The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by khairulrafiq080, 2022-11-30 21:33:19

E-FOLIO PENGAJIAN ISLAM

E-FOLIO PENGAJIAN ISLAM

MPU23012: PENGAJIAN ISLAM
NAMA PENSYARAH: PUAN NORAINI BINTI SULAIMAN

PEMBANGUNAN BANDAR YANG PESAT TELAH MEMBERI KESAN KEPADA
ALAM SEKITAR
(E-FOLIO)
-DAT2A-

NAMA AHLI KUMPULAN: NOMBOR MATRIK:
MUHAMMAD DANIAL HAIKAL BIN MUHAMMAD SANUSI 16DAT21F2012
MUHAMMAD KHAIRUL RAFIQ BIN MD RAFIEE 16DAT21F2004

1

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGHARGAAN 3
4
2.0 OBJEKTIF KAJIAN 5

3.0 PENGENALAN 6-8
9-11
4.0 ISI DAN PENERANGAN 12
4.1 TUJUAN PEMBANGUNAN BANDAR
4.2 KESAN PEMBANGUNAN BANDAR TERHADAP ALAM SEKITAR 13
4.3 KEBAIKAN MEMELIHARA ALAM SEKITAR 14
15
5.0 KESIMPULAN
5.1 RUMUSAN
5.2 RUJUKAN
5.3 LAMPIRAN

2

PENGHARGAAN

Syukur terhadap ilahi kerana dengan berkat dan izinnya dapat kami sekumpulan yang
terdiri daripada Muhammad Danial Haikal Bin Muhammad Sanusi dan Muhammad Khairul
Rafiq Bin Md Rafiee untuk menyiapkan tugasan E-Folio ini dengan cemerlang.

Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada tenaga
pengajar kami yang sangat prihatin dan baik hati atas tunjuk ajar beliau untuk kami
menyiapkan tugasan ini iaitu Puan Noraini Binti Sulaiman. Beliau juga memberikan
penerangan mengenai tugasan ini kepada kami dengan baik. Terima kasih sekali lagi
diucapkan.

Tidak lupa juga kepada ahli kumpulan kami sendiri yang sudah memberikan kerjasama
yang baik sepanjang pelaksanaan tugasan dilakukan.

Akhir kata kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada yang terlibat
secara langsung dan tidak langsung dalam menyiapkan tugasan E-Folio ini. Semoga jasa
baik kalian diberkati oleh Allah.

3

OBJEKTIF KAJIAN
• Untuk mengetahui dengan lebih lanjut kesan pembangunan bandar yang pesat ini

terhadap alam sekitar
• Mengambil peduli perkara yang boleh mencemarkan dan membahayakan alam

sekitar.
• Memberi kesedaran kepada orang awam mengenai kepentingan menjaga alam

sekitar.
• Kesan penjagaan alam sekitar terhadap pembangunan bandar
• Kebaikan menjaga alam sekitar terhadap diri dan bumi.

4

PENGENALAN

Alam adalah sesuatu yang ada iaitu dianggap oleh manusia yang bererti dunia, bumi dan
segala yang di langit atau di bumi selain Allah. Ini termasuk dalam hal binatang, tumbuhan,
galian dan sebagainya. Menurut Al-Ghazali, alam dapat dibezakan menjadi beberapa jenis,
diantaranya adalah alam ghaib dan alam syahadah. Manakala sekitar pula bermaksud
ditempat atau disekeliling.

Alam sekitar merupakan segala benda hidup dan bukan hidup yang wujud secara semula
jadi di bumi. Ianya juga boleh dikatakan apa sahaja yang melingkungi manusia. Alam sekitar
ini juga boleh dikenali sebagai flora dan fauna. Walaubagaimanapun, secara khususnya
alam sekitar merujuk pada fenomena fizikal samada biotik atau abiotik yang melingkungi
suatu organisma di muka bumi. Fenomena fizikal ini juga termasuk dalam hal iklim dan
cuaca.
Konsep alam sekitar menurut islam:
Menurut islam “environmentalisme” berasaskan ajaran tauhid yang bermaksud suatu
falsafah yang menumpukan kepada perlindungan alam sekitar. Agama islam juga menjadi
akhlak sebagai teras utama dalam hubungan manusia, alam dan tuhan. Berdasarkan dasar
ini, segala masalah atau pencemaran yang terjadi terhadap alam sekitar ini berpunca
daripada akhlak manusia itu sendiri. Justeru itu, alam ini juga menunjukkan kebesaran dan
kekuasaan Allah tentang makhluknya, langit, bumi dan segala yang ada dalamnya, zatnya,
sifatnya, dan hal hal lainnya.

5

TUJUAN PEMBANGUNAN BANDAR

Pembangunan bandar (perancangan pekan, bandar dan perbandaran) adalah proses
politik dan teknikal berkaitan dengan kawalan penggunaan tanah dan reka bentuk
persekitaran bandar, termasuk jaringan pengangkutan bagi memandu dan memastikan
pembangunan terancang petempatan dan masyarakat. Ia berkait dengan penyelidikan dan
analisa, pemikiran strategik, seni bina, reka bentuk bandar, perbincangan dengan awam,
cadangan polisi, perlaksanaan dan pentadbiran.

Pembangunan bandar berkait rapat kepada pertumbuhan, perubahan dan
perkembangan. Pertumbuhan merujuk kepada kemajuan atau peningkatan yang dialami dari
segi populasi penduduk, peningkatam dari segi aktiviti ekonomi, peningkatan densiti guna
tanah dan sebagainya. Perubahan bandar pula adalah berdasarkan kepada pembesaran
kawasan bandar dan perkembangan ke kawasan-kawasan semulajadi seperti hutan dan
paya. Apabila kepadatan penduduk bertambah, keperluan untuk membangunkan
perumahan menyebabkan berlakunya perkembangan bandar. Ini menunjukan kesemua
aspek pertumbuhan, perubahan dan perkembangan ini apabila digabungkan adalah merujuk
kepada pembangunan bandar. Oleh itu, pembangunan bandar lebih menumpu kepada
corak dan fizikal bandar kesan daripada semua aspek tersebut. Pembangunan bandar
sememangnya banyak mendatangkan kebaikan dan kepentingan kepada masyarakat
selaras dengan arus pemodenan yang kian rancak.

Antara kepentingan dalam pembangunan bandar ialah pembangunan bandar rapat
meningkatkan peluang ekonomi dalam pembangunan ekonomi sesebuah bandar. Apabila
berlaku pembangunan bandar, ini akan menarik perhatian pelabur-pelabur luar untuk datang
melabur di dalam bandar itu. Oleh itu berlakulah pertambahan dan pembukaan kawasan
baru untuk mendirikan kilang atau kedai dalam menghasilkan barang dan perkhidmatan
untuk disajikan kepada masyarakat bandar. Kemasukan pelabur asing ini juga akan
membawa kepada pemodenan alat-alat teknologi yang canggih ke dalam sesebuah bandar
seperti mesin-mesin, jentera, alat-alat komputer dan sebagainya. Ini membolehkan
pengeluar dapat mengeluarkan barang dan perkhidmatan secara maksimum untuk
memenuhi permintaan masyarakat di kawasan bandar. Perubahan ekonomi ini juga dapat
meningkatkan kemudahan-kemudahan di Kawasan bandar seperti kemudahan jaringan
jalan raya, perhubungan dan telekomunikasi dan sebagainya untuk memudahkan proses
penghantaran dan pengedaran barang untuk dipasarkan di seluruh pelusuk bandar.

6

Sememangnya faktor ekonomi banyak memberi kesan yang paling utama dalam
pembangunan sesebuah bandar. Jika terdapat banyak peluang ekonomi di sebuah bandar
ini, ini akan mengundang kepada kegiatan eksport yang dapat memberi pendapatan
ekonomi yang lumayan kepada sesebuah bandar. Hasil daripada pendapatan ini akan
menyebabkan sesebuah bandar itu mengalami perubahan fizikal seperti pertambahan
kilang, perumahan, kedai-kedai, jalan raya umpamanya seperti pembukaan bandar baru
hasil daripada kegiatan ekonomi yang giat dijalankan.

Disamping itu juga, pembangunan bandar juga penting kerana dapat menyediakan
peluang pekerjaan kepada penduduk sekitar menjadikan sesebuah bandar itu tidak suram
dan sunyi kerana terdapat aktiviti masyarakat dalam menjalankan perniagaan masing-
masing. Pertambahan fizikal bandar seperti kilang, kedai dan sebagainya dapat memberi
pekerjaan kepada penduduk sebagai sumber pendapatan mereka dalam menjalani
kehidupan seharian. Jika sesebuah bandar itu mempunyai banyak peluang pekerjaan, ini
akan manarik perhatian penduduk luar bandar berkunjung dalam mencari pekerjaan dan
berlakunya pertambahan penduduk di sesebuah bandar. Penambahan penduduk di
kawasan bandar akan meningkatkan lagi permintaan terhadap barang dan perkhidmatan.
Contohnya, pertambahan penduduk akan meningkatkan lagi permintaan terhadap tempat
tinggal. Oleh itu, pemaju akan membina kawasan perumahan untuk memenuhi permintaan
mereka. Hal ini menunjukkan faktor pertambahan penduduk juga dapat meningkatkan lagi
pembangunan fizikal di kawasan bandar. Peluang pekerjaan yang banyak juga dapat
mengubah gaya hidup masyarakat yang rajin bekerja yang boleh meningkatkan taraf hidup
masyarakat serta menjamin kehidupan yang aman dan Makmur. Pertambahan peluang
pekerjaan juga dapat mengurangkan kadar jenayah dan pengangguran di kalangan
masyarakat kawasan bandar yang boleh memberi kesan buruk kepada ekonomi bandar.

Akhir sekali, pembangunan sesebuah bandar juga dapat memperbaiki kelemahan-
kelemahan bandar sebelum ini dan menambahkan kemudahan-kemudahan untuk
mengelakkan kesilapan yang berlaku sebelum itu daripada terus menular di kawasan
bandar. Contohnya, seperti menambahbaikkan sistem jalan raya, kemudahan-kemudahan
dan perkhidmatan untuk keselesaan penduduk. Pembangunan bandar dalam meningkatan
taraf sistem jalan raya seperti membina jalan alternatif dan memperlebarkan jalan raya
dapat meningkatkan kemudahsampaian penduduk ke sesuatu tempat serta dapat
mengelakkan daripada berlakunya kesesakan lalu lintas yang sering terjadi sebelumnya. Hal
ini sememangnya membuktikan bahawa pembangunan bandar penting dalam mengetahui
kesilapan dan kelemahan bandar supaya penduduk lebih selesa dalam melakukan aktiviti
mereka. Begitu juga dengan masalah kekurangan dan kerosakkan kemudahan-kemudahan
yang mana mencacatkan pemandangan di sesebuah bandar. Melalui pembangunan, ianya

7

dapat memperbaiki kelemahan dan kerosakkan serta dapat membina kemudahan baru hasil
daripada permintaan masyarakat untuk menggunakannya. Oleh itu, pembangunan amat
penting dalam mengenal pasti kelemahan bandar dan memperbaiki masalah tersebut.

8

KESAN PEMBANGUNAN BANDAR TERHADAP ALAM SEKITAR

Kesan yang ditinggalkan daripada pembangunan bandar adalah tidak baik dan
membawa kepada kelukaan dan kerosakkan kepada warisan negara. Menurut “The Word
Convention”, warisan noleh dikategorikan kepada dua kategori utama iaitu warisan
kebudayaan dan warisan alam semulajadi.

Alam semulajadi adalah warisan negara dan izinkan saya mengupas sudut ini dengan
lebih mendalam untuk menunjukkan ianya telah dijejaskan akibat pembangunan bandar.
Melalui kategori warisan alam semulajadi yang dirujuk oleh General Conference Of
UNESCO pada 1972, membawa maksud bahawa ciri-ciri fizikal, biologikal dan geografi yang
unik, habitat baka tumbuhan dan binatang yang hampir pupus dan kawasan yang
mempunyai nilai saintifik atau estetik dari pandangan pemuliharaan. Tiga unsur alam
semulajadi yang penting ialah hutam, air dan udara.

Hutan berfunsi sebagai pembekal oksigen, kawasan tadahan, menyederhanakan suhu,
sumber ekonomi, sumber makanan dan tempat perlindungan habitat flora dan fauna.
Pembangunan bandar hanya melihat hutan dari sedi ekonomi untuk tuntutan pembangunan
fizikal.

Berdasarkan fungsi inilah warisan hutan perlu dikekalkan, sebagai contohnya sedikit
masa lalu negara perindustrian barat mengencam hebat tindakan negara Asia dan negara
yang sedang membangun kerana menjalankan kegiatan pembalakan secara besar-
besaran.Ini merupakan satu petunjuk bahawa mereka telah melalui pengalaman pahit
membangunkan negara dengan memusnahkan hutan sebagai warisan alam semulajadi
negara mereka.

Pembukaan bandar baru seperti Bandar Muadzam Shah dan bandar-bandar baru yang
lain menyaksikan pembersihan hutan dan pemotongan bukit. Ini memberi kesan kepada
hakisan tanah bertambah kerana air larian dipermukaan bumi tidak dapat dihalang dan
sejumlah besar tanah yang berstruktur lemah dibawah bersama masuk ke dalam sungai.
Penambahan keladak akan mencetekkan dasar sungai dan aliran akan tersekat serta
menyebabkan kejadian banjir kilat terutama di kawasan rendah seperti Lembah Kelang.
Sejak tahun1992, kerajaan persekutuan membelanjakan RM760 ribu untuk mendalamkan
sungai Kelang sepanjang 43 kilometer.

9

Contohnya pertambahan beban sungai Gombak telah dikesan sejak tahun 1968 lagi
disebabkan pembinaan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak. Di samping itu juga, pembinaan
lebihraya turut memusnahkan habitat hidupan liar yang terancam dan dilindungi seperti
Tapir dan Gajah. Fenomena ini jelas apabila terdapat kes-kes haiwan ini dijumpai mati
akibat dilanggar oleh kenderaan ketika melintas lebuhraya.

Seterusnya, air diperlukan dalam semua jenis aktiviti bandar seperti industry, pertanian,
perumahan, perdagangan, perkhidmatan dan rekreasi. Pembangunan bandar turut
meningkatkan permintaan air bersih dari semasa ke semasa, manakala sumber air bersih
semakin berkurang dan berada di lokasi yang jauh. Ini menyebabkan peruntukan kewangan
yang banyak diperkukan untuk mencari bekalan dan pengagihannya. Para hadirin sekalian
mungkin masih ingat apa yang terjadi di Lembah Kelang baru-baru ini yang merupakan
kawasan bandar yang sesak mengalami masalah bekalan air yang tidak mencukupi
walaupun terdapat tiga empangan yang membekalkan air iaitu Empangan Kelang Gate,
Empanhan Semenyih dan Empangan Hulu Langat.

Sumber air sedia ada dari sungai atau tasik turut tercemar apabila bahan buangan
industry, domestik dan pertanian tidak diolah dengan baik dan dialirkan terus ke sungai dan
pantai. Di beberapa bantang sungai khasnya di bahagian muara seperti Sungai Juru, Sungai
Sepang dan Sungai Kelang, menjadi seperti sungai mati kerana bahan pepejal terampai
telah tepu dan tidak dapat dialirkan.

Begitu juga halnya dengan kawasan perairan negara yang tercemar. Aktiviti
perdagangan yang pesat di bandar-bandar Pantau Barat Semenanjung Malaysia
menyebabkan Selat Melaka menjadi satu-satunya jalan air yang paling tercemar di dunia.
Pencemaran ini datangnya dari aktiviti cari gali minyak, pembuangan sisa minyak dan
tumpahan minyak dari pelanggaran kapal-kapal dagang yang melaluinya. Dalam akhbar The
News Strait Time 1972, melaporkan pelanggaran kapal tangka minyak Filipina ( Diego
Silang) telah menumpahkan 6000 tan minyak di perairan Batu Pahat Johor dan sebahagian
tumpahan itu telah memasuki Sungai Muar dan terperangkap di kawasan paya bakau yang
tentunya menjejaskan ekologi perairan pantai.

Kemajuan yang di bawah oleh pembangunan bandar turut meningkatkan pembaziran air.
Rekreasi yang bertaraf mewah contohnyaa pembinaan padang golf 32 lubang
menggunakan air sebanyak 1 juta liter sehari hanya untuk menyiram pokok-pokok. Air ini
pula akan mengalir terus ke saliran utama seperti sungai yang membawa kandungan kimia
beracun daripada penggunaan baja kima dan racun serangga.

10

Walaubagaimanapun, kita masih beruntung kerana masih boleh menyedut udara tanpa
dikenakan bayaran. Udara segar yang dihasilkan secara semulajadi oleh proses fotosintesis
tumbuhan penting untuk pernafasan yang menjamin kelangsungan hidup. Tetapi bagaimana
sekiranya udara yang kita sedut ini tidak segar lagi dan mengandungi bahan-bahan kimia
yang tentunya tidak boleh di terima oleh tubuh badan.

Bahan-bahan pencemaran seperti karbon monoksida, sulfur oksida, plumbum, nitogen
oksida dan hidrokarbon terdapat dalam udara akibat aktiviti bandar seperti pengangkutan,
asap dari industry, pelupusan sisa domestic dan stesyen janakuasa.

Pembangunan bandar yang pesat menampung sejumlah besar penduduk yang
mengamalkan cara hidup moden dan perkhidmatan bandar seperti kereta dan peralatan
rumah ( peti sejuk, penyaman udara dsb memberi kesan rumah hijau ). Kesemua ini akan
menyumbang kepada peningkatan bahan tercemar di udara seperti plumbum dan CFC
(Cloro Floro Carbon) yang secara langsung membantu proses penipisan ozon.

Akhir sekali, kesan seterusnya menyebabkan peningkatan pelbagai penyakit barah
kerana pancaran sinar ultra unggu tidak dapat di biaskan oleh lapisan ozon. Suhu bagi
kawasan bandar kini tidak berada ditahap normal akibat kandungan pelbagai jenis karbon di
udara. Keadaan ini menyebabkan kejadian jerebu paling teruk melanda oleh Malaysia
dengan IPU (Indeks Pencemaran Udara) menunjukkan paras bacaan melebihi had bahaya
iaitu 500 ppm sebagaimana yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (PBB).
Darurat terpaksa diisytiharkan di Kuching Sarawak dengan menutup beberapa sekolah dan
orang ramai terpaksa mematuhi perintah berkurung kerana jarak penglihatan kurang 100
meter dan masalah kesihatan. Sektor ekonomi turut terjejas dengan penutupan kedai,
penurunan sektor pelancongan dan penangguhan penerbangan serta menjalankan
pembebihan awan yang menelan belanja kira-kira RM 50,000 untuk setiap kali pembenihan
dijalankan.

11

KEBAIKAN MEMELIHARA ALAM SEKITAR

Antara kebaikan menjaga alam sekitar ialah alam sekitar akan menjadi bersih. Oleh itu,
semua lapisan masyarakat mestilah mengamalkan nilai-nilai murni supaya kebersihan alam
sekitar dapat terus terjaga. Alam sekitar yang bersih membolehkan kita menikmati
keindahan alam sekitar. Alam Sekitar yang bersih juga akan memberikan ketenangan jiwa
kepada kita.

Selain itu, alam sekitar yang dijaga dengan baik juga dapat mengelakkan daripada
berlakunya pencemaran alam sekitar. Terdapat beberapa pencemaran yang sering berlaku
seperti pencemaran sungai dan pencemaran udara. Pencemaran alam sekitar yang berlaku
akan mendatangkan pelbagai masalah kepada diri sendiri, orang awam dan pihak kerajaan.
Oleh itu, jika ada pihak yang mencemarkan alam sekitar, aduan hendaklah dibuat segera
kepada pihak berkuasa seperti Jabatan Alam Sekitar.

Jika kita menjaga alam sekitar dengan baik, pasti kita hidup dalam keadaan yang sihat
dan gembira. Sesungguhnya, Alam sekitar yang kotor boleh mendatangkan penyakit kepada
kita kerana banyak binatang perosak suka tinggal di Kawasan yang kotor. Antara binatang
yang suka tinggal di tempat yang kotor ialah tikus, lipas dan nyamuk. Jika kita hidup dalam
keadaan yang sihat, pasti kehidupan kita akan lebih Bahagia dan gembira.

Di samping itu, Alam sekitar yang bersih dapat memajukan sektor pelancongan negara.
Sektor pelancongan negara amat penting kepada negara kerana sekiranya sektor
pelancongan maju maka secara tidak langsung ekonomi negara juga akan turut maju.
Sebagai contohnya, apabila alam sekitar bersih dan cantik pasti ramai pelancong akan
datang ke negara kita. Kehadiran pelancong ini akan menambahkan pendapatan negara
seterusnya dapat memajukan negara.

Alam sekitar yang bersih juga akan mengurangkan perbelanjaan kerajaan dalam
membersihkan alam sekitar yang kotor. Projek membersihkan alam sekitar yang kotor
memerlukan perbelanjaan yang banyak. Jika alam sekitar bersih, maka kerajaan boleh
menggunakan wang tersebut untuk membina sekolah, dewan orang ramai dan kemudahan
awam yang lain. Selain itu, kerajaan juga boleh menumpukan sepenuh usaha dan tenaga
kearah pembangunan negara.

12

RUMUSAN

Rumusan yang boleh kami huraikan disini ialah ini telah menampakkan segala yang
berkaitan dengan pembangunan bandar baru serta kesan yang diwujudkan olehnya terdapat
kesan negatif dan kebaikan yang berlaku apabila mewujudkan bandar baru. Pencemaran
alam sekitar sama ada dari sudut udara, air, bunyi dan tanah seringkali berada pada tahap
serius. Proses pembangunan bandar di Malaysia dilihat telah bermula sejak sebelum
kemerdekaan namun kemuncaknya berlaku selepas kemerdekaan. Maka, pembangunan
bandar baru yang diterapkan melibatkan kawasan sedia ada cuma jenis aktiviti ditukar ganti
daripada sektor primer kepada aktiviti dari sektor kedua dan ketiga. Dalam kerakusan
manusia hari ini tanpa kita sedar, keseimbangan alam sekitar mula terjejas. Ini dapat dilihat
dengan terjadinya pemanasan global, banjir kilat, tanah runtuh, kejadian tsunami, gempa
bumi, jerebu dan sebagainya.

Bumi adalah merupakan antara makhluk ciptaan Allah SWT yang dipinjamkan kepada
manusia untuk dijadikan sebagai tempat tinggal sementara sebelum berpindah ke alam
akhirat (al-Mulk, 67:15). Oleh itu, jelaslah disini bahawa pemuliharaan dan pemeliharaan
alam sekitar amat penting dan menjadi tanggungjawab bagi semua orang. Tambahan pula,
dengan memastikan alam sekitar sentiasa dalam keadaan yang baik juga telah
menunjukkan begitu banyak kesan yang positif kepada bumi, flora, fauna dan manusia itu
sendiri. Maka, pihak-pihak jabatan alam sekitar haruslah bekerjasama dengan masyarakat
Malaysia untuk terus melakukan penambahbaikan dalam proses memelihara dan
memulihara alam sekitar di samping pembangunan bandar-bandar yang maju agar
pembangunan negara maju kita stabil. Setiap daripada kita perlu meletakkan kepentingan
pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar sebagai matlamat utama dalam kehidupan,
serta berusaha menjaga dan menyelamatkan khazanah yang tidak ternilai ini daripada terus
dimusnahkan agar alam sekitar terus kekal sihat dan seimbang untuk kelangsungan
generasi akan datang.

13

RUJUKAN
• https://www.planmalaysia.gov.my/documents/seminar/KertasKerja_WACANAILMU

-BANDARPINTAR/KERTAS3_PembangunanBandarPintarMalaysia.pdf
• https://www.hbp.usm.my/methods/RPK534/RPK534Debate1.html
• https://www.doe.gov.my/portalv1/wp-

content/uploads/2013/01/dasar_alam_sekitar_negara.pdf

14

LAMPIRAN
Pembinaan bangunan di cerun bukit penyebab tanah runtuh.
Pembangunan kilang-kilang perindustrian yang menyebabkan pencemaran udara dan bunyi.

Pembangunan bandar yang pesat menyebabkan kesan pulau haba.
15

16


Click to View FlipBook Version