The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PROGRAM MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN 2019 SKTBR2

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by missgrey87, 2019-11-15 06:24:20

BUKU PROGRAM MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN 2019 SKTBR2

BUKU PROGRAM MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN 2019 SKTBR2

PENGENALAN

Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya 2 mula beroperasi
pada 3 Januari 2011. Sesi pengajaran dan pemudahcaraan
dijalankan dalam dua sesi iaitu pagi dan petang. Bilangan terkini
murid SK Taman Bunga Raya 2 seramai 1414 orang murid, 81 orang
guru dan dibantu 11 orang staf sokongan. Selain aliran perdana, SK
Taman Bunga Raya 2 juga mempunyai 6 kelas Pra Sekolah dengan
jumlah 200 orang murid.

MATLAMAT

Majlis Anugerah Kecemerlangan diadakan setiap tahun untuk
memberikan penghargaan dan motivasi kepada murid-murid yang
telah berusaha gigih untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang
akademik.

TUJUAN

 Memberi penghargaan kepada murid yang cemerlang serta
berpotensi dalam bidang akademik, sahsiah dan kepimpinan.

 Memupuk emosi murid agar berazam untuk maju, berlumba-
lumba mendapat keputusan cemerlang dalam pelajaran dan
sentiasa berusaha untuk memperolehi kejayaan dalam bidang
akademik.

 Mengembangkan bakat murid dalam bidang kepimpinan,
berkeyakinan terhadap diri sendiri serta menjadi individu yang
berpengetahuan, berkebolehan dan berkemahiran.

 Mengeratkan lagi kerjasama antara ibu bapa/penjaga murid
dengan pihak pentadbiran dan guru-guru

ATURCARA MAJLIS

7.30 pagi : Pendaftaran Ibu Bapa dan Murid
8.30 pagi : Ketibaan Tetamu
8.35 pagi : Koir nyanyian lagu Negaraku dan lagu Selangor
Persembahan Pembukaan
9.00 pagi : Kata-kata Aluan Pengerusi Majlis
9.15 pagi : Bacaan Doa
9.30 pagi : Ucapan Guru Besar SKTBR2
Encik Zaini Bin Mad Lazin
10.00 pagi : Ucapan YDP PIBG SKTBR2
10.10 pagi : En. Muhamad Tarmizi Bin Hasim
Ucapan Perasmian
10.20 pagi : Datuk Haji Ruslee Bin Haji Hashim
(Pengarah Urusan MALPRO Industri Sdn. Bhd)
10.40 pagi : Gimik Perasmian
10.55 pagi : Penyerahan watikah pelantikan Jawatankuasa Tertinggi
i. Pengawas sekolah 2020
11.10 pagi : ii. Pengawas Pusat Sumber 2020
11.25 pagi : Penyampaian Anugerah Khas:

11.45 tgh hari : i. Tokoh Nilam : Tahap 1 dan Tahap 2
12.00 tgh hari : ii. Tokoh Sukan : Lelaki dan Perempuan
iii. Tokoh Kokurikulum 2019: Lelaki
12.30 tgh hari : iv. Tokoh Murid 2019 : Lelaki
Persembahan 2: Pra Sekolah
Penyampaian Hadiah Tahap 1:
- Tahap Penguasaan Terbaik, Terbaik Mata pelajaran,Sahsiah Terpuji :

i) Tahun 1 ii) Tahun 2 iii) Tahun 3
Persembahan 3: Action Song
Penyampaian Hadiah Tahap 2:
- Terbaik dalam Kelas, Terbaik Mata pelajaran & Sahsiah Terpuji :

i) Tahun 4 ii) Tahun 5 iii) Tahun 6
Persembahan 4: Bicara Berirama
Penyampaian Sijil & hadiah :

- Tokoh Harapan Kokurikulum : Lelaki dan Perempuan
-Tokoh Harapan Sukan : Lelaki dan Perempuan
-Persatuan Terbaik :
i) Unit Beruniform ii) Kelab & Persatuan ii) Sukan &
Permainan
Peningkatan Prestasi bagi Tahun 4-6
- Peningkatan Pencapaian Murid Berpotensi bagi tahun 1-6
Penyampaian Sijil :
- Kehadiran Penuh Tahun 1-6
Bersurai

SEKAPUR SIRIH

ENCIK ZAINI BIN MAD LAZIN
GURU BESAR

SK TAMAN BUNGA RAYA 2

Bismillahirahmanirrahim,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan selamat sejahtera.
Bersyukur kita kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurnia-Nya,

Majlis Anugerah Kecemerlangan 2019 ini berjaya direalisasikan di SK Taman Bunga
Raya 2. Objektif Majlis Anugerah Kecemerlangan pada setiap tahun adalah untuk
mengiktiraf serta memberi penghargaan kepada murid-murid yang cemerlang da-
lam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah dan kepimpinan.

Tema Majlis Anugerah Kecemerlangan pada kali ini ialah Revolusi Industri 4.0.
Revolusi Industri 4.0 adalah penerapan teknologi maklumat dan komunikasi kepada
industri apabila Internet of Things (IoT) atau Internet Kebendaan menjadi pemacu
utama. Ia mencakupi hampir semua aspek kehidupan seharian yang menjurus kepa-
da elektrik dan revolusi industri ketiga yang lebih kepada penggunaan teknologi
maklumat (IT). Contohnya masa kini kita mula berbicara mengenai rumah pintar,
kereta pintar, telefon pintar dan banyak lagi elemen pintar diterjemahkan dalam
teknologi pintar melalui Industri 4.0.

Industri 4.0 mewarnai gaya hidup dan tindakan masyarakat dunia. Ia memer-
lukan semua pihak bertindak pantas seiring dengan pembangunan pesat dalam
produk berteknologi dan sistem automasi lebih pintar. Menjelang 2019, Malaysia anta-
ra negara yang sedang bergerak ke hadapan dalam perkembangan Revolusi 4.0.

Sehubungan itu, sistem pendidikan di seluruh negara juga akan mengalami
perubahan hasil Revolusi Industri 4.0. Justeru, semua pihak termasuk guru, ibu bapa
dan murid-murid perlu lebih fleksibel dan bersedia mengharungi cabaran baharu
agar kita tidak terpinggir dalam era globalisasi dan digital.

Akhir kata, marilah kita bersama-sama berganding bahu merealisasikan hasrat
dan harapan pendidikan negara.

Sekian, terima kasih.

SEKAPUR SIRIH

ENCIK MUHAMMAD TARMIZI BIN HASIM
YDP PIBG

SK TAMAN BUNGA RAYA 2

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.
Yang berusaha Guru Besar, Encik Zaini Mad Lazin,
Yang dihormati Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Ruzaiton Abd Jalil,
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Puan Sarimah Mohd Jabar,
Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Encik Mohamed Asrie Abu Bakar,
Guru Penolong Kanan Petang, Puan Zubaidah Ali,
NYDP PIBG, Encik Saifulamri M Hussain
Semua Guru SK Taman Bunga Raya 2,
Barisan AJK PIBG SK Taman Bunga Raya 2,
Tuan Puan Ibubapa yang saya hormati sekian,
Yang diraikan semua pelajar yang menerima anugerah pada tahun 2019.
Syukur alhamdulillah kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan izinNYA dapat kita bertemu dalam
majlis yang di tunggu tunggu oleh setiap pelajar setiap tahun.
Sekalung tahniah diucapkan kepada semua Guru SK Taman Bunga Raya 2 yang tidak jemu mendidik
anak bangsa hingga berjaya.
Ibubapa yang hebat akan sentiasa berada disisi anak bagi memastikan kejayaan bakal dituai akhirnya.
Bagi pihak PIBG pula kos hari Anugerah tahun ini mencecah 6 ribu, sedaya upaya berganding bahu
menjadikan majlis tahun ini sebagai realiti.
Kepada pelajar tahun 6 yang akan meninggalkan SK Taman Bunga Raya 2, saya mewakili PIBG men-
gucapkan selamat maju jaya dan berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.
Apabila anda semua sudah berjaya satu hari nanti jangan lupa kembali menabur bakti pula kepada SK
Taman Bunga Raya 2 tidak kisah dalam apa jua bentuk sumbangannya.
Akhir kata sekiranya ada kesalahan kesilapan yang dilakukan sepanjang tempoh menjalankan tugasan
YDP, saya mewakili PIBG Sesi 2019 2020 mohon ampun dan maaf.
Sekian terima kasih
#BangkitBersama
#PIBGSeiringSeganding

AHLI JAWATANKUASA INDUK

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

ANUGERAH
KHAS

TOKOH NILAM TAHAP 1 DAN 2

ANUGERAH
KHAS

TOKOH SUKAN

ANUGERAH
KHAS

TOKOH KOKURIKULUM 2019

ANUGERAH
KHAS

TOKOH MURID 2019

TAHAP PENGUASAAN TERBAIK TAHUN 1

TERBAIK MATAPELAJARAN TAHUN 1

TAHAP PENGUASAAN TERBAIK TAHUN 2

TERBAIK MATAPELAJARAN TAHUN 2

TAHAP PENGUASAAN TERBAIK TAHUN 3

TERBAIK MATAPELAJARAN TAHUN 3

TERBAIK DALAM KELAS TAHUN 4

TERBAIK MATAPELAJARAN TAHUN 4

TERBAIK DALAM KELAS TAHUN 5

TERBAIK MATAPELAJARAN TAHUN 5

TERBAIK DALAM KELAS TAHUN 6

TERBAIK MATAPELAJARAN TAHUN 6

SAHSIAH TERPUJI

TOKOH HARAPAN KOKURIKULUM

TOKOH HARAPAN SUKAN

PERSATUAN TERBAIK
UNIT BERUNIFORM

KELAB DAN PERSATUAN

SUKAN DAN PERMAINAN

PENINGKATAN PRESTASI TAHUN 4 HINGGA 6
PENINGKATAN PENCAPAIAN MURID BERPOTENSI

KEHADIRAN PENUH

GALERI

PENGHARGAAN

Ahli Jawatankuasa Pelaksana
Majlis Anugerah Kecemerlangan Kali Ke-9 2019,
mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada :

Datuk Haji Ruslee Bin Haji Hashim
(Pengarah Urusan MALPRO Industri Sdn. Bhd.),
Persatuan Ibu Bapa dan Guru, SK Taman Bunga Raya 2,
Jabatan Landskap MDHS atas sumbangan bunga,

Tesco atas sumbangan goodie bag,
guru-guru, kakitangan sekolah, murid-murid serta semua

yang terlibat secara langsung atau tidak dalam
menjayakan

Majlis Anugerah Kecemerlangan Kali Ke-9 2019
Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya 2
#sktbr2bangkitbersama

IMBAS KOD QR UNTUK
MEMUAT TURUN BUKU

PROGRAM


Click to View FlipBook Version