The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by abdullahnorhashimah, 2020-05-17 06:24:32

Ambang Syawal

Ambang Syawal

Keywords: Syawal

LATAR BELAKANG

Sejarah/asal usul perayaan

SEJARAH hari raya dalam Islam bermula apabila Rasulullah berhijrah ke Madinah. Baginda mendapati ada dua
hari raya yang disambut oleh bangsa Arab pada masa itu. Apabila Rasulullah bertanya kepada mereka apakah
dua hari raya itu, mereka segera menjawab bahawa dua hari raya yang mereka sambut itu adalah perayaan
yang diwarisi secara turun temurun daripada datuk nenek mereka. Lalu Rasulullah menyatakan kepada orang
Arab Madinah bahawa Islam menggantikan dua hari raya yang kamu raikan itu dengan dua hari yang lebih
bermakna iaitu Hari Raya korban atau Aidiladha dan Hari Raya Fitrah atau Aidilfitri

Konsep hari raya dalam Islam jelas menunjukkan bahawa ia adalah perayaankeagamaan. Ini bermakna jika ia
disambut di atas landasan agama, maka hari raya yang diraikan itu adalah satu ibadat.

Maksud Aidil Fitri: Hari raya umat Islam yang disambut pada 1 Syawal.

Solat Aidilfitri dan Aidiladha telah disyariatkan pada tahun kedua Hijrah. Solat hari
raya pertama yang dilakukan oleh Rasulullah SAW ialah solat Aidilfitri pada tahun
yang kedua Hijrah tersebut.

Nama hari Raya Aidilfitri berasal daripada bahasa Arab iaitu Ayd al-Fitr.

Nama lain bagi Hari Raya Aidilfitri ialah Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah atau Hari
Lebaran. Ia juga dinamakan Feast of the Breaking of the Fast, Eid, Idul Fitri, Lebaran (
Indonesia), Shemai Eid (Bangladesh), Ramazan Bayrami (Turki).

Perayaan ini bermula selepas berakhirnya bulan ramadhan atau bulan puasa.

Cara untuk mengetahui hari raya bermula ada dua iaitu:
i) Melalui rukyah( melihat anak bulan) Apabila anak bulan kelihatan, ini

menandakan bermulanya bulan syawal, iaitu bulan kesepuluh dalam Takwim
Hijrah Islam. Di Malaysia, anak bulan akan diperhatikan oleh pegawai bertugas
pada sebelah petang hingga maghrib di beberapa tempat yang strategik.
ii) Secara hisap( kiraan).

Tujuan perayaan ini ialah

Sebagai tanda kemenangan umat islam setelah dapat mengerjakan ibadat puasa dalam
bulan Ramadhan dengan sempurna.

Kemenangan itu bukan sahaja kemenangan kerana berjaya menahan atau mengawal nafsu
makan dan minum selama sebulan pada siang hari sepanjang bulan Ramadhan tetapi kejayaan
menghalang diri daripada melakukan perkara yang dilarang oleh Allah,di mana sekiranya
dilakukan akan membatalkan puasa.

Kalimat “FITRI” itu yang bermaksud fitrah iaitu dengan kemenangan manusia balik kepada
fitrah yang asal. Fitrah asal ini sebenarnya suatu permulaan kejadian manusia yang sememangnya
bersih dari noda dan dosa.

Dalil pensyariatan:









(RAKAAT PERTAMA)

HUKUM BERTAKBIR SEBANYAK 7 KALI DAN 5 KALI ADALAH SUNAT, SEKIRANYA
TERTINGGAL SOLAT RAYA TETAP SAH













































Ikhlas Daripada:
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
SMK Sri Muda, Penaga, Pulau Pinang


Click to View FlipBook Version
Previous Book
BACAAN KVK
Next Book
UCAPAN HARI GURU 2020 DRP PELAJAR SMKSAS