The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by missgrey87, 2018-11-19 06:57:59

BUKU PROGRAM HARI ANUGERAH CEMERLANG 2018 SK TAMAN BUN

BUKU PROGRAM HAC 2018 FINALIZED

PENGENALAN

Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya 2 mula beroperasi pada 3
Januari 2011. Sesi pengajaran dan pemudahcaraan dijalankan dalam
dua sesi iaitu pagi dan petang. Bilangan terkini murid SK Taman Bunga
Raya 2 seramai 1234 orang murid, 86 orang guru dan dibantu 11
orang staf sokongan. Selain aliran perdana, SK Taman Bunga Raya 2
juga mempunyai 4 kelas Pra Sekolah dengan jumlah 100 orang murid.

MATLAMAT

Hari Anugerah Cemerlang diadakan setiap tahun untuk
memberikan penghargaan dan motivasi kepada murid-murid yang
telah berusaha gigih untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang
akademik.

TUJUAN

 Memberi penghargaan kepada murid yang cemerlang serta
berpotensi dalam bidang akademik, sahsiah dan kepimpinan.

 Memupuk emosi murid agar berazam untuk maju, berlumba-
lumba mendapat keputusan cemerlang dalam pelajaran dan
sentiasa berusaha untuk memperolehi kejayaan dalam bidang
akademik.

 Mengembangkan bakat murid dalam bidang kepimpinan,
berkeyakinan terhadap diri sendiri serta menjadi individu yang
berpengetahuan, berkebolehan dan berkemahiran.

 Mengeratkan lagi kerjasama antara ibu bapa/penjaga murid
dengan pihak pentadbiran dan guru-guru

TENTATIF PROGRAM

SEKAPUR SIRIH

ENCIK ZAILANI BIN KARIM
GURU BESAR SK TAMAN BUNGA RAYA 2

Bismillahirahmanirrahim,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan selamat sejahtera.

Bersyukur kita kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, Majlis
Anugerah Cemerlang 2018 ini berjaya direalisasikan di SK Taman Bunga Raya 2. Objektif Hari
Anugerah Cemerlang pada setiap tahun adalah untuk mengiktiraf serta memberi penghar-
gaan kepada murid-murid yang cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah
dan kepimpinan yang telah membuktikan kecemerlangan mereka .

Pada hari ini, pendidikan dilihat sebagai aset terpenting dalam menyediakan murid-
murid dengan kemahiran yang diperlukan bagi menghadapi cabaran yang mencabar
pada masa akan datang. Ini selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(2013-2025) yang menekankan kepada enam aspirasi murid iaitu, pengetahun, kemahiran
berfikir, kemahiran dwibahasa, kemahiran memimpin, etika dan kerohanian serta identiti
nasional.

Seiring dengan saranan Menteri Pendidikan Malaysia yang ingin menerapkan nilai
kegembiraan, kasih sayang dan hormat-menghormati, pihak sekolah komited untuk me-
nanam dan menyemai nilai dan budaya ini di kalangan guru dan pelajar. Elemen ini mus-
tahak dan dilihat wajar dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan,
positif dan berkesan yang mampu meningkatkan prestasi dan keunggulan organisasi, guru-
guru dan murid-murid secara holistik. Namun, transformasi pendidikan bukannya satu
usaha yang mudah dan kemungkinan besar kita akan menghadapi beberapa cabaran.
Justeru itu, semua pihak memainkan peranan dan tanggungjawab dalam merealisasikan
hasrat yang diharapkan.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru,
warga guru SK Taman Bunga Raya 2 yang telah memberi komitmen yang tinggi sepanjang
tahun ini. Sekalung penghargaan juga kepada ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan
dan memberikan kerjasama yang erat demi pendidikan anak-anak didik di sekolah ini.
Syabas dan tahniah kepada semua murid yang telah mencapai kejayaan yang cemer-
lang pada tahun 2018 ini.

Sekian, terima kasih.

SEKAPUR SIRIH

ENCIK MUHAMMAD TARMIZI BIN HASIM
YDP PIBG SK TAMAN BUNGA RAYA 2

Bismillahirahmanirrahim,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan selamat sejahtera.

Terima kasih kepada Jawankuasa Hari Anugerah Cemerlang Kali Ke 8 Tahun 2018
kerana memberi peluang kepada saya menitip sebaris kata di sini. Tahniah saya ucap-
kan kepada semua penerima anugerah pada hari ini. Ini adalah berkat usaha gigih dan
kini tiba hari tuaian hasilnya.

Kepada semua guru saya ucapkan terima kasih dan tahniah kerana tanpa jemu
mencurah bakti kepada semua pelajar di sini. Kepada Tuan Puan yang anaknya meneri-
ma anugerah pada hari ini tahniah diucapkan. Pelajar yang tidak berjaya tahun ini In-
syallah masih boleh mencuba tahun hadapan.

Bagi memastikan suasana pembelajaran, Ko-Kurikulum berada di landasan yang
terbaik, PIBG akan terus membantu. Terima kasih diucapkan kepada AJK dan semua
ibubapa atas sokongan berterusan kepada PIBG.

Pesanan saya kepada pelajar tahun 6 yang akan meninggalkan sekolah pada
hujung tahun, selamat maju jaya diucapkan. Apabila anda sudah berjaya di luar sana
satu hari nanti, jangan lupakan SK Taman Bunga Raya 2 yang banyak berjasa.
Sesungguhnya yang baik datang dari Allah.
Sekian terima kasih

AHLI JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : En. Zailani bin Karim

(Guru Besar SK Taman Bunga Raya 2)

Timbalan Pengerusi : Pn. Ruzaiton binti Abdul Jalil

(Penolong Kanan Pentadbiran)

Naib Pengerusi I : Pn. Sarimah binti Mohd Jabar

(Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)

Naib Pengerusi II : En. Mohamed Asrie bin Abu Bakar

(Penolong Kanan Ko-Kurikulum)

Naib Pengerusi III : Pn. Zubaidah binti Ali

(Penolong Kanan Petang)

Penyelaras : Pn. Azida binti Husain

Setiausaha : Pn. Siti Samihah binti Daud

Penolong Setiausaha : Pn. Siti Faezah binti Situ

Bendahari : Pn. Wan Ratnaizah binti Wan Husin

AJK PELAKSANA

KEDUDUKAN TERBAIK DI DALAM KELAS TAHUN 1

MATAPELAJARAN TERBAIK TAHUN 1

KEDUDUKAN TERBAIK DI DALAM KELAS TAHUN 2

MATAPELAJARAN TERBAIK TAHUN 2

KEDUDUKAN TERBAIK DI DALAM KELAS TAHUN 3

MATAPELAJARAN TERBAIK TAHUN 3

KEDUDUKAN TERBAIK DI DALAM KELAS TAHUN 4

MATAPELAJARAN TERBAIK TAHUN 4

KEDUDUKAN TERBAIK DI DALAM KELAS TAHUN 5

MATAPELAJARAN TERBAIK TAHUN 5

KEDUDUKAN TERBAIK DI DALAM KELAS TAHUN 6

MATAPELAJARAN TERBAIK TAHUN 6

ANUGERAH PENINGKATAN PRESTASI
(ALIRAN PERDANA)

PENINGKATAN PRESTASI (PEMULIHAN)

KEHADIRAN PENUH

ANUGERAH KHAS

TOKOH KOKURIKULUM 2018 (LELAKI)
 PUTRA AFIQ HAKIMI BIN ZAINUDIN (6 KRISTAL)
TOKOH KOKURIKULUM 2018 (PEREMPUAN)
 SITI SUMAYYAH BINTI SYAMSALLEH (6 BERLIAN)

ANUGERAH KHAS

TOKOH NILAM TAHAP 1
 NUR FARZANA BT BAHAR (3 BERLIAN)
TOKOH NILAM TAHAP 2
 NASYRIN NADHIRAH BT KHAIRULNIZAM (6 BERLIAN)

ANUGERAH KHAS

IKON TERBILANG (LELAKI)
 MUHAMMAD ADAM HAZIQ BIN MOHD FAUZI (6 BERLIAN)
IKON TERBILANG (PEREMPUAN)
 NUR AMIDATUL ADHA BINTI MOHD AMIN (6 BERLIAN)

PENCAPAIAN UNIT KOKURIKULUM 2018

PENCAPAIAN UNIT KOKURIKULUM 2018

PENCAPAIAN UNIT KOKURIKULUM 2018

PENCAPAIAN UNIT KOKURIKULUM 2018

GALERI 2018

GALERI 2018

PROGRAM JARINGAN ANTARABANGSA
SK TAMAN BUNGA RAYA 2 2018

 Universitas Tidar, Kota Magelang, Jawa Tengah, Indonesia
 Sekolah Menengah Pertama Negeri 1, Kota Magelang, Jawa

Tengah, Indonesia
 SMK Negeri 3, Kota Magelang, Jawa Tengah, Indonesia
 SD Negeri 6, Kota Magelang, Jawa Tengah, Indonesia
 SD Muhammadiyah 1 Alternatif, Kota Magelang, Jawa Ten-

gah, Indonesia
 Anuban Thung Wa School, Satun, Thailand

PENGHARGAAN

Ahli Jawatankuasa Pelaksana
Hari Anugerah Cemerlang 2018
Mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada

Puan June Leow Hsiad Hui
Ahli Parlimen Hulu Selangor
Persatuan Ibu Bapa dan Guru

SK Taman Bunga Raya 2
Guru-guru dan kakitangan sekolah, murid-murid

serta
Semua yang terlibat dalam menjayakan
Hari Anugerah Cemerlang Kali Ke-8 2018
Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya 2


Click to View FlipBook Version