PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN 1997 9.Jadual, sukatan pelajaran dsb. dalam bahasa selain daripada bahasa kebangsaan diterjemahkan ke dalam bahasa kebangsaan. Jika mana‐mana jadual, sukatan pelajaran, jadual waktu, atau masukan dalam buku rekod guru, atau mana‐mana salinannya yang diperlukan di bawah peraturan 6, 7 atau 8 untuk dikemukakan atau diadakan untuk pemeriksaan oleh Ketua Pendaftar, disediakan dalam suatu bahasa selain daripada bahasa kebangsaan, seseorang guru besar atau pengetua hendak mengemukakan atau mengadakan untuk pemeriksaan jadual, sukatan pelajaran, jadual waktu, atau masukan dalam buku rekod guru, atau salinannya dalam bahasa kebangsaan dalam tempoh 30 hari daripada diarahkan oleh Ketua Pendaftar. 10. Jadual waktu perlu dipamerkan. Seseorang guru besar atau pengetua suatu sekolah hendaklah mempamerkan sesalinan jadual waktu sekolah bagi penggal persekolahan semasa yang ditandatangan olehnya di suatu tempat yang mudah dilihat di sekolah itu. 11. Penalti. 1) Seseorang guru hendaklah mengajar mengikut suatu sukatan pelajaran yang diluluskan dan suatu jadual waktu yang diluluskan dan mana‐mana guru yang mengajar murid atau mana‐mana orang yang membenarkan seseorang guru mengajar murid melainkan daripada mengikut sukatan pelajaran yang diluluskan atau jadual waktu yang diluluskan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda TIDAK MELEBIHI LIMA RIBU RINGGIT ATAU DIPENJARAKAN SELAMA TEMPOH TIDAK MELEBIHI TIGA BULAN ATAU KEDUA‐DUANYA. 2) Seseorang guru besar, pengetua atau guru yang melanggar peraturan 6, 7, 8, 9 atau 10 adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh DIDENDA TIDAK MELEBIHI LIMA RATUS RINGGIT. 12. Pemansuhan. Peraturan‐Peraturan (Kursus‐Kursus Pengajian) Sekolah 1956 dan Kaedah‐Kaedah Sekolah Lepas -Rendah (Kursus‐Kursus Pengajian) 1962 adalah dimansuhkan. “SahsiahTerpuji PemacuAkademik Cemerlang” 47
MAKSUD LOGO SEKOLAH MERAH Keberanian serta ketahanan fizikal dan guru-guru serta kakitangan sekolah . KUNING Ketaatan, keluhuran sahsiah serta berdisiplin. HIJAU Kepercayaan kepada Tuhan dan kesempurnaan akhlak. OBOR Semangat juang murid-murid dan guru-guru yang sentiasa marak untuk mencapai cita-cita Negara. LATAR BELAKANG SEKOLAH “SahsiahTerpuji PemacuAkademik Cemerlang” 48
VISI “Melahirkan insan yang berilmu, beriman, berakhlak dan berdaya saing menjurus kesempurnaan duniawi dan ukhrawi. ” MISI ❖Memberi pendidikan yang berkualiti kepada pelajar supaya menjadi insan yang cemerlang, berakhlak dan bertanggungjawab. ❖ Mengukuhkan pelajar dengan penguasaan 3 M. ❖ Melengkapkan prasarana Pusat Sumber Sekolah untuk mempelbagaikan strategi P&P. ❖ Mewujudkan suasana P&P yang mesra dan harmoni di kalangan murid, guru, ibu bapa dan penjaga. ❖ Membentuk pelajar agar mempunyai sikap akauntabiliti. VISI DAN MISI SEKOLAH “SahsiahTerpuji PemacuAkademik Cemerlang” 49
MATLAMAT SEKOLAH ▪ Meningkatkan prestasi kurikulum, sahsiah dan kokurikulum selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. ▪ Mewujudkan semangat muafakat, prihatin serta peka terhadap perubahan bagi menyahut cabaran Wawasan Negara ke arah kecemerlangan pendidikan. ▪ Mengiktiraf sekolah sebagai jambatan perhubungan dan kemesraan sesama manusia ke arah budaya penyayang. ▪ Mewujudkan perkhidmatan tenaga pengajar yang berdedikasi, inovasi, bijaksana dan kreatif untuk menyesuaikan dan mewujudkan suasana pembelajaran yang menggalakkan. ▪ Menjadikan persekitaran sekolah yang ceria sebagai tapak penerapan nilai-nilai murni serta memperkukuhkan fungsi sekolah sebagai institusi masyarakat. MATLAMAT SEKOLAH “SahsiahTerpuji PemacuAkademik Cemerlang” 50
IKRAR MURID Bahawasanya, Negara kita Malaysia, mendukung cita-cita hendak : Mencapai perpaduan yang lebih erat, dalam kalangan seluruh masyarakatnya, Memelihara satu cara hidup demokratik, Mencipta satu masyarakat yang adil, di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama, secara adil dan saksama, Menjamin satu cara liberal, terhadap tradisi-tradisi kebudayaanya, yang kaya dan pelbagai corak. Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden. (Angkat tangan) MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar, akan menumpukan tenaga, dan usaha kami, untuk mencapai, cita-cita tersebut, berdasarkan atas, prinsip-prinsip yang berikut : KEPERCAYAAN KEPADATUHAN KESETIAAN KEPADA RAJADAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANGUNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN (TURUN tangan) IKRAR MURID “SahsiahTerpuji PemacuAkademik Cemerlang” 51
LAGU SEKOLAH Sk Paroi Namanya Bakti Suci Luhur Murni Semarak Kami Warganya Masyhur Seluruh Negeri Melahir Bijaksana Generasi Merdeka Kebanggaan Kami Semua Sk Paroi Lah Tempatnya Kamilah Para Pelajar Terus Tekun Dan Sabar Namamu Subur Dan Mekar Wawasan Terus Bersinar Sk Paroi Terus Berbakti Sk Paroi Di Hati Sk Paroi Tempat Terpuji Kebanggaan Kami Sk Paroi Namanya Bakti Suci Luhur Murni Semarak Kami Warganya Masyhur Seluruh Negeri Melahir Bijaksana Generasi Merdeka Kebanggaan Kami Semua Sk Paroi Lah Tempatnya Sahsiah Terpuji Pemacu Akademik Sk Paroi LAGU SEKOLAH “SahsiahTerpuji PemacuAkademik Cemerlang” 52
PIAGAM PELANGGAN Kepada Murid ▪ Memberi pendidikan yang sama rata dan adil. ▪ Menyediakan prasarana pendidikan yang terbaik. ▪ Memberi peluang yang secukupnya dalam perkembangan minda dan potensi pelajar. ▪ Memberi perhatian, tumpuan dan kasih sayang. Kepada Staf ▪ Menyediakan kemudahan terbaik untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab. ▪ Mewujudkan suasana yang kondusif. Sentiasa peka dengan kebajikan staf. ▪ Memberi peluang peningkatan ilmu dan kemahiran ▪ Kepada Komuniti ▪ Memberi perkhidmatan yang mesra dan cekap mengikut keperluan pelanggan. PIAGAM PELANGGAN “SahsiahTerpuji PemacuAkademik Cemerlang” 53
SEJARAH SEKOLAH Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1948.Bangunan asasnya didirikan secara gotong royong oleh orang-orang kampung.Tapak asalnya ialah menumpang sebidang tanah milik EncikAbdul Manaf Bin HajiAkhir. Bentuk bangunannya adalah mudah iaitu tiangnya menggunakan kayu bulat beratap nipah serta berlantaikan tanah.Dindingnya dibina separuh bulatsahaja dan dibuat daripada buluh. Pada awal pembukaan sekolah hanya ada seramai 25 orang murid dan seorang guru.Bilik darjah yang disediakan ialah dua buah. Guru yang mula-mula mengajar di sekolah ini ialah Cikgu Sharif Bin Abas.Pada awal tahun 1951 bangunan terpaksa ditinggalkan kerana darurat.Murid terpaksa menumpang sebuah bangsal Cina di Batu 4 1/2 sementara bangunan lain dibina.Pada 10 November 1951 pelajar dapat meneruskan pelajaran di bangunan baru. Perasmian bangunan baru ketika itu dirasmikan oleh Y.T.M Dato’ Kelana Putra Undang Luak Sungai Ujung pada 20 Januari 1952.Tuan Pegawai Daerah Seremban , Tengku Syed Abdullah dan Nazir Sekolah-sekolah Negeri Sembilan Mr.N. Ress turut hadir dalam majlis perasmian tersebut. Bangunan dua tingkat sekolah ini telah diperbaiki pada tahun 1960.Pada tahun 1987 sebuah bangunan gotong royong terdiri daripada 5 bilik darjah telah dibina bagi menampung pertambahan pelajar.Bangunan ini telah dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Dato’Seri Mohd Isa Bin Dato’HajiAbdul Samad pada 31 Oktober 1987. Pada awal 2002 sekolah ini menumpang pula di SK Taman Paroi Jaya kerana projek penambahan bangunan kerana pertambahan bilangan murid telah mula dijalankan.Pada tahun 2003 bangunan baru ini telah dapat digunakan.Sekali lagi Menteri Besar Negeri Sembilan telah sudi merasmikan bangunan tambahan ini iaitu pada 10 Mei 2003. Pada Tahun 2006 bilangan tenaga pengajar seramai 41 orang dan jumlah pelajarnya seramai 817 orang. Kini Sekolah Kebangsaan Paroi tersergam indah dan menjadi kebanggaan seluruhwarganya . “SahsiahTerpuji PemacuAkademik Cemerlang” 54
GARIS PANDUAN TUGAS JAWATANKUASA PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN BIDANG TUGAS JAWATAN JK PENGURUSAN SEKOLAH “SahsiahTerpuji PemacuAkademik Cemerlang” 56 ❑ Mengadakan mesyuarat sekurang-kurang dua (2) kali setahun. ❑ Menentukan dasar dan hala tuju sekolah. ❑ Merancang dan mengurus pengoperasian sekolah. ❑ Merancang dan mengawal pengurusan sumber di sekolah. ❑ Mengenal pasti dan menyelesaikan isu dan permasalahan di sekolah. ❑ Merancang, memantau, menilai dan menambahbaikkan pelaksanaan program dan aktiviti sekolah. ❑ Membina hubungan seranta dengan ibu bapa, komuniti dan pihak yang berkepentingan. ❑ Melapor dan mendokumenkan program dan aktiviti sekolah. ❑ Mengurus dan menyelia pengoperasian bilik khas berkaitan kurikulum. ❑ Merancang, menyusun dan melaksanakan program-program dan aktiviti-aktiviti untuk meningkatkan tahap pencapaian sekolah dalam bidang pengurusan, akademik, kemenjadian murid, kokurikulum dan keceriaan. ❑ Membuat penilaian kendiri tahap pencapaian sekolah berdasarkan keputusan Pelaporan Sekolah Rendah dan PBD. ❑ Melaksanakan tugas PPS di bawah komponen terlibat untuk mengurus pelaporan SKPMg2. ❑ PGB menetapkan hala tuju sekolah dengan membuat perancangan strategik. ❑ Membuat analisis secara menyeluruh merangkumi bidang kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid atau warga sekolah menggunakan alat pengukur yang sesuai untuk mengenal pasti isu strategik. ❑ Pelan Strategik disediakan mengikut bidang pengurusan (9 Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia – SKKM) a. Pengurusan dan Kepimpinan Organisasi b. Pengurusan Kurikulum c. Pengurusan Hal Ehwal Murid d. Pengurusan Kokurikulum e. Pengurusan Kewangan f. Pengurusan Pentadbiran Pejabat g. Pengurusan Persekitaran dan Kemudahan Fizikal h. Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia i. Pengurusan Perhubungan Luar ❑ Menyebar luas hala tuju dalam bentuk tindakan yang bersesuaian kepada semua anggota organisasi sekolah. ❑ Memastikan pelan strategik diimplementasikan. ❑ Membuat semakan pencapaian objektif dan KPI serta melaksanakan penambahbaikan yang bersesuaian dari semasa ke semasa. PERANCANGAN STRATEGIK
GARIS PANDUAN TUGAS JAWATANKUASA PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENGURUSAN PROGRAM KECEMERLANGAN SEKOLAH “SahsiahTerpuji PemacuAkademik Cemerlang” 57 ❑ Merancang dan menyelaraskan aktiviti dan program kecemerlangan sekolah berpandukan perancangan stralegik sekolah. ❑ Memastikan setiap sen yang dibelanjakan memberi impak yang tinggi dengan membuat anggaran perbelanjaan tahunan untuk setiap program kecemerlangan. ❑ Menyelia dan membuat pemantauan setiap program dilaksanakan dengan sempurnanya dan berkesannya. ❑ Menyediakan pelan intervensi mengikut keperluan sekolah bagi penambahbaikan program kecemerlangan. ❑ Menyediakan takwim dan buku pengurusan sekolah sebagai panduan pengoperasian tahunan. ❑ Mengadakan mesyuarat pengurusan sekolah tugas bagi jawatankuasa kerja. ❑ Mendapatkan maklumat berkaitan dengan takwim sekolah seperti jadual peperiksaan, aktiviti kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid. ❑ Mendapatkan takwim induk program dari KPM, JPN dan PPD untuk digunakan dan diselaraskan bagi tahun berkenaan. ❑ Menyelaraskan secara seimbang senarai agihan tugas kepada guru-guru kakitangan sekolah mengikut kompetensi/ kepakaran/ kesesuaian guru dan kakitangan. ❑ Melakukan proses penyuntingan, pemurnian bahan-bahan dan percetakan. ❑ Penyebaran/pengedaran takwim sekolah kepada guru dan kakitangan. TAKWIM DAN BUKU PENGURUSAN SEKOLAH PENYELENGARAAN FIZIKAL ❑ Menyenaraikan semua barangan yang dikategorikan dalam inventori sekolah dan pengesahan lokasi peralatan. ❑ Mendapatkan maklumat daripada kelas dan bilik khas peralatan baru yang dibekalkan. mengisi PENGURUSAN BILIK KHAS ❑ Menyediakan buku rekod penggunaan. ❑ Menyediakan buku rekod lawatan dan penyeliaan (jika berkaitan). ❑ Menggalakkan penggunaan bilik dengan aktiviti yang bersesuaian. ❑ Memastikan bilik sentiasa berkunci apabila tidak digunakan. ❑ Menyusun atur perabot dalam keadaan sesuai, ceria dan kondusif. ❑ Melengkapi bilik khas dengan bahan maklumat, gambar dan carta yang sesuai. ❑ Membuat dan mengeluarkan senarai aset dan inventori untuk dipamerkan. PERHUBUNGAN LUAR ❑ Jawatankuasa memastikan sekolah dapat menjalin hubungan baik dengan ibu bapa / penjaga, pihak luar dan komuniti setempat. ❑ Jawatankuaasa hendaklah berusaha melibatkan mereka dalam perkongsian pintar bagi meningkatkan prestasi murid.
GARIS PANDUAN TUGAS JAWATANKUASA PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENGURUSAN MAJLIS DAN PROGRAM “SahsiahTerpuji PemacuAkademik Cemerlang” 58 ❑ Membentuk satu jawatankuasa kecil majlis/program yang akan dijalankan. ❑ Menyenaraikan bidang tugas setiap jawatankuasa. ❑ Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Kewangan, Akaun dan Aset Sekolah. ❑ Menyenaraikan dan menentukan tetamu jemputan atau orang-orang kenamaan akan dijemput. ❑ Mematuhi arahan pekeliling yang berkenaan jika menjemput orang-orang kenamaan. ❑ Menyediakan peralatan-peralatan yang diperlukan untuk upacara mailis tersebut. ❑ Memastikan kelancaran perjalanan majlis yang merangkumi keseluruhan jawatankuasa kecil yang dilantik. ❑ Memastikan protokol majlis dipatuhi. ❑ Memastikan peralatan siaraya dikendalikan seperti yang berikut: a) Menyediakan peralatan dan memastikan dalam keadaan berfungsi untuk kegunaan acara rasmi sekolah. b) Memilih dan memastikan alatan pandang dengar (APD) yang sesuai dibeli. c) Memastikan peralatan siaraya mudah dikesan dan sedia digunakan. d) Mengenal pasti peralatan yang rosak untuk dibaik pulih/diganti. e) Memastikan bilik siaraya dalam keadaan kemas, selesa dan selamat. ❑ Menyediakan jadual serta merekodkan penggunaan bilik dan alatan siaraya. ❑ Memastikan setiap jawatankuasa program bertanggungjawab menyediakan pelaporan aktiviti masing-masing dan menyerahkan kepada pihak pengurusan dokumentasi/laporan aktiviti sekolah. ❑ Setiap jawatankuasa program tersebut perlu menyertakan : a. Laporan aktiviti b. Laporan kewangan (Jika ada) c. Gambar-gambar program d. Kertas kerja e. Lampiran berkaitan seperti kad jemputan, sijil, buku program dan lain-lain ❑Memastikan papan kenyataan setiap unit dikemas kini dengan info dan gambar terkini secara berkala oleh unit-unit berkenaan. DOKUMENTASI/LAPORANAKTIVITI SEKOLAH KONTRAK KESELAMATAN DAN KEBERSIHAN ❑ Memastikan syarikat/kontraktor mematuhi syarat-syarat dan terma perjanjian/Kontrak. ❑ Melaksanakan pemantauan, pemeriksaan serta penilaian keselamatan dan kebersihan sekolah. ❑ Membantu GPK HEM menyediakan laporan mengikut keperluan.
GARIS PANDUAN TUGAS JAWATANKUASA PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN BIDANG TUGAS JAWATAN JK PENGURUSAN MAKLUMAT SEKOLAH “SahsiahTerpuji PemacuAkademik Cemerlang” 59 ❑ Melaksanakan mesyuarat dan penghantaran data yang kekerapannya berpandukan surat arahan semasa. ❑ Melaksanakan aktiviti pengumpulan, pengemaskinian, penyemakan (verifikasi), penentusahan dan penganalisisan data sekolah. ❑ Memastikan penyimpanan dan keselamatan data. ❑ Memastikan tarikh aktiviti pengurusan maklumat dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan. ❑ Memastikan data dan maklumat yang dihasilkan berkualiti, sahih dan terkini. ❑ Menghasilkan laporan statistik dan maklumat pendidikan sekolah, ❑ Memaklumkan kepada PPD tentang masalah talian Internet dan penyelenggaraan peralatan ICT. ❑ Melaksanakan tindakan sebagai pembekal utama data pendidikan ❑ Mengemaskinikan data online berkaitan pengurusan sekolah yang sedang berkuatkuasa seperti EMIS, HRMIS, APDM, SSDM, SKPMg2 dan lain-lain. ❑ Mematuhi tarikh kutipan dan garis panduan penyelenggaraan yang telah ditetapkan. ❑ Memastikan data disemak dan disahkan. ❑ Menyediakan laporan atau catatan yang diperlukan contoh: catatan atau alasan bagi turun/naik (perubahan) data enrolmen dan ditentu sah oleh GPK Pentadbiran selaku Pengurus Maklumat Sekolah sebelum menghantar ke PPD. ❑ Memastikan semua data dapat dioperasikan dengan lengkap dan terkini. ❑ Menyimpan segala dokumen (bahan bercetak atau elektronik) berkaitan pengurusan data EMIS. ❑ Menyelenggara komputer yang digunakan untuk tujuan pengurusan maklumat sekolah dengan baik. ❑ Melaporkan segala kerosakan peralatan/perisian/talian Internet kepada PPD dengan segera. ❑ Pihak pengurusan sekolah perlu memastikan data disimpan di tempat yang selamat. PENGURUSAN MAKLUMAT SEKOLAH TUGAS SETIAPAHLI JAWATANKUASA ➢ PENGERUSI ❑ Mempengerusikan mesyuarat. ❑ Melantik guru data sebagai setiausaha merangkap pegawai perhubungan maklumat sekolah dengan PPD,JPN dan KPM. ➢ NAIB PENGERUSI ❑ Menjalankan tugas sebagai pengurus maklumat sekolah. ❑ Bertanggungjawab penuh terhadap segala data dan maklumat yang dihasilkan pada peringkat sekolah. ❑ Menyelaraskan dan mengemaskinikan pengumpulan data dan maklumat yang daripada wakil-wakil jawatankuasa. ❑ Memastikan tarikh maklumat pengumpulan komputer disediakan bagi tujuan pengurusan data dan maklumat. ❑ Memastikan tarikh aktiviti pengumpulan maklumat dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetepkan oleh PPD,JPN dan KPM. ❑ Bertanggungjawab terhadap penyimpanan dan keselamatan data.
GARIS PANDUAN TUGAS JAWATANKUASA PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN TUGAS SETIAPAHLI JAWATANKUASA “SahsiahTerpuji PemacuAkademik Cemerlang” 60 ➢ SETIAUSAHA ❑ Menyediakan data dalam bentuk soft copy (elektronik) serta bercetak setelah melalui proses penyemakan dan penentusahan bagi menghasilkan data dan maklumat yang berkualiti, sahih dan menepati masa. ❑ Bertindak sebagai Pegawai Perhubungan Maklumat Sekolah (pengantara) dalam rangkaian maklumat pada peringkat sekolah antara PPD,JPN dan KPM. ❑ Menghasilkan laporan statistik dan maklumat pendidikan ➢ AJK DAN PEMBANTU TADBIR ❑ Mengurus, menyelaraskan dan membekalkan data dan maklumat di bawah kawalan masing-masing kepada pengurus maklumat sekolah. ❑ Bersama menjalankan analisis data untuk penggunaan sekolah, PPD/PPB,JPN dan KPM. ❑ Mengemaskinikan dan menyemak data maklumat dalam bidang kawalan masing-masing secara berkala.
GARIS PANDUAN TUGAS JAWATANKUASA PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN BIDANG TUGAS JAWATAN JK PENGURUSAN SUMBER MANUSIA “SahsiahTerpuji PemacuAkademik Cemerlang” 61 ❑ Membuat unjuran keperluan perjawatan guru berdasarkan bilangan murid, kelas dan aliran untuk sesi persekolahan tahun hadapan berdasarkan data 1 Oktober tahun semasa. ❑ Mengurus permononan buka/tutup kelas/aliran pada sesi persekolahan tahun hadapan kepada pendaftar sekolah sebelum bulan Mac tahun semasa. ❑ Melakukan semakan unjuran keperluan perjawatan dan kelas selewat-lewatnya bulan Mac tahun semasa untuk sesi persekolahan tahun hadapan. ❑ Mengurus permohonan pengisian perjawatan jika ada kekosongan di sekolah. ANGGARAN BELANJAMENGURUS (ABM) PERJAWATAN PENILAIAN PRESTASI ➢ B1. PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PBPPP) ❑ Menubuhkan Jawatankuasa PBPPPOrganisasi tahun berkenaan. ❑ Memastikan maklumat PPP di setiap organisasi dikemas kini dan lengkap. ❑ Mengenal pasti PPPyang layak dinilal mengikut syarat Pegawai Yang Dinilai (PYD) ❑ Mengenal pasti Pegawai Penilai (PP) mengikut syarat penetapan PP. ❑ PYD, PP1 dan PP2 menyediakan dan menetapkan sasaran keberhasilan mengikut garis panduan yang ditetapkan. ❑ Mengemaskinikan Fail Pengurusan PBPPP mengikut tatacara pengurusan fail AM 435 kategori Terhad. ❑ Melaksanakan mesyuarat panel untuk pemilihan cadangan calon yang akan menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) ➢ B2. LAPORAN PENILAIAN PRESTASITAHUNAN (LNPT) ❑ Melakukan pengemaskinian maklumat pegawai di bawah seliaan di dalam sistem yang sedang berkuat kuasa. ❑ Membuat lantikan Pegawai Penilai (PP) kepada semuaAnggota Kumpulan Pelaksana (AKP). ❑ Melaksanakan taklimat/penataran kepada semua PP dan Pegawai Yang Dinilai (PYD). ❑ Melaksanakan sesi bersemuka antara PP dan PYD berdasarkan sasaran Kerja tahunan (SKT) yang dikemukakan PYD. ❑ Melaksanakan mesyuarat panel untuk pemilihan cadangan calon yang akan menerima Anugerah Khidmat Cemerlang (APC). PENGURUSAN STAFBERMASALAH DAN TATATERTIB ❑ Memastikan semua pegawai menandatangani Surat Aku Janji untuk Penjawat Awam dan memperbaharui ikrar aku janji untuk penjawat awam setiap tahun. ❑ Memberi taklimat peraturan-peraturan am penjawat awam dan perbuatan-perbuatan yang boleh disabitkan sebagai salahlaku tatatertib dan jenis-jenis hukuman-hukuman tatatertib kepada pegawai seliaan. ❑ Memastikan pematuhan prosedur tatatertib selaras dengan peraturan sedia ada. ❑ Memastikan pengurusan fail tatatertib dibuat mengikut prosedur yang ditetapkan. ❑ Mempertingkatkan pengetahuan dan pengalaman tentang pengurusan tatatertib ❑ perkhidmatan awam yang terkini.
GARIS PANDUAN TUGAS JAWATANKUASA PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENGURUSAN STAFBERMASALAH DAN TATATERTIB “SahsiahTerpuji PemacuAkademik Cemerlang” 62 ❑ Membuat penilaian dan saringan kepada guru dan staf yang bermasalah dan merujuk kepada Kaunselor Pendidikan Daerah (KPD) bagi mendapatkan perkhidmatan sesi kaunseling/bimbingan. ❑ Melaporkan salah laku pegawai ke Lembaga Tatatertib (LTT) di JPN/Kementerian. ❑ Melaksanakan ; a. Tindakan pengesanan/mengenal pasti masalah terhadap pegawai b. Tindakan dalam bentuk Pembetulan dan Pembaikan c. Tindakan lain Secara Pentadbiran d. Tindakan dalam Bentuk Hukuman e. Tanggungjawab selepas Pegawai dikenakan hukuman tatatertib LATIHAN PERSONEL/PROFESIONALISME (GURU DAN BUKAN GURU) ❑ Membuat penilaian dan saringan kepada guru dan staf yang bermasalah dan merujuk kepada Kaunselor Pendidikan Daerah (KPD) bagi mendapatkan perkhidmatan sesi kaunseling/bimbingan. ❑ Memastikan guru menghadiri kursus/bengkel, mesyuarat dan PLC yang dianjurkan oleh pihak sekolah/PPD/JPN/KPM. ❑ Merancang dan mnelaksanakan program kemajuan guru dan staf berdasarkan Analisis Keperluan Latihan- Training NeedsAnalysis (TNA). ❑ Memastikan pegawaí dalam seliaan menghadiri sekurang-kurangnya jumlan hari/ jam latihan (jangka pendek) berdasarkan pekeliling/arahan oleh Agensi Pusat yang sedang berkuat kuasa. ❑ Merancang keperluan latihan (POL). ❑ Melatih dan membimbing guru dalam aspek psikologi bagi tujuan pengurusan murid. ❑ Melaksanakan latihan melalui pelbagai kaedah bagi memenuhi jumlah hari/jam latihan yang ditetapkan dalam setahun melalui latihan secara formal sesi pembelajaran dan pembelajaran kendiri termasuk pembelajaran secara dalam talian sekurang-kurangnya lima (5) hari setahun. ❑ Meningkatkan kecekapan dalam mengurus sumber. ❑ Menjalankan tindakan susulan. ❑ Memastikan laporan dan dokumentasi disediakan. ❑ Mengenal pasti kompetensi dan potensi pegawai yang dinilai agar membolehkan pembangunan profesionalisme berterusan dilaksanakan. ❑ Mengenal pasti keperluan untuk pembangunan laluan kerjaya. ❑ Mengurus dan membantu menghasilkan bahan kursus LADAP (CPD) untuk ❑ guru-guru dan staf. ❑ Membantu dan membimbing guru-guru baru dan guru-guru yang tidak mencapai tahap pengajaran yang baik dalam PdP. (under performing teacher) ❑ Membantu guru dalam menyediakan sasaran tahunan (Performance Management Systems- PMS). ❑ Membantu guru dalam meningkatkan strategik pengajaran dan pembelajaran. (Teach Smart). ❑ Mendalami kepakaran PdP secara am dan khusus dari segi aspek pilihan. ❑ Melaksanakan perkongsian kemahiran/kepakaran yang diperoleh daripada sesi bengkel/kursus di luar dalam kalangan warga sekolah mengikut kesesuaian. ❑ Membuat penilaian program latihan.
GARIS PANDUAN TUGAS JAWATANKUASA PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU (PPGB “SahsiahTerpuji PemacuAkademik Cemerlang” 63 ❑ Memastikan pelaksanaan PPGB mengikut tatacara penyediaan dan penggunaan dokumen iaitu: a. Surat lantikan mentor oleh pentadbir sekolah b. Akuan terima guru mentor dan guru baharu c. Log pementoran d. Borang penilaian guru baharu e. Laporan status pelaksanaan PPGB f. Sijil penyertaan PPGB dan sijil penghargaan PPGB ❑ Memastikan pelaksanaan PPGB distrukturkan secara tiga (3) fasa iaitu fasa orientasi, fasa pementoran dan fasa pembangunan profesionalisme dalam tempoh tiga (3) tahun pertama perkhidmatan. ❑ Pelaksanaan ketiga-tiga fasa dalam program ini boleh berlaku secara serentak. ❑ Membuat semakan iklan kenaikan pangkat dalam sistem ePangkat. ❑ Mengedarkan borang permohonan kenaikan pangkat kepada pegawai terlibat. ❑ Membuat lantikan PP1, PP2 dan KPP. ❑ Melaksanakan penilaian berdasarkan semakan dokumen dan pembentangan (jika perlu) ❑ Memastikan semua pegawai yang layak untuk kenaikan pangkat dilakukan penilaian dan tiada faktor keciciran berlaku. URUSAN NAIK PANGKAT HRMIS ❑ Menyediakan data asas HRMIS seperti carta organisasi yang kemas kini, perjawatan mengikut tempat kerja dan buku perjawatan, dan senarai perjawatan dengan penyandang. ❑ Menyedia dan memantapkan rangkaian dalaman agensi (Local Area Network-LAN) ❑ Menyediakan komputer tambahan mengikut keperluan agensi yang memenuhi spesifikasi HRMIS. ❑ Menyediakan sumber yang secukupnya dari segi personel dan kewangan bagi membiayai perbelanjaan aktiviti pelaksanaan HRMIS seperti latihan, pengumpulan dan pengemaskinian data, peningkatan dan pertambahan peralatan serta bayaran caj rangkaian. ❑ Bagi memboleh kan aplikasi HRMIS digunakan, aktiviti yang perlu disempurnakan oleh agensi ialah: a. Melantik seorang pegawai kanan sebagai pentadbir sistem yang bertanggungjawab menyediakan hak capaian mengikut peranan pegawai dan proses PSM. b. Melengkapkan nilai dalam jadual look-up sekiranya diperlukan. c. Melengkapkan maklumat sandangan pegawai, jawatan sebenar, unit organisasi dan aktiviti organisasi. d. e. f. g. Menetapkan aliran kerja mengikut peranan pegawai. Melengkapkan maklumat peribadi bagi setiap peegawai. Melengkapkan data dalam profil perkhidmatan. Memasukkan data transaksi tertentu bagi membolehkan sesuatu modul dilaksanakan.
GARIS PANDUAN TUGAS JAWATANKUASA PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN BIDANG TUGAS JAWATAN JK PENGURUSAN KEWANGAN, AKAUN DAN ASET SEKOLAH “SahsiahTerpuji PemacuAkademik Cemerlang” 64 ❑ Bertanggungjawab untuk melaksanakan perkara berikut: a. Menyediakan laporan (Lampiran c, PS5.1 Garis Panduan Pelaksanaan JPKA), dibentang dan disahkan dalam mesyuarat. b. Mesyuarat hendaklah diadakan setiap tiga (3) bulan sekali secara berasingan atau bersekali dengan mesyuarat pengurusan yang lain di peringkat sekolah. c. Agenda Mesyuarat perlu merangkumi perkara berikut: i. Pengurusan Bajet ii. Pengurusan Perakaunan iii. Pengurusan Perolehan iv. PengurusanAset dan Stor v. Prestasi Perbelanjaan Peruntukan dari Badan Berkanun Persekutuan ➢ (A) PEMILIHAN MURID PRASEKOLAH ❑ Bertanggungjawab dalam membuat keputusan pemilihan kemasukan murid ke kelas prasekolah KPM. ❑ Mengadakan mesyuarat pemilihan walaupun bilangan permononan yang diterima kurang berbanding dengan kapasiti tempat yang ditawarkan. ❑ Keputusan jawatankuasa muktamad. BIDANG TUGAS JAWATAN JK STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA ❑ Meneliti dan memahami semua dokumen Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) dan Standard Kualiti Prasekolah Kebangsaan (SKPK). ❑ Memastikan data/maklumat berkaitan sekolah dan prasekolah dikemas kini. ❑ Menyelaraskan pelaksanaan penarafan kendiri. ❑ Menyelaraskan aktiviti pengumpulan, penyemakan dan pengemaskinian maklumat berdasarkan standard yang telah ditetapkan secara berkala. ❑ Memastikan setiap ahli Pasukan Pelaksana Standard (PPS) menyedia, dan menyimpan evidens yang berkaitan dan kemas kini. ❑ Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya dua (2) kali setahun. ❑ Mematuhi tarikh aktiviti pengumpulan maklumat dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan. ❑ Membekalkan laporan SKPM dan SKPK kepada PPD, JPN atau KPM mengikut keperluan. ❑ Menyelaraskan tindakan penambahbaikan berdasarkan Laporan Kualiti SKPM dan SKPK. BIDANG TUGAS JAWATAN JK PENGURUSAN PRASEKOLAH
GARIS PANDUAN TUGAS JAWATANKUASA PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN ❑ Ahli jawatankuasa pemilihan murid prasekolah terdiri daripada; “SahsiahTerpuji PemacuAkademik Cemerlang” 65 a. Pengerusi b. Naib Pengerusi c. Setiausaha Guru Besar GPK Pentadbiran GPK HEM d. Pen. Setiausaha 1 Guru Prasekolah e. AJK f. AJK g. AJK h. AJK GPK Kokurikulum GPK Pend. Khas/ Penyelaras PPKI* Guru Prasekolah (jika melebihi 1 kelas) Wakil PIBG ❑ Pihak sekolah hendaklah memastikan mesyuarat pemilihan murid dibuat Jawatankuasa Murid Prasekolah sebelum atau pada 15 Julai. ❑ Pihak sekolah hendaklah memastikan minit mesyuarat vang disediakan oleh Setiausaha disimpan di dalam fail yang berkaitan. ❑ Pihak sekolah hendaklah menghantar senarai murid yang berjaya dan tidak berjaya ke JPN/PPD untuk pengesahan sebelum atau pada 23 Julai. ❑ Satu (1) salinan minit mesyuarat pemilihan juga perlu dikemukakan kepada JPN/PPD. ❑ Pihak sekolah hendaklah memaklumkan kepada ibu bapa/penjaga tentang keputusan permohonan. ❑ Pihak sekolah berhak menolak permohonan atau memberhentikan murid sekiranya didapati maklumat yang dikemukakan palsu. BIDANG TUGAS JAWATAN JK PENGURUSAN PRASEKOLAH BIDANG TUGAS JAWATAN JK PENGURUSAN BENCANA SEKOLAH ❑ Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya dua (2) kali setahun. ❑ Menyediakan perancangan dan mengatur strategi untuk menghadapi bencana. ❑ Memaklumkan perkara itu kepada warga sekolah tentang pelan pengurusan risiko menghadapi bencana. ❑ Menyimpan dokumen dan alat berharga di tempat tinggi dan selamat. ❑ Memaklumkan segera kepada jabatan (KPM/JPN/PPD/Polis/Bomba serta individu – PIBG dan lbu bapa) seperti yang tersenarai dalam JK Pengurusan Bencana Sekolah untuk mendapat bantuan. ❑ Memindahkan semua warga instiusI ke tempat yang lebih selamat apabila bencana dijangka akan mencapai paras bahaya atau apabila di arah berpindah oleh Jawatankuasa Bencana di peringkat kebangsaan, negeri atau daerah. ❑ Mengurus penempatan murid-murid yang tempat kediaman mereka dilanda bencana agar dapat ditumpangkan murid untuk belajar di sekolah-sekolah berhampiran yang tidak terlibat sehingga bencana reda/terkawal. ❑ Mengaturkan kerja gotong-royong guru-guru, staf sokongan, PIBG, penduduk setempat dan jabatan-jabatan berkaitan bagi sekolah yang dijadikan pusat penempatan sementara. ❑ Memaklumkan senarai terkini jenis dan jumlah peralatan, kerusi, meja, almari dan lain-lain yang diperlukan oleh pihak sekolah kepada PPD/JPN. Pesanan perlu dibuat dengan segera. ❑ Mengenal pasti dan menyenaraikan murid-murid yang memerlukan bantuan kewangan, buku teks, peralatan sekolah, pakaian dan keperiuan sekolan yang lain dan perlu dimaklumkan ke PPD/ JPN untuk mendapat bantuan tersebut.
GARIS PANDUAN TUGAS JAWATANKUASA PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN BIDANG TUGAS JAWATAN JK PENGURUSAN BENCANA SEKOLAH “SahsiahTerpuji PemacuAkademik Cemerlang” 66 ❑ Mewujudkan bilik gerakan dan kemudahan mengumpul dan memperoleh maklumat ❑ Menyediakan pelan tindakan menghadapi bencana banjir di peringkat sekolah. ❑ Mengurus rekod dan perkakasan penting sekolah ke tempat-tempat selamat. ❑ Memastikan sekolah mempunyai peralatan bantuan kecemasan. ❑ Mengambil langkah pencegahan dan melaporkan kes penyakit berjangkit dengan mendapatkan khidmat nasihat daripada pejabat kesihatan (semasa dan selepas bencana) ❑ Mengambil perhatian serius terhadap pengumuman Jawatankuasa Bencana Alam Negara dan Jabatan Meteorologi dari semasa ke semasa. ❑ Menyediakan bantuan dan kemudahan kepada calon-calon yang mengambil peperiksaan awam. ❑ Mengurus keperluan PdPR dari rumah atau pusat komuniti atau di mana-mana lokasi yang bersesuaian. ❑ Mengemaskinikan rekod kerosakan fizikal dan harta benda akibat bencana dalam sistem EMIS online dan melaporkan kepada PPD. BIDANG TUGAS JAWATAN JK PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) ❑ Membantu pihak sekolah dalam mencapai matlamat dan kecemerlangan dalam bidang: a. Akademik b. Kokurikulum c. Disiplin murid d. Sahsiah murid e. Keceriaan dan keselamatan sekolah ❑ Mewujudkan kesedaran terhadap kepentingan peranan PIBG dalam meningkatkan kecemerlangan sekolah kepada ibu bapa/penjaga dan guru-guru. ❑ Membantu memupuk kemesraan dan mewujudkan saluran komunikasi dan sosial di antara pihak sekolah dan masyarakat setempat. ❑ Merancang dan melaksanakan aktiviti yang memupuk kemesraan antara warga sekolah, ibu bapa/penjaga dan masyarakat setempat. BIDANGTUGAS SENARAITUGASAJK PIBG ➢ PENASIHAT/EX-OFFICIO (PGB) ❑ Menghadiri mesyuarat Jawatankuasa PIBG, Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Tergempar, tetapi tidak boleh mengundi ❑ Mewakili pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi mengawal dan menasihati Persatuan supaya segala aktiviti, kegiatan dan keputusan yang dibuat dalam mesyuarat-mesyuarat Persatuan tidak bercanggah dengan kepentingan perkhidmatan, dasar-dasar negara dan dasar-dasar mengenai pelajaran dan pendidikan serta hal-hal berkaitan dengan pentadbiran sekolah. ❑ Berhak untuk memberhentikan dan menangguhkan mesyuarat Persatuan jika difikirkan wajar untuk kepentingan anggota Persatuan.
GARIS PANDUAN TUGAS JAWATANKUASA PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SENARAITUGASAJK PIBG “SahsiahTerpujiPemacuAkademik Cemerlang” 67 ❑ Meluluskan semua agenda mesyuarat dan perkara yang akan dibincanakan dalam mesyuarat Jawatankuasa PIBG. ❑ Memberikan penjelasan kepada sesuatu isu mengenai pengurusan dan perjalanan sekolah dalam akademik serta isu-isu yang berkaitan dengannya dalam mesvuarat persatuan. ❑ Memastikan kegiatan persatuan selaras dengan tujuan dan fungsi persatuan. ❑ Memastikan sumbangan Persatuan yang diputuskan dalam Mesyuarat Aqung Tahunan tidak membebankan dan tidak mengandungi sebarang unsur paksaan. ❑ Menentukan tetamu kehormat dan para undangan yang menghadiri mailis anjuran persatuan dilayan mengikut peraturan dan protokol yang ditetapkan oleh kementerian. ➢ YANG DIPERTUAPIBG (1BU BAPA) ❑ Menjadi Pengerusi dalam semua mesyuarat Jawatankuasa PIBG dan Mesyuarat Agung Tahunan dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan mesyuarat. ❑ Mempunyai undi pemutus dan hendaklah menandatangani minít-minit mesyuarat apabila telah diluluskan. ❑ Bertanggungjawab mengawasi pentadbiran persatuan serta memastikan bahawa peruntukan perlembagaan dipatuhi oleh semua anggota persatuan. ❑ Sentiasa mematuhi segala peruntukan perlembagaan dalam menjalankan tugas sebagai Yang Dipertua. ❑ Boleh memanggil mesyuarat Jawatankuasa PIBG pada bila-bila masa yang difikirkan perlu dengan persetujuan PGB. ❑ Menandatangani cek atau penyata pengeluaran wang persatuan. ❑ Memastikan segala aktiviti dan program persatuan dilaksanakan dengan sempurna dan teratur. ❑ Mendapatkan nasihat mengenai pengurusan Persatuan dari semasa ke semasa daripada PGB selaku Penasihat Persatuan. ➢ NAIB YANG DIPERTUA(1BU BAPA) ❑ Bertanggungjawab membantu Yang Dipertua dalam menjalankan fungsi-fungsi Yang Dipertua. ❑ Menjalankan tanggungjawab dan fungsi Yang Dipertua semasa ketiadaan Yang Dipertua. ➢ SETIAUSAHA ❑ Menjalankan urusan Persatuan mengikut Perlembagaan Persatuan. ❑ Melaksanakan keputusan-keputusan Mesyuarat Agung Tahunan danJawatankuasa PIBG. ❑ Mencatat, menyediakan dan menyimpan minit-minit mesyuarat Jawatankuasa PIBG dan Mesyuarat Agung Tahunan. ❑ Menyediakan laporan-laporan untuk dibentangkan kepada Mesyuarat Agung Tahunan serta minitminit yang bersangkutan dengannya. ❑ Menghantar segala laporan dan aktiviti Persatuan dan minit Mesyuarat Agung Tahunan kepada Pendaftar atau Pegawai Pendidikan Daerah atau Pegawai Pendidikan Bahagian, mengikut mana yang berkenaan, selepas Mesyuarat Agung Tahunan. ❑ Menandatangani cek atau penyata pengeluaran wang Persatuan (jika perlu).
GARIS PANDUAN TUGAS JAWATANKUASA PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SENARAITUGASAJK PIBG “SahsiahTerpujiPemacuAkademik Cemerlang” 68 ➢ BENDAHARI ❑ Bertanggungjawab mengurus dan mengawal hal ehwal kewangan Persatuan dengan menyediakan dan menyimpan kira-kira kewangan yang kemas kini. Penyata kira-kira kewangan (1 Januari hingga 31 Disember) hendaklah disiapkan sebelum 1 Februari tahun berikutnya untuk diaudit. Penyata kira-kira yang telah diaudit hendaklah dikemukakan untuk kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan. Satu (1) salinan penyata yang telah diaudit dan diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah dihantar kepada Pendaftar selepas Mesyuarat berkenaan. ❑ Mengurus perbelanjaan wang Persatuan seperti yang diputuskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan atau mesyuaratJawatankuasa PIBG. ❑ Menyimpan wang tunai tidak melebihi sesuatu jumlah yang ditetapkan dalam Perlembagaan pada sesuatu masa. ❑ Menerima bagi pihak Persatuan semua derma atau sumbangan daripada mana-mana anggota atau lain-lain sumber dan mengeluarkan resit akaun terima dan dikreditkan ke dalam akaun Persatuan pada hari yang sama. ❑ Menandatangani cek atau penyata pengeluaran wang persatuan. ❑ Memastikan tidak berlaku terlebih pengeluaran wang dari akaun persatuan dan akaun sentiasa berbaki kredit. ➢ AHLI JAWATANKUASAPIBG ❑ Menghadirisemua Mesyuarat PIBG dan Mesyuarat Biro yang berkenaan. ❑ Membantu merancang segala aktiviti persatuan sama ada pada peringkat jawatankuasa atau biro-biro. ❑ Membantu menyelaraskan dan melaksanakan segala aktiviti persatuan dan berusaha melibatkan seberapa ramai ahli untuk menjayakannya. ❑ Melaksanakan segala arahan dan tugasan yang diberikan oleh PGB dari semasa ke semasa. PELIBATAN IBU BAPADAN KOMUNITI (PIBK) ❑ Menyatukan pihak ibu bapa dan komuniti dengan sekolah. ❑ Menerapkan empat elemen sarana ibu bapa iaitu menyediakan suasana pembelajaran di rumah, interaksi sosial dengan anak, komunikasi dengan anak dan sokongan terhadap kecemerlangan anak. ❑ Menerapkan enam (6) elemen sarana sekolah iaitu iklim sekolah, komunikasi berkesan, sokongan terhadap kejayaan murid, tanggungjawab bersama kerjasama dengan komuniti dan kumpulan sokongan ibu bapa. BIDANG TUGAS JAWATAN JK KELAB KEBAJIKAN GURU DAN KAKITANGAN ❑ Merancang dan mengurus aktiviti/program bagi kebajikan dan kemajuan staf sekolah. ❑ Menjadi penggerak dan pengantara yang memboleh kan staf berinteraksi dan berkomunikasi dalam suasana sosial yang sihat. ❑ Mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif dan produktif. ❑ Penyelenggarakan dan menghias susun atur di dalam bilik guru termasuk ruang kerja dan ruang rehat staf. ❑ Memastikan aktiviti/program kelab dilaksanakan dengan sempurna dan teratur seperti yang telah dirancang. ❑ Menyelaskan dan memenuhi keperluan staf dari semasa ke semasa. ❑ Mengendalikan kutipan yuran, mengurus belanjawan aktiviti kelab dan pemberian bantuan kepada ahli yang melibatkan kebajikan ahli seperti sakit, kematian atau menunaikan haji.
1. Ketepatan masa guru adalah penting untuk menentukan disiplin dan dihormati oleh pelajarpelajar. 2. Guru-guru hendaklah masuk kelas dan meninggalkan kelas mengikut waktu . Guru adalah bertanggungjawab pada waktu guru itu sepatutnya berada di kelas; P & P hendaklah diberi keutamaan . Unsur-unsur lain bolehlah dibuat pada masa yang lain. 3. Guru-guru tidak dibenarkan meninggalkan kelas ketika waktu mengajar . Kalau terpaksa meninggalkan kelas kerana kecemasan atau sebab yang penting, guru berkenaan dinasihatkan supaya memberi kerja secukupnya dan menentukan disiplin murid sekolah terkawal sebelum meninggalkan kelas.Sila maklumkan kepada rakan guru di kelas sebelah atau yang terhampir. 4. Ketua kelas patut dinasihatkan supaya mencari guru yang masih belum masuk kelas 5 minit selepas sesuatu waktu pembelajaran bermula belajar . Jika guru masih tidak dapat dicari, Penolong Kanan atau guru kanan mestilah diberitahu. 5. Guru-guru mestilah menjadi CONTOH teladan dalam semua kegiatan sekolah termasuk ucapanucapan sekolah. Jika sesuatu mesyuarat itu bermula jam 3.00 petang misalnya, maka guru yang sepatutnya bertugas mestilah berada 10 minit sebelum jam 3.00 petang. 6. Semua urusan berkaitan dengan PPD, JPN serta Kementerian Pelajaran hendaklah diselesaikan dan di hantar kepada pihak yang berkenaan pada atau sebelum masa yang ditetapkan. 1. Jangan sekali-kali mengorbankan disiplin untuk menjadi popular dalam kalangan pelajar. Guru seumpama ini akan menjadi masalah besar kepada sekolah khasnya dalam usaha mendisiplinkan pelajar. Disiplin pelajar di sekolah adalah tanggungjawab bersama setiap guru . Sebarang masalah yang berkaitan dengan disiplin pelajar mestilah diselesaikan bersama oleh guru-guru . Jangan bebankan masalah disiplin semata-mata kepada guru disiplin sahaja. 2. Kementerian Pelajaran melarang sama sekali guru-guru menjalankan sebarang HUKUMAN kepada murid kecuali diturunkan kuasa oleh Guru Besar . 3. Hanya Guru Besar dan guru-guru yang dibenarkan menjalankan hukuman kepada murid yang melanggar peraturan sekolah atau yang menimbulkan masalah disiplin. 4. Semua kesalahan mestilah direkodkan ke dalam buku “DISIPLIN” yang disimpan di pejabat. Rekod ini akan dirujuk ketika menyediakan sijil berhenti dan surat akuan pelajar. KETETAPAN MASA DISIPLIN PANDUANAM STAFSEKOLAH “SahsiahTerpujiPemacuAkademik Cemerlang” 69
PANDUANAM 1. Selaku pegawai kerajaan, guru adalah tertakluk kepada segala arahan yang terdapat dalam PerintahAm Kerajaan 2. Guru dan staf sokongan sekolah dinasihatkan supaya membaca, memahami dan boleh mentafsirkan dengan tepat akan kandungan PerintahAm dan Arahan Perkhidmatan. 3. Guru hendaklah menghayati tatasusila profesion keguruan dan menjunjungnya sebagai satu profesion dan bukan sebagai satu pekerjaan atau mata pencarian semata-mata. 4. Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip-prinsip Perkhidmatan Cemerlang. 5. Guru hendaklah mengamal dan menghayati Falsafah dan Matlamat Pendidikan Negara. 6. Meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih daripada kepentingan diri dalam menjalankan tugas. 7. Bertanggunjawab menjaga dan menjamin keselamatan murid dan harta benda sekolah ketika berada di sekolah. 8. Sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan dinamik serta cekap menjalankan tugas. KEDATANGAN 1. Jadual waktu belajar mesti dipatuhi seperti ditetapkan oleh pihak sekolah. 2. Guru dikehendaki berada di dalam kawasan sekolah 10 minit sebelum waktu belajar dan menandatangani Buku Kehadiran SEMASA sampai dan sewaktu balik sekolah. 3. Guru yang tidak dapat hadir atau terpaksa datang lewat hendaklah memberikan kenyataan dan sebab-sebab yang wajar. Guru mesti memberitahu pihak sekolah secepat mungkin supaya jadual waktu ganti dapat disediakan. 4. Semua urusan peribadi guru hendaklah dibuat di luar waktu sekolah kecuali dalam keadaan kecemasan. 5. Guru diwajibkan datang untuk menjayakan aktiviti kokurikulum, bengkel, mesyuarat dan pelbagai program akademik di luar masa yang ditetapkan. PANDUANAM STAFSEKOLAH “SahsiahTerpujiPemacuAkademik Cemerlang” 70
1. Guru tidak dibenar meninggalkan kawasan sekolah atau bilik darjah dalam masa waktu mengajar kecuali jika ada sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan atau arahan Jabatan Pelajaran Negeri/Gabungan/Daerah dengan syarat mendapat kebenaran daripada Guru Besar/Penolong Kanan. 2. Guru dikehendaki mengisi dan menulis di dalam Buku Rekod Pergerakan Guru. Dapatkan kebenaran Guru Besar/Penolong Kanan sebelum keluar. 3. Sebelum meninggalkan sekolah, guru diminta meninggalkan kerja bertulis untuk pelajar melalui Penolong Kanan. 1. Cuti Rehat / Cuti Penggal – mengikut surat Pekeliling Kementerian Pendidikan KP(PP) 0046.SJ/(30) bertarikh 24 Disember 1993, guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah untuk menggantikan cuti rehat. TETAPI guru boleh dipanggil bertugas oleh Guru Besar tidak melebihi sepertiga daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugas-tugas seharian daripada tugas mengajar. 2. Cuti Sakit – Sijil cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta yang melebihi dua hari berturutturut hendaklah disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan. 3. Cuti Tanpa Gaji – boleh dipohon di atas sebab-sebab persendirian yang mustahak. Kelayakan cuti tanpa gaji ialah 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan dan tidak melebihi 180 hari. 4. Kelulusan cuti tanpa gaji yang tidak melebihi 14 hari setahun diluluskan oleh Pengarah Pelajaran Negeri. Cuti melebihi 15 hari diluluskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. 5. Cuti Rehat Khas – cuti ini boleh diluluskan oleh Guru Besar hanya atas sebab-sebab kecemasan dan upacara agama bagi tempoh sepuluh hari dalam setahun. 1. Semua guru hendaklah berpakaian kemas (bertali leher bagi guru lelaki),Baju Batik pada hari Khamis dan Baju Kebangsaan pada hari Jumaat (Guru Islam) sesuai dengan profesion keguruan dan masyarakat timur seperti di dalam surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1995. 2. Pakaian berbentuk seluar dan baju tanpa lengan tidak dibenarkan bagi guru perempuan. 3. Guru lelaki dikehendaki mempunyai potongan dan panjang rambut yang sesuai. 4. Guru yang mengajar pendidikan jasmani dikehendaki memakai pakaian yang sesuai. KELUAR WAKTU MENGAJAR CUTI PEMAKAIAN GURU PANDUANAM STAFSEKOLAH “SahsiahTerpujiPemacuAkademik Cemerlang” 71
1. Guru-guru dinasihatkan supaya tidak duduk semasa mengajar di dalam kelas. 1. Seluruh waktu mengajar itu mestilah digunakan sepenuhnya untuk menyampaikan bahan pelajaran dan membimbing murid dalam proses pembelajaran. 2. Memeriksa buku rampaian dan kertas jawapan murid tidak harus dilakukan dalam bilik darjah ketika mengajar melainkan untuk memberI bimbingan dan perhatian individu murid. 3. Tugas guru bukan sahaja menyampaikan bahan pelajaran tetapi juga mengawal kelas supaya tidak bising, memberi contoh teladan dan bimbingan kepada murid supaya menjadi warganegara yang berdisiplin dan berilmu.Kembangkan potensi dan modal insan di kalangan murid. 4. Kerja bertulis dan kerja rumah mestilah diberi secukupnya bagi semua matapelajaran dalam satu-satu minggu . Jumlah kerja bertulis, latihan, ujian atau kerja rumah akan ditentukan dalam mesyuarat panitian mata pelajaran. 5. Semua kerja murid mestilah disemak dan diperiksa dengan SEGERA dan NOTA yang diberi perlu disemak dan diperiksa . Tandatangan guru dan tarikh membuat semakan hendaklah dicatat dalam buku rampaian murid bagi setiap kerja semakan atau pemeriksaan yang dibuat. 6. Guru yang menjalankan tugas/kerja ganti (relief) diminta mengajar matapelajaran yang terdapat pada jadual waktu atau mengajar mana tajuk yang berfaedah kepada pelajar . Sengaja duduk dalam kelas adalah TIDAK digalakkan . 7. Jangan benarkan pelajar meninggalkan kelas pada masa belajar tanpa sebab yang munasabah . Guru yang membenarkan murid-murid keluar kelas MESTILAH memberi KAD PAS atau TANDA NAMA guru berkenaan sebagai tanda mendapat kebenaran dari guru berkenaan untuk keluar kelas. 8. Setiap orang guru mestilah menentukan bahawa bilangan murid dalam kelasnya adalah sama dengan bilangan yang tercatat di dalam Buku Kawalan Kelas. 9. Pengajaran dan pembelajaran hendaklah menarik dan berkesan. Guru hendaklah memastikan persediaan yang cukup telah dibuat dengan segala BBM yang sesuai serta strategi P & P yang berkesan. MENGAJAR DALAM BILIK DARJAH PANDUANAM STAFSEKOLAH “SahsiahTerpujiPemacuAkademik Cemerlang” 72
1. Guru-guru kelas serta guru-guru mata pelajaran hendaklah merekod semua kesalahan murid dalam buku persediaan mengajar di ruangan catatan. Rekod ini adalah penting dalam hal disiplin. 2.Sebagai panduan, aspek-aspek disiplin yang patut dikawal oleh semua guru adalah seperti berikut : a. Kurang sopan, melawan guru / mencabar guru b. Mencuri, menipu atau bercakap bohong c. Mengugut, melawan atau memukul pengawas atau murid lain d. Memeras ugut murid lain melibatkan wang atau harta benda bernilai dan lain-lain seumpamanya e. Menipu tandatangan dan yang seumpamanya f. Menganggotai kumpulan haram atau kongsi gelap g. Meniru dalam perperiksaan (kecurangan akademik) h. Keluar dari bilik kelas di waktu belajar dan merayau-rayau dalam kawasan sekolah tanpa tujuan i. Kelakuan tidak sopan semasa perhimpunan j. Pergerakan murid dari kelas ke makmal, padang permainan, bilik sumber dan lain-Lain. k. Tabiat kebersihan diri, kebersihan sekolah dan kelas l. Merosakkan harta benda sekolah m. Membuat bising dalam kelas dan mengganggu pembelajaran kelas lain n. Bergaduh dan bertumbuk o. Berambut panjang p. Pakaian yang tidak kemas q. Berjudi r. Terlibat dengan dadah s. Menghisap rokok t. Ponteng dan lewat datang sekolah u. Membuat kenyataan akhbar dan sebagainya tanpa kebenaran v. Sila rujuk buku peraturan sekolah 3.Bagi mewujudkan disiplin sekolah yang baik supaya proses pengajaran dan pembelajaran dan proses sosialisasi dapat berjalan dengan lancar dan berkesan serta tidak terkeluar dari garis panduan yang telah ada, sila rujuk peraturan atau Pekeliling-pekeliling yang berikut :- a. School (General) Regulations 1951 b. Assited School Institution (Management) Rules 1969 c. Education Institution (Exemption Orders) 1959 d. School (Course of Studies) Regulations 1959 e. School Curriculum 1969 f. Education (School Decipline) Regulations 1959 g. School (Tour) Regulations 1958 h. School (Magazines) Regulations 1968 i. School (Societies) Regulations 1968 j. Education Institutions (Instruments of Managements Government) Rule 1963 k. Parent – Teacher Associations Rules 1973 DISIPLIN PANDUANAM STAFSEKOLAH “SahsiahTerpujiPemacuAkademik Cemerlang” 73
1. Guru sewajarnya memupuk hubungan peribadi dan professional yang baik dan sihat sesama guru dan sentiasa dapat mengawal tutur kata serta mewujudkan perasaan kekitaan. 2. Guru TIDAK dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan, fahaman, pendapat, kepercayaan kepada guru, pelajar atau staf sokongan sekolah yang lain. 3. Perhubungan yang berbentuk kumpulan yang berdasarkan kepada kaum, status sosial, ekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud di sekolah. 1. Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah menjadi tanggunjawab SEMUA guru. Ini termasuk keselamatan harta benda di dalam bilik guru. 2. Guru hendaklah berada di bilik guru semasa tidak mengajar di kelas. Masa ini hendaklah dianggap sebagai ‘non teaching period’ dan bukannya ‘free period’. Oleh itu guru hendaklah menggunakan masa tersebut di bilik guru untuk perkara-perkara berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran sahaja. 3. Guru yang berada di bilik guru hendaklah sama-sama bertanggunjawab memastikan suasana yang sesuai dan tidak mengganggu ketenteraman mana-mana pihak. 1. Semua guru yang mengajar akan diberikan dan disediakan Senarai Tugas sebagai panduan untuk mempertingkatkan prestasi pengajaran guru dan pembelajaran murid. Seterusnya menyediakan khidmat Bantu secukupnya supaya matlamat Dasar Pendidikan Negara tercapai. 1. Jikalau guru menghadapi sebarang masalah dalam bidang perjawatan, mereka boleh berurusan dengan Pembantu Tadbir atau Guru Besar. 2. Guru yang menghadapi masalah di bidang pengajaran bolehlah berurusan dengan Ketua Panitia, Penolong Kanan, atau Guru Besar. SENARAITUGAS GURU PERHUBUNGAN SESAMAGURU BILIK GURU PERJAWATAN DAN PENGAJARAN PANDUANAM STAFSEKOLAH “SahsiahTerpujiPemacuAkademik Cemerlang” 74
1. Sila rujuk Pekeliling Kementerian Pelajaran 256 yang terdapat di dalam buku rekod mengajar. 2. Buku ini mestilah dikemaskinikan dan sentiasa berada dengan guru ketika mengajar. Guru hendaklah mengikuti perancangan yang telah dibuat bagi waktu yang tertentu. 3. Buku rekod mengajar ini akan diperiksa pada bila-bila masa oleh Guru Besar, Nazir Sekolah, Pegawai-pegawai dari Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pegawai Pelajaran Daerah. 4. Buku Rekod Mengajar hendaklah ditulis Rancangan harian/ mingguan tiap-tiap minggu dan rekod pengajaran harian pada tiap-tiap hari. 5. Perkara-perkara berikut mestilah disempurnakan dengan baik di dalam Buku Rekod Mengajar: a. Takwim Sekolah b. Senarai Buku Teks c. Daftar barang-barang atau perabot kelas d. Jadual waktu kelas dan persendirian guru e. Sukatan pelajaran f. Rancangan Pelajaran g. Rekod Kerja Mingguan h. Rekod markah kemajuan murid bagi Ujiaan-ujian Topikal dan PKSR 1 & 2I i. Semua markah kerja kursus, ujian dan peperiksaan hendaklah direkodkan j. Butir-butir mengenai diri murid dan ibu bapa/penjaga murid k. Butir-butir mengenai kutipan wang l. Soalan-soalan latihan, ujian dan peperiksaan 6. Buku Rekod Mengajar dihantar ke pejabat Guru Besar pada tiap-tiap hari Jumaat atau selewatlewatnya pada hari pagi Isnin tiap-tiap minggu untuk disemak atau diperiksa. 7. Cara menulis Rekod Mengajar adalah seperti berikut : a. Rekod harian bagi satu-satu matapelajaran yang diajar hendaklah mencatat kelas, waktu dan subjek, tajuk pelajaran dan muka surat buku teks yang digunakan, objektif, kemahiran, aktiviti dan nilai murni. b. Penerangan lanjutan mengenai Buku Rekod Mengajar akan diberikan dalam Mesyuarat AJK Kurikulum Sekolah dan mesyuarat-mesyuarat panitia matapelajaran. 8. Buku Persediaan Mengajar ini hendaklah diberikan pada mana-mana pegawai yang hendak menyelia dan mencerap sebelum P&P bermula. Buku Persediaan Mengajar merupakan satu dokumen rasmi yang penting. Buku ini akan dirujuk semasa penilaian prestasi guru dibuat. BUKU REKOD MENGAJAR PANDUANAM STAFSEKOLAH “SahsiahTerpujiPemacuAkademik Cemerlang” 75
1. Semua guru akan diberi tugas-tugas berbentuk kurikulum, kokurikulum, pentadbiran dan tugastugas khas dan penglibatan dalam pelbagai AJK sekolah. Mereka mesti melaksanakan tugastugas tersebut dengan dedikasi, cekap dan bertanggungjawab. 2. Apabila diarahkan untuk melaksanakan sesuatu tugas atau arahan, misalnya menghadiri mesyuarat, pergi ke pejabat pelajaran atau ke sekolah lain, guru hendaklah mengambil tindakan sendiri. Guru yang diamanahkan / ditugaskan TIDAK boleh mengarahkan guru lain melaksanakannya tanpa kebenaran dan pengetahuan Guru Besar. 3. Tugas/Kerja ganti (relief work) hendaklah dibuat bagi guru-guru yang tidak hadir kerana sebabsebab kesihatan. 4. Tugas/Kerja ganti rasmi dibuat bagi guru-guru yang perlu menghadiri mesyuaratmesyuarat/kursus bagi pihak sekolah atau menjalankan tugas-tugas rasmi yang diarahkan atau yang mendapat kebenaran dari Jabatan Pelajaran Selangor atau Kementerian Pelajaran Malaysia seperti yang diwajibkan dalam PERINTAH AM dan Pekeliling-Pekeliling Perkhidmatan. 5. Tugas/Kerja guru ganti adalah RASMI, guru yang diarahkan untuk jalankan tugas ganti adalah WAJIB dilaksanakan. 1. Guru Kelas hendaklah menyediakan SATU salinan jadual waktu untuk dipamerkan dalam kelas sendiri. 2. Guru TIDAK dibenarkan mengubah atau meminda jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa kebenaran Guru Besar dan Penolong Kanan. 1. Semua guru dikehendaki memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjaga keselamatan harta benda sekolah. Pelajar yang merosakkan harta benda sekolah sama ada dengan sengaja atau tidak hendaklah dibawa ke pengetahuan pihak sekolah. 2. Ketua Panitia/Guru Kanan hendaklah memastikan ada peraturan-peraturan mengenai penggunaan alat-alat dan bilik-bilik tertentu seperti makmal, bengkel, pusat sumber atau perpustakaan. TUGAS-TUGAS JADUALWAKTU KESELAMATAN HARTABENDASEKOLAH PANDUANAM STAFSEKOLAH “SahsiahTerpujiPemacuAkademik Cemerlang” 76
1. Jika seorang murid tidak hadir ke sekolah selama 3 hari berturut-turut atau 3 hari dalam satu minggu atau selalu tidak hadir, guru kelas hendaklah memberitahu ibubapa atau penjaga dengan kadar segera. Surat/Borang untuk perkara tersebut boleh didapati dari pejabat sekolah. 2. Jika tidak ada jawapan daripada ibubapa,/penjaga, guru kelas dikehendaki mengemukakan satu peringatan. Jika masih tidak ada jawapan, tindakan untuk memberhentikan murid dari sekolah hendaklah diambil. Ibubapa / Penjaga boleh diberi 14 hari berjumpa dengan Guru Besar. KEHADIRAN MURID KEBERSIHAN 1. Setiap guru bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah, Jadual giliran bertugas pelajar hendaklah disediakan oleh guru kelas. Alatan membersihkan kelas hendaklah digunakan dengan rapi dan disimpan dengan selamat. 2. Guru Kanan/Guru Sumber dan guru lain yang mempunyai bilik khas/tempat khas seperti bilik kaunseling, bengkel serta makmal bertanggungjawab untuk menjaga bilik tersebut. 3. Kebersihan kawasan sekolah adalah tanggungjawab SEMUAguru, staf dan pelajar. KESIHATAN 1. Semua surat rasmi hendaklah dikirim melalui Guru Besar untuk disampaikan kepada pihak berkenaan. 2. Surat yang diterima oleh sekolah akan diedarkan kepada guru untuk diambil tindakan. Guru berkenaan hendaklah mengambil tindakan SEGERAterhadap surat-surat tersebut. PELAWAT-PELAWAT 1. Semua pelawat DIMESTIKAN berjumpa dengan Guru Besar/Penolong Kanan terlebih dahulu. Guru tidak dibenarkan berbincang dengan wakil-wakil firma atau penjual-penjual kecuali dengan kebenaran Guru Besar atau wakilnya. 1. Semua guru akan ditugaskan menjadi penasihat kegiatan kokurikulum. Tugas ini hendaklah dijalankan dengan cekap dan teratur seperti yang telah dirancangkan. KEGIATAN KOKURIKULUM PANDUANAM STAFSEKOLAH “SahsiahTerpujiPemacuAkademik Cemerlang” 77
PERHIMPUNAN SEKOLAH MESYUARAT GURU TANDANAMA BUKU STOK/INVENTORI 1. Semua guru dikehendaki menghadiri perhimpunan sekolah pada masa dan hari yang ditetapkan. Setiap guru akan diberi giliran untuk menjadi Pengacara Majlis Perhimpunan Harian atau Pehimpunan Rasmi. 2. Guru yang bertugas hendaklah membuat persediaan awal sebelum perhimpunan diadakan pada setiap minggu. 3. Guru akan bersama-sama pelajar menyanyikan Lagu Negaraku, Lagu Negeri Sembilan, Lagu Sekolah dan Bacaan Ikrar Rukun Negara. 1. Dari semasa ke semasa Guru Besar akan memanggil mesyuarat guru, kedatangan semua guru ke mesyuarat adalah diwajibkan. 2. Guru juga diwajibkan menghadiri mesyuarat yang dipanggil oleh Guru Kanan atau Ketua Panitia. 1. Semua guru hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan, majlis rasmi di sekolah atau di luar sekolah. 1. Buku stok / Inventori akan digunakan dan semua guru dikehendaki merekod alat-alat dan inventori yang dibekal atau diberikan untuk kegunaan P&P. 2. Penggunaan alat-alat hendaklah betul serta mengikut peraturan. 3. Guru hendaklah bertanggungjawab menggunakan alat-alat dengan baik dan memulangkan kembali dengan segera serta berkeadaan baik. 4. Jika rosak hendaklah dilapor dengan serta merta. 5. Buku ini akan disemak dari masa ke masa oleh Guru Besar / Penolong Kanan. PANDUANAM STAFSEKOLAH “SahsiahTerpujiPemacuAkademik Cemerlang” 78
1. Setiap arahan dan surat pekeliling yang dikeluarkan oleh Guru Besar hendaklah DIBACA dengan teliti dan dipatuhi serta ditandatangani selepas membacanya. 2. Sekiranya arahan dan surat pekeliling itu diberi terus, guru hendaklah menyimpannya di dalam fail khas. 3. Pekeliling-pekeliling dari Kementerian, Jabatan atau PPG/PPDK hendaklah dibaca difahami dan ditandatangani. 1. Penggunaan telefon / faks hanyalah untuk urusan rasmi sahaja dan buku penggunaan telefon disediakan untuk mencatat nombor panggilan telefon dan tujuan telefon. 1. Semua guru secara automatik menjadi ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah. 2. Jumlah sumbangan (jika ada) adalah tertakluk kepada keputusan mesyuarat dan perlu dibayar oleh guru. 3. Semua guru dikehendaki hadir dalam semua majlis atau acara rasmi sekolah. 1. Kawasan sekolah telah diwartakan sebagai ‘Kawasan Larangan Merokok’. 2. Semua guru, staf, ibu bapa dan pelawat hendaklah mematuhi arahan tersebut pada setiap masa semasa berada di kawasan sekolah. 1. Jika terdapat guru tidak hadir kerana sakit, berkursus, pemeriksaan skrip peperiksaan atau sebabsebab lain yang tidak dapat dielakkan maka Jadual Guru Pengganti akan diatur oleh Penolong Kanan 1/JK Jadual Waktu. 2. Guru yang tidak mengajar (non teaching period) akan diminta untuk melaksanakan tugas sebagai guru pengganti. 3. Guru pengganti diminta untuk mengajar dan membimbing murid-murid di dalam kelas tersebut. ARAHAN DAN PEKELILING TELEFON/FAKS PIBG DAN MAJLIS SEKOLAH LARANGAN MEROKOK GURU PENGGANTI (SIT-IN) PANDUANAM STAFSEKOLAH “SahsiahTerpujiPemacuAkademik Cemerlang” 79
1. Semua guru harus mengambil sikap dan tindakan berhati-hati apabila menghukum atau mendenda murid supaya tidak bertentangan dengan etika profesion perguruan. 2. Menghukum/mendenda murid dalam bentuk fizikal atau mental seperti merotan atau memukul dengan benda keras, menghantuk kepala murid, menarik atau mencubit cuping telinga, melontar dengan penggosok, mencubit sehingga lebam, biru atau berdarah, berdiri di bawah panas matahari, berlari keliling padang dan perbuatan lain yang boleh menjejaskan kesihatan mental dan fizikal murid adalah DILARANG. 3. Guru harus mengelak, perbuatan memaki hamun, mengejek, memperkecil keupayaan dan kebolehan murid semasa proses P&P dijalankan. 1. Semua guru digalakkan untuk memperlengkapkan diri dengan ilmu demi kelangsungan pendidikan berkualiti. Namun demikian peranan sebagai pembentuk insan dan penjana ilmu di sekolah WAJIB diutamakan. 2. Segala tugasan, aktiviti dan mentelaah nota-nota yang berkaitan dengan PJJ TIDAK DIBENARKAN berlangsung di sekolah atau di dalam kelas semasa proses P&P. 1. Semua guru digalakkan untuk membantu melaksana segala aktiviti dan projek pengurusan sekolah dari semasa ke semasa demi kebaikan bersama. 2. Sentiasa memberi khidmat professional yang bermutu terhadap objektif dan matlamat pendidikan. Sumber Rujukan: Buku Panduan Tugas Staf Sekolah Rendah. MENGHUKUM/MENDENDAMURID PROGRAM PENDIDIKAN JARAK JAUH (PJJ) HAL-HALLAIN PANDUANAM STAFSEKOLAH “SahsiahTerpujiPemacuAkademik Cemerlang” 80
BERTANGGUNGJAWAB KEPADA : GURU BESAR BIDANGTUGAS : ❑ Membantu Guru Besar mengurus Hal Ehwal Kewangan / Akaun Sekolah. ❑ Membantu Guru Besar mengurus hal-hal Perkhidmatan Perjawatan. ❑ Membantu Guru Besar mengurus hal Pentadbiran Sekolah. ❑ Menyelia semua staf sokongan sekolah termasuk Pembantu Pengurusan Murid (PPM) kecuali sekolah yang ada Pembantu Makmal Gred C22 dan Penyelia Asrama N22). ❑ Lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa. BIDANGTUGAS Menyediakan : ❑ Tuntutan gaji dan elaun ❑ Biasiswa dan bantuan kerajaan ❑ Tuntutan elaun lebih masa pekerja. ❑ Tuntutan bantuan perkapita. ❑ Pembayaran bil-bil. Mengemaskini : ❑ Buku Tunai -Akaun Kerajaan ❑ Akaun SUWA ❑ AkaunAsrama (jika terlibat) Mengurus: Cek-cek. ❑ Bayaran Tambahan dan Kira-kira yuran khas pelajar serta menyimpan slip bank. ❑ Pesanan barang-barang keperluan pejabat. ❑ Stok pejabat. ❑ Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar/Penolong Kanan dari semasa ke semasa. BIDANG TUGAS STAFSOKONGAN SEKOLAH PEGAWAI EKSEKUTIF GRED N26/KETUAPEMBANTU TADBIR N22 PEMBANTU TADBIR N17 (BAHAGIAN KEWANGAN) PEMBANTU TADBIR N17 (BAHAGIAN PENTADBIRAN PERKHIDMATAN) BIDANGTUGAS Mengurus: ❑ Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP), Bantuan Kebajikan Masyarakat dan lain-lain. ❑ Pertukaran murid. ❑ Pertukaran guru dan staf sokongan ❑ Pengesahan jawatan, pencen, peperiksaan am kerajaan dan kursus induksi. ❑ Surat-surat dan rekod cuti guru/staf sokongan. ❑ Buku Biru/Permit mengajar guru. ❑ Data murid, guru dan staf sokongan. ❑ Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dan Penolong Kanan dari masa ke masa. “SahsiahTerpujiPemacuAkademik Cemerlang” 81
BIDANG TUGAS ❑ Menaip surat-surat yang berkaitan dengan urusan sekolah atau yang diarahkan oleh Guru Besar dan Penolong-Penolong Kanan dari semasa ke semasa. ❑ Membantu pegawai Ketua Pembantu Tadbir sekolah dalam menyediakan perkara di atas. ❑ Menjaga serta menjamin keselamatan penggunaan perkakasan computer dan mesin taip serta lain-lain alatan pejabat dalam keadaan baik dan selamat. ❑ Menjaga stok dan mengemaskinikan stok, alat-alat taip seperti stensil, kertas taip dan sebagainya serta mengamalkan jimat cermat. ❑ Menaip Borang Perubahan Gaji. ❑ Menaip Baucer. ❑ Menaip Penyata Bulanan. ❑ Menaip minit-minit mesyuarat hal-hal pengurusan guru. ❑ Menaip Surat Berhenti Sekolah dan SuratAkuan. ❑ Menaip tuntutan perjalanan. ❑ Menjalankan semua kerja yang diarahkan oleh Guru Besar atau wakilnya dari semasa ke semasa. PEMBANTU TADBIR RENDAH N14/11 (JURUTAIP) BIDANGTUGAS ❑ Mengurus pengambilan surat-surat di PPD dan surat yang berkaitan dengan urusan sekolah atau yang diarahkan oleh Guru Besar dan Penolong-penolong Kanan. ❑ Mengurus Kad Perakam Waktu Kehadiran Guru/Staf Sokongan. ❑ Mencetak soalan-soalan peperiksaan dan siaran-siaran pejabat. ❑ Membantu Pembantu Tadbir dalam urusan bank seperti membayar bil dan lain-lain. ❑ Mengambil dan meminitkan surat. ❑ Memasukkan surat-surat ke dalam fail dan mengedarkannya kepada guru/staf sokongan yang berkenaan. ❑ Mengepos dan mengambil surat. ❑ Merekod dan mengawal semua stok masuk dan keluar peralatan pejabat. ❑ Mengemaskini sistem fail. ❑ Mengemas bilik Guru Besar dan bilik cetak. ❑ Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa. PEMBANTUAM RENDAH (PEJABAT) BIDANG TUGAS STAFSOKONGAN SEKOLAH “SahsiahTerpujiPemacuAkademik Cemerlang” 82
BIDANG TUGAS ❑ Membersihkan kawasan sekolah : ❑ Membersihkan rumput yang dipotong dan membuangnya di tempat buangan sampah. ❑ Menyapu sampah di kaki lima bangunan dan kawasan yang tidak berumput. ❑ Membersihkan tandas, longkang dan stor. ❑ Menjaga dan menyelenggara peralatan-peralatan kerja seperti cangkul, penyodok dan sebagainya. ❑ Memastikan stok peralatan PRAsentiasa lengkap dan cukup. ❑ Menanam dan menjaga pokok-pokok bunga/pokok serta membuang rumput dipasu. ❑ Membantu menyediakan tempat persiapan bagi program-program upacara rasmi sekolah. ❑ Membaikpulih peralatan sekolah/perabot sekolah yang rosak. ❑ Memastikan peralatan sekolah, perabot tidak terbiar di merata tempat. ❑ Melaporkan kepada Guru Besar tentang kerosakan tandas, paip dan lain-lain untuk tindakan. ❑ Menggantikan tugas jaga sewaktu jaga bercuti. ❑ Memadam segala grafiti/conteng pada dinding bangunan sekolah. ❑ Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar atau Penolong Kanan. PEKERJA RENDAHAM BIDANGTUGAS ❑ Melaporkan diri ke sekolah sekurang-kurangnya sepuluh minit sebelum waktu bertugas seperti dijadualkan dan sentiasa berada di kawasan sekolah semasa bertugas. ❑ Menandatangani buku kedatangan sebaik sahaja sampai di sekolah dan sebelum pulang serta meminta pengesahan daripada seorang lain. ❑ Membuat rondaan di dalam kawasan sekolah dari masa ke masa dan mengunci jam jaga jika ada. ❑ Membuat laporan mengenai keadaan sekolah seperti diperlukan dan menghubungi Guru Besar/polis dengan segera jika berlaku kecurian atau kecemasan. ❑ Memastikan semua bilik darjah dan bilk-bilik lain dikunci selepas waktu sekolah dan dibuka pada hari sekolah sebelum meninggalkan kawasan sekolah setelah bertugas. ❑ Memastikan semua pintu dikunci selepas waktu sekolah dan pada masa cuti am/cuti sekolah. ❑ Membuka pintu pagar sebelum pulang pada hari sekolah. ❑ Memastikan semua kunci sekolah disimpan dengan kemas dan selamat. Kehilangan kunci hendaklah dilaporkan kepada Guru Besar. ❑ Memadam semua lampu sebelum meninggalkan kawasan sekolah selepas bertugas. ❑ Memastikan tiada orang luar dibenarkan masuk ke dalam kawasan sekolah kecuali dengan kebenaran khas dan Guru Besar. ❑ Mengawas muri/murid jemputaan yang mengadakan aktiviti-aktiviti ku-kurikulum di luar waktu persekolahan. ❑ Melaporkan dengan segera segala kes kecemasan seperti kebakaran, kecurian dan kemalangan kepada Bomba/Polis/Hospital dan melaporkan kepada Guru Besar. ❑ Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar/wakilnya dari semasa ke semasa. JAGA SEKOLAH BIDANG TUGAS STAFSOKONGAN SEKOLAH “SahsiahTerpujiPemacuAkademik Cemerlang” 83
❑ __________________ ❑ __________________ ❑ __________________ ❑ __________________ ❑ __________________ ❑ __________________ ❑ __________________ ❑ __________________ ❑ __________________ ❑ __________________ ❑ __________________ ❑ __________________ ❑ __________________ ❑ __________________ ❑ __________________ ❑ __________________ ❑ __________________ ❑ __________________ ❑ __________________ ❑ __________________ ❑ __________________ ❑ __________________ ❑ __________________ ❑ __________________ ❑ __________________ ❑ __________________ ❑ __________________ ❑ __________________ ❑ __________________ ❑ __________________ ❑ __________________ ❑ __________________ ❑ __________________ ❑ __________________ ❑ __________________ ❑ __________________ NOTA SENARAI SEMAK _______________________________ _______________________________ _______________________________ _______________________________ _______________________________ _______________________________ _______________________________ _______________________________ _______________________________ _______________________________ _______________________________ _______________________________ _______________________________ _______________________________ _______________________________ _______________________________ _______________________________ _______________________________ _______________________________ _______________________________ _______________________________ _______________________________ _______________________________ _______________________________ _______________________________ _______________________________ _______________________________ _______________________________ _______________________________ _______________________________ _______________________________ _______________________________ _______________________________ _______________________________ _______________________________ _______________________________ _______________________________ _______________________________ _______________________________ _______________________________ _______________________________ _______________________________ _______________________________ _______________________________ CATATAN CATATAN GURU “Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera” 235