121
122
PERLEMBAGAAN
MAJLIS BELIA DAERAH KUALA TERENGGANU
FASAL PERKARA
Fasal 1 NAMA
Nama Pertubuhan ini ialah Majlis Belia Daerah Kuala Terengganu, selepas ini
disebut “Majlis”.
Fasal 2 ALAMAT BERDAFTAR DAN TEMPAT MESYUARAT
Pindaan pada Tempat Mesyuaratnya ialah Kompleks Belia dan Sukan Negeri Terengganu
23 Januari 2020 atau lain-lain tempat yang diputuskan oleh Jawatankuasa Pengurusan Majlis
dan alamat berdaftarnya ialah Pejabat Majlis Belia Daerah Kuala Terengganu,
D/A Tingkat 3, Wisma Seri Amar, Jalan Sultan Ismail, Kuala Terengganu,
Terengganu
Alamat berdaftar dan tempat mesyuarat Majlis tidak boleh diubah dengan
tidak dibenarkan oleh Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.
Fasal 3 LAMBANG DAN BENDERA
a) Lambang ini hendaklah serupa dengan lambang Majlis Belia Malaysia selain
nama “Malaysia” diganti dengan perkataan “Daerah Kuala Terengganu”
Lambang Majlis ini menggambarkan satu roda besi berwarna Hitam di atas
warna biru, Roda Besi ini menggambarkan Perusahaan. Ditengah-tengah Roda
Besi itu Anak Bulan yang melambangkan Agama Islam iaitu Agama Islam Negeri
Terengganu dan satu Bintang yang mempunyai 13 cabang yang mengemukakan
Negara Malaysia. Bulan dan Bintang ini berwarna Kuning Emas, di bawah Bulan
Bintang dan terletak di atas Roda Besi ada satu Rehal berwarna Merah.
Sekeliling Bulan Bintang dan terletak di atas Roda Besi Hitam mulai dari Rehal
Merah terdapat dua Puntung Padi yang berwarna Kuning dan mempunyai 13
buah pada tiap-tiap satu Puntung Padi. Padi ini menggambarkan Pertanian.
b) Bendera Majlis ini berwarna Putih dan dilingkungi oleh warna Hitam dan
berukuran 3’ x 6’ atau 2’ x 4’ dengan Lambang Majlis ditengah-tengah bendera.
123
Warna Hitam yang terdapat pada bendera tersebut adalah melambangkan satu
masyarakat yang berdisiplin dan warna Putih pula adalah melambangkan satu
masyarakat yang berjiwa bersih dan juga melambangkan Perpaduan.
Fasal 4 MOTO
Moto Majlis Belia Daerah Kuala Terengganu ialah “BELIA BERTINDAK UNTUK
KEBENARAN DAN KEADILAN”
Fasal 5 TUGAS
Tugas Majlis ini ialah untuk menjalankan dasar dan rancangan-rancangan Majlis
atau Badan-badan Gabungan.
MATLAMAT
Fasal 6 a) Menegakkan dan memperjuangkan keadilan dalam segenap segi hidup
dengan berlandaskan kepada moral dan etika yang berdasarkan kepada Agama
Rasmi Negara.
b) Menegak dan mengukuhkan perinsip sukarela dalam pergerakan belia.
c) Membantu memajukan kegiatan-kegiatan belia menerusi penerangan-
penerangan dan kegiatan-kegiatan pertubuhan belia serta menggalakkan
persefahaman.
d) Mengemukakan pendapat, perakuan dan pendirian kepada kerajaan,
jabatan-jabatan, badan-badan berkanun atau badan-badan lain mengenai
pergerakan belia.
e) Menganjur dan menggalak minat ke suburban rohani, jasmani pelajaran dan
ekonomi dalam kalangan belia-belia di daerah ini.
Pindaan pada f) Bekerja rapat dengan agensi-agensi kerajaan di peringkat persekutuan dan
23 Januari 2020 negeri yang bertanggungjawab berkenaan hal ehwal belia di dalam daerah ini
dan perkara-perkara yang menyentuh kepentingan Negara.
124
Fasal 7 KEAHLIAN MAJLIS BELIA DAERAH KUALA TERENGGANU
1. Keahlian Gabungan Biasa Majlis Belia Daerah Kuala Terengganu adalah
terbuka kepada semua Pertubuhan-pertubuhan Belia yang mempunyai taraf
diperingkat daerah yang berada di Daerah Kuala Terengganu, Terengganu.
2. Keahlian Gabungan Bersekutu adalah terbuka kepada semua Pertubuhan
Belia yang mempunyai taraf diperingkat daerah yang berada diluar Daerah
Kuala Terengganu.
3. Bagi Pertubuhan yang memenuhi syarat yang tersebut di [Fasal 7(1)],
Pertubuhan-pertubuhan itu hendaklah memenuhi kelayakan-kelayakan
tambahan seperti berikut :-
a. Keahlian pertubuhan mestilah sukarela
b. Pertubuhan ini hendaklah bebas untuk menentukan dasar-dasarnya
sendiri tetapi hendaklah tidak bertentangan dengan matlamat Majlis di mana
dinyatakan dalam Fasal 6.
Pindaan pada c. Umur bagi ahli-ahli Pertubuhan itu hendaklah mengikut umur yang
23 Januari 2020 disyaratkan oleh Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007.
d. Pertubuhan itu menjalankan urusan-urusannya dengan sendiri dan
memberi peluang sepenuhnya kepada semua ahli untuk mengambil bahagian
yang sewajarnya dalam kegiatan-kegiatannya.
e. Pertubuhan itu didaftarkan mengikut Akta Pertubuhan Belia dan
Pembangunan Belia 2007.
4. Sebuah pertubuhan yang tidak memenuhi kelayakan seperti tersebut di atas
boleh di terima menjadi Ahli Gabungan Bersekutu mengikut penerimaan
Perhimpunan Agung.
5. Seseorang pelajar Universiti atau Kolej Universiti tidak boleh diterima
menjadi Ahli Gabungan Majlis ini kecuali ia telah dibenarkan terlebih dahulu
secara bertulis oleh Naib Canselor Universiti yang berkenaan.
Pindaan pada 6. Tiap – tiap permohonan menjadi Ahli Gabungan hendaklah dicadangkan
23 Januari 2020 oleh Dua (2) Ahli Badan Gabungan secara bertulis dan dihantar kepada
Setiausaha untuk dikemukakan kepada jawatankuasa dan di bawa ke
mesyuarat agung untuk kelulusan bergabung dengan minima dua tahun
selepas penubuhan. Jawatankuasa dan mesyuarat agung boleh mengikut budi
bicaranya, menolak sebarang permohonan tanpa memberikan sebab-
sebabnya.
125
Pindaan pada 7. Tiap-tiap permohonan yang permohonannya telah diluluskan seperti
23 Januari 2020 tersebut di atas hendaklah, setelah membayar masuk dan yuran bulan pertama
seperti yang ditentukan, diterima menjadi Ahli Gabungan dan berhaklah ia
sebagai ahli.
Fasal 8 KEBERHENTIAN DAN PEMECATAN
a) Ahli gabungan yang hendak berhenti daripada menjadi ahli Majlis
hendaklah memberi kenyataan bertulis dua minggu dahulu kepada
Setiausaha dan membayar segala hutang-hutangnya.
b) Mana-mana Ahli Gabungan yang gagal mematuhi undang-undang Majlis
atau bertindak dalam cara yang mendatangkan keburukan nama kepada
Majlis bolehlah dipecat atau digantung keahliannya dalam sesuatu
sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa. Sebelum
Jawatankuasa itu memecat atau menggantungkan Ahli tersebut, Ahli itu
hendaklah diberi peluang untuk menerangkan atau mempertahankan diri
sendiri. Pemecatan atau pergantungan itu hendaklah dilaksanakan
melainkan Mesyuarat Agung mengubah keputusan itu atas rayuan Ahli
Gabungan tersebut.
Fasal 9 BAYARAN MASUK, YURAN-YURAN DAN LAIN-LAIN BAYARAN
Pindaan pada a) Bayaran Masuk dan Yuran Tahunan bagi Ahli Gabungan Biasa dan Ahli
23 Januari 2020 Gabungan Bersekutu adalah seperti berikut:-
Bayaran Masuk …………. RM 30.00
Yuran Tahunan …………. RM 30.00 setahun
c) Yuran-yuran tahunan hendaklah dibayar kepada Bendahari terlebih dahulu
selewat-lewatnya akhir bulan Jun setiap tahun.
d) Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada dua(2) tahun akan
menerima surat ingatan yang ditandatangani oleh Setiausaha dan hilanglah
hak-hak keistimewaannya sebagai Ahli sehingga hutangnya telah dibayar.
e) Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih daripada jumlah yuran
bagi tahun dengan sendirinya terhenti daripada Ahli Majlis dan
Jawatankuasa syarat memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil
terhadapnya, dengan syarat mereka berpuashati yang ahli yang telah
menerima kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu.
126
f) Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi
mana-mana ahli yang telah membiarkan keahliannya terlucut disebabkan
hutang.
g) Yuran-yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara-
perkara yang tertentu boleh dijalankan dengan persetujuan mesyuarat
agung ahli-ahli. Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang di dalam
masa yang telah ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti
hutang yuran tahunan.
Fasal 10 PERWAKILAN
Pindaan pada a. Setiap Badan Gabungan yang layak mengikut Fasal 7 (1) adalah berhak
23 Januari 2020
menghantar 10 orang wakilnya.
b. Nama-nama wakil yang dipilih hendaklah disampaikan dengan cara bertulis
kepada Majlis sebelum mereka hadir melalui borang yang disediakan oleh
Majlis.
Pindaan pada c. Sebuah badan Gabungan boleh menukar wakil-wakilnya (jika perlu) tetapi
23 Januari 2020
penukaran itu hendaklah secara bertulis dan dikemukakan kepada Majlis
duahari (hari bekerja) sebelum mesyuarat.
d. Seseorang wakil boleh menghantar wakil peribadinya jika sekiranya seorang
itu tidak dapat hadir atas soal-soal tergempar tetapi hendaklah memberitahu
secara bertulis kepada Majlis dengan persetujuan Badan Gabungannya yang
diwakilinya.
Fasal 11 ORGANISASI
1. Mesyuarat Agung
a) Pengelolaan Majlis ini terserah kepada Mesyuarat Agung ahli-ahli
perwakilan. Sekurang-kurangnya ½ daripada jumlah perwakilan yang berhak
mengundi atau 2 kali jumlah Ahli Jawatankuasa, ikut mana yang kurang
hendaklah hadir dalam mesyurat agung bagi mengesahkan perjalanan
mesyuarat dan mencukupi bilangan dalam (korum) untuk mesyuarat.
b) Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang
ditetapkan untuk mesyuarat maka mesyuarat itu hendaklah di tangguhkan
kepada satu tarikh (tidak lebih daripada 30 hari) yang ditetapkan oleh
jawatankuasa ; dan jika korum tidak suku selepas setangah jam daripada waktu
127
yang ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu maka berkuasalah
ahli-ahli yang hadir menjalankan mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa
mengubah undang-undang majlis dan membuat keputusan-keputusan
mengenai ahli-ahli.
c) Mesyuarat Agung tahunan bagi Majlis hendaklah diadakan dengan
secepat mungkin setelah akhir tahun kewangan tetapi tidak lewat
daripada 31 Mac pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh
jawatankuasa. Kerja-kerja mesyuarat Agung tahunan ialah :-
i. Menerima laporan Jawatankuasa berkenaan kerja-kerja Majlis di dalam tahun
yang lalu;
ii. Menerima Laporan Bendahari dan penyata wang telah diaudit bagi tahun
yang lalu;
iii. Melantik ahli-ahli Jawatankuasa dan Pemeriksa Kira-kira untuk tahun
yang akan datang;
iv. Mengurus lain-lain perkara yang dibentangkan dalam mesyuarat itu ;
d) Setiausaha hendaklah menghantarkan kepada tiap-tiap ahli sekurang-
kurangnya 15 hari sebelum diadakan mesyuarat satu agenda (acara mesyuarat
dengan menyebut tarikh, masa dan tempat mesyuarat berserta dengan
salinan-salinan pengingatan mesyuarat dan laporan-laporan bersekali juga
Penyata Kira-kira Majlis bagi Tahun lalu yang telah diaudit. Salinan surat-surat
ini hendaklah senang diperolehi untuk dibaca oleh ahli-ahli dari alamat
berdaftar atau ditempat mesyuarat Majlis.
e) Mesyuarat Agung Khas Majlis ini boleh diadakan :-
i. Bila difikIrkan mustahak oleh Jawatankuasa, atau
ii. Atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis tidak kurang daripada 1/5
daripada jumlah ahli perwakilan yang berhak mengundi dengan menerangkan
tujuan-tujuan dan sebab-sebab mengadakannya.
f) Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli-ahli perwakilan hendaklah
diadakan pada satu tarikh di dalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan
permintaan mesyuarat itu.
g) Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah
diedarkan kepada semua Ahli-ahli perwakilan oleh Setiausaha sekurang-
kurangnya 15 hari sebelum yang ditetapkan untuk mesyuarat.
128
h) Fasal 11 (a) dan (b) di dalam undang-undang ini berkenaan korum dan
Penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan boleh digunakan untuk Mesyuarat
Agung Khas, tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah
jam dari waktu yang ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas atas permintaan
Ahli-ahli Perwakilan maka Mesyuarat itu hendaklah dibatalkan, dan sekurang-
kurangnya 6 bulan daripada tarikh ini. Mesyuarat Agung Khas atas Ahli-ahli
perwakilan dengan tujuan yang sama tidaklah boleh diadakan.
i) Setiausaha hendaklah menghantarkan kepada semua Ahli Salinan Rangka
Peringatan tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan atau Khas seberapa segera
setelah selesainya mesyuarat itu.
Fasal 12 JAWATANKUASA
Pindaan pada a) A. Satu Jawatankuasa seperti berikut yang dinamakan Pegawai Majlis
23 Januari 2020 hendaklah dilantik di dalam Mesyuarat Agung Tahunan iaitu :-
i. Seorang Pengerusi Tetap
ii. Seorang Timbalan Pengerusi Tetap
iii. Seorang Pengerusi
iv. Seorang Timbalan Pengerusi
v. Seorang Naib Pengerusi (I)
vi. Seorang Naib Pengerusi (II) dikhaskan kepada wanita
i.
vii. Seorang Setiausaha, Seorang Penolong Setiausaha, Seorang
Bendahari dan Seorang Ketua Penerangan dilantik oleh Pengerusi
bersama Jawatankuasa
viii. Tujuh Orang Ahli Jawatankuasa
ix. Dua orang pemeriksa kira-kira (dilantik setiap tahun)
x. Empat orang Ahli Jawatankuasa Tambahan (maksima) dilantik
dicadangkan Pengerusi dan dipersetujui oleh AJK
Seorang Wakil Kerajaan di Peringkat Daerah Kuala Terengganu dan
Seorang Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Terengganu atas
jawatannya sebagai EX-OFFICIO
B. Pemegang-pemegang Jawatan Majlis ini dan tiap-tiap Pegawai yang
menjalankan tugas memerintah dalam Majlis ini hendaklah Warganegara
Malaysia.
b) Nama-nama untuk jawatan-jawatan yang di atas hendaklah dicadangkan dan
pemilihan dijalankan dengan cara mengundi oleh Ahli-ahli di dalam Mesyuarat
Agung Tahunan yang diadakan 2 tahun dan semua Pegawai-pegawai boleh
dilantik semula oleh Mesyuarat Agung itu.
129
c) Pekerjaan jawatankuasa ialah mengelola dan mengatur kerja-kerja harian
Majlis dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan
Majlis yang tidak terkeluar dasar umum yang ditetapkan oleh Mesyuarat
Agung. Jawatankuasa seharusnya tidaklah boleh membuat tindakan yang
bertentangan dengan keputusan Mesyuarat Agung dengannya dan
Jawatankuasa mestilah sentiasa kepada keputusan Mesyuarat Agung.
Jawatankuasa hendaklah memberi laporannya berkenaan kegiatan-
kegiatannya di dalam tahun lalu kepada tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan.
d) Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali di
dalam 3 bulan dan 7 hari pengumuman bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah
diberikan kepada Ahli-ahli. Pengerusi dengan sendiri atau tidak kurang
daripada 4 orang Ahli Jawatankuasa bersama-sama boleh memanggil supaya
diadakan Mesyuarat Jawatankuasa pada bila-bila masa. Sekurang-kurangnya
setengah daripada bilangan Ahli Jawatankuasa hendaklah hadir bagi
mengesahkan perjalanan dan mencukupi korum Mesyuarat.
e) Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakan kelulusan
Jawatankuasa dan Mesyuarat Jawatankuasa tidak dapat diadakan, maka
Setiausaha bolehlah menerima kelulusan daripada Jawatankuasa dengan surat
perkelilingan. Syarat-syarat yang berikut hendaklah disempurnakan sebelum
keputusan Jawatankuasa boleh dianggap sebagai diterima :-
i. Masalah yang berbangkit itu hendaklah dibutirkan dengan terang di dalam
surat Pekeliling yang dihantar kepada tiap-tiap Ahli Jawatankuasa;
ii. Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli-ahli Jawatankuasa
mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan mereka kepada cadangan itu;
dan
iii. Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak
f) Sebarang keputusan yang didapati melalui surat pekeliling hendaklah
dilaporkan oleh Setiausaha kepada Mesyuarat Jawatankuasa kemudiannya
dicatitkan dalam Peringatan Mesyuarat.
g) Ahli Jawatankuasa yang mungkir menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa
tiga kali berturut-turut tanpa alasan memuaskan akan disifatkan sebagai telah
meletakkan jawatan di dalam Jawatankuasa.
h) Jika seorang Ahli Jawatankuasa meninggal dunia atau meletak jawatan,
calon yang kedua mendapat undi terbanyak di dalam pemilihan yang lalu
hendaklah dipanggil untuk memenuhkan kekosongan itu. Jika calon yang
130
demikian tidak ada atau menolak Jawatan itu, maka berkuasalah Jawatankuasa
melantik lain ada atau menolak Jawatan Itu, maka berkuasalah Jawatankuasa
melantik lain Ahli Majlis bagi memenuhkan kekosongan itu sehingga Mesyuarat
Agung Tahunan diadakan.
i) Jawatankuasa boleh memberi perintah kepada Setiausaha dan lain-lain
Pegawai untuk menjalankan urusan-urusan Majlis. Ia boleh melantik Pengurus-
pengurus dan kakitangan-kakitangan yang difikirkan mustahak. Ia boleh
menggantungkan atau melucutkan jawatan sebarang pengurus atau
kakitangan kerana cuai di dalam pekerjaan, curang, tidak cekap, ingkar
menjalankan keputusan jawatankuasa atau kerana sebab-sebab yang difikirkan
merosakkan Majlis.
j) Jawatankuasa ini boleh menubuhkan Jawatankuasa-jawatankuasa Kecil
yang difikirkan mustahak dan memberi kewajipan-kewajipan khas kepada
sebarang Ahli Jawatankuasa.
Fasal 13 KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI
Pindaan pada a) Pengerusi dalam masa jawatannya, hendaklah menjadi Pengerusi
23 Januari 2020 semua Mesyuarat Jawatankuasa dan bertanggungjawab atas kesempurnaan
perjalanan semua Mesyuarat-mesyuarat. Ia mempunyai undi pemutus dan
hendaklah ia menandatangi peringatan-peringatan mesyuarat bila telah
diluluskan. Ia hendaklah menandatangani semua cek-cek Majlis bersama-sama
Setiausaha atau Bendahari.
b) Timbalan Pengerusi hendaklah memangku Jawatan Pengerusi semasa
ketiadaannya.
c) Naib Pengerusi I hendaklah membantu Pengerusi atau Timbalan
Pengerusi semasa ia memangku jawatan Pengerusi dan ia hendaklah
memangku jawatan Pengerusi dalam masa ketiadaan Pengerusi dan Timbalan
Pengerusi.
d) Naib Pengerusi II hendaklah membantu Pengerusi atau Timbalan
Pengerusi yang memangku jawatan Pengerusi I yang memangku jawatan
Pengerusi menjalankan tugasnya dan ia hendaklah memangku jawatan
Pengerusi dalam masa ketiadaan Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Naib
Pengerusi I.
e) Setiausaha hendaklah menjalankan kerja-kerja Majlis mengikut
undang-undang dan hendaklah ia menjalankan perintah-perintah Mesyuarat
Agung dan Jawatankuasa. Ia bertanggungjawab menguruskan hal-hal surat
menyurat dan menyimpan semua buku-buku, surat-surat dan kertas-kertas
131
kecuali kira-kira dan buku kewangan. Setiausaha hendaklah menyimpan buku
daftar ahli yang mengandungi butir-butir seperti nama, umur, no. kad
pengenalan, pekerjaan dan alamat tiap-tiap ahli. Ia hendaklah menandatangani
semua cek-cek Majlis bersama-sama Pengerusi atau Bendahari. Setiausaha
hendaklah di dalam masa 60 hari dari tarikh Mesyuarat Agung diadakan,
mengirim Penyata Tahunan Majlis kepada Pendaftar Pertubuhan sebagaimana
yang dikehendaki dibawah Seksyen 22 Akta Pertubuhan Belia dan
Pembangunan Belia 2007.
f) Penolong Setiausaha hendaklah menolong Setiausaha menjalankan
kerja-kerjanya dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan Setiausaha.
g) Bendahari adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan
Majlis. Ia hendaklah membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua
perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas kebetulannya. Ia hendaklah
menandatangani semua cek-cek Majlis bersama-sama Pengerusi atau
Setiausaha.
h) Ahli Jawatankuasa biasa hendaklah dalam semua mesyuarat jawatankuasa
dan membantu Pegawai-pegawai majlis menjalankan tugas-tugasnya,
bertanggungjawab melaksanakan segala rancangan atau kegiatan yang telah
ditetapkan oleh majlis bersama dengan lain-lain Pegawai Majlis yang tersebut
di atas. Menjalankan lain-lain tugas yang boleh mendatangkan faedah kepada
Majlis dari masa ke semasa.
Pindaan pada i) Pengerusi Tetap akan mempengerusikan mesyuarat agung tahunan dan
23 Januari 2020 dalam ketiadaannya, Timbalan Pengerusi boleh mempengerusikan mesyuarat
agung tersebut.
Pindaan pada j) Ketua Penerangan bertanggungjawab kepada urusan penerangan dan media
23 Januari 2020 sosial, media massa dan media eletronik berkaitan majlis.
Fasal 14 UNDI
a) Usul-usul hanya akan diluluskan dengan suara terbanyak. Jika bilangan
undi sama banyak, Pengerusi Mesyuarat boleh menggunakan undi.
b) Badan Gabungan yang belum menjelaskan yuran sebelum Mesyuarat
Agung dijalankan tidak berhak mengundi.
c) Perlantikan pegawai boleh dijalankan secara angkat atau undi sulit.
132
d) Mesyuarat jawatankuasa berhak memutuskan mengenai tatacara
perlantikan pegawai.
Fasal 15 KEWANGAN
a) Disyaratkan kepada Pertubuhan-pertubuhan yang berikut bagi undang-
undang ini, wang Majlis ini boleh digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi
menjalankan tujuan-tujuan Majlis termasuklah belanja pentadbiran, bayaran
gaji, biayaan dan perbelanjaan pegawai-pegawai dan kakitangan yang bergaji
dan upah memeriksa kira-kira, tetapi walaubagaimanapun tidaklah boleh
digunakan untuk membayar denda ahli yang telah dijatuhkan hukuman
mahkamah.
b) Bendahari dibolehkan menyimpan wang runcit tidak lebih daripada RM
500.00 pada satu-satu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu mestilah
dimasukkan di dalam tempoh tujuh hari ke dalam bank yang disetujui oleh
Jawatankuasa Kira-kira bank hendaklah atas nama Majlis.
c) Segala cek-cek atau kenyataan pengeluaran wang dari kira-kira Majlis
hendaklah ditandatangani oleh Bendahari dan bersama diantara Pengerusi
atau Setiausaha.
Pindaan pada d) Perbelanjaan yang lebih daripada RM 10,000.00 bagi sesuatu masa tidak
23 Januari 2020 boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa dan
perbelanjaan yang lebih daripada RM 50,000.00 bagi sesuatu masa tidak boleh
dilakukan tanpa mendapatkan kebenaran Mesyuarat Agung terlebih dahulu.
Perbelanjaan yang kurang daripada RM 4,000.00 bagi sesuatu masa bolehlah
diluluskan oleh Pengerusi bersama Setiausaha oleh Bendahari.
e) Penyata darihal wang yang diterima dan dibelanjakan beserta
timbangan kira-kira bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan
diperiksa oleh Pemeriksa Kira-kira mengikut Undang-undang Fasal 16, dengan
seberapa segera setelah tahun kewangan. Penyata kira-kira yang diaudit itu
hendaklah dikemukakan untuk kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan yang
berikutan, dan salinan-salinannya hendaklah boleh diperolehi untuk makluman
Ahli dari alamat yang Berdaftar atau dari Tempat Mesyuarat bagi Majlis.
f) Tahun kewangan Majlis ini bermula dari 1hb Januari dan berakhir 31hb
Disember, tiap-tiap tahun.
133
Fasal 16 PEMERIKSA KIRA-KIRA
a) Dua orang yang bukan Pegawai-pegawai Majlis boleh dilantik di dalam
Mesyuarat Agung Tahunan sebagai Pemeriksa Kira-kira Kehormat. Mereka
akan memegang jawatan selama satu tahun dan boleh dilantik semula.
b) Pemeriksa Kira-kira adalah dikehendaki memeriksa kira-kira Majlis bagi
setahun dan membuat laporan atau pengesahan untuk Mesyuarat Agung
mereka harus juga dikehendaki bila-bila masa oleh Pengerusi memeriksa Kira-
kira Majlis bagi mana-mana masa di dalam tempoh jawatan mereka dan
membuat laporan kepada jawatankuasa
Fasal 17 PENASIHAT/PENAUNG
Penasihat Majlis inibolehjikadifikirkanmustahakmelantik orang-orang yang
layakmenjadiPenasihat/Penaungbagi Majlis ini.
Fasal 18 PINDAAN PERLEMBAGAAN
Pindaan pada Undang- undang ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan
23 Januari 2020 Mesyuarat Agung. Permohonan untuk perubahan-perubahan atau pindaan-
pindaan kepada undang-undang hendaklah dibuat kepada pendaftar dalam
masa 60 hari dari tarikh keputusan hendak membuat perubahan atau pindaan
itu hanya boleh dijalankan kuatkuasanya mulai daripada tarikh perubahan-
perubahan dan pindaan-pindaan itu diluluskan oleh Pendaftaran Pertubuhan
Belia.
Fasal 19 PEMEGANG AMANAH
a) Tiga orang Pengamanah yang berumur lebih daripada 21 tahun
hendaklah dilantik di dalam Mesyuarat Agung Tahunan dan mereka akan
berkhidmat selama dikehendaki oleh Majlis. Kepada mereka akan
diamanahkan semua harta tetap kepunyaan Majlis menandatangani sesuatu
surat Amanah.
b) Pengamanah tidak boleh menjual, menarik balik atau menukarkan harta
kepunyaan Majlis dengan ada persetujuan dan kuasa yang diberikan oleh
Mesyuarat Agung Ahli-ahli.
c) Seorang Pengamanah yang dilucutkan daripada Jawatannya oleh Mesyuarat
Agung oleh sebab uzur kerana penyakit, tidak siuman, tidak berada di dalam
134
negeri atau lain-lain sebab yang menyebabkan ia tidak boleh menjalankan
tugasnya atau pekerjaannya tidak memuaskan. Jika berlaku kematian, letak
jawatan atau pembuangan bagi seseorang Pengamanah maka kekosongan itu
bolehlah dipenuhi oleh pengamanah yang baru dilantik di dalam Mesyuarat
Agung.
Fasal 20 PEMBUBARAN
a) Majlis ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak
kurang daripada tiga perlima jumlah Ahli-ahli yang sah.
b) Sekiranya Majlis hendak dibubarkan secara yang disebutkan di atas maka
segala hutang dan tanggungan Majlis yang sah mengikut undang-undang
hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal dikehendaki diselesaikan
mengikutcara yang dipersetujui di dalam Mesyuarat Agung.
Pindaan pada c) Kenyataan bersabit dengan pembubaran itu hendaklah disampaikan kepada
23 Januari 2020 Pendaftar Pertubuhan Belia di dalam masa 30 hari dari tarikh pembubaran itu.
Fasal 21 LARANGAN
a) Permainan yang disebutkan di bawah ini tidak boleh dimainkan di dalam
Rumah Majlis :- Lotto, Fan Tan, Poh Pen Bin, Belangkai, Pai Kau, Tan Ngau, Tian
Kow, Chap Ji Kee, Sam Cheong, Dua Puluh Satu, Tiga Puluh Satu, Sepuluh dan
Setengah, semua permainan dadu, banker’s game dan semua permainan yang
bergantung kepada nasib.
b) Majlis atau ahli-ahlinya tidak boleh mencuba menghalang atau dengan
apa cara jua menggangu perniagaan atau mengambil peranan di dalam
Gerakan Kesatuan Sekerja seperti yang diterangkan di dalam undang-undang
kesatuan sekerja, 1959.
c) Pertubuhan ini tidak boleh dijalankan loteri tanpa kebenaran kuasa
yang tertentu samada dikhaskan kepada ahli-ahli atau tidak, atas nama Majlis
atau pegawai-pegawainya atau Jawatankuasa atau ahli.
d) Pertubuhan ini adalah dilarang mempunyai Pergabungan atau
Perhubungan di luar Malaysia.
e) Faedah-faedah seperti yang diterangkan di bawah Seksyen 2 Akta
Pertubuhan, 1996 tidaklah boleh diberi Majlis kepada mana-mana Ahli Majlis.
135
f) Majlis tidak boleh menjalankan apa-apa aktiviti-aktiviti “Pertubuhan
Politik” sebagaimana yang ditakrifkan dibawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan
1996.
g) Dilarang menghisap candu dan dadah di dalam rumah Majlis dan
membawa masuk Perempuan lucah dan orang-orang jahat ke dalam rumah
Majlis.
Fasal 22 TAFSIRAN UNDANG-UNDANG
a) Diantara Mesyuarat-mesyuarat Agung. Jawatankuasa boleh memberi
tafsirannya kepada undang-undang ini dan bila mustahak memutuskan
perkara-perkara yang tidak terkandung di dalam undang-undang ini.
b) Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan
dasar yang telah dibuat didalam Mesyuarat Agung, keputusan Jawatankuasa
terhadap ahli-ahli adalah muktamad jika diubah oleh keputusan Mesyuarat
Agung.
Disahkan Oleh :
(WAN NURUL HIKMAT BINTI WAN IBRAHIM) (ANAS HAZIZUL BIN MUHAMAD)
Setiausaha Pengerusi
136