The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

v2- BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG PIBG KALI 19

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rozaidayusof70, 2021-04-19 11:33:41

v2- BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG PIBG KALI 19

v2- BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG PIBG KALI 19

KANDUNGAN

BIL TAJUK MUKASURAT
1. AHLI JAWATAN KUASA MESYUARAT AGUNG PIBG 3

KALI KE-19 TAHUN 2021

2. NOTIS MESYUARAT AGUNG KALI KE-19 4

3. AHLI JAWATAN KUASA PIBG SESI 2020/2021 5

4. MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE -18 6 - 20

5. LAPORAN TAHUNAN PIBG 2020/2021 21 - 22

6. PENYATA KEWANGAN PIBG BERAKHIR 31.12.2020 23 - 24

7. SENARAI JAWATAN KUASA BAHARU BAGI 25
SESI 2021/2022 26
27
8. USUL

9. MAKLUMAT UNTUK IBU BAPA/ PENJAGA

2

JAWATAN KUASA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-19
TAHUN 2021

SMK SERI SETIA
TELUK INTAN, PERAK

PENGERUSI : PN HAJAH ZARINAH BINTI ANANG
TIMBALAN PENGERUSI : TN HAJI MOHD MAZLAN BIN MOHD JAMHURI
NAIB PENGERUSI I : EN AHMAD FAUZI BIN SULAIMAN
NAIB PENGERUSI II : EN ISHAK LATFI BIN AHMAD
YANG DIPERTUA PIBG : PN NOOR SEEHA BINTI HUSSIN
NAIB YANG DIPERTUA : EN NARASIAHRAMU A/L SUBRAMANIAM
SETIAUSAHA : PN ROZAIDA BINTI YUSOF
PENOLONG SETIAUSAHA : EN KHIRUL AZWAN BIN TAHRIN
BENDAHARI : CIK LEE WAI MEI
JURU AUDIT (GURU) : PN NOR AZLIA BINTI ABDUL AZIZ
JURU AUDIT (IBUBAPA) : EN SHAIFUL BAHTIAR
AJK GURU : PN MAWAR BINTI ISMAIL
: EN TARMIZI BIN SELAMAT
AJK IBUBAPA : EN ARUMUGAM A/L KRISHNAN
: PN SURAIZAH BINTI ABU BAKAR
: PN ANIZAH BINTI MD MAHFOD
: PN HAMIDAH BINTI ILYAS
: EN MOHD FAHIRMY BIN MAT SAPOR

AHLI JAWATANKUASA KERJA Pencatat Minit Mesyuarat
Bacaan Doa Pn Roshayati binti Suratman
Ustaz Sukri bin Sulaiman - Ucapan YDP dan Pengetua
Pn Sabariah binti Yasin
Kehadiran - Semasa Mesyuarat
Pn Norazua binti Adnan
Cik Banubpriyah a/p Krishnaswamy Pegawai Teknikal Google Meet
En Mohd Aizat bin Idris
Buku Program En Hafizul Adlan bin Mohamed Yusoff
Pn Rozaida binti Yusof Semua AJK PIBG

3

4

AHLI JAWATAN KUASA PIBG

SMK SERI SETIA
TELUK INTAN, PERAK

SESI 2020/2021

PENASIHAT : PN HAJAH ZARINAH BINTI ANANG
YANG DIPERTUA PIBG : PN NOOR SEEHA BINTI HUSSIN
NAIB YANG DIPERTUA : EN NARASIAHRAMU A/L SUBRAMANIAM
SETIAUSAHA : PN ROZAIDA BINTI YUSOF
PENOLONG SETIAUSAHA : EN KHIRUL AZWAN BIN TAHRIN
BENDAHARI : CIK LEE WAI MEI

JURU AUDIT (GURU) : PN NOR AZLIA BINTI ABDUL AZIZ
JURU AUDIT (IBUBAPA) : EN SHAIFUL BAHTIAR BIN BAIJURI
AJK GURU : PN MAWAR BINTI ISMAIL
: EN TARMIZI BIN SELAMAT
AJK IBUBAPA : EN ARUMUGAM A/L KRISHNAN
: PN SURAIZAH BINTI ABU BAKAR
: PN ANIZAH BINTI MD MAHFOD
: PN HAMIDAH BINTI ILYAS
: EN MOHD FAHIRMY BIN MAT SAPOR
: EN AHMAD NOR BIN TAJAR

5

MINIT MESYUARAT AGUNG
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

KALI KE-18 TAHUN 2020
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI SETIA
JALAN PADANG TEMBAK, 36000 TELUK INTAN

TARIKH : 20 FEBRUARI 2020

HARI : KHAMIS

MASA : 11.00 PAGI

TEMPAT : DEWAN SETIA BUDI SMK SERI SETIA

PERASMIAN OLEH : TN HAJI MOHAMAD YUSOF BIN MOHD TAIB

YANG DIPERTUA PIBG SMK SERI SETIA

KEHADIRAN : 132 ORANG

1. Ucapan Pengetua (Pn Hajah Zarinah bt Anang):

1.1 Tuan Pengetua mengalu-alukan kehadiran kehadiran YDP PIBG, barisan
pentadbir sekolah, guru-guru, AJK PIBG serta ibubapa dan penjaga pelajar.

Tindakan: Makluman

1.2 Pengetua memaklumkan bilangan guru, kakitangan, pekerja pembersihan dan
pengawal keselamatan. Seorang kakitangan akan bersara awal atas faktor
kesihatan dan ‘Medical Board’ sedang diproses untuk beliau. Manakala seorang
lagi kakitangan sudah lama tidak hadir bekerja tanpa sebarang makluman.

Tindakan: Makluman

1.3 Pengetua memaklumkan keputusan PT3 dan SPM bagi tahun 2016-2018.

Tindakan: Makluman

1.4 Pengetua memaklumkan antara kerja-kerja yang telah dilaksanakan sejak beliau
ditugaskan di SMK Seri Setia seperti:

1.4.1 Pembersihan kawasan persekitaran yang berisiko. Longgokan perabut
rosak telah dibersihkan kerana bekas kulit ular telah beberapa kali
dijumpai di kawasan sekolah .

Tindakan: Makluman

1.4.2 Membaikpulih lantai Pusat Sumber Sekolah yang pecah.

Tindakan: Makluman

1.4.3 Menutup sebahagian pintu bilik atau kelas yang rosak dengan kepingan
aluminium.

Tindakan: Makluman

6

1.5 Pengetua memaklumkan program-program kerohanian yang dijalankan
diperingkat sekolah seperti:

1.5.1 Israk dan Mikraj dengan menjemput Pencetus Ummah (PU) Yeop.
1.5.2 Mentor-mentee antara guru kelas dengan pelajar.

Tindakan: Makluman

1.5.3 Program Ziarah Cakna iaitu membuat lawatan ke rumah pelajar terpilih.
Tindakan: Makluman

1.5.4 Program Jom ke Sekolah anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
dan Polis Di Raja Malaysia (PDRM).
Tindakan: Makluman

1.5.5 Pilihanraya Sekolah untuk memilih Ketua Pengawas Sekolah dengan
mempraktikkan cara pilihanraya sebenar seperti:
dikendalikan oleh jawatankuasa tertentu, hanya yang mempunyai kad
pengenalan sahaja yang dibenarkan mengundi, mengenakan dakwat
pada jari kepada yang telah mengundi, tempat mengundi, memangkah
calon pilihan dan pengiraan undi. Semua guru dan murid terlibat dalam
aktiviti ini.
Tindakan: Makluman

1.5.6 Program Guru Penyayang iaitu guru-guru bertugas secara berjadual
mengalu-alukan kehadiran murid di pintu pagar sekolah.
Tindakan: Makluman
7

1.5.7 Penyediaan ‘Food Bank’ dalam kotak di tangga utama ke pejabat.
Makanan kering berbungkus seperti biskut disediakan untuk pelajar.
Bertujuan membantu mereka yang tidak sempat bersarapan supaya
bertenaga untuk belajar. Mendapat sokongan daripada staf
SMK Seri Setia yang menghulurkan sejumlah wang secara tunai atau
pindahan wang bank dan ada juga yang terus meletakkan makanan ke
dalam kotak yang disediakan.
Tindakan: Makluman

1.5.8 Penyampaian Watikah Pelantikan badan kepimpinan pelajar yang terdiri
daripada Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah, Pengawas
SPBT dan Pembimbing Rakan Sebaya.
Nur Farisya bt Mohd Rawi telah dipilih sebagai Ketua Pengawas Sekolah
dalam pilihanraya yang telah dijalankan.
Tindakan: Makluman

1.5.9 Memaklumkan tentang SMK Seri Setia yang terpilih dalam Program
Transformasi Sekolah (TS25). Melalui TS25 diharapkan sekolah yang
terpilih berupaya mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan
pengurusan serta kepimpinan dan pedagogi pembelajaran dan
pengajaran yang selari dengan hasrat Kementerian Pendidikan. Pengetua
dan Penolong Kanan Pentadbiran telah menghadiri kursus untuk tujuan
tersebut.
Tindakan: Makluman

1.6 Pengetua memaklumkan Kajian Minda Sihat dalam kalangan pelajar mendapati:
140 orang - lemah mata pelajaran
100 orang - tiada keyakinan
80 orang - diganggu
40 orang - banyak kerja
Tindakan: Makluman
8

2. Ucapan Yang Di Pertua PIBG / Perasmi (Tn Haji Mohamad Yusof bin Mohd Taib)

2.1 Mengucapkan salam dan tahniah kepada pelajar yang mempengerusikan majlis
pada hari ini iaitu Muhammad Adam bin Nazzaily dan Nor Aisahtul Balqis bt
Ahmad Anas (4 Sarjana).
Tindakan: Makluman

2.2 YDP mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Pengetua atas maklumat
yang telah disampaikan.
Tindakan: Makluman

2.3 YDP menyarankan supaya PIBG mencari kaedah untuk mengatasi masalah
kehadiran ibubapa dalam aktiviti dan majlis sekolah.
Tindakan: AJK PIBG

2.4 YDP menyatakan hasrat untuk melepaskan jawatan pada sesi 2020/2021 kerana
beliau jarang berada di Teluk Intan. Beliau berharap ahli mesyuarat akan
melantik YDP yang baharu untuk memimpin PIBG SMK Seri Setia.
Tindakan: Makluman

2.5 YDP menyatakan bahawa semua ibubapa dan penjaga mesti yakin bahawa
mereka mampu melahirkan anak yang cemerlang. YDP pernah mencabar
pelajar supaya mendapatkan keputusan yang cemerlang (95%) tetapi sehingga
kini hasrat tersebut masih belum kesampaian.
Tindakan: Semua ibubapa dan penjaga

9

2.6 Menyarankan ibubapa supaya mengambil berat dan menyemak kerja sekolah
anak-anak. Pastikan mereka sentiasa menyelesaikan tugasan yang diberi oleh
guru-guru.
Tindakan: Semua ibubapa dan penjaga

2.7 YDP mencadangkan supaya ibubapa memantau aktiviti anak-anak kerana pada
masa ini gajet telekomunikasi adalah antara punca utama masalah mereka.
Anak-anak akan menjadi leka, boleh mendatangkan banyak kesan buruk dan
melakukan amalan yang tidak sihat. Perkara ini sudah pasti akan menjejaskan
kualiti pelajaran mereka.
Tindakan: Semua ibubapa dan penjaga

2.8 Memohon supaya ibubapa yang tidak dapat hadir dalam aktiviti sekolah dapat
memaklumkan kepada pihak pentadbiran untuk memudahkan pengurusan
pihak sekolah.
Tindakan: Semua ibubapa dan penjaga

2.9 YDP berjanji akan mengusahakan pembinaan surau sekolah dan atap di
kawasan terbuka Dataran Perhimpunan. Kawasan dataran tersebut boleh
disewakan dan menjadi pendapatan kepada PIBG.
Tindakan: Tn Hj Mohamad Yusof b Mohd Taib

10

2.10 YDP dimaklumkan bahawa SMK Seri Setia masih belum mendapat Sijil
Menduduki/ Certificate of Fitness (CF) dan memohon maklumat daripada pihak
sekolah supaya beliau dapat membantu mengambil tindakan yang sewajarnya.
Begitu juga dengan bangunan kuarters di hadapan sekolah (bawah penyeliaan
Kementerian Pendidikan Malaysia) akan cuba diusahakan supaya boleh
mendatangkan manfaat.
Tindakan: Pengetua dan Tn Hj Mohamad Yusof

2.11 YDP memaklumkan bahawa yuran PIBG SMK Seri Setia adalah yang paling
rendah di daerah Hilir Perak. Semakan tabungan PIBG mendapati bahawa
masih ramai ibubapa yang belum menjelaskan wang sumbangan. Sehubungan
itu beliau berharap agar semua pihak memberikan kerjasama supaya pihak
sekolah dapat menjalankan program yang semestinya memerlukan
perbelanjaan.
Tindakan: Semua ibubapa dan penjaga

2.12 YDP memaklumkan bahawa beliau akan memberi sumbangan
peribadi sebanyak RM2,000.00 kepada PIBG.
Tindakan: Tn Hj Mohamad Yusof bin Mohd Taib

11

3. Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-18

3.1 Pengerusi memberi salam kepada tetamu dan meminta mereka merujuk buku
program muka surat 5 dan meminta agar minit mesyuarat tersebut diterima
dan disahkan.
Tindakan: Makluman

3.2 En. Hasan Sazalli bin Shaari mencadangkan agar minit mesyuarat agung
tersebut diterima dan disahkan. Cadangan disokong oleh En. Zainal bin Ghazali.

Tindakan: Makluman

4. Membentang dan Mengesahkan Laporan Aktiviti Tahunan PIBG 2019

4.1 Cik Banubpriyah a/p Krishnaswamy selaku Setiausaha membentangkan laporan
aktiviti tahunan dengan merujuk muka surat 13-14 dan meminta agar diterima
dan disahkan.
Tindakan: Setiausaha
En. Muzahid bin Sanusi mencadangkan minit tersebut disahkan.
Disokong oleh Pn Roshidah bt Paiton.
Tindakan: Makluman

5. Membentang dan Meluluskan Penyata Kewangan PIBG berakhir 31 Disember 2019

5.1 Pn. Roshayati bt Suratman selaku Bendahari membentangkan laporan
kewangan PIBG berakhir pada 31 Disember 2019 dan meminta para tetamu
merujuk muka surat 17-18. Memohon agar laporan tersebut diterima dan
disahkan.
Tindakan: Bendahari
12

5.2 En. Hasan Sazalli bin Shaari mencadangkan agar laporan tersebut diterima dan
disahkan.
Cadangan disokong oleh En. Abu Bakar bin Mohd Jamil.
Tindakan: Makluman

6. Pemilihan dan Pelantikan Jawatankuasa PIBG Sesi 2020-2021

6.1 Tn. Haji Mohamad Yusof bin Mohd Taib mempengerusikan sesi pemilihan.
Tindakan: Makluman

6.2 En. Abu Bakar bin Mohd Jamil mencadangkan agar Pn Norseeha bt Hussin
dilantik sebagai Yang Di Pertua PIBG yang baharu.
En. Hasan Sazalli bin Shaari menyokong cadangan tersebut.
En. Ahmad Nor bin Tajar mencadangkan cadangan ditutup.
Disokong sebulat suara.
Tindakan: Makluman

6.3 En. Khirul Azwan bin Tahrin mencadangkan agar En. Narasiahramu a/l
Subramaniam dilantik menjadi Naib Yang Di Pertua.
Pn.Rashidah bt Paiton menyokong cadangan tersebut.
Pn. Suraizah bt Abu Bakar mencadangkan supaya cadangan ditutup.
Disokong sebulat suara.
Tindakan: Makluman

13

6.4 En. Khirul Azwan bin Tahrin mencadangkan agar En. Mohd Fahirmy bin Mat
Sapor menjadi ahli jawatankuasa .
Pn. Siti Fatimah bt Anuar mencadangkan agar cadangan ditutup.
Disokong sebulat suara.
Tindakan: Makluman

13
6.5 Tn. Haji Mohamad Yusof bin Mohd Taib mencadangkan supaya Pn. Suriyati bt

Arshad menjadi ahli jawatankuasa.
En. Khirul Azwan bin Tahrin mencadangkan cadangan ditutup.
Disokong sebulat suara.

Tindakan: Makluman

6.6 Pn Norseeha bt Hussin mencadangkan Pn. Anizah bt Md Mahfod, Pn. Hamidah
bt Ilyas dan En. Ahmad Nor bin Tajar menjadi ahli jawatan kuasa memandang-
kan anak mereka bersekolah di SMK Seri Setia.
Manakala En. Shaiful Bahtiar sebagai juruaudit.
Disokong sebulat suara.
Tindakan: Makluman

6.7 Pengetua SMK Seri Setia memaklumkan Ahli Jawatankuasa dalam kalangan
guru ialah

Setiausaha : Pn. Rozaida bt Yusof

Pen. Setiausaha : En. Khirul Azwan bin Tahrin

Bendahari : Cik Lee Wai Mei

Juru audit : Pn. Nor Azlia bt Abdul Aziz

Ahli Jawatankuasa : En. Tarmizi bin Selamat

En. Arumugam a/l Krishnan

Pn. Mawar bt Ismail

Tindakan: Makluman
14

14
6.8 Tn Haji Mohamad Yusof bin Mohd Taib selaku mantan YDP PIBG menyerahkan

perjalanan majlis seterusnya kepada Pn. Norseeha bt Hussin iaitu YDP yang
baharu dilantik.
Memohon maaf atas segala kelemahan dan kekurangan sepanjang beliau
menerajui persatuan ini dan berharap agar PIBG Semesta akan terus maju.

Tindakan: Makluman

7. Membahas dan Meluluskan Usul

7.1 YDP membacakan usul yang dikemukakan oleh ibubapa, penjaga dan guru.

7.1.1 Ibu bapa mencadangkan supaya pihak sekolah menyediakan penapis air.
Usul ini tidak sesuai dilaksanakan kerana melibatkan kos yang besar.
Tambahan pula kantin serta koperasi ada menyediakan jualan air.
Disokong sebulat suara oleh semua ahli.
Tindakan: Makluman

7.1.2 Ibu bapa dicadangkan supaya menyumbang 1 rim kertas A4 daripada satu
keluarga kepada pihak sekolah. Tujuannya adalah untuk membantu pihak
sekolahmencetak bahan latihan untuk pelajar. Kertas A4 ini boleh
diserahkan kepada Penolong Kanan Pentadbiran sekolah.
Disokong sebulat suara oleh semua ahli.
Tindakan: Semua ibu bapa dan penjaga
Penolong Kanan Pentadbiran

15

15

7.1.3 Ibubapa disarankan supaya memantau disiplin anak-anak terutamanya
dalam aspek rambut, kasut dan pakaian seragam sekolah supaya
penampilan anak nampak lebih kemas dan mengikut peraturan yang
ditetapkan.
Disokong sebulat suara oleh semua ahli.
Tindakan: Semua ahli PIBG

7.1.4 Pengerusi memohon agar PIBG dapat memberi cenderahati atau
sumbangan kepada pelajar yang aktif dalam kokurikulum. Walau
bagaimanapun perkara ini perlulah bersesuaian dengan tabungan PIBG.
Namun begitu, pihak sekolah amat berbesar hati jika ada ibu bapa yang
sudi menyumbang sebagai satu galakan kepada pelajar.
Disokong sebulat suara oleh semua ahli.
Tindakan: Semua ahli PIBG

7.1.5 Pengerusi mencadangkan agar wang sebanyak RM 30.00 per keluarga
dalam Bayaran Tambahan sebelum ini ditambah kepada RM 40.00
memandangkan sekolah ini adalah yang paling rendah pembayaran
sumbangannya. Tabungan yang baik akan dapat menyokong perjalanan
aktiviti yang dirancang oleh pihak sekolah.

Diterima dan disokong sebulat suara oleh semua ahli.
Tindakan: Semua ibubapa dan penjaga

16

16

7.1.6 Pengerusi memaklumkan bahawa Bayaran Tambahan PIBG untuk pelajar
SMK Seri Setia pada tahun 2020 adalah seperti berikut:
Tindakan: Makluman

Bayaran Tambahan PIBG untuk Warganegara/ Bukan Warganegara:

Tajuk/ Ting 1 Ting 2 Ting 3 Ting 4 Ting 5
Jenis Kutipan

1. Sumbangan PIBG RM 40.00 RM 40.00 RM 40.00 RM 40.00 RM 40.00
per keluarga

2. Program RM 30.00 RM 30.00 RM 60.00 RM 30.00 RM 80.00
Kecemerlangan

Akademik

JUMLAH RM 70.00 RM 70.00 RM100.00 RM 70.00 RM120.00

Cadangan diterima dan disokong sebulat suara oleh semua ahli mesyuarat.
Tindakan: Makluman

17

17

7.1.7 Pengerusi memaklumkan untuk pelajar bukan warganegara, selain
daripada Bayaran Tambahan PIBG mereka juga perlu menjelaskan yuran
tahunan sekolah seperti berikut:
Tindakan: Makluman

Yuran Tahunan untuk pelajar Bukan Warganegara sahaja:

Bil Tajuk/ Jenis Bayaran Kadar Bayaran Minimum
Sekolah Menengah

1. Kokurikulum RM 6.00

2. Kertas Ujian Dalaman RM 10.00

3. Sukan Tahunan Sekolah RM 6.00

4. Kegiatan Pendidikan Islam/Pendidikan Moral RM 6.00

5. Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) RM 4.00

6. Insuran Takaful (Termasuk Murid Pra Sekolah) + SST 6% RM 1.50

JUMLAH BESAR RM 33.50

Diterima dan disokong sebulat suara oleh semua ahli mesyuarat.
Tindakan: Makluman

18

18

8. Ucapan Penangguhan

8.1 Ucapan Pengetua

8.1.1 Pn. Hajah Zarinah bt Anang selaku Pengetua SMK Seri Setia mengucapkan
tahniah kepada Pn. Noor Seeha bt Hussin yang telah dilantik sebagai YDP
yang baharu dan menjadi sejarah SEMESTA apabila menjadi wanita
pertama yang dilantik untuk menyandang jawatan tersebut.
Semoga sedikit kelainan pemilihan kali ini akan dapat memberi kesan dan
sentuhan yang berbeza bak kata pepatah tangan yang menghayun buaian
itu mampu menggoncangkan dunia.
Tindakan: Makluman

8.1.2 Pengetua juga berharap agar pihak ibubapa akan sentiasa memberi
kerjasama serta sokongan untuk kejayaan dan kemenjadian anak-anak
dalam bidang sahsiah, kurikulum dan kokurikulum seperti ‘tagline’
sekolah iaitu:
“TOGETHER WE SHINE”
Tindakan: Makluman

8.2 Ucapan Yang Di Pertua PIBG (YDP)

8.2.1 Pn. Noor Seeha bt Hussin selaku YDP sesi 2020/2021 mengucapkan terima
kasih kepada semua ahli mesyuarat yang memberi kepercayaan kepada
beliau untuk menerajui kepimpinan PIBG dengan pelantikan sebagai YDP
PIBG SMK Seri Setia bagi sesi 2020/2021.
Tindakan: Makluman

19

8.2.2. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada barisan AJK yang telah dilantik
dalam kalangan ibubapa juga guru.
Semoga lantikan tersebut akan menjadi pemangkin untuk sama-sama
membantu pihak sekolah membawa kejayaan anak-anak di sekolah ini.
Tindakan: Makluman

19

8.2.3 YDP juga tidak lupa mengucapkan tahniah dan terimakasih kepada
ibubapa yang hadir pada hari ini untuk menjayakan mesyuarat agung
tahunan PIBG.
Semoga sokongan dan kerjasama ibubapa akan berterusan untuk
memastikan anak-anak berjaya dalam bidang masing-masing.
Tindakan: Makluman

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.50 tengah hari.

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:

(ROZAIDA BT YUSOF) (HJH ZARINAH BT ANANG) (NOOR SEEHA BT HUSSIN)
Setiausaha PIBG Pengetua Yang Di Pertua PIBG
SMK Seri Setia SMK Seri Setia SMK Seri Setia
Teluk Intan, Perak Teluk Intan, Perak Teluk Intan, Perak

20

LAPORAN TAHUNAN PIBG SMK SERI SETIA

MAC 2020 - FEBRUARI 2021

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU-GURU

SMK SERI SETIA

36000 TELUK INTAN, PERAK

1. Pendahuluan

Kerjasama erat Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru (PIBG) SMK Seri Setia (SEMESTA) telah berjaya
memberikan sumbangan yang sungguh bermakna dan berkesan kepada sekolah seperti melibatkan
diri dalam pelbagai aktiviti sekolah. Kesannya, wujud hubungan yang murni antara ibu bapa,
guru-guru, kakitangan dan pentadbir sekolah.

Antara sumbangan PIBG adalah meliputi bidang kurikulum, kokurikulum dan sahsiah. PIBG juga
memberi sumbangan yang besar terhadap penambahbaikan prasarana sekolah. Adalah diharapkan
kerjasama ini berterusan dan lebih aktif lagi pada tahun mendatang.

2. Sumber Kewangan

PIBG mendapatkan sumber kewangannya melalui sumbangan atau derma daripada ibubapa,
guru-guru dan orang perseorangan. Berikutan pandemik Covid-19 yang melanda negara dan seluruh
dunia, bayaran sumbangan yang dipersetujui dalam Mesyuarat Agung kali ke-18 (20 Februari 2020)
telah dipertimbangkan semula untuk memberi kemudahan kepada semua pihak. Kata putus ini telah
dicapai dalam Mesyuarat AJK PIBG Bil/2 (5 Ogos 2020) dan telah diluluskan oleh Jabatan Pendidikan
Negeri Perak. Perincian bayaran adalah seperti berikut:

Jenis kutipan Perubahan Ting 1 Ting 2 Ting 3 Ting 4 Ting 5
RM 40.00 RM 40.00 RM 40.00 RM 40.00 RM 40.00
Sumbangan Kadar lama RM 30.00 RM 30.00 RM 30.00 RM 30.00 RM 30.00
RM 30.00 RM 30.00 RM 60.00 RM 30.00 RM 80.00
Per keluarga Kadar baharu RM 30.00 RM 30.00 RM 30.00 RM 30.00 RM 80.00

Program Kadar lama RM 70.00 RM 70.00 RM 120.00
RM 60.00 RM 60.00 RM 110.00
Kecemerlangan Kadar baharu

Akademik

Kadar lama RM 100.00 RM 70.00
RM 60.00 RM 60.00
JUMLAH Kadar baharu

21

AJK PIBG mengucapkan terima kasih daun keladi kepada semua yang terlibat sama ada orang
perseorangan, syarikat persendirian dan lain-lain yang tidak mengenal jemu membantu menjayakan
aktiviti PIBG. AJK PIBG juga sentiasa memberikan kerjasama yang sangat baik kepada pihak sekolah
demi kejayaan anak didik SEMESTA.

3. Aktiviti

Penularan wabak Covid-19 pada tahun 2020 memberi impak yang besar kepada perjalanan
aktiviti PIBG. Sesi persekolahan berlangsung seperti biasa sehinggalah kerajaan Malaysia
mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai 18 Mac 2020 sehingga 14 Julai 2020.

Sesi persekolahan dibuka semula pada 15 Julai 2020 sehingga 7 November 2020. Pihak sekolah
dengan kerjasama PIBG mengambil peluang ini untuk menjalankan aktiviti yang terhad dan
bersesuaian dengan Prosedur Operasi Standard yang ditetapkan. Pada 9 November 2020 sekali lagi
semua sekolah di Malaysia diarahkan tutup akibat peningkatan jangkitan Covid-19 yang
membimbangkan. Penutupan ini berlanjutan sehinggalah ke tarikh 4 April 2021.

Jawatan kuasa PIBG tidak dapat menjalankan aktiviti lainnya demi memastikan keselamatan
murid-murid, guru-guru dan kakitangan sekolah tidak tergugat. Antara aktiviti yang dapat dijalankan
sepanjang sesi 2020/21 adalah seperti berikut:

(i) Mesyuarat Agung PIBG kali ke-18 sesi 2019/2020

(ii) Mesyuarat Jawatan kuasa PIBG (Bil 1/2020 dan Bil 2/2020)

(iii) Program Kecemerlangan Akademik (SPM ) 2020 Fasa 1

(iv) Projek menanam bunga raya di kawasan sekolah

(v) Majlis Bacaan Yasin bersama murid-murid SPM/2020, ibubapa dan guru-guru secara Google

Meet jam 8.00 malam pada 20 Februari 2021.

(vi) Mengecat dan melukis mural

Semua aktiviti kokurikulum juga ditangguhkan dan pihak sekolah tidak dibenarkan menjalankan
sebarang kegiatan luar bilik darjah yang mungkin akan menyebabkan prosedur keselamatan gagal
dipatuhi.

Penutup

AJK PIBG berharap agar kerjasama dan persefahaman yang sedia terjalin dengan pihak sekolah ini
dapat diteruskan. Pihak AJK sentiasa mendengar dan akan memberi sokongan dalam apa bidang jua
demi kebaikan anak didik di Semesta.

Disediakan oleh TARIKH : 12 APRIL 2021

(ROZAIDA BINTI YUSOF)
Setiausaha PIBG
SMK Seri Setia Teluk Intan

22

SMK SERI SETIA
TELUK INTAN, PERAK
PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU SESI 2020/2021
PENYATA PENERIMAAN DAN PEMBAYARAN DARI 01.01.2020 HINGGA 31.12.2020

NOTA 2020

BAKI WANG PADA 01.01.2020 RM

BAKI WANG DALAM TANGAN 96.00
BAKI WANG DALAM BANK ISLAM 4,867.73
BAKI WANG DALAM BANK RAKYAT
443.89
5,407.62

PENERIMAAN

BAYARAN KEUNTUNGAN BANK ISLAM 1.28
24.70
PULANGAN WANG CENDERAHATI 2,080.00
( i ) 210.00
DERMA ( iii ) 3,960.00

DERMA PIBG 2019 3.09
1,320.00
DERMA PIBG 2020 ( ii ) 530.00
( iv ) 6,870.00
KADAR BUNGA BANK RAKYAT
14,999.07
KONTRA

PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK 2019

PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK 2020:

* TINGKATAN 1: 1080.00 [ 36/40 ]

* TINGKATAN 2: 810.00 [ 27/44 ]

* TINGKATAN 3: 960.00 [ 32/52 ]

* TINGKATAN 4: 900.00 [ 30/55 ]

* TINGKATAN 5: 3120.00 [ 39/61 ]

23

PEMBAYARAN

CAJ CEK BANK ISLAM 2.50
CAJ PERKHIDMATAN CEK BANK ISLAM 4.00

CENDERAHATI DAN DOORGIFT MESY. AGONG PIBG 2020 (v) 1,070.00
JAMUAN MESYUARAT AGONG PIBG 220.00
KONTRA
RUNCIT 1,320.00
KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN 127.30
PROGRAM KECEMERLANGAN SPM 2020 ( Fasa 1 )
1,500.00
2,000.00
6243.80

BAKI WANG PADA 31.12.2020 563.40
5,612.51
BAKI WANG DALAM TANGAN 7,986.98
BAKI WANG DALAM BANK ISLAM 14,162.89
BAKI WANG DALAM BANK RAKYAT

Disediakan oleh Disemak oleh Disemak oleh

Cik Lee Wai Mei Pn Nor Azlia Bt Abdul Aziz En Saiful Bahtiar b Baijuri
Bendahari PIBG Juruaudit PIBG Juruaudit PIBG
SMK SERI SETIA SMK SERI SETIA SMK SERI SETIA

24

USUL YANG DIKEMUKAKAN
NAMA : PN NOORSEEHA BT HUSSIN
Usul 1
Lampu isyarat di hadapan sekolah minta dibaiki supaya boleh berfungsi
Semula.
Usul 2
Setiap murid satu rim kertas A4 untuk kegunaan tusyen dan peperiksaan
dikekalkan seperti tahun lepas

NAMA:
Usul 1
Usul 2

25

JAWATAN KUASA PIBG
SMK SERI SETIA, TELUK INTAN

BAGI SESI

2021/2022

YANG DI PERTUA :

NAIB YANG DIPERTUA :

SETIAUSAHA AGUNG :

BENDAHARI AGUNG :

JURU AUDIT (GURU) :
JURU AUDIT (IBUBAPA) :

AJK : 1.
(IBUBAPA) : 2.
: 3.
: 4.

AJK :1.
(GURU) :2.
:3.

26

MAKLUMAT UNTUK PENGETAHUAN IBU BAPA DAN PENJAGA
PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025
(SMK SERI SETIA -TS25)

MATLAMAT DAN TERAS TS 25
Berdasarkan kepada tiga objektif Program Transformasi Sekolah, maka
Kementerian Pendidikan Malaysia telah menetapkan tiga matlamat utama
yang perlu dicapai oleh sekolah-sekolah di seluruh Malaysia pada tahun 2025

iaitu:
* Memantapkan kepimpinan sekolah
* Memaksimumkan potensi guru dan murid menerusi peningkatan kualiti

pengajaran dan pembelajaran
* Mengukuhkan pelibatan ibubapa, komuniti dan pihak berkepentingan

demi kejayaan murid

27
26


Click to View FlipBook Version