SK DATO' MANAN (INTEG) Alhamdulilah, syukur ke hadrat Allah SWT dengan limpah kurnia dan izin-Nya kita dapat mengadakan Kejohanan Sukan Bola Baling bagi tahun 2023. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Jawatankuasa Pengelola, Pegawai-pegawai kejohanan, barisan Pengadil, Pengurus-pengurus pasukan, semua peserta kejohanan atas komitmen, sumbang bakti dan buah fikiran yang diberikan untuk melaksanakan Kejohanan Bola Baling MSSD Peringkat Kuala Selangor pada tahun ini. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Selangor kerana memberi kepercayaan kepada Sek. Keb. Dato’ Manan (Integ) untuk menjadi tuan rumah Kejohanan Bola Baling yang diadakan di peringkat daerah. Aktiviti sukan telah pun dijadikan sebagai fokus dalam sistem pendidikan pada hari ini yang akan menjadi aktiviti yang wajib dijalankan sepanjang tahun. Jadi, Kejohanan Bola Baling Peringkat daerah ini, merupakan suatu wahana untuk mencapai wawasan negara dalam pembudayaan sukan dalam kalangan murid sekolah. Budaya sukan dalam kalangan semua murid adalah untuk memperlengkap kecemerlangan sistem pendidikan bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan holistik dari segi jasmani,emosi, rohani dan intelek ke arah pembinaan negara bangsa Malaysia. Selain dari itu, sukan juga dapat memupuk perpaduan dalam kalangan murid berlainan bangsa. Aktiviti sukan juga dapat memberikan keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal. Aktiviti seperti ini memberikan akses kepada semua murid mendapatkan faedah daripada penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif. Bertepatan dengan tema sukan pada tahun ini iaitu Nadi Sukan ABC, Kejohanan sukan ini dilihat menjadi asas pengerak utama bagi perkembangan fizikal dan mental disamping memupuk nilai budaya adab, akhlak dan integriti murid. Impaknya, ia turut melahirkan murid berketrampilan dengan perwatakan anak yang baik lagi cerdik (ABC). Akhir kata, selaku tuan rumah sekali lagi saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ketua Pengawai Pendidikan Daerah Kuala Selangor, Jawatankuasa Pengelola, Pegawai-Pegawai Kejohanan, Barisan Pengadil, Pengurus-Pengurus Pasukan, semua Peserta Kejohanan dan pihak-pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Kejohanan Bola Baling MSSD Kuala Selangor tahun ini. Semoga kejohanan sukan bola baling ini menjadi wadah dalam membentuk kemenjadian murid menjadi insan yang cemerlang dan terbilang. Sekian wabilahitaufik walhidayah, wassalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh HAZIZAH BINTI HAMIN Guru Besar SK Dato’ Manan (Integ) Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. GURU BESAR Sekapur Sireh,Seulas Pinang
PUAN Siti Tettie Hidayati Binti Mohyi Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana pada hari ini saya dapat memberikan sepatah dua kata di dalam buku program Kejohanan Bola Baling MSSD Kuala Selangor 2023 ini. Bidang sukan merupakan antara platform terbaik untuk melahirkan murid-murid yang cergas dari segi fizikal dan mental. Menerusi latihan yang konsisten dan seimbang daripada pelbagai aspek yang merangkumi minda,fizikal, otot, saraf dan emosi, sukan seperti bola baling ini mampu membentuk seorang murid yang cergas, patuh dengan peraturan dan secara tidak langsung membentuk seorang pemain yang berhemah tinggi, bertanggungjawab, berdisiplin dan mempunyai jati diri yang kental serta mempunyai daya kepimpinan. Kejohanan sukan ini tidak semata-mata menentukan juara dan pemenang bagi setiap perlawanan, namun perkara yang lebih penting ialah kejohanan ini memberikan pendidikan secara langsung kepada murid-murid bahawa kejayaan hanya dapat dicapai melalui usaha, ketekunan, perancangan yang rapi dan pengorbanan. Tidak ada kejayaan yang mudah dicapai melainkan melalui perjuangan yang berterusan. Kejohanan ini juga adalah landasan ke arah perpaduan, menjalin sifat hormat menghormati, dan semangat kerjasama yang tinggi. Matlamat akhirnya nanti adalah untuk membentuk sebuah masyarakat dan warganegara yang berjiwa kental, patriotik dan saling berkasih sayang. Sebagai mengakhiri kata-kata saya, saya ingin mengucapkan tahniah kepada AJK Pengelola kerana telah dapat menganjurkan dan mengelolakan Kejohanan Bola Baling MSSD Kuala Selangor dengan jayanya. Kepada para pemain yang mengambil bahagian dan meraih pingat kejohanan, saya ucapkan tahniah dan kepada yang tidak berjaya janganlah berputus asa, kerana penyertaan anda sudah pun menunjukkan bahawa anda telah mencipta kejayaan. Sebelum mengundur diri, saya sekali lagi mengucapkan berbanyak terima kasih dan sekalung Tahniah kepada Ketua Pengawai Pendidikan Daerah Kuala Selangor, Pengerusi Pengelola, Pegawai-pegawai kejohanan, barisan Pengadil, Pengurus-pengurus pasukan, semua peserta kejohanan dan pihak-pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan kejohanan ini. Semoga kejayaan penganjuran kejohanan ini menjadi titik tolak kejayaan penganjuran sukan bertaraf dunia di negara kita. Sekian wabilahitaufik walhidayah, wassalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh Puan Siti Tettie Hidayati binti Mohyi Ketua Pegawai Eksekutif Avisena Women's & Children's Specialist Hospital Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Sekapur Sireh,Seulas Pinang
atucara majlis 1.45 tengahari : Ketibaan tetamu jemputan Jamuan/ Makan Tengahari 2.15 petang : Perlawanan akhir Kategori P18 2.45 petang : Majlis Perasmian Penutup Ucapan aluan pengerusi majlis Nyanyian lagu Negaraku dan lagu Negeri Selangor. Bacaan Doa Ucapan Pn. Hazizah binti Hamin, Guru Besar SK Dato ' Manan (Integ) Ucapan Perasmian oleh : Puan Siti Tettie Hidayati binti Mohyi Ketua Pegawai Eksekutif, Aviesena Women ' s & Children ' s Specialist' s Hospital. Penyampaian sijil pencapaian wakil tempat ketiga (2 pasukan) P12 Penyampaian hadiah dan sijil kepada semua pemenang Naib johan P12 Penyampaian hadiah dan sijil kepada semua pemenang Johan P12 Penyampaian sijil pencapaian wakil tempat ketiga (2 pasukan) P18 Penyampaian hadiah dan sijil kepada semua pemenang Naib johan P18 Penyampaian hadiah dan sijil kepada semua pemenang Johan P18 Penyampaian Cenderamata kepada Perasmi Sesi Bergambar Bersurai
PENDAHULUAN Penganjuran sesebuah kejohanan adalah merupakan salah satu langkah bagi melahirkan pemain yang berbakat, berdaya saing, kompeten dan berusaha untuk mengembangkan potensi diri sendiri dalam sesuatu permainan. Justeru, penganjuran kejohanan bola baling yang telah dipertanggungjawabkan adalah satu amanah yang perlu dilaksanakan sebaik mungkin bagi mencapai hasrat melahirkan modal insan yang lengkap baik dari segi akademik, kokurikulum mahupun sahsiah murid. Persaingan secara sihat, semangat berpasukan, iltizam, keazaman, kesungguhan setiap pemain di dalam sesebuah pasukan akan dijelmakan di dalam Kejohanan Bola Baling MSSD Kuala Selangor 2023. LATAR BELAKANG Kejohanan Bola Baling peringkat daerah Kuala Selangor merupakan pertandingan tahunan PPD Kuala Selangor yang bertujuan untuk memilih bakat-bakat baru untuk mewakili daerah ke peringkat yang lebih tinggi. Di samping atlet sekolah yang telah tersedia terpilih untuk mewakili sekolah. Selain itu Kejohanan Bola Baling ini dapat membentuk kekuatan fizikal semua pelajar untuk melakukan aktiviti yang lebih mencabar sepanjang sesi persekolahan pada tahun ini. Di akhirnya, sekolah yang terpilih akan menjadi kontigen daerah yang akan mewakili daerah ke peringkat Negeri Selangor dan seterusnya ke peringkat Kebangsaan.
OBJEKTIF KUMPULAN SASARAN 1.1: Menyediakan ruang dan peluang untuk semua pasukan yang bertanding mempamerkan bakat dan kebolehan mereka. 1.2: Memberi pendedahan kepada pelajar dengan peraturan asas permainan 1.3: Memberi peluang kepada semua pasukan peluang untuk mengembangkan mereka ke peringkat yang lebih tinggi. 1.4: Mempersiapkan pasukan bola baling MSSD Kuala Selangor yang lebih mantap untuk menghadapi kejohanan MSSS 2023 Kategori Lelaki dan Perempuan Bawah 12 Tahun (Sekolah Rendah) Kategori Lelaki dan Perempuan Bawah 18 Tahun (Sekolah Menengah)
JAWATANKUASA INDUK PENGERUSI : PN.HAZIZAHBINTIHAMIN(GURUBESAR) TIMBALANPENGERUSI : PN.NORHAFIZANBINTI MOHDZIN (PKKOKURIKULUM) NAIB PENGERUSI : PN. SITI ZAINAHBINTI ISMAIL (PKPENTADBIRAN) EN.RAHMAT BIN MUKRI (PKHAL EHWAL MURID) PN.NORAZLINABINTIABUBAKAR (PKPENDIDIKANKHAS) PTPS : EN. MOHDNASIRBINRAMLI EN. MOHDSABRI BIN MANSOR PENYELARAS : EN. MOHDNOORFARIHANBINABDULHAMID SETIAUSAHA : PN. SAIYIDATUL ‘ADIDAHBINTIKAMARUZZAMAN BENDAHARI : PN.NORFAIZUNBINTIABDULHABIB
AHLI JAWATANKUASA NAMAPEGAWAI PENGURUS KEJOHANAN / KEPEGAWAIAN / QUARTER MASTERS 1.EN. MOHD NOOR FARIHAN BIN ABDUL HAMID 2.EN. MOHD SABRI BIN MANSOR 3.EN. MOHD NASIR BIN RAMLI PENDAFTARAN / URUSETIA / STATISTIK / RAYUAN 1.EN. MOKHLIS MURSYID BIN AMAT 2.EN. MOHD NOOR FARIHAN BIN ABDUL HAMID 3.PN. NOR FAIZUN BINTI ABDUL HABIB 4.PN. SAIYIDATUL‘ADIDAH BINTI KAMARUZZAMAN PERALATAN / PERSIAPAN TEMPAT/ TEKNIKAL/ PENGANGKUTAN 1.EN. MOHD SABRI BIN MANSOR 2.EN. MUHAMAD SHAHRIL BIN ABDUL MANAF 3.EN. ABDULLATIF BIN DAHALI 4.EN. MOHD NOOR FARIHAN BIN ABDUL HAMID 5.EN. AHMAD HANAFI BIN KAMAR 6.EN. WAN MUHAMAD RIDHUAN BIN WAN IBRAHIM BUKU PROGRAM/ PAMPLET/ HADIAH / SIJIL/ CENDERAMATA / HIASAN PENTAS 1.PN. NUR HUDA BINTI MOHAMMAD SAFIE 2.PN. NOR MAHAIZA BINTI RAHAMAN 3.PN. NOR HAFIZA HAWA BINTI SAIMIN 4.PN. NOR HASMIZA BINTI IKHSAN 5.PN. AZNI BINTI SIDEK FOTOGRAFI /LAPORAN/ DOKUMENTASI 1.CIK DALILAH BINTI OMAR 2.PN. SITI HAZAR BINTI ISMON JAWATANKUASA PENGELOLA
AHLI JAWATANKUASA NAMAPEGAWAI MAKANAN /JAMUAN 1.PN. MAGDALENA BINTI MOHD AMIR 2.PN. HASLINDAR BINTI SARIMAN 3.PN. YUHANA BINTI TAMURI 4.PN. NOR HAZLIFA BINTI MAHMUD KEBERSIHAN/ KECEMASAN 1.PN. RUSIAH BINTI HASSAN 2.EN. ABDULLATIF BIN DAHALI 3.PN. NOR MAHAIZA BINTI RAHAMAN 4.PN. SITI SALMAH BINTI OSMAN PENYELIA PESERTA 1.EN. MOHAMAD LUQMAN BIN JAILANI 2.EN. WAN MUHAMAD RIDHUAN BIN WAN IBRAHIM 3.PN. HETIY NURYANI BINTI MASRUKIN 4.PN. NOR FAIZUN BINTI ABDUL HABIB SIARAYA / PUBLISITI/JEMPUTAN 1. EN. MUHAMAD SHAHRIL BIN ABDUL MANAF 2. EN. MOHAMAD LUQMAN BIN JAILANI 3. PN. SITI NUR YASHIMAH BINTI MD RAHIM 4. PN. SAIYIDATUL‘ADIDAH BINTI KAMARUZZAMAN JURUACARA / PROTOKOL MAJLIS PENUTUP 1. EN. SAMSUL ANUAR BIN BUJANG 2. PN. SITI SALMAH BINTI OSMAN JAWATANKUASA PENGELOLA
JADUAL KUMPULAN KATEGORI PEREMPUAN KATEGORI PEREMPUAN BAWAH 12 TAHUN KATEGORI PEREMPUAN BAWAH 18 TAHUN JADUAL KUMPULAN KATEGORI LELAKI KATEGORILELAKI BAWAH 12 TAHUN KATEGORILELAKI BAWAH 18 TAHUN
keputusan perlawanan KATEGORI PEREMPUAN bawah 12 tahun
keputusan perlawanan KATEGORI PEREMPUAN bawah 18 tahun
JADUAL PERLAWANAN PUSINGAN KALAH MATI 12 JULAI 2023 (RABU) KATEGORI PEREMPUAN BAWAH 12 TAHUN KATEGORI PEREMPUAN BAWAH 18TAHUN
CATATAN
SEKALUNG PENGHARGAAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA PUAN SITI TETTIE HIDAYATI BINTI MOHYI KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF AVISENA WOMEN'S & CHILDREN'S SPECIALIST HOSPITAL PUAN HAZIZAH BINTI HAMIN GURU BESAR SEK. KEB. DATO' MANAN (INTEG) SEMUA PENGETUA DAN GURU BESAR SEKOLAH-SEKOLAH DALAM DAERAH KUALA SELANGOR PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SK DATO' MANAN (INTEG) BARISAN PEGAWAI TEKNIKAL DAN AJK KEJOHANAN DAN SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG DALAM MENJAYAKAN KEJOHANAN INI PUAN AZLINA BINTI HUSSIN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUALA SELANGOR