MRSM BESERI, PERLIS
APAKAH
ITU
HOMEROOM?
(HR)
DEFINISI
HR
Homeroom ialah satu program bimbingan di
mana pelajar-pelajar dibahagikan kepada
kumpulan-kumpulan pelajar yang sebaya
dan menjalani kehidupan bersama dalam
persaudaraan. Seorang guru penasihat
berfungsi sebagai pembimbing, penjaga atau
ibu bapa angkat dalam ruang dan waktu
yang tidak terbatas.
TUJUAN
HR
Mengesan dan menolong pelajar yang
menghadapi masalah emosi.
Menggalakkan pelajar merancang dan
melaksanakan sendiri aktiviti.
Menanam perasaan bertanggungjawab
dan kasih kepada MRSM.
Mewujudkan hubungan mesra antara guru
dan pelajar.
Mempelajari dan memahami nilai
masyarakat.
FUNGSI
HR
Selaras dengan tujuan dan objektifnya
homeroom seharusnya berfungsi sekurang-
kurangnya seperti dibawah:
Sebagai satu unit keluarga
Mengesan dan meyelesaikan masalah
Membentuk sikap
Menyalur dan mengembangkan minat
Badan kebajikan
Alat perpaduan
Agen kemasyarakatan
Buah salak di dalam kantung,
Kulitnya keras isinya kelat;
Bulat air kerana pembetung,
Bulat manusia kerana muafakat.