The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NURUL HAZWANI W MUHAMAD JEFRI, 2024-01-03 22:16:21

MUDHARABAH

MUDHARABAH

FAKULTI PENGAJIAN KONTEMPORARI ISLAM (FPKI) MUDHARABAH ممضضااررببةة 2023/24


AHLI KUMPULAN IMRAN HARIZ BIN AZMAN DSI202226536 MUHAMMAD AL HUSSEIN BIN MOHAMAD DSI202226492 NUR DINI BINTI MOHD WAHID DSI202226666 IKLIMA SALAMA BINTI MAJID DSI202226752 i


Definisi ...................................... 1 Hukum & Dalil ........................... 2 Rukun-Rukun ............................ 3 Syarat-Syarat ............................. 4 Jenis-Jenis ................................ 6 Penamatan Kontrak .................. 7 Modus Operandi ....................…. 8 Contoh Kes ................................ 9 Kesimpulan ............................. 10 Rujukan ISI KANDUNGAN ii


Mudharabah merupakan satu bentuk perjanjian bagi perbankan Islam yang melibatkan kerjasama antara dua pihak atau lebih. Terdapat dua pihak utama dalam perjanjian mudharabah: DEFINISI Ini adalah pihak yang bertanggungjawab untuk menguruskan modal atau aset yang ditanam oleh pihak kedua (rabbul mal). Mudharib biasanya ialah pihak yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam urusan perniagaan. Mudharib (Pengurus) Rabbul Mal (Pemilik Modal) Ini adalah pihak yang menyediakan modal untuk pelaburan. Rabbul mal tidak terlibat dalam pengurusan harian perniagaan, tetapi berhak untuk mendapat bahagian keuntungan yang disepakati. 01


perjanjian mudharabah iaitu di dalam AlQur'an dan hadis. Antara dalil yang membenarkan amalan akad mudharabah adalah seperti berikut. HUKUM & DALIL Al-Qur'an Surah Al-Muzzammil ayat 20 ْر ِض َي ْب َتُغوَن ِمْن َأ آَخُر وَن َيْضِرُبوَن ِفي ا ْل َو ْم َم ْر َضٰىۙ ُكوُن ِمْن ُك ْن َس َي َأ َم َعِل َيَّس َر ِمْنُهۚ ا َت َم َر ُء وا آَخُر وَن ُيَقاِت ُلوَن ِفي َسِبيِل ا لَّلِهۖ َفاْق َو َفْضِل ا لَّلِهۙ ْر ًضا َحَس ًنا ْقِرُضوا ا لَّلَه َق َأ َو َكا َة َّز آُتوا ا ل َو ُموا ا لَّص َلا َة ِقي َأ َو Maksudnya: Dia mengetahui bahawa akan ada di antara kamu orang-orang yang sakit dan orang-orang yang berjalan di muka bumi mencari sebahagian dari kurniaan Allah; dan orang lain yang berperang di jalan Allah, maka bacalah apa yang mudah (bagimu) dari Al-Qur'an dan dirikanlah shalat, tunaikanlah zakat dan berikanlah kepada Allah pinjaman yang baik. “Hadis daripada Hasan bin Ali al-Khallal, Hadis daripada Basyar bin Thabit al Bazar, hadis daripada Natsir bin al-Qosim daripada Abdurrahman (Abdurrohim) bin Dawud daripada Salih bin Shuhaib daripada bapanya, berkata Rasulullah SAW bersabda, ‘Tidak ada sesuatu pun dalam ada keberkatan, jual beli dengan tempoh tertentu, muqaradlah (nama lain mudharabah) dan mencampur burr dengan syair untuk rumah tangga, bukan untuk dijual." (HR Ibnu Majah) (Quznawi, t.t.). Hadis Tentang Mudharabah Dipetik daripada buku Modul Pengajaran Fiqh Muamalah oleh Mahmudatus Sa'diyah, M.E.Sy. menjelaskan bahawa terdapat dalildalil yang mendasari 02


Merujuk kepada Pemilik Modal (Sahibul Mal) dan Pengusaha (Mudharib) yang terlibat dalam akad mudarabah. Pemilik modal menyumbang hartanya, manakala Pengusaha menyumbang tenaga. AL-SIGHAH (TAWARAN DAN PENERIMAAN) AL-’AQIDAN (PIHAK YANG BERKONTRAK) RUKUN - RUKUN Merupakan objek perniagaan yang hendak dijalankan. Modal ini disumbangkan oleh pemilik modal dan digunakan oleh usahawan untuk menjalankan aktiviti perniagaan. RA'SUL MAL (MODAL) AL-'AMAL (PROJEK) Merujuk kepada perniagaan atau kerja yang dijalankan oleh usahawan untuk membangunkan modal mudarabah. Ini adalah aspek penting dalam pelaksanaan kontrak. AL-RIBH (KEUNTUNGAN) Bahagian yang diketahui bersama oleh kedua pihak. Ia merupakan lebihan daripada modal yang diperolehi melalui usaha yang dijalankan Mudharib. Ijab (tawaran) dan qabul (penerimaan). Sighah dinyatakan dalam bentuk perkataan atau lafaz yang menunjukkan akad mudharabah. Ia terlaksana dengan penyerahkan harta modal oleh pemilik kepada mudharib, yang kemudiannya boleh digunakannya untuk aktiviti komersial. Nisbah keuntungan mesti ditentukan sebelum projek dijalankan. 03 Mudharabah


Sighah pada akad mudharabah tidak dibuat secara bertempoh (muaqqatah), tidak dibuat secara tergantung (mu’allaqah) dan tidak berkuat kuasa pada masa hadapan (mudafah ila zaman fi al-mustaqbal) maka akad mudarabah tersebut dihukumi sah mengikut kesepakatan para fuqaha'. Pihak yang berkontrak, iaitu Rabbul Mal (Pemilik Modal) mestilah berkeahlian dalam melantik wakil dan Mudharib (Pengusaha), adalah yang berkeahlian dalam bertasarruf iaitu seorang yang layak dalam kira bicara (berkontrak) dan layak menjadi wakil. Ra’sul Mal (Modal), modal mudharabah haruslah berupa mata wang dinar (emas) dan dirham (perak) sebenar yang belum dicampur. Tidak diharuskan menggunakan al-urud (barangan), kerana nilai barang itu berubah-ubah dari masa ke semasa. Modal yang digunakan untuk berurus niaga mesti jelas, iaitu ianya diketahui dari segi jenis, kadar dan sifat. Modal mudharabah mestilah berbentuk tunai, bukan berbentuk hutang dan mesti diserahkan kepada mudharib, supaya pihak mudharib berkuasa dalam mengelola harta tanpa pengikutsertaan pihak sahibul mal selepas selesai akad. Modal sebagai satu amanah bukan jaminan. Dibolehkan melantik pihak ketiga sebagai penjamin ke atas modal yang berada di tangan pengusaha. SYARAT- SYARAT 04 Yang telah disepak M ati oleh para Fuqaha’ Empat Mazhab udharabah


Al-Ribh (Untung), kadar bahagian masing-masing dalam keuntungan hendaklah diketahui. Hendaklah agihan itu diambil daripada bahagian harta keuntungan, bukan daripada harta modal, dan dengan penentuan kadar yang dimaklumi bersama dengan cara yang mudah, seperti 1/2 atau 1/3, bukan berupa suatu jumlah wang yang ditentukan, seperti RM 10,000. Nisbah pembahagian untung mestilah ditetapkan semasa akad. Kerugian yang bukan disebabkan kecuaian pengusaha ditanggung oleh pemilik modal, dan pengusaha menanggung rugi dari sudut masa dan tenaga yang tidak membuahkan hasil. Al-Amal (Projek) Majoriti mazhab fiqh memberi kebebasan kepada pengusaha untuk memilih jenis dan bidang pelaburan atau kerja yang akan dijalankan. Fuqaha' Hanafi pula membenarkan pemilik modal menetapkan bidang, jenis dan syaratsyarat tertentu yang mesti dipatuhi oleh pengusaha. Segala kerja yang dilakukan oleh pengusaha mestilah menjurus kepada keberhasilan projek. Pemberi modal tidak boleh campur tangan dalam urusan kerja mudharabah. Projek hendaklah tidak bertentangan dengan prinsip dan hukum Syarak. Pengusaha tidak boleh mengambil upah dari modal selagi kerja yang dilakukan berkaitan dengan projek secara langsung. Jika urusan diluar projek mudharabah maka pengusaha boleh mengenakan upah. Fuqaha' mazhab Hanafi berpendapat kos perjalanan boleh dituntut oleh pengusaha sebagai upah. Fuqaha' mazhab Hanbali pula berpendapat pengusaha hanya boleh menuntut elaun makan harian sahaja dari pemilik modal. 05


Jenis-jenis Dalam mudharabah muqayyadah, nisbah agihan keuntungan antara Mudharib (pengusaha) dan Rabbul mal (pemilik modal) ditetapkan pada kadar yang telah dipersetujui. Sebagai contoh, keuntungan boleh dibahagikan dalam nisbah 70:30 dimana 70% diterima oleh Rabbul mal dan 30% diterima oleh Mudharib. Mudharabah Muqayyadah Bagi mudharabah mutlaqah, nisbah keuntungan tidak ditentukan pada awal perjanjian. Nisbah boleh ditentukan secara fleksibel berdasarkan perjanjian antara Mudharib dan Rabbul mal sepanjang tempoh perjanjian. Mudharabah Mutlaqah Mudharabah musytarakah melibatkan lebih daripada satu Mudharib atau lebih daripada satu Rabbul mal. Ini bermakna terdapat beberapa pihak yang berkongsi peranan sebagai pentadbir atau pemilik modal. Mudharabah Musytarakah 06 Mudharabah


PENAMATAN KONTRAK Kematian Hilang Akal Dan Waras Kerosakan Modal Pembatalan atau penarikan Penamatan kontrak boleh berlaku samaada disebabkan oleh faktor secara sukarela atau faktor tidak sukarela iaitu terbubar dengan sendirinya tanpa inisiatif daripada mana-mana pihak yang berkontrak. Penamatan juga boleh berlaku dengan kematian salah seorang daripada pihak yang berkontrak kerana kematian akan membatalkan kuasa perwakilan. Penamatan juga boleh berlaku apabila ada peristiwa yang menghilangkan kelayakan mengurus seseorang seperti gila atau menjadi bodoh Kontrak juga boleh tamat dengan sendirinya apabila berlaku yang tidak disengajakan oleh Mudharib keatas modal seperti bencana alam, kebakaran, kecurian dan sebagainya. 07


Keuntungan Kerugian Dibahagikan keuntungan melalui nisbah perkongsian keuntungan yang dipersetujui antara Rabbul mal dan Mudharib. Rabbul mal akan menanggung 100% kerugian modal. Mudharib akan mengalami kerugian dari segi masa dan tenaga. modus operandi Pemilik Modal (Rabbul mal) Pengusaha (Mudharib) Membuat kontrak Perjanjian Mudharabah Projek Modus operandi dalam akad Mudharabah terdiri dari langkah-langkah seperti berikut: 1. Kesepakatan Awal : Rabbul mal (pemilik modal) dan mudharib (pengelola modal) membuat perjanjian awal tentang pembahagian keuntungan. 2. Modal : Rabbul mal menyediakan 100% modal untuk diusahakan oleh mudharib. 3. Tanggung Jawab Mudharib : Mudharib bertanggung jawab menggerakkan modal dalam projek yang telah disetujui. 4. Pembagian Keuntungan : Keuntungan dari usaha dibahagikan sesuai kesepakatan sebelumnya. 5. Tanggung Jawab Kerugian : Kerugian (kecuali disebabkan kelalaian) umumnya ditanggung oleh Rabbul mal (pemilik modal). 08


contoh kes Humairah menyerahkan modalnya sebesar RM200,000 kepada rakannya Hanis yang akan mengelola sebuah perniagaan secara mudharabah sambil meletakkan syarat. Jika Allah memberi rezeki berupa keuntungan (atau jika perniagaan ini menghasilkan keuntungan), maka ia dibahagikan sama banyak (separuh-separuh) antara mereka. Jadual pengiraan keuntungan pada kadar separuh-separuh. “Pembahagian keuntungan mengikut syarat yang disepakati antara pengusaha dan pemodal pada kadar separuh-separuh” Modal Keuntungan Keuntungan bagi Rabbul mal Keuntungan bagi Mudharib RM200,000 RM20,000 RM10,000 RM10,000 09


Mudharabah ialah konsep dalam kewangan Islam di mana seorang pihak memberikan modal, manakala pihak lain bertindak sebagai mudharib yang menguruskan modal tersebut. Keuntungan dibahagikan mengikut perjanjian, manakala kerugian biasanya ditanggung oleh pihak yang memberikan modal. Mudharabah merupakan bentuk perkongsian yang diatur oleh prinsip-prinsip Islam untuk memastikan keadilan dalam pembahagian hasil perniagaan. KESIMPULAN 10


DR. MOHD SABRI ABDUL GHAFAR. 2016. Fiqh 3 Serangkai. ARAS MEGA SDN BHD. SELANGOR DARUL EHSAN. MUHAMMAD AUNURROCHIM MAS'AD. Syirkah Al-Mudharabah: Model Pelaksanaan Dan Pembahagian Keuntungan. USIM Research Repository System. https://oarep.usim.edu.my/jspui/bitstream/123456789/15763/1/SYIRKAH%20ALMUDARABAH%20PENGENALAN%20MODEL%20PELAKSANAAN%20DAN%20PEMBAHAGIAN%20KE UNTUNGAN.pdf K TAUFIQ. 2014. Konsep Dan Dasar Akad Mudharabah. UM Student's Repository. https://studentsrepo.um.edu.my/5055/7/Bab_II.pdf ZAFIRAH ABDULLAH. 2016. Fiqh Muamalat: Pelaburan (Mudharabah/Qiradh). SLIDESHARE SCRIBD COMPANY. https://www.slideshare.net/zafirahabdullah96/pelaburan-mudhabarah Akad Mudharabah: Pengertian, Ciri, dan Manfaatnya. 2020. PRUDENTIAL SYARIAH INDONESIA. Diakses di https://www.prudentialsyariah.co.id/id/pulse/article/akad-mudharabah-adalah/ Mengenal Apa Itu Akad Mudharabah dalam Perbankan Syariah. CIMB NIAGA. Diakses di https://www.cimbniaga.co.id/id/inspirasi/perencanaan/akad-mudharabah-adalah-salah-satu-akad-yangperlu-anda-ketahui rujukan iii


Tajaan 25% Daripada yuran Elaun Sara Diri Sepanjang Pengajian Asrama percuma dan ditanggung m Ke e lebihan K milih PBKL www.kpbkl..edu.my • Diploma Pengurusan Haji & Umrah • Diploma Pengurusan Zakat & Wakaf • Diploma Pengurusan Industri Halal • Diploma Pengajian Muamalat • Diploma Syariah Islamiyah • Diploma Matematik Kewangan • Diploma Teknologi Maklumat (DITe) • Diploma Pentadbiran Perniagaan • Diploma Perakaunan • Diploma Penyiaran Islam • Diploma Kaunseling islam KPBKL JOM PILIH +60392814054 PROGRAM HOMEGROWN


3836297803178


Click to View FlipBook Version