The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azizahjalil, 2019-07-21 23:32:20

MINIT MESYUARAT GURU KALI KETIGA 2019

MINIT MESYUARAT GURU KALI KETIGA 2019

MINIT MESYUARAT GURU KALI KETIGA
SK PASIR PANJANG, KUALA TERENGGANU

TAHUN 2019

Tarikh : 26.06.2019
Hari : Rabu
Masa : 1.30 petang
Tempat : Bilik Gerakan, SK Pasir Panjang
Kehadiran : Seperti lampiran

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh En. Rosli bin Abdul Razak, Guru Besar SK Pasir Panjang.

Agenda 1. Ucapan Pengerusi Majlis (En. Rosli bin Abdul Razak)
1.1. Ucapan alu-aluan dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang
hadir.
1.2. Ucapan tahniah dan terima kasih atas kerja buat dan amat berpuas hati atas
kesungguhan dan kejayaan warga sekolah setakat ini.
1.3. Sebarang makluman yang memerlukan tindakan perlu diambil cakna pihak yang
berkenaan.
1.4. Mengucapkan selamat datang kepada 2 orang guru baru iaitu Cikgu Roshima dan
Cikgu Mazila serta 5 orang guru pelatih.

Agenda 2. Bacaan Doa
2.1. Dipimpin oleh Ust. Zakaria bin Ali

Agenda 3. Pengesahan Minit Mesyuarat
3.1. Disahkan oleh : Cikgu Mohd Zamani bin Abdul Rahman
3.2. Disokong oleh : Cikgu Rosli bin Mohamad

Agenda 4. Perkara Berbangkit
4.1. Tiada perkara berbangkit

Agenda 5. Ucapan Tuan Guru Besar (En. Rosli bin Abdul Razak)

5.1. Peperiksaan Pertengahan Tahun.

5.1.1 Perlu siapkan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi tahap 1 selewat-lewatnya
Khamis ini (27.06.19).

5.1.2 Post Mortem bagi Tahun 6 telah dibuat pada Isnin lepas dan banyak perkara
telah dibincangkan.

5.1.3 Prestasi yang sebelum ini agat merosot akan cuba diperbaiki sebaik mungkin
berdasarkan kepada kebolehan dan kesungguhan yang ada pada cikgu cikgu di
sekolah ini.

5.1.4 Pada 2 hingga 4.07.19 akan berlangsung pra percubaan UPSR dan perkara
yang telah dibincangkan akan cuba dilaksanakan.

5.2. Data

5.2.1 Mohon kerjasama semua guru untuk pastikan data yang diminta oleh
PPD,JPN atau KPM dihantar mengikut masa yang ditetapkan kerana jika melebihi
tarikh berkenaan guru besar akan dipersoalkan.

5.3. Sekolah Penyayang

5.3.1 Para pentadbir, guru bertugas dan wakil PPKI disarankan untuk bertugas di
pintu pagar utama bersama beliau bagi menyambut kedatangan murid sebagaimana
digariskan oleh pekeliling.

Tindakan : Guru berkenaan

5.3.2 Beliau juga memohon guru praktikum untuk turut sama bertugas di sana
sepanjang menjalani latihan di sini.

Tindakan : Guru Pelatih

5.3.2 Beliau akan memastikan sekolah adalah kawasan selamat dengan
menguatkuasakan palang ditutup bermula jam 7.40 pagi sehingga balik. Setiap

pelawat perlu melapor diri di pondok pengawal dan dapatkan pas pelawat untuk
berurusan dengan pihak sekolah. Perkara ini akan disampaikan kepada pengawal
keselamatan sekolah pada Ahad ini (31.06.19).

Tindakan : Semua guru dan Pengawal Keselamatan

5.4. Program Awal Pagi

5.4.1 Memohon semua guru bersama-sama berada di dewan semasa program awal
pagi dilaksanakan.

5.4.2 Bagi perhimpunan pagi Ahad perlu dimulakan sebelum 7.40 pagi untuk
memastikan masa tamat perhimpunan ditepati. Semua guru diwajibkan memakai
kot.

Tindakan : Semua guru

5.5. Pakaian guru

5.5.1. Guru perlu berbaju batik pada setiap hari khamis.

5.5.2. Hari Selasa berbaju uniform persatuan masing-masing dan perlu munasabah
dengan persatuan yang wujud di sekolah.

Tindakan : Semua guru

5.6. Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP)

5.6.1. Mengucapkan terima kasih kepada semua PK yang telah selesai membuat
penilaian kali pertama.

5.7. Kehadiran Murid

5.7.1. Bercadang mengadakan pertemuan dengan Yang di Pertua PIBG, Pegawai
Perhubungan Sekolah, Wakil PPD dan Majlis Permuafakatan Komuniti Kampung (MPKK)
untuk berbincang tentang kehadiran dan dibuat rumusan.

Tindakan : Pentadbir Sekolah

5.8. Capaian Internet

5.8.1. Perkhidmatan 1BestariNet (inter Yes) dan Frog VLE yang dijadualkan tamat
pada akhir bulan ini akan dilanjutkan sehingga akhir tahun.

5.8.2. Frog VLE akan digantikan dengan Google Classroom manakala YES digantikan
dengan Unifi.

5.8.3. Lokasi pemasangan adalah di pejabat, bilik guru dan makmal komputer.

Tindakan : Semua guru

5.9. Pusat Sumber Sekolah (PSS)

5.9.1. TV PSS perlu dinaiktaraf dari 2.0 ke 3.0 dengan membuat liputan capaian
hingga ke luar pagar sekolah.

5.9.2. Aktiviti yang telah dilaksanakan perlu diupload bagi pengemaskinian.

5.9.3. Cikgu Rohana menyatakan rakaman luar TV PSS telah siap cuma belum
disunting sahaja.

Tindakan : Guru berkenaan

5.10. Cuti

5.10.1. Cuti sakit yang mencapai 90 hari di klinik kerajaan perlu buat laporan ke PPD.
Jika mencapai 150 hari berturut-turut perlu di’pool’kan (dalam proses medical board).
Jika melebihi 350 hari dinasihatkan cuti tanpa gaji atau memohon pencen awal.

5.10.2. Cuti sakit klinik swasta adalah tidak melebihi 15 hari. Jika ingin disambung cuti
perlu ke klinik kerajaan dan MC kerajaan tiada had dan bergantung kepada keperluan.

5.10.3. Cuti kuarantin diberikan selama 5 hari.

5.10.4. Cuti keluarga meninggal (ahli keluarga yang termasuk dalam syarat) adalah 3
hari.

5.10.5. Cuti bersalin adalah selama 360 hari

Tindakan : Semua guru

5.11. Keberhutangan

5.11.1. Jika di slip gaji cikgu yang ingin membuat pinjaman adalah kurang dari 40%
pendapatan yang tinggal, Guru Besar tidak akan tanda tangan kerana jika berbuat
demikian beliau akan dikenakan surcaj.

5.11.2. Jika ada guru yang bermasalah dengan kad kredit, beliau menyarankan untuk
mengemukakan aduan di Pejabat Insolvensi.

Tindakan: Guru berkenaan

5.12. Pesanan daripada PK Pendidikan Khas (Cikgu Dzulhaimi bin Muda)

5.12.1. Agoonoree Pendidikan Khas – Cikgu Yusrizal telah dilantik sebagai Ketua
Kontijen Kuala Terengganu. Berlangsung pada 1 hingga 4 Julai 2019 di Kem Pengakap
Telaga Batin.

5.12.2. Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) telah dimuat turun
instrumennya dan sekolah memilih komponen Perkebunan.

5.12.3. Program Pendidikan Inklusif Holistik (PPI Holistik) akan melibatkan 3 kelas
iaitu 3C, 4C dan 5C bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani (PJ).

5.12.4. Guru Besar bercadang untuk memberikan stor kepada kelas PPKI dan akan
diputuskan mana-mana bilik yang sesuai. Taman Herba juga akan diberikan kepada
PPKI untuk diselia dan dijadikan tapak pembelajaran kepada murid mereka.

Agenda 6: Ucapan Guru Penolong Kanan Pentadbiran (En. Mohd Zamri bin Hitam)

6.1. Pendidikan Sivik perlu dimasukkan ke dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia,
Bahasa Inggeris, Pendidikan Agama Islam dan Sejarah pada setiap minggu ke-4 di

dalam ERPH pada setiap bulan. Bermula pada bulan depan dan perkara ini akan
dipantau oleh pihak JPN.

6.2. Perlu selesaikan pengisian PBD untuk diserahkan kepada Cikgu Zalina.
Cikgu Rabiatul bertanya sama ada perlukah diisi ulasan guru. Cikgu Zamri
menyatakan boleh dibuat secara ringkas sahaja. Guru tidak perlu cetak dan hanya
dicetak jika diminta.

Tindakan : Semua guru
6.3. Jadual waktu baru akan diedarkan esok dan berkuatkuasa pada hari Ahad ini
(30.06.2019).

Tindakan : Semua guru aliran perdana

Agenda 7: Ucapan Penolong Kanan Hal Ehwal (Pn. Suria binti Mohamad)

7.1. Pendaftaran Tahun 1
7.1.1. Permohonan secara on-line telah dibuka semula setelah ditutup sementara
pada 30 April lepas. Perlu diwar-warkan kepada ibu bapa.
7.1.2. Sekolah harus terima murid dan jika melebihi bilangan 40 orang murid, perlu
maklum kepada pihak PPD.
7.1.3. Kebimbangan dengan bilangan kerusi dan meja muridyang tidak mencukupi.
Guru Besar menyatakan jika boleh dibuka satu lagi kelas, kerusi dan meja akan
dibekalkan dan jika sebaliknya perlu menolak permohonan murid berkenaan atas
kekangan tiada bekalan kerusi dan meja.
Tindakan : Guru berkenaan

7.2. Program Susu Sekolah (PSS)
7.2.1. Susu diberi pada setiap hari Ahad dan Selasa dan diberi semasa RMT.
7.2.2. Murid yang menerima susu adalah murid yang menerima RMT.
7.2.3. Susu perlu diminum secara berkelompok dan dihabiskan semasa RMT bagi
mengelakkan susu basi.
7.2.4. Cikgu Zamani menyatakan ada aduan murid PPKI yang sakit perut pagi tadi
setelah minum susu. Cikgu Suria menyatakan tiada aduan diterima daripada murid

lain dan diandaikan mungkin murid berkenaan tidak begitu sihat pada pagi
berkenaan.

Tindakan : Guru berkenaan

Agenda 8: Ucapan Penolong Kanan Pendidikan Ko Kurikulum (En. Mohd Nor bin
Shamsuddin)

8.1. Ditangguhkan

Agenda 9 : Ucapan Penolong Kanan Pendidikan Khas (En. Dzulhaimi bin Muda)

9.1. Telah disampaikan oleh Tn. Guru Besar

Agenda 10 : Hal-hal Lain

10.1. Cikgu Mohd Zamri mengingatkan agar guru mengisi cuti melalui Hrmis dan maklum
kepada beliau serta Guru Besar. Setelah diluluskan, maklum kepada kerani untuk diisi
di white board pejabat bagi tujuan relief guru berkenaan. Jika ada masalah Hrmis
boleh rujuk kepada Pn. Zaharani (kerani kewangan sekolah).
Tindakan : Semua guru

10.2. Guru Besar menyatakan mesin fotostat boleh guna di bilik riso dan jika banyak boleh
guna di pejabat. Cikgu boleh meminta bantuan Pn. Roslina Radzak. Selain itu
Bilik TV boleh digunakan untuk pdpc dan boleh muat untuk satu kelas sahaja pada
satu masa dan akan dibuat jadual penggunaannya. Bilik berkenaan akan dikeluarkan
kerusi yang ada bagi mewujudkan ruang santai.
Tindakan : Guru berkenaan

10.3. Cikgu Azizah selaku Bendahari PIBG mengingatkan guru kelas menyerahkan resit
yang tlah habis digunakan dan guru boleh dapatkan buku resit baru daripada

beliau. Guru juga boleh menyerahkan duit kutipan kepada beliau untuk tindakan
seterusnya.

Tindakan : Guru kelas

10.4. Cikgu Hatikah mengucapkan terima kasih atas pemasangan internet ke kelas PPKI
namun capaian talian masih belum dapat dinikmati sehingga kini. Guru Besar
memaklumkan masalah ini akan selesai selepas pemasangan unifi dalam masa yang
terdekat.

10.5. Ustaz Md. Aziz bertanyakan status surau lama. Guru Besar memaklumkan sekolah
hanya mendapat bantuan RM3000 dari MAIDAM untuk membaiki surau, membeli
karpet dan membeli PA system baru dan jumlah tersebut masih belum mencukupi.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.40 petang.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

(AZIZAH BINTI ABDUL JALIL) (ROSLI BIN ABDUL RAZAK)
Setiausaha, Guru Besar,
Mesyuarat Guru, SK Pasir Panjang.
SK Pasir Panjang.


Click to View FlipBook Version