The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fazilRah, 2024-02-23 14:31:53

BUKU CERITA

BAKAT TERPENDAM

FAZILAHMATRAHIM@BME Ketahui apakah bakat terpendam yang dimiliki oleh gadis kecil ini


Bakat Terpendam


Bakat Terpendam DITULIS OLEH: FAZILAH MAT RAHIM Ketahui apakah bakat terpendam yang dimiliki oleh gadis unik ini .


Di sebuah kampung, tinggal seorang kanak-kanak perempuan bersama datuk dan neneknya. Dia dijaga bagai menatang minyak yang penuh oleh datuk dan neneknya. Namun, siapa sangka kanak-kanak ini dianugerahi dengan keunikan warna mata yang sangat istimewa. Matanya yang berwarna coklat sejak kecil sememangnya jarang ditemui dalam kalangan penduduk kampung tersebut. 1


Keunikan warna matanya menjadi bualan penduduk kampung sehingga boleh membuatkan sesiapa sahaja yang memandang wajahnya pasti terpesona. Lesung pipit di kedua-dua belah pipinya akan kelihatan menonjol apabila dia tersenyum atau ketawa. Sifatnya yang ceria dan wajahnya yang manis membuatkan senyumannya membawa kebahagiaan kepada orang sekelilingnya. 2


3


Kanak-kanak perempuan yang unik ini turut memiliki nama yang indah iaitu Huwaina. Namun, Huwaina lebih suka dipanggil dengan panggilan ‘Una’ yang lebih ringkas kerana merupakan nama panggilan manja buat dirinya di rumah. Panggilan ‘Una’ tidak lagi asing kepada Huwaina yang kini sudah melangkah ke usia sepuluh tahun. Una juga memiliki sepasang adikberadik kembar iaitu seorang abang dan juga seorang kakak yang kini sedang melanjutkan pelajaran mereka di peringkat universiti. 4


Setelah Una berpindah ke bandar bersama ibu bapanya, hari-harinya lebih banyak diluangkan bersama ibu dan ayahnya serta Suri berbanding kakak dan abangnya kerana mereka kini sedang belajar di universiti. Suka dukanya juga banyak dikongsi bersama Suri. Setiap kali mempunyai masa lapang, Una akan bermain bersama Suri di rumah dan adakalanya Una akan menemani ibunya menyiapkan tempahan baju di butik kecil milik keluarganya. Rekaan baju oleh ibunya sangat pelbagai dan menepati cita rasa masyarakat yang pelbagai kaum di negara kita. Jadi sudah pasti melalui pakaian, ikatan perpaduan antara pelbagai kaum juga boleh terjalin dengan erat. Kehidupan masyarakat di negara kita juga akan lebih harmoni. 5


6


7


Bermula dari situ, Una mula menemui hobi baharu selain gemar menonton siri animasi di kaca televisyen. Hampir setiap koleksi baju rekaan ibunya berjaya dilukis oleh Una sehingga dia bercita-cita ingin menjadi seperti ibunya. Bahkan bukan itu sahaja, sudahlah minat menonton siri animasi dan pelbagai kisah puteri, hampir setiap watak yang ditonton oleh Una akan dilakar pada buku lukisannya. Una pernah berkata kepada ibunya bahawa dia ingin menjadi seperti ibunya apabila dewasa nanti. “Ibu, Una hendak menjadi pereka baju seperti ibu apabila besar nanti. Una teringin untuk mempunyai jenama pakaian rekaan Una sendiri”. Kata Una kepada ibunya sambil membayangkan dirinya sebagai pereka baju suatu hari nanti. Ibunya tersenyum setelah mendengar kata-kata tersebut dan tidak menyangka bahawa puteri bongsunya itu mempunyai impian yang besar walaupun baru berusia sepuluh tahun. Lalu, ibunya berkata, “Apa sahaja yang Una impikan dan ingin ceburi setelah dewasa nanti, ibu pasti akan menyokong minat Una. Jadi, Una perlu berusaha untuk mencapai impian Una”. Kata ibunya sambil mengusap-usap bahu Una. . 8


Adakalanya, Una hanya mengisi masa lapangnya di rumah sahaja untuk menonton siri animasi kegemaran dengan ditemani oleh Suri. Gelagat Suri yang comel sering mencuit hati dan membuatkan Una terhibur. Kehadiran Suri telah banyak menceriakan hari-hari Una dan terubat sedikit rindu untuk bermain bersama-sama abang dan kakaknya. Suri juga merupakan peneman setia Una sejak kecil lagi. 9


Rasa sayang, hey! Rasa sayang sayang hey, Hey lihat Suri jauh, Rasa sayang sayang hey! Bermain bersama penuh riang, Peneman setia suka dan duka, Bulunya gebu, lincah sekali, Itulah Suri, kucingku sayang. (Ulang dua kali) (Melodi: Lagu Rasa Sayang) 10


Setiap kali selesai menonton siri animasi yang digemari, Una akan terus mencapai buku lukisannya dengan perasaan yang tidak sabar untuk melukis pakaian yang dipakai oleh watak animasi di dalam cerita tersebut. Una juga sering membayangkan dirinya memakai pakaian yang dilakar dengan hati yang berbunga-bunga. Setiap lukisan baju yang dihasilkan akan terdapat perkataan ‘Waynaa’ dibahagian hujung baju tersebut. Una pernah berkata pada dirinya. “Mungkin saya sudah berangan-angan ingin memiliki jenama pakaian sendiri”. Kata Una sambil tersenyum. Disebabkan terlalu minat dan terbawa-bawa perasaan seperti puteri, Una pernah memujuk ibunya untuk membuatkan sepasang baju gaun kembang seperti yang dipakai oleh watak dalam siri animasi kegemarannya sempena hari kelahirannya. Selain mengambil peluang untuk melukis kembali baju yang dihasilkan oleh ibunya, Una juga sering mengumpul lebihan kain yang digunakan oleh ibunya untuk mencuba secara senyap-senyap bagi menghasilkan baju untuk Suri. Waynaa 11


12


Pada suatu hari, ketika Una sedang tekun membuatkan baju untuk Suri menggunakan jahitan tangan secara sembunyi di dalam biliknya, tiba-tiba pintu biliknya terbuka tanpa disedari dan muncul satu kelibat di belakangnya. Bahunya tiba-tiba disentuh dari belakang lalu Una tersentak dengan sapaan ibunya. Ibunya bertanya, “Apa yang sedang Una lakukan itu?. Kenapa meja Una penuh dengan peralatan menjahit kepunyaan ibu?”. Una yang terkejut dengan kehadiran ibunya mula tergagap-gagap untuk menjawab pertanyaan itu. Katakata yang keluar daripada mulut Una tidak mampu disusun rapi lagi. Nada suaranya semakin perlahan. “Tiada. tiada apa-apa ibu. Una sebenarnya hendak membuat baju untuk Suri sahaja. Una ingin mencuba untuk menjahit kerana suka melihat ibu menghasilkan baju yang cantik-cantik”. Kata Una kepada ibunya. 13


Disangkal ibunya akan memarahinya kerana telah mengambil peralatan menjahit tanpa pengetahuan ibunya terlebih dahulu. Namun, ibunya hanya tersenyum melihat gelagat Una yang terkejut itu. Lalu ibunya berkata, “oh, ibu ingatkan Una buat apa dengan kain yang berselerak di atas meja itu. Patutlah sunyi sepi sahaja ketika ibu lalu di hadapan bilik Una”. Kata ibunya sambil memandang ke arah tangan Una yang sedang erat memegang kain. Setelah mendengar ujaran ibunya, Una menarik nafas lega lalu bertanya. “Ibu tidak marahkah Una mengambil peralatan menjahit milik ibu ini?. Lalu ibunya menjawab. “Ibu tidak marah, asalkan Una menyimpan kembali peralatan tersebut ditempat asal setelah digunakan”. Ibunya berkata lagi. “Patutlah selama ini, Una selalu meminta kain lebihan baju di butik. Rupa-rupanya ada udang di sebalik batu”. Ujar ibunya sambil menggeleng-gelengkan kepala kerana tidak menyangka puteri bongsunya itu cenderung mengikuti jejak langkahnya dan mempunyai bakat terpendam yang tidak disangka-sangka selain pandai melukis. 14


Sejak kejadian itu, ibunya sering memberi dorongan dan tunjuk ajar kepada Una supaya bakat yang ada tidak disia-siakan. Una mula mengasah bakat menjahit dengan lebih gigih. Ibu dan ayahnya selalu memberi sokongan agar keistimewaan pada dirinya dapat diketengahkan sehingga dia berjaya mencapai citacitanya apabila besar nanti. Walaupun Una sering menghabiskan masa lapang dengan hobinya tetapi dia tidak pernah mengabaikan tentang pelajarannya yang merupakan perkara utama buat dirinya. Bagi Una, pelajaran sangat penting sebagai penggorak langkah bagi merealisasikan citacitanya setelah dewasa kelak. 15


16


Bakat Terpendam Penulis: Fazilah MatRahim Muka Surat: 16 halaman Tentang Buku “ Serlahkan bakat terpendam dirimu!”


Click to View FlipBook Version