TAJUK :
PERBEZAAN BUDAYA DAN PENDIDIKAN MULTIBUDAYA
SUBJEK :
PGA101
PEMBELAJARAN DAN KEPERLUAN PEMBELAJARAN
NAMA PELAJAR :
SHAHRUL HAFIZY BIN MOHAMED (157281)
MOHAMAD HAIKAL BIN MASBAH (157286)
NAMA PENSYARAH :
PROFESOR MADYA DR. SHAHABUDIN BIN HASHIM
ISI KANDUNGAN
DEFINISI BUDAYA
4-5
SIFAT-SIFAT BUDAYA
6-11
ELEMEN ELEMEN BUDAYA
12-14
KEPELBAGAIAN BUDAYA
15-18
KESAN KEPELBAGAI BUDAYA KEPADA MURID
19-22
KESAN KEPELBAGAIAN BUDAYA KEPADA GURU
23-25
PENDIDIKAN MULTIBUDAYA BANKS
26-27
PENDIDIKAN MULTIBUDAYA DI MALAYSIA
28
KONSEP PENDIDIKAN MULTIBUDAYA
29
UNSUR PENDIDIKAN MULTIBUDAYA
30
ELEMEN PENDIDIKAN MULTIBUDAYA
30
PRINSIP REKA BENTUK KURIKULUM
31-33
CONTOH PENDIDIKAN MULTIBUDAYA DI MALAYSIA
34-35
KEPENTINGAN PENDIDIKAN MULTIBUDAYA
36-37
KESAN PENDIDIKAN MULTIBUDAYA
38
RUMUSAN
39
APA ITU BUDAYA ?
Negara Malaysia mempunyai pelbagai kaum seperti
kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain. Setiap kaum
ini mempunyai budaya yang tersendiri seperti gaya
hidup, agama, adat resam dan sebagainya.
Budaya boleh ditakrifkan sebagai suatu cara hidup
yang diamalkan oleh kumpulan tertentu yang
meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi,
politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan
nilai
Menurut Ibnu Khaldun :
Budaya merujuk kepada
kebiasaannya cara hidup.
Setiap manusia mempunyai
intelek dan daya fikir maka
melalui daya intelek tersebut
manusia dapat memahami antara satu sama lain
dan menyesuaikan cara hidup dengan alam
sekeliling.
SIFAT-SIFAT BUDAYA
Sesebuah budaya ini memiliki sifat yang
diamalkan oleh sesebuah kaum. Walaupun negara
kita mempunyai kaum yang berbeza namun ada
mengamalkan sifat yang sama. Terdapat 5 sifat
budaya iaitu :
1. Budaya itu dikongsi
2. Budaya itu dipelajari
3. Budaya itu berubah
4. Budaya itu simbolik
5. Budaya itu diambil dan diterima
Perkongsian bermaksud setiap perlakuan itu diramal dan
disokong oleh sekumpulan manusia. Setiap kaum di Malaysia
teleh berkongsi budaya yang diamalkan secara bersama. Sebagai
contoh, dari aspek pemakanan yang sering menjadi perkongsian
bersama antara kaum seperti roti canai yang merupakan menu
bagi kaum india tetapi telah menjadi makanan kegemaran semua
kaum.
Setiap budaya tidak lahir secara langsung tetapi perlu dipelajari dari
seseorang yang telah mengamalkannya. Kebiasaanya sesebuah budaya ini
dipelajari daripada ibu bapa kerana mereka merupakan individu yang
paling rapat dan menjadi contoh kepada anak-anak dalam mengamalkan
sesebuah budaya. Sebagai contoh budaya yang dipelajari seperti
permainan tradisional seperti congkak dan gasing manakala dalam tarian
seperti tarian zaping, tarian kuda kepang dan sebagainya yang perlu
dipelajari daripada seseorang individu yang mahir. Oleh itu, kita sebagai
manusia perlu sentiasa belajar untuk menguasai sesuatu budaya sehingga
menjadi kebiasaan dalam kehidupan.
Terdapat sesetengah budaya yang diamalkan oleh masyarakat akan
kekal namun ada juga budaya yang berubah mengikut masa dan
tempat. Sebagai contoh, budaya perkahwinan yang dahulunya
dilakukan dengan majlis yang dikunjungi ramai masyarakat namun
setelah covid-19 melanda negara ia telah mengubah budaya
perkahwinan tersebut dengan dilakukan secara atas talian. Jelaslah
sesebuah budaya tersebut dapat berubah atas dasar masa serta
keadaan semasa.
Perkahwinan sebelum covid-19 Perkahwinan semasa covid-19
Simbolik merupakan perlambangan atau lambang dalam budaya yang
memberikan makna tertentu. Lambang sesuatu budaya ini dapat
dilihat dari segi bendera, warna, logo, bahasa, pakaian dan
sebagainya. Setiap kaum mempunyai perlambangan yang tersendiri.
Sebagai contoh, dari segi pemakaian seperti kaum melayu iaitu baju
melayu, kaum cina memakai cheongsam dan sari bagi kaum india.
Jelaslah setiap kaum mempunyai lambang yang berbeza untuk
mengenali sesebuah budaya atau kaum tersebut.
Kaum Melayu Kaum Cina Kaum India
Budaya yang diambil dan diterima oleh
masyarakat ini hasil dari pembelajaran sama
ada dari segi penglihatan, turun-temurun atau
sebagainya.Tidak ada dalam kalangan
masyarakat yang tidak mempunyai budaya.
Namun, terdapat budaya yang baik dan tidak baik
yang diamalkan oleh masyarakat. Budaya
yang baik sudah tentu membawa ke arah yang
positif dalam kehidupan.Walaubagaimanapun,
budaya yang tidak baik inijuga telah diamalkan
oleh masyarakat yang tidak mempunyai nilai
moral yang tinggi. Sebagai contoh, budaya
mencuri yang masihwujud dan diterima oleh
masyarakat walaupun perbuatan ini ditentang.
BAHASA NILAI
NORMA KEPERCAYAAN
Bahasa merupakan perwujudan Norma merupakan aturan yang
yang paling penting dalam dipatuhi oleh setiap masyarakat.
sesebuah masyarakat kerana Norma ini wujud untuk
dipakai sebagai alat mengawal tingkah laku manusia
perhubungan antara satu sama dan merupakan petunjuk hidup
lain. Sistem bahasa terdiri yang mengatur tata tertib
daripada pelbagai cara seperti masyarakat yang mana
lisan, tulisan atau karya seni. peraturan itu wajid untuk
Perkara ini menyebabkan bahasa ditaati. Sebagai contoh, cara
Melayu dijadikan sebagai pertuturan dengan orang yang
bahasa kebangsaan yang perlu lebih tua berbeza dengan
dipelajari oleh semua kaum pertuturan dengan seseorang
untuk memudahkan seseorang yang umurnya sama. Perkara ini
berkomukasi dan memahami menunjukkan seseorang itu
sesuatu pesanan yang ingin mempunyai perilaku yang baik.
disampaikan terutama dalam
kalangan kaum yang berbeza
Kepercayaan merupakan Nilai merupakan satu sifat yang
keyakinan terhadap sesuatu abstrak membolehkan manusia
kebenaran yang dapat menentukan sama ada perkara
memperkukuhkan iman. itu dipandang baik atau buruk.
Setiap kaum bukan sahaja Nilai ini bukanlah sesuatu yang
memiliki budaya yang bersifat kekal atau tetap kerana
berbeza malah turut ia akan terus berubah seiring
mempunyai agama atau dengan perkembangan zaman.
kepercayaan yang berbeza. Sebagai contoh nilai yang baik
Sebagai contoh, kaum melayu dapat diamalkan oleh pelbagai
yang majoriti agama islam, kaum seperti nilai kejujuran,
manakala cina pula agama bertanggungjawab, tolong-
buddha dan agama hindu bagi menolong dan sebagainya.
kaum india. Namun begitu, Sekiranya nilai ini diamalkan
setiap masyarakat perlu dalam kehidupan masyarakat
menghormati setiap agama yang pelbagai kaum, sudah tentu
yang dianuti oleh pelbagai akan dapat mengukuhkan
kaum ini. perpaduan antara kaum.
KEPELBAGAIAN BUDAYA Budaya dominan
DI MALAYSIA
Sub-budaya & budaya
menentang
Kejutan budaya
Budaya Etnosentrik
BUDAYA DOMINAN
Budaya dominan ialah budaya yang diamalkan oleh
sekumpulan manusia yang paling berkuasa atau paling
ramai dalam masyarakat. Sebagai contoh kaum melayu
yang teramai di negara kita menyebabkan budaya kaum
tersebut banyak mempengaruh kaum lain seperti
penggunaan bahasa melayu yang digunakan untuk
berkomunikasi antara kaum.
SUB-BUDAYA DAN BUDAYA MENENTANG
Budaya ini merupakan budaya yang diamalkan oleh
sekumpulan manusia yang berbeza nilai dan norma daripada
budaya dominan. Sub-budaya ini wujud berasaskan umur,
etnik, kepercayaan dan sebagainya yang mengamalkan
tingkah laku berbeza. Sub-budaya dan budaya menentang ini
berkait rapat yang mana masyarakat yang mengamalkannya
akan ditentang oleh masyarakat lain. Sebagai contoh, budaya
merempit, skinhead dan sebagainya yang negatif.
KEJUTAN BUDAYA
Kejutan budaya ialah keadaan seseorang yang berada dalam suasana yang
asing baginya. Apabila budaya asing diamalkan di alam masyarakat
menyebabkan gangguan dan kejutan kerana ia tidak mengikut norma dan
nilai masyarakat. Perkara ini menyebabkan seseorang akan bertindak
secara ragu-ragu, ganjil dan seolah berada di tempat yang asing. Sebagai
contoh, perkara ini sering berlaku kepada individu yang berhijrah dari satu
tempat ke tempat yang lain dan mempunyai amalan budaya yang berbeza.
BUDAYA ETNOSENTRIK
Budaya ini diamalkan oleh sesebuah suku kaum yang mempunyai persepsi
atau pandangan yang menganggap kebudayaan yang diamalkan lebih baik
berbanding budaya lain yang berkaitan bahasa, agama dan sebagainya.
Kelompok yang mengamalkan budaya ini kebiasaannya daripada kalangan
individu yang tidak berfikiran terbuka. Kesan kepada masyarakat sekiranya
budaya ini diamalkan iaitu dapat berlaku konflik antara masyarakat atau
kaum menyebabkan perpaduan tidak dapat dipupuk.
ASPEK KEMAHIRAN DAN PENGUASAAN BAHASA
ASPEK KELAS SOSIAL
ASPEK KAUM ETNIK
PETEMPATAN
JANTINA
ASPEK KEMAHIRAN DAN PENGUASAAN BAHASA
Setiap kelas mempunyai murid yang terdiri daripada gaya berkomunikasi yang
berbeza. Terdapat murid yang menggunakan bahasa ibunda atau dialek yang
membolehkan pemahaman murid lain terbatas. Komunikasi yang berkesan
dalam kalangan murid boleh dicapai melalui cara bertutur, penggunaan bahasa,
penulisan dan sebagainya. Oleh itu, seorang guru perlu menggalakan murid
untuk berkomunikasi dengan menggunakan bahasa standard yang dapat
difahami sesuatu yang ingin disampaikan.
ASPEK KELAS SOSIAL
Setiap murid mempunyai latar belakang yang berbeza. Terdapat murid yang
lahir dari keluarga yang kelas sosialnya tinggi (kaya) dan ada juga dari
keluarga kelas sosial rendah (miskin). Kebiasaanya keluarga yang kelas sosial
tinggi ini mampu untuk menanggung pendidikan anak-anak mereka seperti
peralatan belajar, pakaian, perbelanjaan kerana mempunyai sumber
kewangan yang mencukupi. Manakala, bagi keluarga yang kelas sosial
rendah pula, mungkin akan menghadapi sedikit masalah seperti kewangan
yang menyebabkan murid sukar untuk mendapatkan kemudahan belajar.
Perkara ini menjadi gangguan kepada pelajaran murid.
KAUM ETNIK
Murid yang hanya belajar dalam lingkungan satu etnik sahaja selalunya
mengamalkan budaya dan cara berfikir yang sama. Perkara ini menyebabkan
perkembangan pelajaran murid akan terbatas berbanding murid yang bergaul
atau terdedah kepada kaum etnik yang berbeza. Murid yang terdedah ini akan
dapat mempelajari budaya daripada kaum yang berbeza. Oleh itu, pergaulan
pelbagai etnik ini bukan sahaja dapat mengenali budaya kaum lain malah dapat
juga memupuk perasaan saling menerima dan menghormati antara satu sama
lain.
PETEMPATAN
Petempatan merupakan kawasan tempat tinggal murid. Petempatan bagi murid
adalah berbeza, sama ada di kawasan bandar atau luar bandar. Murid yang
menetap di bandar lebih terdedah kepada kepelbagaian budaya berbanding
murid yang menetap di luar bandar. Hal ini kerana, di bandar murid akan lebih
terdedah kepada pelbagai budaya yang diamalkan oleh pelbagai jenis manusia,
kaum dan sebagainya. Namun, murid yang menetap di kampung pula
kebiasaannya kurang terdedah dengan budaya kaum lain kerana kawasan
tersebut hanya terdiri daripada satu kaum sahaja.
JANTINA
Murid di sekolah digalakkan untuk berkomunikasi atau berhubung dengan
murid yang berlainan jantina semasa proses pembelajaran. Perkara ini
membolehkan murid memahami cara-cara pembelajaran dan dapat
dikongsi bersama. Murid lelaki mahupun perempuan sudah tentu
mempunyai teknik atau gaya pembelajaran yang berbeza dan mempunyai
kelebihan tersendiri. Oleh itu murid digalakkan berkomunikasi dengan
jantina yang berlainan yang membolehkan murid saling mengenali sifat,
sikap dan budaya yang antara satu sama lain.
KESAN KEPELBAGAIAN
BUDAYA KEPADA GURU
PENERIMAAN DAN LAYANAN YANG ADIL
PEDAGOGI DAN STRATEGI PEMBELAJARAN
PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN
PENGURUSAN HUBUNGAN
PEMILIHAN BAHAN SUMBER
PENERIMAAN DAN LAYANAN YANG ADIL
Murid di sekolah terdiri daripada pelbagai jenis perspektif dari segi keluarga,
kaum, dan sebagainya. Jadi, guru perlu mengenal latar belakang murid, tempat
tinggal, taraf sosioekonomi, dan sebagainya tentang murid. Hal ini kerana,
setiap murid sememangnya mempunyai latar belakang yang berbeza. Sebagai
seorang guru yang adil dalam pengajaran, guru perlu menggelakan melakukan
diskriminasi atau pilih kasih dalam proses pengajaran. Guru perlu melayan
murid sama rata tidak kira latar belakang murid tersebut dari kaum yang
berbeza, susah atau senang dan sebagainya. Oleh itu, layanan yang adil
diberikan kepada murid, membolehkan murid akan semangat untuk ke sekolah
bagi menjalankan proses pembelajaran.
PEDAGOGI DAN STRATEGI PEMBELAJARAN
Seorang guru perlu mempunyai pelbagai strategi pembelajaran yang berkesan
dalam mengajar muridnya. Hal ini kerana, terdapat murid di sekolah terdiri
daripada latar belakang dan kaum yang berbeza menyebabkan guru perlu lebih
kreatif dalam mengajar. Salah satu contoh strategi pembelajaran yang boleh
dilakukan iaitu pembelajaran koperatif. Pembelajaran koperatif ini merupakan
proses yang membantu pelajar berkomunikasi antara satu sama lain dalam satu
kumpulan untuk mencapai objektif pembelajaran. Adanya pembelajaran sebegini
dapat murid memahami antara satu sama lain dan memupuk sikap tolong-
menolong dalam pelajaran.
PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN PENGURUSAN HUBUNGAN
Tugas seorang guru bukan sahaja mengajar atau menyampaikan ilmu semata-
mata, namun guru juga ditugaskan untuk menanamkan nilai-nilai murni dalam
diri seorang pelajar agar dapat membentuk sikap murid yang baik. Sesetengah
murid, mungkin mempunyai sikap yang negatif atau bermasalah dalam
pelajaran mahupun disiplin. Oleh itu guru perlu memainkan peranan penting
dalam membentuk peribadi murid dengan memberikan nasihat atau sebagainya.
Perkara ini membolehkan murid sedar akan kesalahan yang dilakukan lalu
berusaha untuk mengubah diri ke arah lebih baik.
PEMILIHAN BAHAN SUMBER
Guru yang efektif sentiasa menggunakan pelbagai kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang berbeza agar dapat menarik minat murid. Hal ini kerana,
setiap murid mempunyai kemahiran yang berbeza menyebabkan guru perlu
menonjolkan bakat seorang pelajar tersebut dengan cara tertentu agar
pengajaran itu mudah diterima. Sebagai contoh, guru boleh memulakan kelas
dengan motivasi, senyuman dan jenaka supaya murid mempunyai semangat
sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran.
PENDIDIKAN
MULTIBUDAYA
• Menurut James
A.Banks,
Pendidikan
Multibudaya
adalah satu
sistem
pendidikan yang
menekankan
bahawa setiap
• James A. Banks ialah Pengerusi Dikurniakan Kerry
dan Linda Killinger dalam Kajian Kepelbagaian
Emeritus dan merupakan pengarah pengasas Pusat
Pendidikan Pelbagai Budaya di Universiti
Washington, yang kini menjadi Pusat Keadilan
Pendidikan Bank . Beliau ialah Profesor Universiti
Russell F. Stark di Universiti Washington dari tahun
2001 hingga 2006. Profesor Banks ialah presiden
terdahulu Persatuan Penyelidikan Pendidikan
Amerika dan Majlis Kebangsaan bagi Pengajian
Sosial. Beliau adalah pakar dalam pendidikan
kajian sosial, pendidikan pelbagai budaya, dan
pendidikan kepelbagaian dan kewarganegaraan
dan telah menulis secara meluas dalam bidang ini.
Buku beliau termasuk Strategi Pengajaran untuk
Kajian Etnik; Kepelbagaian Budaya dan
Pendidikan: Asas, Kurikulum, dan Pengajaran;
Mendidik Warganegara dalam Masyarakat
Pelbagai Budaya; Bangsa, Budaya, dan
Pendidikan:
PENDIDIKAN MULTIBUDAYA
DI MALAYSIA
• Peristiwa pertumpahan darah yang melibatkan tiga kaum di
Malaysia, iaitu Melayu, Cina dan India pada 13 Mei 1969
memberi kesan yang mendalam kepada negara kita. Susulan
daripada peristiwa tersebut, pihak kerajaan telah merangka
beberapa dasar yang menekankan perpaduan dan keharmonian
masyarakat pelbagai kaum di Malaysia seperti Dasar Ekonomi
Baru, dan Dasar Pendidikan Negara. Menurut Sharifah Alwiah
Alsagoff (1985), sekolah dianggap sebagai institusi sosial di
dalam masyarakat. Sekolah merupakan tempat pergaulan utama
bagi setiap individu tidak kira sama ada di sekolah tadika,
sekolah rendah dan sekolah menengah. Di sekolah, pelajar akan
di ajar mengenai kebudayaan kebangsaan seperti lagu
kebangsaan negara, bahasa kebangsaan dan bendera
kebangsaan. Oleh sebab itu, sistem pendidikan negara
merupakan agen utama yang sangat penting dalam usaha
memupuk perpaduan rakyat yang mempunyai pelbagai budaya
dan amalan.
KONSEP PENDIDIKAN MULTIBUDAYA
Satu idea yang cuba untuk mewujudkan satu peluang yang saksama
kepada semua pelajar tanpa membezakan kaum, sosio-ekonomi, budaya
yang berlainan, dengan mengubah persekitaran sekolah agar ia dapat
menunjukkan kepelbagaian kebudayaan dalam sekolah.
Usaha-usaha untuk mengubah institusi-institusi pendidikan sehingga
semua pelajar daripada pelbagai kaum, budaya, adat dan jantina
memiliki peluang yang sama untuk belajar.
Matlamatnya adalah ideal di mana pihak pentadbir dan guru terus perlu
berusaha untuk berjuang untuk mencapai matlamat tersebut.
UNSUR-UNSUR • Pemahaman identiti budaya lain.
PENDIDIKAN • Menghormati kebudayaan orang
MULTIBUDAYA
lain.
• Memandang variasi budaya sebagai
sesuatu kebaikan untuk
dihargai,diterima, dan dipelihara
dalam komuniti sesebuah
masyarakat.
ELEMEN- • Menegaskan identiti budaya seseorang
ELEMEN • Mempelajari dan menilai warisan budaya
PENDIDIKAN
MULTIBUDAYA seseorang.
• Menghormati dan berkeinginan untuk
memahami serta belajar tentang etnik atau
kebudayaan-kebudayaan asing.
• Menilai dan berasa senang dengan
perbezaan kebudayaan itu.
TAHUKAH ANDA? Melaksanakan program pembangunan bagi
TERDAPAT 12 PRINSIP setiap guru.
REKA BENTUK Setiap sekolah harus sentiasa memastikan
KURIKULUM bahawa setiap pelajar mempunyai peluang
PENDIDIKAN yang sama rata untuk belajar
Kurikulum yang terlibat perlu membantu
MULTIBUDAYA YANG pelajar memahami bahawa ilmu juga wujud
PERLU DIIKUTI OLEH hasil dari segi sosial
Sekolah perlu menyediakan untuk setiap
PARA-PARA GURU. pelajar dapat menyertai aktiviti kurikulum
JOM KITA dan kokurikulum
MELIHATNYA.
TAHUKAH ANDA? Sekolah perlu Pelajar perlu
TERDAPAT 12 mengutamakan belajar mengenai
PRINSIP REKA setiap kumpulan
BENTUK bias
KURIKULUM pelajar dari
PENDIDIKAN pelbagai kaum
MULTIBUDAYA dalam melakukan
YANG PERLU
DIIKUTI OLEH aktiviti
PARA-PARA
Guru harus Pelajar perlu
GURU. JOM KITA membantu mempelajari dan
MELIHATNYA.
pelajar memahami
memperolehi tentang nilai-nilai
kemahiran sosial
yang dikongsi
oleh semua
kelompok budaya
TAHUKAH ANDA?
TERDAPAT 12 PRINSIP REKA BENTUK KURIKULUM PENDIDIKAN
MULTIBUDAYA YANG PERLU DIIKUTI OLEH PARA-PARA GURU. JOM KITA
MELIHATNYA.
Sekolah perlu menyediakan Para pemimpin haruslah
peluang kepada pelajar memastikan bahawa setiap
untuk berkomunikasi antara sekolah dari bandar
satu sama lain mahupun luar bandar
mendapat sumber
kewangan secara adil.
Guru perlu menggunakan Strategi pengurusan sekolah
pelbagai teknik yang
mencabar sensitiviti budaya
bagi menilai kemahiran
kognitif dan sosial yang
kompleks dalam kalangan
pelajar
CONTOH PENDIDIKAN MULTIBUDAYA DI
MALAYSIA
Konsep 1 Malaysia diperkenalkan oleh Dato
Seri Najib Abdul Razak bertujuan untuk
memperkenalkan idea satu bangsa tanpa
mengira kepelbagaian etnik dan
kebudayaan. Berfungsi mengurangkan
jurang perbezaan antara bandar dan luar
bandar, serta kumpulan etnik agar setiap
rakyat mempunyai hak untuk mendapat
bantuan kerajaan dengan sama rata.
SEKOLAH WAWASAN IALAH SEKOLAH YANG
MENEMPATKAN BEBERAPA BUAH SEKOLAH
YANG BERLAINAN ALIRAN DAN WUJUDNYA
KEPELBAGAIAN AGAMA, BUDAYA DAN
BANGSA DI BAWAH SATU BUMBUNG YANG
SAMA YANG BERMATLAMAT UNTUK :
• • Mewujudkan perpaduan dalam kalangan
murid-murid yang terdiri daripada pelbagai
bangsa, latar belakang dan fahaman agama
• • Memupuk semangat integrasi antara pelajar
dari pelbagai kaum
• • Melahirkan generasi yang mempunyai sifat
toleransi dan persefahaman yang tinggi demi
mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu
• • Menggalakkan interaksi yang maksimum
antara semua warga sekolah melalui
perkongsian kemudahan sekolah dan
pelaksanaan aktiviti-aktiviti lain di sekolah
APAKAH KEPENTINGAN PENDIDIKAN
MULTIBUDAYA?
JAMES A. BANKS MERUPAKAN PENGASAS PENDIDIKAN
MULTIBUDAYA DAN BELIAU TELAH DIGELAR SEBAGAI “
BAPA PENDIDIKAN MULTICULTURAL “. DI BAWAH
MERUPAKAN KEPENTINGAN PENDIDIKAN MULTIBUDAYA
MENURUT JAMES A. BANKS
Mengurangkan diskrimanasi Membekalkan pelajar Membantu pelajar membina
terhadap sesuatu kaum dan peluang untuk pengetahuan, sikap,
memberikan pendidikan yang
adil kepada semua individu memahami budaya kemahiran diri agar boleh
masyarakat lain membangunkan kaum sendiri
dan juga kaum lain
Mendidik pelajar untuk Membekalkan semua Membantu individu memahami kendiri
menghormati satu sama pelajar dengan dengan melihat mereka sendiri dari
lain tanpa mengambil kira perspektif budaya lain, dengan
kemahiran, sikap dan andaian bahawa kefahaman dan
perbezaan kaum dan pengetahuan untuk pengetahuan tersebut dapat
kelas sosial berfungsi dalam budaya membantu mereka memahami dan
sendiri dan budaya lain menghormati budaya lain
ADAKAH PENTING • Jawapannya ialah YA
BAGI SESEORANG • Sebab?
GURU
UNTUK • Seorang guru mempunyai tanggungjawab
MEMAHAMI untuk memupuk perpaduan dalam kalangan
pelajarnya.
PENDIDIKAN • Melalui peranan tersebut, guru boleh
MULTIBUDAYA? mengajar pelajarnya untuk lebih mengenali
budaya yang terdapat dalam masyarakat
Malaysia yang seterusnya boleh membawa
kepada permuafakatan dalam masyarakat.
• Seorang guru yang memahami sesuatu
budaya dengan mendalam akan
membantunya untuk menyesuaikan diri
dengan masyarakat yang terdiri daripada
pelbagai budaya dengan baik
• Seorang guru yang memahami
multibudaya akan lebih berhemah dan
menghormati nilai serta amalan budaya
setempat dengan baik.
KESAN PENDIDIKAN
MULTIBUDAYA
• • Membentuk tingkah laku sivik
dalam kalangan pelajar
• • Dapat dijadikan amalan dalam
kehidupan seharian
• • Penerimaan individu berlainan
bangsa dan etnik dengan sama rata
• •Menghapuskan jurang perbezaan
kaum dan budaya
RUMUSAN • Pendidikan multibudaya penting untuk
memupuk perpaduan di Malaysia,
terutamanya dalam kalangan pelajar.
Kepelbagaian latar belakang dari aspek
budaya dan kaum sememangnya telah
memberi kesan dan cabaran kepada sistem
pengajaran dan pembelajaran. Namun,
kepelbagaian in mendatangkan pelbagai
keunikan kepada negara kita. Setiap budaya
mempunyai latar belakang yang berbeza dan
perbezaan ini sememangnya memberi impak
ke atas pemikiran dan tingkah laku
seseorang. Namun, perbezaan ini mampu
menghasilkan keseimbangan yang sangat
menarik untuk membimbing setiap pelajar
mengorak langkah menuju ke hadapan
dengan berjayanya. Tegasnya, pendidikan
multibudaya perlu sentiasa diterapkan dalam
kalangan pelajar agar cita- cita negara untuk
mencapai keharmonian dan kesejahteraan
sejagat dalam kalangan rakyat yang
berbilang kaum dapat direalisasikan
sepenuhnya.