Kisah
Puteri yang Berani
Khairunnisa Labibah
Pada zaman dahulu, terdapatnya satu
keluarga diraja yang sangat terkenal di
seluruh kerajaan itu. Ibunya seorang
permaisuri yang cantik, begitu juga ayahnya
seorang raja yang megah, kedua-dua puteri
mereka juga cantik dan indah belaka.
Namun, di sebalik kisah keluarga ini yang
terkenal dengan keindahan wajah mereka,
ramai penduduk tidak tahu akan kewujudan si
puteri bongsu. Puteri itu seorang yang
pendiam, wajahnya tidaklah secantik
kakandanya namun dia sejenis yang sangat
aktif.
Pada suatu hari, si puteri bongsu itu berasa
amat bosan kerana semua ahli keluarganya
menghadiri majlis. Si puteri bongsu tidak
pernah suka menghadiri dirinya dalam majlis
sebegitu. Dia lebih rela bermain dengan
haiwan atau tumbuhan di rimba.
Pada malam tersebut, si puteri bongsu pergi ke
rimba untuk bertemu dengan rakan-rakan
rimbanya. Seperti biasa, si puteri bongsu pasti
akan menyapa mereka dahulu.
"Hai, rakan-rakan semua! Saya datang kembali!"
kata si puteri bongsu dengan riangnya.
Lalu, semua rakan-rakan rimbanya pun keluar dan
datang mendekatinya.
"Hai, puteri bongsu! Ada apa hajat puteri datang
lewat malam sebegini?," tanya Si Landak.
"Oh, tiada apa-apa. Puteri datang saja-saja."
Semua haiwan rimba pun tersenyum
mendengar jawapan puteri bongsu itu. Mereka
amat kenal sekali perangai si puteri bongsu
yang tidak suka menceritakan masalahnya.
Sebaliknya, puteri itu lebih suka berdiam diri
dan menikmati masa lapangnya dengan
bermain dan berlari-lari saja.
"ROAR!!"
Tiba-tiba, bunyi ngauman harimau kedengaran dari
jauh menyebabkan puteri bongsu segera bangun.
"Bukankah itu suara Si Rimau?!" Dengan nada
cemas, puteri itu bertanya kepada rakan-rakan
rimbanya.
"Mereka semua mengangguk tanda setuju. Mereka
amat mengenali suara Rimau itu bagaimana. Rimau
sahaja satu-satunya harimau yang berbunyi
sebegitu.
"Puteri, saya rasa Rimau dalam kesakitan!," kata si
Landak kepada Puteri. Puteri mengangguk tanda
dia juga merasakan yang sama.
"Rakan-rakan, kita tak boleh biarkan Rimau
menunggu! Mesti dia sangat sakit sekarang! Mari
kita selamatkan dia!"
"Baiklah, Puteri. Mari semua!!!" Si Landak menjerit
dengan mengajak rakan-rakan rimba itu menuju ke
arah suara Rimau.
Setelah sampai, si puteri bongsu terkejut melihat
seorang pemburu yang cuba membunuh Rimau.
Pemburu itu telah mengikat Rimau dan
mencederakan kaki Rimau.
"Ugh...," Rimau menjerit menahan kesakitan.
"Rimau..." Puteri hampir menangis melihat keadaan
Rimau itu.
Dalam tidak sedar, Puteri lupa yang dia harus
menyembunyikan dirinya supaya tidak dilihat oleh si
pemburu tapi malangnya pemburu itu sedar akan
kehadiran puteri.
"Siapa tu?!" jerit pemburu tersebut.
Puteri mengelipkan mata tanda ketakutan. "Saya...
saya nak selamatkan rakan saya."
"Siapa rakan kamu?!", tanya si pemburu itu dengan
suara yang lantang kepada puteri.
"Ha- harimau itu, tuan." Puteri menunjukkan jari
telunjuknya ke harimau itu.
Pemburu itu tersenyum mendengar jawapan puteri.
Dia kagum melihat keberanian puteri untuk berbual
dengannya walaupun diacu anak panah.
"Saya tahu siapa kamu," kata pemburu itu. Puteri
berkedip mata seketika mendengar jawapan
pemburu itu.
"Maksud, tuan?" tanya Puteri kepadanya.
"Ampunkan patik atas kelakuan patik tadi, tuanku.
Patik merupakan sahabat Raja Iskandar." Pemburu
itu menjelaskan siapa dirinya sebenar kepada
puteri.
"Tuanku amat risau akan keadaan tuan puteri yang
suka merayau-rayau di rimba ini lalu patik
diperintahkannya untuk menjaga tuanku. Patik
tidak tahu bahawa harimau ini merupakan rakan
tuanku. Demi menjaga keselamatan tuanku, patik
mencederakannya sementara. Jangan risau, rakan
tuanku akan baik-baik sahaja jika dibalut dengan
daun ini." Si Pemburu itu pun menjelaskan kisah
sebenar lalu memberi sehelai daun kepada puteri.
"Untuk apa daun ini, tuan?" tanya puteri bongsu.
Si pemburu ketawa kecil mendengar soalannya itu.
Pemburu itu pun mengambil daun tersebut dan
dibalutnya kaki Rimau yang tercedera itu dengan
daun itu.
"Ini ialah daun herba, tuanku. Daun ini boleh
menyembuhkan bermacam-macam penyakit."
"Oh, begitu." Puteri mengangguk-angguk kepalanya
tanda faham.
Pemburu itu hanya tersenyum sahaja melihat
gelagat si puteri bongsu itu.
"Tuanku, kita kena balik. Dah lewat dah ni."
"Oh? Okay, baiklah tuan!" Sambut puteri dengan
riang.
"Kawan-kawan, saya balik dulu! Esok kita jumpa
lagi!"
"Selamat tinggal, puteri!"
"Selamat tinggal~"
Puteri pun berlari menuju Rimau. "Rimau, saya pergi
dulu ya."
"Baik, puteri. Hati-hati." kata sang Rimau.
"Baik, Rimau!"
Puteri bongsu itu pun berpaling dan berlari menuju
ke arah si pemburu itu.
"Baiklah, jom?"
"Jom!"
Akhirnya, si puteri bongsu dan pemburu itu pun
balik ke istana. Pemburu itu masih melihat puteri
dengan pandangan kagum. Mungkin ramai orang
tidak mengenalinya tapi si pemburu itu hanya satu-
satunya yang mengetahui diri puteri yang sebenar.
-TAMAT-