2.1 Sistem Respirasi CikguAbby2020@SDARY
Sistem respirasi manusia Y
Struktur sistem respirasi Sistem respirasi berfungsi membekalkan OKSIGEN dan
mengeluarkan KARBON DIOKSIDA daripada sel badan
Terdiri daripada : Rongga hidung, trakea, bronkus,
peparu, sangkar rusuk, diafragma dan otot interkostal.
Struktur sistem respirasi manusia Struktur peparu manusia
Fungsi Struktur Sistem Respirasi
Struktur Fungsi
Rongga nasal
Memanaskan, melembapkan dan menapis udara yang masuk melalui lubang
hidung sebelum ia sampai ke peparu
Trakea Membenarkan laluan udara ke peparu
Tulang rusuk Melindungi peparu
Otot interkosta
Diafragma Menaik dan menurunkan tulang rusuk semasa pernafasan
Alveolus Mengubah tekanan udara dalam rongga toraks dengan menambah atau
mengurangkan isipadu toraks
Kapilari darah Tempat pertukaran gas-gas
( oksigen dan karbon dioksida )
Membawa darah beroksigen dari alveolus dan darah terdeoksigen ke alveolus
Mekanisme Pernafasan
Lubang hidung Rongga hidung Farinks Larinks
Trakea Bronkus Bronkiol Alveolus
1
Latihan 1 CikguAbby2020@SDARY
Y
1. Labelkan struktur pernafasan bagi manusia menggunakan perkataan di bawah ini .
Bronkiol kapilari darah hidung alveolus mulut bronkus diafragma
1 8 Rongga
2 7 Rongga
3 6
5
4
2. Lengkapkan jadual di bawah.
Struktur Fungsi
Melindungi peparu
Membenarkan laluan udara ke peparu
Memanaskan, melembapkan dan menapis udara yang
masuk melalui lubang hidung sebelum ia sampai ke
peparu
Tempat pertukaran gas-gas
(oksigen dan karbon dioksida)
Mengubah tekanan udara dalam rongga toraks dengan
menambah atau mengurangkan isipadu toraks
Menaik dan menurunkan tulang rusuk semasa
pernafasan
3. Nyatakan fungsi bagi struktur respirasi manusia Fungsi
Struktur
Rongga nasal
Trakea
Tulang rusuk
Otot interkostal
Diafragma
Alveolus
Kapilari darah
2
Contoh Soalan PT3 [2016] CikguAbby2020@SDARY
Y
1. (a) Rajah 2.1 menunjukkan struktur peparu manusia. Tandakan ( √ ) bagi label yang betul.
[2 markah]
2. Rajah 2.1 menunjukkan sebahagian daripada system respirasi manusia.
X
Y
Labelkan X dan Y pada Rajah 2.1 menggunakan perkataan yang diberi di bawah.
Alveolus Sangkar rusuk Peparu
Alveolus Rib cage Lungs
[2 markah]
3. (a) Rajah di bawah menunjukkan bahagian badan manusia.
3
CikguAbby2020@SDARY
Y
(i) Pada rajah di atas :
Tandakan (√ ) pada jawapan yang betul untuk menunjukkan organ yang terlibat
dalam perubahan tekanan udara dalam rongga toraks.
[2 markah]
(i) Tandakan (√ ) bagi fungsi bahagian yang berlabel P.
Mengangkut udara ke alveolus
Mengangkut udara ke brokus
[1 markah]
(ii) Tandakan (√ ) bagi fungsi bahagian yang berlabel Q.
Menyingkirkan karbon dioksida dari darah
Tempat berlakunya pertukaran gas
[1 markah]
4. Rajah di bawah menunjukkan sistem respirasi manusia.
(a) (i) Namakan W.
……………………………………………………………………………………………………………………..
(1 markah)
(ii) Nyatakan satu ciri spesifik W. Seterusnya, nyatakan kepentingan struktur yang
dinamakan.
…………………………………………………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………………………………………………….
(2 markah)
4
CikguAbby2020@SDARY
Y
Latihan 2
1. Lengkapkan carta alir di bawah yang memerihalkan laluan udara semasa menarik nafas.
Lubang hidung Rongga hidung Farinks Larinks
(a) __________ (b) _________ (c) __________ Alveolus
2. Rajah menunjukkan organ-organ di dalam toraks.
Padankan P, Q, R dan S dengan pernyataan di dalam kotak yang disediakan.
(a) Bergerak ke bawah semasa kita menarik nafas
(b) Bergerak ke bawah semasa kita menghembus nafas.
(c) Permukaan yang luas untuk pertukaran gas.
(d) Mengecut untuk menggerakkan sangkar rusuk ke atas.
3. Terangkan perubahan tekanan udara di dalam rongga toraks semasa proses menarik dan
menghembus nafas.
………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………
4. Nyatakan perbezaan antara komposisi udara sedutan dan udara hembusan.
………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………
5. Tandakan (√) bagi proses yang berlaku semasa menarik nafas
(a) Sangkar rusuk bergerak ke atas dank e
luar
(b) Otot interkostal luar mengendur dan otot
interkostal dalam mengecut
(c) Diafragma mengecut dan mendatar ke
bawah
(d) Isipadu rongga toraks berkurang
(e) Tekanan udara di dalam rongga toraks
berkurang
5
CikguAbby2020@SDARY
Y
Proses Menarik Nafas (Menyedut udara)
Perkara- perkara yang berlaku semasa menarik
nafas :
(a) Otot interkostal mengecut
(b) Sangkar rusuk naik ke atas dan dada
bergerak ke depan
(c) Otot diafragma mengecut dan bergerak ke
bawah dan menjadi rata.
(d) Rongga toraks membesar
(e) Tekanan udara di dalam rongga toraks
berkurang
(f) Udara dari luar akan dipaksa masuk ke
dalam peparu.
Proses Menghembus Nafas (Menghembus udara)
Perkara- perkara yang berlaku semasa
menghembus nafas :
(a) Otot interkostal mengendur
(b) Sangkar rusuk turun ke bawah dan dada
bergerak ke dalam
(c) Otot diafragma mengendur dan
melengkung ke atas
(d) Rongga toraks mengecil
(e) Tekanan udara di dalam rongga toraks
meningkat.
(f) Udara dipaksa keluar dari peparu.
Perbezaan Kandungan Gas dalam Udara Sedutan dan Udara Hembusan
Udara sedutan Udara yang disedut ke dalam peparu
Udara hembusan Udara yang dihembus keluar dari peparu
Komposisi udara sedutan dan udara hembusan
Kandungan Udara sedutan Udara hembusan
Oksigen 21% 16%
Karbon dioksida 0.04% 4%
Nitrogen 79& 79%
Wap air Tepu
Suhu Berubah-ubah 34%
Berubah-ubah
Kandungan oksigen lebih tinggi dalam udara sedutan berbanding dengan udara hembusan.
Kandungan karbon dioksida pula lebih tinggi dalam udara hembusan berbanding dengan udara
sedutan.
6
CikguAbby2020@SDARY
Y
6. Bagi setiap pernyataan berikut, namakan struktur dalam system peparu yang berkaitan.
(a) Tempat pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida ………………………………….
(b) Menyalurkan udara atmosfera ke dalam peparu ………………………………….
(c) Kepingan otot yang melapisi bahagian bawah rongga tooraks. ………………………………….
7. Rajah menunjukkan sebuah model ringkas yang digunakan untuk menunjukkan mekanisme
pernafasan
(a) Nyatakan bahagian sistem respirasi manusia yang diwakili oleh bahagian berikut :
(i) Balang kaca : …………………………………………………………………………….
(ii) Kepingan getah nipis : ………………………………………………………................
(iii) Tiub kaca berbentuk Y : …………………………………………………………………
(iv) Belon : ……………………………………………………………………………………….
(b) Mengapakah kepingan getah nipis dan bukan getah tebal digunakan dalam model di atas?
………………………………………………………………………………………………………………………….
(c) Nyatakan proses dalam pernafasan yang ditunjukkan oleh tindakan terhadap kepingan getah
nipis yang berikut:
i. Kepingan getah nipis ditarik ke bawah : ………………………………………………
ii. Kepingan getah nipis ditolak ke atas : …………………………………………………
(d) Mengapakah balang kaca gagal berfungsi seperti sangkar rusuk dalam mekanisme
pernafasan yang menggunakan model di atas?
…………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………
Contoh Soalan PT3 (2016)
1. Rajah 2.2 menunjukkan mekanisme pernafasan semasa menghembus nafas.
7
CikguAbby2020@SDARY
Y
Bulatkan mana-mana dua pernyataan yang betul, P, Q, R atau S tentang mekanisme
tersebut.
P Sangkar rusuk bergerak ke bawah dan ke dalam.
Q Diafragma mengecut dan mendatar.
R Tekanan udara dalam peparu meningkat.
S Isi padu rongga toraks bertambah.
[2 markah]
2. Rajah 2.2 menunjukkan mekanisme pernafasan semasa menarik nafas.
Tandakan ( √) bagi pernyataan yang betul tentang mkanisme tersebut. [2 markah]
(i) Udara masuk ke dalam peparu apabila diafragma bergerak ke bawah.
(ii) Ketika tarik nafas, sangkar rusuk bergerak kebawah.
(iii) Tekanan udara dalam peparu meningkat.
(iv) Isi padu rongga toraks bertambah.
3. Rajah di bawah menunjukkan mekanisme pernafasan manusia.
(a) Tandakan (√ ) bagi pernyataan yang benar tentang P dan Q.
8
Rongga toraks P mengecil CikguAbby2020@SDARY
Tulang rusuk P dinaikkan Y
Rongga toraks Q membesar
Tulang rusuk Q diturunkan [2 markah]
4. Rajah menunjukkan padangan sisi sistem respirasi manusia ketika pernafasan.
Lengkapkan jadual berikut untuk menerangkan perubahan terhadap diafragma, sangkar rusuk
dan rongga toraks pada mekanisme F dan mekanisme G.
Struktur Mekanisma F Mekanisma G
(i) Diafragma
(ii) Sangkar rusuk
(iii) Rongga toraks
(3 markah)
5. Jadual di bawah menunjukkan perbandingan komponen udara dalam dua situasi.
Situasi Bas dengan penumpang Bas tanpa penumpang
Nitrogen 78 % 78 %
Oksigen 16 % 21 %
Karbon dioksida 4% 0.03 %
Gas Nadir 1%
1%
(a) Mengapakah terdapat perbezaan peratus komponen udara dalam kedua-dua situasi?
…………………………………………………………………………………………………….…………………
………………………………………………………………………………………………………………………
[2 markah]
9
CikguAbby2020@SDARY
6. Respirasi dalam manusia merupakan suatu proses yang melibatkan penyedutan Y
dan penghembusan udara melalui peparu.
Rajah 7.1 menunjukkan komposisi udara yang dihembus oleh seorang budak lelaki yang sihat.
(a)(i) Carta pie menunjukkan 16 % P dihembus semasa penghembusan. Apakah P?
…………………………………………………………………………………………………………
[1 markah]
(ii) Adakah kandungan wap air dalam udara hembusan berubah-ubah atau tepu?
…………………………………………………………………………………………………………
[1 markah]
(iii) Alveolus dan kapilari darah merupakan struktur yang penting untuk pertukaran gas dalam
proses respirasi. Terangkan proses pertukaran gas di dalam alveolus.
………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………….
[3 markah]
7. Pernafasan ialah proses di mana udara disedut dan dihembus daripada badan manusia.
Rajah di bawah menunjukkan dua carta pai yang menunjukkan komposisi udara di dalam
udara sedutan dan udara hembusan nafas.
(a)(i) Carta pai yang manakah mewakili …..
Udara sedutan : …………………………………………….
Udara hembusan : ……………………………………………..
[2 markah]
10
CikguAbby2020@SDARY
Y
(ii) Adakah terdapat sebarang perbezaan dalam jumlah bagi nitrogen semasa tarikan dan
hembusan nafas? Terangkan jawapan anda.
……………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………
[2 markah]
(b) Pernafasan melibatkan proses penarikan dan penghembusan nafas yang berselang- seli.
Nyatakan dua organ yang memainkan peranan penting dalam mekanisme pernafasan.
…………………………………………………………………………………………………………………………
…………........................................................................................................................................................
[2 markah]
2.2 Pergerakan dan Pertukaran Gas di dalam Badan Manusia
Udara sedutan Udara yang disedut ke dalam peparu
Udara hembusan Udara yang dihembus keluar dari peparu
Pergerakan gas dalam badan manusia
1. Pergerakan oksigen dari alveolus ke dalam
kapilari darah adalah melalui proses
resapan.
2. Semasa menarik nafas, kepekatan oksigen
dalam udara yang disedut adalah lebih
tinggi berbanding dengan kepekatan
oksigen dalam darah yang mengalir ke
peparu.
3. Perbezaan kepekatan ini akan
menyebabkan resapan berlaku.
4. Oksigen akan meresap masuk daripada
alveolus ke dalam kapilari darah.
5. Oksigen yang meresap masuk akan
bergabung dengan hemoglobin dalam sel
darah merah untuk membentuk
oksihemoglobin.
6. Darah yang berkepekatan oksigen tinggi
akan mengalir dari peparu ke jantung dan
dipam ke bahagian lain dalam badan.
7. Apabila sampai di sel badan, oksihemoglobin
akan terurai dan membebaskan oksigen.
8. Oksigen akan meresap ke dalam sel kerana
kepekatan oksigen dalam sel adalah rendah.
9.Di dalam sel badan, berlaku proses repirasi sel
( oksigen mengoksidakan molekul glukosa
kepada karbon dioksida, air dan tenaga)
10. Karbon dioksida yang dibebaskan oleh sel
meresap masuk ke dalam kapilari darah dan
diangkut ke alveolus untuk disingkirkan.
11
Adaptasi struktur alveolus CikguAbby2020@SDARY
Y
Pertukaran gas di alveolus adalah sangat cepat
dan cekap disebabkan oleh :
(a) Dinding alveolus dan dinding kapilari darah
hanya setebal satu sel.
(b) Dinding alveolus adalah sentiasa lembap.
(c) Alveolus dikelilingi oleh banyak kapilari
darah.
(d) Alveolus mempunyai luas permukaan yang
besar.
Latihan 3
1. Rajah menunjukan proses pertukaran gas di alveolus.
R
PQ
(a) Berdasarkan rajah, tentukan sama ada kepekatan oksigen Tinggi atau Rendah pada
kedudukan berikut. [ 3 marks ]
i) P : ..............................................................
ii) Q : .............................................................
iii) R : ............................................................
(b) Pergerakan gas dari alveolus ke dalam kapilari darah dikenali sebagai proses
……………………… (1 markah)
(c) Nyatakan empat adaptasi struktur alveolus untuk pertukaran gas yang cekap.
…………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………
(4 markah)
2. Rajah menunjukkan proses pertukaran gas yang berlaku di alveolus. Diagram shows the gaseous
exchange process occured in alveolus.
12
CikguAbby2020@SDARY
Y
(a) Apakah ciri-ciri penyesuaian alveolus untuk proses pertukaran gas yang cekap?
………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………….
(2 markah)
(b) Jelaskan apa yang berlaku kepada oksigen di dalam alveolus.
………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………..
(2 markah)
(c) Sel B berfungsi sebagai pengangkutan untuk oksigen. Berikan dua ciri penyesuaian sel B untuk
menjalankan fungsinya dengan cekap.
…………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………
(2 markah)
(d) Terangkan bagaimana sel B mengangkut oksigen dalam kapilari darah.
…………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………
(2 markah)
3. Rajah menunjukkan proses pertukaran gas yang berlaku di sel badan.
(a) Oksigen diangkut dari peparu ke sel badan untuk digunakan. Namakan proses yang berlaku
dalam sel badan yang menggunakan oksigen
………………………………………………………………………………………………..
( 1 markah)
(b) Berikan hasil bagi proses yang anda nyatakan di (a).
…………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………
(2 markah)
Contoh Soalan PT3
1. Rajah di bawah menunjukkan pertukaran gas-gas yang berlaku antara alveolus dengan
kapilari darah.
(a) Kenal pasti gas-gas yang dilabel
P : …………………………………………………………………………………………..
Q : ………………………………………………………………………………………….
[2 markah]
(b) Mengapakah gas Q bergerak dalam arah yang demikian ?
………………………………………………………………………………………………………………………
(1 markah)
13
CikguAbby2020@SDARY
Y
2. Rajah 6.1 di bawah menunjukkan model peparu untuk mengkaji mekanisme pernafasan manusia.
(a) Dengan menggunakan model itu, terangkan proses penarikan nafas
…………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………
(2 markah)
(b) Rajah di bawh menunjukkan model peparu dan sistem pernafasan manusia. Pada Rajah 6.2
lukiskan garisan untuk memadankan bahagian model itu dengan bahagian pada system
pernafasan manusia. (2 markah)
14
(c) Rajah 6.3 menunjukkan struktur alveolus dan kapilari darah. CikguAbby2020@SDARY
Y
Terangkan proses pengangkutan gas oksigen ke sel badan bermula daripada alveolus.
…………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………
(3 markah)
(d) Merokok membahayakan kesihatan manusia. Nyatakan satu sebab.
…………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………
(1 markah)
2.3 Kesihatan Sistem Respirasi Manusia
Bahan yang memudaratkan system Tar rokok
respirasi manusia Karbon monoksida
Sulphur dioksida
Nitrogen dioksida
Jerebu, debu dan debunga
15
CikguAbby2020@SDARY
Y
Kesan Bahan Cemar kepada Sistem Respirasi
Bahan cemar Kesan
1. Sulfur dioksida Merosakkan tisu peparu kerana ia berasid
2. Nitrogen oksida Menghakis dinding alveolus
3. Tar rokok Membunuh sel di dalam laluan pernafasan
4. Karsinogen Menyebabkan kanser peparu
5. Karbon monoksida Mengurangkan jumlah oksigen dalam darah
6. Jerebu Kesukaran untuk bernafas
16
Latihan 4 CikguAbby2020@SDARY
Y
1. Nyatakan tiga bahan dalam udara yang memudaratkan sistem respirasi.
……………………………………………………………………………………………………………………………..
2. Namakan satu penyakit yang berkaitan dengan system respirasi. Nyatakan punca dan gejala
yang dapat dikesan pada pesakit itu?
………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………..
3. Siapakah “perokok pasif?
……………………………………………………………………………………………………………………………..
4. Lengkapkan teka silang kata berikut
Melintang Menegak
1. Sejenis penyakit keradangan pada peparu 5. Sejenis bahan yang terdapat pada rokok
2. Alahan kepada habuk,debu, debunga dan 6. Individu yang tidak merokok tetapi
bulu haiwan merupakan antara simptom menyedut asap rokok dikenali sebagai
penyakit ini. perokok ______________.
3. Punca kebanyakan penyakit respirasi 7. Kesan bhan karsinogen terhadap peparu.
4. Pesakit yang mengalami peparu 8. Sejenis bahan dalam rokok yang
mengembang. menyebabkan ketagihan.
5. Nyatakan satu simptom bagi setiap penyakit respiratori yang berikut :
(a) Emfisema : …………………………………………………………………………………………………………
(b) Kanser peparu : ………………………………………………………………………………………………….
(c) Bronkitis : …………………………………………………………………………………………………………..
(d) Asma : …………………………………………………………………………………………………………….
17
2.4 Adaptasi dalam Sistem Respirasi CikguAbby2020@SDARY
Y
Tiga ciri struktur respirasi pada Permukaan yang lembap
kebanyakan organisma Struktur yang nipis , setebal satu sel.
Luas permukaan yang besar.
- Untuk memastikan pertukaran
gas berlaku dengan cekap
Struktur respirasi yang beradaptasi Kulit luar lembap
dalam persekitaran berbeza Insang
Trakea
A. Kulit luar lembap Amfibia seperti katak mempunyai dua organ respirasi
iaitu peparu dan kulit lembap.
Semasa berada di darat, katak menggunakan peparu
untuk bernafas.
Semasa berada di dalam air, katak menggunakan kulit
lembap untuk bernafas.
Penyesuaian struktur kulit:
(a) Nipis, sangat telap pada gas
- Supaya gas dapat meresap dengan cepat.
(b) Sentiasa lembap
- (diselaputi lapisan mukus) yang melarutkan gas
respirasi.
(c) Terdapat banyak jaringan kapilari darah
- Untuk mengangkut gas respirasi ke sel badan
dengan cepat
B. Insang Insang ialah struktur respirasi ikan untuk pertukaran gas
di dalam air.
Mempunyai empat pasang insang yang dilindungi oleh
operkulum.
Insang terdiri daripada dua barisan filamen dan
mempunyai banyak unjuran nipis dan pipih, lamella.
Kepentingan filament dan lamella
– meningkatkan luas sistem respirasi untuk
meningkatkan kecekapan pertukaran gas.
Struktur penyesuaian insang :
(a) Membran yang nipis
- Membolehkan penyerapan gas ke dalam saluran
darah berlaku dengan cepat.
(b) Kapilari darah yang banyak
- Untuk mempercepatkan pertukaran dan
pengangkutan gas respirasi.
(c) Dikelilingi oleh air
- Membolehkan gas respirasi dapat diserap
(d) Luas permukaan yang besar
Semasa bernafas, air akan masuk melalui mulut ikan.
Salur darah pada filament insang akan menyerap
oksigen yang terlarut dalam air dan menyingkirkan
karbon dioksida melalui operkulum.
18
C. Trakea CikguAbby2020@SDARY
Y
Sistem respirasi serangga ialah sistem trakea yang terdiri
daripada tiub udara (trakea)
Udara akan masuk dan keluar dari trakea melalui liang
pernafasan (spirakel).
Spirakel mempunyai injap yang membolehkan udara
keluar dan masuk ke dalam badan
Dinding trakea dilindungi oleh gelang kitin supaya
trakea tidak menjadi kempis dan ranap akibat tekanan
udara.
Setiap trakea berakhir dengan trakeol.
Ciri-ciri trakeol untuk meningkatkan kecekapan
pertukaran gas :
(a) Dinding yang nipis dan lembap
(b) Bilangan trakeol yang banyak – hasilkan luas
permukaan yang besar untuk memudahkan
pertukaran gas melalui resapan terus ke sel.
Sistem serangga untuk serangga yang besar
mengandungi kantung udara . Contoh : belalang
Latihan 5
1. Nyatakan struktur respirasi haiwan-haiwan di bawah yang beradaptasi dalam persekitaran yang
berbeza.
(a) Katak : ………………………………………………………………………………..
(b) Ikan : ……………………………………………………………………………….
(c) Belalang : ………………………………………………………………………………..
(3 markah)
2. Nyatakan tiga ciri penyesuian struktur kulit pada haiwan amfibia untuk meningkatkan kecekapan
sistem respirasi.
………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………
(3 markah)
3. Nyatakan kepentingan struktur filamen dan lamella seperti yang ditunjukkan dalam rajah di atas.
………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………
(2 markah)
4. Nyatakan perbezaan sistem respirasi antara manusia dengan serangga.
………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………
(4 markah)
5. Serangga mempunyai liang halus di bahagian sisi badannya. Namakan liang tersebut dan
nyatakan fungsinya.
………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………
(2 markah)
19
2.5 Pertukaran Gas dalam Tumbuhan CikguAbby2020@SDARY
Y
Mekanisme Pertukaran gas dalam Tumbuhan
Tempat berlakunya proses pertukaran Daun
gas dalam tumbuhan dengan Batang
persekitaran Akar
Stoma Fungsi utama: Membenarkan gas meresap masuk dan
keluar daripada daun.
Stoma lebih banyak terdapat di permukaan bawah
daun daripada permukaan atas.
Setiap stoma dikelilingi oleh sepasang sel benbentuk
kacang yang dipanggil sel pengawal.
Sel pengawal berfungsi megawal pembukaan dan
penutupan liang stoma.
Struktur stoma
Pembukaan dan penutupan liang Liang stoma tumbuhan terbuka untuk menjalankan
stoma proses fotosintesis apabila terdapat cahaya.
Liang stoma tertutup apabila keadaan menjadi gelap
kerana air keluar daripada sel pengawal melalui osmosis
atau semasa tumbuhan kehilangan air yang banyak
pada hari panas.
Pertukaran gas di daun semasa fotosintesis
Peresapan karbon dioksida berlaku melalui stoma mengikut perbezaan kepekatan karbon
dioksida di dalam sel dengan ruang udara antara sel.
Resapan ialah proses pergerakan zarah dari kawasan yang berkepekatan tinggi ke kawasan yang
berkepekatan rendah.
3..Karbon dioksida 4. Karbon dioksida yang
yang dihasilkan berlebihan meresap ke dalam
semasa respirasi pada ruang udara di antara sel.
siang hari digunakan
untuk fotosintesis 5.. Kepekatan karbon dioksida
dalam ruang udara di antara sel
2..Oksigen melarut menjadi lebih tinggi berbanding
dalam lapisan lembap dengan kepekatan karbon
dan meresap ke dioksida dalam udara di
dalam sel untuk proses atmosfera
respirasi
1.Oksigen dari atmosfera 6..Perbezaan kepekatan ini
meresap masuk melalui stoma menyebabkan karbon dioksida
ke dalam ruang udara di meresap keluar melalui liang
antara sel stoma ke atmosfera.
20
Latihan 6 CikguAbby2020@SDARY
1. Rajah 1 menunjukkan sebahagian daripada struktur daun. Y
Rajah 1
(a) Namakan bahagian berlabel A dan B?
A : ……………………………………………………………….
B : ……………………………………………………………….
(2 markah)
(b) Di manakah struktur A dan B boleh didapati?
…………………………………………………………………………………………………………………………
(1 markah)
(c) Apakah fungsi bahagian berlabel A?
…………………………………………………………………………………………………………………………
(1 markah)
(d) Bagaimanakah bahagian berlabel B berfungsi untuk pertukaran gas dalam tumbuhan?
…………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………
(2 markah)
2. Rajah 2 menunjukkan tumbuhan bakau
Rajah 2
(a) Namakan tiga bahagian dalam tumbuhan bakau yang melakukan pertukaran gas
…………………………………………………………………………………………………………………………
(3 markah)
3. Rajah 3 menunjukkan struktur stoma bagi tumbuhan
Rajah 3
(a) Adakah liang stoma terbuka atau tertutup pada waktu siang? Terangkan.
…………………………………………………………………………………………………………………………
(2 markah)
21
CikguAbby2020@SDARY
Y
(b) Adakah liang stoma terbuka atau tertutup pada waktu malam? Terangkan.
…………………………………………………………………………………………………………………………
(2 markah)
(c) Mengapakah liang stoma tertutup pada hari panas?
…………………………………………………………………………………………………………………………
(2 markah)
4. Farid melakukan satu eksperimen untuk memerhatikan struktur stoma. Dia mengambil sampel daun
pada pukul 3.00 petang. Dia memerhatikan slaid yang disediakannya di bawah mikroskop. Luliskan
struktur stoma yang mungkin diperhatikan oleh Farid. Wajarkan.
Wajaran : …………………………………………………………………………………………………………………
(2 markah)
5. Rajah 4 menunjukkan struktur yang terdapat pada epidermis daun.
Rajah 4
(a) Namakan struktur X dan Y dalam Rajah 4 di atas
(i) X : ……………………………………………………….
(ii) Y : ………………………………………………………..
(2 markah)
(b) Namakan contoh situasi P dan Q.
Situasi P : ……………………………………………………..
Situasi Q : ……………………………………………………..
(2 markah)
(c) (i) Apakah yang menyebabkan liang stoma terbuka pada situasi P?
………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………
(2 markah)
(ii) Apakah yang menyebabkan liang stoma tertutup pada situasi Q
……………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………
(2 markah)
22
Proses Osmosis Mempengaruhi Liang Stoma CikguAbby2020@SDARY
Y
Konsep Osmosis
Osmosis ialah pergerakan MOLEKUL AIR dari kawasan
berkepekatan molekul air yang TINGGI (larutan
berkepekatan zat terlarut yang rendah) ke kawasan
berkepekatan molekul air yang RENDAH (larutan
berkepekatan zat terlarut yang tinggi) merentas
membran separa telap.
Sifat membran separa telap :
- Telap kepada air
- Tidak telap kepada sesetengah zat terlarut seperti
molekul sukrosa
Proses osmosis di dalam sel pengawal Apabila terdapat cahaya,
dan kesannya pada liang stoma - Sel pengawal menjalankan fotosintesis untuk
menghasilkan glukosa.
- Kepekatan glukosa di dalam sel pengawal
meningkat.
- Ini menyebabkan air meresap masuk ke dalam sel
pengawal secara osmosis.
- Sel pengawal menjadi segah dan membengkok.
- Liang stoma akan terbuka.
Pada waktu malam atau hari panas,
- Air meresap keluar dari sel pengawal secara
osmosis.
- Sel pengawal menjadi flasid dan lurus.
- Liang stoma akan tertutup.
23
Kepentingan Persekitaran Tidak Tercemar Untuk Kemandirian Tumbuhan CikguAbby2020@SDARY
Y
Kesan pencemaran ke atas tumbuhan Langkah pencegahan
Pencemaran udara Penguatkuasaan undang-undang melalui
- Menyebabkan kekurangan karbon Akta Kualiti Alam Sekitar 1974
dioksida dalam udara dan
menjejaskan fotosintesis tumbuhan Kilang – kilang diwajibkan memasang alat
penapis asap
Hujan asid
- Menyebabkan tanah berasid dan Melarang aktiviti pembakaran secara terbuka
menghalang penyerapan nutrient yang menyebabkan jerebu.
dalam tumbuhan
Menyelenggara kenderaan secara berkala
Jerebu untuk mengurangkan pelepasan asap dari
- Menyebabkan kurang cahaya kenderaan
matahari sampai ke pemukaan Bumi
dan menjejaskan fotosintesis
tumbuhan
Asap
- Boleh menyumbatkan liang stoma
dan menghalang pertukaran gas
pada daun tumbuhan menyebabkan
proses transpirasi dan fotosintesis
tumbuhan terjejas
Latihan 7
1. Pencemaran udara akibat jerebu boleh menjejaskan system respirasi kita dan tumbesaran
tumbuhan. Sebagai warganegara yang prihatin, nyatakan langkah-langkah yang boleh anda
lakukan untuk mencegah fenomena ini.
………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………..
(2 markah)
2. Pembakaran terbuka menghasilkan zarah-zarah debu dan habuk yang berterbangan di udara.
Zarah-zarah ini akan melekap pada permukaan daun. Nyatakan kesannya kepada tumbuhan.
………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………..
(2 markah)
24