The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TUGASAN 2 <br>PENULISAN AKADEMIK <br>ASAS KELESTARIAN &amp; TEKNOLOGI HIJAU

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Thaqiff Razzin, 2023-06-21 00:14:24

PENCEMARAN UDARA &amp; KERETA ELEKTRIK

TUGASAN 2 <br>PENULISAN AKADEMIK <br>ASAS KELESTARIAN &amp; TEKNOLOGI HIJAU

ASAS KELESTARIAN & TEKNOLOGI HIJAU PENCEMARAN UDARA KERETA ELEKTRIK MUHAMMAD THAQIFF RAZZIN BIN SUDIRMAN 2022162310097 DR HAIRIAH BINTI MUNIP


Isi Kandungan 1.0 Pengenalan.................................................................................................................... 3 1.1 Permulaan Teknologi Hijau........................................................................................... 4 2.0 Isu Utama Alam Sekitar................................................................................................. 5 2.1 Data Pencemaran Udara ............................................................................................... 6 2.2 Perbandingan Indeks Polusi Pencemaran Sebelum dan Selepas PKP..................... 7 3.0 Produk Teknologi Hijau................................................................................................. 9 3.0 Produk Teknologi Hijau............................................................................................... 10 4.0 Kebaikan Produk......................................................................................................... 12 5.0 Keburukan Produk ...................................................................................................... 14 6.0 Alternatif ...................................................................................................................... 16 7.0 Penutup........................................................................................................................ 17 8.0 Rujukan........................................................................................................................ 18


1.0 Pengenalan Teknologi Hijau (TH) membawa pengertian kepada Teknologi Hijau merujuk kepada penggunaan sains alam sekitar untuk memulihara sumber dan alam sekitar semula jadi dan mengawal kesan negatif kepada aktiviti seharian untuk keturunan manusia. Pembangunan kukuh adalah asas kepada teknologi alam sekitar yang bermaksud penyelesaian perlu mengambil kira aspek ekonomi, sosial dan alam sekitar. Teknologi hijau merujuk pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semulajadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia (USM,2016). Teknologi yang sedia ada tidak mampu mengatasi teknologi hijau yang memberi manfaat kepada persekitaran dan bukan semata-mata untuk menjadi pemudah cara. Teknologi hijau mula diberi perhatian selepas Revolusi Perindustrian yang menggunakan peralatan dan teknolgi yang membebaskan tenaga yang tidak berguna serta dapat menjejaskan kesihatan manusia sendiri. Keberhasilan teknologi hijau yang bertujuan untuk penghasilan produk yang melalui proses inovasi tekologi bagi menjaga keharmonian manusia dan alam sekitar.Selain itu, teknologi hijau juga membawa matlamat untuk menjimatkan penggunaan tenaga dan sumber bahan api. Oleh sebab itu, penciptaan kepada produk teknologi hijau seiring dengan kempen menjaga alam sekitar mula diperkenalkan untuk kelestarian masa hadapan. Kajian yang dijalankan untuk membangunkan teknologi hijau ini bertumpu kepada penguranggan kebergantungan kepada tenaga yang tidak dapat diperbaharui dan memelihara serta memelihara alam sekitar dengan meningkatkan kualiti udara dan air yang menjadi keperluan untuk hidupan di bumi ini.Selain itu, mendidik generasi akan datang untuk menyayangi alam sekitar dengan mengadakan kempen untuk mengurangkan sisa buangan dengan menggunakan balik barangan yang boleh diguna semula.


1.1 Permulaan Teknologi Hijau Teknologi hijau mula diberi perhatian selepas Revolusi Perindustrian yang menggunakan peralatan dan teknolgi yang membebaskan tenaga yang tidak berguna serta dapat menjejaskan kesihatan manusia sendiri. Keberhasilan teknologi hijau yang bertujuan untuk penghasilan produk yang melalui proses inovasi tekologi bagi menjaga keharmonian manusia dan alam sekitar.Selain itu, teknologi hijau juga membawa matlamat untuk menjimatkan penggunaan tenaga dan sumber bahan api. Oleh sebab itu, penciptaan kepada produk teknologi hijau seiring dengan kempen menjaga alam sekitar mula diperkenalkan untuk kelestarian masa hadapan. Kajian yang dijalankan untuk membangunkan teknologi hijau ini bertumpu kepada penguranggan kebergantungan kepada tenaga yang tidak dapat diperbaharui dan memelihara serta memelihara alam sekitar dengan meningkatkan kualiti udara dan air yang menjadi keperluan untuk hidupan di bumi ini.Selain itu, mendidik generasi akan datang untuk menyayangi alam sekitar dengan mengadakan kempen untuk mengurangkan sisa buangan dengan menggunakan balik barangan yang boleh diguna semula.


2.0 Isu Utama Alam Sekitar Rajah 1.0 :Pencemaran udara yang berlaku di Malaysia ( dari https://rastazhy.blogspot.com/2021/04/indek-pencemaran-udaramalaysia-jas.html ) Pencemaran udara dimaksudkan dengan kewujudan bahan asing dalam atmosphera yang dapat membahayakan kehidupan yang berada di bumi. Di samping itu, pencemaran udara juga akan menyebabkan kerosakan pada iklim dunia dengan pelbagai bahan yang bahaya terdapat dalam udara tercemar seperti gas (ammonia, karbon monoksida,sulfur dioksida, metana, karbon dioksida dan klorofluorokarbon), zarah (organik dan bukan organik) dan molekul kimia yang lain. Antara punca-punca yang menyebabkan pencemaran udara berlaku adalah disebabkan oleh kenderaan, industri dan pembakaran yang tidak terkawal. Pembakaran yang berlaku dapat menyebabkan jerebu. Jerebu merupakan keadaan yang dimana tahap penglihatan manusia terbatas dan kualiti udara yang tidak baik akibat kehadiran partikel di atmosphera (Dottie,2020). Pembebasan asap dari kenderaan dan kilang industri juga akan menyebabkan berlakunya kesan negatif kepada persekitaran.


2.1 Data Pencemaran Udara Di samping itu, berdasarkan rekod yang diperolehi dari World Health Organization (WHO) yang menunjukkan indeks polusi pencemaran udara di negara-negara di dunia.Semakin tinggi indeksnya, semakin tercemar udara di negara tersebut. Berdasarkan Rajah 1.0, negara Kamerun menunjukkan indeks polusi tertinggi di dunia dengan nilai 93,08. Kualitas udara di Kamerun dinilai sangat buruk karena memiliki konsentrasi rata-rata tahunan PM2.5 mencapai 73 g/m3. Angka ini jauh melampaui standar udara bersih WHO yang memiliki ambang batas PM2.5 10 g/m3. Rajah 2.0 : Carta Negara Mempunyai Indeks Pencemar Udara (IPU) di dunia ( dari https://www.iqair.com/id/world-air-quality-ranking )


2.2 Perbandingan Indeks Polusi Pencemaran Sebelum dan Selepas PKP Selain itu, indeks polusi pencemaran udara (IPU) di Malaysia menurun dengan drastik disebabkan penguatkuasaan undangundang semasa pandemik COVID-19 berlaku. Jabatan Alam Sekitar Malaysia (JAS) telah mengeluarkan laporan pemantauan dan analisis perbandingan terhadap Indeks Pencemar Udara (IPU) sebelum dan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa pada 18 Mac hingga 28 April 2020. Hasil laporan yang disediakan menunjukkan peningkatan 26% IPU bagi bilangan hari ‘bersih’ di seluruh Malaysia, tetapi terdapat penurunan 19% IPU bagi bilangan hari ‘sederhana’ di seluruh Malaysia semenjak PKP dilaksanakan (Rajah 2.0). Hal yang demikian menunjukkan bahawa kualiti udara di Malaysia lebih baik semasa PKP berbanding sebelum PKP. Udara yang tercemar selalunya berlaku di kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi. Titik panas pencemaran udara adalah kawasan di mana pelepasan pencemaran udara mendedahkan individu kepada peningkatan kesan kesihatan yang negatif. Hal ini boleh menyebabkan penyakit seperti penyakit pernafasan, asma kanak-kanak, barah, dan masalah kesihatan yang lain. Gas-gas seperti karbon monoksida akan meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah dan melambatkan tindak balas manusia. Kesan seterusnya akan menyebabkan seseorang itu mengantuk, mempunyai penyakit lelah dan mengurangkan fungsi paruparu (Petit,David,2014).


Rajah 2.0 : Perbandingan Status Indeks Pencemar Udara (IPU) sebelum dan semasa PKP ( dari Analisis_Kualiti_Udara_Sebelum_Dan_Semasa_PKP.pdf (doe.gov.my) )


3.0 Produk Teknologi Hijau Rajah 3: Kereta Elektrik (dari https://www.businesstoday.com.my/2019/01/28/demystifying-electric-vehicles-nissan-pioneers-first-everdigital-ev-education-series/ )


3.0 Produk Teknologi Hijau Pencemaran yang disebabkan oleh penghasilan gas toksik dari kenderaan perlulah dihentikan kerana semakin lama pencemaran berlaku, kesihatan makhluk yang hidup akan terjejas. Kereta elektrik tercipta dari satu atau lebih motor elektrik dengan menggunakan tenaga yang disimpan dalam bateri. Bateri tersebut boleh diisi semula di stesen pengecas yang boleh dipasang di rumah atau tempat awam. Kenderaan elektrik lain seperti basikal elektrik dan motosikal elektrik menunjukkan perkembangan positif dari komuniti dunia yang menginginkan perubahan dalam sistem pengangkutan.Penggunaan elektrik yang boleh diperbaharui menjadi pilihan kepada komuniti kerana kos bahan bakar kenderaan makin meningkat. Hal ini memberikan menjadi titik perubahan kepada dunia untuk memperkembangkan teknologi kereta elektrik yang boleh menampung keperluan manusia yang ingin bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Kereta elektrik menjadi tumpuan dunia apabila sebuah syakirat besar yang berpangkalan di Austin, Texas, Amerika Syarikat iaitu Tesla yang menjadi mengeluar utama kereta elektrik, bateri simpanan tenaga dari rumah berskala gred, panel suria dan produk yang berkaitan dengan teknologi hijau. Perkembangan kereta elektrik dalam pasaran kenderaan meningkat akibat pengaruh dari pelaburan yang dilaburkan berlipat kali ganda. Kempen memelihara kualiti udara bumi juga disokong dengan wujudnya kereta elektrik yang menjadi langkah pertama untuk menuju ke bumi yang lebih selamat.


Di samping itu, kecekapan tenaga yang digunakan oleh kereta elektrik ini lebih baik kalau dibandingkan dengan kereta yang menggunakan bahan bakar kerana motor elektrik lebih cekap berbanding enjin pembakaran dalam untuk menukar tenaga yang disimpan untuk membawa kenderaan. Walaubagaimanapun, kecekapan motor elektrik tidak konsisten. Bagi mengelakkan mengurangan prestasi, kereta elektrik dilengkapi dengan dua motor elektrik untuk mengoptimumkan mobiliti dan dalam masa yang sama memelihara kebersihan alam. Oleh sebab itu, penggunaan kereta elektrik wajar dibangunkan kerana prestasi kereta elektrik lebih hebat dari kereta yang menggunakan bahan bakar petrol dan kongsep kehijauan alam sekitar yang diaplikasikan pada kereta elektrik.Pembangunan untuk kereta elektrik semakin rancak di sekitar Eropah yang mempunyai kesedaran dalam menjaga alam sekitar terutamanya kebersihan udara


4.0 Kebaikan Produk Menurut MJ Suhaimi (2017), kemajuan dalam bidang automotif tidak dapat dijangka namun dengan kewujudan kereta elektrik ,ia menjamin perkembangan pesat dalam bidang automotif di dunia. Industri automotif akan berlakunya perubahan yang ketara apabila kereta elektrik dikomersialkan secara besar dan dapat mengurangkan kereta yang menggunakan bahan api. Penggunaann motor elektik sebagai sumber tenaga dalam kereta elektrik telah memberikan kesan yang positif kepada alam sekitar. Kereta konvensional yang menjadikan enjin sebagai sumber tenaga menggunakan bahan api fosil seperti petrol dan diesel. Hal ini menyumbang kepada pelbagai kesan sampingan yang semakin hari semakin buruk. Antara kebaikan yang terdapat pada kereta elektrik ialah dapat meminimumkan pelepasan gas rumah hijau yang dapat menyumbang kepada pemanasan global (Jones,2022).Kesan pemanasan global yang dapat kita lihat ialah peningkatan air laut tahun demi tahun akibat berlakunya pemanasan yang bertambah setiap tahun. Hal ini disebabkan oleh pelbagai tindakan yang dilakukan oleh manusia seperti pembakaran terbuka, pelepasan asap kilang dan pelepasan asap dari kenderaan di atas jalan. Menurut Hafiz(2022), di Malaysia terdapat 33.3 juta unit kenderaan yang berdaftar di Malaysia, dengan penambahan sejuta sejak 2019. Bilangan tersebut telah mengatasi bilangan populasi manusia yang hidup di Malaysia iaitu sebanyan 32.6 juta orang. Berdasakan statistik jumlah kenderaan yang terdapat di Malaysia, kita dapat simpulkan bahawa penggunaan kereta dalam kehidupan seharian amat penting untuk bergerak dari suatu tempat ke suatu tempat. Kesannya, bilangan gas rumah hijau juga akan bertambah tahun demi tahun. Kereta elektrik dapat mengurangkan penyumbangan gas rumah hijau ke persekitaran kerana kereta elektrik tidak menggunakan enjin.


Selain itu, kelebihan kereta elektrik yang dapat memberi manfaat kepada alam sekitar ialah dapat mengurangkan pencemaran bunyi. Kereta elektrik biasanya lebih senyap dari kereta konvensional kerana kereta konvensional menggunakan enjin pembakaran yang bising. Bunyi yang dihasilkan oleh kereta konvensional dapat menganggu persekitaran. Pengurangan bunyi bising dari kereta dapat membantu mengurangkan pencemaran bunyi di kawasan bandar dan memberi faedah kepada kesihatan manusia dan hidupan lain yang sensitive terhadap bunyi. Gangguan bising dapat merosakkan suasana damai di suatu kawasan. Hal ini dapat menyebabkan pelbagai masalah seperti ketenangan jiwa, memganggu untuk fokus dan sebagainya. Di samping itu, kereta elektrik juga menggunakan tenaga yang efisien dan dapat diperbaharui seperti angin dan solar. Tenaga efisien bermaksud perubahan tenaga dari bateri ke roda dengan kehilangan tenaga yang lebih sedikit melalui proses yang dikenali sebagai "pergerakan elektrik". Di samping itu, semasa kereta elektrik berhenti atau memperlambat, ia boleh menggunakan "pemulihan tenaga" untuk mengecas semula bateri menggunakan tenaga yang dihasilkan semasa memperlambatkan kenderaan. Dengan menggunakan tenaga boleh diperbaharui ini untuk mengisi daya kereta elektrik, kita dapat mengurangkan kebergantungan pada sumber tenaga fosil yang terhad dan membantu mempercepat peralihan ke sistem tenaga yang lebih bersih dan lestari ((AvtoTachkiAdmin, 2021).


5.0 Keburukan Produk Perkembangan teknologi dalam industri automotif, kereta elektrik makin meningkat naik. Media mengadakan pelbagai kempen untuk menarik minat orang awam untuk membeli kereta elektrik. Orang awam yang ingin membeli dan menggunakan kereta elektrik tertarik dengan kebaikan yang ada pada kereta elektrik tersebut. Namun begitu, dalam kepesatan teknologi kereta elektrik, terdapat juga keburukkan yang dapat memberi kesan sampingan kepada pengguna serta alam. Antara keburukan yang terdapat pada kereta elektrik ialah infrastruktur pengisian tenaga yang terhad. Kekurangan infrastruktur pengisian memberikan kebimbangan kepada pengguna untuk menggunakan tenaga elektrik. Stesen pengisian bateri untuk kereta elektrik masih terhad, terutama di kawasan luar bandar atau negara yang kurang memperuntukkan sokongan bagi kereta elektrik. Ini boleh menyebabkan kesukaran bagi pemilik kereta elektrik untuk mengisi semula bateri mereka dengan mudah dan cepat. Selain itu, kereta elektrik juga mempunyai jarak perjalanan yang terhad. Hal ini demikian kereta, keupayaan tenaga elektrik yang dibekalkan oleh bateri masih mempunyai tahap yang terhad untuk membuat perjalanan jauh tanpa bekalan stesen pengisian bateri. Walaupun terdapat peningkatan dalam teknologi bateri, kebanyakan kereta elektrik masih tidak dapat menandingi jarak perjalanan kereta konvensional dengan satu pengisian bateri. Ini boleh mengehadkan fleksibiliti dan kebolehgunaan kereta elektrik terutama untuk perjalanan jarak jauh.


Di samping itu, kekurangan yang terdapat pada kereta elektrik ini ialah harga yang mahal. Kos untuk memiliki kereta elektrik adalah lebih tinggi jika dibandingkan kereta konvensional. Ini disebabkan oleh teknologi dan bahan yang digunakan untuk membuat bateri dan motor kereta elektrik. Kos pembelian dan penyelenggaraan kereta elektrik serta pembaikian bateri juga lebih tinggi. Pelaburan yang ingin dibuat keatas kereta elektrik perlu mengambil masa beberapa tahun untuk mendapatkan pulangan pelaburan melalui penjimatan bahan api dan penyelanggaran (Fazli,2021). Seterusnya, keburukan yang pengguna dapati apabila memiliki kereta elektrik ialah masa yang lama cas semula bateri. Pengguna perlu menunggu antara 30 minit hingga beberapa jam untuk mengecas penuh bateri kereta elektrik. Kesannya, pengguna akan menghabiskan masa yang lama untuk mengecas. Hal ini kerana pengecasan kereta elektrik tidak sama seperti kereta konvensional yang mengisi petrol dan diesel untuk mendapatkan tenaga bagi melanjutkan perjalanan (Rashid,2023).


6.0 Alternatif Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan terhadap kepentingan kereta elektrik, pada pendapat saya, kereta elektrik harus dikomersialkan di Malaysia kerana rakyat Malaysia menggunakan kereta dalam kehidupan seharian. Penambahbaikan ke atas kereta elektrik dengan mengambil rujukan dari kekurangannya perlu dilakukan. Terdapat juga langkah lain untuk mengatasi pencemaran udara yang berlaku. Antara langkah yang dapat mengurangkan pencemaran udara melalui bilangan kenderaan yang digunakan di atas jalanraya ialah dengan menggunakan kenderaan awam seperti bas, keretapi atau berkongsi kenderaan untuk menuju ke satu destinasi.Hal ini dapat mengurangkan kuantiti kenderaan. Melalui perkurangan ini, ia dapat mengurangkan pembebasan gas bertoksik seperti karbon dioksida, karbon monoksida dan gas lain yang dapat memjejaskan kesihatan. Kesannya, kandungan gas yang bahaya dalam udara dapat dikurangkan. Seterusnya, langkah lain yang dapat menangani pencemaran udara ialah mengadakan kempen memulih dan memelihara pokok. Hal ini kerana pokok dapat menyerap gas yang tidak digunakan oleh manusia untuk dijadikan makanan iaitu gas karbon dioksida dan membebaskan oksigen untuk digunakan oleh makhluk hidup. Oksigen juga dapat membantu menyejukkan udara. Pemuliharaan pokok melalui kerajaan dan bukan kerajaan. Perkara ini juga dapat memberi kesedaran kepada masyarakat untuk menjaga keperntingan pokok dalam kitaran hidup manusia.


7.0 Penutup Kesimpulannya, teknologi hijau yang wujud memberikan kemudahan untuk manusia dengan pelbagai inovasi yang berkembang setiap hari. Selain itu, teknologi hijau dapat membantu memulihara dan mengurangkan kesan negatif kepada alam sekitar (Abdullah,2015). Penggunaan teknologi hijau dalam kehidupan seharian dapat membantu meningkatkan kualiti udara, terma dan bunyi persekitaran. Hal ini kerana pencemaran yang berlaku secara berterusan akan memberi kesan kepada kehidupan manusia. Oleh itu, peenggunaan teknologi hijau seperti kereta elektrik wajar dilaksanakan untuk meningkatkan keselesaan, kesihatan dan kualiti hidup manusia.


8.0 Rujukan Abdullah, I. H. T. (2015, March 13). Teknologi hijau tingkat kualiti hidup, pacu ekonomi negara. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2015/03/40615/teknologi-hijau-tingkat-kualiti-hidup-pacu-ekonominegaraAutomology. (2023, May 25). 5 Kelemahan Kereta Elektrik (EV) - AUTOMOLOGY: automotive + logy (the study of). AUTOMOLOGY: Automotive + Logy (the Study Of). https://www.automology.com/5-kelemahan-kereta-elektrik-ev/ AvtoTachkiAdmin. (2021). Kesan kenderaan elektrik terhadap alam sekitar. AvtoTachki. https://ms.avtotachki.com/vozdeystvieelektromobiley-na-okruzhayuschuyu-sredu-greenmove/ Dottie. (2020, January 8). Jerebu & Kesihatan - PORTAL MyHEALTH. PORTAL MyHEALTH. http://www.myhealth.gov.my/jerebu-akesihatan/ Fazli, S. (2021). Ini 6 perkara perlu anda tahu sebelum beli kereta elektrik (EV). Motoqar. https://www.motoqar.com/2021/67747/ini-6- perkara-perlu-anda-tahu-sebelum-beli-kereta-elektrik-ev.html


Hafiz, H. (2022, June 13). Lebih banyak kenderaan berbanding orang di M’sia ketika ini? Tidak tepat, itu statistik sejak 1946. Paul Tan’s Automotive News. https://paultan.org/2022/06/13/lebih-banyak-kenderaan-berbanding-orang-di-msia-ketika-ini/ Jones, M. (2022, November 8). Apakah keburukan kereta elektrik kepada alam sekitar? - Jun 2023 - Electricianmariettaga.org. Electricianmariettaga.org -. https://electricianmariettaga.org/ms/2022/11/08/apakah-keburukan-kereta-elektrik-kepada-alamsekitar/ MJ Suhaimi. (2017, October 26). 4 Kelebihan Kereta Elektrik Berbanding Kereta Konvensional. Iluminasi. https://iluminasi.com/bm/4- kelebihan-kereta-elektrik-berbanding-kereta-konvensional.html Pettit, David (14 December 2014). "Global Toll of Air Pollution: Over 3 Million Deaths Each Year". Switchboard NRDC. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-05-08. Dicapai pada 2014-07-12. Rashid, N. (2023). Benarkah Guna Kereta Elektrik Poket Lebih Selamat? - Pesan by Qoala. Pesan by Qoala. https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/kereta-elektrik/ USM. (2016). Teknologi Hijau. http://cetree.usm.my/index.php/en/berita-cetree/98-teknologi-hijau Zakaria, N. K. (2020, October 26). 10 Punca Pencemaran Alam Sekitar: Ambil Berat Sebelum Terlambat. iLabur. https://ilabur.com/punca-pencemaran-alam-sekitar/?expand_article=1


Click to View FlipBook Version