LAPORSepanjang tahun 2021, sebanyak 93 liputan berita program jabatan disiarkanN 2021
di media cetak serta di portal berita dan sebanyak 426
liputan berita secara keseluruhan dilaksanakan.
BMKK turut menyelaras liputan daripada agensi media elektronik
untuk mempromosikan aktiviti-aktiviti JaPen Sabah.
AN TAHUNA
47
LAPORBahagian PENERBITANN 2021
DASAR NEGARA (bPDN)
AN TAHUNA
48
LAPOR BAHAGIAN PENERBITAN DASAR NEGARAN 2021
Bahagian Penerbitan Dasar Negara (BPDN) disokong oleh dua cawangan iaitu Cawangan
Penerbitan dan Cawangan Pengurusan Maklumat.
Bahagian ini bertanggungjawab untuk menghasil, menerbit dan mengedarkan bahan-bahan
penerbitan yang berwibawa mengenai falsafah dan dasar-dasar negara yang bertujuan
memberi kefahaman dan kesedaran kepada masyarakat selaras dengan matlamat kerajaan
dan jabatan amnya.
Bahan-bahan penerbitan diterbitkan secara bercetak dengan menggunakan bahasa
Malaysia dan juga bahasa tempatan iaitu Kadazandusun. Pada tahun ini, BPDN mula
menghasilkan bahan-bahan penerbitan digital yang diedarkan kepada masyarakat
menggunakan aplikasi Whatsapp (WA) melalui WA group dan di siaran Youtube sendiri.
Penerbitan ini terpaksa dihentikan bagi mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) disebabkan pandemik COVID-19.
Walaupun masyarakat telah mula beralih kepada media sosial, masih ramai lagi yang selesa
untuk mendapatkan maklumat melalui bahan bercetak terutamanya kepada warga emas.
Walau bagaimanapun, disebabkan kekangan kewangan, bahagian ini tidak dapat mencetak
buku-buku penerbitan berkala dan tidak berkala serta poster isu-isu semasa.
Bagi membantu kerajaan dalam meningkatkan pemahaman dan kesedaran rakyat tempatan
mengenai Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), BPDN telah diarahkan untuk
membantu Jawatankuasa PICK Negeri Sabah menghasilkan dua buah risalah vaksinasi
bertemakan budaya tempatan.
Selain menghasilkan bahan penerbitan, BPDN turut mengedarkan bahan-bahan penerbitan
daripada BPDN ibu pejabat dan potret rasmi Yang Dipertuan Agong dan Raja Permaisuri
Agong, Tuan Yang Terutama dan Toh Puan Negeri Sabah, Perdana Menteri dan Ketua
Menteri Sabah.
AN TAHUNA
49
LAPOR Sepanjang 2021, sebanyak 20 tajuk penerbitan telah diterima danN 2021
diagihkan kepada orang ramai.
BPDN telah menyertai lima buah aktiviti Pameran dan Edaran Bahan Penerbitan
seperti berikut:
21 Mac 2021
29 hingga 31 Mac 2021
30 Mac 2021
6 hingga 8 April 2021
10 hingga 12 April 2021
Edaran bahan penerbitan yang diterima daripada ibu pejabat diagihkan kepada
Pejabat Penerangan Daerah sebanyak enam kali pada tarikh berikut:
29 hingga 31 Mac 2021
29 hingga 31 Mac 2021
1 April 2021
5 hingga 9 April 2021
28 hingga 29 Mei 2021
9 hingga 20 Ogos 2021
23 hingga 26 Ogos 2021
BPDN turut mengadakan naziran di setiap Pejabat Penerangan Daerah dan mengadakan Soal Selidik
dilapangan bagi memastikan bahan penerbitan yang dihasilkan adalah relevan dalam kalangan
masyarakat. Berikut adalah jadual Naziran dan Soal Selidik trrsebut:
4 hingga 12 Oktober 2021
13 hingga 20 Oktober 2021
11 hingga 15 Oktober 2021
AN TAHUNA
50
LAPORAntara pameran dan edaran bahan penerbitanN 2021
yang dilaksanakan oleh BPDN sepanjang tahun 2021
AN TAHUNA
51
LAPOR AN TAHUNAN 2021
52
LAPORBahagian KOMUNIKASIN 2021
VISUAL DAN SENIREKA (BKVS)
AN TAHUNA
53
LAPOR BAHAGIAN KOMUNIKASI VISUAL DAN SENIREKA (BKVS)N 2021
Bahagian Komunikasi Visual dan Senireka (BKVS) menyediakan perkhidmatan sokongan
kepada program-program Jabatan Penerangan Malaysia, Sabah dalam bidang komunikasi
visual khususnya pameran, reka bentuk grafik, pusat sumber dan fotografi, bahan–bahan
penerbitan, kegunaan media sosial dan laman sesawang dan juga menyimpan koleksi foto-
foto liputan aktiviti jabatan.
Bahagian ini juga bertanggungjawab membantu memperkemaskan pentadbiran jabatan
dalam reka bentuk visual seperti carta organisasi, kulit laporan, bahan-bahan publisiti dan
kempen-kempen kerajaan serta penerbitan jabatan.
BKVS terdiri daripada empat cawangan iaitu Cawangan Komunikasi Visual, Cawangan
Senireka, Cawangan Pusat Sumber dan Fotografi dan Cawangan Jurufoto.
INDEKS PRESTASI UTAMA (KPI) BKVS 2021
AN TAHUNA
54
LAPOR KPI CAWANGANN 2021
PUSAT SUMBER DAN FOTOGRAFI
AN TAHUNA
55
LAPOR KPI CAWANGAN JURUFOTON 2021
PELAKSANAAN AKTIVITI/ PROGRAM SETIAP CAWANGAN
CAWANGAN KOMUNIKASI VISUAL
Cawangan Komunikasi Visual bertindak merancang, melaksana dan mengurus pameran
sama ada anjuran oleh jabatan, kementerian ataupun jemputan agensi luar. Pelaksanaan
seperti penyediaan pelan, lawatan tapak, konsep, storyboard, spesifikasi bahan, sebut
harga, dan reka bentuk grafik berkaitan pameran diuruskan oleh cawangan ini.
Selain itu, Cawangan Komunikasi Visual juga bertanggungjawab mengelolakan
pertandingan mewarna, mural dan grafiti, hiasanstudio dan pentas serta ditugaskan
membantu ibu pejabat menyelia tirai paparan di seluruh negeri Sabah dan lain-lain yang
berkaitan komunikasi visual.
Disebabkan kekangan pergerakan dalam menjalankan aktiviti oleh pandemik COVID-19,
hanya enam aktiviti pameran dan persiapan tirai latar yang dapat dilaksanakan seperti
berikut:
Dekorasi rakaman Akustika Pentarama sempen Tahun Baru Cina
Dekorasi rakaman Akustika Pentarama sempena Hari Raya Aidilfitri
Pameran (Siri 5) di LapanganTerbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) - Vaksinasi
Dekorasi rakaman Influencer sempena Sambutan Hari Kebangsaan
Dekorasi rakaman Akustika Pentarama Episod 4 dan 5
AN TAHUNA
56
LAPOR CAWANGAN SENIREKAN 2021
Cawangan Senireka telah berjaya menghasilkan sebanyak 4,901 hasil pelbagai jenis kerja
grafik untuk kegunaan bahan-bahan promosi JaPen Sabah seperti paparan, tirai latar, logo,
risalah, buku atur acara, gegantung, sepanduk, majalah/buletin, cek replika, sijil dan
sebagainya dalam bentuk medium yang bersesuaian bagi memenuhi keperluan program
yang dilaksanakan sepanjang tahun ini.
Peningkatan jumlah bahan reka bentuk selain infografik dari tahun 2020 adalah disebabkan
oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan bagi menangani wabak
COVID-19. Jumlah reka bentuk infografik yang dihasilkan meningkat 930.8 peratus dari 500
reka bentuk yang disasarkan.
Bahan-bahan infografik yang dihasilkan ternyata membantu mempromosi dasar-dasar
kerajaan kepada pengguna dalam tempoh PKP dan mendapat maklum balas positif dari
pengguna ini dapat dilihat dengan adanya penambahan bilangan pengikut di media sosial
Jabatan Penerangan Negeri Sabah selama PKP dilaksanakan.
Terdapat beberapa program terpaksa dibatalkan dan ada juga yang dilaksanakan secara
maya antaranya Program Mural dan Pertandingan Grafiti di bawah Cawangan Komunikasi
Visual dan Cawangan Senireka tidak dapat dilaksanakan akibat penularan wabak COVID-19
di negeri Sabah.
Selain itu, bermula 18 Oktober 2020 BKVS telah diminta untuk membantu Jawatankuasa
Bencana Covid-19 Negeri Sabah untuk menyediakan infografik berkaitan agar selaras dan
seragam untuk penerbitan terutama di media sosial.
Tugasan ini masih diteruskan sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan oleh
Jawatankuasa Bencana COVID-19 Negeri Sabah kelak.
AN TAHUNA
57
LAPORBerikut merupakan jumlah Bahan Reka Bentuk GrafikN 2021
yang dihasilkan sepanjang tahun 2021
AN TAHUNA
58
LAPOR CAWANGAN PUSAT SUMBER DAN PERPUSTAKAAN FOTON 2021
Cawangan Pusat Sumber dan Perpustakaan Foto berfungsi sebagai unit sokongan yang
bertanggungjawab untuk menyimpan dan mengkatalog gambar yang diperolehi daripada
jurufoto.
Ia merupakan salah satu cara memelihara gambar sebagai khazanah sejarah yang mana ia
disimpan secara sistematik bagi memastikan khazanah ini terus terpelihara agar ia dapat
dirujuk dan diakses oleh generasi pada masa akan datang.
Gambar-gambar koleksi JaPen Sabah ini tidak terhad kepada penggunaan jabatan semata-
mata sebaliknya telah memanfaatkan jabatan lain dan juga pihak swasta.
Sepanjang tahun ini, Perpustakaan Foto JaPen Sabah telah membekalkan gambar untuk
kegunaan Sambutan Hari Malaysia, Sambutan Hari Kebangsaan, Sambutan Hari Jadi Rasmi
Tuan Yang Terutama Negeri Sabah yang ke-68, pameran maya dan Program 100 hari Aspirasi
Malaysia Muzium Sabah, arkib peristiwa bersejarah sekitar Sabah (Unit Kreatif FINAS
Cawangan Sabah), pameran Galeri Muzium Mahkamah Kota Kinabalu, DBKK, UMS, KKM,
RELA, Associated Chinese Chambers of Commerce and Industry of Malaysia (ACCCIM),
Pejabat SUP Sabah, Daily Express dan lain-lain.
Berikut adalah aktiviti Cawangan Pusat Sumber dan
Fotografi sepanjang tahun 2021:
Pusat Sumber
1.a Pinjaman Berkelompok dari Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Penampang pada
26 Mac 2021.
- Bagi mengatasi masalah kekurangan bahan bacaan, Pusat Sumber telah membuat
pinjaman buku secara berkelompok daripada Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan
Penampang. Program ini bukan sahaja dapat menyelesaikan masalah bahan bacaan
malah turut memberi pengguna kepelbagaian pilihan tajuk dan genre buku tanpa sebarang
kos tambahan.
1.b: Perkhidmatan Troli Buku pada 7 April 2021
Perkhidmatan Troli Buku telah dirancang untuk dilaksanakan sebanyak tiga kali pada tahun
2021. Walau bagaimanapun, pandemik Covid-19 menyebabkan program ini tidak dapat
dilaksanakan sepenuhnya mengikut jadual.
Perpustakaan Foto
Secara amnya, terdapat sedikit penurunan dalam penggunaan Perkhidmatan
Perpustakaan Foto pada tahun 2021. Ini kerana, negara masih berada dalam fasa
pandemik COVID-19 sehingga menyebabkan pengisytiharan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP).
AN TAHUNA
59
LAPORLaporan Keseluruhan AktivitiN 2021
Cawangan Pusat Sumber
AN TAHUNA
603
LAPOR CAWANGAN JURUFOTOGRAFIN 2021
Cawangan Jurufotografi merupakan unit sokongan yang bertanggungjawab untuk
membuat liputan gambar pelbagai peristiwa yang berlaku di seluruh negeri Sabah.
Peristiwa-peristiwa ini tidak terhad kepada program anjuran Jabatan Penerangan
Sabah sahaja, ini kerana, unit ini turut menerima jemputan dan permintaan daripada
jabatan kerajaan lain untuk menggunakan khidmat jurufoto JaPen Sabah bagi
memenuhi keperluan rakaman gambar sepanjang program.
Antaranya adalah permohonan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia untuk
merakam momen sejarah lawatan kerja Menteri Kesihatan Malaysia, YB Khairy
Jamaluddin, ke Semporna pada 7 September 2021.
Antara liputan lain yang dilaksanakan oleh cawangan ini bagi sepanjang tahun 2021
termasuklah Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, Program Outreach CITF di
seluruh Sabah, Kempen Derma Darah dan lain-lain.
AN TAHUNA
61
LAPORSenireka GrafikN 2021
AN TAHUNA
62
LAPORAntara paparan LED dan backdropN 2021
yang dihasilkan sepanjang tahun 2021.
AN TAHUNA
63
Pusat Sumber dan Fotografi
Pinjaman buku berkelompok oleh Cawangan Pusat Sumber
(26 Mac 2021) di Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Penampang
Program Troli Buku 1 (7 April 2021)
Timbalan Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Kakitangan JaPen Sabah
Sabah, Encik Harun Maddasa (dua dari kanan) menunjukkan buku-buku yang dipinjam.
sedang memilih buku semasa Program Troli Buku.
Mantan Ketua Penolong Pengarah Beberapa orang kakitangan JaPen Sabah
Khidmat dan Pengurusan Kewangan, sedang memilih buku
Patrick Laing Ngau (kanan) sedang mengisi
buku pinjaman.
LAPOR AN TAHUNAN 2021
64
LAPOR Cawangan FotografiN 2021
Antara Koleksi Gambar Cawangan Fotografi
Tun Juhar (enam dari kiri) bersama Toh Puan Norlidah (enam dari kanan)
merakamkan gambar kenangan bersama di hadapan Menara Kinabalu.
AN TAHUNA
65
LAPORSambutan Hari Malaysia 2021 pada 16 September 2021N 2021
di Sabah International Convention Centre (SICC)
Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Suasana sekitar sambutan Hari Malaysia 2021
di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah.
AN TAHUNA
66
LAPORProgram CITF di Kota MaruduN 2021
AN TAHUNA
67
LAPORANTARA KOLEKSI BILLBOARD DAN BUNTINGN 2021
AN TAHUNA
68
LAPORBahagian MEDIA SIBER (BMS)N 2021
AN TAHUNA
69
LAPOR BAHAGIAN MEDIA SIBER (BMS)N 2021
BMS ditubuhkan bagi membantu mempromosi program-program jabatan dan
dasar-dasar baharu kerajaan agar rakyat memahami, menyokong dan
menghayatinya.
Pada masa kini, Bahagian Media Siber JaPen Sabah menjadi sumber rasmi dan
penghubung penting di antara pihak kerajaan dan rakyat bagi mendapatkan
maklumat, menyalurkan maklumat sahih, tepat dan pantas kepada masyarakat.
BMS turut menyediakan siaran langsung program dan aktiviti rasmi kerajaan
serta yang berkepentingan kepada rakyat.
PENCAPAIAN AKTIVITI / PROGRAM.
AN TAHUNA
70
LAPOR PELAKSANAAN PENERITAN RAKAMANN 2021
VIDEO/MCP/SCP PUBLISITI DASAR DAN
PROGRAM UTAMA KPI JABATAN
PEMANTAUAN PORTAL MALAYSIA AKTIF/INFOGRAFIK
MEDIA SOCIAL/VIDEO KANDUNGAN KREATIF
AN TAHUNA
71
LAPORPENYEDIAAN LAPORANN 2021
AN TAHUNA
72
LAPORUNIT KEURUSETIAANN 2021
AN TAHUNA
73
LAPOR UNIT KEURUSETIAANN 2021
Unit Keurusetiaan terlibat secara langsung sebagai urusetia dalam pelbagai mesyuarat
seperti mesyuarat Pengurusan Jabatan Penerangan Malaysia, Sabah; Mesyuarat
Pengurusan Utama Jabatan; Mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras Kementerian
Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (JKP KKMM); Mesyuarat Jawatankuasa Anti
Rasuah (JAR) dan mesyuarat-mesyuarat ad-hoc.
Seiring dengan sikap profesionalisme, khidmat keurusetiaan memerlukan komitmen yang
tinggi anggotanya dalam memastikan setiap program atau acara yang dirancang dapat
dilaksanakan dengan jayanya.
Sehubungan itu, bahagian ini sentiasa berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan yang
berwibawa dan berintegriti antaranya memastikan setiap minit dan keputusan mesyuarat
dapat disiap dan diedarkan kepada anggota pengurusan dalam masa yang ditetapkan.
Antara tugas-tugas lain bahagian adalah mengurus perkara-perkara berikut:
Membantu dan melaksanakan lawatan rasmi/kerja tetamu kenamaan, YBM
Menteri/isteri, YBTM/isteri, KSU, Pengurusan Tertinggi KKMM dan Pengurusan
Tertinggi JaPen Malaysia ke Sabah.
Membantu dan melaksanakan maklum balas Mesyuarat Pengurusan Penerangan
JaPen Malaysia dan urus setia peringkat negeri bagi mesyuarat tersebut.
Membantu dan melaksanakan takwim tahunan JaPen Sabah.
Membantu dan merekod pengumpulan maklumat berkaitan JaPen Sabah apabila
dimohon oleh SUPS dan lain-lain Jabatan/Agensi Persekutuan/Negeri.
Membantu dan melaksanakan program Perhimpunan Bulanan Jabatan Penerangan
Malaysia, Sabah.
Membantu dan melaksanakan sebagai urus setia utama Anugerah Inovasi dan
Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) JaPen Sabah.
Membantu dan melaksanakan pendokumentasian pelbagai laporan dan jabatan
seperti berikut
Laporan Viraliti anggota BKPK untuk penghantaran ke Bahagian Media Siber (BMS)
JaPen Sabah;
Laporan Kuarantin dan Permohonan Pengecualian Kos Kuarantin bagi urusan rasmi
anggota JaPen Sabah;
Laporan Proklamasi Darurat.
Menyelia dan membantu menyediakan maklum balas dan mengurus penggunaan
Dewan dan Bilik Mesyuarat untuk JaPen Sabah termasuk jabatan/agensi lain.
Membantu dan melaksanakan sistem MyMesyuarat (MAMPU) secara dalam talian.
AN TAHUNA
74
LAPOR PERANCANGAN KEY PERFORMANCE INDEX (KPI) 2021N 2021
UNIT KEURUSETIAAN, JAPEN SABAH
HARI INOVASI DAN KECEMERLANGAN
JAPEN SABAH 2021
Selaras dengan saranan Surat Arahan Ketua Pengarah MAMPU bertarikh 29 Januari 2010
mengenai Panduan Peningkatan Budaya Inovasi Dalam Perkhidmatan Awam dan bagi
memastikan Pelan Tindakan Inovasi Jabatan Penerangan Malaysia Tahun 2021 tercapai,
sambutan Hari Inovasi dan Kecemerlangan Jabatan Penerangan Malaysia, Sabah telah
dilaksanakan pada 12 Oktober 2021 bertemakan “Warga Kreatif, Jabatan Inovatif”.
Pemilihan tema adalah bagi menyahut seruan Kerajaan untuk membudayakan kreativiti dan
inovasi dalam penyampaian perkhidmatan serta menggalakkan warga JaPen Sabah untuk
kekal kreatif dan berinovatif dalam perkhidmatan.
Pada tahun ini terdapat dua kategori utama yang telah dipertandingkan iaitu kategori Individu
dan Berkumpulan.
Berikut adalah senarai pemenang Hari Inovasi dan Kecemerlangan 2021 Jabatan
Penerangan Malaysia, Sabah:
AN TAHUNA
75
LAPOR KATEGORI INDIVIDUN 2021
1. ANUGERAH INISIATIF INOVASI INDIVIDU TERBAIK
2. ANUGERAH INFLUENCER MEDIA SOSIAL TERBAIK
3. ANUGERAH PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM TERBAIK
KATEGORI BERKUMPULAN
4. ANUGERAH WEBINAR KREATIF
5. ANUGERAH INISIATIF INOVASI BERKUMPULAN TERBAIK
AN TAHUNA
76
6. ANUGERAH IOW KREATIF
BIL NAMA PEMENANG KEPUTUSAN CATATAN
Pejabat Penerangan
01 I) Yaacob Bin Hamud Tempat Pertama Daerah Kota Marudu
II) Mahathir Bin Mohd Kamal Pejabat Penerangan
Daerah Papar
III) Manjin Bin Arak
Pejabat Penerangan
IV) Mohd Deri Bin Haji Nareh Daerah Kota Kinabalu
V) Zakariah Bin Haji Saibaka
02 I) Sam Mansibu Tempat Kedua
II) Sukarni Bt Asun
III) Mohd Shukri Ag Saruddin
IV) Mohammad Bin Abd Rahman
V) Abdul Rahman Bin Jimin
03 I) Hasmawati Karodda Tempat Ketiga
II) Chong Jakol@John
III) Chang Mui Fui
IV) Hisham Dzid
V) Fauzrina Bulka
VI) Ramzi Malek
VII) Lee Chuan Seng
7. ANUGERAH INOVASI PERKHIDMATAN
BIL NAMA PEMENANG KEPUTUSAN CATATAN
Tempat Pertama
01 I) Encik Said Kalihing Bahagian
II) Dearjoland Denis Sitampek Tempat Kedua Perkhidmatan Komunikasi
III) Mohd Firdaus Bin Ali Amat Dan Pembangunan
Masyarakat (PKPM)
02 I) Busmin Brahim
III) Mohd Najib Bin Juhanis Bahagian
II) Asmidar Binti Zainol Penerbitan Dasar Negara
(BPDN)
8. ANUGERAH KHAS PENGARAH
ANUGERAH KHAS KREATIVITI
NAMA PEMENANG
Encik Iainan Naim @ Jainal Naim
ANUGERAH KHAS OUTREACH COVID-19
NAMA PEMENANG
Pejabat Penerangan Daerah Tenom
LAPOR AN TAHUNAN 2021
77
Diterbitkan oleh;
Bahagian Penerbitan Dasar Negara
Jabatan Penerangan Malaysia, Sabah
Rekabentuk oleh:
Bahagian Komunikasi Visual & Senireka
Jabatan Penerangan Malaysia, Sabah