The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BM A_WAN DANIA HANIE BINTI WAN RANI IZUAN_TUGASAN 1

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 553-1-dania, 2024-03-07 00:47:56

MPU3441a (TUGASAN 1) - BUKU LOG DIGITAL PANDU PUTERI

BM A_WAN DANIA HANIE BINTI WAN RANI IZUAN_TUGASAN 1

buku log pandu puteri


Biodata Diri DANIA HANIE Nama Wan Dania Hanie binti Wan Rani Izuan No k a d p eng ena l an Op syen Ku r s u s P ensya r a h 030810-11-0074 Bahasa Melayu (SK) PISMP Ambilan Jun 2021 Tahun 2 Semester 2 Puan Mariani binti Ali


Penghargaan Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat ilahi kerana dengan kurnianya dapat saya menyempurnakan tugasan satu bagi kursus Kokurikulum - Unit Beruniform Pandu Puteri Kadet ini dengan jayanya. Dengan kesempatan yang ada ini,saya amat berbesar hati untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Mariana binti Ali, selaku pensyarah bagi kursus MPU3441a iaitu Kokurikulum - Unit Beruniform Pandu Puteri Kadet kerana telah meletakkan sepenuh kepercayaan beliau kepada saya untuk melunaskan tugasan yang diberikan. Di samping itu,saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang banyak membantu saya sepanjang melaksanakan tugasan ini terutamanya kepada pensyarah saya iaitu Puan Mariani binti Ali atas budi cara beliau dalam memberi tunjuk ajar sepanjang menyiapkan tugasan ini. Selain itu,saya juga turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya. Ucapan ini juga saya tujukan kepada semua pihak yang terlibat dalam tugasan ini sama ada secara lansung atau tidak lansung. Syukur Alhamdulillah, dalam menyempurnakan tugasan ini banyak yang saya pelajari dan ianya memberikan saya seribu satu pengalaman yang amat bermakna.


Penghargaan Pengenalan Perlembagaan Sejarah Struktur & organisasi Kemahiran asas Pandu Puteri Laporan aktiviti mingguan Isi Kandungan


Pengenalan


PENGENALAN Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) merupakan salah satu daripada 144 organisasi anggota Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS). Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) telah ditubuhkan secara rasminya tahun 1917. Ibu Pejabat Kbeangsaan kini terletak di Wisma Pandu Puteri, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur sejak tahun 1957. Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai komitmen melahirkan golongan remaja wanita dan wanita dewasa yang berkaliber melalui penerapan ilmu, kemahiran dan nilai kepanduan demi kepentingan nusa, bangsa dan masyarakat sejagat.


Perlembagaan


Perlembagaan Pertubuhan Prinsipprinsip asas pertubuhan Lambang dan cogan kata Bendera dan lagu pertubuhan Persetiaan, ikrar dan undang-undang pertubuhan Perlembagaan pertubuhan


Dasar Pertubuhan dan Undang-Undang Am Tujuan Penubuhan Persetiaan Pandu Puteri Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai tujuan mendidik, melatih dan mengembangkan potensi semua ahli persatuan ini supaya menjadi warganegara yang peka, berwibawa, berketerampilan dan berdisiplin. Harapan Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah unutk menghasilkan insan yang taat dan setia, berguna, cekap dan amanah, bertimbang rasa, mempunyai inisiatif, berdaya kreatif, dan selalu sedia memberikan khidmat untuk membantu orang lain. Pendidikan dan latihan melalui Program Pandu Puteri mengutamakan sistem kumpulan (Patrol System) yang menjadi ciri utama dalam Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia bagi mencapai tujuan tersebut. Bahawa Dengan Sesungguhnya, Saya Berjanji Dan Bersetia dan Sedaya Upaya, Menunaikan Kewajipan Saya Kepada Tuhan, Raja Dan Negara Saya Malaysia, Menolong Orang Setiap Masa, Dan Mematuhi Undang-Undang Pandu Puteri.


VISI MISI Meneraju Perkembangan Potensi Gadis Dan Wanita Untuk Membawa Perubahan Talking The Lead In Devoloping The Potential Of Girls And Women For Change Persatuan Pandu Puteri Malaysia Mempunyai Komitmen Melahirkan Golongan Wanita, Remaja Dan Dewasa Yang Berkaliber Melalui Penerapan Ilmu, Kemahiran Dan Nilai Pandu Puteri Demi Kepentingan Nusa, Bangsa Dan Antarabangsa


Boleh Dipercayai Sentiasa Taat dan Setia UNDANG-UNDANG Suka Menolong Orang Lain Bersahabat Dengan Semua Orang Dan Bersaudara Dengan Ahli Sentiasa Bersopan Santun Seorang Pandu Puteri:


Bersemangat Dan Bergembira Walaupun Dalam Kesulitan UNDANG-UNDANG Melindungi Haiwan Dan Memelihara Alam Sekitar Sentiasa Menurut Perintah Sentiasa Berjimat Cermat Suci Dalam Fikiran, Perkataan dan Perbuatan


M Hormatenghormati Nilai-Nilai Teras 2 1 3 4 6 Integriti Toleransi Kejujuran Kasih Sayang Bantu - Membantu M Hormatenghormati 5 Persatuan Pandu Puteri Malaysia percaya bahawa semua ahli perlu menonjolkan nilai-nilai seperti berikut setiap masa


Piagam Persatuan Pandu Puteri Malaysia sentiasa: Menyediakan latihan Pandu Puteri yang berkualiti Menerapkan sifatsifat kepimpinan yang tulen melalui Program Pandu Puteri Melahirkan ahli yang berkaliber Menonjolkan ahli yang mempunyai nilai-nilai murni Menampilkan ahli sebagai warganegara yang sihat dan berguna Menggalakkan ahli berbakti secara sukarela tanpa apaapa ganjaran


Tapak Perasaan kasih sayang sesama manusia yng sentiasa menyala dalam jiwa Pandu Puteri Bintang Persetiaan dan Undang-Undang Pandu Puteri Segi tiga ke atas Jarum kompas tunjuk ke utara Warga Emas Matahari bersinar di langit biru (paying kepada semua Pandu Puteri Dunia) Trefoil Cabang tiga yang menunjukkan Persetiaan Pandu Puteri Lencana Pandu Puteri Dunia


Bintang pecah 14 Cabang Trefoil Cantuman Tiga Daun Melambangkan 13 negeri dan wilayah Persetiaan Pandu Puteri Persatuan Kepanduan Lencana Pandu Puteri Malaysia Telah diperkenalkan pada Januari 1962 Dicipta oleh Cik May Bowers, Persuruhjaya Latihan di Ibu Pejabat Pandu Puteri Malaysia


PanduPuteri mestilahsentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinansepertikecemasan COGAN KATA GUIDES’ MOTTO Selalu Sedia Be Prepared


Bendera Tiga blok atau petak jingga menyerong sederet di bahagian kanan bawah melambangkan 3 bahagian Persetiaan Bahagian putih di penjuru melambangkan komitmen semua ahli Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia terhadap keamanan Trefoil dunia dalam latar biru melambangkan matahari menyinari kanak-kanak di dunia BENDERA DUNIA Tiga rangkaian daun lebar melambangkan tiga Persetiaan Pandu Puteri. Bintang pecah melambangkan 13 buah negeri serta Wilayah Persekutuan di Malaysia Lencana Pandu Puteri Malaysia di tengah latar biru membawa maksud matahari menyinari setiap kanak-kanak di dunia BENDERA PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA


ISYARAT PANDU PUTERI Isyarat Pandu Puteri digunakan semasa: ii) Seseorang itu diterima sebagai Pandu Puteri II) Semasa ahli Pandu Puteri membaharui ikrar Cara membuat isyarat Pandu Puteri: i) Ahli Pandu Puteri berada dalam keadaan sedia. II) Tangan kanan dinaikkan ke aras bahu dan tangan kiri (di sisi) di rapatkan lurus ke badan. iii) Kedudukan tangan kanan adalah pada jarak 15-25 cm dari telingan kanan. iv) Kira masa 1,2,3 an turun 3,2,1.


Berjabat Tangan Berjabat tangan ialah tanda persahabatan bagi Pandu Puteri Pandu Puteri Malaysia menggunakan kedua-dua belah tangan apabila berjabat tangan dengan orang kenamaan dan orang yang tidak berpakaian seragam, bersesuaian dengan budaya kita. Pandu Puteri berjabat tangan dengan menggunakan tangan kiri apabila berjabat tangan sesama ahli pandu puteri atau ahli berpakaian seragam lain


Lagu Pandu Puteri LAGU DUNIA Arah kita jelas ke depan Bendera berkibar Tidak berlipat di dunia Harapan abadi Bersatu untuk kebenaran Persahabatan kukuh Selagi dunia masih ada Akan nyanyi lagu ini Our way is clear as we march on, And see our flag on high Is never furled throughout the world For hope shall never die We must unite for what is right In friendshio true and strong Until the earth in its rebirth Shall sing our song. Shall sing our song.


Lagu Taps Siang Kami puji, nikmat diberi Matahari, BintangBintang, langit biru Mana pergi hidup kami Tuhan saksi Thanks and praise, for our days, ‘Neath the sun, ‘Neath the stars, neath the sky As we go, this we know, God is High


Lagu Taps Malam Malam datang, siang hilang, Dari laut, dari gunung dari langit, Semua selamat, sihat rehat, Berkat Tuhan Day is done, gone the son, From the sea, for the hills, From the sky All is well, Safety rest God is nigh


Skaf Pandu Puteri Kelip-Kelip berwarna jingga dan dipakai dengan ikatan atau wogel. Pakaian baju T Pandu Puteri Malaysia dan seluar sukan. Kasut sekolah atau kasut sukan. Pakaian Pandu Puteri Pandu Puteri Kelip-Kelip Pandu Puteri Tunas Baju TP/TKRS Woggle (PVC) Lencana (Pandu Puteri) Tali Wisel (Hitam) Sarung Tangan Lencana Topi/Dunia Skaf


Pakaian Pandu Puteri Pandu Puteri Remaja


Pakaian Pandu Puteri Pandu Puteri Renjer Kadet (IPG) Ahli Kadet memakai skaf berwarna ‘royal blue’ yang dilipat selebar 3 jari sebanyak 5 kali. Lencana pelantikan untuk kadet berwarna putih. Blaus berlogo yang mempunyai dua poket dan berpotongan ‘Princess Cut’. ‘Shoulder flashes’ dijahit rapat pada kelim bahu kanan dan kiri. Lencana dunia dipakai disebelah kanan dada. Seluar berwarna biru gelap yang berpotongan lurus dan tidak ketat. Kasut bertutup, berwarna hitam dan bertumit rendah. Jika bertudung, tudung berwarna hitam kosong tanpa sebarang hiasan dan dimasukkan ke dalam baju


Pakaian Pandu Puteri Klover - Ting 6, IPTA dan IPTS GUild 3 Jenis Baju Ahli 1. Baju batik PPPM 2. Baju perjalanan.aktiviti 3. Baju perkhemahan/aktiviti


Pakaian Pandu Puteri Pemimpin Baju perkhemahan/aktiviti 1. Baju T PPM berwarna biru Tudung hitam tanpa sebarang hiasan. 2. Seluar sukan berwarna biru tuan atau hitam. 3. 4. Kasut dan stokin hitam 5.Skaf tidak perlu dipakai 5 jenis baju pemimpin 1. Baju kurung berpesak 2. Baju kebaya 3. Baju perjalanan/aktiviti 4. Baju batik PPPM 5. Baju perkhemahan/ aktiviti


Lambang-lambang Dari ataskanan mengikutkumpulanpusinganjam: Bunga Teratai Bunga Melur Bunga Siantan Bunga Kenanga Bunga Cempaka Bunga Kesidang Pandu Puteri Tunas Pandu Puteri Remaja Dari ataskanan mengikutkumpulanpusinganjam: Bunga raya Bunga ros Bunga Kertas Bunga Lili Bunga Orkid Bunga Matahari


ISTIADAT LINGKUNGAN TUNAS Pemimpin akan menentukan tempat perjumpaan dibuat dan meletakkan pennant di tengah-tengah kawasana. Tetapkan satu tema untuk rekaan membentuk lingkungan contohnya tema haiwan, kenderaan dan lain-lain yang sesuai dan menarik. Pemimpin boleh memanggil kumpulan untuk masuk satu persatu. Arahan: Ketuakumpulanberenam akan membentuklingkungan dimulakan dengankumpulan... Respon: Kumpulan Kesidang masuk seperti arnab bergerak sebaris mengelilingipennant dankemudianberdiri dalam lingkunganbesar (yang akan terbentuksetelah enam kumpulan mengambil tempat) Apabila semua kumpulan sudah berada dalam lingkungan besar, semua ahli berpegangtangandanberskipkekirisambil menyanyikanlaguPPTunas. Catatan: Tujuan menggunakan tema adaah sebagai satucara yang menarik bagi ahli membentuksatulingkunganbesar Istiadat Rasmi


ISTIADAT LINGKUNGAN TUNAS - AHLI BARU Setelah semua kumpulan berenam membentuk lingkungan secara rekaan, ahli baharu akan masuk ke tengah penant dan dudukbertinggung. Setelah selesai semua ahli menyanyikan lagu kumpulan, ahli baharu berdiri berpegang tangan dan menyanyikan lagu ahli baharusambilskipkekiridankanan Ahlibaharuakanskipkekumpulanberenam mereka Semua ahli skip ke kiri dan kanan beramai-ramai menyanyikan laguPPTunas


ISTIADAT POW WOW Istiadat ini merupakan satu cara yang menarik untuk tujuan perbincangan, mengundi, membuat keputusan dan aktiviti bercerita. Pow wow dikendalikan olehpemimpin. Cara melaksanakan: Pemimpinakan memanggilahliuntuk melakukanPow Pow Ahli akan memberi respon dengan berpegang tangan dengan menyebut Pow Pow berulangkali Berkumpul membuat lingkungankecildandudukberlutut Pemimpin beri arahan kepada ahli sekiranya mereka ingin memberikan pendapat, letaktanganatastelinga sepertiarnab(3 jari) Semasa ahli ingin memberi undian rahsia, letak tangan dibelakang dan tunjukkan isyarat seperti gengam jari : tidak setuju/ buka gengaman (setuju) Pemimpinbolehbergerak mengelilingibelakangahliuntuk mengiraundian Apabilaselesaipow wow semuaahlibolehberdiridanbersurai


ISTIADAT HORMAT BESAR Istiadat hormat besar dilaksanakan sebagai satu cara ahli Tunas menyambut tetamu dan orang kenamaan. Istiadat ini dilaksanakan semasa ahli dalam bentuklingkungan. Semua ahli berdiri tegak dan kedua-dua tangan diletak di bawah dagu sepertikuntum bungayangbelum berkembang Tetamuakan masukkelingkungandibawaholehahli lain Pemimpin boleh memberi que dan ahli serentak beraksi menggayakan kuntum bungayangtertutupberansur-ansurberkembang Semua ahli dalam lingkungan secara serentak bertepuk tangan di atas bahu kiri empat kali sambil mengucap ‘’Selamat Datang’’ . Kemudian, bertepuk tangan di atas bahu kanan empat kali dan menyebut ‘’Selamat Datang’’ Semua ahli berdiri tegak dan memberi isyarat hormat sambil memberi senyuman Ahliboleh menyanyikanlagu‘SelamatDatang’


ISTIADAT LADAM KUDA Pembentukan Ladam Kuda dilakukan sebelum istiadat menaikkan bendera. Sebelum aktiviti dimulakan, lebih elok jika didahului dengan pembentukan ladam kuda. Melalui ladam kuda ini, guru pemimpin dapat mengenal pasti bilangah ahli pandu puteri yang akan terlibat dengan memantau serta memberikan arahanuntukaktiviityangakandilakukan


Sejarah


Sejarah Pandu Puteri Dunia Pada satu perhimpunan pengakap di Crystal Palace pada tahun 1909, muncul sekumpulan remaja wanita yang meminta untuk menyertai perhimpunan ini. Perkara ini merupakan bukti sebagai pemangkin untuk pergerak Pandu Puteri pada hari ini. Sejarah tidak mencatat berapa orang ‘’pengakap perempuan’’ yang berada dalam kumpulan itu, tetapi mereka telah menarik perhatian pengasas pergerakan Pengakap dan Lord Robert Baden- Powell. Bukan itu sahaja, dalam masa beberapa bulan juga, kumpulan perempuan ini telah mempunyai nama dan programnya sendiri. Baden- Powelll memilih nama ‘’Girl Guides’’ dengan rujukan kepada Guides Corps di India. Girl Guides atau Pandu Puteri tidak mengambil masa yang lama untuk membawa impak. Pada tahun 1910, adik Badan-Powell iaitu Agnes, mengadaptasikan buku ‘’Scouting for Boys’’ untuk kegunaan Pandu Puteri dan terlahirnya perge rakan Pandu Puteri. Pada tahun yang sama, Sir Robert yang baru berasa mula bergerak secara sepenuh masa dalam Pengakap dan Pantu Puteri. Semasa satu lawatan promosi untuk Pengakap dan Pandu Puteri, beliau berjumpa dengan Olave Soames dan seterusnya berkahwin dengannya. Mereka merupakan pasangan yang mengagumkan.


Sejarah Pandu Puteri Dunia Olive dilantik sebagai Ketua Pandu Puteri United Kingdom pada tahun 1918 dan pasangan ini meneruskan usaha mereka dalam mengembangkan Pandu Puteri di seluruh dunia. Walaupun pergerakan Pandu Puteri dilahirkan di Britain, tetapi perkembangannya ke tempat lain amat pentas. Sebelum persatuan ini ditubuhkan. beberapa kumpulan telah wujud. Pada tahun 1912, Pandu Puteri telah bertapak di 10 negara. Kumpulankumpulan ini mempunyai pakaian seragam, lencana, peraturan dan nama yang berbeza tetapi mereka berkongsi prinsip dan cita-cita yang sama. Perang Dunia Pertama tidak menghalang perkembangan pergerakan ini. Banyak kumpulan yang menawarkan diri sebagai sukaralewan dan menjelang tahun 1930, 15 lagi negara yang memperkenalkan kumpulan Pandu Puteri termasuklah Brazil, China dan Estonia Pertumbuhan pesat berpunca daripada usaha ramai wanita yang bersemangat, mempunyai sumber dan berpandangan jauh. Mereka semua memandang perkara ini sebagai peluang yang baik untuk pendidikan remaja wanita. Nama seperti Juliette Low (pengasas Pengakap Puteri di Amerika Syarikat), Olga Malkowska (pengasas di Poland) dan Antoinette Butte (pengasas di Perancis) membantu membentuk pergerakan yang kita kenali pada hari ini. Sementara itu, pergerakan ini terus berkembang dengan pesat. Pada tahun 1931, keahlian persatuan ini telah melebihi satu juta dan pada tahun 1932, Pusat Dunia yang pertama dibuka. Pada tahun 1939, Perkemahan Sedunia Pandu Puteri diadakan di Hungary. Setelah tergendala yang berpunca daripada peperangan, pergerakan ini dihidupkan semula pada tahun 1945 dan terus berkembang. Walau bagaimanapun, Lord Baden - Powell telah meninggal dunia pada masa itu.


Sejarah Pandu Puteri Malaysia Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) ditubuhkan secara rasminya pada tahun 1917 apabila ia didaftarkan di Calcutta tetapi Pusat Pentadbiran ialah di Singapura sehingga tahun 1956. Sejak tahun 1957, Ibu Pejabat Kebangsaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia terletak di Wisma Pandu Puteri, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur. Persatuan Pantu Puteri Malaysia mempunyai komitmen dalam melahirkan golongan remaja wanita dan wanita dewasa yang berkaliber melalui penerapan ilmu, kemahiran dan nilai kepanduan demi kepentingan nusa, bangsa dan masyarakat sejagat. Persatuan Pandu Puteri Malaysia bertujuan menjadi sebuah organisasi yang dinamik dan efektif untuk remaja dan wanita dewasa. Persatuan Pandu Puteri Malaysia akan menonjolkan imej yang selari dengan program berkualiti yang menyediakan remaja dan wanita dewasa hari ini untuk menjadi pemimpin berwibawa hari esok. Selain itu, Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah menyediakan program kepanduan yang bercorak pendidikan bukan formal. Pelaksanaan program bukan formal ini mementingkan perkaedahan yang fleksibel, ceria dan aktif untuk memenuhi kehendak dan keperluan remaja wanita dan wanita dewasa Malaysia. Antara matlamat pendidikan bukan formal yang berkualiti ialah Jerih, Rapi, Kaitan dan hubungan.


Sejarah Pandu Puteri Malaysia Untuk mencapai tujuan murni ini, didikan dan latihan untuk ahli adalah melalui program kepanduan yang mengutamakan sistem kumpulan (Patrol System) yang menjadi ciri utama pergerakan kepanduan seluruh dunia. Program kepanduan yang digubal untuk ahli adalah berdasarkan Undang-Undang Pandu Puteri yang bertujuan supaya seseorang ahli itu dipercayai dan sentiasa taat dan setia, suka menolong orang lain, bersahabat dengan semua orang dan Pandu Puteri yang lain, sentiasa bersopan santun, sentiasa melindungi haiwan dan memelihara alam sekitar, sentiasa menurut perintah, bersemangat dan bergembira walaupun dalam kesulitan, sentiasa berjimat cermat dan suci dalam fikiran, perkataan serta perbuatan. Asas program kepanduan terdiri daripada empat komponen iaitu perkembangan diri, sahsiah dan intelek termasuklah minat dan hobi, gaya hidup sihat, dan khidmat. Program kepanduan juga menekankan empat elemen utama iaitu perkembangan jasmani, emosi, kerohanian dan kognitif. Untuk mencapai tujuan murni ini, dididkan dan latihan untuk ahli adalah melalui program kepanduanyang mengutamakan sistem kumpulan (Patrol System yang menjadi ciri utama pergerakan kepanduan seluruh dunia.


Sejarah penubuhan Gerakan Pandu Puteri di dunia seiring dengan perkembangan pergerakan Pengakap. Selepas penubuhan pergerakan Pengakap pada 1908 oleh Lord Boden Powell, menyebabkan pengaruh yang luas di kalangan kanakkanak. Lord Baden Powell dilahirkan pada 22 Februari 1857 di London dalam suasana keluarga yang sederhana. Bapanya telah meninggal dunia sejak Baden Powell masih kecil. Abangnya, Warington berjaya memasuki latihan kapal laut semasa berusia 13 tahun. Bertitik tolak dari sinilah dengan mengikuti abangnya, Baden Powell turut dapat belajar sedikit demi sedikit tentang ilmu pelayaran, kemahiran berkhemah dan memasak. Lady Baden Powell merupakan orang yang bertanggungjawab dlaam mengembangkan pergerakan Pandu Puteri ini. Nama sebenar beliau ialah Olave St. Clair Soames yang dilahirkan pada 22 Februari 1889. Beliau kurang berpuas hati dengan kehidupannya yang terkongkong daripada melakukan aktiviit lasak kerana beliau dilahirkan dalam keluarga yang berada. Beliau inginkan kebebasan untuk bergaul dengan rakan-rakan sebaya dalam melakukan kerja-kerja amal. Pada tahun 1912, sewaktu melakukan pelayaran dengan kapal laut ke Arcadian, beliau telah berkenalan dengan Baden Powell yang seterusnya berakhir dengan perkahwinan. Pada tahun 1916, Lord Baden Powell telah menubuhkan Pergerakan Pandu Puteri dan Lady Baden Powell telah dilantik sebagai Ketua Pandu Puteri. Riwayat Hidup Pengasas Sejarah Pengasas Gerakan Kepanduan Dunia


Pada tahun 1918-1919, Lady Baden Powell telah menubuhkan Majlis Tanah Jajahan dan Majlis Antarabangsa yang bertanggungjawab secara lansung terhadap Pergerakan Pandu Puteri di tanah jajahan takluk Britain yang kemudiannya dikenali sebagai Persatuan Komanwel. Majlis Antarabangsa pula bertanggungjawab sebagai badan perantaraan antara Persatuan Pandu Puteri di sesebuah negeri dengan Persatuan Pandu Puteri di negara-negara lain. Kini Majlis Antarabangsa dikenali sebagai Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Sedunia (WAGGGS). Pada tahun 1970, beliau telah disahkan menghidap penyakit kencing manis. Dalam keadaan sedemikian, lawatan dan pengembaraan beliau mula dikurangkan dan akhirnya dihentikan terus. Beliau sekadar menyumbang kata-kata perangsang kepada ahli-ahli Pergerakan Pandu Puteri yang sempat menemuinya. Lady Baden Powell akhirnya meninggal dunia pada tahun 1977 dalam usia 88 tahun. Kata-kata beliau yang sering dijadikan perangsang, kita patut berusaha mewujudkan semangat persaudaraan yang telen. Selepas itu, kita perlu semangat keazaman untuk mengatasi sebarang kesulitan termasuklah perkara yang kita tidak suka dan perkara yang berbahaya. Tetapi yang paling utama ialah, kita boleh memupuk di kalangan ahli pergerakan yang kita cintai ini ke arah semangat perpaduan yang tidak mengneal batasan bangsa. Riwayat Hidup Pengasas Sejarah Pengasas Gerakan Kepanduan Dunia


Struktur & Organisasi


Struktur & Organisasi Peringkat Kebangsaan Penaung Diraja Yang Dipertua Timbalan Yang Dipertua Ketua PesuruhJaya Yang Dipertua-Yang Dipertua Cawangan Pesuruhjaya-pesuruhjaya Bahagian Kebangsaan Pesuruhjaya-pesuruhjaya Perkembangan Kebangsaan Ahli-ahli Ex-Offico Pesuruhjaya PP Kelip-Kelip Persuruhjaya PP Tunas Pesuruhjaya PP Remaja Persuruhjaya PP Renjer Pesuruhjaya PP Klover Persuruhjaya Guild Pesuruhjaya Antarabangsa Pesuruhjaya Program Pesuruhjaya Struktur & Pengurusan Pesuruhjaya Keahlian Pesuruhjaya Perhubungan Dengan Masyarakat Setiausaha Kehormat Bendahari Kehormat Penasihat Undang-Undang


Struktur & Organisasi Peringkat IPG Yang Dipertua (Pengarah) Ex-Officio (Setiausaha Gerko) Pemimpin (Pensyarah-pensyarah) Penolong Ketua (Semester 1 -5 ) Penolong Ketua Patrol (Ahli Kadet) Naib Yang Dipertua (Timbalan Pengarah) Setiausaha (Pesuruhjaya Kadet Pandu Puteri) Ketua Pasukan (Ahli Kadet Ketua Patrol (Ahli Kadet IPG) Ahli-ahli Kadet


Struktur & Organisasi Peringkat IPGMKPS


Kemahiran asas Pandu Puteri Kemahiran asas Pandu Puteri


SIMPULAN


Buku Sila Untuk menyambung dua hujung tali yang sama jenis dan saiz Untuk menyambung tali khemah/bungkusan hadiah/ikatan anduh. Dikenali juga sebagai ‘left over right and right over left’


Simpul Manok Contoh: Kayu, hujung pancang khemah, botol dan sebagainya Mudah diikat atau disimpulkan dan mudah ditanggalkan atau dibuka Simpul Manok biasanya digunakan untuk mengikat benda yang licin


Bunga Geti Kegunaannya adalah untuk menyambungkan hujung dua tali yang berlainan jenis atau berlainan saiz


Click to View FlipBook Version