The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hanisqstina, 2021-08-25 10:13:47

KK1 EDUP3023

KK1 EDUP3023

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
( AMBILAN JUN 2021 SEMESTER 1 TAHUN 1 )

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
(EDUP3023)

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA NUR HANIS QISTINA BINTI MD RAJAB
ANGKA GILIRAN
NO. KAD PENGENALAN 2021192340156

KUMPULAN 020707-01-0412
KOD DAN NOMBOR KURSUS
PISMP G8
TAJUK TUGASAN EDUP 3023
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
NAMA PENSYARAH DAN JABATAN PENULISAN AKADEMIK:
PERINGKAT PERKEMBANGAN KANAK-
TARIKH HANTAR KANAK OLEH TEORI JEAN PIAGET
TARIKH MENERIMA MAKLUM BALAS DATIN ZAIRIHAN BINTI CHE HARON
JABATAN ILMU PENDIDIKAN
DARIPADA PENSYARAH 25 OGOS 2021

ISI KANDUNGAN 1

PERKARA HALAMAN
ISI KANDUNGAN 1
PENGHARGAAN 2
1.0 PENGENALAN 3
2.0 Teori Perkembangan Kanak-Kanak Jean Piaget
3.0 Implikasi yang boleh diaplikasikan dalam Teori 4-6
Perkembangan Kanak-Kanak Jean Piaget 7-8
4.0 RUMUSAN
5.0 RUJUKAN 9
6.0 LAMPIRAN 10
11

2

Penghargaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdullilah, pertama sekali saya ingin
mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia yang telah
dianugerahkan kepada saya, dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Seterusnya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah
Perkembangan Kanak-Kanak saya iaitu, Datin Zairihan binti Che Haron kerana dengan tunjuk
ajar serta bimbingan beliau, dapatlah saya menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada kedua ibu
bapa saya yang sentiasa dan tidak henti untuk mendoakan saya serta memberikan semangat
kepada saya.

Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan seperjuangan yang
banyak berkongsi ilmu dan pengalaman serta sentiasa membetulkan segala kekurangan
ataupun kesilapan yang saya lakukan supaya kami bersama-sama memperoleh keputusan
yang cemerlang.

Akhirul kalam, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara
langsung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini. Terima kasih.

3

1.0 Pengenalan

Umum mengetahui bahawa setiap manusia akan mengalami pertumbuhan dan
perkembangan dari segi aspek fizikal, kognitif, sosioemosi dan personaliti sejak mereka
dilahirkan sehinggalah menjadi remaja, dewasa dan tua. Pertumbuhan merupakan suatu
perubahan yang boleh dinilai atau diukur satu peringkat ke satu peringkat yang lain dari
satu jangka masa ke satu jangka masa yang lain (Institut Pendidikan Guru Malaysia,
2018). Menurut Santrock (2008), perkembangan dapat ditafsirkan sebagai perubahan
dalam corak biologi, kognitif dan sosioekonomi individu yang bermula dari peringkat
percambahan sehingga ke akhir hayat. Terdapat pelbagai teori telah diperkenalkan oleh
tokoh-tokoh mengenai peringkat perkembangan kanak-kanak. Oleh itu, penulisan ini akan
memperincikan peringkat perkembangan kanak-kanak berdasarkan teori Jean Piaget.

4

2.0 Teori Perkembangan Kanak-Kanak oleh Jean Piaget

Jean Piaget merupakan bapa psikologi yang amat berpengaruh dalam kajian
perkembangan kognitif dan bahasa kanak-kanak. Jean Piaget (1896-1980) berasal dari
Switzerland dan beliau menggunakan model biologi untuk menghuraikan perkembangan
kognitif manusia. Beliau juga memulakan kajiannya terhadap perkembangan kanak-kanak
setelah berjaya memperoleh Ijazah Doktor Falsafah dalam biologi seawal umur 25 tahun (Mok
Soon Sang, 2009). Piaget amat berminat dengan perubahan struktur dan evolusi
pengetahuan dalam pemikiran kanak-kanak. Teori pembelajaran Piaget adalah berlandaskan
premis bahawa setiap kanak-kanak umpama saintis yang sentiasa aktif meneroka dunianya
untuk mencapai kefahaman. Jean Piaget telah memperkenalkan empat konsep utama dalam
penyelidikan tentang proses pembelajaran, iaitu:

Jadual 1 Konsep Utama Teori Kognitif Jean Piaget

Konsep utama Penerangan
Skema Struktur kognitif asas yang mewakili
pengetahuan mental seseorang untuk
Asimilasi mengadaptasikan maklumat baharu.
Proses kognitif iaitu individu mengintegrasi
Akomodasi maklumat atau pengalaman baharu ke
Ekuilibrasi dalam skema sedia ada.
Mengubah suai skema sedia ada untuk
menerima maklumat baharu.
Keseimbangan antara asimilasi dan
akomodasi semasa individu berinteraksi
dengan persekitaran.

Skema dibina semasa kanak-kanak cuba mencapai kefahaman tentang sesuatu dan
bertindak kepada pengalaman fizikal di persekitarannya. Semakin kanak-kanak membesar,
skema baharu akan terbentuk dan skema sedia ada diubah suai dan bertambah. Menurut
Piaget, skema berubah atau berkembang melalui dua proses penting yang dinamakan
sebagai organisasi dan adaptasi.

Proses yang membolehkan skema berkembang ialah asimilasi dan akomodasi.
Kedua-dua proses ini saling berkait antara satu sama lain. Asimilasi berlaku apabila kanak-
kanak menggabungkan elemen baharu ke dalam struktur sedia ada dan ianya penting untuk
membantu mengembangkan skema. Akomodasi pula merupakan satu cara untuk
menukarkan konsep lama untuk disesuaikan dengan maklumat baharu.

5

Penyesuaian di antara asimilasi dan akomodasi dinamakan ekuilibrasi iaitu untuk
proses keseimbangan yang berlaku pada kanak-kanak. Ekuilibrasi juga menerangkan cara-
cara pemikiran kanak-kanak beralih dari satu peringkat ke peringkatnya seterusnya.

Piaget percaya bahawa pemikiran kanak-kanak berkembang mengikut satu siri urutan
yang berperingkat-peringkat. Teori Piaget yang amat terkenal ialah mengenai perkembangan
kognitif. Menurut beliau terdapat empat peringkat perkembangan kognitif iaitu peringkat
sensori motor, peringkat praoperasi, peringkat operasi konkrit dan peringkat operasi formal.

Peringkat pertama iaitu peringkat sensori motor (0 – 2 tahun). Perkembangan kognitif
peringkat sensori motor bergantung kepada penggunaan deria dan kemahiran motor yang
ada iaitu melihat, mendengar, menyentuh, merasa. Mereka mempelajari sesuatu melalui
tindakan ulangan dan masih tidak mempunyai kebolehan simbol. Pada peringkat awal, bayi
belum mempunyai pengekalan objek. Oleh itu, bayi tidak memahami objek yang hilang
daripada penglihatan. Pada akhir peringkat sensori motor (10 bulan), bayi telah mempunyai
pengekalan objek. Misalnya, jika seorang ibu menunjukkan satu mainan seperti loceng
kemudian menyembunyikan dalam kedua tapak tangan, bayi akan terus bergerak untuk
mencarinya.

Seterusnya, peringkat praoperasi (2 hingga 7 tahun). Kanak-kanak mula
menggunakan bahasa dan imej untuk mewakili kefahamannya. Keupayaan pemikiran simbol
menandakan kanak-kanak sudah mempunyai kesediaan untuk berbahasa. Contohnya,
kanak-kanak boleh menyebut “susu” yang merujuk kepada permintaan susu walaupun susu
tidak kelihatan. Tambahan pula, kehadiran pemikiran intuisi dalam lingkungan umur empat
hingga tujuh tahun menyebabkan kanak-kanak mempamerkan sikap ingin tahu, suka
bercakap dan suka bertanya.

Peringkat ketiga iaitu peringkat operasi konkrit (7 hingga 11 tahun). Pada peringkat
operasi konkrit ini, kanak-kanak dapat mempertimbangkan beberapa ciri objek secara
serentak, bukan lagi berfokus kepada satu ciri sahaja. Kanak-kanak membuat penaakulan
logik tetapi masih terikat kepada objek atau peristiwa konkrit serta memahami prinsip
kekekalan, menguasai konsep klasifikasi, seriasi dan kebalikan. Impaknya, mereka akan
menggunakan cara pembelajaran hafalan untuk menyelesaikan masalah dan bukannya
secara penaakulan atau pemikiran logik.

Peringkat terakhir iaitu peringkat operasi formal (12 tahun hingga dewasa). Remaja
berupaya untuk berfikir, bukan sekadar tentang alam realiti tetapi dapat menaakul secara
abstrak. Pernyataan ini selari dengan pandangan Fatimah Ibda (2015) menyatakan bahawa
pada peringkat ini mereka berkemampuan untuk berfikir secara abstrak, saintifik dan logikal
untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Misalnya, dalam subjek Matematik, mereka boleh

6

menggunakan symbol-simbol abstrak seperti x untuk mewakili sesuatu nombor. Contohnya,
x = 15. Mereka juga berminat isu-isu sosial dan identiti diri, memikirkan tentang masa depan
serta cuba menentukan sesuatu yang terbaik.

Jelaslah bahawa terdapat empat peringkat perkembangan kognitif berdasarkan teori
Piaget. Walau bagaimanapun, Sund (1976) berpendapat bahawa bukan semua orang dewasa
mencapai peringkat operasi formal. Tambahan pula, Piaget (1974) mengakui kebanyakan
orang mencapai tahap pemikiran operasi formal dalam bidang kepakaran mereka sahaja.

7

3.0 Implikasi yang boleh diaplikasikan dalam Teori Perkembangan Kanak-Kanak oleh
Jean Piaget

Menurut Slavin (2012), Piaget membuat banyak kajian dan penyelidikan terhadap cara kanak-
kanak belajar dan sumbangan beliau telah menzahirkan bentuk pendidikan yang dipadankan
dengan peringkat perkembangan kanak-kanak atau disebut sebagai developmentally
appropriate education. Teori Piaget memberikan impak yang besar terhadap dunia
pendidikan. Terdapat pelbagai implikasi mengenai teori Piaget terhadap pengajaran dan
pembelajaran.

Rajah 1

Implikasi Perkembangan Kanak-Kanak Teori Jean Piaget

menggalakkan menyediakan memudahkan
kanak-kanak peluang untuk murid-murid
berfikir secara kanak-kanak mengintegrasikan
pengetahuan
abstrak membuat
penerokaan dan baharu

penemuan

Seperti yang kita sedia maklum, pembangunan pendidikan kanak-kanak di Malaysia
kebanyakannya mengadaptasi atau mempunyai saling perkaitan dengan Teori
Perkembangan Kognitif Piaget. Beberapa program dan dasar yang dilaksanakan dalam
pembangunan pendidikan kanak-kanak di Malaysia mengaplikasikan teori ini demi
memastikan setiap program yang diperkenalkan dapat menepati perkembangan kanak-
kanak.

8

Implikasi yang dapat dikaitkan dengan teori Piaget ialah menggalakan kanak-kanak
berfikir secara abstrak. Guru perlu menyediakan bahan-bahan konkrit bersesuaian dengan
umur kanak-kanak untuk menguji idea kanak-kanak. Seperti kita sedia maklum, Kementerian
Pendidikan Malaysia telah melaksanakan pembelajaran abad ke-21 (PAK21) bermula pada
tahun 2014. Antara elemen yang diterapkan ialah pemikiran kritis dan kreatif. Oleh itu, guru
boleh bertanyakan soalan-soalan untuk menggalakkan murid-murid berfikir secara logikal dan
analitikal. Menurut akhbar Berita Harian Online, guru perlu merancang strategi pemupukan
kemahiran berfikir yang baik kepada pelajar. Salah satu aktiviti yang perlu kerap dilaksanakan
guru ialah dengan bertanyakan soalan. Sesi soal jawab sangat kritikal untuk membantu
mengembangkan potensi kemahiran berfikir. Oleh itu, strategi pengajaran dan pembelajaran
perlu mencabar pemikiran murid supaya dapat mencetuskan proses asimilasi dan akomodasi
sekaligus memperluas skema kognitif.

Implikasi seterusnya ialah dapat menyediakan peluang untuk kanak-kanak membuat
penerokaan dan penemuan konsep atau proses yang dipelajari dengan menggunakan daya
pemikiran mereka. Hal ini juga mampu menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih
menarik. Berdasarkan pendapat seorang guru yang telah saya temu ramah iaitu cikgu Md
Zool Fadli Hj Mahbub di Sekolah Rendah Sultan Hashim Batu Apoi di Brunei, beliau
menyatakan bahawa cara untuk kita merangsang pemikiran kreatif dan kognitif kanak-kanak
ialah guru mestilah menyediakan satu aktiviti pengajaran yang menyeronokkan. Contohnya,
jika sesuatu topik berkait dengan alam sekitar, maka guru boleh membawa murid-murid ke
taman sekolah untuk meneroka alam sekitar. Aktiviti pengajaran sebegini mampu menarik
minat murid-murid untuk belajar. Oleh itu, guru-guru harus merancang aktiviti yang
bersesuaian agar murid-murid mencapai ekuilibrasi kognitif yang dihasratkan.

Implikasi yang terakhir ialah memudahkan murid-murid mengintegrasikan
pengetahuan baharu. Pendekatan integratif adalah untuk mengaplikasikan maklumat yang
dipelajari secara teori kepada situasi dalam kehidupan seharian dan lebih menekankan
perkembangan kemahiran kognitif berbanding dengan penyampaian maklumat semata-mata.
Pendekatan seperti ini mampu membuatkan murid-murid dapat merangsang daya pemikiran
dengan lebih cepat sekaligus menjadikan murid-murid lebih mudah memahami tentang topik
yang dipelajari.

9

4.0 Rumusan

Kesimpulannya, teori perkembangan kognitif Jean Piaget amat penting untuk dikuasai oleh
guru dan menerapkannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru merupakan
antara pihak berperanan penting dalam menguasai ilmu perkembangan kognitif kanak-kanak.
Kesan daripada pemahaman mengenai ilmu ini begitu besar sehingga mampu mewujudkan
satu perubahan yang besar dalam sebuah sistem pendidikan. Guru juga mestilah merancang
aktiviti pengajaran yang efektif untuk murid-murid. Teori perkembangan kognitif Piaget
menekankan agar guru melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap
perkembangan dan kemampuan pelajar. Pemahaman guru mengenai perkembangan kognitif
kanak-kanak juga mampu memartabatkan profesion perguruan kerana guru akan lebih
memahami nilai dan sifat kanak-kanak pada tahap-tahap tertentu termasuklah dari aspek
intelek, sosial, dan jasmani.

(1303 patah perkataan)

10

5.0 Rujukan
Azman Safii. (2017, Jun 20). Ciri-ciri pembelajaran abad ke-21. Azmanss Blogspot.

https://azmanss.blogspot.com/2017/06/ciri-ciri-pembelajaran-abad-ke-21.html

Farish Farisha. (2012, Disember 26). Pembelajaran abad ke-21 [PowerPoint slides].
SlideShare. https://www.slideshare.net/farisha85/pembelajaran-abad-ke21

Fatimah Ibda. (2015). Perkembangan kognitif: Teori Jean Piaget. Dosen Fakultas Tarbiyah
dan Keguruan UIN Ar-Raniry, 3 (1), 27-37.

Kamal Faizin Che Kasim. (2019, Januari 23). Apa itu pembelajaran abad ke 21 (PAK21).
Pendidik2u. https://www.pendidik2u.my/pembelajaran-abad-ke-21-pak21/

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2014). Kemahiran berfikir aras tinggi aplikasi di sekolah.
Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Mohd Rustam Mohd Rameli & Muhammad Talhah Ajmain@Jima’ain. (2021, April 6).
Kemahiran berfikir pelajar perlu dipupuk. Berita Harian.
https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2021/04/803936/kemahiran-berfikir-
pelajar-perlu-dipupuk

Piaget, J. (1974). Understanding causality. D. Miles & M. Miles, Trans. Norton.
Santrock, J. W. (2008). Educational psychology (3rd ed.). McGrawHill.
Slavin, R. (2012). Educational psychology: Theory and practise (10th ed.). Pearson.

Wong Kiet Wah, Mohamad Isa Azis & Rafidah Ruhani. (2016). Siri pendidikan guru:
Perkembangan kanak-kanak edisi kedua. Oxford Fajar Sdn.Bhd.

11

6.0 Lampiran

Gambar 1 Menemu ramah Cikgu Zool Fadli (Guru di SR Sultan Hashim Batu Apoi,
Peliunan, Brunei)

12


Click to View FlipBook Version