Beberapa bentuk kaligrafi awalnya dikembangkan berdasarkan nama kota
tempat berkembangnya tulisan itu. Dari berbagai karakter tulisan hanya ada
tiga gaya utama yang berhubungan dengan tulisan yang dikenal di Makkah
dan Madinah yaitu Mudawwar (bulat),mutsallats (segitiga) danTi'im (kembar
yang tersusun dari segitiga dan bulat).
Di antara kaligrafer Bani Umayyah yang paling termashyur
mengembangkan tulisan kursif adalah Qutbah al-Muharrir. Ia
memperkenalkan empat jenis tulisan khat iaitu Thumar, Jalil,
Nisf danThuluth. Beliau berjasa kerana menghias Masjid Nabawi di Madinah
dengan ayat-ayat Al Quran dengan jenis tulisan khat Jalil yang indah.
Keempat tulisan ini saling melengkapi antara satu gaya dengan gaya lain
sehingga menjadi lebih sempurna. Tulisan Thumar yang berciri tegak lurus
ditulis dengan pena besar pada tumar-tumar (lembaran penuh, gulungan
kulit atau kertas) yang tidak terpotong. Tulisan ini digunakan untuk
komunikasi bertulis para khalifah kepada amir-amir dan penulisan dokumen
resmi istana. Sedangkan tulisan Jalil yang berciri miring digunakan oleh
kalangan masyarakat umum .
Perkembangan Kaligrafi Zaman Bani Abbasiyah (750-1258 M)
Gaya dan teknik menulis kaligrafi semakin berkembang pada zaman ini.
Kaligrafer zaman Bani Abbasiyah yang tercatat sebagai nama besar
adalah Ibnu Muqlah yang pada masa mudanya belajar kaligrafi kepada Al-
Ahwal al-Muharrir.
Ibnu Muqlah berjasa besar bagi perkembangan tulisan kursif kerana
penemuannya yang luar biasa tentang formula secara geometrik dalam
penulisan kaligrafi yang terdiri dari tiga unsur dalam penulisan huruf
iaitu: titik, huruf alif, dan lingkaran. Menurutnya setiap huruf harus dibuat
berdasarkan ketentuan ini dan disebut al-Khat al-Mansub (tulisan yang
berstandard).
Ia juga mempelopori penulisan enam jenis khat pokok (al-Aqlam as-
Sittah) iaitu Thuluth, Nasakh, Muhaqqaq, Raihani, Riq’ah dan Tauqi' yang
merupakan tulisan kursif.
Khat Nasakh dan Thuluth menjadi popular usaha Ibnu Muqlah yang
akhirnya menghilangkan dominasi khat Kufi.
43
Usaha Ibnu Muqlah diteruskan oleh murid-muridnya yang terkenal di
antaranya Muhammad ibn as-Simsimani dan Muhammad ibn Asad. Dari
dua muridnya ini kemudian lahir penulis khat terkenal bernama Ibnu
Bawwab. Ibnu Bawwab mengembangkan lagi formula yang sudah dirintis
oleh Ibnu Muqlah yang dikenali dengan Al-Mansub Al-Faiq (huruf bersandar
yang indah).
Beliau memberi sumbangan besar terhadap penambah-baikan khat Nasakh
dan Muhaqqaq secara radikal. Namun karya-karyanya tidak banyak yang
kekal hingga sekarang, di antaranya ialah sebuah al-Qur'an.
Tokoh khat seterusnya ialah Yaqut al-Musta'simi yang memperkenalkan
method baru dalam penulisan kaligrafi secara lebih lembut dan halus
terhadap enam gaya pokok yang masyhur itu. Yaqut adalah kaligrafer besar
pada masa akhir pemerintahan Daulah Abbasiyah hingga kejatuhannya
pada tahun 1258 M kerana serangan tentera Mongol.
Penulisan kaligrafi pada masa Daulah Abbasiyah berbanding
masa Ummayah menunjukkan kepelbagaian ragam yang sangat nyata.
Para kaligrafer Daulah Abbasiyah sangat aktif menghasilkan penemuan-
penemuan baru atau memperbaharui corak-corak yang tengah berkembang.
Karya-karya kaligrafi lebih dominan dipakai sebagai hiasan dan arkitektur
oleh Bani Abbasiyah daripada Bani Ummayah yang hanya mendominasi
unsur hiasan floral dan geometrik .
Zaman Alam Melayu
Kedatangan Islam ke Alam Melayu membawa bersama seni kaligrafi Islam atau
disebut seni khat.
Seni ini boleh ditemui dalam bentu ayat AlQuran dan doa-doa terakam pada
pelbagai jenis bahan seperti batu nisan, batu bersurat, dinding bangunan,
masjid, rumah, istana, kulit, kertas, kain, senjata, syiling, rehal dan lain-lain.
Terdapat pelbagai jenis khat ditulis pada bahan-bahan tersebut seperti kufi,
thuluth, nasakh, dewani, farisi, riq’ah dan lain lagi.
Bukti terawal tulisan khat terdapat pada batu nisan seorang wanita bernama
Fatimah binti Maimun di Leran, Jawa Timur ( 1082M) mengandungi tulisan Arab
khat kufi.
Batu nisan Malik Al-Salih di Pasai (1297M) mengandungi tulisan Arab khat
thuluth.
44
Penemuan tulisan khat pada batu nisan, dinding dan bahan lain di Pahang,
Melaka dan Kedah dalam bentuk pelbagai jenis khat seperti Kufi, Nasakh,
Thuluth dan Farisi.
Batu Bersurat Terengganu (1303M) mengandungi teks bahasa Melayu pertama
dalam ejaan jawi berbentuk gaya khat Thuluth.
Bentuk khat masa itu belum stabil, saiz dan bentuk abjadnya tidak seimbang,
gaya khat tidak tetap dan tidak menarik.
Tokoh Seni Khat
Ibnu Muqlah.
Nama beliau Abu Ali Al-Shadr Muhammad ibn Al-Hasan ibn Muqlah.
Lahir pada tahun 272H di Baghdad pada zaman kerajaan Bani Abasiyah.
Pernah menjadi Perdana Menteri masa pemerintahan tiga orang khalifah
Abasiyah.
Dianggap sebagai bapa seni khat
Beliau mencipta prinsip-prinsip penulisan khat seperti menggunakan
sistem titik sebagai cara mengukur penulisan khat.
Beliau menetapkan lima kriteria untuk kesempurnaan penulisan khat,
iaitu:
Tawfiyah (tepat)- setiap huruf hendaklah tepat dari segi bentuknya.
Itmam (menyeluruh)- setiap huruf perlu menepati ukuran tepat panjang
pendek, nipis tebal.
Ikmal (sempurna)- setiap garis perlu sesuai dalam gaya tegak, terlentang,
berpusing dan melengkung.
Isyba’ (padat)- setiap lorekan garis perlu sekata dari segi tebal nipis kecuali
gaya yang menghendaki demikian.
Irsal (lancar)- lorekan cepat lancar tidak terhenti-henti atau teragak-agak.
Ali Ibnu Hilal Al-Baghdadi.
Lebih dikenali sebagai Al-Bawwab, anak murid kepada Ibnu Muqlah.
Tidak diketahui tarikh lahirnya tetapi meninggal pada tahun 413H,
dimaqamkan bersebelahan Ibn Hanbal di Baghdad.
Beliau menyempurna dan mencantikkan lagi Aqlam Sittah’ khususnya
Nasakh dan Muhaqqaq.
45
Pernah menulis 64 naskhah Al-Quran saloah satunya ditulis dengan khat
Raihani.
3.3 Yaqut Al-Musta’shimi.
Nama beliau Abu Durr aminuddin Yaqut Al-Musta’shimi ibnu Abdillah,
digelar dengan panggilan Abu Durr.
Beliau berbangsa Rumawi, dibesarkan bersama para hamba pada
zaman khalifah Al-Musta’shim Billah bani Abasiyah.
Meninggal pada 698H (1298M) di Baghdad.
Digelar sebagai kiblat para penulis (qiblat alKuttab).
Mencipta pena buluh menulis khat dengan potongan condong supaya
dapat menulis dengan tepat dan cantik khususnya bagi menulis
Aqlam Sittah.
Beliau mengajar dengan cara menekankan kepada latih tubi.
Beliau sendiri membiasakan diri menulis dua juzuk Al-Quran setiap
hari.
Sheikh Uthman Taha.
Nama sebenar beliau ialah Abu Marwan bin Uthman bin Abduh bin Hussain bin Taha.
Beliau dilahirkan di sebuah kampung di Halab, Syria pada tahun 1934 Masihi dan
mempunyai seorang isteri dan dikurniakan tujuh orang anak. Beliau dilahirkan dalam
suasana tarbiah Islam yang kuat, bapanya Syaikh Abduh Husin Taha merupakan imam
dan khatib di kampungnya, juga pengarang kitab-kitab agama. Sekarang syaikh
Uthman Taha tinggal di Madinah al-Munawwarah.
Syaikh Uthman Taha memiliki ijazah dalam bidang syariah. Pada tahun 1973, beliau
mendapat ijazah dalam seni khat dari Syaikh Hamid al-Amidiyy, seorang pakar khat
yang sangat terkenal, sehingga beliau diberi gelaran Syaikh al-Khutatatain. Selain itu
beliau juga berguru dengan tokoh khattat yang lain seperti Muhammad Aliyy al-
Mawlawiyy, Ibrahim al-Rifa’iyy di Halab, Muhammad Badwiyy al-Diraniyy di Damsyik
dan Hashim al-Baghdadiyy.
Pengalaman pertama dalam menulis mushaf ialah pada tahun 1973 semasa berusia
tiga puluh tahun di bawah syarikat percetakan Dar al-Shamiyah di Damsyik tetapi
syaikh Uthman Taha tidak berpuas hati dengan mutu kecantikan tulisan. Disebabkan
ketokohan dan penulisan hiasan dinding beliau di Masjid Nabawi, Kerajaan Saudi telah
46
mengambil beliau sebagai penulis Mushaf al-Madinah yang diguna-pakai oleh kerajaan
Saudi dan seluruh dunia bermula pada tahun 1988.
Mereka yang melihat tulisan sekarang jauh lebih bermutu dari tulisan pertama.
Sehingga kini beliau telah menulis mushaf mengikut riwayat Hafs dari Asim, riwayat
Warash dari Nafi’ al-Madaniyy kedua-dua sudah dicetak dan riwayat Qalun tetapi belum
dicetak.
Beliau amat terkenal di kalangan penulis khat kini sebagai Tokoh Seni Khat yang paling
banyak berjasa. Beliau menjadi pakar rujuk dan hakim bagi pertandingan Khat
Antarabangsa Istanbul sejak berdekad lamanya.
Beliau merupakan seorang tokoh yang telah banyak memberi khidmat dalam bidang al-
Qur’an yang tidak kita sedari. Beliau adalah penulis mushaf Madinah yang bewarna
hijau yang sering dibawa oleh jemaah haji atau orang yang ke Mekah.
Penglibatan Syaikh Uthman Taha dalam bidang penulisan mushaf sejak hampir 40
tahun iaitu bermula pada tahun 1970 untuk kementerian wakaf Syria. Pada tahun 1988
beliau datang ke Arab Saudi untuk menjadi penulis mushaf. Beliau dilantik sebagai
penulis mushaf di Majma’ al-Malik Fahd Li Tiba’ah al-Mushaf (Kompleks Percetakan
Mushaf Raja Fahd) di Madinah al-Munawwarah. Keistimewaan tulisan tangan Syaikh
Uthman Taha ialah setiap halaman berakhir dengan penghujung ayat.
Hashim Muhammad Baghdadi
Abu Raqim atau Hashim bin Muhammad bin Haji Dirbas al-Qaysi Al-Baghdadi. Beliau
dilahirkan pada tahun 1335H/1917M di Baghdad. Sejak kecil Hashim sangat tertarik
pada seni khat, beliau mula belajar dari Maula ‘Arif al-Shaykhli juga dari Ali Sabir, akan
tetapi hanya sebentar saja. Kemudian beliau mula berlatih seni khat di bawah
pengawasan dan bimbingan Syeikh Maula ‘Ali al-Fadli, yang memberinya ijazah seni
khat pada tahun 1363H/1943M.
Pada 1364H/1944M, Hashim pergi ke Mesir, beliau tinggal dan menyambung pengajian
di sebuah Institut Seni Khat di Kaherah. Para pengajar sangat terkesan dengan
karyanya yang kemudian membenarkan Hashim untuk terus mengikuti ujian akhir di
kelas senior dan diberi penghormatan untuk berada di kelas pertama. Hashim mendapat
ijazah kedua dari khattat ternama Mesir, Sayyid Ibrahim (1315H/1897M–1414H/1994M),
47
dan Muhammad Husni pada tahun 1364H/1944M. Pengurusan institut memintanya
untuk tinggal di Mesir dan mengajar, akan tetapi beliau memilih untuk kembali ke
Baghdad dan membuka perusahaan seni khat serta menerbitkan sebuah buku gaya
penulisan Seni Khat al-Riqa' pada 1365H/1946M.
Hashim kemudian pergi ke Istanbul, di mana dia berkenalan dengan tokoh seni khat
terkenal Turki, Musa Azmi atau lebih dikenali sebagai Hamid al-Amidi, yang telah
memberinya dua penghargaan sebagai pengganti ijazah, yang pertama pada
1370H/1950M dan yang kedua pada 1372H/1952M. Pada majlis anugerah yang kedua,
Hamid al-Amidi mengumumkan Hashim sebagai Penulis Seni Khat Terbaik dalam dunia
Islam dan beliau mengatakan kepada Hashim "Kesenian Seni Khat Islam bermula di
Dar-As Salaam (Baghdad) dan ia kembali bersamamu ke Dar-As-Salaam". Selama
empat tahun, sejak 1375H/1955M, beliau belajar dengan Macid Ayral yang datang dari
Baghdad ke Istanbul dan dari situ banyak sekali manfaat diterimanya. Gaya penulisan
beliau lebih cenderung kepada gaya penulis klasik Baghdad iaitu Yaqut al Musta'asimi
dan gabungan dengan penulisan moden dari Ottoman School. Beliau juga dikenali
sebagai antara khattat yang terbaik dalam gaya Seni Khat Thuluth.
Hashim dilantik sebagai pensyarah Kaligrafi Arab di Institute of Fine Art di Baghdad
pada 1380H/1960M sehingga beliau dilantik menjadi ketua bahagian Dekorasi dan Seni
Khat sehingga beliau menghembuskan nafas terakhir pada 1973. Keindahan Seni Khat
di Turki sangat mempengaruhi dirinya, beliau sangat mengagumi karya Hafiz Osman,
Muhammad Shauqi, Haci Ahmed Kamil Akdik, dan Hamid al-Amidi. Kekagumannya
kepada karya-karya Mustafa Raqim juga begitu besar, sehinggakan beliau menamakan
anaknya dengan Mustafa Raqim dan memanggil dirinya sebagai Abu Raqim. Semasa di
Istanbul, Hashim kerap kali mengunjungi khattat Necmeddin Okyay, yang memiliki
pelbagai koleksi seni khat dari khattat ternama.
Selain itu, Hashim juga menjadi orang penting dalam penerbitan semula Mušhaf al-
Awqaf, yang diterbitkan pertama kali oleh kerajaan. Ia adalah mushaf seni khat yang
sangat indah diterbitkan pada tahun 1236H/1821M yang ditulis oleh khattat Turki,
Muhammad Amin Ar-Rusdi (abad ke 13H/19M). Mushaf ini diberikan oleh Pertevniyal,
ibu dari Sultan Abdulaziz, kepada Masjid Imam Besar Al-Nu’man Bin Tsabit, yang
dikenal sebagai Abu Hanifah. Hashim membaik pulih awal mushaf tersebut, meletakkan
48
nombor ayat yang hilang, menulis nama surah-surah Al-Quran, menata jumlah hizb, juz,
dan ayat-ayat as-Sajadah dengan menyesuaikannya mengikut selera Arab. Karya-karya
seni khat Hashim banyak dijadikan perhiasan masjid-masjid dan bangunan-bangunan di
Baghdad serta bandar-bandar lain sekitarnya. Kebanyakannya adalah karya dalam Khat
Thuluth Jali dan diperbuat menggunakan marmar. Karya-karya beliau banyak terdapat di
masjid-masjid terkenal seluruh Iraq, seperti dalam Masjid ‘Al-Qadir Abd al-Jilani, Masjid
Haiderkhana, Masjid Almuradia, Masjid al-Shahid, Masjid Bunia dan Masjid Hajj
Mahmud. Beliau juga adalah pereka bagi nota bank dan syiling untuk Iraq, Tunisia,
Maghribi, Libya dan Sudan.
Pada tahun 1962, beliau menerbitkan sebuah buku qawaid dan koleksi khat beliau yang
bertajuk "Qawa'idul Khattul 'Arabi" (Kaedah Penulisan Khat Arab). Buku ini telah
memberi sumbangan yang amat besar dalam dunia seni khat, kerana ia telah digunakan
sebagai rujukan oleh pelajar-pelajar serta khattat dari seluruh dunia. Hashim al-
Baghdadi meninggal pada 27 Rabi’uI Awwal 1393H bersamaan 30 April 1973 di
Baghdad dan dimakamkan di Pemakaman Khayzuran. Sepanjang hidupnya, beliau
hanya menganugerahkan satu diploma sahaja kepada muridnya, Abdul Ghani al-Ani.
Beliau merancang untuk menulis al-Qur'an dalam gaya penulisannya yang tersendiri,
tetapi beliau meninggal dunia sebelum selesai menyiapkan projek. Sebuah koleksi yang
mengandungi karya terbaru beliau telah diterbitkan semula di Baghdad pada tahun
1978.
i. Bincangkan latar belakang khat Nasakh, Riq’ah, Thuluth, Diwani, Farisi, dan
Kufi.
49
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN
MBELAJARAN DALAM TALIAN
A. Media Digunakan
i. Whatsapp
ii. Masa 2 jam. Pelaksanaan PdP dalam talian sekuarang-kurangnya 1 jam
bagi satu sesi.
B. Tajuk Pembelajaran: Seni Khat
C. Pecahan tajuk/ Isi pengajaran:
i. Sejarah dan perkembangan seni khat
D. Cadangan Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:
i. Semakan kehadiran
ii. Penerangan pensyarah berkaitan tajuk
iii. Interaksi pelajar dengan pensyarah berkaitan tajuk
iv. Kesimpulan
E. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi
pembelajaran dalam talian.
50
UNIT 5 PERSEDIAAN PENULISAN KHAT
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir tajuk ini, pelajar-pelajar diharapkan dapat:
i Mengetahui keperluan untuk mempelajari seni khat.
ii Meniru menulis seni khat.
SINOPSIS
Dalam unit ini, aspek penting yang akan dibincangkan ialah berkaitan persediaan
penulisan khat.
KERANGKA TAJUK
5.1 Persediaan mempelajari seni khat
PERSEDIAAN MEMPELAJARI SENI KHAT
i. Belajar di bawah pengawasan dan bimbingan guru yang terlatih dan
berpengalaman dengan asas pelajaran penulisan seperti kedudukan yang betul,
cara memegang kalam, kaedah yang betul mengasah kalam dan memotong
mata kalam yang yang sesuai bagi jenis khat, cara meletakkan mata kalam di
atas kertas, teknik meletakkan bekas dakwat dan menerangkan cara meletakkan
span di dalamnya sehingga mencelup kalam khat itu dakwat setakat yang
dikehendaki.
ii. Latihan yang berterusan mengikut kaedah penulisan yang muktabar.
iii. Merujuk buku atau hasil karya penulis-penulis yang masyhur seperti Hasyim al
Baghdadi yang menjadi rujukan peminat-peminat khat di Asia dan Eropah.
51
iv. Meniru atau menekap tulisan penulis-penulis yang berpengalaman dengan
tujuan memahirkan penulisan.
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN
MBELAJARAN DALAM TALIAN
A. Media Digunakan
i. Whatsapp
ii. Masa 1 jam. Pelaksanaan PdP dalam talian sekuarang-kurangnya 1 jam
bagi satu sesi.
B. Tajuk Pembelajaran: Persediaan Penulisan Khat
C. Pecahan tajuk/ Isi pengajaran:
i. Peralatan
ii. Teknik penulisan
D. Cadangan Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:
i. Semakan kehadiran
ii. Penerangan pensyarah berkaitan tajuk
iii. Interaksi pelajar dengan pensyarah berkaitan tajuk
iv. Kesimpulan
E. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi
pembelajaran dalam talian.
52
UNIT 6 METHOD PENULISAN KHAT
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir tajuk ini, pelajar-pelajar diharapkan dapat:
i Mengetahui jenis-jenis khat.
ii Menghasilkan tulisan mengikut jenis-jenis khat.
SINOPSIS
Dalam unit ini, aspek penting yang akan dibincangkan ialah metogo penulisan khat yang
meliputi jenis khat.
KERANGKA TAJUK
6.1 Jenis-jenis khat
Khat Nasakh
Khat Riq’ah.
Khat Kufi
53
JENIS-JENIS KHAT
Khat Nasakh
54
55
56
57
58
Khat Riq’ah.
59
60
Khat Kufi
61
62
63
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN
MBELAJARAN DALAM TALIAN
A. Media Digunakan
i. Whatsapp
ii. Masa 1 jam. Pelaksanaan PdP dalam talian sekuarang-kurangnya 1 jam
bagi satu sesi.
B. Tajuk Pembelajaran: Method Penulisan Khat
C. Pecahan tajuk/ Isi pengajaran:
i. Jenis-jenis khat
D. Cadangan Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:
i. Semakan kehadiran
ii. Penerangan pensyarah berkaitan tajuk
iii. Interaksi pelajar dengan pensyarah berkaitan tajuk
iv. Kesimpulan
E. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi
pembelajaran dalam talian.
64
BIBLIOGRAFI
_____ (2016) Daftar Kata Bahasa Melayu, Rumi – Sebutan – Jawi. Edisi kedua. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Asmah Omar Hj. (2009). Rahsia Ejaan Jawi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka
Azman Hj bin Ahmad Hj. (2015). Kaedah Pembelajaran Jawi. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Che Siah Che Man. (2006). Pendekatan Pengajaran Jawi. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka
Hashim Musa (2006). Siri Lestari Bahasa : Sejarah perkembangan tulisan jawi. Edisi
kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2006). Pengenalan Ilmu Seni Khat : Sejarah, tokoh
dan Jenis-jenis Khat. Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral,
Kementerian Pelajaran Malaysia
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2007). Panduan Penulisan Khat Nasakh dan Riq’ah
serta kaedah ejaan jawi yang disempurnakan KBSR 2007. Bahagian Kurikulum
Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Kementerian
Pelajaran Malaysia
Mahmood Awang Hj. (2009). Panduan menulis dan kaedah mengajar khat Nasakh.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
65
PENYELARAS MODUL PDPM
Bil. Nama Pegawai Akademik
1 Othman bin Loman Bidang Pendidikan Islam
PANEL PENGGUBAL
PIMKD2043
PENGAJIAN JAWI DAN KHAT
Bil. Nama Kelayakan Akademik
1 Dr. Mohd Nasri bin Abdullah
PhD. (Pendidikan Islam), UTM
2 Saiful Bahri bin Hj Yaziz Sarjana (Pendidikan Islam), UTM
Sarjana Muda dengan Kepujian, (Pengajian Islam),
UKM
Diploma Pendidikan (Pendidikan Al-Quran dan Al-
Sunnah), IPG Kampus Pendidikan Islam, Bangi
Sarjana Pendidikan (Pengajian Kurikulum), USM
Sarjana Muda dengan Kepujian (Syariah), UKM
Diploma Pendidikan (Pendidikan Islam), UM
66
SIMBOL PEMBELAJARAN
Sila gunakan simbol-simbol berikut bagi tujuan / maksud seperti yang dinyatakan
Gunakan pita rakaman audio atau radio.
Dokumen atau tugasan perlu juga disimpan atau diserahkan kepada
pensyarah dalam bentuk ‘soft copy’.
Masa rehat (panduan sebelum dan selepas sesi pembelajaran).
Gunakan bahan-bahan multimedia.
Rancangkan jadual aktiviti mengikut masa yang ditentukan.
Rujuk kepada individu tertentu yang pakar atau mahir.
Buatkan ujikaji.
Hasilkan bahan dengan disokong dengan grafik atau ilustrasi.
Senarai semak.
Senarai buku-buku rujukan yang digunakan oleh penulis dalam
penyediaan modul.
Latihan untuk menguji kefahaman konsep-konsep, isu-isu penting
dengan membuat ulasan.
Buatkan catatan atau nota-nota penting.
Akses CD-Rom untuk bahan-bahan seperti yang dinyatakan dalam
modul.
Senarai penerangan makna bagi sesuatu istilah.
67
Akses bahan pembelajaran dalam bentuk video atau VCD.
Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan.
Rujukan surat khabar.
Panduan kepada pengguna.
Dapatkan seberapa banyak maklumat di perpustakaan atau pusat
sumber yang berdekatan.
Sediakan geraf yang sesuai supaya dapat memberi gambaran yang
lebih jelas.
Fikir mengenai soalan yang diberikan. Satu soalan yang dibentuk untuk
membawa pelajar secara beransur-ansur ke isi pelajaran.
Hasilkan interpretasi anda mengenai sesuatu bahagian yang telah
dibaca dengan cara lukisan atau lakaran (peta konsep, rajah, jadual,
lukisan).
Aktiviti Tutorial
Itu saja yang perlu anda lakukan.......SELAMAT BERJAYA.
68