The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TUGASAN KUMPULAN_BSS3153_SASTERA ANTARABANGSA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by farzilazul98, 2022-01-13 08:03:13

TUGASAN KUMPULAN_BSS3153_SASTERA ANTARABANGSA

TUGASAN KUMPULAN_BSS3153_SASTERA ANTARABANGSA

BSS 3153
SASTERA ANTARABANGSA

KUMPULAN A

TUGASAN 2 (KUMPULAN)

PERBANDINGAN KARYA ISHAK HAJI MUHAMMAD DAN AZIZI ABDULLAH

BIL NAMA NO MATRIK

1 NURWILNA TESSHA LEE BINTI MURSYIDI LEE D20182085089

2 NURUL FATIN BINTI ALI D20182086168

3 NUR IZZATI BINTI ABDUL MURAD D20182086182

4 NORFARZILA ZAWANI BINTI ZULKEFLEE D20182086192

PENSYARAH
DR. ROHAYATI BINTI JUNAIDI

SEMESTER 1 SESI 2021/2022
PROGRAM: AT33 IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN GEOGRAFI

PENGENALAN
Kesusasteraan merupakan kesemua hasil seni yang disampaikan melalui bahasa dan hasil ini
ditujukan kepada khalayak. Antarabangsa pula ialah melibatkan dua negara atau lebih dan
mempunyai sesuatu perkara yang ada nilai perhubungan atau kesefahaman. Sastera
Antarabangsa merujuk kepada karya penulisan tempatan yang mendapat nama di persada
dunia. Bagi mendapatkan tempat di peringkat antarabangsa, hasil karya tersebut mestilah
mempunyai mutu yang tinggi.

Kajian ini pula telah dilaksanakan berdasarkan novel Putera Gunung Tahan dan
Seorang Tua di Kaki Gunung. Putera Gunung Tahan merupakan karya Ishak Haji Muhammad
yang telah diterbitkan pada tahun 1937. Putera Gunung Tahan ini menzahirkan semangat
nasionalisme pengarang dan menjadi senjata perjuangannya dalam menuntut kemerdekaan
negara. Novel Seorang Tua di Kaki Gunung pula merupakan karya Azizi Abdullah. Novel yang
telah diterbitkan pada tahun 1982 ini sarat dengan isu kelangsungan masyarakat dan ikatan
keluarga.

Ishak Haji Muhammad ialah penulis novel Putera Gunung Tahan. Beliau mempunyai
banyak nama samaran diantaranya Pak Sako, Anwar, Hantu Raya, Isako San dan Pak Pandir
Moden. Pak Sako telah dilahirkan pada September 1909 di Kampung Bukit Saguntang,
Temerloh, Pahang. Beliau menceburi bidang kerjaya sebagai seorang wartawan, sasterawan,
dan nasionalis yang mempunyai karisma. Karya-karya Pak Sako menjadikan dirinya sebagai
wira generasi muda sebelum perang.

Beliau merupakan seorang yang kuat membaca dan pembacaannya luas. Pemikirannya
terbuka dan tidak terkongkong oleh satu-satu aliran fahaman, ideologi ataupun falsafah
manakala jiwa kemelayuannya kuat dan idealismenya bertunjang pada tradisi dan nilai hidup
kampung. Putera Gunung Tahan dan Anak Mat Lela Gila merupakan dua novel penting karya

Pak Sako bagi zaman Praperang Dunia Kedua. Pak Sako telah meninggal dunia pada 7
November 1991 di Ulu Langat, Selangor

Putera Gunung Tahan mengisahkan Tuan Robert dan Tuan William yang telah
diarahkan oleh kerajaan Inggeris untuk mencari tempat peranginan untuk masyarakat mereka.
Tuan Robert dan Tuan William telah ke Gunung Tahan dengan dua orang pembantu iaitu Ali
dan Awang. Hujan yang lebat semasa pendakian menyebabkan Ali dan Awang mati dan Tuan
Robert dan Tuan William terpisah. Tuan Robert diculik oleh orang Sakai dan dilantik sebagai
Batin Putih. Tuan Robert jatuh hati kepada perempuan Sakai dan akhirnya dia mati apabila
jatuh daripada pokok semasa majlis perkahwinannya. Tuan William pula bertemu dengan
Kusina dan dibawa menghadap Ratu Bongsu. Tuan William memujuk Ratu Bongsu agar
menyerahkan Gunung Tahan kepadanya dengan menawarkan ganjaran lumayan tetapi Ratu
Bongsu enggan. Tuan William kemudiannya telah meminta bantuan kapal terbang Inggeris
untuk menyerang Gunung Tahan. Semasa serangan, Tuan William terkorban kerana
terperangkap di dalam bilik khazanah dan kapal terbang tersebut terhempas menyebabkan
semua penumpang terkorban kecuali isteri Tuan William. Ratu Bongsu akhirnya telah
berkahwin dengan isteri Tuan William.

Penulis novel Seorang Tua di Kaki Gunung pula ialah Haji Azizi Haji Abdullah. Nama
pena beliau ialah Jamong, Qalam Adly, Anita, Shahrul Manjarishah, Tan Sri Sasterawan, Sri
Bungsu dan Tukya. Beliau telah dilahirkan di Kampung Bukit Meryam, Kota Kuala Muda
Kedah, pada 4 April 1942. Berpadanan dengan latar belakang pendidikannya di sekolah agama,
Azizi Abdullah merupakan seorang guru agama. Namun beliau kemudiannya berjaya menjadi
Ketua editor akhbar bulanan Utusan Pengguna terbitan Persatuan Pengguna Pulau Pinang
(CAP) dan terus aktif berkarya menghasilkan novel serta kritikan politik berunsur satira.Beliau
telah berjaya menghasilkan 38 buah novel dan lebih 200 cerpen.

Azizi Abdullah mengetengahkan watak seorang tua yang tinggal di sebuah kampung
pedalaman di daerah Kulim sebagai watak utama dalam ‘Seorang Tua di Kaki Gunung’.
Melalui watak Tukya, seorang bapa kepada Fikri dan datuk kepada Lamin dan Farid, pengarang
cuba memperlihatkan sikap golongan tua yang tetap keras dalam usahanya mempertahankan
pendiriannya terhadap corak kehidupan tradisi, yang amat rapat dengan alam semula jadi di
kaki Gunung Bongsu, dan penuh pantang larang dalam membuat sesuatu kerja kerana dia
menganggap kerja itu sangat mulia dan patut dihormati. Konflik antara kehidupan di bandar
besar Kuala Lumpur yang dialami oleh anak menantu serta cucunya dengan kehidupan Tukya
di desa adalah amat ketara sekali digambarkan oleh pengarang dalam novel ini. Kekuatan
utama novel ini terserlah pada aspek perwatakan dan latarnya. Pengarang telah memperlihatkan
usaha yang bersungguh-sungguh dalam melukiskan gambaran alam hutan untuk menimbulkan
perhubungan erat dan selari antara usia Tukya yang dianggap ‘keras’ atau degil dengan
kehidupan tradisi yang dianggap murni. Walaupun begitu, Tukya adalah lambang seorang
manusia yang gigih dalam usaha mempertahankan pendiriannya hingga ke akhir hayat.

Tujuan kajian ini untuk menunjukkan perbezaan mahupun perbandingan yang
berkongsi beberapa titik temu. Perbandingan ini akan melihat menerusi beberapa aspek utama
seperti tema dan pemikiran, konflik, pengajaran dan nilai yang terkandung dalam kedua-dua
novel tersebut. Kedua-dua novel ini mempunyai mutunya yang tersendiri bermula dengan
pengarang sehingganya mesej yang ingin disampaikan. Putera Gunung Tahan merupakan
karya agung Pak Sako, novel sindiran buat British ini begitu besar impaknya sehingga pernah
diharamkan oleh British. Novel Seorang Tua di Kaki Gunung pula pernah merangkul tempat
kedua bagi Hadiah Sayembara Novel Anjuran Yayasan Sabah-GAPENA pada tahun 1982.

Oleh kerana kedua-dua novel popular ini sarat dengan mutunya, maka ramai pengkaji
telah menggunakan kedua-dua novel ini sebagai bahan kajian. Novel Putera Gunung Tahan
sebagai Wacana Balikan Pascakolonial (Ungku Maimunah Mohd Tahir, 2011) dan Perspektif

Sosioekonomi Masyarakat dalam Novel-novel Terpilih Karya Azizi Abdullah (Noor Salawati
Abu Bakar, 2021) merupakan antara kajian yang mengkaji novel-novel ini. Pengkaji
menggunakan kaedah pustakaan sepenuhnya dan merujuk kajian-kajian yang terdahalu.

Hasil pemerhatian dan analisis pengkaji terhadap kajian-kajian terdahulu, pengkaji
mendapati bahawa kajian-kajian terdahulu lebih tertumpu kepada perbandingan cara
penyampaian mesej antara karya-karya seseorang penulis itu sendiri atau hanya
membincangkan tema di sebalik novel tersebut. Justeru itu, dalam kajian ini pengkaji akan
menyentuh khusus kepada perbezaan tema dan pemikiran, konflik, pengajaran dan nilai antara
kedua-dua novel ini.

PERBANDINGAN CARA PENYAMPAIAN NOVEL PUTERA GUNUNG TAHAN
DAN NOVEL SEORANG TUA DI KAKI GUNUNG

PERBANDINGAN TEMA

Maksud bagi tema ialah isu utama atau persoalan pokok yang mendasari sesebuah karya
sastera. Ini merupakan gagasan pemikiran pengarang yang ingin disampaikan melalui
karyanya. Di dalam sesebuah karya hanya terdapat satu sahaja tema. Ianya hanya boleh
diungkapkan dengan hanya satu perkataan seperti perjuangan, kemasyarakatan, keagamaan,
kecintaan, kemanusiaan dan lain-lain. Untuk mengesan tema sesebuah karya ianya dapat
disarai setelah pembaca membaca dan memahami keseluruhan novel tersebut.

Bagi kedua-dua novel ini memaparkan satu tema yang agak sama namun berbeza dari
sudut penceritaannya. Persamaan tema novel Putera Gunung Tahan dan novel Seorang Tua Di
Kaki Gunung ialah Kecintaan atau Nasionalisme. Dimana kedua-dua tema novel ini
menceritakan Nasionalisme yang menjunjung tinggi rasa cinta akan tanah air iaitu Malaysia.
Namun perbandingan tema kedua-dua novel ini adalah jalan penceritaannya berbeza.

Bagi tema novel putera gunung tahan karya Pak Sako ialah semangat patriotik atau semangat
cinta akan tanah air. Hal ini dapat dibuktikan melalui penduduk tanah melayu sanggup
melawan pihak Inggeris yang ingin menjajah tanah tanah melayu melalui pejuang-pejuang
tanah air seperti Mat Kilau, Tok Gajah, Datuk Bahaman dan sebagainya. Begitu juga dengan
Ratu Bongsu, baginda tidak sanggup menerima tawaran Tuan Wiliam sebanyak RM 5000 dan
sebuah istana yang cantik demi mempertahankan puncak gunung gunung tahan yang ingin
diambil oleh Inggeris untuk membuat tempat pelancongan. Walaubagaimanapun, Tuan Wiliam
telah merancang untuk menyerang puncak gunung Tahan namun rancangannya telah gagal
dimana semua kapal terbang milik Inggeris terhempas dan semua anak kapalnya mati kecuali
Mem Wiliam. Akhirnya dengan kebijaksanaan Ratu Bongsu ini, pihak Inggeris gagal untuk
menawan puncak gunung Tahan.

Untuk tema Novel kedua iaitu Seorang Tua di kaki Gunung karya Azizi Abdullah ialah
kecintaan terhadap warisan bangsa dimana mengisahkan kegigihan serta sikap seorang tua iaitu
Tukya yang cuba untuk mempertahankan cara hidup tradisi yang dianggap sebagai unggul,
mulia dan dihormati. Tukya juga digambarkan sebagai seorang yang keras hati, sanggup
mempertahankan hargai dirinya serta tidak mudah untuk mengalah dengan keadaan sekeliling.
Beliau tidak menghiraukan sama ada ditertawakan oleh masyarakat atau dipujuk oleh anaknya
sendiri untuk berubah kepada kehidupan yang lebih selesa. Tukya tetap dengan pendiriannya
sehingga ke akhir hayatnya. Maka perbandingan tema antara dua buah novel ini sangat berbeza
namun mempunyai kesamaan iaitu kecintaan.

PERBANDINGAN PEMIKIRAN

Pemikiran pengarang merupakan salah satu aspek penting dalam kajian sastera. Dimana
pemikiran pengarang merupakan rangkuman idea pengarang yang beridentiti tersendiri untuk
mengupas segala pemasalahan yang berlaku dalam masyarakat. Isu yang ditonjolkan adalah

gambaran dan rangkuman warna-warna kehidupan manusia yang disusun dan dizahirkan dalam
bentuk baris-baris ayat sehingga menjadi naratif yang lengkap dan sempurna.

Untuk menganalisis perbandingan pemikiran untuk kedua-dua buah novel ini, terdapat
tiga buah pemikiran yang telah dianalisis untuk perbandingan. Bagi pemikiran yang
ditonjolkan dalam Novel Putera Gunung Tahan ialah Nasiolisme. Dimana terdapat
penentangan terhadap penjajah Inggeris. Sebagai contoh, pahlawan-pahlawan tanah Melayu
seperti Bahaman, Mat Gajah dan Mat Kilau berperang secara gerila untuk menentang Inggeris
kerana tidak mahu Pahang dijajah oleh pihak Inggeris. Pemikiran yang kedua pula adalah
berkaitan sikap tamak manusia iaitu sikap penjajah Inggeris di Tanah Melayu. Contohnya,
Tuan Wiliam ini hendak menawan puncak Gunung Tahan sehinggg sanggup melancarkan
serangan udara ke atas puncak Gunung Tahan sehingga mendapatkan malang keatas dirinya
iaitu kematian. Untuk pemikiran ketiga perkaryaan ingin sampaikan ialah Sosial Budaya
sesebuah bangsa. Dimana terdapat adat istiadat dan cara hidup orang Sakai. Contohnya, adat
perkahwinan orang Sakai ialah pengantin lelaki mengejar pengantin perempuan mengelilingi
busut jantan sebanyak tujuh kali.

Untuk novel kedua iaitu Seorang Tua di Kaki Gunung pemikiran yang ingin
disampaikan oleh pengarang ialah sifat keras hati yang membawa kepada sesuatu padah atau
musibah menimpa diri Tukya seperti disengat lebah ketika mencari madu lebah dan ditimpa
pokok cengal ketika menebang di hutan. Pemikiran seterusnya adalah maruah diri. Tukya
merupakan seorang yang kuat semangat dan sanggup mempertahankan harga dirinya walaupun
apa yang berlaku ke atas dirinya tetap dihadapi dengan tabah dan tenang. Pemikiran yang
terakhir yang boleh dibandingkan adalah kemiskinan. Kemiskinan yang dilalui sama ada yang
dihadapi oleh Tukya sendiri mahupun masyarakat kampung tersebut. Kemiskinan yang
digambarkan termasuklah keadaan rumah Tukya yang uzur yang serba kekurangan dan tidak

moden. Disini dapat dibuktikan bahawa terdapat perbandingan yang ketara antara dua buah
novel ini melalui aspek pemikiran pengarang.

PERBANDINGAN KONFLIK

Konflik merupakan elemen yang perlu di dalam setiap penceritaan, memacu naratif ke hadapan
serta untuk menarik minat pembaca mengetahui pengakhiran konflik sesebuah novel ini
diselesaikan. Di dalam konflik sesebuah karya terbahagi kepada dua konflik iaitu konflik
dalaman dan konflik luaran. Untuk kedua-dua novel ini terdapat perbandingan konflik iaitu
bagi novel Putera Gunung Tahan konfliknya adalah bersifat Man versus Persatuan dan novel
Seorang Tua di Kaki Gunung ialah Man Versu Self.

Konflik Man Versus Persatuan di dalam novel Putera Gunung Tahan ialah jenis konflik
yang mempunyai watak yang bertentangan dengan kerajaan dan budaya di mana mereka hidup.
Di dalam penceritaan ini menceritakan konflik bagaimana Ratu Bongsu telah menentang
sekeras-kerasnya pihak Inggeris yang ingin merampas puncak Gunung Tahan ini. Tuan
Robbert telah menghadapi konflik cara untuk memujuk Ratu Bongsu untuk menyerahkan
Gunung Tahan. Begitu juga dengan konflik antara Tuan Robert yang cuba untuk menyakinkan
kepada golongan orang Sakai bahawa budaya orang Inggeris lebih baik berbanding bangsa
Melayu.

Bagi konflik novel Seorang Tua di Kaki Gunung adalah Man Versus Self yang
membawa maksud kepada pergelutan dengan isu dalam sepeti hanya memilih jalan hidupnya
sendiri dengan tidak menerima warisan moden yang lebih baik. Contohnya, dalam tek Seorang
Tua di Kaki Gunung memperlihatkan sikap golongan tua yang tetap keras dalam usaha
mempertahankan pendiriannya terhadap corak kehidupan tradisi. Bagi mereka:

Kicau burung, desir angin dan bunyi kuang atau cengkerik adalah muzik asli yang tidak pernah
berhenti. Jalan becak, denai-denai yang berlopak, jambatan dari buluh dan batang balak yang
tumbang adalah pintu rezeki.
Serta kedegilan dan ketegan pendirian seorang tua begitu menyerlah sampai ke kemuncaknya
apabila Tukya berhasrat untuk membina sebuah rumah baru dengan menebang sebatang cengal
besar untuk dijadikan rumah. Ini ekoran daripada rumah lamanya yang sudah lama tersergam
dan memberi jasa itu menjadi ejekan cucunya, Farid.

“Rumah atuk buruk, rumah atuk senget, rumah atuk tepi hutan.”

Disini jelas membuktikan perbandingan konflik yang ketara antara dua buah novel tersebut.
Konflik bagi Novel Putera Gunung Tahan adalah luaran dan Novel Seorang Tua di Kaki
Gunung adalah bersifat dalaman.

PERBANDINGAN NILAI

Menurut kamus dewan, nilai merupakan sifat ketinggian pekerti pada diri seseorang. Dalam
karya sastera, nilai dapat difahami sebagai unsur ketinggian pekerti yang dapat dikesan oleh
pembaca. Melalui kedua-dua karya ini, terdapat beberapa nilai yang boleh diketengahkan
melalui karya Ishak Haji Muhammad dengan karya Azizi Abdullah. Karya ini mengisahkan
masyarakat yang berbeza namun mempunyai nilai yang sama atau mungkin nilai yang berbeza
yang telah ditunjukkan oleh penulis sendiri. Kedua-dua karya ini menunjukkan terdapatnya
nilai kegigihan melalui watak utama iaitu Tuan Robert, Tuan Wiliam dan watak Tukya dalam
novel seorang tua di kaki gunung.

Nilai yang ditonjolkan oleh penulis dalam novel putera gunung tahan adalah nilai
kegigihan. Tuan Robert dan Tuan William merupakan orang Inggeris yang gigih untuk mencari

tempat peranginan yang telah diarahkan oleh kerajaan British. Mereka merupakan orang kuat
kepada kerajaan British. Pak Sako memerlihatkan bermacam-macam gelagat penjajah British,
pegawai-pegawai yang setia dan proBritish, dan juga tindak tanduk golongan feudal yang
merugikan bangsa Melayu pada masa itu dan akan datang.

Namun bagi novel seorang tua di kaki gunung pula telah memperlihatkan nilai
kegigihan melalui watak Tukya. Pengarang telah memperlihatkan usaha yang bersungguh-
sungguh dalam melukiskan gambaran alam hutan untuk menimbulkan perhubungan erat dan
selari antara usia Tukya dengan kehidupan tradisi yang dianggap murni. Tukya adalah lambang
seseorang manusia yang gigih dalam mempertahankan pendiriannya hingga ke akhir hayat.
Dalam novel ini kegigihan seorang tua dalam mempertahankan pendidrian dan ledakan
perasaannya merupakan lambang ketokohan yang wajar dihormati. Pengarang telah berjaya
melakar watak Tukya sebagai watak lagenda yang tidak akan dilupakan oleh pembaca.

Novel putera gunung tahan juga telah memperlihatkan pelbagai nilai yang telah
ditonjolkan oleh pengarang. Terdapatnya nilai kasih sayang antara sahabat iaitu melalui watak
Tuan Robert dan Tuan William. Melalui nilai ini yang dapat dilihat adalah Tuan Robert telah
ditangkap oleh orang sakai namun sentiasa teringat akan kawannya begitu juga dengan Tuan
William yang selalu mengintai Tuan Robert serta sanggup mencarinya kerana mereka telah
terpisah apabila penolongnya telah mati. Ini telah menunjukkan bahawa terdapatnya nilai kasih
sayang antara sahabat dalam novel ini yang telah diperlihatkan oleh pengarang.

Namun dalam novel yang kedua pula iaitu seorang tua di kaki gunung juga telah
memperlihatkan nilai yang sama tetapi daripada situasi yang berbeza. Kasih sayang bukanlah
hanya diungkapkan dengan kata-kata sebaliknya sikap prihatin dan mengambil berat juga
memperlihatkan nilai kasih sayang antara insan. Sebagai contoh semasa Tukya sakit kerana
disengat tebuan, Besah telah menjaga Tukya sepenuhnya. Besah bukan sahaja telah

menunjukkan kasih sayangnya terhadap Tukya namun terhadap anaknya juga iaitu Fikri. Besah
sentiasa menyediakan bekalan atau ole-ole kepada Fikri untuk dibawa pulang ke kota, tidak
kiralah walaupun hanya beras huma, jering atau petai. Bukan sahaja kasih sayang antara
manusia tetapi kepada alam sekelilingnya juga. Pengarang telah mendedahkan bagaimana
hormatnya Tukya kepada alam sekeliling hinggakan tidak akan menebang pokok biarpun telah
diputuskan sekiranya tidak mengikut waktu yang ditetapkan.

Apabila menganalisis kedua-dua karya yang telah dibuat, terdapat perbezaan
daripada aspek nilai iaitu novel putera gunung tahan telah menunjukkan nilai kenegaraan tetapi
novel seorang tua di kaki gunung pula telah menunjukkan nilai kebudayaan. Dalam novel yang
pertama, Pak Sako telah memperlihatkan rasa cinta akan bangsa dan negara seta keinginan
membebaskan negara atau ekonomi daripada cengkaman kuasa asing. Hal ini telah
menunjukkan bahawa terdapatnya nilai nasionalisme dalam kalangan rakyat di Tanah Melayu
khususnya golongan pertengahan yang diwakili oleh golongan penulis seperti Pak Sako.
Nasionalisme juga merupakan sebuah elemen yang penting dalam sejarah manusia kerana ia
mampu menghapuskan pengabdian dan rasa rendah diri sesama manusia (Vejai
Balasubramaniam, 1998).

Berbeza pula dengan novel seorang tua di kaki gunung yang jelas memperlihatkan
nilai budaya oleh pengarangnya. Dalam novel ini terdapatnya jurang generasi antara golongan
tua yang mempunyai sikap yang keras dalam mempertahankan pendiriannya iaitu pendirian
tradisinya dan cuba dipertahankan hingga ke akhir hayatnya namun sukar kerana bertentangan
dengan golongan muda yang mempunyai pendirian moden yang sukar pula diterima oleh
golongan tua. Dalam karya ini jelas memperlihatkan golongan tua yang teguh mempertahankan
pendirianya terhadap corak kehidupan tradisi yang amat rapat dengan alam semula jadi di kaki
gunung bongsu.

PERBANDINGAN MESEJ YANG INGIN DI SAMPAIKAN

Mesej merupakan unsur teladan dalam sesebuah karya sastera. Sebahagian daripada pengkaji
menyebutkannya sebagai pengajaran. Ia dapat dikesan melalui gagasan penulis atau tindakan
dan pemikiran watak dalam sesebuah cerita. Pembaca dapat mengesan unsur ini dalam
sesebuah karya sastera dengan menggunakan pemikiran positif. Pembaca akan dapat membuat
kesimpulan bahawa sesuatu gagasan penulis atau tindakan dan pemikiran watak itu patut
diikuti atau tidak.

Persamaan mesej bagi kedua-dua novel ini dapat dilihat dalam aspek kerjasama.
Dalam novel Seorang Tua Di Kaki Gunung mengambarkan kehidupan yang harmoni dan saling
membantu dalam kalangan penduduk kampung. Keakraban bersama dalam satu kumpulan
adalah seperti satu keluarga besar dalam satu kampung. Ini dapat dilihat apabila Tukya ditimpa
tragedi ditimpa batang cengal yang mengakibatkan kematiannya, penduduk kampung turut
berkerjasama membawa mayat Tukya keluar dari hutan. Novel Putera Gunung Tahan pula
mengambarkan orang-orang sakai menolong dan membantu Tuan William yang kesusahan dan
memberikan layanan yang baik kerana kawannya Tuan Robert mati terjatuh pokok.

Mesej kedua yang dapat dilihat adalah aspek cinta. Dalam novel Seorang Tua Di
Kaki Gunung mempamerkan kisah cinta seorang ayah terhadap anaknya walaupun anaknya
sering melukai hati ayahnya. Bapanya juga tidak mahu jasanya dibalas oleh anaknya sendiri
walaupun anaknya telah berjaya dan hidup senang di bandar. Besah juga menunjukkan
perasaan cinta kepada suaminya dengan menjaga Tukya sepenuhnya semasa suaminya itu
disengat lebah. Novel Putera Gunung Tahan pula mengambarkan perasaan cinta akan negara
yang dapat dilihat melalui watak ratu bongsu yang tidak sanggup menerima tawaran Tuan
William dalam bentuk wang, sebuah istana demi menjaga dan tidak mahu menyerahkan puncak
gunung tahan kepada inggeris.

Mesej yang terakhir dalam kedua-dua buah novel ini adalah dari aspek hormat.
Pengarang mengupas kehidupan dan tradisi kampung yang penuh pantang larang dalam
membuat sesuatu kerja di dalam Novel Seorang Tua Di Kaki Gunung. Bagi mereka, ada
peraturan untuk apa yang mereka mahu lakukan dan mereka menganggap setiap kerja itu sangat
mulia dan patut dihormati. Dalam novel tersebut, jelas bagaimana Tukya bertahan sehinggakan
dia dapat membatalkan niatnya untuk menebang pokok cengal itu walaupun ketika itu dia
sudah berada di tengah-tengah hutan hanya kerana tidak melakukannya awal-awal lagi. waktu
pagi. Petua lain juga digunakan, seperti petua memilih pokok yang baik, dan tidak pernah
melarang untuk membina rumah. Dalam novel Putera Gunung Tahan pula, aspek ini dapat
dilihat orang-orang sakai begitu menghormati tuk batin dan menghormati perempuan tua
kerana dianggap sebagai ketua mereka. Selain itu, orang-orang sakai juga menghormati tetamu
yang datang ke perkampungan mereka dengan melantik Tuan Robert sebagai batin putih.

KESIMPULAN

Tuntasnya, setelah membuat perbandingan dalam kedua-dua buah novel ini dapat
disimpulkan bahawa novel Putera Gunung Tahan ini menzahirkan semangat nasionalisme
manakala novel Seorang Tua di Kaki Gunung pula sarat dengan isu kelangsungan masyarakat
dan ikatan keluarga. Dimana kedua-dua tema novel ini menceritakan nasionalisme yang
menjunjung tinggi rasa cinta akan tanah air iaitu Malaysia. Penulisan seumpama ini dilakukan
bertujuan untuk meniupkan semangat nasionalisme dalam kalangan bangsa Melayu agar
mereka dapat bangkit dan bersatu dalam usaha menghalau penjajah dari tanah tercinta dan
mengekalkan corak kehidupan tradisi yang mengetengahkan cara hidup masyarakat pedalaman
yang amat rapat dengan alam semula jadi dengan tidak mementingkan kebendaan demi
mengadai maruah negara, kemajuan dan pemodenan semata-mata.

RUJUKAN

Airikamalek (2010, September 30) Karya Agung-Seorang Tua di Kaki Gunung. Diperolehi
daripada https://airikamalek.blogspot.com/2010/09/karya-agung-seorang-tua-di-kaki-
gunung.html. Diakses padaa 5 Januari 2022.

Grace Fleming (2018). Konflik dalam Sastera. Diperoleh daripada
https://ms.eferrit.com/konflik-dalam-sastera/. Diakses pada 3 Januari 2022.

Marzalina Mansor, Nor Hafidah Ibrahim & Hasmawali Hassa (2017). Pemikiran dalam novel
Sebalik Yamashita dan Percivel. Diperolehi daripada
https://www.researchgate.net/publication/317075129_PEMIKIRAN_DALAM_NOV
EL_SEBALIK_YAMASHITA_DAN_PERCIVEL. Diakses pada 4 Januari 2022.

Noor Salawati Abu Bakar, Zubir Idris, Shaiful Bahri Md. Radzi (2021). Perspektif Sosio

Ekonomi Masyarakat dalam novel-novel terpilih Karya Azizi Abdullah. Jurnal Melayu

Bil.20(1), 170-183. Diakses melalui

https://ejournal.ukm.my/jmelayu/article/view/47725/11825 pada 7 Januari 2022.

Tengku Intan Marlina Tengku Mohd Ali, Mawar Safei, Kamariah Kamarudin & Maharam

Mamat. (2020) Nasionalisme dalam Novel Panggil Aku Melaju. Jurnal Melayu bil

19(2). Diperolehi daripada

https://www.researchgate.net/publication/344985593_NASIONALISME_DALAM_N

OVEL_PANGGIL_AKU_MELAJU. Diakses pada 4 Januari 2022.

Ungku Mainunah Mohd Tahir (2011). Novel Putera Gunung Tahan oleh Ishak Haji
Muhammad sebagai Wacana Balikan Pascakolonial. Akademik 81(3), 65-74. Diakses
melalui https://ejournal.ukm.my/akademika/article/view/486/4133 pada 7 Januari 2021.


Click to View FlipBook Version