Bahagian Pengurusan Makmal Bidang Sains Matematik
Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan dan Informatik
GARIS PANDUAN PERKHIDMATAN
BAHAGIAN PENGURUSAN
MAKMAL PROGRAM SAINS MATEMATIK
FAKULTI TEKNOLOGI KEJURUTERAAN KELAUTAN DAN INFORMATIK
2022
Bahagian Pengurusan Makmal Bidang Sains Matematik
Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan dan Informatik
POLISI MAKMAL BIDANG SAINS MATEMATIK
FAKULTI TEKNOLOGI KEJURUTERAAN KELAUTAN DAN INFORMATIK
1. TUJUAN POLISI
Polisi ini merupakan garis panduan perkhidmatan Makmal Sains Matematik , FTKKI.
Peraturan yang digariskan adalah sebagai panduan umum untuk makmal Sains
Matematik, FTKKI. Makmal Sains Matematik mempunyai polisi dan peraturan yang
khusus untuk pengguna Sains Matematik, FTKKI dan Pihak Luar. Bahagian Pengurusan
Makmal Sains Matematik, FTKKI perlu memaklum peraturan kepada pengguna tentang
polisi dengan memaparkan di papan kenyataan makmal atau memuatnaik di laman
web.
2. DEFINISI
a) Staf
Staf akademik dan bukan akademik Makmal Sains Matematik, FTKKI.
b) Ketua Pengurusan Makmal
Pegawai Sains Kanan yang dilantikan oleh Pengurusan FTKKI bagi mengetuai
Bahagian Pengurusan Makmal di FTKKI.
c) Pegawai Latihan Vokasional
Pegawai bertanggungjawab dalam mengawalselia pengurusan Makmal bidang
Sains Matematik, FTKKI.
d) Penolong Pegawai Sains /Pembantu Makmal
Pegawai bertanggungjawab bertugas dan mengendalikan operasi makmal bidang
Sains Matematik.
e) Pelajar
Pelajar berdaftar dan mengikuti pengajian di bidang Sains Matematik, FTKKI.
Mereka diberi kebenaran untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan di
Makmal Sains Matematik, FTKKI.
f) Pihak Luar FTKKI
Pihak UMT dan pihak agensi kerajaan atau swasta.
3. SKOP POLISI
Setiap pengguna mesti mematuhi syarat dan peraturan penggunaan makmal yang
ditetapkan oleh Bahagian Pengurusan Makmal Sains Matematik, FTKKI. Sebarang
pelanggaran peraturan atau penyalahgunaan adalah tertakluk kepada Dasar
Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, UMT.
Bahagian Pengurusan Makmal Bidang Sains Matematik
Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan dan Informatik
4. FUNGSI MAKMAL SAINS MATEMATIK, FTKKI
Makmal Sains Matematik, FTKKI berfungsi untuk menyokong semua aktiviti
pembelajaran, pendidikan, pembangunan, penyelidikan di bidang Sains Matematik,
Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan dan Informatik .
5. PIAGAM PELANGGAN
Kami, di Makmal Sains Matematik, FTKKI berkomited untuk memberikan perkhidmatan
dengan penuh profesionalisme, mesra dan cekap bagi memenuhi kepuasan pelanggan
dengan tindakan berikut :
a) Memastikan persediaan makmal lengkap dalam tempoh 15 minit sebelum amali
bermula dan mengemaskan ruang kerja dalam tempoh 1 jam selepas amali.
b) Memastikan makmal sedia untuk digunakan dan selamat mengikut Akta Keselamatan
dan Kesihatan Pekerjaan 1994.
c) Memproses sebarang permohonan yang lengkap dalam tempoh 3 hari bekerja.
d) Memberikan khidmat penunjuk ajar dan kawal selia bagi penggunaan peralatan
dengan tepat.
e) Memastikan perisian, alat bantu mengajar, peralatan makmal sentiasa dalam
keadaan baik.
f) Membaikpulih perisian dan menyelenggara komputer dalam tempoh 3 hari bekerja
bergantung kepada jenis kerosakan dan bekalan alat ganti.
g) Memberikan perkhidmatan yang profesional, efisien dan layanan yang mesra.
6. PERISIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
a) Makmal Sains Matematik, FTKKI, dilengkapi dengan perisian berlesen yang terkini
bagi menyokong proses pengajaran dan pembelajaran serta penyelidikan seperti di
jadual 6.3. Perisian yang mempunyai lesen kampus boleh dimohon perkhidmatan
pemasangan di komputer Staf dan pelajar Sains Matematik, FTKKI dengan
melengkapkan borang permohonan penggunaan makmal
b) Pensyarah dan pelajar Sains Matematik, FTKKI tidak dibenarkan membuat salinan,
meminjam dan menjual tanpa kebenaran Universiti.
Bahagian Pengurusan Makmal Bidang Sains Matematik
Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan dan Informatik
Jadual 6.3: Perisian Pengajaran dan Pembelajaran, Sains Matematik,
FTKKI, UMT.
Bil Perisian Bilangan Unit
1. Perisian Maple 2022 80
2. Perisian Matlab 2022
3. Perisian IBM SPSS 28 Kampus lesen
5. Perisian Mathematica V13 200
5. Perisian Tibco S Plus 8.0 50
6. Perisian Microsoft Visual Studio 2022
7. Perisian SAS 9.4 Kampus lesen
Kampus lesen
Kampus lesen
7. PENGGUNAAN MAKMAL SAINS MATEMATIK, FTKKI
a) Waktu Amali
a) Jadual amali Makmal Sains Matematik, FTKKI dikeluarkan oleh Jabatan
Pengurusan Akademik, UMT berdasarkan draf penawaran kursus yang telah
disahkan oleh Fakulti .
b) Semasa waktu amali di makmal Sains Matematik, FTKKI, pelajar yang tidak
mengikuti kursus amali berkenaan tidak dibenarkan berada didalam makmal.
Sekiranya pelajar didapati berada dalam makmal, Pelajar dimohon
meninggalkan makmal oleh pembantu makmal bertugas.
b) Waktu Pejabat – (8.00 pagi – 4.45 petang)
a) Penggunaan makmal di Sains Matematik, FTKKI adalah tertakluk kepada jadual
waktu makmal yang dipamerkan di papan kenyataan makmal dan dimuatnaik
di dalam laman web bagi setiap semester.
b) Para pelajar boleh menggunakan makmal DILUAR WAKTU AMALI jika terdapat
kekosongan waktu di makmal-makmal Sains Matematik, FTKKI dengan
merekodkan penggunaan di buku daftar masuk makmal.Penggunaan makmal
diluar waktu pengajaran dan pembelajaran hanya untuk pelajar bidang Sains
Matematik, FTKKI
c) Pelajar daripada Fakulti lain dibenarkan menggunakan Makmal Sains
Matematik, FTKKI dengan menggunakan pertimbangan berdasarkan keperluan
permohonan.
c) Luar Waktu Pejabat – (4.46 petang dan Cuti, Kelepasan am)
a) Bagi Penggunaan di luar waktu pejabat, cuti dan kelepasan umum, permohonan
penggunaan makmal Sains Matematik, FTKKI hendaklah memperolehi kelulusan
Bahagian Pengurusan Makmal Bidang Sains Matematik
Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan dan Informatik
Pengurusan FTKKI dengan memohon melalui surat sekurang – kurang 7 hari
sebelum program/aktiviti dijalankan.
8. PERMOHONAN PENGGUNAAN MAKMAL
a) Penggunaan Makmal Sains Matematik, FTKKI dipertimbangkan permohonanya
kepada Staf Sains Matematik, FTKKI dan Warga UMT adalah seperti berikut :
a) Bengkel, Kursus, Latihan, Wacana.
b) Program Penjanaan
c) Konsultasi PITA dan Pembentangan PITA .
d) Ujian atas talian.
e) Lawatan akademik.
f) Tutorial yang memerlukan penggunaan perisian/aplikasi.
g) Penggunaan bagi kuliah sepanjang semester tidak dibenarkan.
h) Pensyarah mengadakan kuliah atas sebab khusus memerlukan kelulusan
daripada ketua Program Sains Matematik, FTKKI.
b) Sebarang permohonan penggunaan makmal diluar waktu amali (waktu pejabat)
bagi kegunaan Staf Sains Matematik, FTKKI adalah tertakluk kepada hendaklah
mengisi borang pemohonan penggunaan makmal .
c) Bagi permohonan penggunaan makmal pada hujung minggu (Jumaat dan Sabtu),
pemohon hendaklah mengemukakan permohonan rasmi melalui surat kepada
Dekan, Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan dan Informatik.
9. PERMOHONAN PINJAMAN PERALATAN DAN PERKAKASAN
a) Sebarang permohonan pinjaman peralatan dengan mengisi borang pinjaman
peralatan dan perkakasan dan dihantar 3 hari bekerja kepada Penolong Pegawai
Sains.
b) Peminjam hendaklah menjaga peralatan dengan baik dan menggunakannya untuk
tujuan rasmi.
c) Sekiranya berlaku sebarang kerosakan disebabkan oleh apa-apa perbuatan,
tinggalan atau kecuaian peminjam, maka peminjam hendaklah menanggung segala
kos berkaitan.
d) Peminjam bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan, kehilangan dan
keselamatan peralatan yang dibekalkan sepanjang tempoh pinjaman.
Bahagian Pengurusan Makmal Bidang Sains Matematik
Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan dan Informatik
10.PENYIMPANAN DATA DAN MAKLUMAT DI KOMPUTER MAKMAL
Para pelajar tidak di galakkan menyimpan sebarang data dan maklumat di dalam
komputer di makmal. Semua data dan maklumat yang disimpan di komputer makmal
akan terpadam secara automatik apabila komputer dihidupkan semula ataupun ditutup.
Tindakan ini bertujuan untuk memastikan setiap komputer di makmal dan pemacu pena
pelajar bebas daripada virus dan cecacing.
11.TATACARA PENJAGAAN MAKMAL KOMPUTER
a) Sekiranya berlaku kerosakan kecil terhadap peralatan ICT di makmal, staf bertugas
bertanggungjawab memberi bantuan teknikal aras pertama (first level technical
support).
b) Sekiranya bantuan teknikal diperlukan, pembantu makmal bertugas perlu
melaporkan dengan segera kepada PPTM sekiranya ia melibatkan masalah
rangkaian dan perkakasan, bagi masalah perisian sila dapatkan bantuan teknikal
Penolong Pegawai Sains
c) Pembantu makmal yang bertugas perlu mewujudkan satu fail untuk merekod
peralatan, perisian, jadual amali, rekod selengaraan dan manual pemasangan
perisian.
d) Pembantu makmal bertugas perlu mengenalpasti kursus yang dijalankan di makmal
berserta aplikasi/perisian yang digunakan.
e) Pembantu makmal yang bertugas bertanggungjawab dalam memahami,
mempraktikkan dengan menguatkuasakan peraturan makmal SAINS MATEMATIK,
FTKKI.
f) Pembantu makmal yang bertugas perlu memastikan semua aplikasi dan perisian
telah dipasang dan diujilari sebelum amali bermula.
g) Semua peralatan ICT adalah dibawah seliaan dan tanggungjawab pembantu
bertugas ,semasa atau selepas waktu operasi.
h) Pembantu makmal bertugas perlu memahami kaedah penggunaan dan
penyelengaraan peralatan ICT yang dibekalkan.
i) Pembantu makmal perlu memastikan semua peralatan yang dibekalkan, komputer,
meja , kerusi dan lain lain peralatan berfungsi dengan baik.
j) Pembantu makmal bertugas perlu melaksakan peroses naik taraf sistem operasi,
kemaskini versi perisian pengajaran dan pembelajaran dan terlibat semasa
penyelengaraan dilaksanakan oleh pembekal.
Bahagian Pengurusan Makmal Bidang Sains Matematik
Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan dan Informatik
12. MAKMAL PENYELIDIKAN SISWAZAH
a) Pelajar siswazah yang berdaftar dengan Pusat Pengajian informatik dan Matematik
Gunaan diberikan kemudahan Makmal Penyelidikan Siswazah, Sains Matematik,
FTKKI dengan melengkapkan borang permohonan.
(Kelulusan permohonan berdasarkan kekosongan makmal)
b) Tempoh penggunaan Makmal penyelidikan siswazah ialah 2 tahun (4 semester) bagi
program pengajian diperingkat Sarjana Sains (M.Sc) dan 4 tahun (8 semester) bagi
program pengajian diperingkat Doktor Falsafah (Ph.D).
c) Pelajar hendaklah menggunakan kemudahan makmal ini secara optimum,
Pemeriksaan dilakukan dan mendapati terdapat pelajar tidak aktif menggunakanya
dalam tempoh 2 minggu. Arahan mengosongkan ruang meja akan diberikan oleh
pengurusan makmal , FTKKI
d) Pelajar diminta mengisi buku log ketika masuk dan meninggalkan makmal
penyelidikan siswazah, Sains Matematik, FTKKI.
e) Kunci makmal penyelidikan siswazah di ambil dari Bilik Operasi Keselamatan, UMT
dan pelajar tidak dibenarkan membuat salinan pendua kunci bilik berkenaan.
f) Bilik penyelidikan siswazah ini beroperasi selama 24 jam.
(Tertakluk kepada peraturan umum Universiti Malaysia Terengganu)
g) Pelajar yang tamat pengajian (telah menghantar tesis) dimohon untuk memaklumkan
kepada pengurusan makmal bagi mengemaskini data kekosongan bilik berkenaan.
h) Pelajar siswazah Sains Matematik, FTKKI adalah tertakluk kepada Peraturan makmal
Sains Matematik.
Bahagian Pengurusan Makmal Bidang Sains Matematik
Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan dan Informatik
13.PERATURAN MAKMAL
PERATURAN - PERATURAN AM
1. Pelajar dikehendaki MEMPAMERKAN KAD MATRIK di bahagian yang mudah dilihat
sepanjang berada di dalam kampus.
2. Setiap pelajar DILARANG MEMAKAI PAKAIAN atau AKSESORI yang
MELAMBANGKAN SEBARANG PERTUBUHAN atau KUMPULAN tertentu yang boleh
mengakibatkan ketenteraman universiti terganggu atau menimbulkan ketidakharmonian
dikalangan pelajar-pelajar di dalam kampus, kecuali atas sebab - sebab yang tertentu
dan telah mendapat kebenaran daripada Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan
Alumni).
3. Setiap pelajar DILARANG MEMPAMERKAN SEBARANG UNSUR YANG
BERTENTANGAN DENGAN MORAL yang baik atau mengandungi reka bentuk,
perkataan atau frasa yang tidak diingini dari segi nilai atau norma yang mulia dan baik.
4. Setiap pelajar adalah TERTAKLUK KEPADA SYARAT - SYARAT PAKAIAN YANG
DITETAPKAN di bawah peraturan makmal atau mana-mana peraturan di tempat-
tempat atau pusat di dalam kampus yang mempunyai peraturannya sendiri.
PAKAIAN PELAJAR
1. Setiap pelajar hendaklah berpakaian yang sesuai sebagai seorang pelajar universiti
dengan menunjukan KEKEMASAN, KERAPIAN, KECERIAAN dan KESOPANAN
dalam berpakaian.
2. Pelajar DIWAJIBKAN BERPAKAIAN SOPAN (baju kemeja, T-berkolar, berkasut,
berseluar panjang, berskirt panjang di bawah paras lutut) terutama ketika berada di
ruang kuliah/makmal/perpustakaan/pejabat, kafetaria dan di luar bilik kediaman.
3. Pelajar TIDAK DIBENARKAN MEMAKAI PENUTUP MUKA, MEMAKAI PAKAIAN
YANG KETAT, MEMPAMERKAN SUSUK TUBUH, MENDEDAHKAN TUBUH BADAN
DAN MENJOLOK MATA, antaranya adalah seperti berikut :-
o Berskirt di atas paras lutut atau berseluar pendek.
o Berbaju tanpa lengan.
o Berseluar/berskirt ketat/jeans lusuh.
o Berbaju tanpa kolar.
o Berselipar.
o Berpurdah (menutup sebahagian muka)
o Bertindik bagi lelaki dan keterlaluan bagi perempuan.
4. Pelajar LELAKI tidak dibenarkan berpakaian MENYERUPAI WANITA dan sebaliknya.
5. Pelajar DILARANG MEMPAMERKAN “TATOO” di mana-mana tubuh anggota badan.
Bahagian Pengurusan Makmal Bidang Sains Matematik
Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan dan Informatik
6. Semasa membuat urusan rasmi dan berada di dewan kuliah pelajar TIDAK
DIBENARKAN MEMAKAI TOPI atau BANDANA kecuali semasa aktiviti riadah.
7. Semasa menghadiri majlis rasmi universiti, pelajar DIWAJIBKAN BERPAKAIAN
FORMAL seperti berkemeja lengan panjang, bertali leher dan berseluar panjang (bukan
jeans), berkasut atau berpakaian lengkap. Pelajar perempuan DIWAJIBKAN BERBAJU
KURUNG atau BERPAKAIAN SOPAN seperti berskirt labuh di bawah paras lutut atau
berseluar panjang yang tidak mengikut bentuk tubuh badan.
Bahagian Pengurusan Makmal Bidang Sains Matematik
Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan dan Informatik
PERATURAN MAKMAL
1. Mahasiswa/siswi dilarang membuat sebarang perubahan terhadap sistem komputer,
sebarang proses installasi perisian tanpa kebenaran dari kakitangan makmal dan
memuat turun bahan – bahan hiburan.
2. Makan dan minum adalah TIDAK DIBENARKAN di dalam makmal.
3. Beg, payung, bungkusan dan sebagainya tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam
makmal. Tempat khas untuk menyimpan barang - barang tersebut disediakan di tepi
pintu masuk setiap makmal. Pihak makmal tidak bertanggungjawab terhadap
kehilangan sebarang harta benda.
4. Mahasiswa/siswi dikehendaki merekodkan penggunaan makmal di luar waktu amali
setiap kali masuk ke makmal.
5. Pakej / perisian di dalam komputer adalah hak milik UMT. Mahasiswa/siswi tidak
dibenarkan mengolah, mengubah, memuat atau menyalin perisian di dalam komputer.
6. Sebarang peralatan dan dokumentasi kepunyaan makmal tidak boleh dibawa keluar dari
makmal.
7. Mahasiswa/siswi dilarang melayari laman sosial, laman web yang tidak berkaitan
dengan pembelajaran di makmal semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran sedang
dijalankan.
8. Jangan membuat bising, bermain, bergurau di dalam makmal.
9. Komputer riba tidak dibenarkan digunakan bagi tujuan amali KECUALI mendapatkan
kebenaran daripada pembantu makmal bertugas.
10. Mahasiswa/siswi dikehendaki membuat laporan segera jika berlaku sebarang kerosakan
peralatan komputer kepada kakitangan makmal bertugas.
11. Mahasiswa/siswi hendaklah berpakaian kemas mengikut etika berpakaian di UMT.
Kakitangan makmal yang bertugas berhak mengarahkan anda meninggalkan makmal
jika didapati mengganggu ketenteraman mahasiswa/siswi lain atau berpakaian tidak
sopan.
12. Pengumuman makmal ditutup akan dibuat 10 minit sebelum waktu kerja tamat dan
semua mahasiswa/siswi dikehendaki meninggalkan makmal.
13. Sila pastikan brang-barang/dokumen peribadi anda dibawa bersama sebelum
meninggalkan makmal. Pihak makmal tidak akan bertanggungjawab atas sebarang
kehilangan/kecurian milik anda.
14. Peraturan ini diwujudkan bertujuan untuk menjaga kepentingan semua
mahasiswa/siswi dan membantu pihak makmal menjalankan tugas dengan efisien.
15. Mahasiswa/siswi yang melanggar peraturan-peraturan di atas akan diberi amaran dan
diminta meninggalkan makmal. Sekiranya arahan itu tidak dipatuhi suis komputer akan
dimatikan.
16. Mahasiswa/siswi diingatkan bahawa tindakan disiplin boleh diambil oleh Jawatankuasa
Disiplin UMT ke atas mana – mana mahasiswa/siswi yang didapati bersalah melanggar
peraturan makmal.
Bahagian Pengurusan Makmal Bidang Sains Matematik
Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan dan Informatik
LAMPIRAN
UMT/FTKKI/MAKMAL SKM/B01
UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU
FAKULTI TEKNOLOGI KEJURUTERAAN KELAUTAN DAN INFORMATIK
PERMOHONAN MENGGUNAKAN MAKMAL SAINS MATEMATIK
A. MAKLUMAT PEMOHON
NAMA : NO. MATRIK : _________________________
PROGRAM : TAHUN : _________________________
FAKULTI : NO. H/P : ________________________
B. MAKLUMAT PERMOHONAN
MAKMAL : MAKMAL AL-SAFA - 54 UNIT KOMPUTER
MAKMAL CERMAT – 71 UNIT KOMPUTER
TUJUAN AMALI
PENGATURCARAAN
___________________________
TARIKH : _____________________________________
MASA :
BIL. PELAJAR :
PERISIAN DIGUNAKAN :
C. PERAKUAN
Dengan ini saya akui syarat-syarat berikut : -
i. Bertanggungjawab terhadap keselamatan makmal yang dipohon/digunakan.
ii. Memastikan kebersihan makmal terjamin dan mematuhi segala peraturan makmal yang telah ditetapkan.
iii. Melaporkan secara bertulis kerosakan/kehilangan peralatan kepada Penolong Pendaftar/ Penolong Pegawai Sains dengan
segera.
Tandatangan Pemohon : _______________________________ Tarikh :
D. SOKONGAN
Sokongan Penyelia / Pensyarah
Tandatangan dan Cap
Tarikh : _____________________
E. KELULUSAN Lulus
Tidak Lulus
Pegawai Latihan Vokasional
Tandatangan dan Cap
Tarikh :
(Borang ini hendaklah diisi dalam SATU (1) salinan dan dikemukakan tiga (3) hari sebelum tarikh penggunaan)
UMT/FTKKI/MAKMAL SAINS MATEMATIK /B02
UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU
FAKULTI TEKNOLOGI KEJURUTERAAN KELAUTAN DAN INFORMATIK
PERMOHONAN PINJAMAN PERALATAN MAKMAL
F. MAKLUMAT PEMOHON
NAMA : NO. MATRIK : ____________________________
TAHUN : ____________________________
PROGRAM : NO. H/P : ____________________________
FAKULTI / JABATAN :
G. MAKLUMAT PERMOHONAN
PERALATAN YANG INGIN DIPINJAM :
BIL. PERALATAN KUANTITI NO. ID
1.
2.
3.
4.
5.
Tarikh diperlukan : hingga : ____________________________________
Masa diperlukan : hingga : ____________________________________
Lokasi : __________________________________________________________________
Tujuan : _____________________________________________
H. PERAKUAN
Dengan ini saya akui akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan dan kehilangan yang berlaku terhadap
peralatan tersebut.
Tandatangan Pemohon : _______________________________ Tarikh : ___________________________
I. SOKONGAN J. KELULUSAN
Sokongan Penyelia / Pensyarah Pegawai Latihan Vokasional
Tandatangan dan Cap Tandatangan dan Cap
Tarikh : _____________________ Tarikh :
Disokong Tidak Disokong Diluluskan Tidak Diluluskan
K. PENGELUARAN Tarikh: L. PENGHANTARAN Tarikh:
DISERAHKAN OLEH PENYERAHAN OLEH
Nama: Nama:
Tandatangan Tandatangan
DITERIMA OLEH DITERIMA DAN DISEMAK OLEH
Nama: Nama:
Tandatangan Tarikh: Tandatangan Tarikh:
(Borang ini hendaklah diisi dalam SATU (1) salinan dan dikemukakan tiga (3) hari sebelum penggunaanya)
UMT/FTKKI/MAKMAL SAINS MATEMATIK /B03
UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU
FAKULTI TEKNOLOGI KEJURUTERAAN KELAUTAN DAN INFORMATIK
PERMOHONAN PEMASANGAN PERISIAN MAKMAL
A. MAKLUMAT PEMOHON
NAMA : NO. MATRIK : ____________________________
PUSAT PENGAJIAN : PROGRAM : ____________________________
NO. H/P : E-MEL : ____________________________
B. MAKLUMAT PERMOHONAN
NAMA PERISIAN DIPERLUKAN : ___________________________________________________________________________
JENAMA / MODEL KOMPUTER : ___________________________________________________________________________
HAKMILIK KOMPUTERNO. H/P : ___________________________________________________________________________
C. PERAKUAN
Dengan ini saya akui syarat-syarat berikut : -
i. Penggunaan perisian ini adalah untuk aktiviti akademik dan pembangunan kendiri sahaja.
ii. Penggunaan perisian ini untuk tujuan komersial dan pihak ketiga iaitu orang lain daripada saya sendiri adalah
ditegah sama sekali.
iii. Penggunaan perisian ini adalah sehingga saya menamatkan pengajian di UMT.
iv. Pengurusan Makmal Pengajaran dan Pembelajaran, Sains Matematik, FTKKI tidak akan bertanggungjawab atas
kehilangan komputer riba, kerosakan perkakasan, sistem operasi, aksesori dan data semasa pemasangan
perisian.
Tandatangan Pemohon : _______________________________ Tarikh : ___________________________
D. SOKONGAN
Saya mengesahan pelajar di atas adalah pelajar saya dan beliau memerlukan perisian berkenaan untuk pembelajaran / PITA.
Sokongan Penyelia / Pensyarah
Disokong
Tandatangan dan Cap Tidak Disokong
Tarikh : _____________________
E. KELULUSAN Lulus
Tidak Lulus
Pegawai Latihan Vokasional
Tandatangan dan Cap
Tarikh :
F. PEMASANGAN
Nama Pegawai Memasang : ____________________________ Pegawai Makmal Tindakan
SAFA
Tarikh Pemasangan : ____________________________ En. Wan Azri Kamel
012-9502446 CERMAT
Status Pemasangan : ____________________________ Pn. Wamalia bt. Abdullah
013-9790409 CERMAT
En. Fairuz b. Ibrahim
013-2936489
(Borang ini hendaklah diisi dalam SATU (1) salinan dan dikemukakan tiga (3) hari sebelum pemasangan)
UMT/FTKKI/MAKMAL SAINS MATEMATIK/B04
UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU
FAKULTI TEKNOLOGI KEJURUTERAAN KELAUTAN DAN INFORMATIK
PERMOHONAN MENGGUNAKAN MAKMAL PENYELIDIKAN SISWAZAH
A. MAKLUMAT PEMOHONAN
NAMA : NO. MATRIK : _________________________
TAHUN : _________________________
PROGRAM : NO. H/P : ________________________
FAKULTI / JABATAN :
TARIKH PENGGUNAAN : ______________________________________
B. PERAKUAN
Dengan ini saya akui syarat-syarat berikut : -
i.Bertanggungjawab terhadap keselamatan makmal yang dipohon/digunakan.
ii.Memastikan kebersihan makmal terjamin dan mematuhi segala peraturan makmal yang telah ditetapkan.
iii.Melaporkan secara bertulis kerosakan/kehilangan peralatan kepada Penolong Pegawai Sains dengan segera.
iv.Memahami Polisi dan Garis Panduan Penggunaan Makmal Penyelidikan Siswazah
Tandatangan Pemohon : _______________________________ Tarikh :
C. SOKONGAN
Sokongan Penyelia
Tandatangan dan Cap Lulus / No. Meja :_________
Tarikh : _____________________ Tidak Lulus
D. KELULUSAN
Pegawai Latihan Vokasional
Tandatangan dan Cap
Tarikh :
(Borang ini hendaklah diisi dalam dua (2) salinan dan tertakluk kepada kekosongan Makmal Penyelidikan Siswazah)
UMT/FTKKI/MAKMAL SAINS MATEMATIK/B05
UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU
FAKULTI TEKNOLOGI KEJURUTERAAN KELAUTAN DAN INFORMATIK
PERMOHONAN MELAKSANAKAN ARAHAN PENGATURCARAAN PERISIAN
A. MAKLUMAT PEMOHON
NAMA : NO. MATRIK : ____________________________
PROGRAM : ____________________________
FAKULTI / JABATAN : E-MEL : ____________________________
NO. H/P :
B. MAKLUMAT PERMOHONAN
NAMA PERISIAN DIPERLUKAN : ___________________________________________________________________________
JANGKAMASA PENGGUNAAN : ___________________________________________________________________________
C. PERAKUAN
Dengan ini saya akui syarat-syarat berikut : -
i.Melaksanakan arahan pengaturcaraan perisian mengikut jangka masa yang di pohon.
ii.Bahagian Pengurusan Makmal Sains Matematik , FTKKI tidak bertanggunjawab diatas sebarang bentuk gangguan
teknikal semasa pengaturcaraan perisian dilaksanakan.
Tandatangan Pemohon : _______________________________ Tarikh : ___________________________
D. SOKONGAN
Saya mengesahan pelajar di atas adalah pelajar saya dan beliau memerlukan perkhidmatan berkenaan untuk pembelajaran /
PITA / Penyelidikan.
Sokongan Penyelia / Pensyarah
Disokong
Tandatangan dan Cap Tidak Disokong
Tarikh : _____________________
E. KELULUSAN Lulus
Tidak Lulus
Pegawai Latihan Vokasional
Tandatangan dan Cap
Tarikh :
(Borang ini hendaklah diisi dalam satu (1) salinan)
UMT/FTKKI/MAKMAL SAINS MATEMATIK /B06
UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU
FAKULTI TEKNOLOGI KEJURUTERAAN KELAUTAN DAN INFORMATIK
PERMOHONAN PENGUNAAN MAKMAL SAINS MATEMATIK- SEWAAN
M. MAKLUMAT PEMOHON
NAMA : NO. TELEFON : _________________________
ORGANISASI :
ALAMAT : E-MEL : _________________________
____________________________________________
N. MAKLUMAT PENGGUNAAN
NAMA PROGRAM : ___________________________________________
TARIKH MULA
MASA MULA : TARIKH TAMAT : ________________________
: _________________________________________ MASA TAMAT : ________________________
KAPASITI 50 UNIT KOMPUTER PESERTA:
40 UNIT KOMPUTER
25 UNIT KOMPUTER
O. PERAKUAN
Dengan ini saya ................................................... No. Kad Pengenalan........................................akui syarat-syarat
berikut : -
i.Mematuhi Terma dan Syarat Sewaan seperti di Lampiran 1.
ii.Tidak menjalankankan aktiviti/program yang diklasifikasikan sebagai melanggar undang-undang Kerajaan Malaysia serta
arahan-arahan yang telah ditetapkan Oleh UMT.
Tandatangan Pemohon : _______________________________ Tarikh :
(Cap Organisasi)
P. MAKLUMAT PEMBAYARAN
PEMBAYARAN BOLEH DI BUAT DIATAS NAMA BENDAHARI UMT MENERUSI :
PESANAN BELIAN / WANG POS
TUNAI DIBAYAR DI KAUNTER PEJABAT BENDAHARI UMT Lulus / (Makmal : SAFA/CERMAT)
Pegawai Bertugas :________________
Q. KEGUNAAN PEJABAT UMT
Tidak Lulus
KETUA BAHAGIAN PENGURUSAN MAKMAL
Tandatangan dan Cap
Tarikh :
(Borang ini hendaklah diisi dalam dua (2) salinan dan dikemukakan tiga (3) hari sebelum penggunaanya)