TUGASAN TUTORIAL 3 Analisis kaedah dan teknik pengajaran Imam Syafie, Imam Hanbali dan Imam al-Ghazali berdasarkan sumber rujukan yang muktabar. KAEDAH PENGAJARAN IMAM SYAFIE 1. KAEDAH PERBINCANGAN Imam Syafie amat menggalakkan murid-murid mengadakan perbincangan dalam menyelesaikan permasalahan yang berlaku kerana beliau tidak menggemari sifat taklid buta. 2. KAEDAH HALAQAH Beliau menggunakan kaedah halaqah semasa berada di Baghdad. Di Baghdad beliau mengajar di sebuah masjid yang terletak di sebelah barat Baghdad. Halaqah-halaqah yang ada sebelum kedatangan beliau bergabung menjadi 3 halaqah. Pengajaran beliau dihadiri oleh segenap lapisan masyarakat yang terdiri daripada para ulama’, cerdik pandai dan para pegawai kerajaan. 3. KAEDAH IMLAK Kaedah ini diamalkan sewaktu beliau menyusun kitabbal-umm. Pernah Imam as-Syafie mengimlakkan kepada murid-muridnya dan sebahagiannya lagi ditulis oleh beliau sendiri. 4. BERTUKAR-TUKAR FIKIRAN Kaedah ini dilakukan oleh Imam as-Syafie ketika beliau berhadapan dengan para ulama Baghdad, di mana beliau sering bertukar-tukar fikiran tentang masalah agama, terutama dengan ahli feqah dari Mazhab Hanafi. Masalah-masalah agama yang ditimbulkan oleh pembesar-pembesar Harun al-Rasyid pada masa itu, dapat dijawab oleh Imam as-Syafie dengan penjelasan yang memuaskan. KAEDAH PENGAJARAN IMAM HANBALI 1. PENGAJARAN BERKUMPULAN Imam Hanbali telah menggunakan kaedah berkumpulan dalam pengajarannya di dalam masjid. Kaedah ini amat sesuai dengan suasana masjid yang terbuka. Ini juga dikenali kelas umum dan lebih terbuka. 2. TEKNIK BERCERITA Teknik bercerita untuk mengajar merupakan satu teknik yang telah lama digunakan. Teknik ini mudah menarik minat murid-murid serta dapat menumpukan perhatian mereka dan pembelajaran dapat berjalan dengan baik. Pembelajaran dengan kaedah ini penerimaannya lebih kekal lama. 3. SYARAHAN Syarahan bukan sekadar membaca, tetapi memberikan interpretasi dan menghuraikan ideaidea supaya murid dapat memahaminya. Teknik ini juga digunakan oleh guru-guru yang masyhur termasuk nabi-nabi dan golongan bijak pandai.
4. PERBINCANGAN Perbincangan merupakan satu Teknik pengajaran yang berlaku antara murid dengan penyeliaan guru. Teknik ini digunakan oleh Imam Hanbal dalam pengajarannya dan beliau gemar menggunakan Teknik perbincangan khususnya dalam mendalami ilmu feqah kerana beliau menyedari bahawa ilmu feqah itu berbeza antara satu tempat dengan tempat lain dan mengikut kesesuaian tempat. KAEDAH PENGAJARAN IMAM AL-GHAZALI 1. KAEDAH PERBANDINGAN Kaedah perbandingan digunakan dalam pengajaran, perbincangan dan untuk membuktikan kebenaran fikiran dan kepercayaan mereka kepada karya-karyanya. Dalam kitab ihya ulum Ad-din, Imam Al-Ghazali menerangkan perbezaan pendapat di kalangan cerdik pandai tentang kebaikan dan keburukan akhlak. 2. KAEDAH HALAQAH Imam Al-Ghazali juga telah melaksanakan kaedah halaqah di sekolah tersebut Ketika menyampaikan ilmu kepada penuntut-penuntutnya. 3. KAEDAH PETUNUJUK DAN PERBINCANGAN Imam Al-Ghazali ialah seorang peneliti dan selalu mengadakan penelitian dan selalu mengadakan percubaan sebelum memberikan pendapatnya. Pendapat beliau diperah daripada kemurnian hidup yang dihayatinya, dimensi-dimensi ilmu pengetahuan yang dicapainya melalui percubaan-percubaan yang telah dilakukan dan daripada beberapa kesulitan yang dialami di dalam kehidupannya. Misalnya, dalam menanam dasar-dasar agama kepada anak-anak, Imam Al-Ghazali memeulakan dengan meniru iaiatu menunjuk cara, diikuti dengan meyakini dan menguatkan dengan dalil-dalil, membaca ayat-ayat al-quran dan menerangkan kandungannya serta maknanya (Fathiyyah Hassan Sulaiman,1986) 4. KAEDAH DIALOG DAN PERBINCANGAN Kaedah dialog adalah kaedah yang berdasarkan dialog, perbincangan melalui soal jawab untuk sampai kepada fakta yang tidak dapat diragukan, diritik dan dibantah lagi. Imam AlGhazali pernah mengadakan kaedah dialog dan perbincangan bagi mendalamkan lagi kefahaman seseorang terhadap ilmu pengetahuan. Kaedah ini dapat mengasah otak dan memperkuatkan pendapat di samping kepercayaan kepada diri sendiri dan kemampuan untuk berbicara tanpa teks. Rujukan : 1. Said bin Mohd Soleh dan Hajah Maliha binti Haji Lautu (1995), Fokus Pelangi, Pendidikan islam SPM. 2. http://cahayapurnama.com/kenali-imam-as-syafie-r-a/ 3. https://www.slideshare.net/mohamadyusof2/model-pengajaran-dan-pembelajaranimamimam-mazhab