INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR JABATAN PENGAJIAN MELAYU TUGASAN PENTAKSIRAN BERTERUSAN (INDIVIDU) BMMB 1104 KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU PROGRAM : PISMP (P) AMBILAN : JUN 2023/2028 SEMESTER : DUA NAMA PENSYARAH : MAYATI BINTI BULIN NAMA PELAJAR : NUR’AIN FARHANA BINTI MOSLI ANGKA GILIRAN : 2023152310043 NO.KAD PENGENALAN : 040216140536 TARIKH HANTAR : 11 MAC 2024
KONSEP PUISI TRADISIONAL : PANTUN Menurut Ungku Aziz (2011), pantun tidak wujud dalam kekosongan atau vakum. Pantun merupakan manifestasi terbaik seni sastera orang Melayu. Oleh itu, menerusi pantun dapat dikaji struktur sosial bangsa Melayu lama, akal budi, sikap, pemikiran, aktiviti kehidupan dan falsafah hidup yang mereka anuti.
Pantun dapat menunjukkan keperibadian orang Melayu yang mempunyai kesenian serta kebudayaan sendiri. Pantun digunakan untuk menyampaikan pemikiran dan perasaan. FUNGSI PANTUN CIRI PANTUN Pantun terkandung dalam dua rangkap, empat rangkap, enam rangkap, lapan rangkap, sepuluh rangkap, dua belas rangkap dan pantun berkait. Pantun mempunyai pembayang maksud dan maksud.
Puas sudah menanam ibu, Nanas juga dipandang orang ; Puas sudah menanam ubi, Emas juga dipandang orang. PEMIKIRAN PUISI TRADISIONAL : PANTUN Aspek pemikiran pantun ini dapat dilihat melalui aspek tersirat iaitu pemilihan diksi bagi pembayang yang berkaitan dengan alam iaitu buah nanas dan ubi. Nanas berbau harum dan berwarna kuning. Nanas cuba dibandingkan dengan emas yang akan menyebabkan masyarakat tertarik dan ingin memilikinya. Ubi dikaitkan dengan orang yang berbudi dan tidak suka menonjolkan kehebatan diri sama seperti ubi yang berisi tetapi berada di dalam tanah. Akal budi dalam pantun ini mendidik masyarakat supaya jangan mengejar sesuatu yang nampak istimewa segi luaran semata-mata seperti harta benda tetapi lebih mementingkan sifat orang yang berbudi dan merendah diri. CONTOH PANTUN :
KONSEP PUISI TRADISIONAL : SYAIR Syair merupakan bentuk puisi tradisional ciptaan dan kepunyaan orang Melayu yang mendapat pengaruh Arab dan Parsi. Menurut Mohd Yusuf Md.Nor (1985) syair dikatakan berasal daripada puisi Arab iaitu sy’ir tetapi bentuk syair Melayu amat berbeza dengan dengan bentuk syair dalam kesusasteraan Arab.
FUNGSI SYAIR Bentuk syair dipercayai diperkenalkan dan dikembangkan oleh hamzah Fansuri sekitar abad ke-16 dengan tujuan mengajarkan agama Islam. Syair digunakan secara meluas di Nusantara untuk menyebarkan ajaran tasawuf (sufi) selain bertujuan untuk bercerita.
Inilah gerangan suatu madah, Mengarangkan syair terlalu indah, Membetulkan jalan tempat berpindah, Di sanalah I’tikaf di perbetul sesudah. PEMIKIRAN PUISI TRADISIONAL : SYAIR Dalam aspek akal budi, penulis mencipta syair bertujuan untuk membetulkan perjalanan hidup manusia di dunia ini demi kesejahteraan hidup di akhirat. Selain itu, penyair menganjurkan agar kita sentiasa berfikir demi membetulkan iman. Hanya melalui iman yang mantap dan jalan tauhid yang betul sahaja menyebabkan kita berjaya di dunia dan akhirat. CONTOH SYAIR :
KONSEP PUISI TRADISIONAL : SELOKA Istilah seloka berasal daripada perkataan Sanskrit shloka bermaksud berseloroh, berjenaka atau menyindir. Seloka dipercayai berkembang di alam Melayu semasa kedatangan agama Hindu di Asia Tenggara. Menurut Harun Mat Piah (1989), seloka merujuk kepada puisi Melayu bebas yang tidak mempunyai bentuk tertentu dari segi rangkap, jumlah baris, sama ada mempunyai irama ataupun tidak.
FUNGSI SELOKA CIRI SELOKA mempunyai maksud mengejek. menyindir secara serius atau jenaka. mengkritik tingkah laku dan sifat negatif. Syair bertujuan untuk berhibur dan berjenaka. Sungguhpun begitu, isi dan mesejnya sarat dengan sindiran yang berguna untuk menjadi pengajaran dan teladan untuk pendengar dan pembaca.
Anak dipijak dagang dijinjing Kucing dibunuh tikus dibela Harta habis badan tergadai Mendengar gelagak dagang Tak sedar bertelanjang Mendengar guruh dilangit Air di tempayan dicurahkan Mulut kena suap pisang Buntu kena cangkuk onak, Gunting makan di hujung Pak Pandir juga menanggung. Apa didengar gelagak dagang Gelagak rambutan jantan: Orang berbunga, dia berbunga Orang berbuah, dia haram Kilat memancar hujan tak jadi Awak juga berkecundangan. PEMIKIRAN PUISI TRADISIONAL : SELOKA Akal budi manifestasi masyarakat Melayu yang terdapat dalam seloka ini ialah menyindir individu yang bersikap mengutamakan orang lain. Selain itu, ’ menunjukkan gambaran sikap seseorang tidak pandai menguruskan harta dan sikap individu yang terlalu mendengar kata pihak lain dan cepat terpengaruh. Keseluruhan isi seloka Pak Pandir menyindir dengan sinis sikap sebahagian daripada masyarakat Melayu yang bersikap negaif dan yang perlu diberi teguran supaya mengubah sikap. CONTOH SELOKA :
KONSEP PUISI TRADISIONAL : GURINDAM Menurut kamus Dewan (1984), gurindam ialah puisi yang terdiri daripada dua baris dan berisi dengan berbagai-bagai pengajaran. Manakala Za’aba (1965) menjelaskan gurindam sebagai sejenis syair melarat yang tetap sukatannya atau rangkapnya. Isinya mengandung fikiran yang bernas dengan bahasa yang riang dan dinyanyikan.
Gurindam menyampaikan isi yang mengandungi nasihat, pengajaran, kebenaran serta pernyataan perasaan cinta. FUNGSI GURINDAM Puisi yang terdiri daripada dua baris dan berisi dengan berbagai-bagai pengajaran. CIRI-CIRI GURINDAM
PEMIKIRAN PUISI TRADISIONAL : GURINDAM Akal budi masyarakat Melayu boleh dilihat dalam konteks falsafah dan pemikiran dalam puisi tersebut. Umumnya, falsafah mempunyai ciri-ciri pemikiran yang tertinggi dan bertujuan untuk mendapatkan kebenaran. Falsafah yang terkandung dalam karya tersebut membincangkan pelbagai persoalan kehidupan manusia, sama ada kehidupan di dunia, mahupun di akhirat. Barang siapa tiada memegang agama, sekali-sekali tiada boleh dibilangkan nama. Barang siapa mengenal yang empat, maka ia itulah orang yang ma’rifat Barang siapa mengenal Allah, suruh dan tegahnya tiada ia menyalah. Barang siapa mengenal diri, maka telah mengenal akan Tuhan yang bahri, Barang siapa yang mengenal dunia, tahulah ia barang yang terpedaya. Barang siapa mengenal akhirat, tahulah ia dunia mudarat. CONTOH GURINDAM :
Faezah Kassim, & Norazlan Hadi Yaacob. (2018). Tradisi “merantau” Masyarakat Melayu Berdasarkan Puisi Tradisional (Pantun). Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan (Vol.10, No.3). RUJUKAN Cho Min Sung, & Mat Zaid bin Hussein. (2020). Fungsi Pantun Melayu Tradisional Dilihat Dari Perspektif Budaya dan Alam Pemikiran Masyarakat Melayu. Jurnal Puitika (Vol.16, No.1). Nordiana Ab Jabar, & Mohd Faradi Mohamed Ghazali. (2021) Komunikasi Bahasa Sindiran dalam Seloka Pak Pandir dan Pak Kaduk. Jurnal Komunikasi (Jilid 37(1) ). Nordiana Ab Jabar. (2019) Keunggulan Ikon Membawa Teladan dalam Seloka Melayu. Jurnal Antarabangsa Persuratan Melayu (Jilid 7). Nazri Atoh, Saipolbahrin Ramli, Zamri Ariffin, & Zubir Idris. (2020) Konsep puisi tradisional antara kesusasteraan Arab dengan kesusasteraan Melayu. Sibawayh Journal of Arabic Language And Education (Vol.1 No.1). Wawan Akbar. (2021) Nilai Karakter dalam Penerapan Tradisi Pantun Kebudayaan Suku Melayu Deli Dusun 17 Desa Bandar Khalifah. Journal Educational Research and Social Studies. (Vol.2, No.4).
RUJUKAN Mohd Rosli Salahudin. (2013). Puisi Melayu Tradisional. Jurnal Peradaban Melayu (Vol.8). Iswan Fadlin. (2023). Implementasi Metode Syair dalam Pembelajaran Bahasa Arab. Ameena Journal. (Vol.1, No.4). Sofyuddin Yusof, Mohd Faiz Hakimi Mat Idris, & Nik Murshidah Nik Din. (2009). Kedudukan Syair dalam Islam. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari. (Vol 2). Dr. Azman Bin Rahmat, Dr. Mohd Nazri Bin Zainuddin, Shamsudin Bin Abu Bakar, Haji Abdul Rani Bin Hassan, & Dr. Hasnah Binti Awang. (2023). Pengenalan Kesusasteraan & Kebudayaan Melayu. (Mohd Faez Mohd Shah). Pustaka Al-Ehsan.