The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by abdullahnorhashimah, 2020-05-08 21:25:02

PENGKOORDINATAN GDM 2000 DAN RISIKO

KERTAS KERJA

Keywords: CPDG PNG

CADANGAN, PANDANGAN DAN #bUdAkDaTa
PENDAPAT

PANDANGAN DAN PENDAPAT:-

1. KOORDINAT PERLU DITETAPKAN.
- Koordinat titik kawalan CRM dan CCI serta perlu ditetapkan kerana sekiranya koordinat tersebut masih mengalami anjakan setiap kali

gempa berlaku, ianya melibatkan banyak risiko dan kesannya. Penggunaan kaedah yang digunapakai ketika ini, perlu dibuat
penambahbaikkan namun terdapat kelemahan seperti mana yang dinyatakan.

2. KOORDINAT PERLU DISERASIKAN DENGAN PERUBAHAN PERGERAKAN TANAH.
- Koordinat titik kawalan CRM dan CCI perlu diserasikan dengan keadaan perubahan pergerakan tanah akibat gempa. Koordinat titik kawalan

CRM dan CCI perlu dibuat penambahbaikan dari segi pemprosesan melibatkan “transpose coordinate” melibatkan data-data ukur yang
dikenalpasti bahawa anjakan adalah mengikut peraturan dan semakan secara rawak dilapangan ke atas titik kawalan CRM dan CCI yang
ditetapkan. Dengan ini, tanda sempadan yang di “fix” boleh di lakukan “transpose coordinate” tanpa perlu dibuka ikatan “fix” (anjal).

3. KAEDAH DINAMIK.
- Koordinat CRM dan CCI boleh menggunakan kaedah dinamik setiap negeri, namun penggunaan adalah seperti mana yang digunapakai

sebelum ini iaitu seperti mana penggunaan sistem koordinat Cassini Soldner (lama). Dan ianya akan bermasalah apabila melibatkan
pengukuran sempadan negeri, projek mega ukur kejuruteraan diantara negeri dan sempadan negara berkemungkinan menggunakan
koordinat Cassini Soldner GDM2000. Perubahan koordinat akan sentiasa berlaku setiap kali berlakunya gempa dan dengan ini
perlaksanaan kaedah dinamik perlu difikirkan secara mendalam sekiranya kaedah ini hendak digunapakai.

#bUdAkDaTa

BAB 6
PEMANTAPAN NDCDB

PEMANTAPAN NDCDB #bUdAkDaTa

Untuk pengetahuan warga JUPEM Pulau Pinang, bahawa untuk memantapkan Pangkalan Data Ukur Kadaster Digital Kebangsaan (NDCDB)
pada ketika ini, terdapat 2 elemen penting yang menjadi tajuk perbincangan utama iaitu:-

1. PENGGUNAAN KOORDINAT CRM DAN CCI
- Topik ini telah dikupas secara santai sebelum ini melibatkan perubahan pergerakan tanah berpunca daripada gempa.
- Pemantapan blok-blok Pulau Pinang dan negeri-negeri lain adalah berdasarkan kepada kepadatan titik kawalan CRM dan CCI bagi setiap

kawasan blok-blok mengikut garis panduan yang ditetapkan. Kepadatan titik kawalan CRM/CCI adalah merujuk kepada perancangan kerja-
kerja ukur melibatkan ukuran ke atas setiap lot-lot, ukuran bagi setiap blok-blok bersempadan dan ukuran ke atas setiap sempadan negeri
yang diikat kepada titik kawalan dan dilaras menurut prosedur piawaian yang digariskan. Ia juga berkait rapat dengan tatacara kerja dalam
bacaan GPS, cerapan dengan penggunaan alat total station dengan perubahan suhu dan perbezaan perubahan bentuk mukabumi.
- Ukuran untuk memperbanyakan CRM/CCI dan ikatan (tie-up) adalah satu kemestian yang perlu dijalankan oleh JUPEM negeri bagi
mempertingkatkan integriti Pangkalan Data Ukur Kadaster Digital Kebangsaan (NDCDB). Berdasarkan data-data yang diperolehi, didapati
cerapan titik kawalan CRM/CCI sememangnya dijalankan oleh pegawai kerjaluar (PKL) bagi setiap fail. Tetapi untuk pengukuran tanah oleh
Juruukur Tanah Berlesen (JTB), ukuran ikatan (tie-up) tidak dibuat/dijalankan ke atas titik kawalan CRM/CCI.
- Cerapan titik kawalan CRM/CCI perlu dilakukan berdasarkan kepada situasi dan kedudukan seperti berikut:-

a. Ukuran ke atas fail ukur berstatus lot RELATIF yang tidak mempunyai titik kawalan CRM terutama fail JTB.
b. Ukuran ke atas blok-blok yang tiada atau kurang titik kawalan CRM dan boleh menambahkan melalui titik kawalan CCI.
c. Ukuran ke atas sempadan antara blok atau jaringan antara blok untuk memantapkan data NDCDB.
d. Ukuran ke atas sempadan antara negeri atau jaringan antara negeri untuk memantapkan data NDCDB.
e. Ukuran ke atas sempadan lot-lot bersebelahan (common boundary) sekiranya terdapat blok-blok yang dibuat pecahan (split
block) tersebut melibatkankan lot-lot bersebelahan (common boundary).

PEMANTAPAN NDCDB #bUdAkDaTa

2. DATA-DATA UKUR YANG MENGALAMI KETIDAKTEPATAN DISEBABKAN MIGRASI DATA SETIAP VERSI NDCDB
(Negeri Pulau Pinang Telah Mengalami 5 Versi Data NDCDB)

- Ini adalah topik utama yang perlu dibuat penambahbaikan dari sudut pemerkasaan modul, teknik sistem penyemakan serta butiran
ketepatan data ukur yang dibekalkan oleh pihak-pihak yang terlibat.

- Perbezaan keluasan, bering, jarak serta koordinat berkait rapat dengan kaedah pengukuran yang digunakan pada masa kini yang
cenderong kepada kaedah Least Square Adjustment dengan penggunaan koordinat secara total.

- Data-data ukur yang diproses adalah melibatkan data pengukuran daripada setiap tujuan pengukuran di dalam ukur kadaster melibatkan
juga pengukuran strata (fail strata), pengukuran detail topografi (fail pelbagai) dan pengukuran penentuan sempadan melibatkan kes-kes
mahkamah.

- LOT-LOT RELATIF: Terdapat 3 (tiga) situasi yang terpaksa dijadikan lot tersebut sebagai RELATIF iaitu:-
1. Nilai NDCDB tidak sama dengan nilai Pelan Akui (PA). Ukuran dibuat berdasarkan kepada Pelan Akui (PA).
2. Anjakan koordinat melebihi 0.1m dan nilai ukuran dipadang adalah sama dengan PA dan NDCDB. Fail tersebut diikat (tie-up) dengan
titik kawalan CRM. Pelarasan blok dibuat kemudian disebabkan keperluan segera PA.
3. Berlakunya rollback transaction dimana lot berada di dalam status Pre-NDCDB. Sebelum dijalankan proses espek, pada masa yang
sama proses NUMM dijalankan. Apabila lot Pre-NDCDB dijalankan proses espek, berlakunya konflik koordinat dan ianya perlu ditukarkan
kepada status Relatif.

- PELARASAN BLOK: Terdapat 4 kategori data iaitu:-
1. Data ukur (NDCDB) elok/baik & blok berada dalam anjakan kecil (anjakan koordinat < 0.1m & 0.05m).
2. Data ukur (NDCDB) elok/baik & blok dalam anjakan besar (anjakan koordinat > 0.1m).
3. Data ukur (NDCDB) tidak elok/baik & blok dalam anjakan kecil (anjakan koordinat < 0.1m & 0.05m).
4. Data ukur (NDCDB) tidak elok/baik & blok dalam anjakan besar (anjakan koordinat > 0.1m).

PEMANTAPAN NDCDB #bUdAkDaTa
SEBAB-SEBAB KETIDAKTEPATAN DATA NDCDB

a. Titik Kawalan CCI Dilaksanakan Oleh Juruukur Tanah Berlesen (2008 & 2009)
- Pada peringkat awal projek e-Kadaster, sebanyak 25,000 titik kawalan CCI telah dilaksanakan oleh Juruukur Tanah Berlesen (JTB) di

seluruh Malaysia.
- Titik kawalan CCI ini adalah bertujuan untuk pelarasan koordinat iaitu proses perubahan koordinat daripada koordinat Cassini Soldner ke

Cassini Soldner GDM2000.
- Untuk negeri Pulau Pinang, titik kawalan CCI oleh JTB adalah rujukan utama untuk penentuan titik bagi lot-lot pengukuran melibatkan

anjakan koordinat diantara 9 meter sehingga 13 meter. Untuk itu, terdapat 5 versi data NDCDB dan setiap versi mempunyai titik penentuan
berbeza diantara satu sama lain. Ini adalah salah satu punca utama dalam perbezaan ketara data-data ukur dan perbandingan telah dibuat
merujuk kepada data ukur Pangkalan Data Ukur Kadaster (PDUK), Pelan Akui (PA), Jilid Kiraan (JK), Lembar Piawai, Buku Kerja Luar (FB)
dan rujukan-rujukan lain.
- Semakan padang telah dibuat bermula daripada tahun 2010 melalui fail ukur yang mempunyai titik kawalan CRM dan dibuat perbandingan
dengan titik kawalan CCI oleh JTB dan mendapati bahawa terdapat perbezaan ketara yang sangat besar melibatkan bacaan kedua-duanya.
Ini melibatkan keseluruhan bacaan titik kawalan CCI oleh JTB di negeri Pulau Pinang.

- Oleh itu, keputusan risiko telah dibuat oleh CPDG PP bahawa titik kawalan oleh JTB
tidak boleh langsung digunapakai sebagai rujukan untuk tujuan pelarasan data ukur.

- Terdapat 5 versi
• NDCDB Versi 1 (2009-2010): Rujukan Titik Kawalan CCI (JTB)
• NDCDB Versi 2 (2010): Rujukan Titik Kawalan CCI (JTB)
• NDCDB Versi 3 (2011): Rujukan Titik Kawalan CCI (JTB)
• NDCDB Versi 4 (2011- April 2012): Rujukan Titik Kawalan CCI (JTB)
• NDCDB Versi 5 (April 2012): Rujukan Titik Kawalan CCI/CRM (JUPEM)

PEMANTAPAN NDCDB #bUdAkDaTa

SEBAB-SEBAB KETIDAKTEPATAN DATA NDCDB

b. Pembukaan Toleran Melebihi 0.1 Meter
- Data-data ukur NDCDB mengalami 5 versi bagi negeri Pulau Pinang. Ini juga berkait rapat di dalam pemprosesan data ukur keseluruhannya

dan pada peringkat permulaannya terdapat 133 blok bagi negeri Pulau Pinang.
- Pembahagian blok-blok sebanyak 133 blok ini adalah bertujuan untuk pelarasan data ukur dimana untuk memproses keseluruhan data

tanpa dibuat pembahagian akan mengalami masalah besar dalam pemprosesan data ukur melibatkan aplikasi yang dibekalkan.
- Ketidaktepatan data NDCDB berpunca daripada pemprosesan data ukur yang melibatkan pembukaan toleran yang melebihi 0.1 meter.

Semakan setiap data-data ukur Pangkalan Data Ukur Kadaster (PDUK) perlu dibuat untuk pembersihan data tersebut (clearance error data).
Semasa proses inilah terdapat pembukaan toleran data ukur melebihi 0.1 meter dimana berkemungkinan besar sekiranya tidak dibuka
toleran melebihi 0.1 meter, blok tersebut akan dikatogarikan sebagai blok “upperbound”. Ini sangat menyukarkan di dalam proses semakan
kualiti lot bagi setiap fail ukur nanti di cawangan-cawangan lain. Sepatutnya ianya perlu dibersihkan data ukur (clearance error data) tersebut
dengan cermat dan teliti. Proses tersebut sememangnya mengambil masa yang lama melibatkan lot-lot iaitu bagi negeri Pulau Pinang
sebanyak 300000 lot. Sekiranya proses pembersihan data (clearance error data) dibuat dengan teliti dan pembukaan toleran kurang 0.1
meter, keputusan pemprosesan akan menjadi sangat baik iaitu di dalam status “level pass” dan “lowerbound”.
- Sekiranya proses tersebut dibuat pembukaan toleran melebihi 0.1 meter, akan terjadinya pertindihan tanda sempadan (snapping point)
mengikut pembukaan toleran yang dibuat. Inilah isu paling utama yang dihadapi ketika ini. Pembetulan data ukur, pembaikan data ukur,
penambahbaikan data ukur dan pelarasan data ukur perlu dibuat bagi setiap kes yang terlibat. Semakan teliti ke atas data ukur perlu dibuat
dan ini termasuk pengkelasan data ukur, pembersihan data bermasalah, pembaikan setiap pertindihan tanda sempadan dan pelarasan data
ukur. Pembukaan toleran melebihi 0.1 meter sebenarnya sangat bersalahan iaitu tidak mengikut spesifikasi yang sebenar.
- Kini blok-blok di Pulau Pinang berjumlah sebanyak 244 blok bermula tarikh 2 Oktober 2019 (Tender T1/2017).

PEMANTAPAN NDCDB #bUdAkDaTa

LAYER APLIKASI SERVER

1. LAYER NDCDB (Lot, Stn, Bdy) CSRS J2U_64X
2. LAYER PRE-NDCDB (Lot, Stn, Bdy) CSRS
3. LAYER PRE-NDCDB RELATIF (Lot, Stn, Bdy) CSRS J2U_L6a4yXer Yang Digunapakai Oleh Cawangan
4. LAYER RELATIF (Lot, Stn, Bdy) CSRS
5. LAYER C3 - UKURAN KELAS KETIGA (Lot, Stn, Bdy) CSRS J2U_P64eXlarasan Data Geospatial (CPDG) Untuk
6. LAYER PDUK CSRS
7. LAYER TRANSITION CSRS J2U_T6u4jXuan Semakan, Pembaikan Data,
8. LAYER CRM & CCI CSRS J2U_PP64eeXlnaarmasbaanikDaanta Data, Pemprosesan Data,
9. LAYER FAIL UKUR CSRS J2U_64X Dan Pengemaskian Data.
10. LAYER PU (Lot, Stn, Bdy) CSRS
11. LAYER WARTA CSRS J2U_B64eXrikut adalah senarai layer yang menjadi
12. LAYER BLOCK CSRS
13. LAYER DAERAH CSRS J2U_r6u4juXkan dan juga disemak dengan terperinci
14. LAYER MUKIM CSRS J2U_mp6e4emXlibparotksaensan data-data ukur untuk tujuan
15. LAYER SEKSYEN CSRS di CPDG Png. Segala maklumat
16. LAYER INDEX CSRS J2U_y6a4nXg ada di dalam layer yang disenaraikan,
17. LAYER TOPOGRAFI (Hidro, Jalan, Bangunan, Butiran) CSRS
J2U_p6i4hXak CPDG Png perlu meneliti untuk tujuan

J2U_p6e4mXprosesan dengan menggunakan 2 (dua)
J2U_sd6ea4rnXveMromduelliNbaUtkMaMn Modul LAAM di server LAAM
di server J2U_64x.
J2U_64X

J2U_64X

J2U_64X

J2U_64X

PEMANTAPAN NDCDB LAYER RELATIF #bUdAkDaTa
Proses lot-lot relatif untuk ditukar status menjadi lot-lot Absolute (NDCDB)
Modul R2A
(J2U_64x) 3 MODUL R2A: Relatif To Absolute (J2U_64X)
Peringkat (1): Layer Relatif wujud disebabkan data ukur
yang diproses di Caw. Semakan Kualiti telah bertukar status
drpd Absolute ke Relatif di atas sebab-sebab tertentu. Untuk
bertukar kembali ke status Absolute, lot-lot relatif tersebut
perlu menjalani proses R2A terlebih dahulu.

MODUL RnA: Relatif dan Absolute (LAAM)
1 Peringkat (2): Lot-lot Relatif yang telah diproses melalui

proses R2A perlu menjalani proses RnA di dalam Modul

Modul NUMM LAAM dimana semakan terperinci perlu dilakukan. Ianya

(J2U_64x) juga melibatkan semua sub-modul yang dibekalkan melalui

2 Modul LAAM. Proses yang terbaik, sepatutnya data ukur
tersebut mempunyai titik kawalan CRM atau CCI untuk

dibuat pelarasan terlebih dahulu. Dengan ini, ketepatan data

di grafik akan sama dengan maklumat pada Pelan Akui.

Modul LAAM MODUL NUMM (J2U_64X)
(LAAM) Peringkat (3): Semakan terperinci iaitu melibatkan semua data-data ukur di
dalam blok-blok yang diproses dibuat melalui Modul NUMM dan setelah semua
data-data ukur tersebut didapati lengkap keseluruhannya, data-data tersebut
dimasukkan ke dalam server J2U_64x melalui Modul NUMM daripada server
LAAM.

PEMANTAPAN NDCDB LAYER RELATIF #bUdAkDaTa
Punca Lot-lot Pengukuran Menggunakan Kaedah Relatif

PEMANTAPAN NDCDB LAYER RELATIF #bUdAkDaTa
Contoh Pemasalahan Perbezaan Data Ukur Sehingga Bertukar Status Menjadi

Relatif

PEMANTAPAN NDCDB LAYER RELATIF #bUdAkDaTa
Proses Relatif Kepada Absolute Dengan Menggunakan Modul R2A Dan RnA

PEMANTAPAN NDCDB LAYER RELATIF #bUdAkDaTa
Proses Relatif Kepada Absolute Dengan Menggunakan Modul R2A Dan RnA

PEMANTAPAN NDCDB LAYER RELATIF #bUdAkDaTa
Proses Relatif Kepada Absolute Dengan Menggunakan Modul R2A Dan RnA

PEMANTAPAN NDCDB LAYER RELATIF #bUdAkDaTa
Proses Relatif Kepada Absolute Dengan Menggunakan Modul R2A Dan RnA

PEMANTAPAN NDCDB PENGKELASAN DATA #bUdAkDaTa

Maklumat Kadaster Kejuruteraan Topografi Hidrografi

1. Kesan Gempa Bagi Titik Kawalan Crm & Cci // / /
2. Kesan Gempa Bagi Tanda Sempadan Yang Telah Di “Fix” // / /
3. Kesan Gempa Bagi Butiran Kerja-kerja Ukur // / /

Maklumat Anjakan Anjakan Kad Kej Topo Hidro
< 0.1m & 0.05m > 0.1m
1. Data ukur (fail ukur) parameter GDM2000 (2006) / // /
2. Data ukur (fail ukur) parameter MGF2016 / / / // /
3. Data ukur (fail ukur) parameter MGRF2020 / / / // /
/ / Kad Kej Topo Hidro
Maklumat No. Siri Tiada No. Siri / // /
1. CRM/CCI siap / / // /
2. CRM/CCI sedang dikerjakan / Tiada / // /
3. CRM/CCI untuk disemak / maklumat

4. CRM/CCI hilang/rosak Tiada maklumat Tiada
maklumat
5. CRM/CCI dibuat diatas stesen kekal lain Tiada maklumat

PEMANTAPAN NDCDB PENGKELASAN DATA #bUdAkDaTa

Maklumat Tanda Tanda Kadaster Kejuruteraan Topografi Hidrografi
Sempadan Sempadan / / / /
1. Data ukur (fail ukur) diikat dgn CRM/CCI Dijadikan Dijadikan / / / /
2. Data ukur (fail ukur) tidak diikat dgn CRM/CCI
“Fix” “Gp” Kadaster Kejuruteraan Topografi Hidrografi
Maklumat / /
X X / / / /
1. Data ukur (NDCDB) elok/baik & blok berada / / / /
dalam anjakan kecil (anjakan koordinat < 0.1m Anjakan Anjakan / / / /
& 0.05m). < 0.1m & > 0.1m
2. Data ukur (NDCDB) elok/baik & blok dalam / / / /
anjakan besar (anjakan koordinat > 0.1m). 0.05m /
3. Data ukur (NDCDB) tidak elok/baik & blok
dalam anjakan kecil (anjakan koordinat < 0.1m / /
& 0.05m).
4. Data ukur (NDCDB) tidak elok/baik & blok /
dalam anjakan besar (anjakan koordinat >
0.1m).

PEMANTAPAN NDCDB PENGKELASAN DATA #bUdAkDaTa

Koordinat Kadaster Kejuruteraan Topografi Hidrografi
1. (X,Y) (Horizontal, Vertical) /
2. (X,Y,Z) (Horizontal, Vertical, Level) / / /
Ukuran Kelas 1 Ukuran Kelas 2 Ukuran Kelas 3 Catatan
Maklumat Layer Utama “Snap To Old”
1. Layer NDCDB (Lot, Stn, Bdy) // Base pada Tanda Lama
2. Layer C3 (Lot, Stn, Bdy) “Snap To Old”
/ Base pada Tanda Lama
(Ukuran Kelas Ketiga) “Snap To Old”
3. Layer PDUK /// Base pada Tanda Lama
“Snap To Old”
4. Layer Transition /// Base pada Tanda Lama
“Snap To Old”
5. Layer Relatif / Base pada Tanda Lama
“Snap To Old”
6. Layer Warta /// Base pada Tanda Lama

PEMANTAPAN NDCDB #bUdAkDaTa
PANDANGAN DAN PENDAPAT

DATA-DATA UKUR YANG MENGALAMI KETIDAKTEPATAN DISEBABKAN MIGRASI DATA SETIAP VERSI NDCDB

- SISTEM PENYAMPAIAN DATA UKUR: Ini adalah topik utama yang perlu dibuat penambahbaikan dari sudut pemerkasaan modul, teknik
sistem penyemakan serta butiran ketepatan data ukur yang dibekalkan oleh pihak-pihak yang terlibat.

- NAIKTARAF MODUL: Modul-modul yang merangkumi proses pembaikan, penambahbaikan, pelarasan data-data ukur perlu dibuat dengan
teliti berdasarkan kepada sumber-sumber Pelan Akui, Jilid Kiraan dan sebagainya melibatkan lot-lot yang bukan di dalam persekitaran
eKadaster dan juga data-data ukur di dalam persekitaran eKadaster. Dengan itu, modul-modul yang digunapakai hanya perlu dinaiktaraf
sahaja tanpa perlu ditukar kerana ianya akan merumitkan keadaan dimana setiap pemproses terpaksa belajar memahami semula modul-
modul baru dan dengan ini melambatkan proses pemantapan NDCDB.

- KESTABILAN MODUL: Kestabilan modul-modul yang digunakan sangat diperlukan untuk melicinkan proses-proses pelarasan, pembaikan
data ukur, penambahbaikan data ukur serta pembahagian atau pemecahan blok-blok Pulau Pinang.

- LAYER RELATIF: Untuk meminimakan lot-lot yang berstatus relatif, proses penyemakan data ukur perlu dibuat penaiktarafan dari segi
rujukan proses tanda sempadan iaitu dari rujukan “Snap to Old” kepada “Snap to New” dimana sepatutnya lot-lot pengukuran perlu disemak
berdasarkan rujukan kepada ukuran terkini disebabkan peralatan yang digunakan (total station dan alat GPS) mempunyai ketepatan
sehingga 1” terhampir disamping kaedah pengukuran menggunakan satelit untuk melancarkan setiap gerak kerja ukur. Penyemakan dan
pemprosesan data-data ukur adalah seperti mana mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.

- PELARASAN UNTUK DATA UKUR (perlu dibuat pengkelasan data): Setiap fail ukur yang melibatkan pengukuran tanah yang dijalankan
oleh JUPEM Negeri atau pun Juruukur Tanah Berlesen (JTB) sepatutnya diikat dengan titik kawalan CRM dimana proses pelarasan ke atas
fail ukur tersebut dapat memantapkan setiap blok-blok bagi negeri tersebut. Kekemasan data ukur sangat perlu dititik beratkan
memandangkan terdapat pencampuran data-data ukur yang mana ada data ukur mempunyai CRM, ada data ukur tidak mempunyai CRM
dan terdapat data ukur menggunakan parameter yang berlainan di antara satu fail dengan yang lain. Perlu pengkelasan data secara detail.

#bUdAkDaTa

#bUdAkDaTa


Click to View FlipBook Version