PERATURAN ANUGERAH BESTARI
KEHADIRAN Waktu operasi adalah seperti berikut: TADIKA : 8.30 pagi - 12.00 tengah hari TASKA : 7.00 pagi - 6.00 petang Pusat Jagaan: 7.00 pagi - 6.00 petang Sila pastikan kedatangan yang konsisten (berterusan) dan elakkan anakanak daripada sering tidak hadir ke taska. Ibu bapa hendaklah memastikan anak-anak berumur 1 tahun ke atas telah siap dimandikan semasa hadir ke taska. Pengecualian diberikan kepada bayi sahaja. Menghantar anak terlalu lewat (selepas jam 9.00 pagi) akan menjejaskan jadual aktiviti dan anak yang sering lewat sampai akan ketinggalan sebahagian dari program yang telah dijalankan. Anak yang mempunyai suhu badan 37.5C atau lebih dan gejala simptom COVID-19 tidak dibenarkan hadir ke taska. Pemeriksaan fizikal anak akan dibuat sebagai rutin harian setiap pagi. Pelajar tidak dibenarkan datang ke taska sekiranya tidak sihat seperti demam dan mengalami gejala penyakit berjangkit. Ibubapa perlu membawa anak- anak ke klinik terlebih dahulu sebelum menghantar anak ke taska sekiranya anak-anak ada menunjukkan gejala tidak sihat. Sekiranya doktor mengesahkan yang anak tuan-puan sihat dan bebas dari sebarang penyakit berjangkit, pelajar boleh di hantar ke tadika atau taska semula. Walaubagaimanapun surat pengesahan dari doktor yang merawat adalah perlu untuk diserahkan kepada tadika dan taska.
KEHADIRAN Surat pengesahan dari doktor juga adalah perlu bagi anak-anak yang mengalami penyakit berjangkit yang telah sihat sepenuhnya dan telah sesuai untuk hadir ke taska dan tadika. Sekiranya hanya demam biasa anak-anak boleh dihantar semula setelah sembuh sepenuhnya dari demam. Sekiranya masih ada ada bekalan ubat atau antibiotik yang perlu diberi, ibu bapa wajib mencatatkan aturan pemberian ubat tersebut dalam buku catatan ubat-ubatan. Berikut adalah senarai penyakit berjangkit yang tidak dibenarkan untuk menghantar anak ke tadika/ taska mengikut garis panduan pengendalian kanak-kanak di taska dan prasekolah yang telah diselaraskan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2007. Demam: suhu melebihi 37.5 "C Selsema Batuk Ruam/lepuh/kudis Sakit mata Cirit-birit Penyakit berjangkit yang menular spt COVID 19 Ibu bapa boleh merujuk senarai penyakit berjangkit dan maklumat pengendalian kanak-kanak di lampiran yang disediakan atau terus ke pautan http://www.moh.gov.my/moh untuk keterangan lanjut.
KEHADIRAN Ibu bapa perlu maklumkan kepada pihak taska sekiranya anak tidak dapat hadir ke taska selewat-lewatnya pada jam 8.00 pagi. Pelajar diwajibkan mematuhi segala peraturan dan jadual/rutin harian yang telah ditetapkan. Sekiranya gagal pihak taska berhak menasihati anak-anak dan mengambil langkah yang perlu agar anak-anak dapat mematuhi segala peraturan dan rutin taska dan tadika. Sekiranya masih gagal, pihak taska berhak untuk memaklumkan kepada ibubapa agar menasihati anak-anak. Jika keadaan masih berterusan, pihak taska berhak menasihati ibubapa agar merehatkan anak-anak dari di hantar ke taska atau tadika. Pihak guru, pengurusan, ibu bapa dan pelajar perlu menghormati satu sama lain Sebarang masalah, kekeliruan dan salah faham hendaklah diselesaikan tanga melibatkan kekasaran, provokasi atau dengan cara yang yang kurang sopan yang boleh mengganggu emosi dan kelancaran guru-guru dalam menjalankan tugas, Sekiranya ibubapa dan pelajar gagal, pihak taska dan tadika berhak menasihati ibu bapa untuk merehatkan anak-anak selama dua minggu dengan pengecualian yuran atau menamatkan perkhidmatan jagaan untuk anak-anak tersebut dan di taska atau tadika ABCEC dengan notis masa selama dua minggu dan yuran pendaftaran rm100 serta yuran-yuran lain yang berkaitan jika perlu dikembalikan Begitu juga di pihak guru-guru, sekiranya guru gagal mematuhi perkara ini, pihak taska berhak mengambil tindakan untuk merehatkan guru tersebut dan bertugas selama dua minggu atau menamatkan perkhidmatan guru tersebut. Jika anak yang didaftarkan mempunyai masalah pembelajaran yang memerlukan jagaan khas, pihak taska akan berbincang dengan ibu bapa untuk membawa anak ke pakar kanak-kanak menjalani ujian saringan. Keputusan ujian saringan mestilah dikongsikan kepada pihak taska. Pihak taska akan memberi tempoh percubaan untuk anak berada di taska (maksimum 1 bulan). Sekiranya guru dan pengasuh mempunyai masalah dalam menjaga anak, pihak taska berhak berhentikan anak dari taska.
MENGHANTAR ANAK KE TADIKA Ibu bapa hendaklah memastikan anak dihantar dalam keadaan bersih. (Semua pelajar wajib mandi dirumah. Manakala untuk bayi, bayi yang hadir pada pukul 8 pagi dan keatas wajib mandi dirumah) Ibu bapa wajib menghantar Borang Pengisytiharan Kesihatan Kanak-kanak sebelum anak hadir ke tadika/taska. Anak mestilah hadir dalam keadaan sihat, tidak bergejala COVID-19, dan memakai mask sebelum tiba di tadika/taska. Ibu bapa wajib membawa peralatan mandi, tilam, bantal, tuala, pakaian dan lainlain untuk kegunaan jagaan harian dan dilabel dengan nama anak terutama uniform, baju sukan, beg, botol air dan bekas makanan. Alas tidur, tuala dan bantal perlu dibawa balik setiap minggu untuk tujuan pembersihan. Setiap pelajar diwajibkan membawa plastik untuk dimasukkan baju yang telah digunakan. Sekiranya tiada, baju berkenaan akan dimasukkan terus ke dalam beg Ibu bapa hendaklah menjemput sendiri anak di taska. Sekiranya orang lain yang menjemput anak, ibu bapa perlu maklumkan kepada taska nama, nombor plat dan jer kenderaan, dan hubungan dengan anak. Sekiranya ibu bapa perlu mengambil anak sebelum jam 4.00 petang, ibu bapa haruslah memaklumkan pihak taska terlebih dahulu agar anak dapat disiapkan segera. Ibu bapa perlu memeriksa keadaan anak dan barang anak sebelum keluar dari kawasan taska. MENJEMPUT ANAK DI TADIKA
KEPERLUAN ANAK Borang Pendaftaran Taska yang telah diisi. Borang pengisytiharan kanak-kanak Pengesahan dari ibu bapa 1 salinan sijil kelahiran anak. 1 salinan kad pengenalan ibu, bapa atau penjaga. 1 salinan surat hak penjagaan anak (jika berkenaan) 1 salinan rekod vaksin anak. 4 keping gambar bersaiz passport. Pakaian: Pakaian persalinan yang telah dilabel nama anak. Lampin/diapers (telah dilabel nama anak) secukupnya bagi anak yang memerlukan. Bekalan susu ibu/tepung perlu diletakkan nama. Bekalan susu yang diberi mestilah untuk kegunaan sehari sahaja. Tidak dibenarkan membawa susu dalam tin/bekas besar 1 botol susu Beg pakaian kotor (Laundry bag). Tuala mandi. Botol air minuman untuk aktiviti luar (jika perlu). Bekal makanan untuk rehat jam 10.00 pagi (jika perlu). Buku Log Harian (bayi sehingga 2 tahun sahaja). Keperluan bersih diri: mandian, syampu, berus gigi, ubat gigi, sikat. 1 helai tuala lap tangan atau napkin (jika perlu). 1 helai pelapik dada (bib) untuk bayi. Cadar tilam. Ibu bapa/penjaga mesti melabel nama pada semua peralatan dan pakaian anak-anak. Mandian dan syampu Ubat gigi Berus gigi Setiap pakaian dan hak milik anak hendaklah dilabel dengan nama. Pihak taska tidak akan bertanggungjawab sekiranya ada pertukaran atau kehilangan jika nama tidak dilabel. Jika beg pakaian kotor (laundry bag) tidak dibawa, pakaian kotor / basah akan dimasukkan terus ke dalam beg. PERHATIAN KEPERLUAN MANDIAN (di tinggalkan)
BUKU LOG HARIAN Buku ini adalah untuk mencatat rutin-rutin yang dilakukan oleh anak sepanjang berada di taska seperti kekerapan makan, mandi, tandas dan aktiviti. Pengasuh akan menulis segala aktiviti pada buku dan ibu bapa perlu menandatangani helaian yang berkaitan pada penghujung hari tersebut. Ibu bapa perlu semak buku log setiap hari. Buku ini perlu dibawa setiap hari ke taska. Kegunaan 1 buku adalah untuk sebulan. Buku baru akan diberikan pada bulan seterusnya. POLISI MEMBERI UBAT Pemberian ubat-ubatan adalah bersyarat seperti berikut : Sebagai langkah keselamatan ibu bapa perlu menulis nama anak dan ubat yang diberi pada buku ubat di taska. Setiap ubat mestilah dilabel dengan nama penuh anak, mempunyai tarikh luput dan arahannya sekali. Pengasuh tidak akan bekerjasama memberi ubat yang bukan hak milik anak. Ibu bapa perlu meletakkan ubat di dalam bekas yang sesuai bagi mengelakkan dari tertumpah. Semasa mengambil anak, sila pastikan sama ada ubat yang diambil adalah kepunyaan anak.
PENGGUNAAN APLIKASI WHATSAPP Ini akan menjadi medium komunikasi antara pihak pengurusan admin tadika dan ibu bapa. Setiap pengumuman akan diumumkan dalam Whatsapp mengikut kelas masing-masing, Ibu bapa boleh menggunakan aplikasi yang sama untuk mengemukakan sebarang pertanyaan atau masalah kepada pihak tadika. Ia adalah tanggungjawab ibu/bapa untuk menyemak Whatsapp kelas anak-anak masing supaya ibu bapa tidak ketinggalan segala maklumat yang disampaikan oleh pihak tadika atau taska. Antara maklumat yang akan disampaikan adalah seperti berikut: Penerbitan buletin bulanan yang mengandungi tema bulanan, berita, program, surah, doa pilihan dan cuti yang berkaitan bulan tersebut. Buletin bulanan akan dikongsi melalui aplikasi Whatsapp. Sebarang surat atau memo yang berkaitan akan di kongsi oleh pihak pengurusan. Tadika dan Taska melalui applikasi Whatsapp kelas masing-masing. pihak pengurusan Tadika dan Taska berhak untuk mengiklankan apa-apa service atau produk yang disediakan atau dijual oleh syarikat Anugerah Bestari International dan anak-anak syarikat dibawah naugannya. Tadika dan taska yang akan bercuti mengikut cuti Negeri Selangor ialah cawangan Ampang Jaya, Pandan Jaya, Bandar Baru Ampang, Memanda, Nirwana, Pandan Indah, dan Taman Putra Sulaiman.Tadika dan taska yang akan bercuti mengikut cuti Kuala Lumpur ialah cawangan Wangsa Maju, Taman Maluri, Pandanmas dan MLH. a) Buletin Bulanan b) Surat Dan Memo c) Pengiklanan Service Dan Produk PENJADUALAN CUTI UMUM ADALAH MENGIKUT CUTI UMUM MALAYSIA DAN NEGERI SELANGOR ATAU KUALA LUMPUR
PERSEKITARAN BEBAS KUTU Ibu bapa perlu memastikan bahawa pelajar tadika akan bebas daripada kutu setiap masa. Jika mana-mana kanak-kanak ditemui dengan kutu, ia adalah tanggungjawab ibu bapa untuk melakukan rawatan pada anak-anak mereka. Pihak sekolah akan memantau setiap pelajar dari masa ke semasa. YURAN BULANAN TADIKA DAN TASKA Yuran bulanan tadika dan taska dikehendaki dibayar pada atau sebelum 5hb setiap bulan. Pembayaran yuran hendaklah dibuat atas setiap nama anak. Sebagai contoh ibu bapa mempunyai 2 orang anak di Anugerah Bestari, jadi pembayaran perlulah dilakukan 2 kali iaitu kali pertama di atas nama anak pertama dan kali kedua di atas nama anak kedua. Rujukan pembayaran dibuat perlulah lengkap dengan nama anak, cawangan, bulan bayaran dan jenis yuran. Sekiranya yuran tidak dibayar untuk 1 bulan, ibu bapa diberi masa untuk menyelesaikan dalam bulan berikutnya. Jika pembayaran tidak dibuat pada bulan ke-2, pelajar-pelajar tidak dibenarkan untuk menghadiri sekolah bulan berikutnya sehingga yuran bagi keduadua dua (2) bulan dibayar. Semua yuran tadika dan taska dikehendaki dibayar ke akaun Maybank Anugerah Bestari International Sdn Bhd laitu 562674247080 dibawah nama akaun Tadika Anugerah Bestari Sila masukkan alamat emel tadika dan taska sewaktu transaksi dilakukan. Print screen' atau soft copy slip transaksi WAJIB dihantar ke alamat emel di atas beserta nama anakanak dan butiran yuran atau bayaran yang dibuat Ibubapa boleh semak resit selepas 10 hari bekerja setelah ibubapa menghantar slip bayaran yuran yang telah dibuat dalam ASIS
PERATURAN ANUGERAH BESTARI