The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ali.yusof, 2021-04-05 05:02:45

Surat Sumbangan Muafakat MRSM TMFS 2021

Surat Sumbangan Muafakat MRSM TMFS 2021

BADAN PEMUAFAKATAN PENDIDIKAN MARA (MUAFAKAT)

MAKTAB RENDAH SAINS MARA TUN MOHAMMAD FUAD STEPHEN

EDUCATION HUB, BATU 10, JALAN SUNGAI BATANG 90000 SANDAKAN, SABAH
NO. TELEFON : 089-225609 / NO. HP : 010-2278907

Rujukan Kami:MUAFAKATTMFS/04/21 (1)
Rujukan Tuan:
Tarikh: 2 April 2021

Ibu/Bapa/Penjaga Pelajar MRSM Tun Mohammad Fuad Stephens Sandakan

SUMBANGAN TABUNG KECEMERLANGAN MUAFAKAT (PROGRAM GEMILANG BESTARI PELAJAR TAHUN 2021)
& SUMBANGAN PENYELENGGARAAN PENAPIS AIR DI MRSM TUN MOHAMMAD FUAD STEPHENS
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa MRSM Tun Mohammad Fuad Stephens Sandakan akan menjalankan program-
program kecemerlangan akademik sepanjang tahun 2021. Program ini bertujuan untuk melonjakkan lagi pencapaian
akademik anak-anak MRSM Tun Mohammad Fuad Stephens ke aras yang lebih tinggi pada tahun ini. Antara program yang
telah dirancang adalah Bengkel menjawab SPM dan PT3, Program Intervensi, Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar dan
lain-lain lagi yang akan dilaksanakan bermula dari bulan April hingga November 2021.
3. Selain daripada itu, kemudahan fasiliti penapis air kepada anak-anak kita ini memerlukan penyelenggaraan
bulanan agar perkhidmatan servis tidak terganggu. Ianya perlu bagi memastikan pelajar menikmati air yang bersih.
4. Oleh yang demikian, berdasarkan Mesyuarat Badan Muafakat Cawangan MRSM Tun Mohammad Fuad Stephens
bil 1/2021, ahli mesyuarat telah bersetuju untuk meluluskan kutipan Sumbangan Tabung Kecemerlangan Muafakat dan
Sumbangan Penyelenggaraan Penapis Air seperti yang dinyatakan dalam Lampiran 1.
5. Pembayaran sumbangan boleh dibuat bermula pada bulan April 2021 secara tunai terus kepada bendahari
Muafakat atau secara dalam talian di akaun bank berikut:

Nama Akaun : Badan Permuafakatan Pendidikan MARA Muafakat MRSM Sandakan
Nombor Akaun : 1004 3010 0136 82
Nama Bank : Bank Islam
6. Sesungguhnya permuafakatan antara ibubapa dan pihak pengurusan sekolah amatlah diharapkan. Segala
Kerjasama dan keprihatinan tuan/puan dalam membantu pihak maktab untuk kelancaran pendidikan anak-anak amatlah
dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT”

RAHEMATIYA BINTI LAGAMA
Yang Dipertua Muafakat
MRSM Tun Mohammad Fuad Stephens Sandakan
Sesi 2019 - 2021

LAMPIRAN 1

SUMBANGAN KECEMERLANGAN AKADEMIK

SUMBANGAN PENYELENGGARAAN PENAPIS AIR

SUMBANGAN TINGKATAN 1 TINGKATAN 2 TNGKATAN 3 TINGKATAN 4 TINGKATAN 5
PENYELENGGARAAN RM24 RM24 RM24 RM24 RM24
PENAPIS AIR
COWAY/CUCKOO ( RM3 x 8 bulan) ( RM3 x 8 bulan) ( RM3 x 8 bulan) ( RM3 x 8 bulan) ( RM3 x 8 bulan)
(PER/ PELAJAR)

Nota: Sumbangan Program Kecemerlang dibenarkan dibuat secara ansuran sebanyak 3 kali bayaran.
1. Sumbangan penyelenggaraan penapis air boleh di buat secara bulanan atau bayaran penuh melalui Guru
2. Homeroom.

3. Pembayaran melalui mesin ATM atau perpindahan dalam talian pembayaran boleh dibuat ke akaun Muafakat
dan perlu menghantar salinan resit menerusi Whatsapp kepada Guru Homeroom pelajar atau Bendahari
Muafakat.


Click to View FlipBook Version