The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NUR ARIFAH LIYANA BINTI HAJI AHMAD IPG-Pelajar, 2024-03-22 13:12:45

e-Portfolio Pentaksiran dalam Pendidikan

EDUP3153

Tugasan 2 Penghasilan Produk EDUP 3153 - PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN Nama: Nur Arifah Liyana bt Haji Ahmad Kelas 22S


I. PENGENALAN 03 II. INSTRUMEN 1 04 III. INSTRUMEN 2 11 IV. INSTRUMEN 3 18 V. PENUTUP 26 SENARAI RUJUKAN 27 LAMPIRAN 28 Senarai Kandungan


3 Pengenalan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Pentaksiran Bilik Darjah merupakan sebuah pentaksiran berterusan yang dikenali pada tahun 2016 yang dahulunya digelar sebagai Pentaksiran Sekolah (PS) di mana penilaian oleh guru berlaku dalam bilik darjah (Mahaya Salleh et al., 2024). Ianya bertujuan bagi menilai dan megukur tahap kemajuan dan pencapaian murid di akhir sesi PdP. PBD tidak bertujuan untuk membanding keputusan murid dengan murid yang lain, namun ianya bertujuan untuk mengukur kemajuan seseorang murid secara berterusan. Setelah mendapat keputusan suatu PBD, guru boleh merancang dan melaksanakan penambahbaikan untuk PdP seterusnya. Terdapat pelbagai kaedah dan instrumen yang boleh digunakan oleh guru dalam PBD seperti kaedah pentaksiran bertulis, lisan dan pemerhatian. Setiap kaedah ini mempunyai cadangan instrumen yang bersesuaian, iaitu alat untuk mengukur kemahiran murid seperti senarai semak, lembaran kerja, portfolio dan sebagainya. Namun demikian, tidak semua guru mampu melaksanakan PBD dengan sempurna kerana kekurangan kepakaran terhadap perkara ini. Oleh itu, saya akan membuat beberapa penilaian kepada instrumen PBD yang telah dilaksanakan di bilik darjah dengan meminta instrumen-instrumen ini daripada beberapa orang guru Matematik. Hasil Lembaran Kerja Gambar aktiviti Senarai Semak INSTRUMEN


Instrumen 1 GAMBAR AKTIVITI 4


RPH MATEMATIK TAHUN 1 5


STANDARD KANDUNGAN 4.1 Wang kertas dan duit syiling STANDARD PEMBELAJARAN 4. 1.1 Mengenal pasti mata wang Malaysia dalam bentuk syiling dan wang kertas. OBJEKTIF PEMBELAJARAN mengenal pasti duit syiling 5 sen, 10 sen , 20 sen dan 50 sen . mengenal pasti wang RM 1, RM 5 dan RM 10 . mengetahui persamaan dan perbezaan duit syiling 5 sen, 10 sen , 20 sen,50 sen ,RM 1, RM 5 dan RM 10. AKTIVITI PEMBELAJARAN Murid melihat contoh maujud duit syiling 5 sen, 10 sen , 20 sen , 50 sen serta wang kertas RM1 , RM 5 dan RM 10. 1. Secara perbincangan dalam kumpulan - murid cuba menceritakan secara mudah ciri-ciri yang terdapat pada duit syiling dan wang kertas . 2. Murid melakukan pembentangan tentang hasil dapatan perbincangan. 3. Guru menerangkan kepada murid tentang persamaan dan perbezaan duit syiling dan wang kertas. 4. INSTRUMEN Gambar akiviti ANALISIS RPH MATA PELAJARAN: MATEMATIK TAHUN 1 TEMA / BIDANG NOMBOR DAN OPERASI Wang TAJUK 6


Instrumen: 1. Gambar Aktiviti 7


Penilaian instrumen PBD Gambar Aktiviti PENGENALAN Gambar aktiviti merupakan salah satu instrumen bagi kaedah pemerhatian (Mahaya et al.,2024). Ia juga merupakan alat atau prosedur yang digunakan untuk merekod atau mengumpul data mengenai tindakan yang dilakukan oleh individu atau kumpulan semasa menjalankan kajian atau penelitian. Guru tersebut telah merekod gambar aktiviti yang dijalankan oleh murid sepanjang tempoh aktiviti. KAEDAH: PEMERHATIAN Kaedah yang digunakan ialah kaedah pemerhatian. Pentaksiran secara pemerhatian mentaksir proses dan hasil kerja pelajar. Selain itu, penggunaan kaedah ini membolehkan pendidik menilai sikap dan penguasaan murid terhadap kemahiran tertentu. Pentaksiran secara pemerhatian menggunakan pemerhatian langsung oleh pendidik atau pemeriksa untuk menilai sikap, kemahiran, tingkah laku, atau pencapaian pelajar dalam aktiviti atau pembelajaran tertentu. Pentaksiran secara pemerhatian biasanya dijalankan ke atas pedagogi, aktiviti PdP dan serta rutin harian kanak-kanak (Rahman et al., 2020). Oleh itu, guru ini telah melakukan pemerhatian terhadap aktiviti perbincangan yang dijalankan oleh murid-murid, Kaedah ini wajar digunakan kerana kaedah pentaksiran secara pemerhatian boleh membantu guru menyusun sesebuah gambaran pentaksiran yang diperoleh melalui kaedah penulisan dan lisan (Bahagian Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, 2019). Ianya juga membolehkan murid menjadi aktif dalam kelas dengan mengendalikan aktiviti, bukan sebagai penerima pasif semata-mata. AKTIVITI: PERBINCANGAN Murid-murid diberikan beberapa mata wang syiling dan kertas dalam kumpulan. Kemudian, murid akan menentukan ciri-cir mata wang tersebut secara perbincangan. Hasil daripada perbincangan yang berjaya akan dilihat melalui cara pelajar berbincang sesama sendiri dan mendapatkan ilmu baru yang datang daripada kerjasama (Bakar & Noh, 2022). Oleh itu, aktiviti ini dapat memberikan pelbagai manfaat kerana murid boleh bertukar pendapat, saling menegur, bekerjasama dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan dan meningkatkan lagi kemahiran komunikasi antara murid. Seseorang guru boleh mengawasi perbincangan yang dilakukan murid dan menolong murid untuk mengembangkan idea atau menegur murid sekiranya perbincangan mereka salah.


STANDARD PEMBELAJARAN: 4. 1.1 MENGENAL PASTI MATA WANG MALAYSIA DALAM BENTUK SYILING DAN WANG KERTAS. Jika kita melihat gambar-gambar aktiviti ini, mata wang maujud yang disediakan kepada murid bukanlah mata wang Malaysia (MYR) namun mata wang Thailand (baht). Perkara ini bertentangan dengan standard pembelajaran 4.1.1 yang mengkhususkan kepada mata wang Malaysia sahaja. Bagi mengenal mata wang Thailand, ianya bagi standard prestasi 4.6.1 iaitu mengenal mata wang negara Asean iaitu terkandung dalam matematik tahun 3 Penilaian instrumen PBD Gambar Aktiviti TAJUK PDP: WANG Bagi gambar aktiviti yang telah diambil, ianya telah menepati tajuk wang berdasarkan DSKP. Kemahiran yang dinilai adalah berdasarkan Tajuk Wang. Dalam gambar-gambar ini, kita dapat melihat bahawa murid-murid ini sedang STANDARD PRESTASI Disebabkan gambar aktiviti ini menunjukkan bahawa ianya tidak menepati standard pembelajaran, maka standard prestasi yang sepatutnya juga tidak dipenuhi iaitu Tahap Penguasaan (TP) 1 Menyatakan: Mata wang Malaysia dalam bentuk duit syiling dan wang kertas Hal ini kerana sudah tertera dalam standard prestasi ini berkenaan tentang mata wang Malaysia, namun mata wang yang disediakan oleh guru berdasarkan gambar aktiviti hanyalah mata wang Thailand. menyelesaikan tugasan berdasarkan tajuk wang dalam kumpulan. Ianya juga telah menepati objektif Tajuk Wang berdasarkan DSKP iaitu “Berfikir, menaakul dan membuat penerokaan di dalam kehidupan harian bagi memberi manfaat demi masa depan” dan “Berkomunikasi, membuat perkaitan dan menyelesaikan masalah yang melibatkan kewangan”. Perkara ini boleh mengelirukan murid kerana murid perlu mengenali mata konsep wang Malaysia secara kukuh terlebih dahulu sebelum didedahkan dengan mata wang negara lain. Hal ini kerana mata wang negara lain mempunyai ciri yang berlainan daripada mata wang Malaysia. 9


Penilaian instrumen PBD Gambar Aktiviti KEUPAYAAN MENTAFSIR MURID Bagi instrumen gambar aktiviti, keupayaan untuk mentafsir murid dari segi pengetahuan tidak dapat dikenal pasti. Hal ini kerana gambar aktiviti hanya menunjukkan proses yang berlaku berdasarkan situasi dan gerak geri murid. Untuk mentafsir mehairan berdasarkan pengetahuan, instrumen yang diperlukan harus menunjukkan bukti CADANGAN PENAMBAHBAIKAN INSTRUMEN Bagi intrumen gambar aktiviti, ianya tidak sesuai bagi menguji kefahaman murid dalam suatu pengetahuan namun lebih sesuai untuk mentaksir tingkah laku murid. Oleh itu, guru seharusnya menyesuaikan aktiviti PdP dengan instrumen ini seperti aktiviti eksperimen, menghasilkan produk, menghasilkan infografik atau menyelesaikan jigsaw puzzle. Hal ini kerana aktiviti ini melibatkan kemahiran yang berkaitan dengan kesan tingkah laku murid. Dengan ini, guru boleh mentafsir kemahiran murid menggunakan instrumen gambar aktiviti yang menunjukkan tingkah laku murid dalam melakukan aktiviti. Guru juga perlu memahami standard pembelajaran yang ditetapkan agar tidak melakukan kesilapan yang menyebabkan PdP pada hari tersebut tidak dapat mencapai objektif kerana bahan maujud yang disediakan adalah salah, iaitu mata wang Thailand, bukannya mata wang Malaysia. Perkara ini juga menyebabkan standard prestasi juga tidak dapat dicapai. Oleh itu, guru perlulah menyediakan aktiviti murid yang selari dengan standard pembelajaran dan standard prestasi yang tertulis dengan menyediakan contoh maujud iaitu mata wang Malaysia, bukannya mata wang negara lain. kemahiran tersebut dikuasai oleh murid secara spesifik. Namun, guru boleh mentafsir kemahiran berdasarkan tingkah laku murid yang ditunjukkan dalam gambar iaitu kemahiran bekerjasama dalam kumpulan dan kemahiran berkomunikasi. Kemahiran ini mudah ditafsir berdasarkan gambar aktiviti yang didapati. 10


Instrumen 2 SENARAI SEMAK 11


RPH MATEMATIK TAHUN 1 12


STANDARD KANDUNGAN 4.1 Wang kertas dan duit syiling STANDARD PEMBELAJARAN 4. 1.1 Mengenal pasti mata wang Malaysia dalam bentuk syiling dan wang kertas. OBJEKTIF PEMBELAJARAN mengenal pasti duit syiling 5 sen, 10 sen , 20 sen dan 50 sen . mengenal pasti wang RM 1, RM 5 dan RM 10 . mengetahui persamaan dan perbezaan duit syiling 5 sen, 10 sen , 20 sen,50 sen ,RM 1, RM 5 dan RM 10. AKTIVITI PEMBELAJARAN Murid melihat contoh maujud duit syiling 5 sen, 10 sen , 20 sen , 50 sen serta wang kertas RM1 , RM 5 dan RM 10. 1. Secara perbincangan dalam kumpulan - murid cuba menceritakan secara mudah ciri-ciri yang terdapat pada duit syiling dan wang kertas . 2. Murid melakukan pembentangan tentang hasil dapatan perbincangan. 3. Guru menerangkan kepada murid tentang persamaan dan perbezaan duit syiling dan wang kertas. 4. INSTRUMEN Senarai semak ANALISIS RPH MATA PELAJARAN: MATEMATIK TAHUN 1 TEMA / BIDANG NOMBOR DAN OPERASI Wang TAJUK 13


Instrumen: 2. Senarai Semak 14


Penilaian instrumen PBD Senarai Semak PENGENALAN Tujuan senarai semak adalah untuk menyediakan alat untuk merekod pemerhatian secara sistematik (May & Ahmad, 2020). Senarai semak ialah alat penilaian yang menetapkan kriteria tertentu. Ianya juga digunakan untuk menentukan perkembangan pengetahuan, kemahiran, sikap dan kebolehan pelajar. Ianya juga mempunyai skala kemahiran yang dimiliki, KAEDAH: LISAN Kaedah yang digunakan ialah kaedah lisan. Pentaksiran secara lisan selalu digunakan dalam bilik darjah. Hal ini kerana kaedah ini dapat mentaksir murid dengan mudah dan cepat dalam mengesan perkembangan atau pengesuaan murid (Bahagian Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, 2019). Guru ini telah memberikan beberapa contoh maujud mata wang dalam kumpulan dan murid-murid akan membentangkan ciri-ciri dalam kumpulan berdasarkan arahan tugasan. Kaedah lisan ini lebih pantas berbanding dengan menulis. Kemudian, kebolehan dan kefaham murid dinilai oleh guru secara individu dan serta-merta dan kemahiran yang dikuasai akan ditandakan mengikut kriteria kemahiran yang ditetapkan dalam senarai semak. Oleh itu, kaedah ini wajar digunakan terutamanya dalam waktu pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang singkat kerana guru akan mendapat maklumat tentang murid secaramerta, dapat berinteraksi dengan guru dan rakan serta guru juga dapat memberi maklum balas kepada murid dengan membetulkan murid secara serta-merta. Pentaksiran ini juga boleh menilai kemahiran komunikasi murid. AKTIVITI: PEMBENTANGAN Aktviti yang dinilai dan ditaksir ialah pembentangan berkumpulan. Murid akan membentangkan ciri-ciri bagi mata wang berdasarkan arahan yang telah diberikan di hadapan kelas. Namun demikian, senarai semak yang telah dibina hanya untuk mengukur kemahiran individu. Perkara ini tidak bersesuaian dengan aktiviti pembentangan kerana murid akan membahagikan soalan dalam ahli kumpulan menyebabkan setiap ahli tidak membentangkan semua soalan, namun hanya membentangkan soalan yang telah dibahagikan. Meskipun mereka telah berbincang, ada kemungkinan murid dalam kumpulan tersebut masih tidak memahami dan menguasai soalan yang berdasarkan yang diberikan. Oleh itu, guru tidak boleh menilai setiap item kemahiran yang terkandung dalam senarai semak. Guru tidak boleh melambangkan kemahiran yang dikuasai oleh ahli kumpulan melambangkan kemahiran dikuasai oleh setiap ahli kumpulan.


Penilaian instrumen PBD Senarai Semak TAJUK PDP: WANG Bagi tajuk dan kemahiran yang terkandung dalam senarai semak ini, ianya telah menepati Tajuk Wang berdasarkan DSKP. Kemahiran yang dinilai adalah berdasarkan Tajuk Wang. Contonya, soalan 1, “Murid dapat mengenal pasti duit syiling 1 sen dan 5 sen” dan soalan 10, “Murid dapat menentukan perbezaan antara mata wang RM 1, RM5 dan RM10.”. Ianya juga telah menepati objektif tajuk wang berdasarkan DSKP Matematik Tahun 1 iaitu “Menghubung kaitkan penggunaan wang dalam kehidupan harian”, “Berfikir, menaakul dan membuat penerokaan di dalam kehidupan harian bagi memberi manfaat demi masa depan” dan “Mengaplikasi pendidikan kewangan di dalam kehidupan harian”. STANDARD PEMBELAJARAN: 4. 1.1 MENGENAL PASTI MATA WANG MALAYSIA DALAM BENTUK SYILING DAN WANG KERTAS. Dalam senarai semak yang telah disediakan, kebanyakkan kemahiran telah menepati standard pembelajaran 4.1.1. Namun demikian, hanya kemahiran nombor 1 hingga 10 sahaja yang menepati standard pembelajaran ini. Bagi kemahiran nombor 11 iaitu “Murid dapat menukarkan nilai wang kepada nilai wang yang setara dengannya”, ianya merupakan kemahiran bagi standard pembelajaran 4.1.3 iaitu 4.1.3 Menukar wang: (i) Syiling hingga RM1. (ii) Ringgit hingga RM10. Guru ini beranggapan bahawa kemahiran ini beraras tinggi kerana murid sukar untuk menguasainya, namun hakikatnya, ianya tidak selari dengan standard pembelajaran 4.1.1 yang telah ditetapkan untuk PdP pada hari tersebut. Kesalahan ini perlulah dielakkan kerana murid tidak boleh menguasai kemahiran yang belum diajar oleh guru, menyebabkan mereka berasa sukar dalam menyelesaikan tugasan serta ditaksir dan dinilai secara salah. STANDARD PRESTASI Bagi standard prestasi, ianya hanya memenuhi tahap penguasaan (TP) 1 iaitu Menyatakan: Mata wang Malaysia dalam bentuk duit syiling dan wang kertas Ianya sesuai dengan TP 1 kerana murid hanya baru belajar tentang tajuk wang, Dalam aras kognitif taksonomi Bloom, ianya menepati aras 1 (C1) iaitu mengingati. Menurut takrifan Taksonomi Bloom Semakan Semula (2001), aras mengingati memerlukan kemampuan untuk mengingat fakta, data, istilah dan konsep asas. Berdasarkan kemahiran yang tertera dalam senarai semak, soalan nombor 1 sehingga 10, ianya menepati TP 1 dan C1 seperti soalan 2, “Murid dapat mengenal pasti duit syiling 10 sen dan 20 sen” yang berkaitan dengan mengingati dan menyatakan mata wang Malaysia dalam bentuk duit syiling dan soalan 6 yang berkaitan dengan duit kertas iaitu “Murid dapat mengenal pasti nilai wang RM 10”. 22


Penilaian instrumen PBD Senarai Semak KEUPAYAAN MENTAFSIR MURID Senarai semak merupakan salah satu instrumen yang dapat mentafsir murid dengan baik. Hal ini kerana ianya mempunyai skala yang ditentukan bagi setiap kemahiran. Dalam senarai semak yang telah digunakan oleh guru ini, terdapat 5 skala iaitu 5. Menguasai dengan baik sepenuhnya, 4. Menguasai dengan baik, 3. Menguasai tetapi dengan separa bimbingan, 2. Menguasai tetapi dengan bimbingan sepenuhnya, 1. Tidak dapat menguasai. Dengan ini, guru boleh mengetahui tahap penguasaan murid berdasarkan skala yang ditetapkan. Murid yang mempunyai skala 3, 2 dan 1 boleh diberi bimbingan dan tindakan susulan daripada guru. Namun demikian, kemahiran yang terdapat dalam senarai semak ini hanyalah berkaitan kemahiran berdasarkan pengetahuan serta tidak mentafsir kemahiran dari segi tingkah laku murid seperti kemahiran berkomunikasi, kemahiran menjadi pemimpin dan sebagainya. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN INSTRUMEN Instrumen senarai semak ini perlu dierbaiki dari segi aktivti yang dijalankan. Sekiranya seseorang guru mahu melakukan aktiviti perbentangan dalam kumpulan, guru perlulah menyediakan senarai semak berdasarkan kumpulan manakala sekiranya guru hendak menyediakan senarai semak secara individu juga, guru perlu melakukan aktiviti pembentangan murid secara indvidu. Selain itu, guru perlulah menyemak semula kemahiran yang diuji agar tiada kemahiran di luar standard pembelajaran yang telah ditetapkan iaitu kemahiran 11 yang tidak memenuhi standard pembelajaran 4.1.1, namun ianya di bawah standard pembelajaran 4.1.3. Oleh itu,guru tersebut perlu kemahiran 11 daripada senarai semak tersebut dan daripada arahan tugasan. 17


Instrumen 3 HASIL LEMBARAN KERJA 18


RPH MATEMATIK TAHUN 1 19


STANDARD KANDUNGAN 4.1 Wang kertas dan duit syiling STANDARD PEMBELAJARAN 4.1.2 Mewakilkan nilai wang: OBJEKTIF PEMBELAJARAN mewakilkan nilai sen hingga RM 1 mewakilkan nilai wang ringgit hingga RM 10. AKTIVITI PEMBELAJARAN Guru menerangkan cara untuk mewakilkan nilai sen hingga RM 1 dan ringgit hingga RM 10. 1. Murid diminta untuk menyebut nilai mata wang yang setara dengan nilai mata wang ditunjukkan oleh guru. 2. Murid diminta untuk menulis nilai mata wang yang setara dengan nilai mata wang ditunjukkan oleh guru. 3. 4.Lembaran kerja diagihkan kepada murid (10 minit terakhir) INSTRUMEN Gambar aktiviti ANALISIS RPH MATA PELAJARAN: MATEMATIK TAHUN 1 TEMA / BIDANG NOMBOR DAN OPERASI Wang TAJUK 20


Instrumen: 3. Hasil Lembaran Kerja 1 21


Instrumen: 3. Hasil Lembaran Kerja 2 22


Penilaian instrumen PBD Hasil Lembaran Kerja PENGENALAN Lembaran kerja merupakan satu instrumen yang menguji kemahiran secara menarik kerana ilustrasi yang disediakan, bentuknya, dan saiz tulisannya yang mudah difahami dan dibaca. Bagi menyediakan lembaran kerja, arahannya mestilah ringkas dan mudah difahami. Lembaran kerja juga perlu disiapkan oleh murid dalam masa PdP dan tidak boleh dibawa balik ke rumah. KAEDAH: BERTULIS Kaedah yang digunakan ialah kaedah bertulis. Pentaksiran secara bertulis ialah penilaian kerja penulisan atau tulisan pelajar. Ia adalah kaedah pentaksiran yang penting untuk pendidikan dan melibatkan pelbagai jenis penulisan seperti karangan, esei, tugasan bertulis, laporan dan lainlain. Ianya juga dapat mengesan perkembangan intelek dan juga kemahiran yang ditetapkan dalam DSKP. Oleh itu, guru yang merancang pentaksiran bertulis perlulah menetapkan objektif atau kemahiran yang ingin dicapai, kemudian membina soalan atau tugasan yang bersesuaian berdasarkan objektif atau kemahiran yang ditetapkan. Kaedah bertulis dapat membantu murid untuk berfikir secara menyeluruh sebelum menulis jawapan. Ianya juga akan memudahkan guru untuk menilai kemahiran yang diingini. Guru juga boleh menganalisis jawapan murid berdasarkan kesalahan yang sering dilakukan berdasarkan corak kesalahan mereka dalam kaedah bertulis. AKTIVITI: LEMBARAN KERJA Aktiviti lembaran kerja memerlukan murid untuk menyelesaikan soalan yang disusun dengan pelbagai grafik yang menarik, arahan yang mudah dan jelas serta saiz tulisan yang mudah difahami. Dalam lembaran kerja yang telah disediakan oleh guru ini, terdapat pelbagai gambar yang menarik serta saiz gambar yang besar untuk merangsang lagi pemikiran murid dan menarik perhatian mereka. Gambar duit kertas dan duit syiling yang disediakan juga boleh menghubungkan murid dengan situasi sebenar berbanding soalan yang mempunyai tulisan sahaja. Terdapat dua helai lembaran kerja yang disediakan. Setiap helaian lembaran kerja menguji satu kemahiran yang berbeza. Perkara ini sangat digalakkan kerana ianya membolehkan murid untuk membina suatu kemahiran baru dengan kukuh sebelum meneruskan kepada kemahiran yang lain. 23


Penilaian instrumen PBD Hasil Lembaran Kerja TAJUK PDP: WANG Kemahiran yang diuji dalam hasil lembaran kerja ini bertepatan dengan tajuk PdP ini iaiu Tajuk Wang. Soalan yang terdapat dalam lembaran kerja ini menguji dua kemahiran dalam Tajuk Wang iaitu lembaran kerja pertama tentang mewakilkan nilai wang kertas kepada nilai sen dan lembaran kerja kedua adalah mewakilkan nilai wang kertas kepada wang kertas yang lain. Kedua-dua kemahiran ini menepati objektif Tajuk Wang iaitu “Menghubung kaitkan penggunaan wang dalam kehidupan harian” kerana lembaran kerja tersebut menggunakan gambar wang yang sebenar. Objektif “Berkomunikasi, membuat perkaitan dan menyelesaikan masalah yang melibatkan kewangan” juga dipernuhi dengan membuat perkaitan antara nilai wang. STANDARD PEMBELAJARAN: 4.1.2 MEWAKILKAN NILAI WANG: (I) SEN HINGGA RM1. (II) RINGGIT HINGGA RM10. Dalam lembaran kerja ini, ianya hanya merangkumi sebahagian daripada standard pembelajaran iaitu mewakilkan nilai wang (i) sen hingga RM1 dan (ii) ringgit hingga RM10 dengan menggunakan wang kertas atau wang syiling sahaja. Namun begitu, mengikut DSKP dan Buku Teks Matematik Tahun 1 Jilid 2, murid juga perlu mewakilkan nilai wang dengan menggunakan abakus, bukan mewakilkan nilai wang dengan wang kertas atau syiling sahaja. Perkara ini telah menyebabkan hasil lembaran kerja ini tidak melambangkan bahawa standard pembelajaran ini telah dicapai sepenuhnya kerana tiada soalan dalam lembaran kerja yang berkaitan dengan mewakilkan nilai wang menggunakan abakus. Selain itu, dalam lembaran kerja 1, soalan terakhir tidak mempunyai gambar 1 sen yang boleh mewakil RM1. Perkara ini akan mengelirukan murid kerana kemahiran ini dari aras rendah dibiasakan dengan bantuan gambar namun pada aras yang agak tinggi, tiada bantuan gambar 1 sen. 24


Penilaian instrumen PBD Hasil Lembaran Kerja KEUPAYAAN MENTAFSIR MURID Hasil lembaran kerja ini dapat mentafsir murid dengan baik kerana setiap helaian lembaran kerja berkaitan dengan kemahiran yang berbeza. Bagi lembaran kerja pertama, ianya tentang mewakilkan nilai wang kertas kepada nilai sen. Perkara ini bermaksud sekiranya seseorang murid banyak melakukan kesalahan pada lembaran kerja ini, murid tersebut masih belum menguasai kemahiran mewakilkan nilai wang kertas kepada nilai sen. Lembaran kerja kedua pula adalah mewakilkan nilai wang kertas kepada wang kertas yang lain. Apabila seseorang murid banyak melakukan kesalahan pada lembaran kerja ini, ianya bermaksud murid tersebut tidak boleh menguasai kemahiran mewakilkan nilai wang kertas kepada wang kertas yang lain. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN INSTRUMEN Instrumen lembaran kerja ini perlu diperbaiki dari segi kandungan soalan iaitu menyertakan soalan berkaitan mewakilkan nilai wang dengan menggunakan abakus. Contohnya, guru tersebut boleh membuat beberapa soalan dengan menunjukkan gambar abakus dan menyuruh murid untuk menyatakan apakah nilai wang yang boleh mewakili gambar abakus tersebut. Penambah baikan lagi ialah menyertakan gambar duit syiling 1 sen bagi lembaran kerja 1, soalan terakhir. Hal ini kerana ianya merupakan soalan aras yang agak tinggi kerana lebih memerlukan perkiraan yang banyak berbanding soalan lain, namun tidak mempunyai bantuan gambar menyebabkan murid sukar untuk menjawab soalan tersebut. 25 STANDARD PRESTASI Bagi standard prestasi, ianya hanya memenuhi tahap penguasaan (TP) 1 iaitu Menyatakan: Mata wang Malaysia dalam bentuk duit syiling dan wang kertas Ianya sesuai dengan TP 1 kerana ianya hanya menyatakan dengan mewakilkan mata wang Malaysia dalam bentuk duit syiling dan wang kertas. Mengikut Taksonomi Bloom pula, ianya hanya menepati aras 1 (C1) iaitu mengingati. Hal i ni kerana berdasarkan soalan dalam lembaran kerja, murid hanya perlu mengingati wang kertas dan wang syiling apakah yang diperlukan untuk mewakili suatu nilai wang. Sebagai contoh, berdasarkan gambar tersebut, berapakah bilangan keping RM1 untuk mewakili RM5. Soalan yang diberikan juga bukanlah dalam bentuk ayat matematik untuk dilabel sebagai TP2 (Menyelesaikan ayat matematik melibatkan wang) namun soalan yang diberikan hanyalah berdasarkan gambar yang perlu diingati dengan konsep asas sahaja.


PENUTUP 26 PENTAKSIRAN BILIK DARJAH PBD telah memupuk guru untuk menjadi lebih kreatif dalam mentaksir murid-murid. Namun demikian, guru perlulah mendalami ilmu pentaksiran agar penilaian yang telah dilakukan menggunakan sesebuah instrumen dapat mentafsir kemahiran yang dikuasai oleh murid secara betul dan tepat. Selain merancang strategi penambahbaikan terhadap PdP, guru juga perlu merancang penambahbaikan terhadap PBD agar kemahiran murid dinilai secara tepat dan tindakan susulan dapat dijalankan dengan efektif.


27 Senarai Rujukan Bakar, N. S. A., & Noh, M. A. C. (2022). Kaedah perbincangan dalam pengajaran pendidikan Islam di sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Nusantara, 1(2), 89-99. Bahagian Perkembangan Kurikulum (2019). Panduan pelaksanaan pentaksiran bilik darjah (Edisi ke-2). Kementerian Pendidikan Malaysia. Chan, Y. L., Wan Yusof Wan Ngah, & Krishnan, G. (2016). Matematik tahun 1. Angkatan Edaran Enterprise Sdn. Bhd. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2015). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Matematik Tahun 1. Bahagian Pembangunan Kurikulum. Mahaya Salleh, Suzana Abd Mutalib, Hashiroh Hussein & Zakirah Imana Ho Abdullah (2024). Pentaksiran dalam pendidikan. Local Publications (M) SDN BHD. May, Y. S., & Ahmad, N. A. (2020). The needs and significance to design and develop a Dyscalculia checklist: Keperluan dan kepentingan untuk mereka bentuk dan membangunkan senarai semak Dyscalculia. Jurnal Pendidikan Sains dan Matematik Malaysia, 10(2), 8-14. Rahman, M. N. A., Razak, N. A., Abd Razak, N. A., Hadi, H. A., & Mansor, M. A. (2020). Instrumen pentaksiran prestasi standard awal perkembangan kreativiti dan estetika kanakkanak Malaysia: Konsesus Pakar. JuPiDi: Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 7(4), 20-29.


LAMPIRAN 28


Sekian, Terima Kasih


Click to View FlipBook Version