The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by khairulrafiq080, 2022-12-02 02:21:40

E-FOLIO PENGAJIAN ISLAM RAFKAL

E-FOLIO PENGAJIAN ISLAM RAFKAL

MPU23012: PENGAJIAN ISLAM
NAMA PENSYARAH: PUAN NORAINI BINTI SULAIMAN

PEMBANGUNAN BANDAR YANG PESAT TELAH MEMBERI KESAN KEPADA
ALAM SEKITAR
(E-FOLIO)
-DAT2A-

NAMA AHLI KUMPULAN: NOMBOR MATRIK:
MUHAMMAD DANIAL HAIKAL BIN MUHAMMAD SANUSI 16DAT21F2012
MUHAMMAD KHAIRUL RAFIQ BIN MD RAFIEE 16DAT21F2004

1

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGHARGAAN 3

2.0 OBJEKTIF KAJIAN 4

3.0 PENGENALAN 5

4.0 ISI DAN PENERANGAN 6-8
4.1 TUJUAN PEMBANGUNAN BANDAR 9-11
4.2 KESAN PEMBANGUNAN BANDAR TERHADAP ALAM SEKITAR 12
4.3 KEBAIKAN MEMELIHARA ALAM SEKITAR 13
4.4 DALIL DAN HADITH
14
5.0 KESIMPULAN 15
5.1 RUMUSAN 16
5.2 RUJUKAN
5.3 LAMPIRAN

2

PENGHARGAAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam satu Malaysia, pertama sekali kita
panjatkan syukur terhadap ilahi kerana dengan berkat dan izinnya dapat kami sekumpulan
yang terdiri daripada Muhammad Danial Haikal Bin Muhammad Sanusi dan Muhammad
Khairul Rafiq Bin Md Rafiee untuk menyiapkan tugasan E-Folio ini dengan cemerlang.
E-Folio yang bertajuk “Pembangunan Bandar Yang Pesat Telah Memberi Kesan Kepada
Alam Sekitar” ini akan menyedarkan kita semua bahawa alam sekitar ini amat lah penting
untuk semua jenis kehidupan. Oleh itu, kita sebagai manusia yang dikurniakan akal fikiran
haruslah menjaga dan sayangi alam sekitar ini kerana alam sekitar merupakan salah satu
ciptaan Allah yang amat bermakna buat kita.
Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada tenaga
pengajar kami yang sangat prihatin dan baik hati atas tunjuk ajar beliau untuk kami
menyiapkan tugasan ini iaitu Puan Noraini Binti Sulaiman. Beliau juga memberikan
penerangan mengenai tugasan ini kepada kami dengan baik. Terima kasih sekali lagi
diucapkan.
Tidak lupa juga kepada ahli kumpulan kami sendiri yang sudah memberikan kerjasama yang
baik sepanjang pelaksanaan tugasan dilakukan.
Akhir kata kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada yang terlibat secara
langsung dan tidak langsung dalam menyiapkan tugasan E-Folio ini. Kami juga memohon
maaf atas kekurangan dan kelemahan yang terdapat dalam E-Folio kami ini. Semoga jasa
baik kalian diberkati oleh Allah.

3

OBJEKTIF KAJIAN
• Untuk mengetahui dengan lebih lanjut kesan pembangunan bandar yang pesat ini
terhadap alam sekitar
• Mengambil peduli perkara yang boleh mencemarkan dan membahayakan alam sekitar.
• Memberi kesedaran kepada orang awam mengenai kepentingan menjaga alam sekitar.
• Kesan penjagaan alam sekitar terhadap pembangunan bandar
• Kebaikan menjaga alam sekitar terhadap diri dan bumi.

4

PENGENALAN

“Alam” adalah sesuatu yang ada iaitu dianggap oleh manusia yang bererti dunia, bumi dan
segala yang di langit atau di bumi selain Allah. Ini termasuk dalam hal binatang, tumbuhan,
galian dan sebagainya. Menurut Al-Ghazali, alam dapat dibezakan menjadi beberapa jenis,
diantaranya adalah alam ghaib dan alam syahadah. Manakala “Sekitar” pula bermaksud
ditempat atau disekeliling.
Alam sekitar merupakan segala benda hidup dan bukan hidup yang wujud secara semula jadi
di bumi. Ianya juga boleh dikatakan apa sahaja yang melingkungi manusia. Alam sekitar ini
juga boleh dikenali sebagai flora dan fauna. Walaubagaimanapun, secara khususnya alam
sekitar merujuk pada fenomena fizikal samada biotik atau abiotik yang melingkungi suatu
organisma di muka bumi. Fenomena fizikal ini juga termasuk dalam hal iklim dan cuaca.
Konsep alam sekitar menurut islam:
Menurut islam “environmentalisme” berasaskan ajaran tauhid yang bermaksud suatu falsafah
yang menumpukan kepada perlindungan alam sekitar. Agama islam juga menjadi akhlak
sebagai teras utama dalam hubungan manusia, alam dan tuhan. Berdasarkan dasar ini,
segala masalah atau pencemaran yang terjadi terhadap alam sekitar ini berpunca daripada
akhlak manusia itu sendiri. Justeru itu, alam ini juga menunjukkan kebesaran dan kekuasaan
Allah tentang makhluknya, langit, bumi dan segala yang ada dalamnya, zatnya, sifatnya, dan
hal hal lainnya.

5

TUJUAN PEMBANGUNAN BANDAR

Pembangunan bandar (perancangan pekan, bandar dan perbandaran) adalah proses politik
dan teknikal berkaitan dengan kawalan penggunaan tanah dan reka bentuk persekitaran
bandar, termasuk jaringan pengangkutan bagi memandu dan memastikan pembangunan
terancang petempatan dan masyarakat. Ia berkait dengan penyelidikan dan analisa,
pemikiran strategik, seni bina, reka bentuk bandar, perbincangan dengan awam, cadangan
polisi, perlaksanaan dan pentadbiran.

Pembangunan bandar berkait rapat kepada pertumbuhan, perubahan dan perkembangan.
Pertumbuhan merujuk kepada kemajuan atau peningkatan yang dialami dari segi populasi
penduduk, peningkatam dari segi aktiviti ekonomi, peningkatan densiti guna tanah dan
sebagainya. Perubahan bandar pula adalah berdasarkan kepada pembesaran kawasan
bandar dan perkembangan ke kawasan-kawasan semulajadi seperti hutan dan paya. Apabila
kepadatan penduduk bertambah, keperluan untuk membangunkan perumahan menyebabkan
berlakunya perkembangan bandar. Ini menunjukan kesemua aspek pertumbuhan, perubahan
dan perkembangan ini apabila digabungkan adalah merujuk kepada pembangunan bandar.
Oleh itu, pembangunan bandar lebih menumpu kepada corak dan fizikal bandar kesan
daripada semua aspek tersebut. Pembangunan bandar sememangnya banyak
mendatangkan kebaikan dan kepentingan kepada masyarakat selaras dengan arus
pemodenan yang kian rancak.

Antara kepentingan dalam pembangunan bandar ialah pembangunan bandar rapat

meningkatkan peluang ekonomi dalam pembangunan ekonomi sesebuah bandar. Apabila

berlaku pembangunan bandar, ini akan menarik perhatian pelabur-pelabur luar untuk datang

melabur di dalam bandar itu. Oleh itu berlakulah pertambahan dan pembukaan kawasan baru

untuk mendirikan kilang atau kedai dalam menghasilkan barang dan perkhidmatan untuk

disajikan kepada masyarakat bandar. Kemasukan pelabur asing ini juga akan membawa

kepada pemodenan alat-alat teknologi yang canggih ke dalam sesebuah bandar seperti

mesin-mesin, jentera, alat-alat komputer dan sebagainya. Ini membolehkan pengeluar dapat

mengeluarkan barang dan perkhidmatan secara maksimum untuk memenuhi permintaan

masyarakat di kawasan bandar. Perubahan ekonomi ini juga dapat meningkatkan

kemudahan-kemudahan di Kawasan bandar seperti kemudahan jaringan jalan raya,

perhubungan dan telekomunikasi dan sebagainya untuk memudahkan proses penghantaran

dan pengedaran barang untuk dipasarkan di seluruh pelusuk bandar. Sememangnya

6

faktor ekonomi banyak memberi kesan yang paling utama dalam pembangunan sesebuah
bandar. Jika terdapat banyak peluang ekonomi di sebuah bandar ini, ini akan mengundang
kepada kegiatan eksport yang dapat memberi pendapatan ekonomi yang lumayan kepada
sesebuah bandar. Hasil daripada pendapatan ini akan menyebabkan sesebuah bandar itu
mengalami perubahan fizikal seperti pertambahan kilang, perumahan, kedai-kedai, jalan raya
umpamanya seperti pembukaan bandar baru hasil daripada kegiatan ekonomi yang giat
dijalankan.

Disamping itu juga, pembangunan bandar juga penting kerana dapat menyediakan peluang
pekerjaan kepada penduduk sekitar menjadikan sesebuah bandar itu tidak suram dan sunyi
kerana terdapat aktiviti masyarakat dalam menjalankan perniagaan masing-masing.
Pertambahan fizikal bandar seperti kilang, kedai dan sebagainya dapat memberi pekerjaan
kepada penduduk sebagai sumber pendapatan mereka dalam menjalani kehidupan seharian.
Jika sesebuah bandar itu mempunyai banyak peluang pekerjaan, ini akan manarik perhatian
penduduk luar bandar berkunjung dalam mencari pekerjaan dan berlakunya pertambahan
penduduk di sesebuah bandar. Penambahan penduduk di kawasan bandar akan
meningkatkan lagi permintaan terhadap barang dan perkhidmatan. Contohnya, pertambahan
penduduk akan meningkatkan lagi permintaan terhadap tempat tinggal. Oleh itu, pemaju akan
membina kawasan perumahan untuk memenuhi permintaan mereka. Hal ini menunjukkan
faktor pertambahan penduduk juga dapat meningkatkan lagi pembangunan fizikal di kawasan
bandar. Peluang pekerjaan yang banyak juga dapat mengubah gaya hidup masyarakat yang
rajin bekerja yang boleh meningkatkan taraf hidup masyarakat serta menjamin kehidupan
yang aman dan Makmur. Pertambahan peluang pekerjaan juga dapat mengurangkan kadar
jenayah dan pengangguran di kalangan masyarakat kawasan bandar yang boleh memberi
kesan buruk kepada ekonomi bandar.

Akhir sekali, pembangunan sesebuah bandar juga dapat memperbaiki kelemahan-kelemahan
bandar sebelum ini dan menambahkan kemudahan-kemudahan untuk mengelakkan
kesilapan yang berlaku sebelum itu daripada terus menular di kawasan bandar. Contohnya,
seperti menambahbaikkan sistem jalan raya, kemudahan-kemudahan dan perkhidmatan
untuk keselesaan penduduk. Pembangunan bandar dalam meningkatan taraf sistem jalan
raya seperti membina jalan alternatif dan memperlebarkan jalan raya dapat meningkatkan
kemudahsampaian penduduk ke sesuatu tempat serta dapat mengelakkan daripada
berlakunya kesesakan lalu lintas yang sering terjadi sebelumnya. Hal ini sememangnya
membuktikan bahawa pembangunan bandar penting dalam mengetahui kesilapan dan
kelemahan bandar supaya penduduk lebih selesa dalam melakukan aktiviti mereka. Begitu
juga dengan masalah kekurangan dan kerosakkan kemudahan-kemudahan yang mana
mencacatkan pemandangan di sesebuah bandar. Melalui pembangunan, ianya dapat

7

memperbaiki kelemahan dan kerosakkan serta dapat membina kemudahan baru hasil
daripada permintaan masyarakat untuk menggunakannya. Oleh itu, pembangunan amat
penting dalam mengenal pasti kelemahan bandar dan memperbaiki masalah tersebut.

8

KESAN PEMBANGUNAN BANDAR TERHADAP ALAM SEKITAR

Kesan yang ditinggalkan daripada pembangunan bandar adalah tidak baik dan membawa
kepada kelukaan dan kerosakkan kepada warisan negara. Menurut “The Word Convention”,
warisan noleh dikategorikan kepada dua kategori utama iaitu warisan kebudayaan dan
warisan alam semulajadi.
Alam semulajadi adalah warisan negara dan izinkan saya mengupas sudut ini dengan lebih
mendalam untuk menunjukkan ianya telah dijejaskan akibat pembangunan bandar. Melalui
kategori warisan alam semulajadi yang dirujuk oleh General Conference Of UNESCO pada
1972, membawa maksud bahawa ciri-ciri fizikal, biologikal dan geografi yang unik, habitat
baka tumbuhan dan binatang yang hampir pupus dan kawasan yang mempunyai nilai saintifik
atau estetik dari pandangan pemuliharaan. Tiga unsur alam semulajadi yang penting ialah
hutam, air dan udara.
Hutan berfunsi sebagai pembekal oksigen, kawasan tadahan, menyederhanakan suhu,
sumber ekonomi, sumber makanan dan tempat perlindungan habitat flora dan fauna.
Pembangunan bandar hanya melihat hutan dari sedi ekonomi untuk tuntutan pembangunan
fizikal.
Berdasarkan fungsi inilah warisan hutan perlu dikekalkan, sebagai contohnya sedikit masa
lalu negara perindustrian barat mengencam hebat tindakan negara Asia dan negara yang
sedang membangun kerana menjalankan kegiatan pembalakan secara besar-besaran.Ini
merupakan satu petunjuk bahawa mereka telah melalui pengalaman pahit membangunkan
negara dengan memusnahkan hutan sebagai warisan alam semulajadi negara mereka.
Pembukaan bandar baru seperti Bandar Muadzam Shah dan bandar-bandar baru yang lain
menyaksikan pembersihan hutan dan pemotongan bukit. Ini memberi kesan kepada hakisan
tanah bertambah kerana air larian dipermukaan bumi tidak dapat dihalang dan sejumlah besar
tanah yang berstruktur lemah dibawah bersama masuk ke dalam sungai. Penambahan
keladak akan mencetekkan dasar sungai dan aliran akan tersekat serta menyebabkan
kejadian banjir kilat terutama di kawasan rendah seperti Lembah Kelang. Sejak tahun1992,
kerajaan persekutuan membelanjakan RM760 ribu untuk mendalamkan sungai Kelang
sepanjang 43 kilometer.

9

Contohnya pertambahan beban sungai Gombak telah dikesan sejak tahun 1968 lagi
disebabkan pembinaan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak. Di samping itu juga, pembinaan
lebihraya turut memusnahkan habitat hidupan liar yang terancam dan dilindungi seperti Tapir
dan Gajah. Fenomena ini jelas apabila terdapat kes-kes haiwan ini dijumpai mati akibat
dilanggar oleh kenderaan ketika melintas lebuhraya.

Seterusnya, air diperlukan dalam semua jenis aktiviti bandar seperti industry, pertanian,
perumahan, perdagangan, perkhidmatan dan rekreasi. Pembangunan bandar turut
meningkatkan permintaan air bersih dari semasa ke semasa, manakala sumber air bersih
semakin berkurang dan berada di lokasi yang jauh. Ini menyebabkan peruntukan kewangan
yang banyak diperkukan untuk mencari bekalan dan pengagihannya. Para hadirin sekalian
mungkin masih ingat apa yang terjadi di Lembah Kelang baru-baru ini yang merupakan
kawasan bandar yang sesak mengalami masalah bekalan air yang tidak mencukupi walaupun
terdapat tiga empangan yang membekalkan air iaitu Empangan Kelang Gate, Empanhan
Semenyih dan Empangan Hulu Langat.

Sumber air sedia ada dari sungai atau tasik turut tercemar apabila bahan buangan industry,
domestik dan pertanian tidak diolah dengan baik dan dialirkan terus ke sungai dan pantai. Di
beberapa bantang sungai khasnya di bahagian muara seperti Sungai Juru, Sungai Sepang
dan Sungai Kelang, menjadi seperti sungai mati kerana bahan pepejal terampai telah tepu
dan tidak dapat dialirkan.

Begitu juga halnya dengan kawasan perairan negara yang tercemar. Aktiviti perdagangan
yang pesat di bandar-bandar Pantau Barat Semenanjung Malaysia menyebabkan Selat
Melaka menjadi satu-satunya jalan air yang paling tercemar di dunia. Pencemaran ini
datangnya dari aktiviti cari gali minyak, pembuangan sisa minyak dan tumpahan minyak dari
pelanggaran kapal-kapal dagang yang melaluinya. Dalam akhbar The News Strait Time 1972,
melaporkan pelanggaran kapal tangka minyak Filipina ( Diego Silang) telah menumpahkan
6000 tan minyak di perairan Batu Pahat Johor dan sebahagian tumpahan itu telah memasuki
Sungai Muar dan terperangkap di kawasan paya bakau yang tentunya menjejaskan ekologi
perairan pantai.

Kemajuan yang di bawah oleh pembangunan bandar turut meningkatkan pembaziran air.
Rekreasi yang bertaraf mewah contohnyaa pembinaan padang golf 32 lubang menggunakan
air sebanyak 1 juta liter sehari hanya untuk menyiram pokok-pokok. Air ini pula akan mengalir
terus ke saliran utama seperti sungai yang membawa kandungan kimia beracun daripada
penggunaan baja kima dan racun serangga.

10

Walaubagaimanapun, kita masih beruntung kerana masih boleh menyedut udara tanpa
dikenakan bayaran. Udara segar yang dihasilkan secara semulajadi oleh proses fotosintesis
tumbuhan penting untuk pernafasan yang menjamin kelangsungan hidup. Tetapi bagaimana
sekiranya udara yang kita sedut ini tidak segar lagi dan mengandungi bahan-bahan kimia
yang tentunya tidak boleh di terima oleh tubuh badan.
Bahan-bahan pencemaran seperti karbon monoksida, sulfur oksida, plumbum, nitogen oksida
dan hidrokarbon terdapat dalam udara akibat aktiviti bandar seperti pengangkutan, asap dari
industry, pelupusan sisa domestic dan stesyen janakuasa.
Pembangunan bandar yang pesat menampung sejumlah besar penduduk yang mengamalkan
cara hidup moden dan perkhidmatan bandar seperti kereta dan peralatan rumah ( peti sejuk,
penyaman udara dsb memberi kesan rumah hijau ). Kesemua ini akan menyumbang kepada
peningkatan bahan tercemar di udara seperti plumbum dan CFC (Cloro Floro Carbon) yang
secara langsung membantu proses penipisan ozon.
Akhir sekali, kesan seterusnya menyebabkan peningkatan pelbagai penyakit barah kerana
pancaran sinar ultra unggu tidak dapat di biaskan oleh lapisan ozon. Suhu bagi kawasan
bandar kini tidak berada ditahap normal akibat kandungan pelbagai jenis karbon di udara.
Keadaan ini menyebabkan kejadian jerebu paling teruk melanda oleh Malaysia dengan IPU
(Indeks Pencemaran Udara) menunjukkan paras bacaan melebihi had bahaya iaitu 500 ppm
sebagaimana yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (PBB). Darurat terpaksa
diisytiharkan di Kuching Sarawak dengan menutup beberapa sekolah dan orang ramai
terpaksa mematuhi perintah berkurung kerana jarak penglihatan kurang 100 meter dan
masalah kesihatan. Sektor ekonomi turut terjejas dengan penutupan kedai, penurunan sektor
pelancongan dan penangguhan penerbangan serta menjalankan pembebihan awan yang
menelan belanja kira-kira RM 50,000 untuk setiap kali pembenihan dijalankan.

11

KEBAIKAN MEMELIHARA ALAM SEKITAR

Antara kebaikan menjaga alam sekitar ialah alam sekitar akan menjadi bersih. Oleh itu, semua
lapisan masyarakat mestilah mengamalkan nilai-nilai murni supaya kebersihan alam sekitar
dapat terus terjaga. Alam sekitar yang bersih membolehkan kita menikmati keindahan alam
sekitar. Alam Sekitar yang bersih juga akan memberikan ketenangan jiwa kepada kita.
Selain itu, alam sekitar yang dijaga dengan baik juga dapat mengelakkan daripada berlakunya
pencemaran alam sekitar. Terdapat beberapa pencemaran yang sering berlaku seperti
pencemaran sungai dan pencemaran udara. Pencemaran alam sekitar yang berlaku akan
mendatangkan pelbagai masalah kepada diri sendiri, orang awam dan pihak kerajaan. Oleh
itu, jika ada pihak yang mencemarkan alam sekitar, aduan hendaklah dibuat segera kepada
pihak berkuasa seperti Jabatan Alam Sekitar.
Jika kita menjaga alam sekitar dengan baik, pasti kita hidup dalam keadaan yang sihat dan
gembira. Sesungguhnya, Alam sekitar yang kotor boleh mendatangkan penyakit kepada kita
kerana banyak binatang perosak suka tinggal di Kawasan yang kotor. Antara binatang yang
suka tinggal di tempat yang kotor ialah tikus, lipas dan nyamuk. Jika kita hidup dalam keadaan
yang sihat, pasti kehidupan kita akan lebih Bahagia dan gembira.
Di samping itu, Alam sekitar yang bersih dapat memajukan sektor pelancongan negara.
Sektor pelancongan negara amat penting kepada negara kerana sekiranya sektor
pelancongan maju maka secara tidak langsung ekonomi negara juga akan turut maju.
Sebagai contohnya, apabila alam sekitar bersih dan cantik pasti ramai pelancong akan datang
ke negara kita. Kehadiran pelancong ini akan menambahkan pendapatan negara seterusnya
dapat memajukan negara.
Alam sekitar yang bersih juga akan mengurangkan perbelanjaan kerajaan dalam
membersihkan alam sekitar yang kotor. Projek membersihkan alam sekitar yang kotor
memerlukan perbelanjaan yang banyak. Jika alam sekitar bersih, maka kerajaan boleh
menggunakan wang tersebut untuk membina sekolah, dewan orang ramai dan kemudahan
awam yang lain. Selain itu, kerajaan juga boleh menumpukan sepenuh usaha dan tenaga
kearah pembangunan negara.

12

DALIL DAN HADITH

Selama ini, manusia hidup secara berdampingan dengan alam. Namun, semakin banyaknya
populasi manusia di Bumi ini, alam seakan didesak untuk bekerja lebih keras bagi
memenuhi keperluan kita.Islam telah memberikan pedoman terhadap semua sisi kehidupan
termasuklah dalam hal ini. Terdapat beberapa dalil yang menjelaskan ajaran Islam dalam
melestarikan alam sekitar ini.

1. MEROSAKAN PERSEKITARAN MENJADI SALAH SATU SIFAT ORANG
MUNAFIK
Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 205:

‫َو ِإذَا تَ َولَى َس َعى فِى ٱْلَر ِض ِليُف ِس َد ِفي َها َويُه ِل َك ٱل َحر َث َوٱلنَس َل ۗ َوٱّ َللُ َل يُ ِحب ٱلفَ َسا َد‬

“Dan apabila ia berpaling (dari kamu), ia berjalan di bumi untuk mengadakan
kerosakan padanya, dan merosakan tanam-tanaman dan binatang ternak,
dan Allah tidak menyukai kebinasaan.”

2. DILARANG UNTUK MENCEMARI PERSEKITARAN
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu’anhu bahawa Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬bersabda:
“Jauhilah dua perbuatan yang mendatangkan laknat !” Sahabat-sahabat
bertanya, “Apakah dua perbuatan yang mendatangkan laknat itu?” Nabi
menjawab, “Orang yang buang air besar di jalan umum atau di tempat
berteduh manusia.”(HR MUSLIM)
Dari Abu Hurairah Radhiayallahu’anhu bahawa Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬bersabda:
“Janganlah seorang dari kalian kencing di air yang tenang yang tidak mengair
kemudian mandi di dalamnya.”(HR BUKHARI DAN MUSLIM)

3. MENANAM TUMBUHAN SAMA DENGAN BERSEDEKAH
Dari Anas Radhiyallu’anhu bahawa Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬bersabda:
“Tidak seorang pun Muslim yang menanam tumbuhan atau bercucuk tanam,
kemudian buahnya dimakan oleh burung atau manusia atau binatang ternak,
kecuali yang dimakan itu akan bernilai sedekah untuknya.”(HR BUKHARI)

13

RUMUSAN

Rumusan yang boleh kami huraikan disini ialah ini telah menampakkan segala yang berkaitan
dengan pembangunan bandar baru serta kesan yang diwujudkan olehnya terdapat kesan
negatif dan kebaikan yang berlaku apabila mewujudkan bandar baru. Pencemaran alam
sekitar sama ada dari sudut udara, air, bunyi dan tanah seringkali berada pada tahap serius.
Proses pembangunan bandar di Malaysia dilihat telah bermula sejak sebelum kemerdekaan
namun kemuncaknya berlaku selepas kemerdekaan. Maka, pembangunan bandar baru yang
diterapkan melibatkan kawasan sedia ada cuma jenis aktiviti ditukar ganti daripada sektor
primer kepada aktiviti dari sektor kedua dan ketiga. Dalam kerakusan manusia hari ini tanpa
kita sedar, keseimbangan alam sekitar mula terjejas. Ini dapat dilihat dengan terjadinya
pemanasan global, banjir kilat, tanah runtuh, kejadian tsunami, gempa bumi, jerebu dan
sebagainya.
Bumi adalah merupakan antara makhluk ciptaan Allah SWT yang dipinjamkan kepada
manusia untuk dijadikan sebagai tempat tinggal sementara sebelum berpindah ke alam
akhirat (al-Mulk, 67:15). Oleh itu, jelaslah disini bahawa pemuliharaan dan pemeliharaan alam
sekitar amat penting dan menjadi tanggungjawab bagi semua orang. Tambahan pula, dengan
memastikan alam sekitar sentiasa dalam keadaan yang baik juga telah menunjukkan begitu
banyak kesan yang positif kepada bumi, flora, fauna dan manusia itu sendiri. Maka, pihak-
pihak jabatan alam sekitar haruslah bekerjasama dengan masyarakat Malaysia untuk terus
melakukan penambahbaikan dalam proses memelihara dan memulihara alam sekitar di
samping pembangunan bandar-bandar yang maju agar pembangunan negara maju kita stabil.
Setiap daripada kita perlu meletakkan kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam
sekitar sebagai matlamat utama dalam kehidupan, serta berusaha menjaga dan
menyelamatkan khazanah yang tidak ternilai ini daripada terus dimusnahkan agar alam
sekitar terus kekal sihat dan seimbang untuk kelangsungan generasi akan datang.

14

RUJUKAN
• https://www.planmalaysia.gov.my/documents/seminar/KertasKerja_WACANAILMU
-BANDARPINTAR/KERTAS3_PembangunanBandarPintarMalaysia.pdf
• https://www.hbp.usm.my/methods/RPK534/RPK534Debate1.html
• https://www.doe.gov.my/portalv1/wp-
content/uploads/2013/01/dasar_alam_sekitar_negara.pdf

15

LAMPIRAN
Pembinaan bangunan di cerun bukit penyebab tanah runtuh.
Pembangunan kilang-kilang perindustrian yang menyebabkan pencemaran udara dan bunyi.

Pembangunan bandar yang pesat menyebabkan kesan pulau haba.
16

TERIMA KASIH
‫شكرًاا جزي ًلا‬
kn

17


Click to View FlipBook Version