
membaca yasin dan banyak bersabar. Setiap yang berlaku ada hikmahnya,
bersyukur dan bertabah disetiap ujian yang dilalui.
Allah Maha mengetahui sedangkan kita tidak mengetahui.
Seringkali juga saya bermimpi Allahyaham abah yang sangat dirindui.
Abah datang dalam mimpi berulang-ulang kali. Saya ajukan persoalan
tentang mimpi kepada sahabat baik saya. Suaminya seorang tuan guru
yang kami segani. Beliau memiliki kitab berkenaan mimpi. Saya
bertanyakan apakah maksud mimpi saya ?
42
SyurgaBaitulMahabbah-Zuraida Razali
Jawapan tuan guru kepada persoalan saya. Katanya, mimpi melihat
abah ada beberapa takwil, secara asasnya ia menunjukkan tercapai
barang dihajati:
1. Jika dia berhajat sesuatu, hajatnya akan tercapai secara tidak
sengaja.
2. Jika dia tidak sihat ,ia adalah petanda untuk pulih dari sakit.
3. Jika dia berjauhan dengan seseorang, ia adalah tanda kepulangan
orang tersebut.
Kata tuan guru lagi berdasarkan gambaran yang saya perolehi ketika
mimpi, abah dalam keadaan ‘qiam’ berdiri atas tempat yang tinggi (seperti
di atas sebuah bukit yang cantik), memakai jubah putih, kopiah putih,
wajah berseri-seri dan senyuman manis di wajahnya menggambarkan abah
bahagia di alam sana. Insya Allah dengan izin Allah dan rahmat Allah, abah
damai dan tenang di sana. Sejauh mana kebenaran takwil mimpi saya
hanya Allah yang Maha mengetahui. Wallahu a’lam. “Wahai Tuhanku,
ampunilah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku serta kasihanilah mereka
43
SyurgaBaitulMahabbah-Zuraida Razali
sepertimana mereka mengasihaniku dan mendidikku ketika kecil.
Masukkanlah kedua ibu bapaku ke dalam syurga firdaus tanpa hisab”.
Perkenankanlah. Kami mohon perlindunganMu, kami mohon keampunan-
MU.
“Wahai Tuhan kami berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu
bapaku serta bagi orang-orang yang beriman pada masa
berlakunya hitungan amal dan pembalasan”. ( Ibrahim : 41)
31 Mei 2021
ALLAH MAHA KUASA ATAS SEGALA SESUATU
Hari yang kami nantikan. Hari potong gelang merah. Saya bangun
awal dan bersemangat seperti selalu. Allah akan permudahkan segala
urusan jika niat kita baik dan betul. Yakin dan percaya. Dia sentiasa di
sisi. Saya masak nasi lemak dan jemput-jemput bilis. Kami menikmati
sarapan pagi bersama-sama. Sejurus selesai bersarapan dan solat dhuha
kami ke Covid Assessment Centre (CAC), Stadium Malawati untuk potong
gelang.
44
SyurgaBaitulMahabbah-Zuraida Razali
Kami perlu beratur dan bersabar. Barisan agak panjang. Kami
berjumpa doktor untuk membuat pemeriksaan kesihatan. Kami sangat
berterima kasih kepada barisan frontliners yang berjuang dan
bergelumang dengan pesakit covid -19 ini. Jasa pengorbanan mereka
sungguh banyak. Berkhidmat dengan penuh semangat, berpanas dalam PPE
berlapis-lapis. Menahan lapar dan dahaga dan penat bekerja tanpa henti.
Bila sudah menyarung Personal Protective Equipment (PPE), face mask,
face shield, sarung tangan dan sebagainya sangat menyukarkan untuk
mereka minum atau makan. Hanya Allah sahaja yang layak membalas
segala jasa pergorbanan barisan hadapan. Semoga sentiasa berada dalam
rahmat di bawah lembayung sayap malaikat dan raudhah kemuliaan.
Perkenankanlah Wahai Tuhan yang Maha Pemberi Kurnia.
Dengan rahmat Allah kami menerima surat pelepasan “release
order” selepas 10 hari menjalani Home treatment order (HTO).
Pengalaman yang berharga dan sukar untuk dilupakan. Benar dan setuju,
pengalaman guru terbaik. Pengalaman berkurung di dalam rumah satu
45
SyurgaBaitulMahabbah-Zuraida Razali
keluarga. Sesuatu yang manis dan indah malah mengeratkan lagi kasih
sayang antara kami. Saya beri nama pengalaman kami kuarantin di rumah
dengan nama Syurga Baitul Mahabbah. Sementelah rumah kami
bersebelahan dengan Masjid Baitul Mahabbah (MBM) atau dikenali juga
dengan nama Masjid Proton. Punca saya dan anak-anak dijangkiti virus
covid-19 ini juga dari suami yang dipercayai berjangkit daripada jemaah
masjid yang positif. Sejauh mana kebenarannya hanya Allah Yang Maha
Mengetahui. Wallahu taala A’lam.
46
SyurgaBaitulMahabbah-Zuraida Razali
MAKIN KITA SABAR, ALLAH MAKIN SAYANG
Sesungguhnya yang bernama ujian itu akan lenyap dengan izin-Nya,
Ia hadir dalam dua bentuk,
Bentuk kesenangan atau kesusahan,
Bentuk kebahagiaan atau penderitaan,
Pandanglah dengan mata hati, Ujian adalah rahmat kasih Rabbul Izzati,
Syukur, sabar dan reda dengan perjalanan takdir ini,
Ia ketentuan Ilahi sejak azali,Yakin dan percaya sepenuh hati
apa yang dilorongkan Ilahi mengundang hikmah , punya kebaikan tersendiri
Mukmin beriman budiman sejati
Saat diuji terus bersabar , saat diberi nikmat lantas bersyukur
Bersyukurlah saat diuji dengan kesusahan dan kesedihan
Kerana berjuta manusia tenggalam saat diulit kesenangan
Bersangka baik dengan Allah juga bersangka baik dengan diri
Allah sembunyikan kemanisan di sebalik kepahitan
Bersama kesusahan ada kesenangan
Fokus kepada misi kita yakni dambakan reda-Nya
Dunia tempat berpenat, Akhirat tempat berehat
bercita-cita masuk Syurga , damai di dalam kubur
itulah antara taman-taman syurga
Berkumpul bersama ahli keluarga, bertemu di Firdausi penuh nikmat
Berjiran di syurga bersama tetangga juga sahabat
Moga Allah reda dan menerima amal kita
Ampuni kami, Rahmati kami
Moga diperkenan
Kami mohon keampunan-Mu dan kami bertaubat kepada-MU Ya Allah.
47
SyurgaBaitulMahabbah-Zuraida Razali
DOA SENJATA MUKMIN
Menjalani hari-hari mendatang dengan 1001 kekuatan yang Allah
anugerahkan. Bersangka baik , bermuhasabah dan bersemangat asas
kepada segala yang akan membenihkan kebaikan. Meskipun kesan-kesan
penyakit daripada virus covid-19 ini masih kami rasai, kami bersyukur
kerana masih berpeluang menjalani hari-hari yang indah.
Nikmat kurniaan Allah sangat luas berbanding ujiannya terhadap
kami. Doktor menyatakan virus covid ini akan mendiam dalam badan
pesakit selama tempoh 3 bulan. Virus ini tidak akan hilang di dalam badan.
Meskipun makan cengkih atau hidu wap cengkih. Mungkin mengurangkan
sakit dan lelah tetapi ia tidak menghilangkan virus covid-19 yang telah
ada di dalam badan pesakit covid.
Menurut doktor lagi kami akan menerima vaksin selepas tempoh 3
bulan. Saya, suami dan anak masih merasakan sakit badan dan lesu. Suami
masih batuk-batuk kecil. Kekadang daya tumpu juga terganggu. Mudah
diserang sakit kepala jika berlama membuat sesuatu kerja yang perlu
kepada berfikir. Sakit sendi dan otot juga tidak terkecuali. Kekadang
rasa mengah, sakit dada walaupun usaha yang sangat minima. Moga
segalanya kembali pulih sepenuhnya seperti sediakala. Kami mohon
keampunan-Mu Ya Allah. Kami mohon kesembuhan-Mu Wahai Tuhan yang
Maha memiliki sepenuhnya kesembuhan.
48
SyurgaBaitulMahabbah-Zuraida Razali
Doa Kesembuhan daripada penyakit :
“ Ya Allah anugerahkan ke atas kami penawar daripada penawar-
Mu, dan kesembuhan daripada kesembuhan-Mu, juga keberkatan
dari keberkatan-Mu, juga rahmat daripada rahmat-Mu terhadap
penderitaan-penderitaan yang dideritai oleh kami yang sakit ini juga
mereka yang lemah, dan sembuhkanlah, sembuhkanlah,
sembuhkanlah dengan rahmat-Mu Ya Allah wahai Yang Maha
Mengasihani daripada segala yang mengasihani.
Ampunilah dosa juga kesalahan kami. Dan berikanlah petunjuk
terhadap urusan kami, Tuhan kami Ya Allah, Tuhan kami Ya
Rahman, Tuhan kami Ya Rahim. Engkau adalah penguasa kepada
semua kesembuhan, anugerahkan kepada kami kesembuhan dan
penawar daripada sakit ini. Sembuhkanlah, sembuhkanlah,
sembuhkanlah dengan rahmat-Mu Wahai Tuhan Yang Maha Perkasa
lagi Maha Pengampun, Wahai Tuhan Yang memelihara dan
mentadbirkan sekalian alam. Perkenankanlah Ya Allah. Amin
Ihfazillah, yahfazka-Jagalah Allah, Allah pasti menjagamu,
“La quwwata illa billah” ( Al-Kahfi:39)
Zuraida binti Razali
Bekas pesakit covid stage 2
49
SyurgaBaitulMahabbah-Zuraida Razali
p/s : Menulis dan berkongsi catatan peribadi daripada pengalaman
sendiri.
Mohon maaf atas kelemahan dan kekurangan.
Moga ada manfaat dan kebaikan
50