TUGASAN 2 Pembentukan Perkataan Baharu & Isu Kesalahan Kata Dari Sudut Morfologi Pembentukan Perkataan Baharu & Isu Kesalahan Kata Dari Sudut Morfologi
NAMA: NUR FAZLIAH ALINA BINTI MOHAMMAD FADZIR KUMPULAN : PENGAJIAN MELAYU 3 TUGASAN: PENGHASILAN PRODUK KOD DAN NAMA KURSUS: BMMB3203 MORFOLOGI BAHASA MELAYU NAMA PENSYARAH : DR. MAT SALLEH BIN MOHAMAD ZAIN
Perkataan baharu meujuk pada perkataan yang lazimnya wujud atau dicipta dalam suatu bahasa yang berfungsi untuk menyokong suatu perkara yang baru wujud dalam kalangan masyarakat yang menggunakan bahasa tersebut. Perkembangan dari zaman ke zaman dalam kehidupan masyarakat akan menyebabkan perkembangan dari segi benda, proses, keadaan dan sebagainya yang memerlukan satu perkataan baharu perlu ada untuk menyebut perkataan tersebut. Pengenalan
Bunyi Asli Bahasa Melayu Bunyi bahasa Melayu merupakan satu bunyi bahasa yang dituturkan individu untuk menghasilkan satu bentuk perkataan yang mengikut kepada peraturan dan juga sistem bunyi bahasa Melayu itu sendiri. Bunyi bahasa Melayu itu sendiri. Bunyi bahasa Melayu asli adalah mempunyai 24 bunyi asli yang terdiri daripada 18 huruf konsonan serta 6 huruf vokal. Sesuatu bahasa mempunyai unit terkecil yang dikenali sebagai fonem ataupun dipanggil bungi bahasa. Setiap daripada bentuk perkataan yang terhasil itu adalah dapat dipecahkan serta dibahagikan kepada unit kecil yang dikenali sebagai fonem.
Konsonan Terdapat lapan belas huruf konsonan asli bahasa Melayu. Lapan belas huruf konsonan bahasa Melayu ini merupakan satu bunyi perkataan yang dihasilkan daripada aliran udara yang disekat melalui rongga hidung dan mulut oleh daerah sebutan huruf konsonan. Penyebutan bagi huruf konsonan ini boleh dibahagikan kepada lapan iaitu letupan, letusan, sengau, geseran, getaran, sisian dan juga separuh vokal. Setiap daripada penyebutan tersebut mempunyai daerah sebutan tertentu yang terlibat bagi menghasilkan suatu bunyi konsonan. Lima daerah sebutan yang terlibat dalam membunyikan huruf konsonan iaitu bibir, gigi-gusi, lelangit keras, lelangit lembut dan juga glotis. Lapan belas huruf konsonan asli bahasa Melayu terdiri daripada huruf p, b, t, d, k, g, q, c, j, m, n, ny, ng, s, h, r, l, w dan y. Namun demikian, hanya sepuluh huruf konsonan asli yang dapat hadir pada awal, tengah serta akhir perkataan manakala bagi konsonan b, d, g, c, dan juga j hanya hadir pada akhir perkataan bagi perkataan pinjaman sahaja.
Vokal Bahasa Melayu mempunyai enam vokal asli yang terdiri daripada a, e, i, o, u, dan juga vokal “ə” yang biasanya ditulis sebagai “e”. Vokal a, e, i merupakan vokal depan, ə pula ialah vokal tengah manakala o dan u merupakan vokal belakang. Dalam bahasa Melayu, bunyi “e” (e taling) dan “ə” (e pepet) diwakili dengan huruf yang sama, iaitu huruf e. Contoh perkataan bagi bunyi e pepet ialah lembu, yang diwakili dengan simbol vokal “ə” manakala contoh bagi e taling pula ialah serong yang menggunakan huruf e yang berbunyi e taling.
Vokal Terdapat tiga vokal iaitu a, i dan u yang boleh wujud pada awal, tengah dan akhir perkataan. Vokal e (e taling) dan o pula wujud pada akhir perkataan dalam suku kata terbuka tetapi dalam kata pinjaman. Contohnya, “kafe” dan “video”. Seterusnya, terdapat juga bunyi geluncuran yang dikenali sebagai diftong iaiti ai, au dan oi. Diftong terbentuk apabila dua huruf vokal yang digunakan dalam pengejaan satu perkataan iaitu gabungan ‘ai’ , ‘au’ , dan ‘oi’ (Sulaiman Masri, Abdullah Yusof & Mohd Ra’in Shaari, 2006). Diftong au boleh hadir pada awal, tengah dan hujung perkataan seperti perkataan auta, jauh dan kemarau. Diftong ai pula wujud pada tengah dan akhir perkataan. Contohnya, lain dan gulai. Diftong pula hanya wujud pada akhir perkataan seperti amboi.
Bunyi Bahasa Pinjaman Bahasa Melayu merupakan bahasa yang turut berlaku perubahan, pembinaan sekaligus berkembang seiring dengan perkembangan arus pemodenan. Setelah berlaku penjajahan dan perdagangan di Alam Melayu, pertembungan bahasa-bahasa lain seperti bahasa Arab dan Inggeris telah membuatkan bahasa Melayu mengalami proses peminjaman bahasa daripada bahasa-bahasa. Menurut Fromkin (2007), suatu peminjaman bahasa itu berlaku apabila terdapat satu proses untuk menambahperkataan atau morfem yang berasal daripada bahasa lain ke dalam bahasa Melayu. Peminjaman bunyi bahasa ini berlaku bagi menampung jumlah kemasukan bahasa yang masuk ke dalam bahasa Melayu yang mengalami pertambahan perbendaharaan kata.
Konsonan Pinjaman Awal Kata Tengah Kata Akhir Kata f formal sifir wakaf v varia universiti - th thabit mithal bahath dz dh dzat dharab nidzam hadhir - haidh sk sharat mashhur skuash Bunyi Bahasa Pinjaman Bunyi-bunyi pinjaman yang dipinjam, dieja dalam bentuk ejaan lama. Contohnya:
Konsonan Pinjaman Awal Kata Tengah Kata Akhir Kata z zaman azam Aziz kh Khamis akhir tarikh gh ghaib baghal baligh q qari baqa Fariq Bunyi Bahasa Pinjaman
Konsonan Pinjaman Konsonan yang ditukar Contoh perkataan th s mithali-misali dz z adzan-azan dh d hadhir-hadir sh sy sharat-syarat q k aqiqah-akikah Terdapat juga bunyi-bunyi bahasa yang ditukar mengikut sistem ejaan Rumi yang baharu. Contohnya: Bunyi-bunyi bahasa akan dikekalkan ejaannya sekiranya perkataan tersebut tergolong daripada istilah keagamaan yang berkaitan dengan akidah dan Al-Quran. Misalnya : Fasakh Al-Quran qari
Pembentukan Kata Bahasa Melayu mempunyai bentuk-bentuk imbuhan asli yang dapat membuktikan bahawa bahasa Melayu merupakan bahasa yang mempunyai sistem pengimbuhan yang telah lengkapdan sempurna untuk digunakan di dalam perkataan bahasa Melayu sebelum ini. Oleh itu, perkembangan sistem bahasa yang berkaitan dengan bidang ilmu dan juga ikhtisas yang semakin pesat menyebabkan berlakunya peminjaman daripada imbuhan asing bagi menampung bentuk-bentuk kata pinjaman. Hal ini menyebabkan berlakunya proses peminjaman unsur-unsur imbuhan bagi bahasa asing yang telah diserap masuk ke dalam bahasa Melayu sama ada imbuhan tersebut ditulis secara penuh menggunakan imbuhan asing tanpa diubah atau mengubah bentuk imbuhan asing tersebut mengikut kesesuaian dengan sistem tatabahasa bahasa Melayu. Namun, terdapat juga imbuhan asing yang dimasukkan dalam bahasa Melayu itu berfungsi sebagai imbuhan tetapi hanya berfungsi sebagai satu bentuk asing yang boleh dijadikan sebagai satu unit perkataan. Imbuhan bagi bahasa asing ini dapat dibahagikan kepada tiga kategori iaitu imbuhan daripada Sanskrit, ArabParsi dan Yunani-Latin-Inggeris.
Imbuhan Daripada Sanskrit Imbuhan Sanskrit merupakan imbuhan yang sudah lama terserap dalam tatabahasa bahasa Melayu Contoh perkataan Sanskrit yang digunakan secara produktif ialah maha-, tata-, pra- dan panca-. Terdapat juga imbuhan bahasa Sanskrit yang tidak begitu produktif. Misalnya imbuhan tuna-, tri- dan -nita. Imbuhan bagi Sanskrit terbahagi kepada dua iaitu imbuhan awalan dan imbuhan akhiran. Imbuhan awalan seperti maha-, tata-, pra-, swa-, tuna-, eka-, dwi-, tri-, panca- dan pasca-. Manakala imbuhan akhiran pula seperti -wan, -man, -wati dan -nita.
Awalan Awalan mahaAwalan ini berfungsi untuk membentuk kata nama dan kata adjektif. Imbuhan maha- membawa maksud yang paling tinggi. Contohnya, mahaguru, mahasiswa dan mahakrya. Namun, sekiranya ingin menggabungkan dengan kata adjektif ia perlu dieja secara berasingan. Misalnya, maha besar, maha mulia dan maha agung. Awalan tataImbuhan ini digunakan khusus untuk terbitkan kata nama. Tata- membawa maksud peraturan dan susunan. Contoh perkataan: tatabahasa, tatanegara dan tatatertib. Awalan swaAwalan ini digunakan untuk terbitkan kata nama yang mampu memberikan maknsa sendiri. Imbuhan swa- membawa maksud sendiri. Contoh perkataan: 1. Swafoto 2. Swasta 3. Swadaya Awalan praAwalan ini merupakan salah satu imbuhan yang produktif. Imbuhan ini membawa maksud sebelum. Contoh perkataan: 1. prasejarah 2. prauniversiti 3. prasyarat
Awalan Awalan tunaImbuhan ini kurang produktif dalam bahasa Melayu namun kerap digunakan dalam bahasa Indonesia. Awalan ini diterbitkan dengan kata nama. Imbuhan ini memberi makna tidak mempunyai ataupun tiada. Contohnya: 1. tunawisma 2. tunasusila 3. tunabusana Awalan pascaDiterbitkan dengan kata nama. pasca- membawa maksud selepas. Contoh perkataan: 1. pascasiswazah 2. pascamerdeka 3. pascakolonial Awalan eka-, dwi-, tri-, pancaImbuhan tersebut terbitan kata nama. Imbuhan di atas membawa maksud, eka- ialah satu, dwi- ialah dua, tri- ialah tiga dan pancaialah lima. Contoh perkataan: 1. ekabahasa dan ekanada. 2. dwifungsi dan dwibahasa. 3. pancaindera dan pancasila.
Akhiran Akhiran -wan dan -man Imbuhan akhiran ini menerbitkan kata nama yang membawa maksud orang yang melakukan sesuatu perbuatan atau pekerjaan. Imbuhan -man digunakan untuk kata dasar yang berakhir dengan huruf i.. Imbuhan -wan pula digunakan untuk kata dasar yang mempunyai akhiran a. Contoh pekataan: Akhiran -man Akhiran-wan 1. Seniman 1. hartawan 2. Budiman 2. karyawan Pada 60-an imbuhan ini popular, kini penggunaanya kurang produktif kerana penggunaan perkataan “ahli” sering digunakan bagi menggambarkan perlaku atau seseorang. Contohnya: 1. ahli kimia 2. ahli sains
Akhiran Akhiran -wati dan -nita Imbuhan ini digunakan untuk menunjukkan kategori jantina. -man dan -wan melambangkan jantina lelaki Imbuhan -wati dan -nita pula melambangkan jantina wanita. Contoh pekataan: Imbuhan Akhiran -wati Imbuhan Akhiran -nita 1. Seniwati 1. biduanita 2. angkasawati 2. karyawanita Namun begitu dalam tatabahasa bahasa Melayu tidak ada pembahagian jantina. Hal ini menyebabkan imbuhan asing perlu ditambah dan diterapkan supaya kategori dalam jantina dapat diberikan. Inisiatif lain yang digunakan bagi melambangkan jantina dalam sesuatu perkataan ialah menambah ambilan akhiran vokal -a dan -i. Contohnya: 1. putera dan puteri 2. pramugara dan pramugari 3. saudara dan saudari
Imbuhan Daripada Arab-Parsi Pengaruh arab-parsi merupakan antara pengaruh yang terkuat muncul dalam bahasa Melayu sejak bermulanya kedatangan orang Islam ke alam Melayu. Penyerapan bahasa asing untuk dimasukkan ke dalam bahasa Melayu merupakan proses yang sukar untuk dilaksanakan terutamanya dari segi penyerapan imbuhan. Oleh itu, penyerapan unsur imbuhan bagi Arab-Parsi ke dalam bahasa Melayu ini adalah dilihat begitu terhad. Bahasa Arab merupakan bahasa rasmi bagi agama Islam pada ketika itu yang memudahkan tempat dalam golongan orang Melayu Islam yang dapat memudahkan proses pencantuman kaum yang berlainan budaya dengan unsur bahasa bagi bahasa Arab yang dimasukkan ke dalam bahasa Melayu terutamanya berkaitan dengan pengambilan dari aspek bentuk-bentuk katanya. Terdapat dua jenis imbuhan pinjaman yang ada pada bahasa Arab-Parsi iaitu imbuhan awalan dan akhiran
bi + lazim bilazim (tidak lazim) bi + adab biadab (tidak beradab) bi + normal binormal (tidak normal) Gabungan imbuhan awalan bagi bahasa Parsi itu telah dapat menghasilkan perkataan baharu bahasa Melayu yang dapat membawa maksud tertentu sekiranya ditukarkan kepada bahasa Melayu. Awalan Terdapat hanya satu imbuhan awalan yang diserap daripada bahasa Arab-Parsi iaitu imbuhan awalan ‘bi-’ yang merupakan perkataan asal bahasa Parsi. Penggunaan untuk imbuhan awalan ‘bi’ adalah sangat terhad untuk digunakan bagi sesetengah perkataan sahaja. Imbuhan awalan ‘bi’ daripada bahasa Parsi ini mempunyai maksud tersendiri yang apabila ditukarkan kepada bahasa Melayu adalah bermaksud tidak. Contoh Awalan ‘bi’ Arab-Parsi Bidang sains dan teknologi turut membantu dalam mencuba untuk memperkenalkan penggunaan imbuhan awalan Parsi ini dengan memasukkan imbuhan awalan ini ke dalam bidang sains dan teknologi sehingga dapat membentuk perkataan baharu yang dikenali sebagai binormal iaitu tidak normal.
Penyerapan imbuhan akhiran daripada bahasa Arab yang dipinjamkan ke dalam bahasa Melayu pula dapat dilihat daripada enam imbuhan yang terlibat iaitu -wi, -i, - iah, -in, -at, dan -ah. Akhiran -wi dan -i -in, -at, dan -ah -iah
Akhiran -wi dan -i Akhiran imbuhan -wi dan -i ini digunakan bagi menghasilkan bentuk kata adjektif yang dapat memberikan atau menunjukkan sifat dan ciri yang terdapat dalam sesuatu kata dasar. Penggunaan imbuhan akhiran -wi dan -i ini ditulis secara berbeza dan mempunyai sifat yang berlainan antara satu sama lain. Akhiran -wi digunakan sekiranya huruf akhir kata dasar itu adalah huruf vokal Akhiran -i digunakan apabila huruf akhir kata dasar adalah huruf konsonan Sifat berbeza bagi akhiran imbuhan Arab ini dilihat adalah kerana penggunaannya yang mengikut huruf akhir bagi suatu kata dasar.
Pembentukan perkataan baharu duniawi dan manusiawi dilihat boleh terbentuk apabila kata dasar yang mempunyai huruf vokal a di belakang perkataan digabung dengan imbuhan akhiran -wi Contoh Akhiran ‘-wi’ Arab-Parsi Contoh Akhiran ‘-i’ Arab Parsi Pembentukan perkataan baharu dalam bahasa Melayu iaitu perkataan azali dan bahari dibentuk daripada penggabungan kata dasar yang memiliki huruf konsonan l dan r di belakang perkataan digabungkan dengan imbuhan akhiran -i sehingga dapat membentuk perkataan pinjaman bahasa Arab itu ke dalam bahasa Melayu yang dapat membawa maksud tertentu.
Contoh Akhiran ‘-iah’ Arab-Parsi Imbuhan akhiran -iah pula dapat membentuk perkataan baharu dalam bahasa Melayu apabila huruf akhir kata dasar itu adalah konsonan dan digabungkan dengan -iah yang dapat membentuk perkataan baharu alamiah, lahiriah dan batiniah.
Akhiran -in, -at, dan -ah Perkataan hadirin, munafikat dan qariah merupakan perkataan baharu bahasa Melayu yang dibentuk hasil daripada pinjaman bahasa Arab yang dapat membawa suatu maksud. Perkataan ini dibentuk dengan gabungan imbuhan akhiran bahasa Arab -in, -at, dan -ah yang digabungkan dengan kata dasar yang mempunyai akhiran guruf perkataan konsonan atau vokal. hadir + in hadirin munafik + at munafikat qari + ah qariah
Imbuhan Daripada Yunani-Latin-Inggeris Dalam bahasa Melayu, imbuhan asing yang paling banyak dibawa masak ke dalam bahasa Melayu ialah berasal daripada bahasa Yunani-Latin-Inggeris. Imbuhan pinjaman ini tidak berfungsi sebagai imbuhan dalam bahasa Melayu, kecuali dalam beberapa bentuk imbuhan awalan seperti pro-, anti-, mono-, poli-, auto-, sub- dan supra-. Bentukbentuk imbuhan pinjaman yang lain terserap dalam bahasa Melayu sebagai sebahagian daripada kata pinjaman.
Awalan antiMenunjukkan tanda melawan, membantah, menentang atau tak bersetuju dengan sesuatu pihak. Contoh perkataan: 1. antipenjajah - merujuk kepada seseorang atau sesuatu yang menentang atau menolak penjajahan oleh pihak asing. 2. antikerajaan - merujuk kepada sikap atau pandangan yang menentang atau menolak sistem pemerintahan sesuatu kerajaan. proImbuhan pro- digunakan untuk menunjukkan tanda bersetuju, memihak atau menyebelahi sesuatu pihak. Contohnya ialah perkataan; 1. prokerajaan - merujuk kepada seseorang atau sesuatu yang menyokong atau memihak kepada pemerintahan atau badan pengurusan yang memerintah suatu negara. 2. prokomunis - merujuk kepada seseorang atau sesuatu yang menyokong atau memihak kepada fahaman atau ideologi komunis Terdapat beberapa bentuk awalan yang dipinjam ke dalam bahasa Melayu yang bersifat produktif dalam pembentukan kata untuk peristilahan. Awalan-awalan tersebut ialah pro-, anti-, mono-, poli-, auto-, sub- dan supra-.
Awalan
Awalan Berikut merupakan senarai bagi bentuk awalan yang terserap dalam bahasa Melayu tetapi sebagai sebahagian daripada kata pinjaman.
Akhiran Tiada lagi bentuk akhiran daripada bahasa Yunani-Latin-Inggeris yang diserap sebagai imbuhan pembentukan kata bahasa Melayu. Sebahagian besar daripada bentuk ini wujud dalam perkataan yang dipinjam secara keseluruhan ke dalam bahasa Melayu contohnya ialah -isme, -ik, -si, -al, dan is-..
Pembaharuan Dalam Bentuk Kata Penggunaan perkataan popular Proses Perancangan Bahasa Rasmi
Proses Perancangan Bahasa Rasmi Perkataan baharu wujud disebabkan oleh satu jabatan yang bertanggungjawab dalam bidang kebahasaaan untuk membuat perancangan secara rasmi bagi mengeluarkan perkataan baharu. . Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan jabatan di Malaysia yang bertanggungjawab dalam mengeluarkan perkataan-perkataan yang baharu. Pembentukan perkataan baharu berdasarkan perancangan rasmi ini adalah berkait dengan bidang ilmu dan ikhtisas. Contohnya perkataan baharu yang diwujudkan banyak menerangkan tentang konsep, perkara, keadaan, benda dan sebagainya dihasilkan dalam bentuk istilah yang muncul dalam suatu bidang ilmu.
Penggunaan Perkataan Popular Perkataan baharu wujud disebabkan terdapat penggunaan perkataan tersebut yang digunakan secara meluas terutamanya bagi penulis. Contohnya, penggunaan perkataan popular ini banyak ditemui dalam media massa seperti akhbar, majalah dan sebagainya. Penggunaan perkataan popular yang menyebabkan perkataan baharu boleh terhasil juga adalah dapat diambil daripada penulisan yang dihasilkan secara kreatif seperti sajak, novel dan cerpen. Perkataan baharu disebabkan penggunaannya yang popular merupakan perkataan yang digunakan untuk menerangkan tentang suatu perkara, konsep, kejadian, benda atau perkaraperkara lain yang boleh dikaitkan dengan kehidupan seharian.
Proses Pembentukan Istilah (i) Proses Pinjam Terjemah Makna: istilah yang terhasil daripada perkataan Melayu jati atau bahasa serumpun dengan memberi makna baharu untuk membawa konsep tertentu yang sebelumnya yang tiada dalam Bahasa Melayu. Terdapat dua proses pembentukan istilah iaitu; (i) Proses Pinjam Terjemah (ii) Proses Pinjaman Terjemahan langsung Contoh: resistance - rintangan Penggabungan dua kata umum Contoh: honeymoon - bulan madu Penciptaan kata baharu yang tidak pernah ada dalam bahasa Melayu bagi mendukung konsep baharu. Contoh: update - kemas kini Peluasan makna sesuatu perkataan untuk menyokong konsep baharu. Contoh: serap (absorb[ent]) LAWAN jerap (absorb[tive]) Mencipta kata baharu dengan gandaan separa Contoh: radius - jejari , liquid - cecair
Proses Pembentukan Istilah (ii) Proses Pinjaman Pembentukan kata melalui proses pinjaman ialah dengan mengambil semula istilah atau maksud daripada bahasa asalnya, kemudian penyesuaian perkataan dibuat melalui bunyi dan ejaannya. Diambil dengan penyesuaian ejaan. Contohnya: 1. Geography - Geografi 2. Mathematics - Matematik 3. kinetic - kinetik 4. structure - struktur 5. bully - buli Diambil tanpa mengubah ejaan. Contohnya: 1. magnet - magnet 2. linear - linear 3. import - import 4. . audit - audit
ISU KESALAHAN KATA
ISU KESALAHAN EJAAN Secara umumnya, kesalahan ejaan melibatkan huruf yang tertukar, penggunaan imbuhan yang salah atau penulisan kata yang tidak mengikut susunan ejaan yang betul. Berdasarkan keratan akhbar tersebut, perkataan ‘anjir’ sepatutnya ejaan yang betul ialah ‘anjing’. Kesalahan ejaan ini dilihat sebagai kesalahan biasa namun mampu merosakkan bunyi dan makna asli petikan. MEDIA CETAK: KERATAN AKHBAR
ISU KESALAHAN EJAAN Berlakunya kesalahan ejaan pada papan tanda tersebut. Kesalahan kelainan vokal terjadi, kelainan vokal yang betul sepatutnya ‘e’ iaitu percetakan. Ejaan yang betul bagi perkataan di atas ialah percetakan bukannya percitakan. Hal ini dikatakan demikian kerana perkataan percitakan tidak wujud. Pada kebiasaannya, kesalahan ejaan ini boleh berlaku kerana terdedah dengan penggunaan dialek yang telah mempengaruhi cara ejaan. Faktor lain kesalahan ejaan boleh berlaku kerana seseorang itu keliru akan faktor kelainan bentuk dalam penggunaan bahasa yang formal dan tidak formal. MEDIA CETAK: PAPAN TANDA Berdasarkan papan tanda di atas, terdapat kesalahan ejaan. Hal ini kerana berlaku kesalahan imbuhan pada perkataan tersebut iaitu imbuhan mer-. Oleh itu, imbuhan yang sepatutnya ditambah pada bahagian hadapan perkataan ialah imbuhan awalan ber-. Hal ini kerana imbuhan awalan mer- tidak wujud dan hanya ada imbuhan ber- ataupun mem-. Menurut Abdul Razak Kamal (2016), imbuhan mer- tiada ataupun tidak wujud. Ejaan yang betul bagi perkataan tersebut ialah berbahaya. Namun, kesalahan ini masih berlaku mungkin kerana individu tersebut tidak cakna akan penggunaan imbuhan yang betul. Salah satu faktor bagi kesalahan ini masih berlaku ialah perkataan merbahaya pernah digunakan pada suatu ketika dahulu, namun kini sudah tidak digunakan lagi.
ISU KATA PINJAMAN Kata pinjaman merujuk kepada kata-kata yang diambil daripada bahasa-bahasa lain selain bahasa Melayu seperti bahasa Inggeris, bahasa Eropah, bahasa Jawa dan sebagainya. Kata pinjaman juga merujuk kepada kata yang telah digunakan dalam sesuatu bahasa tetapi berasal dari bahasa lain. Berdasarkan tangkapan layar dari aplikasi Whatsapp tersebut, terdapat penggunaan perkataan yang menunjukkan ciri-ciri kata kerja dalam bahasa Inggeris. Contohnya,: trace, chat dan accuse.. Perkataan-perkataan tersebut perlu ditukarkan kepada penggunaan bahasa Melayu seperti (trace - jejak), ( chat - berbual) dan (accuse - menuduh). MEDIA ELEKTRONIK: APLIKASI WHATSAPP
ISU PERKATAAN BAHARU Berdasarkan keratan akhbar tersebut, penulis menggunakan perkataan baharu iaitu ‘paw’. Perkataan yang harus digunakan bagi menggantikan penggunaan perkataan ‘paw’ ialah ‘meminjam’ , ‘mengambil’ , dan ‘merampas’. Penggunaan perkataan ini seharusnya dielakkan kerana perkataan ‘paw’ tidak mempunyai makna dalam kosa kata bahasa Melayu. MEDIA CETAK : KERATAN AKHBAR
ISU PERCAMPURAN KOD Percampuran kod merujuk kepada penggunaan dua atau lebih bahasa sama ada bahasa Melayu , bahasa Inggeris dan sebagainya. Berdasarkan tangkapan layar dari aplikasi Tiktok tersebut, pengguna menormalisasikan penggunaan percampuran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam penggunaan ayat. Contohnya : suggest, supplement, skin, glowing dan time. Perkataan bahasa Inggeris tersebut perlu ditukar dengan penggunaan bahasa Melayu seperti ( suggest - cadang), (skin - kulit), (glowing - bercahaya) dan (time - masa). MEDIA MEDIA ELEKTRONIK : APLIKASI TIKTOK
ISU PENGGUNAAN DIALEK Berdasarkan contoh yang ditunjukkan, dapat dilihat penggunaan bahasa dialek dalam satu komuniti yang berlainan menggunakan dialek yang berbeza. Penggunaan bahasa dialek ini telah menyebabkan berlakunya perselisihan faham. Hal ini kerana bahasa dialek ialah satu bentuk bahasa yang digunakan dalam sesuatu daerah atau sesuatu kelas sosial yang berlainan. Kita dapat lihat pada contoh tersebut, terdapat penggunaan loghat Kelantan yang tidak difahami oleh orang lain iaitu ‘kecek. Oleh itu, masyarakat tidak digalakkan, mengamalkan penggunaan bahasa dialek ini menunjukkan penggunaan bahasa yang kurang sopan jika digunakan dalam keadaan atau suasana yang tidak tepat. Hal ini diktatan demikian kerana bahasa dialek hanya difahami oleh penduduk daerah itu sahaja. MEDIA MEDIA ELEKTRONIK
ISU KESALAHAN IMBUHAN Penulis telah melakukan kesalahan iaiatu menggunakan tiga imbuhan pada kata adjektif. Perkataan ‘banyak’ merupakan kata adjektif yang hanya boleh menerima dua imbuhan sahaja. Oleh itu, penggunaan imbuhan yang betul bagi kata adjektif banyak ialah memperbanyak. Terdapat juga kesalahan ejaan bagi perkataan Qiamullail dalam ayat tersebutkerana menggunakan huruf besar di hadapan kata. Perkataan qiamullail merupakan kata nama am yang perlu dieja huruf krcil. MEDIA MEDIA ELEKTRONIK : APLIKASI TWITTER
KESIMPULAN Kesimpulannya, pembentukan perkataan baharu bergerak seiring dengan perubahan yang berlaku dalam kehidupan masyarakat. Perkataan baharu terbentuk melalui dua proses iaitu penggunaan popular dan perancangan bahasa yang rasmi. Pembentukan ini juga boleh diibahagikan kepada dua iaitu bunyi asli dan bunyi pinjaman bahasa Melayu. Sebagai contoh, perkataan bagi bunyi asli bahasa Melayu ialah tetamu dan saudara manakala contoh bagi bunyi pinjaman bahasa Melayu ialah universiti, hadir dan doa. Selain itu, pembentukan kata daripada imbuhan bahasa asing terdiri daripada tiga, iaitu bahasa Sanskrit, Arab-Parsi, dan Yunani-Latin-Inggeris. Misalnya, imbuhan bagi bahasa Sanskrit ialah maha-, pasca-, -man, dan - wati manakala contoh imbuhan bagi Arab-Pari ialah bi-, wi-, dan -at. Imbuhan bagi Yunani-Latin-Inggeris puula ialah pro-, anti-, dan -is. Akhir sekali, kewujudan percampuran kod, dialek dan slanga telah menyebabkan berlakunya banyak kesalahan kata terutamanya dalam media elektronik. Kesalahan yang sering dilakukan ialah kesalahan ejaan, tatabahasa dan kesalahan penggunaan kata. Oleh itu, setiap individu harus cakna terhadap isu yang berlaku ini dengan membetulkan yang biasa dan membiasakan yang betul.
RUJUKAN Dewan Bahasa dan Pustaka. (2017). Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Hasnah Awang & Muhammad Noruddin Abdul Aziz . (2010). Asas Tatabahasa Bahasa Melayu: Mengupas Secara Lengkap Aspek Asas Tatabahasa. Sri Saujana Marketing. Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Muda & Abdul Hamid Mahmood. (2007). Tatabahasa Dewan (3th. Ed.). Dewan Bahasa dan Pustaka. Sulaiman Masri, Abdullah Yusof & Mohd Ra’in Shaari. (2006). Bahasa Melayu: Dimensi Pengajaran dan Pembelajaran. Utusan Publications & Distributors.
SEKIAN, TERIMA KASIH