The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by BM90622 Nur Iryna Natasya Binti Jasmadi, 2024-02-27 10:07:45

Penghasilan produk sosiologi (1)

Penghasilan produk sosiologi (1)

NAMA: NUR IRYNA NATASYA BINTI JASMADI ANGKA GILIRAN: 2021202340287 KELAS: T2S2.09 (BAHASA MELAYU) NAMA PENSYARAH: ENCIK. MOHD NASARUDIN BIN ISMAIL


kandungan Stratifikasi sosial dan institusi sosial di Malaysia Bagaimana stratafikasi sosial boleh memberi impak kepada budaya sekolah dan dapat dimanipulasi untuk membentuk budaya positif di sekolah Rujukan


Stratifikasi berasal dari kata “ strata ” yang bermaksud perbezaan kelas dalam kalangan masyarakat berdasarkan tahap sosialnya. Stratifikasi sosial merupakan fahaman tentang kewujudan ketaksamaan sosial dalam kehidupan sosial. Stratifikasi sosial adalah sesuatu yang diterima umum oleh masyarakat bagi menentukan kedudukan dalam struktur sosial. (Chew,1979).


Umumnya konsep pengertian sosial merujuk kepada pola-pola tingkah laku yang telah menjadi kebiasaan dan merupakan hubungan sosial yang mempunyai satu matlamat sosial yang tertentu. Stratifikasi sosial mempunyai kesan terhadap pendidikan dalam pelbagai aspek misalnya meliputi institusi sosial Institusi sosial merupakan pola-pola tingkah laku kelompok sesebuah masyarakat yang telah dipersetujui seperti undang-undang. (Nickerson, 2022).


Sekolah merupakan salah satu institusi yang banyak mengalami perubahan dinamik dari aspek norma, peraturan dan idea yang diterima dan dipraktikkan selari dengan perkembangan pendidikan terkini. Budaya sekolah merupakan satu corak sosial yang dibentuk dan diaspirasikan hasil daripada cara kepimpinan guru serta pelajar. Terdiri daripada : Budaya formal seperti Persatuan Akademik, Kelab-kelab Sosial dan Unit Beruniform. Budaya formal ini dimanifestasi melalui perancangan seperti penyusunan jadual waktu, kurikulum, saiz dan ruang serta susunan bilik darjah. 1. Budaya tidak formal seperti cara bertutur, berpakaian serta berbahasa. Perkara ini dibentuk oleh subbudaya guru, murid, pentadbir, pekerja sokongan, ibu bapa dan dipengaruhi oleh status ekonomi sosial, jantina dan lain-lain. 2. Budaya sekolah


Contoh-contoh budaya sekolah yang wujud impak dari stratifikasi sosial


Kebiasaannya pelajar yang bijak ini mempunyai latar belakang keluarga yang juga bijak. Contohnya, ibu bapa yang bijak atau adik-beradik yang bijak akan mendorong mereka untuk belajar bersungguh-sungguh untuk menjadi seperti mereka. Budaya bertanya di dalam kelas Kepelbagaian budaya di dalam bilik darjah mungkin wujud kesan daripada kepelbagaian budaya dan latar belakang pelajar itu sendiri. Berbeza dengan latar belakang pelajar yang kurang bijak ataupun tidak bersungguh-sungguh ketika belajar di dalam kelas, rata-rata mempunyai keluarga yang bermasalah seperti ibu bapa bercerai atau taraf pendidikan adik beradik yang kurang memberangsangkan. Namun, tidak semua pelajar yang mempunyai latar belakang keluarga yang buruk mempunyai masalah dalam pengajaran, ia juga bergantung terhdap tahap pencapaian pelajar itu sendiri.


Melalui proses bertanya ini, para pelajar akan mengetahui maklumat dengan lebih lanjut sekaligus memahami sesuatu isi-isi pembelajaran dengan lebih terperinci. Hal ini akan mendorong mereka keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan sehingga dapat menaikkan prestasi sekolah. Malahan, hubungan guru dengan murid juga akan semakin bertambah akrab dengan adanya komunikasi bertanya ini. Guru akan lebih mengenali bagaimana perwatakan murid mereka secara beransur-ansur. Kesan Positif Impak kepada golongan pelajar yang tidak suka bertanya ini menyebabkan mereka tiada motivasi serta dorongan untuk belajar bersungguh-sungguh sehigga menyebabkan keputusan yang kurang memberasangkan dalam peperiksaan. Oleh yang demikian, peranan guru dalam kelas boleh membentuk pelajar supaya belajar dalam berkumpulan. Oleh itu, pelajar yang berkeyakinan tinggi boleh membantu kawan-kawan yang pemalu dan pendiam untuk bertanya soalan di dalam kelas. Kesan Negatif


Budaya membawa bekal ke sekolah Pelajar terdiri daripada pelbagai kelas sosial: rendah, sederhana dan tinggi. Kelas sosial wujud hasil taraf pendidikan dan taraf sosioekonomi keluarga. Pelajar yang berasal dari golongan berpendapatan tinggi biasanya membawa duit belanja sendiri ke sekolah disebabkan faktor keluarga yang berkemungkinan sibuk bekerja sehingga tidak sempat membuat bekal untuk anak- anak. Pelajar yang tergolong dalam kelas sosial rendah mungkin menghadapi masalah berkaitan dengan pembiayaan Pelajar yang datangnya daripada golongan sosioekonomi sederhana biasannya diajar untuk berbelanja sederhana Misalnya, membawa bekal ke sekolah untuk menjimatkan kos.


Amalan membawa bekal ke sekolah ini merupakan suatu perkara positif yang dapat membentuk sikap pelajar yang berdikari, berjimat-cermat dan berhemah dalam berbelanja. Malahan, menambahkan lagi keakraban hubungan kekeluargaan. Kesan Positif Kesan Negatif Bagi pelajar yang dari golongan atasan, kemungkinan keluarga lebih kurang memberikan perhatian untuk menyediakan bekal ke sekolah dan hanya memberikan wang saku pembelajaran. Akibatnya, anak-anak akan bersikap boros membeli apa sahaja yang diinginkan serta mereka akan merasa kekurangan kasih sayang. Bagi memanipulasikan impak ini kepada budaya positif, guru boleh menasihati pelajar untuk mencontohi sifat berjimat-cermat rakan-rakan lain serta pihak sekolah boleh mewujudkan kempen berjimat-cermat yang mana boleh dihadiri ibu bapa.


Budaya beratur di perhimpunan dan amalan memakai kad kebenaran keluar kelas Pengurusan sesebuah institusi atau sekolah bergantung pada gaya kepimpinan pentadbirnya. Pengurus yang baik dapat mewujudkan iklim sekolah yang mesra, memotivasikan dan kerjasama sebagai sebuah pasukan. Pengurusan yang sistematik dan baik dalam kakitangan pihak sekolah dapat membentuk pelbagai undang-undang sekolah. Misalnya, murid dikehendaki datang awal ke sekolah untuk berkumpul sesi perhimpunan serta adanya kad kebenaran keluar kelas yang disediakan dalam setiap bilik darjah


Melalui peraturan yang diterapkan dalam budaya sekolah seperti amalan datang awal, beratur sewaktu perhimpunan serta kad kebenaran keluar kelas ini dapat membentuk keperibadian pelajar yang bertanggungjawab. Malah, memupuk sifat mendengar arahan yang dilaksanakan oleh pengurusan sekolah. Dengan ini, tahap disiplin sekolah dikawal dengan budaya-budaya tersebut. Kesan Positif Kesan Negatif Namun, ada juga pelajar yang mengambil mudah mengenai peraturan yang ditetapkan. Misalnya, datang lewat walaupun ketika perhimpunan serta merosakkan atau meninggalkan kad kebenaran keluar kelas di merata-rata tempat. Oleh yang demikian, bagi mengekalkan budaya positif peraturan sekolah ini, guru boleh memberi hukuman sepatutnya kepada pelajar bermasalah ini sehinggalah mereka tidak mengulangi kesalahan.


Budaya pelajar lelaki duduk di bahagian belakang di dalam kelas Kebiasaannya, pelajar perempuan lebih tekun memberikan perhatian dalam pembelajaran, mematuhi peraturan bilik darjah dan sekolah berbanding dengan pelajar lelaki. Berdasakan carta stratifikasi sosial, hal ini adalah berkaitan dengan faktor jantina. Seringkali terjadi di dalam kelas budaya di mana pelajar lelaki lebih suka duduk di bahagian belakang di dalam kelas. Pelajar lelaki selalunya dianggap bermasalah manakala pelajar perempuan sering menunjukkan prestasi yang baik dalam peperiksaan.


Impak daripada budaya tadi, pelajar lelaki akan kurang memberi perhatian tentang subjek yang dipelajari di hadapan sehingga menyebabkan prestasi mereka semakin merosot. Bagi memanipulasikan impak ini kepada budaya positif di sekolah, guru memainkan peranan untuk memberikan perhatian dan berinteraksi dengan pelajar lelaki yang duduk di belakang di dalam kelas. Hal ini kerana, dorongan guru akan membantu mereka untuk lebih rajin dalam sesi pembelajaran. Kesan Negatif


Berdasakan carta stratifikasi sosial, kaum Cina lebih rajin berbanding kaum Melayu. Misalnya, budaya pelajar berbangsa Cina duduk di hadapan di dalam kelas. Budaya pelajar berbangsa Cina duduk di hadapan di dalam kelas Hal ini berkait dengan budaya masyarakat Cina yang mementingkan pendidikan. Oleh itu, prestasi pelajar bangsa Cina lebih memberangsangkan berbanding dengan pelajar bangsa Melayu.


Impak daripada budaya tadi, prestasi pelajar bangsa lain akan akan berada dibelakang pelajar bangsa Cina menyebabkan segelintir pelajar bangsa lain merasa rendah diri. Oleh yang demikian, bagi mewujudkan suasana yang positif, guru boleh menasihatkan pelajar bangsa lain untuk mencontohi sikap murid bangsa Cina agar lebih bersemangat dan bermotivasi dalam pembelajaran. Mereka juga boleh belajar berkumpulan bersama kaum lain untuk bantu membantu antara satu sama lain. Kesan Negatif Kesan Positif Kerajinan pelajar berbangsa Cina ini secara tidak langsung akan meningkatkan prestasi sekolah dan sekaligus memberi contoh kepada pelajar lain untuk terus berusaha seperti mereka.


RUJUKAN Nickerson, C. (2022). Social Institutions in Sociology: definition & examples. simply sosiology. https://simplysociology.com/socialinstitution.html Idrul Hisham Ismail et.al. (2024). Sosiologi dalam Pendidikan. Local Publications (M) SDN BHD. Puchong, Selangor. Chew Peh Ting. (1979). Konsep asas sosiologi. Dewan Bahasa dan Pustaka. Tischler Henry. (2006). Introduction to Sociology (9th ed.): Cengage Learning. Rasmun Hoffmann. (2008). Sosioeconomic differences in old age mortality. Springer.


Click to View FlipBook Version