MAJLIS PERMUAFAKATAN IBU BAPA DAN GURU PERBINCANGAN RPI 2024/2025 31 Mac 2024 / Ahad 8.30 pagi Dewan Seri Bendahara, SMK Raja Muda Dewan Seri Bendahara, SMK Raja Muda “GRAB OUR DREAMS” sesi
TENTATIF PROGRAM TARIKH HARI MASA TEMPAT : 31 MAC 2024 : AHAD : 8.30 PAGI : DEWAN SERI BENDAHARA, SMK RAJA MUDA 8.30 pagi 9.00 pagi Pendaftaran Bacaan doa Ucapan Penolong Kanan Pendidikan Khas (Cikgu Hj Azmi bin Ab Rahim@Ibrahim) Ucapan Pengerusi Majlis Permuafakatan Ibu bapa dan Guru (En Hairul Akmal bin Md Ishak) Ucapan Pengetua SMK Raja Muda (Cikgu Saihuddin bin Salman) Taklimat Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah (PASM) Persembahan multimedia Mesyuarat Majlis Permuafakatan Ibu bapa dan guru Perbincangan Rancangan Pendidikan Individu (RPI) Bersurai
JAWATANKUASA PELAKSANA PENASIHAT : CIKGU SAIHUDDIN BIN SALMAN PENGERUSI : CIKGU HJ AZMI BIN AB RAHIM@IBRAHIM SETIAUSAHA : CIKGU NORDIANA BINTI ISHAK BENDAHARI : CIKGU GAN LIK LING PENGACARA MAJLIS Cikgu Norhayunie binti Mohmad Jan PENDAFTARAN Cikgu Nurul Zakiah binti Osman PERSIAPAN TEMPAT DAN PA SISTEM Cikgu Muhammad Syarif bin Mohd Zin Pn Siti Nurul Ain binti Mohd Sarji BACAAN DOA (wakil murid) Cikgu Nurakmal binti Mohd Razali PERSEMBAHAN MULTIMEDIA Cikgu Nooraziela binti Mohd Yusof BUKU PROGRAM DAN BACKDROP Cikgu Nordiana binti Ishak KAWALAN MURID Cikgu Gan Lik Ling Pn Rozi binti Abdullah FOTOGRAFI DAN DOKUMENTASI Cikgu Nurul Fatin binti Rameli Pn Nor Fadzilah binti Ahman
AGENDA MESYUARAT MAJLIS PERMUAFAKATAN IBU BAPA DAN GURU PPKI SMK RAJA MUDA 2. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat sesi 2023/2024. 1. Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis Permuafakatan Ibu bapa dan Guru. 3. Perkara-perkara berbangkit. 4. Membahas dan menerima usul. 5. Hal-hal lain. 6. Ucapan penangguhan.
MINIT MESYUARAT MAJLIS PERMUAFAKATAN IBU BAPA DAN GURU PPKI SMK RAJA MUDA SESI 2023/2024 TARIKH HARI MASA TEMPAT KEHADIRAN : 16 APRIL 2023 : AHAD : 8.30 PAGI : DEWAN SRI JULANG, SMK RAJA MUDA : Jumlah kehadiran ibu bapa/penjaga mengikut kelas 1. PKCW - 4 orang 2. PKCL - 5 orang 3. PKCD - 6 orang 4. PKCK - 4 orang 5. PKCR - 6 orang Jumlah - 25 / 40 orang : Guru dan PPM - 12/12 orang Agenda: 1.Ucapan aluan Pengerusi Majlis Permuafakatan Ibu bapa dan guru. 2.Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat sesi 2023/2024. 3.Perkara-perkara berbangkit. 4.Membahas dan menerima usul. 5.Hal-hal lain. 6.Ucapan penangguhan.
Agenda 1 Ucapan aluan Pengerusi Majlis Permuafakatan Ibu bapa dan Guru En Hairul Akmal bin Md Ishak 1.1 Beliau mengucapkan selamat datang dan terima kasih diatas kehadiran ibu bapa penjaga ke Mesyuarat Majlis Permuafakatan Ibu bapa dan Guru sesi 2024/2025. Agenda 2 Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat sesi 2023/2024 2.1 Setiausaha membentangkan Minit Mesyuarat Majlis Permuafakatan Ibu bapa dan guru untuk diterima dan seterusnya disahkan. 2.2 Mencadangkan dan mengesahkan Minit Mesyuarat Majlis Permuafakatan Ibu bapa dan Guru . Disahkan : Puan Siti Hawa Disokong : Puan Norwati binti Senin Agenda 3 Perkara-perkara berbangkit Tiada perkara berbangkit Agenda 4 Membahas dan menerima usul Tiada Agenda 5 Hal-hal lain 5.1 Pengerusi mencadangkan untuk mengadakan program marhaban dan sambutan hari raya disekolah. Kunjungan rumah ke rumah murid agak sukar untuk diadakan memandangkan jumlah murid yang ramai iaitu seramai 40 orang.
5.2 Ibu bapa bersetuju mengadakan sambutan hari raya dan marhaban disekolah dengan sumbangan RM20 setiap keluarga. Bayaran ini bagi menampung perbelanjaan jamuan makan. Cadangan tarikh progam pada 7 Mei 2023 (Ahad) / 16 Syawal dan menu utama adalah ketupat. 5.3 Terdapat juga cadangan ibu bapa untuk mengadakan marhaban rumah ke rumah. Kunjungan terbuka untuk ibu bapa yang hendak menerima kunjungan sahaja. 5.4 GPK Pendidikan Khas telah memaklumkan elaun murid khas seramai 43 orang telah dimohon dan dihantar ke jabatan tetapi belum ada makluman tarikh sebenar elaun akan diperolehi. Mulai sesi 2023/2024 murid pendidikan khas kategori ME(mental) tidak mendapat elaun di bawah KPM kerana kategori ini tidak diiktiraf sebagai oku oleh KPM. 5.5 Penerangan program sepanjang tahun yang melibatkan bayaran. Persetujuan daripada ibu bapa telah diminta tentang cadangan bayaran bagi aktiviti dan program yang akan dijalankan. a) Lawatan sambil belajar (cadangan Pulau Pinang) - RM300 b) Perkhemahan pengakap - RM150 c) Jamuan akhir tahun - RM50 Bayaran boleh dijelaskan secara berperingkat oleh ibu bapa menggunakan elaun murid. Ibu bapa telah bersetuju sebulat suara dengan cadangan bayaran tersebut. 5.6 Semua murid Islam pendidikan khas akan mendapat bantuan pakaian raya daripada JAKEL. Murid lelaki akan mendapat sepasang lengkap baju melayu dan murid perempuan sehelai kain pasang. Agenda 6 Ucapan penangguhan Pengerusi mengucapkan terima kasih diatas kerjasama semua ibu bapa dan guru dan berharap program yang dirancang dapat dilaksanakan dan berjalan dengan lancar. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.10 pagi
Disediakan oleh, Cikgu Nordiana binti Ishak Setiausaha Majlis Permuafakatan Ibu bapa dan Guru PPKI SMK Raja Muda