The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by jmy6878, 2022-12-29 00:57:35

TEKNOLOGI HIJAU TASYA 2022.docxpdff

TEKNOLOGI HIJAU TASYA 2022.docxpdff

TEKNOLOGI HIJAU

KAJIAN KES:
142, JALAN SCIENTEX IMPIAN 5, TAMAN SCIENTEX, KELAPA SAWIT, KULAI, JOHOR

DISEDIAKAN OLEH:
NUR ALYA NATASYA BINTI SYAFUDIN

KELAS:
2 SAPPHIRE
DISEDIAKAN UNTUK:
PUAN HANIFAH BINTI JAMALUDDIN

1

1.0 PENGHARGAAN

Pertama sekali, saya ingin berterima kasih kepada guru pembimbing geografi iaitu Puan
Hanifah binti Jamaluddin kerana dengan suka relanya memberi tunjuk ajar kepada saya
agar saya dapat menguasai subjek geografi dan menjadi murid yang cemerlang
sepanjang pembelajaran pada tahun 2022.
Seterusnya, saya juga ingin berterima kasih kepada abang saya, Muhammad Hasnul Fikri
bin Syafudin kerana telah membantu saya dalam menjayakan tugasan ini dengan
membawa saya ke tempat kajian dijalankan dan membantu saya untuk mengumpulkan
maklumat-maklumat penting tentang teknologi hijau ini.
Akhir sekali, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan saya Btari Nyala
Kusumah yang telah banyak memberikan bantuan agar tugasan saya dapat
dilaksanakan dengan cemerlang.
Sekian, Terima kasih.

2

2.0 PENDAHULUAN

Saya, Nur Alya Natasya binti Syafudin telah mengumpulkan sebanyak maklumat yang
boleh membantu rakyat Malaysia dalam membaik pulih negara dengan
mengaplikasikan kehidupan harian dengan AMALAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI HIJAU.
Saya diberi tajuk Teknologi Hijau kerana situasi semasa yang amat memberangsangkan
dengan pelbagai pencemaran seperti pencemaran bunyi dan peningkatan suhu yang
sering berlaku di Malaysia. Oleh itu, dengan melaksanakan beberapa pemerhatian dan
kajian tentang penggunan teknologi hijau, saya dapat membuktikan bahawa amalan
penggunaan teknologi hijau dapat membantu rakyat Malaysia untuk hidup dengan lebih
baik lagi.
Dengan ini, saya dengan suka relanya ingin berkongsi sedikit sebanyak berdasarkan
kajian yang telah dilaksanakan.

3

3.0 JADUAL KERJA

Berikut merupakan jadual kerja saya dalam menyiapkan kerja lapangan ini:

Bil Tarikh Perkara

1 29/11/2022 i) Menerima taklimat dan tugasan kerja lapangan

Geografi daripada guru mata pelajaran iaitu Cikgu

Hanifah binti Jamaluddin.

ii) Berbincang dengan guru untuk bentuk pelaksanaan

yang hendak dilakukan.

2 1/12/2022 Pemilihan tajuk kerja lapangan- teknologi hijau

i) Merangka perancangan dan jadual kerja mengenai
aktiviti yang hendak dilakukan.

ii) Membuat catatan untuk melaksanakan tugasan yang
diberikan dengan betul.

iii) Mencari maklumat berkenaan sisa domestic dalam
akhbar, buku rujukan Geografi dan buku teks.

iv) Melayari internet untuk mendapatkan lebih banyak
maklumat .

3 10/12/2022 Pergi ke tempat kajian.

i) Membuat pemerhatian ke atas kawasan kajian.
ii) Mengambil gambar contoh-contoh Teknologi Hijau di

kawasan kajian.
4 11/12/2022 Merekodkan kajian.

i) Menyenaraikan maklumat yang diperolehi semasa
membuat pemerhatian di kawasan kajian.

5 13/12/2022 Menulis pendahuluan dan penghargaan.
6 16/12/2022 Membuat soal selidiik

i) Mereka bentuk soal selidik menggunakan aplikasi
“Google Form”.

7 17/12/2022 Memberikan soalan selidik kepada penduduk Kawasan kajian.

4

Bil Tarikh Perkara

8 19/12/2022 Mengumpul dan membuat penullisan berdasarkan kepada

semua jawapn daripada soal selidik.

i) Membuat Analisa daripada “Google Form” yang telah

diberikan kepada penduduk di kawasan kajian.

ii) Menghasailkan bahan grafik yang sesuai sama ada

graf/carta berdasarkan data yang diperolehi.

iii) Menulis hasil kajian yang diperolehi.

iv) Menyemak hasil penulisan Bersama cikgu.

v) Membuat penambahbaikan sepertimana yang

disyorkan oleh cikgu.

9 20/12/2022 Menghantar hasil kerja lapangan ke cikgu.

5

4.0 OBJEKTIF KAJIAN
Diakhir kajian,saya akaan dapat:
1) Menjelaskan kosep dan definisi Teknologi Hijau.
2) Mengenal pasti 3 jenis dan contoh Teknologi Hijau yang terdapat di Sedanak,Johor.
3) Menyenaraikan 4 kepentingan Teknologi Hijau.
4) Menghuraikan 4 punca amalan Teknologi Hijau tidak diterapkan dalam kehidupan
seharian.
5) Mencadangkan 4 langkah-langkah atau strategi yang boleh dibuat bagi
meningkatkan penggunaan Teknologi Hijau yang sesuai.

6

5.0 KAJIAN KES
5.1 Kawasan Kajian
Kawasan kajian saya terletak di Taman Scientex,Kelapa Sawit, Kulai. Kawasan tersebut
merupakan kawasan yang dipenuhi dengan tanah tinggi. Ini menjadikan tempat
penanaman sentiasa dijadikan di kawasan tersebut. Seperti contoh, kawasan kajian saya
dipenuhi dengan tanaman seperti pokok kelapa sawit. Di sini, pelbagai hasil pertanian
dapat diperoleh untuk dijual kepada para penduduk yang tinggal berdekatan di sini.
Selain itu, tarikan terbesar di Kulai ialah Gunung Pulai. Gunung dan hutan lipur di
sekelilingnya merupakan tarikan utama pelancong di Kulai untuk aktiviti rekreasi luar.
Terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan di Kulai yang tertumpu di sekitar
kawasan Gunung Pulai. Anda boleh pergi untuk trekking, mendaki gunung, dan
penerokaan alam semula jadi. Ada beberapa tasik di mana anda boleh pergi menyelam
dan berenang di Kulai. Lagun Tasik Biru dan Lagun Kangkar Pulai adalah antara tasik
yang terindah dan harus dilawati oleh para pengunjung apabila mengunjung ke Kulai.
Tasik-tasik ini juga merupakan destinasi mendaki yang popular. Terdapat juga beberapa
air terjun di dalam hutan Pulai dan kawasan gunung untuk dinikmati oleh para
pelancong di Kulai.
Oleh itu, para penduduk haruslah mengaplikasikan penggunaan teknologi hijau dalam
kehidupan seharian agar kebersihan akan sentiasa terjaga dan dapat menarik lagi para
pelancong untuk melancong ke negara kita.

7

5.2 Kaedah Kajian
Kaedah kajian haruslah dipilih kerana ianya dapat membantu dalam menyelesaikan
sesebuah ugasan dengan lebih cepat dan mudah. Terdapat pelbagai kaedah kajian yang
boleh dilaksanakan. Antara kaedah kajian yang saya pilih ialah:

a) Pemerhatian
Pemerhatian adalah kaedah yang paling mudah dan cepat.Kaedah ini dapat
membantu saya untuk memerhati segala punca dan kesan apabila amalan
penggunaan teknologi hijau tidak diaplikasikan.

b) Soal selidik
Soal selidik biasanya digunakan apabila ingin memperoleh maklumat dari segi carian
internet mahupun bersama orang. Saya memperoleh maklumat hanya dengan
melalui carian internet sahaja untuk memudahkan tugasan saya.

c) Rujukan
Rujukan membantu saya untuk memperoleh lebih banyak maklumat lagi dengan
tepat.Rujukan boleh dilakukan secara atas talian dan buku.
Antara rujukan yang saya guna adalah:
• Buku teks
• Wikipedia
• Google
• E-book
dan sebagainya.

8

6.0 HASIL KAJIAN

6.1 Definisi Teknologi Hijau.

i. Buku teks
• Merujuk kepada pembangunan produk,peralatan dan sistem unutk memelihara dan

memulihara alam sekitar serta sumber semula jadi.
• Aplikasi teknologi hijau selaras dengan konsep pembangunan lestari.
• Pembangunan yang dilaksanakan perlu memenuhi keperluan semasa tanpa

menjejaskan generasi akan dating.
• Memastikan generasi akan dating dapat menikmati kualiti hidup seperti yang kita

nikmati sekarang atau yang lebih baik.

ii. Wikipedia
Teknologi hijau atau teknologi alam sekitar adalah penggunaan sains alam
sekitar untuk memulihara sumber dan alam sekitar semula jadi dan mengawal
kesan negatif kepada aktiviti seharian
untuk spesies bangsa keturunan manusia.

6.2 Konsep Teknologi Hijau

1. Matlamat Teknologi Hijau
-Meningkatkan tahap kesihatan dan kehidupan.
-Melindungi ekosistem semula jadi.
-Mengurangkan impak negatif daripada ativiti semasa.
- Menjadi alternatif untuk menggalakkan perkembangan ekonomi.

2. Ciri-ciri Produk Tenologi Hijau

KRITERIA PRODUK TEKNOLOGI HIJAU
➢ Reka bentuk sesuatu produk harus berdasarkan pengalaman lepas
untuk membantu manusia.
➢ Menggalakkan penggunaan sumber bahan yang boleh diperbaharui.
➢ Boleh dikitar semula atau melalui amalan 5R
➢ Menjimatkan penggunaan tenaga dan sumber bahan api.
➢ Mudah digunakan kerana teknologi ini dicipta untuk kegunaan
manusia.
➢ Selamat digunakan dan menyediakan persekitaran yang sihat dan
lebih baik.
➢ Berupaya meminimumkan kemerosotan alam sekitar.

9

6.3 Empat (4) jenis dan contoh Teknologi Hijau yang terdapat di kawasan kajian.
EMPAT TERAS UTAMA TEKNOLOGI HIJAU DI KAWASAN KAJIAN

a. TENAGA
▪ Mengurangkan penggunaan tenaga bahan api fosil.
▪ Mempromosikan kecekapan guna tenaga.
▪ Contoh: Kereta hibrid,kerenderaan elektrik,biodiesel dan kenderaan gas asli
(NGV).

b. ALAM SEKITAR
▪ Kesan kepada alam sekitar dapat diminimumkan.
▪ Contoh: Produk biodegrasi dan baja kompos.

c. EKONOMI
▪ Meningkatkan pembangunan ekonomi negara melalui penggunaan teknologi
canggih.
▪ Contoh: Industri fotovolta.

d. SOSIAL
▪ Kualiti hidup rakyat dapat dipertingkatkan.
▪ Contoh: -Penggunaan bekas makana mesra alam
-Menggunakan pengangkutan awam.

10

6.4 Empat (4) kepentingan Teknologi Hijau.

SOSIAL – Meningkatkan kualiti hidup.
--Meningkatkan kemudahan infrastruktur tempatan.
--Meningkatkan kualiti udara.
--Mengurangkan peningkatan suhu.
--Mengurangkan pencemaran bunyi.

EKONOMI-Mengurangkan kos operasi.
-Meningkatkan nilai aset dan keuntungan.
-Meningkatkan produktiviti dan kepuasan pekerja.
-Meneroka peluang mengeksport produk hijau.
-Industri fotovolta dapat menyumbang kepada pendapatan Keluaran Dalam
Negara Kasar (KDNK).

MENJANA –Merangkumi sumber tenaga seperti angin,air,solar dan ombak yang
TENAGA bersumberkan alam semula jadi.

-Mengurangkan kebergantungan kepada tenaga yang tidak boleh
diperbaharui.
-Mempromosikan kecekapan guna tenaga negara,selamat dan mesra
pengguna.
MEMELIHARA –Melindungi sumber semula jadi.
& MEMULIHARA –Meningkatkan kualiti uadara dan air.
ALAM SEKITAR –Mengurangkan pembuangan bahan yang boleh dikitar semula.
--Meningkatkan dan melindungi ekosistem dan kepelbagaian hidup.
--Mengurangkan pelepasan gas karbon ke udara.

11

6.5 Empat (4) punca amalan Teknologi Hijau tidak diterapkan dalam kehidupan seharian.
i) Masalah Kos
• Masalah ini sering berlaku kerana mereka yang tidak mampu untuk menampung
pembayaran kos teknologi yang diperuntukkan kerana harganya yang terlalu mahal.
ii) Kurang Kefahaman/Kesedaran
• Terdapat segelintir orang yang masih tidak tahu tentang penggunaan teknologi hijau
ini dan ada yang masih mengambil hal ini sebagai perkara yang mudah tanpa
mengambil berat tentang kesan yang akan berlaku sekirannya amalan teknologi
hijau tidak digunakan.
iii) Kurang penguatkuasaan
• Pihak kerajaan kurang penguatkuasaan undang-undang untuk menggalakkan
penggunaan teknologi hijau dalam kehidupan seharian masyarakat.
iv) Kurang Kepakaran
• Kurang kepakaran dalam memasang teknologi hijau adalah salah satu faktor yang
sering terjadi dalam kalangan masyarakat yang menyebabkan mereka berkeputusan
untuk tidak menggunakan sebarang teknologi hijau.

12

6.6 Empat(4)langkah-langkah dan strategi yang boleh dibuat bagi meningkatkan
penggunaan Teknologi Hijau.
i) Berjimat cermat
• Dengan berjimat cermat ,kita dapat menangani masalah kos. Membeli barangan
yang lebih berpatutan dapat membantu kita untuk menyimpan duit agar masalah
kos untuk menyara hidup dapat dielakkan. Selain itu,Teknologi Hijau juga dapat
dibeli dengan harga yang berpatutan.
ii) Menyertai kempen kesedaran.
• Kempen kesedaran dapat membantu menyedarkan para masyarakat agar bersikap
lebih terbuka dan tidak mengambil ringan tentang hal ini. Dengan ini, penggunaan
Teknologi Hijau juga akan meningkat dan menyebabkan pelbagai masalah seperti
peningkatan suhu dan jerebu dapat dielakkan
iii) Menguatkuasakan undang-undang
• Kerajaan menguatkuasakan undang-undang dengan menggalakkan penggunaan
Teknologi Hijau. Pihak kerajaan dan para masyarakat haruslah bertanggungjawab
dalam memastikan amalan hijau juga sentiasa diamalkan.
iv) Menghadiri kelas
• Bagi mereka yang masih kurang pengetahuan dalam memasang Teknologi Hijau,
digalakkkan untuk menghadiri kelas yang dapat membantu mereka menambah ilmu
pengetahuan.Dengan ini,mereka akan lebih mahir dan penggunaan Teknologi Hijau
juga akan meningkat.

13

7.0 RUMUSAN
Kesimpulannya,kita hendaklah mengamalkan penggunaan Teknologi Hijau dalam
kehidupan seharian agar alam sekitar sentiasa terpelihara.Oleh itu, para masyarakat
haruslah bersama-sama bertanggungjawab dalam memelihara dan memulihara alam sekitar
dengan menggunakan Teknologi Hijau.Kesannya,negara kita akan sentiasa terkenal dengan
kebersihan dan alam sekitar yang sentiasa terpelihara. Selain itu, masalah seperti
peningkatan suhu dan jerebu juga dapat dielakkan.

14

8.0 RUJUKAN
- Buku teks geografi
- Konsep Teknologi Hijau | PDF (scribd.com)

- Teknologi hijau - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas
- Top Kulai Tourist Attractions - Things to Do and See in Kulai (wideworldtrips.com)

15

LAMPIRAN 1
Kereta Hibrid
Panel Solar
16

Baja Kompos
Bekas makanan dari ubi kayu
17

LAMPIRAN 2
Temubual yang berlaku antara Alya(saya) dan juga mak cik jiran sebelah:
Alya(saya):Assalamualaikum mak cik.
Mak cik :Waalaikumussalam Alya.
Alya(saya):Apa khabar mak cik?
Mak cik :Alhamdullilah sihat.
Alya(saya):Bolehkah jika saya ingin menyoal beberapa soalan untuk tugasan kerja

lapangan saya?
Mak cik :Semestinya boleh,Alya.
Alya(saya):Adakah mak cik pernah menggunakan sebarang Teknologi Hijau?
Mak cik :Ada, mak cik memasang panel solar di bumbung dan juga menggunakan

panel solar sebagai lampu di luar rumah. Selain itu, mak cik juga
menggunakan kereta hibrid sebagai kenderaan mak cik ke tempat kerja.
Akhir sekali, mak cik menggunakan baja biodegrasi Ketika menanam
tanaman.
Alya(saya):Adakah mak cik pernah mengamalkan amalan hijau sebagai rutin harian?
Mak cik :Mak cik sentiasa mengamalkan amalan hijau sebagai rutin harian seperti
menanam tanaman di sekeliling kawasan rumah.
Alya(saya):Baiklah mak cik,sampai di sini sahaja persoalan saya.Terima kasih kerana
sudi untuk menjawab persoalan saya mak cik.
Mak cik :Sama-sama.

18

LAMPIRAN 3
19

Analisis kesuluruhan:
Secara kesuluruhannya,hampir semua responden mempunyai Teknologi Hijau di
kawasan kajian mereka dan sering mengamalkan amalan hijau sebagai rutin harian.

20


Click to View FlipBook Version