The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-00321513, 2024-03-26 11:14:31

MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH SESI 2024/2-25

SMK LEMBAH KERAMAT

#KeLLeyS The Best #KeLLeyS No.1! 2


#KeLLeyS The Best #KeLLeyS No.1! 3 ISI KANDUNGAN BIL TAJUK MUKA SURAT 1 UNIT PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN ( ms 7 - ms 86 ) Mutiara Tinta daripada Meja Pengetua 7 Pelan Sekolah 8 Pelan Kecemasan dan Kebakaran 9 Profil Sekolah dan Lencana Sekolah 10 - 11 Lagu Sekolah 12 Ikrar Rukun Negara 13 Ikrar Perkhidmatan Awam 14 Falsafah Pendidikan Kebangsaan 15 Visi dan Misi 16 7 Teras Utama 17 Objektif Jabatan Pendidikan Negeri Selangor 18 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 19 Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) 20 Aprisiasi Sistem Pendidikan & Aprisiasi Murid 21 11 Anjakan 22 Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) 23 Kemahiran Berfkir Aras Tinggi (KBAT) 24 Tatasusila Profesion Perguruan 25 Carta Organisasi Pengurusan & Pentadbiran 28 Dasar Sekolah 29 - 37 Penggal Persekolahan & Kalendar Akademik Sesi 2024 / 2025 38 Cuti Perayaan Sesi 2024 / 2025 39 Jadual Hari Kelepasan Am Sesi 2024 / 2025 40 Cuti Peristiwa Yang Dicadangkan 40 Jadual Pembayaran Gaji Penjawat Awam 2024 41 Data Guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana Sesi 2024 / 2025 42 Senarai Nama Pentadbir Sekolah 43 Senarai Nama Guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana 43 - 47 Senarai Nama AJK Persatuan Ibu Bapa Dan Guru Sesi 2023 / 2024 48 Senarai Nama Guru Yang Menjadi Pemeriksa Kertas SPM 49 Tatacara dan Susun Atur Pengendalian Perhimpunan Rasmi (Isnin) dan Perhimpunan Harian (Selasa - Jumaat) 50 Jadual Bertugas Pentadbir Sesi 2024 / 2025 51 - 52 Jadual Penghantaran eRPH Sesi 2024 / 2025 53 - 55


#KeLLeyS The Best #KeLLeyS No.1! 4 BIL TAJUK MUKA SURAT Jadual Pencerapan PdP Guru 56 - 58 Jadual Guru Bertugas Mingguan Sesi 2024 / 2025 59 - 68 Jadual Bertugas Amalan Guru Penyayang 69 Jadual LADAP Sesi 2024 / 2025 70 Jadual Mesyuarat Guru Sesi Sesi 2024 / 2025 70 Jawatankuasa Pengurusan dan Pentadbiran : Jawatankuasa Pengurusan Tertinggi Sekolah / PBPPP 71 Jawatankuasa Kewangan dan Akaun Sekolah 72 Jawatankuasa Pengurusan Aset / Stok dan Inventori 73 Jawatankuasa Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) / Data dan Maklumat Sekolah (IPMS) 74 Jawatankuasa Program Transformasi Sekolah 2025 ( TS25 ) 75 Jawatankuasa SKPM Kualiti @ Sekolah 76 Jawatankuasa Jadual Waktu 77 Jawatankuasa ICT Sekolah 78 Jawatankuasa Perkembangan Staf / LDP 78 Pencatat Minit Mesyuarat Guru dan Taklimat 79 Jawatankuasa Pembangunan Guru Baharu 79 Jawatankuasa Siaraya 80 Jawatankuasa Siasatan Aduan 80 Jawatankuasa Gudstaf 81 Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru 82 Jawatankuasa Sarana Ibu Bapa 82 Jawatankuasa Bilik Khas 83 Senarai Tugas JK Pembangunan Fizikal Sekolah 84 Jawatankuasa Pembangunan Fizikal Sekolah 85 Jawatankuasa Surau Al-Falah 86 2 PENGURUSAN KURIKULUM ( ms 89 – ms 110) Carta Organisasi Pengurusan Kurikulum Sesi 2024 / 2025 89 Ketetapan Kurikulum 90 - 99 Jawatankuasa Pengurusan Kurikulum 100 Jawatankuasa Pengurusan Panitia 101 - 102 Bidang Tugas Pengurusan Panitia Dan Pengoperasian Pengajaran & Pembelajaran (PdP) 102 Jawatankuasa Program Kecemerlangan Akademik 103 Jawatankuasa Pentaksiran dan Peperiksaan 104 Jawatankuasa Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) 105 Jawatankuasa STEM / Inovasi / KBAT 106 Jawatankuasa MBMMBI 107


#KeLLeyS The Best #KeLLeyS No.1! 5 BIL TAJUK MUKA SURAT Jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah 108 Pengurusan Semakan Hasil Kerja Murid 108 Carta Alir Semakan Buku Hasil Kerja Murid Sesi 2024 / 2025 109 Takwim Ujian, Pentaksiran dan Peperiksaan Dalaman Sesi 2024 / 2025 110 3 PENGURUSAN HAL EHWAL MURID ( ms 113 – ms 134 ) Carta Organisasi Pengurusan HEM Sesi 2024 / 2025 113 Ketetapan Hal Ehwal Murid 114 - 120 Jawatankuasa Induk Hal Ehwal Murid 121 Jawatankuasa Disiplin Dan Badan Pengawas 122 Jawatankuasa Siasatan Buli Dan Gangguan Seksual 123 Jawatankuasa Pengawas Sahsiah / Tim Remaja Islam Perkasa Sahsiah (TRIPS) 123 Jawatankuasa Perhimpunan / Majlis Rasmi 124 Jawatankuasa Bimbingan Dan Kaunseling 125 Jawatankuasa Induk Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) 126 Jawatankuasa Pelaksana Pendidikan / Kelab Pencegahan Jenayah 126 Jawatankuasa Program Khas Murid Berisiko Cicir (MBC) 127 Jawatankuasa Skim Pinjaman Buku Teks (BOSS) 128 Jawatankuasa Kantin Sekolah 129 Jawatankuasa Pengurusan Bantuan dan Kebajikan Murid 130 Jawatankuasa 3K (Keselamatan, Kesihatan dan Kebersihan) 131 - 132 Senarai Guru Tingkatan Sesi Pagi Sesi 2024 /2025 133 Senarai Guru Tingkatan Sesi Petang Sesi 2024 /2025 134 Penyelaras Fail Peribadi Murid 134 4 PENGURUSAN KOKURIKULUM ( ms 137– ms 166 ) Carta Organisasi Pengurusan Kokurikulum Sesi 2024 / 2025 137 Ketetapan Kokurikulum 138 - 142 Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum 143 Jawatankuasa Lembaga Koperasi Sekolah 144 Bidang Tugas Ahli Lembaga Koperasi 144 - 146 Jawatankuasa Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP) 147 Jawatankuasa Majalah Sekolah (KARISMA) 148 Pengurusan Pasukan Badan Beruniform 149 Pengurusan Kelab / Persatuan 150 Pengurusan Sukan / Permainan 151 Bidang Tugas Guru Penasihat 152


#KeLLeyS The Best #KeLLeyS No.1! 6 BIL TAJUK MUKA SURAT Jawatankuasa Pembangunan Sukan Sekolah 153 Pengurusan Rumah Sukan 154 - 155 Bidang Tugas Ketua dan Guru Rumah Sukan 156 Unit Latihan dan Persediaan Pasukan Sekolah 157 Jadual Latihan Rumah Sukan 158 Jadual Perhimpunan Bulanan Kokurikulum (Minggu ke- 3) 158 Jadual Perjumpaan Aktiviti Kokurikulum 159 Tempat Perjumpaan Aktiviti Kokurikulum 159 - 160 Jadual Pemantauan Aktiviti Kokurikulum 161 Takwim Kokurikulum Sesi 2024 / 2025 162 - 166 5 TAKWIM SEKOLAH SESI 2024 / 2025 ( ms 166 – ms 179) ✓ Pengurusan 166 - 181 ✓ Kurikulum ✓ Hal Ehwal Murid ✓ Kokurikulum 6 LAMPIRAN ( ms 183– ms 193) Carta Alir Tindakan Salah Laku Ponteng Sekolah (Berterusan 31 hari) 183 - 184 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 1/1972 185 Prosedur Tindakan Dalam Menjalankan Kuasa Disiplin 186 Carta Aliran Prosedur Tindakan dalam Menjalankan Kuasa Disiplin 187 Carta Alir Proses Pembelian Barangan 188 Pentaksiran Berasaskan Sekolah 189 - 192 Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) 193


#KeLLeyS The Best #KeLLeyS No.1! 7 MUTIARA TINTA Daripada Meja PENGETUA Assalamualaikum… Salam Sejahtera… Salam Malaysia Madani… Salam JPN Selangor Sentiasa Unggul dan Berkualiti… Salam Anak Yang Baik Lagi Cerdik… Alhamdullilah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah izinNya kita masih diberi peluang dan kesempatan dipertemukan pada sesi akademik 2024/2025. Tahun yang penuh bermakna buat seluruh warga KeLLeyS yang sentiasa berusaha dengan gigih untuk mencipta pelbagai kejayaan dan kegemilangan dalam proses mendidik anakanak murid sekalian. Setinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada barisan pentadbir dan para guru yang telah berusaha dengan gigih bagi menzahirkan MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2024/2025 ini. Kerjasama dan komitmen daripada warga sekolah, komuniti dan rakan strategik amat penting bagi merealisasikan impian dan kejayaan SMK Lembah Keramat. Cabaran bagi tahun 2024 amatlah besar iaitu untuk merealisasikan visi dan misi sekolah yang mana dalam masa yang sama kita terpaksa mendepani cabaran dan hala tuju pendidikan dalam era pasca pandemik Covid19. Ini menuntut komitmen dan dedikasi guru yang tinggi dalam melaksanakan tanggungjawab guru yang sangat rencam dan perlu membuat pelbagai perubahan kearah kemenjadian murid di pelbagai aspek. Sebagai warga pendidik, guru perlu sentiasa memperlengkap diri dengan pelbagai ilmu dan kemahiran bagi mendepani dan menangani segala cabaran di era digital. Justeru itu warga KeLLeyS perlu sentiasa bekerja sebagai satu pasukan yang saling bekerjasama dan sentiasa berfikiran positif dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan. Setiap ilmu dan kemahiran yang dimiliki oleh para guru warga KeLLeyS seharusnya dikongsi dan dimanfaatkan demi meningkatkan mutu dan kualiti pengajaran guru agar sejajar dengan hasrat dan inisiatif KPM dalam usaha meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti tinggi. Tahniah diucapkan kepada seluruh warga guru SMK Lembah Keramat telah diberi watikah sebagai Sekolah TS25 Kohort 8 pada tahun 2023 yang lalu. Harapan saya dengan adanya amalan guru dan aktivitiaktiviti di dalam Program TS25 ini akan berjaya menghasilkan murid yang cemerlang dan guru yang berkualiti di SMK Lembah Keramat. Sesungguhnya murid yang cemerlang adalah hasil usaha daripada guru yang berkualiti. Marilah kita sama-sama bekerja dengan tulus ikhlas dan beriltizam untuk mencapai kejayaan dan membina kecemerlangan anak-anak didik dengan berlandaskan konsep Karamah Insaniah iaitu melalui pembentukan adab, akhlak dan integriti dalam kalangan murid. Ciri-ciri budaya kerja cemerlang seperti bersikap jujur, menepati masa, amanah, bersungguh-sungguh, komited dengan tugas dan yang paling penting bekerja kerana Allah perlu ada pada diri kita yang bergelar guru. Budaya kerja cemerlang ini merupakan satu bentuk amal ibadah dan semoga usaha-usaha murni ini sentiasa mendapat sebaik-baik ganjaran pahala daripada Allah SWT. Akhir kata, amat besar harapan saya agar kita dapat SEDERAP MELANGKAH KE HADAPAN dalam apa jua gerak kerja dan matlamat yang hendak dicapai pada tahun ini. Semoga kejayaan dan kecemerlangan menjadi milik kita bersama demi kemenjadian anak-anak didik sekalian. SELAMAT MAJU JAYA UNTUK SEMUA dan semoga kita sentiasa dipertemukan di pentas KEJAYAAN, insyaAllah! #KeLLeyS The Best! #KeLLeyS No 1! Ingatan Tulus Ikhlas Pn. Siti Nor Shaadah binti Rahmat Pengetua SMK Lembah Keramat


#KeLLeyS The Best #KeLLeyS No.1! 8 PELAN SEKOLAH


#KeLLeyS The Best #KeLLeyS No.1! 9 PELAN KECEMASAN DAN KEBAKARAN


#KeLLeyS The Best #KeLLeyS No.1! 10 PROFIL SEKOLAH MUTIARA TINTA Daripada Meja PENGETUA


#KeLLeyS The Best #KeLLeyS No.1! 11 LENCANA SEKOLAH Lencana SMKLK telah dicipta oleh murid dan diubah suai oleh guru sekolah ini. Di bahagian tengah lencana terdapat obor bernyala yang melambangkan kejayaan para murid. Latar belakang lencana yang berwarna merah, kuning dan putih membawa maksud tertentu. COGAN KATA Di bawah bahagian lencana, tertulis cogan kata sekolah yang berbunyi: BERUSAHA, BERDISIPLIN, BERJAYA. Ini membawa maksud kegigihan serta sifat yang perlu ada pada diri setiap murid untuk mencapai cita-cita demi negara. Lambang ini juga menjadi simbol semangat dan usaha para murid untuk mencapai kejayaan di samping mengharumkan nama sekolah. PIAGAM PELANGGAN SEKOLAH • Kami warga pendidik SMK Lembah Keramat dengan sepenuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk: • Memastikan sistem pendidikan terbaik berasaskan budaya ilmu yang bersepadu, terkini, berkualiti dan berkesan selaras dengan KPI NKRA. • Menyediakan jentera dan sistem pengurusan pendidikan yang cekap, pantas,berkesan, canggih, dinamik dan berteraskan kepada penambahbaikan yang berterusan. • Memastikan semua guru dan staf sekolah berdedikasi, komited, terlatih, berdisiplin, bertanggungjawab dan produktif. • Memastikan kemudahan-kemudahan pendidikan selesa, lengkap dan mencukupi serta persekitaran bersih, ceria, selesa dan selamat. • Memastikan sekolah sentiasa peka dan responsif kepada kehendak-kehendak dan keperluan- keperluan pelanggan. • Menyediakan pendidikan rohaniah yang berlandaskan akhlak mulia dan daya ketahanan diri. • Melahirkan murid yang seimbang, aktif, sihat, cergas dan ceria melalui kegiatan kokurikulum. Merah Keberanian dan semangat perjuangan murid untuk sentiasa maju dalam pelajaran dan taat setia terhadap negara yang dicintai Kuning Sistem pemerintahan negara yang berdaulat berasaskan sistem beraja yang utuh Putih Kesucian dan keluhuran para guru dalam menabur bakti


#KeLLeyS The Best #KeLLeyS No.1! 12 LAGU SEKOLAH MUTIA RA TINTA Daripada Meja PENGETUA


#KeLLeyS The Best #KeLLeyS No.1! 13 RUKUN NEGARA MUTIARA TINTA Daripada Meja PENGETUA


#KeLLeyS The Best #KeLLeyS No.1! 14 IKRAR PERKHIDMATAN AWAM MUTIARA TIMeja PENGETUA


#KeLLeyS The Best #KeLLeyS No.1! 15 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN MUTIARA TINTA Daripada Meja PENGETUA


#KeLLeyS The Best #KeLLeyS No.1! 16 VISI DAN MISI MUTIARA TINTA Meja PENGETUA


#KeLLeyS The Best #KeLLeyS No.1! 17 7 TERAS UTAMA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA MUTIARA TINTA Daripada Meja PENGETUA


#KeLLeyS The Best #KeLLeyS No.1! 18 OBJEKTIF JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR MUTIARA TINTA Daripada Meja PENGETUA


#KeLLeyS The Best #KeLLeyS No.1! 19 PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MUTIARA TINTA Daripada Meja PENGETUA


#KeLLeyS The Best #KeLLeyS No.1! 20 BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NEGARA (NKRA) MUTIAR A TINTA Daripada Meja PENGETUA


#KeLLeyS The Best #KeLLeyS No.1! 21 ASPIRASI SISTEM PENDIDIKAN DAN ASPIRASI MURID MUTIARA TINTA Daripada Meja PENGETUA


#KeLLeyS The Best #KeLLeyS No.1! 22 11 ANJAKAN MUTIARA TINTA Daripada Meja PENGETUA


#KeLLeyS The Best #KeLLeyS No.1! 23 PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 ( TS25 ) MUTIARA TINTA Darip ada Meja PENG ETUA


#KeLLeyS The Best #KeLLeyS No.1! 24 KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI ( KBAT ) MUTIARA TINTA Daripada Meja PENGETUA


#KeLLeyS The Best #KeLLeyS No.1! 25 TATASUSILA PROFESION PERGURUAN MUTIARA TINTA Da . T N N B T B B . T N N B T L


#KeLLeyS The Best #KeLLeyS No.1! 26


#KeLLeyS The Best #KeLLeyS No.1! 27


#KeLLeyS The Best #KeLLeyS No.1! 28 CARTA ORGANISASI PENGURUSAN & PENTADBIRAN


#KeLLeyS The Best #KeLLeyS No.1! 29 DASAR SEKOLAH 1.0 PERINTAH AM DAN PEKELILING PERKHIDMATAN 1.1 Selaku kakitangan kerajaan, guru-guru dan staf sokongan adalah tertakluk kepada segala arahan yang terdapat dalam Perintah Am Kerajaan. Pekeliling-pekeliling Perkhidmatan, Surat-surat Pekeliling Ikhtisas dan arahan-arahan dari semasa ke semasa. Oleh itu, guru-guru dan staf sokongan digesa membaca, memahami dan mematuhinya. 1.2 Setiap arahan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh Pengetua hendaklah dibaca dengan teliti dan dipatuhi serta diambil tindakan. 1.3 Guru hendaklah menyimpan bahan-bahan tersebut di dalam fail yang berkaitan. 1.4 Sila rujuk dan patuhi surat-surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) dalam Buku Rekod Mengajar : Surat Bil. 2/196 (Penggunaan waktu tidak mengajar) Surat Bil. PU(A) 531/97 Perkara 8 (AP) (Menyedia dan menghantar BRM) 1.4.3 Surat Bil. 1/1972 (Peraturan-peraturan Tatatertib Sekolah/Murid 1959) 1.4.4 Surat Bil. 5/1977 (Tugas Guru dalam Cuti Penggal Sekolah) 1.4.5 Surat Bil. 8/2017 (Cuti Rehat Khas) 1.4.6 Surat Bil. 6/1985 (Peraturan Pakaian Guru) 1.4.7 Surat Bil.13/2005 (Pelaksanaan lima hari bekerja dan pelaksanaan aktiviti hari Sabtu) 1.4.8 Cabutan Perintah Am Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib Bab D) 1.4.9 Pekeliling Bil. 9/2002 (Kemudahan Cuti Isteri Bersalin) 2.0 KEHADIRAN 2.1 Waktu persekolahan sesi 2024 / 2025 adalah seperti berikut: Sesi Pagi Waktu Persekolahan Hari Masa Isnin - Khamis 7.30 pagi hingga 1.05 tengah hari Jumaat 7.30 pagi hingga 12.30 tengah hari **Semua murid mesti berada di dalam kawasan sekolah sebelum 7.20 pagi Sesi Petang Waktu Persekolahan Hari Masa Isnin - Khamis 1.05 tengah hari hingga 6.30 petang Jumaat 2.15 petang hingga 6.30 petang ** Semua murid mesti berada di dalam kawasan sekolah sebelum pukul 12.30 tengah hari.


#KeLLeyS The Best #KeLLeyS No.1! 30 2.2 Jadual mengetik waktu datang dan pulang (Isnin hingga Jumaat) Sesi pagi Masa Datang Masa Pulang Guru-guru Sebelum 07.20 pagi (Isnin -Khamis) Selepas 2.00 petang (Jumaat) Selepas 12.30 tengah hari Guru-guru bertugas Sebelum 07.00 pagi **Semua guru perlu mengetik waktu datang dan pulang. Sekiranya lewat, masih juga perlu diketik dan perlu diserahkan kepada Pengetua untuk ditandatangan. Sesi Petang Masa Datang Masa Pulang Guru-guru 12.00 tengah hari 6.40 petang ( Isnin – Jumaat ) Guru-guru bertugas 11.45 pagi 6.45 petang ( Isnin - Jumaat ) **Semua guru perlu mengetik waktu datang dan pulang. Sekiranya lewat, masih juga perlu diketik dan perlu diserahkan kepada Pengetua untuk ditandatangan. 2.3 Guru-guru dan AKP dikehendaki mengetik waktu datang dan waktu pulang di mesin perakam waktu pada kad masing-masing sahaja, bukan bagi pihak orang lain. 2.4 Guru-guru dan AKP yang terpaksa datang lewat atau tidak dapat hadir kerana sebab-sebab tertentu mesti memaklumkan kepada Pengetua sebelum jam 7.00 pagi (sesi pagi) dan sebelum jam 12.30 tengah hari (sesi petang). 2.5 Semua guru wajib berada di kawasan sekolah sepanjang waktu persekolahan kecuali menjalankan tugas rasmi di luar. 2.6 Kad perakam dengan 3 kali catatan merah akan diberi surat amaran dan kad akan ditukar kepada kad hijau. Setelah kad bertukar hijau, dan masih terdapat catatan merah, kad akan ditukarkan kepada kad merah. Tetapi jika ketika kad berwarna hijau dan tiada catatan merah kad akan kembali kepada kad kuning. 2.7 Guru hendaklah memberitahu pihak sekolah secepat mungkin, sekiranya tidak dapat hadir (kecemasan) atau terpaksa datang lewat ke sekolah atas sebab-sebab yang munasabah. 2.8 Guru-guru yang hadir untuk kegiatan kokurikulum dan kelas-kelas tambahan juga dikehendaki menandatangani Buku Kehadiran Kokurikulum / Buku Kehadiran Kelas Tambahan. 3.0 KEBENARAN KELUAR PADA WAKTU BEKERJA 3.1 Guru-guru tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah untuk urusan peribadi kecuali mendapat kebenaran Pengetua. 3.2 Guru-guru yang mendapat kebenaran daripada Pengetua dikehendaki mencatat di dalam Buku Pergerakan Guru. 3.3 Guru-guru yang keluar untuk urusan kecemasan / menziarah perlu mematuhi masa tidak lebih daripada 1 jam atau mengikut budi bicara Pengetua / PK Petang. Kebenaran keluar akan dipertimbangkan mengikut waktu senggang guru.


#KeLLeyS The Best #KeLLeyS No.1! 31 3.4 Guru-guru yang mendapat arahan JPN / PPD mesti memaklumkan kepada Pengetua, catat dalam kad perakam waktu kursus yang dihadiri dan mesti dapatkan tandatangan pentadbir. 3.5 Guru hanya dibenarkan keluar untuk urusan rasmi dan hal kecemasan sahaja. 3.6 Guru-guru yang menghadiri kursus atau mengambil CRK terancang dikehendaki menyediakan bahan MMI sebelum meninggalkan sekolah. 3.7 Semua urusan peribadi guru hendaklah dilakukan di luar waktu persekolahan kecuali dalam keadaan kecemasan. 4.0 KETERAMPILAN GURU 4.1 Semua guru hendaklah mematuhi kehendak Pekeliling Ikhtisas Bil.6/85 bertarikh 09.05.1975 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 2013 mengenai etika berpakaian di sekolah. Pakaian guru perlulah kemas dan sesuai. 4.2 Pada hari Khamis, semua guru dikehendaki memakai baju batik. Guru lelaki dikehendaki memakai baju batik berlengan panjang. 4.3 Guru yang mengajar mata pelajaran murid PJPK hendaklah memakai pakaian sukan yang sesuai untuk menyelaraskan perjalanan mata pelajaran murid tersebut. 4.4 Guru yang mengajar PJPK diberi kelonggaran untuk memakai pakaian sukan sepanjang hari berkenaan, seperti yang diputuskan dalam Surat Siaran yang bertarikh 26 Julai 2010. 4.5 Semua guru lelaki hendaklah memakai tali leher dengan baju kemeja lengan panjang/ lounge suit /baju kebangsaan ketika acara-acara rasmi termasuk perhimpunan mingguan. 4.6 Semua guru lelaki digalakkan memakai tali leher dan hanya dibenarkan memakai songkok sahaja sepanjang waktu bertugas. 4.7 Semua guru lelaki perlu memastikan potongan rambut hendaklah bersesuaian dan kemas. 4.8 Pemakaian tudung bagi guru-guru perempuan hendaklah bersesuaian. 4.9 Pemakaian kasut mestilah jenis bertutup. 5.0 PERJAWATAN / PERKHIDMATAN 5.1 Semua guru dan AKP, jika menghadapi masalah perjawatan seperti pelantikan, pengesahan dalam jawatan, pengesahan dalam pencen dan lain-lain hendaklah memberitahu Pembantu Tadbir / Ketua Pembantu Tadbir supaya tindakan dapat diambil segera. 5.2 Guru-guru dan AKP yang menghadapi masalah dan memerlukan bantuan dalam bidang pengajaran atau kerja hendaklah memberitahu / memaklumkan Ketua Panitia / Guru Kanan Mata Pelajaran / PenolongPenolong Kanan / Pengetua. 5.3 Guru-guru dan AKP dikehendaki sentiasa menyemak maklumat melalui sistem e-Pangkat, e-Operasi, HRMIS, e-SPLG, pengisytiharan harta dan sebarang data berkaitan. 6.0 CUTI 6.1 Cuti Tanpa Gaji Cuti ini tidak digalakkan kecuali tidak dapat dielakkan. Permohonan hendaklah melalui Pengetua kepada Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri. 6.2 Cuti Penggal Persekolahan Berdasarkan Surat Pekeliling Kementerian Murid KP (PP) 0046.SJ/A (30) bertarikh 24 Disember 1993, guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah menggantikan cuti rehat. Tetapi guru boleh dipanggil


#KeLLeyS The Best #KeLLeyS No.1! 32 bertugas oleh Pengetua tidak melebihi separuh daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugas-tugas selain daripada tugas mengajar biasa. 6.3 Cuti Rehat Khas (CRK) 6.3.1 Untuk memohon cuti ini sila baca Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil 8/2017 / Surat Siaran Bertarikh 5.9.2022, Cuti Rehat Khas boleh diambil tidak lebih 15 hari. 6.3.2 CRK (terancang) perlu dipohon dengan mengisi borang di pejabat sekurang-kurangnya 3 hari sebelum bercuti. 6.3.3 CRK (kecemasan) - perlu dimaklumkan kepada pengetua secepat mungkin dan perlu mengisi borang berwarna pink apabila kembali bertugas. 6.3.4 Sila maklumkan kepada Pembantu Tadbir (PT) Pentadbiran & Perkhidmatan apabila cuti telah diluluskan dan dikehendaki mengisi permohonan di aplikasi HRMIS. 6.3.5 Kelulusan diberikan oleh Pengetua dengan syarat tidak menjejaskan keberkesanan pengurusan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. 6.4 Cuti Sakit 6.4.1 Guru-guru yang tidak hadir bertugas kerana sakit atau atas sebab-sebab tertentu hendaklah memaklumkan kepada PK Pentadbiran (Sesi Pagi) dan PK Petang (Sesi Petang) secepat mungkin. 6.4.2 Sijil perakuan doktor mesti diserahkan segera kepada Pengetua / PK Petang untuk ditandatangani setelah guru hadir bertugas semula. 6.4.3 Catat MC dalam punch card dan dapatkan tandatangan Pengetua atau PK Petang 6.5 Cuti Kuarantin 6.5.1 5 hari berturut termasuk hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am. 6.6 Cuti Bersalin 6.6.1 Peruntukan cuti bersalin ialah 360 hari sepanjang perkhidmatan. 6.7 Cuti Umrah Pelaksanaan kemudahan Cuti Umrah adalah seperti yang berikut: 6.7.1 Cuti Umrah ialah cuti tanpa rekod yang diperuntukkan kepada pegawai perkhidmatan awam persekutuan yang beragama Islam dan bertaraf tetap; 6.7.2 Cuti Umrah adalah tertakluk kepada maksimum tujuh (7) hari; 6.7.3 Cuti Umrah adalah tidak termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am; 6.7.4 Perkiraan tujuh (7) hari bagi maksud ibadah umrah bermula dari tarikh penerbangan sebenar menunaikan ibadah umrah di tanah suci Mekah dan ziarah di Madinah. Sekiranya tarikh penerbangan bermula pada hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am, maka perkiraan tujuh (7) hari akan bermula pada hari bekerja berikutnya; 6.7.5 Sekiranya pegawai memerlukan tempoh melebihi tujuh (7) hari atas sebab- sebab tertentu, maka pegawai boleh memohon untuk menggunakan kemudahan Cuti Rehat, Cuti Rehat Khas atau Cuti Tanpa Gaji atas urusan persendirian, tertakluk pada kelayakan cuti pegawai; 6.7.6 Cuti Umrah adalah diberikan sekali sahaja (one-off) sepanjang tempoh perkhidmatan, yang meliputi perkhidmatan di bawah semua Pihak Berkuasa Melantik. Sekiranya tempoh Cuti Umrah yang digunakan adalah kurang daripada tujuh (7) hari, baki cuti yang tidak digunakan tidak boleh dibawa ke hadapan;


#KeLLeyS The Best #KeLLeyS No.1! 33 6.7.7 Permohonan Cuti Umrah yang dikemukakan hendaklah disertakan dengan dokumen perjalanan bagi kelulusan Ketua Jabatan; 6.7.8 Ketua Jabatan hendaklah mengambil kira keperluan dan kepentingan perkhidmatan dalam mempertimbangkan/meluluskan permohonan kemudahan ini; 7.0 KELUAR NEGARA 7.1 Guru – guru perlu membuat permohonan dengan mengisi Borang Kebenaran Keluar Negara sekurang - kurangnya 5 minggu sebelum tarikh perjalanan sama ada semasa cuti sekolah atau semasa penggal persekolahan dan serahkan kepada Pengetua / PK Pentadbiran. 7.2 Guru-guru perlu membeli insurans perjalanan dan sertakan bersama-sama dengan Borang Kebenaran ke Luar Negara sebelum diserahkan kepada PT Pentadbiran & Perkhidmatan. 8.0 FOLDER PERSEDIAAN MENGAJAR 8.1 Sila rujuk surat pekeliling Ikhtisas Bil.3/1999 - Rekod Pengajaran dan Pembelajaran. Folder Persediaan Mengajar hendaklah dilengkapkan dengan perkara-perkara berikut ;- • Biodata diri • Jadual waktu kelas atau jadual waktu persendirian • DSKP • RPT • Senarai Buku Rujukan • Senarai Nama Murid • Rekod PBD Murid 8.2 Rancangan Pengajaran Harian (RPH) mesti disediakan sebelum memulakan PdP dan ditulis refleksi pada setiap hari. 8.3 Pentadbir sekolah akan menandatangani RPT dan DSKP di dalam Folder Persediaan Mengajar. Guru mesti mengajar mengikut peruntukan Dokumen Standard Kurikulum Pembelajaran (DSKP) dan selari dengan RPT. 9.0 PENGURUSAN KELAS 9.1 Guru mata pelajaran murid perlu memastikan : 9.1.1 kelas dalam keadaan bersih, teratur dan kondusif. 9.1.2 bilangan murid akur dengan jadual kedatangan. 9.1.3 mencatat bilangan murid yang ada / mencatat murid yang tiada di dalam kelas / ponteng semasa PdP. 9.2 Guru mata pelajaran murid waktu pertama wajib memaklumkan kehadiran murid melalui group Telegram APDM . 9.3 Guru-guru waktu pertama perlu berada di dewan untuk mengambil kehadiran dan membawa anak murid ke kelas masing-masing. 10.0 GURU GANTI / RELIEF 10.1 Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/1981 – Penggunaan Waktu Tidak Mengajar Waktu Luang (Free Period).


#KeLLeyS The Best #KeLLeyS No.1! 34 10.2 Guru-guru hendaklah mematuhi jadual guru ganti yang ditetapkan dan menandatangani Senarai Guru Ganti yang diletakkan di pejabat. 10.3 Guru yang ditugaskan menjadi guru ganti diminta mengambil tugasan yang telah ditinggalkan oleh guru subjek. 11.0 BUKU RAMPAIAN / BUKU KERJA / NOTA MURID 11.1 Buku rampaian / buku kerja / nota murid hendaklah sentiasa diperiksa dengan teliti dalam tempoh yang munasabah. 11.2 Buku yang telah diperiksa hendaklah segera dikembalikan kepada murid. 11.3 Sila turunkan tandatangan ringkas. Tarikh dalam buku / nota yang telah diperiksa. 11.4 Pengetua / Penolong Kanan Pentadbiran / Penolong Kanan HEM / Penolong Kanan Kokurikulum / Guru Kanan Mata Pelajaran / Ketua Panitia akan menyemak buku-buku tersebut mengikut jadual yang ditetapkan. 12.0 MESYUARAT GURU / TAKLIMAT / BICARA PROFESIONAL / DIALOG PRESTASI 12.1 Waktu: • Sesi Pagi : Hari Khamis jam 2.00 petang • Sesi Petang : Hari Khamis jam 11.00 pagi 12.2 Setiap mesyuarat yang dirancangkan oleh sekolah adalah tugas rasmi yang wajib dihadiri oleh semua guru. 12.3 Semua mesyuarat mestilah mempunyai agenda dan minit mesyuarat. Pencatat Minit Mesyuarat mesti menulis laporan ringkas dan dimuat naik dalam group Rasmi Telegram sebagai rujukan guru-guru. 13.0 MESYUARAT / TAKLIMAT / BENGKEL / KURSUS / KURSUS DALAMAN / ACARA RASMI SEKOLAH 13.1 Kursus-kursus yang dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah / Jabatan Pendidikan Negeri Selangor atau Kementerian Pendidikan Malaysia adalah termasuk dalam bidang perkhidmatan perguruan dan wajib dihadiri. 13.2 Sekiranya guru dikehendaki menghadiri mesyuarat, di Jabatan Pendidikan atau Pejabat Pendidikan Daerah atau sekolah lain, hendaklah dipatuhi. Guru yang ditugaskan tidak boleh mengarahkan guru lain melaksanakannya tanpa pengetahuan pengetua. 13.3 Guru yang mewakili sekolah dalam mana-mana mesyuarat atau taklimat di luar, minit curai hendaklah dikemukakan kepada Pengetua dengan menggunakan borang khas yang diperoleh di Pejabat Sekolah. 13.4 Guru yang mewakili sekolah ke sesuatu kursus, seminar atau seumpamanya, apabila balik ke sekolah hendaklah menjalankan In house Training kepada guru dan dimaklumkan kepada Pengetua / Penolong Kanan tarikh dan masa pelaksanaannya. 13.5 Guru-guru yang melakukan tugas rasmi di luar, hendaklah menyediakan BAHAN TUGASAN BERTULIS (MMI) untuk murid dan maklumkan kepada guru relief. 13.6 Semua guru dikehendaki hadir dalam semua acara / majlis rasmi sekolah dan juga kursus dalaman. 13.7 Guru yang tidak hadir, perlu mengemukakan surat pemberitahuan ketidakhadiran kepada Pengetua. Satu salinan akan disimpan dalam fail peribadi guru berkenaan. 14.0 PENGGUNAAN ALAT-ALAT ATAU HARTA SEKOLAH 14.1 Alat-alat atau harta sekolah adalah harta kerajaan. 14.2 Penggunaan alat-alat / harta benda sekolah untuk kegunaan peribadi adalah dilarang.


#KeLLeyS The Best #KeLLeyS No.1! 35 14.3 Perkhidmatan fotostat di pejabat hanya untuk kegunaan rasmi sahaja. 14.4 Fotostat untuk hal-hal peribadi mesti dibayar. 14.5 Penggunaan harta kerajaan hendaklah mengikut peraturan yang ditetapkan dan mesti mendapat kebenaran daripada Pengurus Stok dan direkodkan. 14.6 Semua alat / harta sekolah hendaklah digunakan dengan baik dan guru perlu memulangkannya kembali dalam keadaan baik. 14.7 Jika alat / harta sekolah rosak hendaklah dilaporkan dengan serta merta. 14.8 Semua kunci mesti disimpan di pejabat, guru yang menggunakan kunci hendaklah mengisi Buku Rekod Peminjaman di pejabat. 14.9 Guru-guru yang hendak menyimpan kunci bilik-bilik tertentu mesti mendapat kebenaran daripada Pengetua dan mendaftarkan nama di dalam buku khas di pejabat sekolah. 15.0 PROSEDUR PEMBELIAN PERALATAN 15.1 Penjual / Pengedar barangan tidak dibenarkan berjumpa dengan guru-guru tanpa kebenaran Pengetua. 15.2 Ketua Panitia / guru - guru / AKP yang ingin membuat pesanan / pembelian barang perlu mendapat kebenaran Pengetua. 15.3 Promosi atau mengiklankan sesuatu barangan di sekolah untuk murid adalah dilarang kecuali mendapat kebenaran pengetua. 15.4 Guru-guru adalah dilarang menjadi penjual atau pengedar buku-buku atau bahan-bahan berkaitan dengan murid-murid. 15.5 Hanya Koperasi Sekolah sahaja mempunyai kuasa untuk mengedar dan menjual buku-buku di sekolah. 16.0 PELAWAT 16.1 Pelawat tidak dibenarkan berjumpa dengan guru atau murid tanpa kebenaran Pengetua terlebih dahulu. 16.2 Pelawat hanya boleh menunggu di ruang atau di hadapan pejabat. 16.3 Pelawat dibenarkan berjumpa guru untuk urusan peribadi dengan kebenaran Pengetua. 17.0 BILIK GURU 17.1 Keceriaan dan kebersihan bilik guru adalah tanggungjawab setiap guru. Jadikan bilik guru sebagai contoh kepada murid dari segi keceriaan, kebersihan, kekemasan dan sudut ilmu. 17.2 Murid-murid tidak dibenarkan menggunakan bilik guru untuk membantu kerja-kerja guru KECUALI dengan izin dan pemantauan guru. 17.3 Pelawat tidak dibenarkan menggunakan bilik guru untuk berbincang sesuatu dengan guru atas urusan peribadi. Sebarang urusan berkaitan hal ehwal murid dilakukan di Pejabat Sekolah. 18.0 SURAT RASMI SEKOLAH 18.1 Kepala Surat Rasmi Sekolah (Letter Head) tidak boleh digunakan untuk catatan atau surat menyurat peribadi. 18.2 Kelab / Persatuan / Badan Beruniform mesti mendapat kebenaran Pengetua terlebih dahulu untuk menggunakan Kepala Surat Rasmi Sekolah. 18.3 Semua surat rasmi berkaitan dengan perjawatan dan sekolah adalah atas nama pengetua dan melalui pengetua.


#KeLLeyS The Best #KeLLeyS No.1! 36 18.4 Surat rasmi yang berhubung dengan KPM / JPN / PPD hendaklah ditandatangani oleh Pengetua. Sekiranya ketiadaan Pengetua, maka surat itu akan ditandatangani oleh Penolong-Penolong Kanan bagi pihak Pengetua. 18.5 Surat yang disediakan oleh setiausaha semua unit mesti disemak oleh Penolong-Penolong Kanan atau Pengetua. 18.6 Semua surat yang dikirim, perlu dibuat dalam dua salinan (ditandatangani) dan satu salinan disimpan dalam fail berkaitan. 18.7 Guru-guru dan AKP tidak dibenarkan menulis surat kepada agensi luar tanpa kebenaran Pengetua. 18.8 Guru-guru dan AKP tidak dibenarkan membuat sebarang kenyataan akhbar atau berhubung dengan pihak media. 18.9 Guru-guru dan AKP tidak dibenarkan memasukkan / menyebarkan sebarang maklumat berkaitan tugas - tugas rasmi (contoh: gambar) ke mana-mana media sosial, seperti laman Facebook / Twitter / Blog / akhbar melainkan dengan kebenaran pihak pentadbiran. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan sebarang implikasi negatif kepada guru sendiri / sekolah / PPD / JPN / KPM. 19.0 FAIL SEKOLAH 19.1 Guru-guru perlu mendapat kebenaran Ketua Pembantu Tadbir (KPT) terlebih dahulu untuk meminjam fail rasmi sekolah. 19.2 Fail rasmi sekolah mestilah diserahkan semula kepada KPT / PT dengan segera setelah diambil. 20.0 TELEFON PEJABAT 20.1 Telefon sekolah hanya digunakan untuk urusan rasmi sekolah sahaja. 20.2 Kebenaran Pengetua perlu diperoleh untuk kegunaan peribadi dan mesti dicatat dalam buku panggilan telefon dan membayar kos panggilan tersebut kepada KPT / PT pejabat. 21.0 PENGUMUMAN MELALUI PEMBESAR SUARA 21.1 Pengumuman melalui pembesar suara hanya boleh DIBENARKAN pada masa berikut;- 21.1.1 Selepas bacaan Yasin dan doa di Dewan Ibnu Majah. 21.1.2 Waktu akhir pembelajaran dan pemudahcaraan. 21.1.3 Pada waktu tertentu sekiranya pengumuman tersebut penting. (Hanya dengan kebenaran Pengetua / Pentadbir sahaja) 21.2 Pengumuman hendaklah disampaikan oleh guru bertugas mingguan. 21.3 Sila catatkan setiap maklumat pengumuman dalam Buku Laporan Bertugas Harian yang disediakan. 22.0 BILIK MESYUARAT (BILIK ANGSANA) 22.1 Penggunaan Bilik Angsana perlu direkodkan di dalam Buku Penggunaan Bilik Mesyuarat. 22.2 Kunci Bilik Angsana hendaklah diambil dan dipulangkan ke pejabat. 23.0 PERHUBUNGAN SESAMA RAKAN SEJAWAT 23.1 Guru hendaklah memupuk hubungan peribadi dan profesional yang baik dan sihat sesama rakan dan sentiasa mengawal tutur kata, supaya wujud kerjasama dan perasaan kekitaan dalam organisasi.


#KeLLeyS The Best #KeLLeyS No.1! 37 23.2 Guru tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan / fahaman / kepercayaan sesama rakan atau pun murid sekolah ini. 23.3 Perhubungan yang berbentuk kumpulan berdasarkan kepada kaum, status sosial, sosio ekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud di sekolah. 24.0 KEAHLIAN KELAB GURU / PERSATUAN IBU BAPA & GURU (PIBG) 24.1 Semua guru secara automatik menjadi ahli kelab guru dan PIBG sekolah. 25.0 PERKARA-PERKARA LAIN 25.1 Perkara-perkara lain yang berkaitan dengan maklumat dan pengurusan sekolah tertakluk kepada maklumat semasa yang disampaikan oleh Pengetua / Penolong Kanan Pentadbiran / Penolong Kanan HEM / Penolong Kanan Kokurikulum / Penolong Kanan Petang perlu dijadikan panduan dan maklumat terkini dan diterima pakai.


#KeLLeyS The Best #KeLLeyS No.1! 38 PENGGAL PERSEKOLAHAN & KALENDAR AKADEMIK SESI 2024 / 2025 PENGGAL MULA PERSEKOLAHAN AKHIR PERSEKOLAHAN JUMLAH HARI JUMLAH MINGGU 1 11.03.2024 01.04.2024 01.05.2024 31.03.2024 30.04.2024 24.05.2024 15 17 16 11 JUMLAH HARI 48 CUTI PENGGAL 1, SESI 2024/2025 1 25.05.2024 - 02.06.2024 9 2 03.06.2024 01.07.2024 01.08.2024 01.09.2024 30.06.2024 31.07.2024 31.08.2024 13.09.2024 18 22 22 10 15 JUMLAH HARI 72 CUTI PENGGAL 2, SESI 2024/2025 1 14.09.2024 - 22.09.2024 9 3 23.09.2024 30.09.2024 01.10.2024 31.10.2024 01.11.2024 30.11.2024 01.12.2024 20.12.2024 6 21 20 15 13 JUMLAH HARI 62 CUTI PENGGAL 3, SESI 2024/2025 1 21.12.2024 -29.12.2024 9 30.12.2024 31.12.2024 2 01.01.2025 17.01.2025 12 3 JUMLAH HARI 14 CUTI AKHIR PERSEKOLAHAN SESI 20242025 4 18.01.2025 - 16.02.2025 30


#KeLLeyS The Best #KeLLeyS No.1! 39 CUTI PERAYAAN SESI 2024 / 2025


#KeLLeyS The Best #KeLLeyS No.1! 40 JADUAL HARI KELEPASAN AM SESI 2024 / 2025 CUTI PERISTIWA YANG DICADANGKAN SESI 2024 / 2025 Cuti Peristiwa 1 2 3 4 Tarikh Hari Sempena BIL HARI KELEPASAN HARI TARIKH 1. Tahun Baru Rabu 01.01.2025 2. Tahun Baru Cina Rabu 29.01.2025 Khamis 30.01.2025 3. Hari Thaipusam Selasa 11.02.2025 4. Nuzul Al-Quran Khamis 28.03.2024 5. Hari Raya Aidilfitri Rabu 10.04.2024 Khamis 11.04.2024 6. Hari Pekerja Rabu 01.05.2024 7. Hari Wesak Rabu 22.05.2024 8. Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong Isnin 03.06.2024 10. Hari Raya Haji Isnin 17.06.2024 11. Awal Muharram (Maal Hijrah) Ahad 07.07.2024 12. Hari Kebangsaan Sabtu 31.08.2024 13 Hari Malaysia Isnin 16.09.2024 14. Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. (Maulidur Rasul) Isnin 16.09.2024 15. Hari Deepavali Khamis 31.10.2024 16. Hari Krismas Rabu 25.12.2024


#KeLLeyS The Best #KeLLeyS No.1! 41 JADUAL PEMBAYARAN GAJI PENJAWAT AWAM 2024


#KeLLeyS The Best #KeLLeyS No.1! 42 DATA GURU SESI 2024 / 2025 DATA ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA SESI 2024 / 2025 GRED MELAYU CINA INDIA LAIN-LAIN JUMLAH JUMLAH BESAR L P L P L P L P L P DG54 - 3 - 1 - - - - - 4 4 DG52 1 4 - - - - - - 1 4 5 DG48 4 21 - 1 - - - - 4 22 26 DG44 6 22 - - - 1 - - 6 23 29 DG41 6 14 - - - 2 - - 6 16 22 JUMLAH 17 64 - 2 - 3 - - 17 69 86 GRED MELAYU CINA INDIA LAIN-LAIN JUMLAH JUMLAH BESAR L P L P L P L P L P N22 - 2 - - - - - - - - 2 N19 - 1 - - - - - - - - 1 C22 - 1 - - - - - - - - 1 C19 - 4 - - - - - - - - 4 N11 1 - - - - - - - - - 1 FT22 1 - - - - - - - - - 1 JUMLAH 2 8 - - - - - - - - 10


#KeLLeyS The Best #KeLLeyS No.1! 43 SENARAI NAMA PENTADBIR SEKOLAH BIL NAMA JAWATAN 1 PN. SITI NOR SHAADAH BINTI RAHMAT PENGETUA 2 PN. LAILATUL AKMAR BINTI SAIDIN PENOLONG KANAN PENTADBIRAN 3 PN. SUHARAWATI BT UMAR PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID 4 PN. FAZLIDA BINTI HARUN PENOLONG KANAN KOKURIKULUM 5 PN. NOR ROSEFFIN BINTI ARIFFIN PENOLONG KANAN PETANG 6 PN. SITI 'AISHAH BINTI SAIDI GURU KANAN BAHASA 7 PN. MARIATI BINTI MALIK GURU KANAN SAINS & MATEMATIK 8 EN. MOHAMMAD YUSRAN BIN MOHAMAT YATIM GURU KANAN TEKNIK & VOKASIONAL 9 PN. SAMSIAH BINTI ROZI GURU KANAN KEMANUSIAAN SENARAI NAMA GURU SESI PAGI BIL NAMA GURU JAWATAN GRED NO. TELEFON OPSYEN 1 SITI NOR SHAADAH BINTI RAHMAT PENGETUA DG54 0125002966 B.ED.TESL(HONS) 2 LAILATUL AKMAR BINTI SAIDIN PK PENTADBIRAN DG54 0132098674 PENDIDIKAN ISLAM 3 SUHARAWATI BT UMAR PK HAL EHWAL MURID DG48 0183897745 PERNIAGAAN PRINSIP AKAUN / EKONOMI 4 FAZLIDA BINTI HARUN PK KOKURIKULUM DG 52 0123514099 PENGAJIAN MELAYU 5 SITI 'AISHAH BINTI SAIDI GKMP BAHASA DG54 0122336294 BAHASA MELAYU KESUSASTERAAN MELAYU 6 MARIATI BINTI MALIK GKMP SAINS & MATEMATIK DG 48 01161515644 MATEMATIK PENGAJIAN MATEMATIK 7 MOHAMMAD YUSRAN BIN MOHAMAT YATIM GKMP TEKNIK & VOKASIONAL DG 48 0192285781 PRODUKSI REKA TANDA PENGAJIAN PENDIDIKAN SENI 8 SAMSIAH BINTI ROZI GKMP KEMANUSIAAN DG48 0192210211 PENGAJIAN ASUHAN DAN PEND. AWAL KANAK-KANAK PENDIDIKAN KESIHATAN 9 NURUL AINI BT CHE DAUD GURU KAUNSELING DG 44 0105625464 BIMBINGAN DAN KAUNSELING BAHASA MELAYU 10 FARAH MARLINA BINTI HARIS GURU KAUNSELING DG 44 0167227874 BIMBINGAN DAN KAUNSELING PENDIDIKAN MORAL 11 AHMAD LATFI BIN SAFIN GURU PENOLONG DG 44 0193012534 KEMAHIRAN HIDUP KMT LUKISAN KEJURUTERAAN


#KeLLeyS The Best #KeLLeyS No.1! 44 BIL NAMA GURU JAWATAN GRED NO. TELEFON OPSYEN 12 ANI SUZANA BINTI ABDUL SAMAD GURU PENOLONG DG 48 0137479972 PERDAGANGAN KEMAHIRAN HIDUP 13 AYATI BINTI ALADIN GURU PENOLONG DG 52 0126960375 MATEMATIK GEOGRAFI 14 AZMAHANI BINTI ABDULLAH @ ABD AZIZ GURU PENOLONG DG 48 0129876797 BAHASA INGGERIS LITERATURE 15 BAHEYAH BINTI AMBRIN GURU PENOLONG DG 48 0123923137 TEKNOLOGI KEJURUTERAAN LUKISAN KEJURUTERAAN 16 BAHIYAH BINTI JAAFAR GURU PENOLONG DG 52 0123188374 BAHASA MELAYU SEJARAH 17 FARLIANA BINTI MOHD ALI GURU PENOLONG DG 41 01129415994 GEOGRAFI BAHASA MELAYU 18 HAFIZAH BINTI MD FISOL GURU PENOLONG DG 44 0128817959 BAHASA ARAB PENDIDIKAN ISLAM 19 IWANI BINTI ABD AZIZ GURU PENOLONG DG 44 0126477093 PENGAJIAN AL QURAN BAHASA ARAB 20 KHAIRUL NISAH BINTI ABU GURU PENOLONG DG 44 0194601544 PENGURUSAN PERNIAGAAN EKONOMI 21 LIM LAY MIEN GURU PENOLONG DG 54 0166442818 TESL 22 MOHAMAD FADLY BIN OMAR GURU PENOLONG DG 44 01120908929 MATEMATIK 23 MOHD AZZAHAIRI BIN SULAIMAN GURU PENOLONG DG 41 01133664795 PENDIDIKAN SEJARAH PENDIDIKAN GEOGRAFI 24 MOHD HISAMUDIN BIN MAT SALLEH GURU PENOLONG DG 48 0133021123 PERAKAUNAN PERNIAGAAN 25 MOHD KHAIRUL IZWAN BIN SAID GURU PENOLONG DG 44 0133697975 MATEMATIK TAMBAHAN MATEMATIK 26 MOHD ZAINUDDIN BIN MAT NAPI GURU PENOLONG DG 44 0176309982 PENDIDIKAN SENI VISUAL 27 MOHSAIN BIN A. KADIR GURU PENOLONG DG 48 0124168396 PENGAJIAN MELAYU PENDIDIKAN SENI 28 MUHAMAD SANUZI BIN MAT KASIM GURU PENOLONG DG 52 0123070849 PENDIDIKAN ISLAM BAHASA ARAB 29 NAN NOR NUHA BT LONG MUHAMMAD AZAHARI GURU PENOLONG DG41 0187775002 BAHASA ARAB TEKNOLOGI MAKLUMAT 30 NIK HAMDAN BIN SI OMAR @ OMAR GURU PENOLONG DG 44 0193806653 SAINS PENGAJIAN AM 31 NIK NORNI SHAHLAWATI BINTI MAT NOR GURU PENOLONG DG 44 0139027769 SEJARAH KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU 32 NOOR AZMARINA BINTI SHAFII GURU PENOLONG DG 44 0125527184 GEOGRAFI SEJARAH 33 NOOR FADILLAH BINTI RASHID GURU PENOLONG DG 44 01127099680 KIMIA SAINS 34 NOR ASIAH BINTI ISMAIL GURU PENOLONG DG 48 0193688088 SAINS (BIOLOGI) KIMIA 35 NOR AZIMAH BINTI ABD RAHMAN GURU PENOLONG DG 48 0133537400 PENDIDIKAN ISLAM


#KeLLeyS The Best #KeLLeyS No.1! 45 BIL NAMA GURU JAWATAN GRED NO. TELEFON OPSYEN 36 NORANIZA BINTI AYUB GURU PENOLONG DG 52 0122454820 STATISTIK PERDAGANGAN 37 NORHAYATI BINTI SALIKEN GURU PENOLONG DG 48 0193034755 KIMIA MATEMATIK 38 NUR IZYAN BINTI MOHD ALI GURU PENOLONG DG 44 0133912959 TEKNOLOGI MAKLUMAT MATEMATIK 39 NURSHAFIQA SYAIRA BINTI SHAFEI GURU PENOLONG DG 41 0174488390 GEOGRAFI BAHASA MELAYU 40 NURUL AINI BINTI MOHD DARAWI GURU PENOLONG DG 44 0145476480 BIOLOGI 41 NURUL HAZIRAH BINTI JAAFAR GURU PENOLONG DG 41 01117828227 BAHASA MELAYU SEJARAH 42 NURUL JANNAH BINTI CHE RAZALI GURU PENOLONG DG 41 0133604219 PENDIDIKAN SENI VISUAL 43 RABIATUL ADAWIYAH BINTI MOHAMAD GURU PENOLONG DG 44 0173412510 PERDAGANGAN 44 ROHANA BINTI ABDULLAH GURU PENOLONG DG 48 0193132409 PENDIDIKAN ISLAM BAHASA ARAB 45 SHARIFAH NAWAL BINTI SYED ABU BAKAR GURU PENOLONG DG 48 0133976108 KIMIA BIOLOGI 46 SITI AFIQAH BINTI MARJONO GURU PENOLONG DG 41 01110040753 PENDIDIKAN JASMANI 47 SITI FARINA BINTI MD NASIR GURU PENOLONG DG 48 0129405254 KIMIA BIOLOGI 48 SITI HANISAH BINTI IBRAHIM GURU PENOLONG DG 44 01131779618 SEJARAH PENDIDIKAN MORAL 49 SUHAIDA BT MUSTAFAR GURU PENOLONG DG 44 0189671335 FIZIK 50 SUHAIMIH BINTI ABIDING GURU PENOLONG DG 48 0126900236 KIMIA PENDIDIKAN MORAL 51 SYARIFAH BINTI SALLEH GURU PENOLONG DG 48 01110061709 PENGAJIAN ISLAM BAHASA MELAYU 52 TAN WAN YING GURU PENOLONG DG 48 0133682835 PENDIDIKAN MUZIK BAHASA INGGERIS 53 WAN SITI RAHIMAH BINTI WAN HUSSIN GURU PENOLONG DG 48 0129005497 TESL 54 ZAZA ELEYDIA BINTI ABD RAZAK GURU PENOLONG DG 48 0197717374 TEKNOLOGI MAKLUMAT MATEMATIK 55 ZUBEDAH BINTI ISMAIL GURU PENOLONG DG48 0127981477 TESL 56 ZURAYDA BINTI LOT GURU PENOLONG DG 48 0199830747 LUKISAN KEJURUTERAAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK


#KeLLeyS The Best #KeLLeyS No.1! 46 SENARAI NAMA GURU SESI PETANG BIL NAMA GURU JAWATAN GRED NO. TELEFON OPSYEN 1 NOR ROSEFFIN BINTI ARIFFIN PENOLONG KANAN PETANG DG48 0133972724 TESL 2 ROSLINA BINTI JUSOH GURU KAUNSELOR DG48 0176736160 BIMBINGAN DAN KAUNSELING 3 AIZAT AKMAL BIN ASIM GURU PENOLONG DG48 0183651221 KEJURUTERAAN AWAM LUKISAN KEJURUTERAAN 4 ASMAH BINTI ISMAIL GURU PENOLONG DG48 0129219953 SAINS BIOLOGI 5 CHE NUR AZIRA BINTI CHE ISMAIL GURU PENOLONG DG41 0109186508 SAINS PERTANIAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI 6 DEVIGAH A/P NADARAJAH GURU PENOLONG DG44 0122744594 KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU (ERT) KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU (PERDAGANGAN) 7 HABIBATUL ADAWIYAH BINTI MOHD HASSAN GURU PENOLONG DG41 0134490358 MATEMATIK 8 HADI HAMDAN BIN AWANG GURU PENOLONG DG41 0139669784 PENDIDIKAN JASMANI PENDIDIKAN KESIHATAN 9 HAFIZAH BINTI AB RAZAK GURU PENOLONG DG44 0194791094 PENDIDIKAN ISLAM PENGAJIAN ISLAM 10 MARYAM INSYIRAH BINTI MD MURTADZA GURU PENOLONG DG 41 0196609806 ENGLISH LITERATURE 11 MOHAMAD NUR IQMAL BIN IDRIS GURU PENOLONG DG 41 0133278674 SENI REKA TANDA 12 MOHD HANAFI BIN KAMARUZAMAN GURU PENOLONG DG44 0134429739 KEMAHIRAN HIDUP MATA PELAJARAN VOKASIONAL 13 MUHAMAD AIMAN BIN ABDUL FATAH GURU PENOLONG DG 41 0148029633 PENDIDIKAN JASMANI PENDIDIKAN KESIHATAN 14 MUHAMMAD AMIRUL BIN HABIBULLAH GURU PENOLONG DG41 01128699669 TESL 15 NETHIADEWI A/P SOUNDARAJA GURU PENOLONG DG41 01133567781 PENGAJIAN MALAYSIA 16 NOOR AZIZI BINTI SALLEH GURU PENOLONG DG44 01123770357 MATEMATIK KIMIA 17 NOR HAZLINA BINTI CHE YACOB GURU PENOLONG DG44 0139318285 PENDIDIKAN AL-QURAN PENDIDIKAN ISLAM 18 NORALIA BINTI ISMAIL GURU PENOLONG DG44 0193040828 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN 19 NUR ELLYA AQILAH BINTI MAZLAN GURU PENOLONG DG44 0166355458 SAINS MATEMATIK 20 NURHIDAYU BINTI ABDULLAH GURU PENOLONG DG41 0175871449 PENDIDIKAN ISLAM PENDIDIKAN AL-QURAN DAN AL-SUNNAH


#KeLLeyS The Best #KeLLeyS No.1! 47 BIL NAMA GURU JAWATAN GRED NO. TELEFON OPSYEN 21 NUR HAYATI BINTI SHAMSUDIN GURU PENOLONG DG41 0122287654 MATEMATIK 22 NUR WAHYU IZZATI BINTI ZAKARIA GURU PENOLONG DG 41 0105039551 PENDIDIKAN ISLAM BAHASA ARAB 23 RABIHAH MUNIRAH BINTI ZULKIFLI GURU PENOLONG DG 41 01133762996 REKA BENTUK & TEKNOLOGI EKONOMI RUMAH TANGGA 24 ROSNAH BINTI ABDULLAH GURU PENOLONG DG44 0128045834 PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN 25 SAMSURIA BINTI MUHAMMAD GURU PENOLONG DG44 0172340326 MATEMATIK KIMIA 26 SHAZWAN BIN MUHAMMAD GURU PENOLONG DG 41 0168316545 FIZIK MATEMATIK 27 SITI SALMAH BINTI SHUIB GURU PENOLONG DG44 0125798623 PENDIDIKAN JASMANI 28 SYAIRAH DIYANA BINTI SAHARUDDIN GURU PENOLONG DG44 0133596044 PERDAGANGAN 29 WINIFRED ANNE DURAISINGAM GURU PENOLONG DG41 0143696364 PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN 30 ZAIMAH BINTI ZULKEPLE GURU PENOLONG DG41 0179927137 PENDIDIKAN MORAL BAHASA MELAYU SENARAI NAMA ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA BIL NAMA JAWATAN NO. TELEFON 1 SARINA BINTI AB KARIM N22 0197436514 2 NIK ZAININI BINTI NIK LI N22 (KUP) 01111329231 3 ROSLAILY BINTI ISMAIL C22 (KUP) 0192828345 4 MOHAMAD NAZIB BIN ABDUL MAJID FT22 01158653059 5 HAFIZAH BINTI HUSSAIN C19 01156399236 6 NURUL HUDA BINTI RASDIN C19 0192575186 7 NORSHAKINAH BINTI ZAINUDIN C19 0123379753 8 NURAFIQAH BINTI ABDUL AZIZ C19 01133385314 9 NUR RAIHAN BINTI ABDUL RAHAMAN N19 0126529254 10 MOHAMAD ELMI BIN ABDUL RAHMAN N11 01151705417


#KeLLeyS The Best #KeLLeyS No.1! 48 SENARAI NAMA AJK PERSATUAN IBU BAPA & GURU SESI 2023 / 2024 BIL NAMA JAWATAN NO. TELEFON 1 PROF. MADYA DR. MOHD DZULKHAIRI BIN MOHD RANI YANG DIPERTUA 0199353965 2 PN. WAN HARIENAWATI BINTI WAN DAUD NAIB YANG DIPERTUA 0133001760 3 PN. ASMAH BINTI ISMAIL SETAUSAHA 0129219953 4 CIK RABIATUL ADAWIYAH BINTI MOHAMAD BENDAHARI 0126960375 5 EN. SURADI BIN ABDUL RAHMAN AJK IBU BAPA 0186436974 6 PN. ZARINA BINTI MAHPOP AJK IBU BAPA 0192510771 7 EN. NORHISHAM BIN HASSAN AJK IBU BAPA 0199371209 8 EN. MOHD JEFRI BIN SHAHAROM AJK IBU BAPA 0102094450 9 CIK KHAIRUL NISAH BINTI ABU AJK GURU 0194601544 10 CIK ZAIMAH BINTI ZULKEPLE AJK GURU 0179927137 11 EN. MUHAMMAD AMIRUL BIN HABIBULLAH AJK GURU 01129699669 12 EN. MUHAMMAD SANUZI BIN MAT KASIM AJK GURU 0123070849 13 PN. ZURAYDA BINTI LOT AJK GURU 0199830747 14 DR. ZAHRAH BINTI TAWIL JURU AUDIT DALAMAN 0192052958 15 EN. MOHD HISAMUDIN BIN MAT SALLEH JURU AUDIT DALAMAN 0133021123


#KeLLeyS The Best #KeLLeyS No.1! 49 SENARAI NAMA GURU YANG MENJADI PEMERIKSA KERTAS SPM BIL NAMA GURU BIDANG 1. CIK TAN WAN YING BAHASA INGGERIS 2. PN. NIK NORNI SHAHLAWATI BINTI MAT NOR SEJARAH 3. PN. SITI HANISAH BINTI IBRAHIM SEJARAH 4. EN. MUHAMAD SANUZI BIN MAT KASIM PENDIDIKAN ISLAM 5. PN. ROHANA BINTI ABDULLAH PENDIDIKAN ISLAM 6. PN. SYARIFAH BINTI SALLEH PENDIDIKAN ISLAM 7. PN. SUHAIMIH BINTI ABIDING SAINS 8. PN. SHARIFAH NAWAL BINTI SYED ABU BAKAR KIMIA 9. EN. MOHD KHAIRUL IZWAN BIN SAID MATEMATIK TAMBAHAN 10. EN. MOHAMMAD YUSRAN BIN MOHAMAT YATIM PRODUKSI REKA TANDA


#KeLLeyS The Best #KeLLeyS No.1! 50 TATACARA DAN SUSUN ATUR PENGENDALIAN PERHIMPUNAN RASMI (ISNIN) & PERHIMPUNAN HARIAN (SELASA – JUMAAT) TATACARA PERHIMPUNAN RASMI (ISNIN) 1. Semua guru dan murid berkumpul di Dewan Ibnu Majah pada pukul 7.15 pagi (Sesi Pagi) dan pukul 12.30 tengah hari (Sesi Petang). 2. Perhimpunan akan diadakan pada pukul 7.30 pagi hingga 8.10 pagi (Sesi Pagi) dan pukul 1.05 tengah hari hingga 1.40 petang (Sesi Petang). 3. Guru Perhimpunan Rasmi perlu memastikan alat siar raya dan CD lagu berfungsi dengan baik. 4. Bendera Malaysia, Negeri Selangor dan bendera sekolah terikat pada tiang. 5. Semua murid berbaris mengikut jantina dan kelas di dalam Dewan Ibnu Majah. 6. Guru-guru bersedia di tempat yang disediakan sebelum pukul 7.20 pagi (Sesi Pagi) dan pukul 12.30 tengah hari (Sesi Petang). 7. Pengetua dan para pentadbir mengambil tempat. 8. Pengawas pengacara memulakan majlis. 9. Jangan lebih daripada satu masa. 10. Guru bertugas wajib berada di dewan 7.00 pagi (Sesi Pagi) dan pukul 12.30 tengah hari (Sesi Petang) SUSUN ATUR PERHIMPUNAN RASMI (ISNIN) 1. Murid berada di dewan dalam keadaan berdiri dan bersedia. 2. Bacaan doa. 3. Nyanyian lagu Negaraku. Pengawas bertugas menaikkan bendera. 4. Nyanyian lagu Negeri Selangor. Pengawas bertugas menaikkan bendera. 5. Nyanyian Lagu Sekolah. 6. Bacaan Ikrar Rukun Negara. 7. Murid dan guru duduk dalam keadaan senyap. 8. Laporan guru bertugas pada minggu sebelumnya. 9. Ucapan Ketua Guru bertugas minggu semasa. 10. Penyampaian hadiah (jika ada) / makluman daripada Unit Kurikulum / HEM / Kokurikulum 11. Ucapan Tuan Pengetua / Pentadbir bertugas. 12. Perhimpunan bersurai. Semua murid bergerak ke kelas bersama-sama guru mata pelajaran. 13. Pemeriksaan diri murid oleh guru bertugas dan Jawatankuasa Disiplin (berkala) 14. Taklimat ringkas Pengetua kepada guru-guru (jika ada). TATACARA PERHIMPUNAN HARIAN ( SELASA – JUMAAT ) 1. Semua murid berkumpul di Dewan Ibnu Majah. 2. Guru Mata Pelajaran masa pertama perlu berada bersama-sama murid di dewan. 3. Masa perhimpunan harian ialah pada jam 7.15 pagi hingga 7.30 pagi (Sesi Pagi) dan pukul 12.30 tengah hari (Sesi Petang). 4. Guru yang bertugas di dewan perlu mengendalikan perhimpunan harian (Rujuk jadual bertugas mingguan).


Click to View FlipBook Version