The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azizahjalil, 2019-07-21 23:05:22

minit mesy Guru kali pertama 2019

minit mesy Guru kali pertama 2019

MINIT MESYUARAT GURU KALI PERTAMA
SK PASIR PANJANG, KUALA TERENGGANU

TAHUN 2019

Tarikh : 26.12.2018
Hari : Rabu
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Bilik Gerakan, SK Pasir Panjang
Kehadiran : Seperti lampiran

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Puan Roslina binti Ariffin. Guru Besar SK Pasir Panjang.

Agenda 1. Ucapan Pengerusi Majlis (Pn. Roslina binti Ariffin)
1.1. Ucapan alu-aluan dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang
hadir.
1.2. Mengucapkan tahniah di atas gerak kerja warga Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang
(SKPP) bagi tahun 2018 dan bersedia dengan gerak kerja bagi tahun 2019.

Agenda 2. Bacaan Doa
2.1. Dipimpin oleh Ust. Md. Aziz bin Hassan.

Agenda 3. Ucapan Tuan Guru Besar (Pn. Roslina binti Ariffin)

3.1. Dialog prestasi dengan pihak Pejabat Pelajaran Daerah (PPD)

3.1.1 SKPP adalah dalam pemerhatian PPD bagi bimbingan prestasi rentetan
kemerosotan keputusan UPSR 2018.

3.1.2 Guru Besar mengambil tanggung jawab sepenuhnya dan memohon
kerjasama semua guru dari Tahun 1 hingga 6 agar bangkit semula.

3.1.3 Perlu buat headcount untuk semua murid bagi kehadiran dan kemenjadian
murid.

3.1.4 Program yang dijalankan perlu penilaian semula.

3.1.5 Tingkatkan kehadiran murid PPKI bagi membantu mencapai KPI PPD iaitu 93
hingga 95 peratus bagi kehadiran keseluruhan murid di sekolah.

3.1.6 Kekalkan kecemerlangan dalam bidang ko kurikulum di samping
meningkatkan prestasi akademik dan sahsiah murid.

3.1.7 Tiada lagi Peperiksaan bagi Tahap 1. Guru boleh mengajar sepenuhnya dan
menilai murid secara holistik.

3.1.8 Amalkan Learning For Fun dalam pengajaran dan pemudahcaraan (pdpc).

3.1.9 Perkasakan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan jadikan SK Losong
sebagai penanda aras.

3.1.10 Wujudkan whatsapp dan telegram murid dengan guru untuk tujuan
pembelajaran.

3.1.11 Semua warga pendidik adalah memegang nama ‘cikgu’.

3.2. Peranan semua guru untuk sasaran 2019

3.2.1 Bersedia ditukar atau digerakkan kerana guru tertakluk kepada keputusan
PPD.
3.2.2. Jangan pandang pada gred jawatan tapi perlu patuhi hierarki pentadbiran
sekolah.
3.2.3 Bertanggung jawab laksanakan dasar-dasar kerajaan kerana semua guru
adalah pelaksana.
3.2.4 Telus dan tidak pilih kasih.
3.2.5 Berjiwa besar dan berani bertindak untuk perkara yang betul.
3.2.6 Mempromosi sekolah dengan mewujudkan Laman Web Sekolah.
3.2.7 Jalankan Pembelajaran Abad Ke21 (PAK21) dalam pdpc.
3.2.8 Raikan kejayaan semua murid.
3.2.9 Perlu bersedia menjadi pemimpin di sekolah.

3.2.10 Sasaran mengambil kira SKPMg2 dan indeks sekolah. Skor SKPMg2 SKPP
bagi Tahun 2018 adalah 91%.
3.2.11 Semua guru perlu tetapkan sasaran sekolah dan membudayakan SKPMg2
(Hanya auditan SKPMg2 sahaja yang dimansuhkan oleh KPM).
3.2.12 Memperluaskan penggunaan frog vle dalam pdpc.
3.2.13 Kursus penting untuk guru tingkatkan ilmu dan jika berkeperluan
melaksanakan Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP), boleh berbincang dengan
pihak pentadbir.
3.2.13 Buat mesyuarat PIBG seawal mungkin.
3.2.14 Buat perancangan strategik yang memberi impak maksimum kepada murid.
3.2.15 Semua guru perlu buat headcount untuk semua murid manakala Guru
Besar perlu membuat headcount untuk semua guru.
3.2.16 Setiap panitia akan diperkasakan.
3.2.17 Antara aduan pelanggan ialah :

i) buku latihan tidak disemak
ii) tiada kerja rumah
iii) marah dengan kata-kata kesat
iv) guru tidak masuk kelas
v) guru guna telefon bimbit dari awal hingga tamat pdpc
- Semua guru perlu ambil tindakan sewajarnya bagi mengelakkan perkara ini
berulang.
3.2.18 Perlu bekerja setimpal dengan gaji.
3.2.19 Utamakan kerja hakiki dan jika ada kerja sampingan, perlu dilakukan di luar
waktu sekolah.
3.2.20 Laporan audit kewangan perlu sentiasa baik. Terdapat pembelian tidak
berekod bagi bulan 1-7. Perlu diselesaikan.

Tindakan : Guru Berkenaan
3.2.21 Walaupun tiada peperiksaan bagu tahap 1 namun pentaksiran murid adalah
berterusan melalui kaedah yang lain.
3.2.22 Menggunakan Sudut Pidato di Astaka Minda bagi mencungkil bakat murid

3.2.23 Linus dihapuskan dan pihak sekolah perlu tentukan saringan berdasarkan
keperluan. Sekolah diberi autonomi untuk laksanakan pdpc dan pbd dengan
bimbingan PPD dan JPN.
3.2.24 Laporan pembelajaran murid (tahap penguasaan) perlukan sedikit ulasan
guru serta diadakan temu murni dua kali setahun.
3,2.25 Pertimbangan profesional perlu dilaksanakan dengan menggunakan etika
dan integriti bagi menjawab persoalan bagaimana KPM tentukan guru yang pilih
kasih.

Agenda 4: Ucapan Guru Penolong Kanan Pentadbiran (En. Mohd Zamri bin Hitam)

4.1 Kelulusan perjawatan bagi SKPP 2019 adalah:
4.1.1 Bilangan kelas
i) 18 kelas kelas aliran perdana
ii) 2 kelas Pra Sekolah
iii) 5 kelas PPKI
4.1.2 Bilangan Guru sepatutnya adalah 53 orang namun yang ada hanya 50 orang
i) Guru Akademik - sepatutnya 33 orang, yang ada hanya 30 orang
ii) Guru Pendidikan Islam - sepatutnya 11 orang tapi yang ada 12 orang
iii) Guru PPKI – sepatutnya 9 orang, yang ada hanya 8 orang

4.2 Kemaskini e-operasi dalam masa dua minggu sesi persekolahan bermula. Jika
terdapat sebarang pindaan, cetak dan tandakan maklumat yang memerlukan
pembetulan.

4.3 Sebarang masalah berkaitan hrmis bolehlah berhubung dengan Pn. Azeera.
4.4 Kelulusan permohonan cuti perlu dimaklumkan juga kepada pentadbir bagi diisi di

papan kenyataan dan diisi dalam e-keberadaan guru.
4.5 Tahun 5 akan menjadi 3 kelas.
4.6 Guru kelas perlu pastikan kerusi dan meja mencukupi, jadual waktu ditampal dan

ada senarai nama murid di setiap kelas.
4.7 Tiada ulasan berkenaan dasar KPM daripada guru jika diwawancara oleh pihak

wartawan. Pesanan daripada Tuan Pengarah agar menjauhi isu perkauman.

4.8 Kasut murid masih boleh dipakai sama ada hitam atau putih dan akan berkuatkuasa
sepenuhnya murid berkasut hitam pada tahun 2021.

Tindakan : Semua Guru

Agenda 5: Ucapan Penolong Kanan Hal Ehwal (Pn. Suria binti Mohamad)

5.1. Mengucapkan tahniah bagi kerja buat pada tahun 2018.
5.2. Seramai 95 orang murid tahun 1 berdaftar. 32 orang kelas 1 Terbilang, 32 orang

kelas 1 Gemilang dan 31 orang kelas 1 Cemerlang. Kemungkinan seorang murid
dari kelas 1 Cemerlang akan ke kelas PPKI.

Tindakan : Penyelaras Tahun 1 dan PKPK
5.3. Sehingga hari ini buku rekod kedatangan belum diterima dan buat sementara waktu,

guru perlu menanda kedatangan murid pada kertas.
Tindakan : Semua Guru Kelas

5.4. Kelas 3G akan digunakan untuk aktiviti jual beli (koperasi sekolah) dan pendaftaran
kelas 3G akan dilakukan di Bilik RBT.
Tindakan : Guru berkenaan

Agenda 6: Ucapan Penolong Kanan Pendidikan Khas (En. DzulHaimi bin Muda)

6.1 Mengucapkan terima kasih dan salam perkenalan.

6.2 Menyarankan agar murid Tahun 1 (Slow Learner) yang mungkin akan ke kelas PPKI

diberi peluang terlebih dahulu belajar di kelas aliran perdana agar potensi dan

masalah murid dapat dikenalpasti. Jika murid berkenaan memang tidak mampu

mengikuti pembelajaran di kelas berkenaan barulah didaftarkan ke kelas PPKI.

Tindakan : PK HEM dan guru berkenaan

Agenda 7 : Hal-hal Lain

7.1 Guru Besar mengingatkan agar sebarang sumbangan penghawa dingin daripada guru
perlu permohonan dan mendapat kelulusan daripada JPNT.
Tindakan : Semua Guru

7.2 Segala perkara yang berlaku perlu dimaklumkan kepada Guru Besar.
Tindakan : Semua Guru

7.3 Cikgu Sharifah Norhasniza menyatakan bahawa buku teks akan diserahkan kepada
semua murid pada hari pendaftaran menggunakan kupon dan murid akan
mengambilnya sendiri di bilik SPBT. Hanya murid Tahun 1 dan 3 sahaja yang akan
menandatangani surat akujanji.
Tindakan : Semua Guru Kelas

7.4 Cikgu Rokiah memohon kerjasama semua guru Tahun 1 bagi menjayakan Minggu
Transisi Murid Tahun 1.
Tindakan : Semua Guru Tahun 1

7.5 Cikgu Zarina menyatakan bahawa bilangan kelas yang layak adalah sebanyak 18 kelas
manakala kelas yang ada sekarang ini hanya 17 kelas sahaja.
Cikgu Zamri menyatakan bahawa perkara ini akan dibincangkan dengan pihak
pengurusan dan akan diputuskan sedikit masa lagi.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 tengah hari.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

(AZIZAH BINTI ABDUL JALIL) (ROSLINA BINTI ARIFFIN)
Setiausaha, Guru Besar,
Mesyuarat Guru, SK Pasir Panjang.
SK Pasir Panjang.


Click to View FlipBook Version