MINIT MESYUARAT GURU KALI KEDUA
SK PASIR PANJANG, KUALA TERENGGANU
TAHUN 2019
Tarikh : 13.02.2019
Hari : Rabu
Masa : 2.00 petang
Tempat : Bilik Gerakan, SK Pasir Panjang
Kehadiran : Seperti lampiran
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Puan Roslina binti Ariffin. Guru Besar SK Pasir Panjang.
Agenda 1. Ucapan Pengerusi Majlis (Pn. Roslina binti Ariffin)
1.1. Ucapan alu-aluan dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang
hadir.
1.2. Ucapan tahniah kepada pasukan bola baling yang menyandang tempat ketiga dan
pasukan bola tampar yang memenangi tempat kedua.
Agenda 2. Bacaan Doa
2.1. Dipimpin oleh Ust. Zakaria bin Ali
Agenda 3. Perkara Berbangkit
3.1. Tiada perkara berbangkit
Agenda 4. Pengesahan Minit Mesyuarat
4.1. Disahkan oleh : Cikgu Mansor bin Ngah
4.2. Disokong oleh : Cikgu Yusrizal bin Yusof
Agenda 5. Ucapan Tuan Guru Besar (Pn. Roslina binti Ariffin)
5.1. Amanat Y.B. Dr. Maszlee bin Malik, Menteri Pendidikan Malaysia.
5.1.1 Sampaikan roh pendidikan dengan menerapkan nilai sayangkan sekolah dan
dampingi murid. Hindari budaya berleter dan jadikan guru kerjaya yang dihormati
dan dipercayai masyarakat. Cikgu Rustam dan Cikgu Azhar telah dinobatkan
sebagai Guru Bestari Sekolah.
5.1.2 Sentiasa terap nilai murni dalam pendidikan. Guru menjadi contoh dan
tauladan serta perlu bersabar dan bijak dalam mendampingi pelbagai karenah.
5.1.3 Mengalukan kehadiran murid dan cakna dengan permasalahan murid. Guru
bekerja secara berpasukan, saling berkasih sayang dan berinteraksi di antara satu
sama lain.
5.2. Akauntabiliti dan autoriti. Bertanggung jawab berdasarkan kebolehan sekolah.
5.3. Jaga kualiti pendidikan dengan menjaga prestasi sekolah ke peringkat yang
tertinggi. Misalnya mengambil bahagian dalam Pertandingan Video Pendek Anjuran
Pusat Sumber Sekolah.
5.3.1 Tingkatkan prestasi minimum ‘D’ dengan menyediakan pdpc ke arah
minimum ‘D’
5.3.2 Atasi masalah 4M di kalangan murid tahap 1 iaitu membaca, menulis,
mengira dan menaakul.
5.3.3 Keberhasilan – perlu nyatakan berapa orang murid yang akan mendapat ‘A’
dan hasil akhirnya haruslah sehingga minimum ‘D’ sahaja.
Tindakan : PP1(PK HEM, PK KO, PKPK) dan semua guru
Agenda 6: Ucapan Guru Penolong Kanan Pentadbiran (En. Mohd Zamri bin Hitam)
6.1. Mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Guru Besar.
6.2. Mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana mengemaskini e-operasi pada
masa yang ditetapkan dan sudah dibuat pengesahan. Sebarang pindaan sila rujuk
PK1.
Tindakan : Semua Guru
6.3. Borang Keberhasilan
6.3.1 Panduan dan tapak keberhasilan telah dimasukkan ke dalam telegram
sekolah dan perlu diselesaikan sebelum Khamis minggu depan (22.02.2019).
6.3.2 Januari / Februari – suku pertama dan Jun/Julai – suku kedua
6.3.3 Buat dua salinan untuk perbincangan dengan Pegawai Penilai 1 (PP1) dan
Pegawai Penilai 2 (PP2) serta ditanda tangani oleh PP1 dan PP2.
6.3.4 Simpan juga markah keberhasilan yang telah diisi dalam bentuk softcopy
untuk guru isi pada akhir tahun sama ada tercapai atau tidak sasaran yang
ditetapkan.
Tindakan : Semua Guru
6.4. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
6.4.1 Hasil pemantauan oleh pihak JPN, pdpc telah berjalan dengan baik
sepertimana yang dirancang.
6.4.2 Penambahbaikan :
6.4.2.1 Buku panduan PBD akan dihantar ke telegram sekolah untuk rujukan
guru.
6.4.2.2 Proses pelaporan mengikut band perlu dilakukan 2 kali setahun.
6.4.2.3 Pelaporan setiap guru mata pelajaran disimpan dalam bentuk
softcopy dan hanya perlu dicetak jika diminta pihak yang berkepentingan.
6.4.2.4 Penilaian setiap murid adalah berdasarkan standard pembelajaran
diajar. Boleh menggunakan sistem offline (menggunakan MS Excell).
6.4.2.5 Perlu bawa DSKP ke kelas untuk rujukan bagi yang menggunakan
sistem e-RPH.
6.5. Semakan buku tulis.
6.3.1 Isi borang semakan buku tulis dan serah kepada PK berkenaan.
6.3.2 Tahun 1 dan 6 (GB), Tahun 2 dan 5 (PKP), Tahun 3 dan 4 (PK HEM), Pra
Sekolah dan Pemulihan (PK KO) serta PPKI (PKPK).
6.6. Jadual pencerapan akan ditampal esok dan taklimat akan dibuat akhir bulan
Februari atau awal Bulan Mac.
6.7 Professional Learning Communities (PLC)
6.7.1 Jadual PLC telah dihantar ke telegram sekolah.
6.7.2 Format Pelaporan akan dihantar nanti.
6.7.3 Jadual mengikut panitia. Seorang ketua akan memilih tajuk, bincang bersama
dan buat laporan bergambar serta dihantar satu salinan kepada PKP dan satu salinan
disimpan di dalam fail.
Tindakan: Semua guru
Agenda 7: Ucapan Penolong Kanan Hal Ehwal (Pn. Suria binti Mohamad)
7.1. Bantuan Awal Persekolahan akan diagihkan pada jam 12.00 tengah hari (Khamis) di
kelas masing-masing. Guru kelas perlu pastikan borang senarai penerima asal sama
dengan borang yang baru diedarkan.
7.2. Penambahan murid RMT dari 75 orang kepada 96 orang bermula 1 Februari 2019.
Tindakan : Guru berkenaan
7.3. Gotong Royong Perdana:
7.3.1 Akan diadakan pada hari Sabtu (23.02.2019) melibatkan semua guru.
7.3.2 Penerangan tentang jadual kerja (diedarkan kepada semua guru).
7.3.3. Cg. Rahmah mencadangkan agar Bilik Ko Kurikulum turut termasuk dalam
bilik yang terlibat dengan sesi gotong royong hari berkenaan. Cikgu Zamri
mengusulkan agar Cikgu Azam selaku ketua 3K mendapatkan respon Guru Besar.
Tindakan : Cikgu Azam
Agenda 8: Ucapan Penolong Kanan Pendidikan Ko Kurikulum (En. Mohd Nor bin
Shamsuddin)
8.1. Ditangguhkan
Agenda 9 : Ucapan Penolong Kanan Pendidikan Khas (En. Dzulhaimi bin Muda)
9.1. Mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir.
9.2. Mohon guru aliran perdana mengenal pasti dan memaklumkan murid yang
mengalamai masalah fizikal, pendengaran dan penglihatan kepada pihak PPKI bagi
urusan pemprosesan maklumat Elaun Murid Khas kepada murid berkenaan.
Agenda 10 : Hal-hal Lain
10.1. Cikgu Mohd Zamri memohon pendapat guru sama ada perlu dibuka sebuah lagi kelas
memandangkan kelulusan Anggaran Belanja Mengurus (ABM) di sekolah ini adalah 18
kelas dan sekarang hanya ada 17 kelas.
- Cikgu Izzah menyatakan beliau bersetuju jika pertambahan kelas selari dengan
pertambahan seorang guru.
- Cikgu Marhaini turut berpendapat sedemikian memandangkan masalah kesihatannya.
- Cikgu Zarina menyatakan persetujuan membuka sebuah lagi kelas bagi kepentingan
murid.
- Cikgu Azam bersetuju jika kelas dibuka selari dengan pertambahan guru dan jika
tidak diwujudkan kelas berkenaan, kelas tambahan murid tahun 6 pada setiap hari
bermula pada 11 Februari lalu sudah memadai.
Tindakan : Pengurusan Sekolah dan guru berkenaan
10.2. Sebarang rombakan di pra sekolah tidak boleh dilakukan tanpa ada surat daripada
pihak JPNT.
Tindakan : Guru Berkenaan
10.3. Pada 21.06.2019 (Khamis) akan diadakan Dialog Prestasi Tahun 6 serta agihan
Bantuan Awal Persekolahan kepada murid terlibat.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.45 petang.
Disediakan oleh: Disahkan oleh:
(AZIZAH BINTI ABDUL JALIL) (ROSLINA BINTI ARIFFIN)
Setiausaha, Guru Besar,
Mesyuarat Guru, SK Pasir Panjang.
SK Pasir Panjang.