The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by malar3413, 2021-10-05 10:29:21

Minit Mesyuarat Jawatan Kuasa Kurikulum Sekolah

Bil.1/2021

Bil.1 / Tahun 2021

1

Tarikh/Hari : 07 Disember 2020 (Isnin)
Masa : 11:00pagi
Tempat : Bilik PSS
Pengerusi : En.M.Asokkumar (Guru Besar)

Kehadiran :

1. En.M.Asokkumar (GB)
2. Pn.Malar Arasan (GPK 1)
3. Pn.M.Ponmani (GPK HEM)
4. Pn.R.Santhi (GPK KoKu)
5. Pn.T.Shoghilah
6. Pn.K.Yogavani
7. En.R.Panir Sellvam
8. Pn.A.Puganeswari
9. Pn.L.Kalaimathi
10. Pn.B.Hindumathi

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI.

1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran guru-guru penolong kanan dan semua guru ke
mesyuarat JKKS bil.1 sesi 2021. Beliau mengucapkan selamat berjumpa kembali
kepada semua yang hadir dan terima kasih di atas komitmen semua guru kerana
dapat meluangkan masa untuk sama-sama hadir pada hari ini walaupun bertugas di
rumah dan menjalankan tanggung jawab PdPdR. Dalam ucapan beliau telah
menyentuh perkara-perkara berikut:

1.2 Pengerusi mengumumkan visi, misi KPM dan Motto JPN NS, hasrat PPPM, Naratif
Baharu Amalan Pendidikan, tanggungjawab penjawat awam sebagai seorang guru
dan kemenjadian murid.

1.3 Pengerusi memaklumkan bahawa hala tuju sekolah perlu menjadi pegangan semua
semua guru.

1.4 Pengerusi berharap pada tahun 2021 semua guru akan memberi sepenuh komitmen
terhadap tugas yang akan diberi.

1.5 Pengerusi memaklumkan bahawa waktu PdPc sesi persekolahan 2021 akan
bermula pada pukul 7:30 pagi dan berakhir pada pukul 1:30 petang. Program
bacaan dan bijak sifir akan dijalankan sepanjang minggu.

1.6 Pengerusi menyatakan bahawa bilangan guru kekal iaitu 10/10. Tiada perubahan.

2

1.7 Pengerusi memaklumkan bahawa peranan dan tanggungjawab staf akademik akan
bertambah atau berkurang berpandukan kepada bilangan staf akademik yang
sedia ada.

1.8 Pengerusi berharap semua guru optimis terhadap cabaran dan bekerja sebagai
sebuah pasukan, yakni semua akan bekerja bersama-sama.

1.9 Pengerusi berpesan semua guru bekerja dengan lebih baik lagi. Walaupun tugas
yang bakal diterima akan bertambah namun beliau berharap semua guru sesuaikan
diri dengan perubahan-perubahan yang bakal berlaku.

1.10 Pengerusi meminta semua guru agar berubah mengikut arus perubahan semasa.
Namun demikian, guru-guru diharap dapat berbuat setakat yang mampu dan tidak
komited sehingga mengundang stress.

1.11 Pengerusi meminta semua guru mengemaskini fail-fail mengikut tahun semasa
serta perbaiki kekurangan agar ia relevan.

1.12 Pengerusi meminta semua guru jika mengadakan sesuatu perjumpaan atau
mesyuarat sila sampaikan dengan prosedur yang betul iaitu eviden yang berbentuk
dokumen agar dapat sokongan dan kerjasama dari semua guru.

1.13 Pengerusi juga meminta semua guru bahawa segala penghantaran dokumen ke
pihak atasan haruslah dalam tempoh masa yang ditetapkan dan sila maklumkan
awal kepada pengurusan masing-masing dan ambil tindakan yang sepatutnya.

1.14 Pengerusi memaklumkan bahawa segala penetapan dan keputusan yang diambil
dalam mesyuarat ini diminta ketua panitia dan guru-guru yang terlibat harus
bincang, buat keputusan dan buat penetapan dalam mesyuarat yang bakal
diadakan.

1.15 Pengerusi memaklumkan bahawa beliau sebagai pentadbir akan memberi arahan
kepada Guru Penolong Kanan Pentadbiran dan meminta semua guru patuh dan
ikut arahan GPK I menjalankan tugas demi meningkatkan akademik murid serta
buat penambahbaikan dalam tugasan guru.

1.16 Pengerusi meminta semua guru sila ikut dan patuh Pekeliling Kemajuan
Pentadbiran Awam Bil.2/ tahun 1991 iaitu Panduan Pengurusan Mesyuarat dan
Urusan Jawatan Kuasa-Jawatan Kuasa Kerajaan sebelum,semasa dan selepas
sesuatu mesyuarat diadakan.

3

1.17 Pengerusi memaklumkan bahawa segala pelaksanaan pengurusan kurikulum
adalah tanggungjawab guru kelas, ketua panitia dan guru-guru yang memegang
jawatan sub-sub unit kurikulum.

1.18 Pengerusi memesan semua guru bahawa segala penghantaran dokumen ke
JPN NS, PPD samada eviden yang berbentuk dokumen atau melalui URL yang
diberikan sila cetak sebelum hantar dan hendaklah simpan satu salinan dalam fail
induk masing-masing dengan cop dan tandatangan guru besar. Ia merupakan bukti
penghantaran.

1.19 Pengerusi juga berpesan semua guru bahawa sebarang masalah yang timbul boleh
dibincangkan bersama demi menjamin kesejahteraan bersama.

1.20 Pengerusi memohon semua guru menerima tugas dan tanggungjawab yang
diberikan. Menjelaskan bahawa kurikulum adalah ‘core-business’ guru-guru SJK(T)
Ladang Batang Benar.

1.21 Pengerusi turut menegaskan tentang elakkan bekerja dalam tekanan kerana ia
akan memudaratkan diri sendiri serta menjatuhkan prestasi diri.

1.22 Pengerusi meminta semua guru memberi perhatian kepada pengurusan stok dan
inventori. Semua guru bertanggungjawab.

1.23 Pengerusi meminta semua Ketua Panitia merekodkan setiap pembelian BBM
dalam buku stok dari semasa ke semasa. Sila pastikan urusan peminjaman dan
pemulangan BBM direkodkan.

1.24 Pengerusi juga memesan semua Ketua Panitia sila labelkan sudut penyimpanan
dan labelkan bahan dan alatan keperluan panitia dan juga kekemasan dan
kebersihan tempat penyimpanan.

1.25 Semua guru bertanggung jawab meningkatkan keupayaan guru dalam PdPc dan
meningkatkan kemahiran 4M murid tahap 1.

1.26 Pengerusi meminta semua KP mengoptimumkan keupayaan dan kemenjadian guru
pada tahap lebih cemerlang.

1.27 Pengerusi menegaskan tentang PdPc guru harus berkonsepkan didik hibur dan
berasaskan TMK.

1.28 Pengerusi meminta PLC diteruskan dengan lebih efisien dan berkesan di antara KP
dan guru dan semua guru harus menghayati PLC.

1.29 Pengerusi memohon semua guru memperkasakan program sokongan seperti
aktiviti panitia, PSS, HIP dan sebagainya demi meningkatkan pencapaian akademik
murid ke arah lebih cemerlang.

4

1.30 Pengerusi meminta semua KP dan guru agar membiasakan murid dengan soalan
KBAT, penggunaan i-think dalam proses PdPc di bilik darjah.

1.31 Pengerusi meminta semua KP sila bincang dan buat perancangan belanjawan dan
senaraikan bahan dan alatan keperluan sahaja yang hendak dibeli.
Makluman:Semua Guru

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU.

2.1 Minit Mesyuarat Kurikulum bil.2 Tahun 2020 bertarikh pada 01 Julai 2020 (Rabu)

disahkan.

Dicadang oleh : Pn.K.Yogavani
Disokong oleh : Pn.R.Santhi

3.0 PERKARA BERBANGKIT

3.1 PARA 4.6.2 (m/s 5) GPK 1 masih belum terima borang PBD bulan Januari hingga
November bagi semua subjek yang diajar. Telah diberi peringatan secara verbal dan
MEMO kali pertama dan kedua. Borang PBD masih tidak diterima oleh GPK I. Ketua
Panitia sila ambil tindakan.
Tindakan:En.R.Panir Sellvam

3.2 PARA 4.9.2 (m/s 6) Beberapa panitia masih tidak menggunakan peruntukan panitia
walaupun telah dibuat penetapan penggunaan sebelum bulan September. Sila ambil
tindakan pada tahun 2021.
Tindakan:Ketua Panitia

3.3 PARA 4.9.5 (m/s 7) GPK 1 masih tidak menerima minit mesyuarat panitia
Pendidikan Moral kali pertama. Telah diberi peringatan secara verbal dan MEMO
kali pertama dan kedua. Sila serahkan sebelum mesyuarat panitia Pendidikan Moral
bil.1/2021 diadakan.
Tindakan:En.R.Panir Sellvam

3.4 PARA 4.18.2 (m/s 9) SUP masih tidak menerima analisa keseluruhan subjek
Pendidikan Moral Ujian 1 dari KP. Telah diberi peringatan secara verbal oleh SUP.
Sila serahkan sebelum 18.12.2020.
Tindakan:En.R.Panir Sellvam

3.5 PARA 4.21.4 (m/s 11) GPK 1 masih tidak buat penyeliaan buku latihan murid subjek
Pendidikan Moral tahun 2 dan Matematik tahun 5 disebabkan guru subjek tidak
hantar dalam tempoh masa yang diberikan.Telah diberi peringatan secara verbal
dan MEMO kali pertama dan kedua.
Tindakan:En.R.Panir Sellvam

5

4.0 PEMBENTANGAN KERTAS-KERTAS KERJA.

4.1 Penubuhan Jawatan Kuasa Pengurusan Kurikulum.
4.1.1 Dijalankan semasa mesyuarat Jawatan Kuasa Pentadbiran Sekolah
bil.1/2021. Satu salinan telah diedarkan. Rujuk lampiran 1.
Makluman:Semua Guru

4.2 Takwim Pengurusan Kurikulum.
4.2.1 Satu salinan telah diedarkan. Rujuk lampiran 2.

4.2.2 GPK 1 meminta semua guru akur kepada takwim pengurusan kurikulum yang
disediakan.

4.2.3 Sila patuh dan ikut takwim untuk menjalankan sebarang aktiviti dan program.

4.2.4 Diminta semua guru bertanggungjawab menjalankan tugasannya seperti
penetapan yang dibuat dalam takwim.

4.2.5 Sila buat persediaan awal yang sepatutnya dan sila elakkan buat tugasan
sebelum satu atau dua hari sesuatu aktiviti dan program. Ini akan mewujudkan
suasana keseronokkan dalam tugasan, meningkatkan penglibatan guru serta
menarik minat guru menjalankan peranan dan tanggungjawab yang diberikan.

4.2.6 Diminta semua guru sentiasa rujuk takwim bagi mengelakkan penangguhan
aktiviti dan program. Ini akan membebankan guru yang akan menjalankan
aktiviti dan program yang seterusnya.
Tindakan : Semua Guru

4.3 Pengurusan Kurikulum.
4.3.1 GPK I menjelaskan bidang tugasnya dengan merujuk SKPMg2.

4.3.2 Diminta semua guru bersedia dan mematuhi arahan yang diberikan dari
semasa ke semasa.

4.3.3 Diminta semua guru mengutamakan akademik murid, memfokuskan PdPc
serta pelbagaikan pengkaedahan PdPc dan wujudkan kemenjadian murid
yang cemerlang bagi sepanjang tahun.

4.3.4 GPK 1 membentangkan dan menerangkan setiap aspek, TUMS dan tahap
tindakan, pengisian skor SKPMg2 S3 (3.1)
Makluman:Semua Guru

4.4 Jawatan Kuasa Perancangan Strategik.
4.4.1 Dijalankan semasa mesyuarat Jawatan Kuasa Pentadbiran Sekolah
bil.1/2021. Satu salinan telah diedarkan. Rujuk lampiran 3.
Makluman : Semua Guru

6

4.5 Takwim Persekolahan.
4.5.1 1 salinan telah diedarkan. Rujuk lampiran 4.

4.5.2 Diminta semua guru menyediakan RPT dan aktiviti dan program panitia,
mengikut takwim.
Tindakan : Semua Guru

4.6 Mesyuarat Kurikulum.
4.6.1 Diadakan 4 kali dalam setahun. Iaitu pada bulan Disember, Mac, Julai, dan
Oktober.

4.6.2 Minit disediakan dan diedarkan dalam masa 2 minggu.
Makluman : Semua Guru

4.7 Buku Pengurusan Kurikulum.
4.7.1 GPK 1 akan menyediakan 1 buku pengurusan kurikulum yang mengandungi
dokumen-dokumen berkaitan pelaksanaan pengurusan kurikulum sesi 2021.

4.7.2 Dokumen-dokumen berkaitan dengan panitia dan guru akan diserahkan pada
hujung bulan disember disebabkan penambahbaikan perlu dibuat.

4.7.3 Guru-guru diminta merujuk buku pengurusan ini dari semasa ke semasa.
Makluman : Semua Guru

4.8 Penyebaran Visi & Misi.
4.8.1 Semua guru bertanggung jawab untuk penyebaran visi dan misi.

4.8.2 Pengerusi memesan KP agar menampal visi dan misi pada sudut masing-
masing, guru kelas sila paparkan di bilik darjah dan guru subjek sila tampal
dalam buku latihan murid-murid.
Tindakan : Semua Guru

4.9 Agihan Tugas dan Bidang Tugas.
4.9.1 Dijalankan semasa mesyuarat Jawatan Kuasa Pentadbiran Sekolah
bil.1/2021. Satu salinan telah diedarkan. Rujuk lampiran 5.

4.9.2 Agihan tugas dibuat berdasarkan kesamarataan tugas di kalangan guru
dengan berpandukan agihan tugas pengurusan Kokurikulum dan pengurusan
Hal Ehwal Murid.

4.9.3 Peranan dan tanggungjawab tugasan masing-masing ada dalam MyPortfolio.
Sila rujuk.

4.9.4 Watikah perlantikan guru akan diberi kelak.

Makluman : Semua Guru

7

4.10 Penetapan Guru Kelas.
4.10.1 Diminta semua guru kelas bertanggungjawab dalam pengurusan
penyediaan bilik darjah yang lengkap dan pengurusan dokumen murid.
Tindakan: Guru Kelas

4.11 KSSR dan KSSR Semakan 2017.
4.11.1 GPK 1 membentangkan jadual transisi peralihan daripada KSSR kepada
KSSR (Semakan 2017) SPI KPM Bil.8.tahun 2016.Rujuk lampiran 6.

4.11.2 Diminta semua guru merujuk kepada jadual pelaksanaan KSSR & KSSR
Semakan 2017 berserta dengan Jadual peruntukan masa seminggu KSSR.

4.11.3 Semua guru subjek dan KP telah berjaya mengikuti kursus semakan 2017
tahun 5 / tahun 2021 secara dalam talian.

4.11.4 LADAP akan didakan pada minggu kedua bulan Januari 2021.

Makluman:Semua Guru

4.12 Penetapan Ketua Panitia.
4.12.1 Diminta semua ketua panitia ikut dan patuh penetapan jawatan dan tugasan
yang perlu dilakukan.

4.12.2 KP sila buat penetapan tugasan ahli panitia dalam mesyuarat panitia
bil.1/2020 diadakan.

4.12.3 GPK 1 membentangkan dan menerangkan setiap aspek, TUMS dan tahap
tindakan, pengisian skor bagi pengurusan mata pelajaran SKPMg2 S3
(3.1.2)
Tindakan: Ketua Panitia

4.13 Pengurusan Panitia, Fail, Mesyuarat Panitia, Bank Soalan, Takwim Panitia,
Sudut.
4.13.1 GPK 1 membentangkan SPI KPM Bil.4 tahun 1986 panitia mata pelajaran.
Rujuk lampiran 7.

4.13.2 GPK 1 mengingatkan bahawa semua guru yang dilantik sebagai ketua panitia
adalah bertanggungjawab untuk mengemas kini fail panitianya.

4.13.3 Beliau memaklumkan bahawa setelah selesai mesyuarat kurikulum bil.1,
ketua panitia sudah boleh mula bergerak untuk melengkapkan fail panitia
masing-masing.

4.13.4 Semua KP sila bincang untuk menyeragamkan dokumen panitia.

4.13.5 GPK 1 meminta semua guru mengemaskini fail panitia dari semasa ke
semasa dan memastikan urusan keluar dan masuk dokumen dilakukan serta
direkodkan.

8

4.13.6 Diminta KP subjek teras menyediakan 4 fail kulit keras hitam dan 2 bagi
subjek elektif.

4.13.7 Setiap fail induk harus diserahkan kepada PT bagi urusan mencatat surat
keluar masuk dan disimpan di pejabat.

4.13.8 Sila sediakan fail bank soalan berasingan bagi subjek teras bagi tahap 1 dan
tahap 2.

4.13.9 Diminta semua KP buat takwim panitia yang bersesuaian mengikut sesi
persekolahan 2021 dan serahkan 1 salinan kepada GPK1.

4.13.10 Diminta semua guru sentiasa peka dengan perancangan setiap bulan dan
saling memperingatkan antara satu sama lain.

4.13.11 KP sila pastikan pengemaskinian sudut di bilik darjah dan kantin dibuat dari
semasa ke semasa.

4.13.12 KP, guru kelas dan guru subjek sila buat kerja ‘follow up’ dalam
pengemaskinian sudut disebabkan persekitaran sekolah yang bertiup angin
kuat.

4.13.13 Sila catat pengambilan dan pemulangan fail dalam buku catatan yang
disediakan.

4.13.14 Sila simpan dokumen 3 tahun dalam fail panitia.

4.13.15 GPK 1 berharap pada awal bulan Februari 2021, semua fail panitia telah
sedia beroperasi ketika semakan fail dibuat oleh GB dan GPK 1.

4.13.16 Semua program dan aktiviti perlu dirancang dengan teratur dan teliti.

4.13.17 Mesyuarat panitia perlu diadakan sekurang-kurangnya empat kali setahun
(rujuk takwim kurikulum) dan minit mesyuarat panitia hendaklah diserahkan
kepada GPK 1 seminggu selepas tarikh mesyuarat berlangsung.

4.13.18 Pengerusi memaklumkan bahawa segala penetapan dan keputusan yang
diambil dalam mesyuarat panitia ini diminta ketua panitia dan guru-guru yang
terlibat harus bincang, buat keputusan dan buat penetapan dalam mesyuarat
yang bakal diadakan.

Tindakan: Ketua Panitia

4.14 SWOT, Perancangan Strategik, Pelan Taktikal, Pelan Operasi & OPPM Panitia.
4.14.1 Telah bincang objektif pengurusan kurikulum dan tugasan yang dilakukan
oleh semua Ketua Panitia dan guru.

4.14.2 GPK 1 meminta semua guru menyediakan SWOT, perancangan strategik,
pelan taktikal, pelan operasi & OPPM yang jelas dan bersesuaian dengan
murid bagi unit masing-masing sebelum 27.01.2021.

9

4.14.3 Perancangan strategik harus menepati objektif dan matlamat akademik
sekolah ke arah mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik.

4.14.4 Sila abaikan kerja ‘copy & paste’ tahun lepas dan sediakan dokumen tahun
semasa iaitu 2021.

4.14.5 GPK 1 akan berkongsi template ini dalam ‘telegram’ sekolah bagi
memudahkan semua guru menggunakan format yang sama.

Tindakan:Semua Guru

4.15 Pembahagian Mata Pelajaran & Waktu Mengajar.
4.15.1 1 salinan telah diedarkan. Rujuk lampiran 8.

4.15.2 GPK 1 membentangkan SPI KPM Bil.8/2016.

4.15.3 Pembahagian mata pelajaran dilakukan mengikut SPI KPM Bil.8/2016 dan
jadual peruntukan masa seminggu KSSR.

4.15.4 Mesyuarat memutuskan bahawa keutamaan waktu kurang mengajar kepada
GB, 3 GPK dan semua guru diberi kesamarataan waktu mengajar.

4.15.5 GPK 1 memaklumkan bahawa waktu mengajar setiap mata pelajaran perlu
direkodkan setiap hari dalam borang yang disediakan. Tujuannya adalah
mengenal pasti sama ada guru mencapai waktu mengajar yang ditetapkan
serta menghabiskan silibus dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Makluman : Semua Guru

4.16 Jadual Waktu Guru,Kelas, Induk, Ganti dan Bilik-bilik Khas & Masa Terluang.
4.16.1 GPK 1 akan siap dan serahkan jadual waktu guru dan kelas sebelum akhir
bulan Disember.

4.16.2 Tiada perubahan dalam jadual waktu. Waktu persekolahan bagi murid tahap I
& II adalah 7:30pagi hingga 1:30ptg (Isnin,Selasa,Khamis), 7:30pagi hingga
1:00petang (Rabu), 7:30pagi hingga 12:30tgh (Jumaat).

4.16.3 Guru kelas sila paparkan jadual waktu kelas di bilik darjah dan salinan
diberikan kepada semua murid.
Tindakan:Guru Kelas

4.16.4 Diminta KP Sains, RBT dan TMK, PJK, PSS, ICT, sila sediakan jadual waktu
bagi bilik-bilik khas. Sila serahkan satu salinan kepada GPK 1.

Tindakan:Ketua Panitia

4.16.5 Diminta semua guru menggunakan bilik-bilik khas seperti yang tercatat dalam
jadual waktu dan catat penggunaan bilik-bilik tersebut.

10

4.16.6 GB menegaskan waktu terluang (free period) adalah masa bekerja. Sila buat
BBM, ABM, menyemak buku latihan murid.

4.16.7 Beliau membentangkan kandungan SPI bil.3/1981 dan meminta semua guru
mematuhi.
Tindakan:Semua Guru

4.17 Jadual Guru Ganti, Peranan Guru Relief & Catatan PdPc Guru Ganti.

4.17.1 GPK 1 meminta semua guru ambil alih tugasan buat catatan ganti semasa
menjalankan tugas ‘guru bertugas’ sepanjang tahun.

4.17.2 Diminta guru bertugas pastikan penyimpanan buku catatan guru ganti di
tempat yang disediakan. 1 salinan jadual induk akan diselitkan dalam buku
itu.

4.17.3 ‘Guru Relief’ sila jalankan PdPc subjek. Sila gunakan buku aktiviti murid dan
semak latihan murid.

4.17.4 GPK 1 memaklumkan bahawa 1 ‘Buku Catatan PdPc Guru Ganti’ akan
diedarkan kepada semua guru. Guru harus catat PdPc dalam buku itu.

4.17.5 Diminta semua guru minta tanda tangan GPK 1 sebelum sekolah tamat.

4.17.6 Diminta guru bertugas sila buat catatan guru ganti pada pukul 7:45pagi
hingga 8:00pagi pada hari Rabu semasa aktiviti 1M1S.

4.17.7 Diminta guru bertugas sila nyatakan ganti (G) bagi 1 kelas dan gabung ganti
(GG) bagi cantuman 2 kelas dalam jadual guru ganti.

4.17.8 Diminta guru bertugas mendapatkan tanda tangan GB atau GPK 1 sebelum
hantar ‘watsapp group’.

4.17.9 GB meminta semua guru bekerjasama antara satu sama lain dan akur dan
patuh kepada tindakan yang diambil oleh guru bertugas.

Tindakan:Semua Guru

4.18 Penggunaan Buku Teks, Buku Aktiviti (BLA), Penetapan Buku Latihan &
Buku Kerja Murid.
4.18.1 Diminta guru kelas pastikan semua murid mendapat buku teks dari tahun 1
hingga tahun 6 dan buku aktiviti (BLA) bagi tahap 1 pada hari pertama sesi
persekolahan tahun 2021.

4.18.2 Sila pastikan semua murid mempunyai bilangan buku teks yang mencukupi,
mendapat buku teks dalam keadaan baik dan bersih.

4.18.3 Semua guru sila pastikan keberkesanan penggunaan buku teks secara
optimum di kalangan murid dalam PdPc di bilik darjah.
Tindakan:Guru Kelas

11

4.18.4 KP sila bincang penetapan jumlah buku latihan dalam mesyuarat panitia bil.1
bagi memastikan guru subjek menggunakan jumlah buku yang ditetapkan
untuk setiap mata pelajaran.

4.18.5 Sila tetapkan objektif penetapan pengambilan dan penggunaan buku latihan
murid. Gunakan secara optimum di kalangan murid.

4.18.6 KP sila tetapkan agihan latihan mengikut tahap kebolehan murid. Penulisan
karangan bagi 3 bulan pertama adalah 10 bagi tahap 1 (2&3), 12 bagi tahap 2.

4.18.7 Diminta KP sila serahkan 1 salinan senarai penetapan & penggunaan buku
latihan murid dari tahun 1 hingga 6 kepada GPK 1 untuk digunakan rujukan
semasa penyeliaan buku latihan murid dilakukan.
Tindakan:Ketua Panitia

4.18.8 Diminta guru subjek sila menggunakan buku latihan yang bersesuaian bagi
subjek yang diajar.

4.18.9 Sila tampalkan buku tulisan tahun lepas di belakang buku baharu untuk
dijadikan bahan rujukan.Jika perlu.

4.18.10 Diminta guru subjek menampal visi dan misi KPM dalam dwi bahasa iaitu
BT dan BM dalam buku latihan murid.

4.18.11 Sila sediakan muka surat ‘isi kandungan / indeks’ di dalam buku latihan
murid. Catat bil., tarikh, tajuk, tarikh penyemakan.

4.18.12 Pengerusi memesan guru subjek mempunyai 1 buku kerja bagi mata
pelajaran yang diajar dan sila gunakan kemudahan ‘mesin fotostat’
memperbanyakkan latihan untuk murid.

4.18.13 Diminta semua guru mengecop cop ‘perhatian kepada ibu bapa’ dalam
buku latihan murid pada bulan Mac, Julai dan Oktober. KP sila pantau guru
subjek melakukan tugasan ini.

4.18.14 Pengerusi meminta semua guru menggunakan cop tahap penguasaan 1
hingga 6 bagi memudahkan guru membuat pentaksiran pada akhir PdPc dan
catat dalam RPH.

4.18.15 Semua guru subjek sila pastikan kekemasan dan kebersihan buku latihan
murid dari semasa ke semasa dan penggunaan mesti ada pada setiap
minggu.
Tindakan:Guru Subjek

12

4.19 Penyediaan DSKP, SKP, RPT & RPH.
4.19.1 KP sila pastikan semua guru mempunyai DSKP dan SKP yang terkini bagi
mata pelajaran yang diajar.

4.19.2 Mesyuarat memutuskan bahawa 1 salinan DSKP disimpan dalam fail panitia,
RPT disimpan dalam fail PdPc 1 dan DSKP dan RPT disimpan dalam bentuk
QR code dan simpan dalam fail RPH masing-masing.

4.19.3 Semua guru juga diminta untuk mematuhi KSSR dan KSSR Semakan 2017
dengan merujuk kepada DSKP tahun 1- 5 dan tahun 6.

4.19.4 Semua guru wajib menyediakan RPT mengikut takwim persekolahan tahun
semasa.

4.19.5 GPK 1 menegaskan KP agar format RPH diseragamkan dan sila bincang
format penulisan RPH dalam mesyuarat panitia bil.1 dan sila tetapkan
kandungan yang perlu ada.

4.19.6 Pengerusi menerangkan penulisan RPH mestilah mengikut format yang
dibincang berdasarkan keperluan mata pelajaran.

4.19.7 KP sila pastikan semua penulisan RPH ditulis dalam Bahasa Tamil kecuali
subjek BM & BI.

4.19.8 KP sila dapatkan DSKP terkini dan pantau RPT guru subjek masing-masing.

4.19.9 Jika DSKP subjek PM, PSV dan Muzik, PJK tidak terjumpa dalam Bahasa
Tamil sila ‘print’ dan simpan. Tetapi penulisan RPH haruslah dalam Bahasa
Tamil.
Tindakan:Guru Subjek & Ketua Panitia

4.19.10 Guru boleh ‘jual beli’ PdPc di kalangan guru jika ada temu janji dengan
doktor dan dapat hadir ke sekolah pada hari itu.
Tindakan:Guru Subjek

4.20 Fail PdPc Guru, Fail RPH & Pemantauan Fail PdPc

4.20.1 Fail PdPc dan RPH guru juga merupakan dokumen penting untuk laporan
penilaian prestasi semu guru.

4.20.2 Pihak pentadbiran telah memesan 2 fail PdPc iaitu fail 1 penyimpanan
dokumen dan fail 2 untuk RPH bagi semua guru. Sila gunakan fail-fail tahun
2020 dan sila buat pengemaskinian.

4.20.3 Fail 1 akan dipantau oleh GB dan GPK 1 pada awal bulan Januari, Mei dan
November dan pemantauan akan dicatatkan dalam borang ‘pemantauan fail
PdPc’.

13

4.20.4 Maklumat headcount dan post mortem bagi setiap mata pelajaran, kehadiran
kursus, senarai nama murid bagi kelas yang diajar, maklumat terkini
hendaklah dimasukkan dalam fail 1.

4.20.5 Sila hantar fail RPH setiap hari untuk pemantauan GB dan GPK 1 dan letak di
meja GPK 1 sebelum 7:30pagi beserta dengan BBM dan ABM yang
digunakan dalam PdPc sebelum waktu rehat. Guru boleh sediakan BBM yang
digunakan selepas waktu rehat sewaktu masa terluang.

4.20.6 Penghantaran RPH 10/10 guru akan direkodkan dalam buku ‘pemantauan
RPH’.

4.20.7 Semua guru wajib mematuhi penyediaan dan penghantaran RPH. Tidak
boleh menerima sebarang alasan jika RPH tidak dihantar.

4.20.8 Penyediaan fail RPH hendaklah mematuhi SPI bil.3/1996 KPM dan saranan
Jemaah Nazir.

4.20.9 Sila susun RPH ikut waktu mengajar. Catatkan nom.m/s latihan & aktiviti BLA
dalam ruang langkah PdPc. Unsur 4 ’C’ harus catat dalam langkah-langkah
PdPc.

4.20.10 Diminta semua guru membetulkan kesilapan dalam RPH jika ada pada hari
itu juga. Refleksi juga perlu ditulis.

4.20.11 Diminta guru yang menghadiri sebarang kursus dan telah mengetahui lebih
awal sila hantar fail RPH dan lembaran kerja murid awal ataupun serah
kepada GPK 1. Bagi guru yang lambat mengetahui sila ‘watsapp’. Ini akan
memudahkan guru ganti menjalankan PdPc dan memudahkan buat catatan
dalam buku catatan guru ganti.
Tindakan: Semua Guru

4.21 Jadual Pencerapan PdPc Guru, Borang S4 PdPc & Laporan Pencerapan PdPc.

4.21.1 GPK 1 akan siap dan serahkan jadual pencerapan guru berserta dengan
minggu pencerapan dan senarai nama guru yang dicerap dan subjek. Rujuk
lampiran 9.

4.21.2 GPK 1 memaklumkan bahawa pencerapan PdPc guru wajib dilaksanakan
kerana ia merupakan salah satu penarafan kendiri dalam SKPMg2 (S4).

4.21.3 GPK 1 memaklumkan bahawa pencerapan dibuat mengikut 3 fasa mengikut
fasa SKPMg2.(Jan-Mac, April-Julai, Ogos-Nov).

4.21.4 Semua guru akan terlibat dalam setiap fasa. Pencerapan dibuat 3 kali untuk
guru.

4.21.5 GB dan GPK 1 akan menjalankan pencerapan PdPc guru dengan
menggunakan borang S4 SKPMg2.

14

4.21.6 1 Salinan Standard 4 (PdPc) telah diberikan kepada semua guru untuk
memudahkan guru menyediakan PdPc mengikut TUMS yang terkandung
dalam setiap aspek yang dinilai semasa pencerapan PdPc.

4.21.7 GPK 1 akan mengedarkan surat pemberitahuan kepada semua guru awal
bulan bagi setiap fasa. Maka semua guru diminta bersedia.

4.21.8 1 salinan borang pencerapan PdPc diberikan kepada guru dan KP untuk
difailkan.

4.21.9 Diminta semua guru simpan 1 borang catatan pencerapan PdPc dalam fail
RPH untuk GB & GPK 1 cop dan catat pencerapan.

4.21.10 Diminta semua guru tumpukan perhatian dalam TUMS 4.4.1 & 4.5.1
kerana guru memperoleh skor yang kurang dalam bahagian ini.

4.21.11 Semua guru bertanggung jawab meningkatkan keupayaan guru dalam
PdPc dan meningkatkan kemahiran 4M murid tahap 1.

4.21.12 Pengerusi menegaskan tentang PdPc guru harus berkonsepkan didik hibur
dan berasaskan TMK.

4.21.13 Pengerusi meminta semua KP dan guru agar membiasakan murid dengan
soalan KBAT, penggunaan i-think dalam proses PdPc di bilik darjah.

4.21.14 GPK 1 membentangkan dan menerangkan setiap aspek, TUMS dan tahap
tindakan, pengisian skor bagi pencerapan PdPc guru dan induk4 SKPMg2 S4.

Tindakan:Semua Guru

4.21.15 KP juga diminta memantau pencerapan guru dibuat mengikut jadual yang
ditetapkan. Kelebihan dan kelemahan PdPc perlu dibincangkan dalam setiap
mesyuarat panitia yang diadakan.
Tindakan:Ketua Panitia

4.22 Jadual Penyeliaan Buku Latihan Murid & Borang PK06/1
4.22.1 GPK 1 akan siap dan serahkan jadual penyeliaan buku latihan murid berserta
dengan minggu penyeliaan dan senarai subjek. Setiap subjek dibuat
sebanyak 2 kali. Rujuk lampiran 10.

4.22.2 Diminta guru memperbanyakkan borang PK06/1 dan selitkan bersama
dengan buku latihan yang dihantar. Satu salinan diberikan kepada KP. Rujuk
lampiran 11.

4.22.3 GPK 1 akan mengedarkan surat pemberitahuan kepada semua guru bagi
setiap fasa. Maka semua guru diminta bersedia.

4.22.4 GPK 1 akan membuat penyeliaan buku dengan merujuk senarai penetapan &
penggunaan buku latihan murid yang disedia ada.

15

4.22.5 Diminta semua guru menghantar buku latihan mengikut jadual yang
disediakan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

4.22.6 Sila pastikan penghantaran bilangan buku mencukupi dan tepat. Sila elakkan
penghantaran bilangan buku yang kurang.

4.22.7 Surat pemberitahuan awal dan surat peringatan akan diberikan kepada guru-
guru subjek yang terlibat dalam jadual yang disediakan.

Makluman: Semua Guru

4.22.8 KP juga diminta memantau penyeliaan buku latihan dibuat mengikut jadual
yang ditetapkan. Kelebihan dan kelemahan penyeliaan perlu dibincangkan
dalam setiap mesyuarat panitia yang diadakan.

4.22.9 1 1Salinan borang penyeliaan buku latihan murid diberikan kepada KP.
Tindakan:Ketua Panitia

4.23 PBD, Perekodan & Pelaporan , Laporan Gabungan.
4.23.1 GPK 1 berpesan bahawa semua guru mata pelajaran diminta mendapatkan
tapak ‘offline’ perekodan dan pelaporan PBD bagi memudahkan proses
pentaksiran.

4.23.2 Guru-guru sila menyediakan borang PBD dalam bentuk ‘booklet’ semester 1
(Jan-Mei) dan semester 2 (Jun-Dis) bagi semua subjek yang diajar dan
hantar setiap akhir bulan kepada GPK 1.

4.23.3 Mesyuarat memutuskan bahawa perekodan perkembangan murid dan kelas
dilakukan sebanyak 2 kali setahun secara offline iaitu bulan Mei dan
November.

4.23.4 Diminta semua guru menyerahkan satu salinan laporan kepada penyelaras
PPSR bagi semester 1 dan semester 2.
Tindakan:Semua Guru

4.23.5 KP juga sila bincang dan buat penetapan format borang dalam mesyuarat
panitia masing-masing.

4.23.6 KP sila buat rumusan TP bagi subjek masing-masing bagi semester 1 & 2
dari tahun 1 hingga tahun 6. Sila serahkan salinan kepada Penyelaras PBD.

Tindakan:Ketua Panitia

4.23.7 PBD dilaksanakan secara berterusan. Sila buat rekod dalam tapak offline.
Laporan gabungan bagi tahun 1,2,3,4, 5 dan 6. Guru kelas sila sediakan
laporan gabungan. Serahkan laporan individu murid Hari Pelaporan Sem 1 &
2.
Tindakan: Guru Kelas

4.23.8 Sila buat rekod asing tapak offline bagi tahun 6. Diminta guru-guru subjek
cetak dan serahkan rekod prestasi individu murid kepada guru kelas.

Tindakan: Guru Kelas 6

16

4.24 Penilaian dan Peperiksaan, Penetapan Ujian Bulanan & Peperiksaan,
Penyediaan Kertas Soalan, Analisis Item dan Pengisian Markah SAPS.

4.24.1 GPK 1 edarkan takwim peperiksaan. Rujuk lampiran 11.

4.24.2 Mesyuarat memutuskan bahawa ujian 1&2 (Mac & Julai) dan Peperiksaan
Pertengahan Tahun & Akhir Tahun bagi tahun 4,5,6 diadakan.

4.24.3 Ujian Pentaksiran Bilik Darjah diadakan bagi tahap I PPT dan PAT.
Dijalankan pada waktu PdPc.

4.24.4 Diminta semua guru menyediakan kertas soalan ujian 1&2 dan bagi
peperiksaan semester 1 dan 2 pihak sekolah akan memesan kertas soalan.

4.24.5 Mesyuarat memutuskan bahawa kertas soalan bagi 5 subjek teras disediakan
iaitu kertas 1 dan 2 bagi ujian 1&2 peperiksaan semester 1 dan 2. Ujian
Sejarah dan Pen.Moral diadakan semasa Ujian1&2.

4.24.6 Mesyuarat memutuskan bahawa Ujian PJK, PSV dan Pendidikan Muzik
diadakan pada PPT dan PAT bagi tahap II. Subjek RBT&TMK dinilai melalui 2
projek yang dijalankan. Kertas soalan disediakan bagi PPt & PAT.

4.24.7 Diminta guru-guru subjek sila buat analisis item setiap ujian dan peperiksaan
yang dijalankan. Serahkan 1 salinan kepada KP.
Tindakan: Guru Subjek

4.24.8 S/U Peperiksaan bertanggungjawab dalam penyediaan dan pengedaran
jadual waktu ujian dan peperiksaan.

4.24.9 Diminta S/U Peperiksaan sila rujuk aspek 3.1.4.1 tahap tindakan SKPMg2
dan sila bertindak dan buat pengisian skor.
Tindakan: Pn.R.Santhi

4.24.10 Perjumpaan guru akan diadakan untuk berbincang pelaksanaan ujian 1&2
dan peperiksaan.

4.24.11 Semua guru subjek bertanggungjawab mengisi markah dalam SAPS dalam
tempoh masa yang ditetapkan bagi memudahkan pemprosesan markah kelas
dibuat oleh S/U Peperiksaan dan guru kelas.
Tindakan: Guru Subjek

4.24.12 Post-mortem perlu diadakan selepas setiap kali ujian1&2 dan peperiksaan
dijalankan berpandukan ETR.

4.24.13 Mesyuarat memutuskan bahawa Ujian Lisan dan Bacaan tidak perlu
dijalankan semasa PPT dan PAT.

4.24.14 GPK 1 membentangkan dan menerangkan setiap aspek, TUMS dan tahap
tindakan, pengisian skor bagi peperiksaan dan pentaksiran SKPMg2 S3
(3.1.4)

17

4.24.15 KP sila bincang penyediaan kertas soalan Ujian 1&2, PPT dan PAT pada
setiap kali mesyuarat panitia diadakan.
Tindakan: Ketua Panitia

4.25 Program Kecemerlangan UPSR & OPPM.
4.25.1 7 orang murid akan menduduki UPSR pada tahun 2021. Diminta semua guru
berusaha bertungkus lumus untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang.

4.25.2 Sila gunakan pelbagai kaedah dan strategik dalam PdPc dan habiskan silibus
bulan Mac. Adakan latihan latih tubi dalam PdPc.

4.25.3 GPK 1 memaklumkan bahawa Hari Penetapan Target Tahun 6/2021 akan
diadakan pada minggu ke-2 bulan Februari bersama dengan ibu bapa murid
tahun 6. Berharap semua guru tahun 6 dapat hadir tanpa gagal.

4.25.4 GPK 1 meminta penyelaras tahun 6 menyediakan program tahun 6 sebelum
sesi persekolahan 2021 bermula.
Tindakan: Pn.R.Santhi

4.25.5 Guru-guru subjek BM, BT, BI, Sains dan Matematik tahun 6 sila sediakan
OPPM yang bersesuaian dengan tahap penguasaan murid.
Tindakan: Guru Subjek

4.26 Program Transisi Tahun 1/2021.
4.26.1 GPK 1 meminta guru kelas tahun 1 menyediakan program transisi selama 43
hari dan sediakan laporan selepas program.
Tindakan: Pn.T.Shoghilah

4.26.2 Diminta semua guru menjalankan PdPc transisi yang mengandungi didik
hibur dan unsur PAK-21 yang dapat menarik minat serta penglibatan murid.

4.26.3 Pemantauan dan pencerapan PdPc transisi akan dilakukan oleh pegawai
PPD pada bila-bila masa. Diharap guru-guru subjek tahun 1 bersedia.

Tindakan: Semua Guru

4.27 Program Peningkatan Akademik.
4.27.1 GPK 1 meminta semua guru menyediakan program peningkatan akademik
bagi unit masing-masing.

4.27.2 Aktivit bacaan BM (Isnin & Selasa), bacaan BT (Khamis & Jumaat) pada
pukul 7:20-7:30pagi, bijak Sifir (waktu rehat 10:20-10:30pagi) setiap hari
kecuali hari Rabu,BI (Rabu).

4.27.3 Segala program harus disediakan kertas kerja, buku program dan laporan
program dengan budi bicara GB samada perlu buat atau tidak.

4.27.4 Diminta KP panitia menjalankan minggu panitia selama 5 hari. Sila rancang 1
hari aktiviti perasmian dan persembahan murid, 4 hari pertandingan berserta
dengan aktiviti tambahan dan 1 hari penyampaian hadiah dan ia boleh
diadakan waktu perhimpunan minggu seterusnya.

18

4.27.5 Mesyuarat membuat keputusan bahawa aktiviti panitia boleh diadakan pada
30 minit pertama IMIS, waktu PdPc, 1 jam waktu kokurikulum dan waktu rehat
10:20-10:30pagi.

4.27.6 Sila buat perancangan awal seperti penggantungan bunting, pemberitahuan
awal kepada murid serta wujudkan suasana aktiviti panitia bagi menarik minat
murid dan meningkatkan penglibatan aktif murid dan guru.

4.27.7 Diminta KP atau guru yang bertanggungjawab menjalankan sebarang aktiviti,
pertandingan atau program sila adakan perjumpaan dan beri taklimat ringkas
kepada semua guru sebelum 1 atau 2 hari. Ini akan mengelakkan
perselisihan faham dan mengurangkan bebanan guru di kalangan guru.

4.27.8 Pengerusi meminta semua KP jika mengadakan sesuatu perjumpaan atau
mesyuarat sila sampaikan dengan prosedur yang betul iaitu eviden yang
berbentuk dokumen agar dapat sokongan dan kerjasama dari AJK panitia.

4.27.9 KP sila menyokong aktiviti dan program yang dianjurkan oleh komuniti,
swasta dan sukarelawan. Diambil kira sebagai program ‘add-on’. Sila buat
laporan.

4.27.10 Jika KP menjemput penceramah dan mengadakan sebarang ceramah,
bengkel sila ikut prosedur kertas kerja yang relevan.

4.27.11 Sila beri keutamaan kepada pencapaian akademik murid.

4.27.12 Diminta KP 5 subjek teras bincang dan merancang bengkel teknik
menjawab soalan sebelum peperiksaan pertengahan tahun bermula.

4.27.13 Sila buat penilaian 3 bulan sekali samada program diteruskan ataupun
digugurkan dan buat penambahbaikan jika perlu. Buat post mortem dalam
setiap mesyuarat panitia diadakan.
Tindakan: Ketua Panitia

4.28 Penyertaan Pertandingan Luar Akademik.
4.28.1 GPK 1 meminta semua guru peka terhadap penyertaan luar akademik seperti
sebarang pertandingan antara sekolah, anjuran swasta, kilang berdekatan
dan pertubuhan.

4.28.2 Sentiasa menggalakkan murid mencungkil bakat yang terpendam dalam diri
mereka.

4.28.3 Sila beri latihan yang secukupnya kepada murid sebelum menyertai sebarang
pertandingan.

4.28.4 Diminta guru yang bertanggungjawab sesuatu pertandingan sila adakan
perjumpaan dan beri taklimat ringkas kepada semua guru serta agihkan
tugasan yang perlu dibuat sebelum seminggu. Ini akan memudahkan proses
kerja dijalan dengan lancar dan mengurangkan bebanan guru di kalangan
guru.
Makluman: Semua Guru

19

4.28.5 Murid-murid sering menyertai pertandingan kecuali pertandingan anjuran unit
Matematik. Diminta KP Matematik sila menggalakkan murid mengambil
bahagian dalam pertandingan Matematik mewakili sekolah.
Tindakan: Pn.L.Kalaimathi

4.29 Perkembangan staf, Program Peningkatan Profesionalisme Guru, LADAP &
PLC.
4.29.1 GPK 1 memaklumkan bahawa setiap guru harus mencapai 5 hari berkursus
dan 42 mata kredit bagi PLC.

4.29.2 Pengerusi meminta PLC diteruskan dengan lebih efisien dan berkesan di
antara KP dan guru dan semua guru harus menghayati PLC.

4.29.3 GPK 1 meminta semua guru menjalankan LADAP bagi sebarang kursus yang
dihadiri sebaik sahaja berbincang dengan guru besar.

4.29.4 Jangan tangguhkan dan sila jalankan secepat mungkin yang boleh.Kehadiran
semua guru adalah WAJIB.

4.29.5 Mesyuarat memutuskan bahawa LADAP dijalankan setiap Hari Selasa pada
pukul 2:00petang hingga 3.30petang. Jika tidak dapat dijalankan boleh
tangguhkan pada hari Khamis. S/U LADAP sila pantau pelaksanaan LADAP
oleh guru.

4.29.6 S/U LADAP sila sediakan analisis bulanan bilangan hari yang tercapai oleh
guru kepada GPK 1.

4.29.7 S/U LADAP sila urus pengurusan fail LADAP, eSPLGKPM dan pencapaian
bilangan hari guru.

4.29.8 GPK 1 meminta S/U LADAP mengadakan satu taklimat eSPLGKPM kepada
semua guru bagi memudahkan guru mengetahui penggunaan portal tersebut.

4.29.9 Penyelaras memesan semua guru agar boleh pantau dan periksa SPLGKPM
masing-masing. Jika ada apa-apa masalah boleh rujuk Penyelaras.

Tindakan: Pn.B.Hindumathi

4.29.10 Guru-guru yang berkenaan sila sediakan tempat, surat panggilan yang ada
nombor rujukan, borang kehadiran yang hendak diadakan dan laporan
LADAP berserta dengan gambar. Sila serahkan kepada S/U LADAP.

4.29.11 Sila buat PLC di kalangan guru bagi meningkatkan pengajaran guru dan
pembelajaran murid dan juga mengambil tindakan susulan bagi mengatasi
masalah-masalah yang dihadapi.

4.29.12 Ketua Panitia sila menyediakan borang PLC dan membimbing guru-guru
untuk merekodkan pemantauan guru. Sila bincang dalam mesyuarat panitia
keberkesanan PLC.

20

4.29.13 Semua KP sila rancang LADAP yang bersesuaian bagi meningkatkan
profesionalisme guru dan sila berkongsi laporan.
Tindakan: Ketua Panitia

4.30 Penggunaan Bilik-Bilik Khas, Pusat Sumber Sekolah (PSS).
4.30.1 KP sila pastikan semua guru guna dan rekod bilik-bilik khas dan jalankan
PdPc seperti yang dijadualkan.
Tindakan: Ketua Panitia

4.30.2 Penyelaras PSS sila kemukakan jawatan kuasa, agihan tugas, mesyuarat,
dan sebagainya kepada GPK 1 sebelum sesi persekolahan bermula.

4.30.3 Penyelaras PSS juga diminta mengadakan mesyuarat PSS bertujuan
menjelaskan deskripsi tugas dan tanggungjawab setiap unit.

4.30.4 Segala peminjaman dan pemulangan alatan dan bahan sila rekodkan.
4.30.5 Guru-guru bertanggungjawab bagi bilik-bilik khas ini boleh minta bantuan dari

tukang sapu sekolah untuk tujuan kebersihan dan kerja penambahbaikan
dibuat.

4.30.6 GPK 1 memaklumkan bahawa segala pertandingan panitia dijalankan dengan
kerjasama PSS.

4.30.7 Mesyuarat buat penetapan bahawa peruntukan PSS digunakan untuk
pembelian hadiah bagi semua pertandingan yang dianjurkan oleh panitia dan
unit-unit tertentu sahaja. Penyelaras PSS sila agihkan peruntukan bagi 11
panitia.

4.30.8 KP sila bincang dengan PT dan sediakan kertas kerja yang lengkap bagi
tujuan penggunaan peruntukan PSS.
Tindakan: Ketua Panitia

4.31 MBMMBI & HIP.
4.31.1 KP BM dan BI sila menyediakan program MBMMBI dan bincang pelaksanaan
dalam mesyuarat panitia.

4.31.2 Program dan pertandingan boleh diselitkan dalam minggu panitia yang
diadakan.

4.31.3 Sila kemaskini sudut dari semasa ke semasa.

4.31.4 KP kedua-dua subjek ini memaklumkan bahawa aktiviti juga boleh diadakan
semasa PdPc dijalankan. Sila catat dalam RPH.

Tindakan: Ketua Panitia BM & BI

4.32 Penyediaan & Pengurusan Bilik Darjah, PAK21, latihan Minimum, Sudut.
4.32.1 Guru kelas diminta pastikan kelengkapan bilik darjah mencukupi, berada
dalam keadaan baik dan selamat serta susunan kelas.

4.32.2 GPK 1 mengedarkan borang senarai semak kelas PAK21.Sila sediakan bilik
sebelum sesi persekolahan bermula. Rujuk lampiran 12.

21

4.32.3 Sila paparkan i-Think dalam bilik darjah bagi memudahkan murid-murid
mengetahui fungsi dan ciri-ciri penggunaannya.

4.32.4 Semua guru kelas telah diedarkan satu salinan perkara yang perlu ada dalam
bilik darjah PAK-21. Sila ikut senarai tersebut.

Tindakan: Guru Kelas

4.32.5 Diminta guru-guru subjek memberikan latihan minimum kepada murid
mengikut kebolehan dan tahap penguasaan murid. Sila cop ‘Tahap
penguasaan’ jika ada.

4.32.6 Sudut-sudut subjek haruslah disediakan dan dikemaskini dari semasa ke
semasa. Sila tampal kosa kata yang terdapat dalam DSKP 3 bahasa.

4.32.7 Diminta semua guru menggunakan i-Think dalam kaedah pelaksanaan PdPc
bukan dalam aktiviti awal dan akhir PdPc.

4.32.8 Sila perbanyakkan soalan KBAT dalam PdPc dan juga penggunaan ‘4C’.

4.32.9 Semua guru perlu mengubah ‘Mind Set’ masing-masing dengan mengadakan
PdPc berpusatkan murid.

4.32.10 Sila perbanyakkan penggunaan BBM dan ABM dan TMK dalam PdPc.

Tindakan: Guru Subjek

4.32.11 Penyelaras PAK-21 sila wujudkan fail dan jalankan tugas pengurusan fail.

4.32.12 Beliau juga ditugaskan memantau bilik darjah dari semasa ke semasa dan
memastikan penyediaan serta pengemaskinian bilik darjah menepati PAK-21.

Tindakan: Pn.L.Kalaimathi

4.33 Peruntukan PCG, Agihan Belanja Mengurus & Kewangan Panitia.
4.33.1 GPK 1 mengedarkan rumusan baki peruntukan (PCG) sehingga 31.10.2020.
Rujuk lampiran 13.

4.33.2 Mesyuarat buat penetapan bahawa penggunakan peruntukan adalah 50%
sehingga bulan Mac, 75% sehingga bulan Jun dan 90% sehingga Bulan
September.

4.33.3 KP sila bincang dan buat perancangan belanjawan dan senaraikan bahan
dan alatan keperluan sahaja yang hendak dibeli.

4.33.4 KP sila merujuk guru-guru subjek dengan menggunakan buku teks kelas
masing-masing dan mengenal pasti bahan dan alatan yang diperlukan.

4.33.5 Mesyuarat buat penetapan bahawa peruntukan panitia digunakan untuk
segala pembelian bahan dan alatan panitia.

4.33.6 KP sila guna nota minta bagi pesanan bahan dan alatan keperluan panitia.

22

4.33.7 KP sila bentangkan peruntukan dan penggunaan dalam setiap mesyuarat
panitia diadakan.

4.33.8 Segala eviden pembelian, perbelanjaan, kertas kerja perlu difailkan dalam fail
panitia.

4.33.9 Diminta semua KP merekod pembelian bahan dan alatan dalam buku stok
yang sedia ada.

4.33.10 GPK 1 membentangkan dan menerangkan setiap aspek, TUMS dan tahap
tindakan, pengisian skor bagi bantuan geran per kapita SKPMg2 S3 (3.1.2.4)

Tindakan: Ketua Panitia

4.33.11 Peruntukan panitia RBT & TMK boleh diguna habis bulan Februari
disebabkan alatan digunakan untuk projek sepanjang tahun. Diminta KP
bertindak.
Tindakan: Pn.M.Ponmani

4.34 SKPMg2 – Standard 3 (3.1- Pengurusan Kurikulum & 3.1.2 Pengurusan MP).
4.34.1 GPK 1 mempaparkan portal SKPMg2 dan bincang setiap aspek 3.1.1 hingga
3.1.4.

4.34.2 Diminta guru membuat pengisian skor fasa 1 (Jan-Mac) dan fasa 3 (Ogos-
Nov) sahaja.

4.34.3 Semua KP sila buat pengisian skor aspek 3.1.2 bagi fasa 1 & 2.

4.34.4 Pengisian skor S4 iaitu Pencerapan PdPc guru dibuat fasa 1,2,3.

4.34.5 KP sila mengemukakan eviden bagi pengisian skor fasa 1 dan
penambahbaikan dalam fasa 3.

4.34.6 Guru-guru perlu bersedia mengemukakan bukti kepada Guru besar dan
GPK 1 apabila diperlukan.
Tindakan: Ketua Panitia

4.35 Rekod Keberhasilan Guru (Pengurusan Kurikulum).
4.35.1 Diminta semua guru dan guru-guru tahun 6 sila catat sasaran pencapaian
mata pelajaran teras yang diajar dan tugasan utama.

4.35.2 Sila serahkan satu salinan kepada GPK I sebelum 19.02.2021. Ini akan
memudahkan guru untuk membuat penambahbaikan.

4.35.3 Guru-guru juga perlu mencatat target pencapaian dalam tugasan utama
dalam pengurusan kurikulum.

4.35.4 Diminta semua guru mengikut prosedur penulisan yang betul dan tepat dan
sila buat pembetulan jika terdapat kesilapan.

23

4.35.5 Guru-guru perlu bersiap sedia mengemukakan bukti kepada Guru besar dan
GPK 1 semasa penilaian dibuat.
Tindakan: Semua Guru

4.36 Ujian SEGAK & Laporan.
4.36.1 Diminta guru-guru PJK tahun 4,5,6 sila jalankan ujian SEGAK bulan Mac dan
bulan Ogos dengan bimbingan KP PJK.

4.36.2 Guru subjek sila mula jalankan ujian pada awal bulan waktu PJK disebabkan
kekurangan alatan.

4.36.3 Murid wajib berpakaian sukan semasa menjalankan ujian ini.

4.36.4 Dicadangkan menambahkan alatan disebabkan 1 unit sahaja ada.

4.36.5 Sila buat pengisian skor, cetak dan serahkan 1 salinan kepada KP PJK. Sila
laksanakan ujian dan pengisian skor dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Tindakan: Guru PJK

4.36.6 Diminta KP PJK sila pantau dan pastikan ujian ini dilaksanakan dengan
sempurna pada bulan Mac dan Ogos.
Tindakan: Pn.R.Santhi

4.37 Pelaksanaan Subjek PSV & Pen.Muzik menggantikan Pen.Kesenian
4.37.1 GPK 1 membentangkan SPI KPM Bil.5 tahun 2019 pelaksanaan (KSSR)
(Semakan 2017) PSV dan KSSR (Semakan 2017) Pen.Muzik bagi
menggantikan mata pelajaran Pen.Kesenian mulai tahun 2021. Rujuk
lampiran 13.

4.37.2 Diminta guru subjek PSV dan Pen.Muzik tahun 1 hingga 5 sila gunakan buku
teks Pen.Kesenian yang sedia ada sehingga buku baru diterima.

4.37.3 PdPc PSV dan Pen.Muzik dijalankan secara berasingan. Tidak seperti PdPc
Pendidikan Kesenian.
Tindakan: Guru Subjek

4.37.4 Diminta KP sila sediakan fail Panitia PSV dan Pen.Muzik secara berasingan.

Tindakan: Pn.Malar Arasan

4.38 Kajian Kes – Mata Pelajaran Sejarah
4.38.1 Diminta guru-guru subjek Sejarah sila jalankan sekurang-kurangnya 1 kajian
kes bagi tahun 4,5 dan 6.

4.38.2 KP sila bincang dengan guru subjek dalam mesyuarat panitia bil.1.

Tindakan: KP Sejarah

24

4.39 Makluman Awal, Memo, Surat Tunjuk Sebab.
4.39.1 Surat makluman awal iaitu surat peringatan bagi sesuatu aktiviti akan
diedarkan sebelum 2 minggu awal.
4.39.2 Jika aktiviti tersebut tidak dijalankan dalam 2 minggu MEMO diberikan.
Diminta guru mengemukakan surat tunjuk sebab jika aktiviti tersebut tidak
dapat dijalankan mengukit takwim.

4.39.3 Salinan akan diedarkan kepada KP & guru-guru yang terlibat.

4.39.4 KP sila bincang dengan guru subjek dalam mesyuarat panitia bil.1.

Makluman: Semua Guru

4.40 Rekod Edaran & Akuan Penerimaan.
4.40.1 Segala dokumen yang diedarkan akan direkodkan dalam rekod edaran.

4.40.2 Segala dokumen yang diterima oleh guru akan direkodkan dalam borang
akuan penerimaan.

4.40.3 KP sila bincang dengan guru subjek dalam mesyuarat panitia bil.1.

Makluman: Semua Guru

4.41 Tindakan terhadap penerimaan surat-surat PPDS, JPNS, KPM.
4.41.1 Diminta semua guru sila bertindak segera apabila menerima sebarang surat.

4.41.2 Surat-surat akan diedarkan kepada KP dan guru berkenaan sila bertindak
mengikut kehendak surat.

4.41.3 Jika url, sila cetak sebelum ‘hantar’ dan simpan salinan dalam fail.

4.41.4 Sila elakkan berurusan terus dengan PT.

4.41.5 Segala dokumen yang perlu dihantar sila serahkan kepada GPK1. Beliau
akan uruskan dengan PT.

4.41.6 Sila selesaikan tugasan dalam tempoh masa yang diberikan. Segala
penghantaran surat ditetapkan pada hari Khamis.

4.41.7 Pengerusi juga meminta semua guru bahawa segala penghantaran dokumen
ke pihak atasan haruslah dalam tempoh masa yang ditetapkan dan sila
maklumkan awal kepada pengurusan masing-masing dan ambil tindakan
yang sepatutnya.

4.41.8 Pengerusi memesan semua guru bahawa segala penghantaran dokumen ke
JPN NS, PPD samada eviden yang berbentuk dokumen atau melalui URL
yang diberikan sila cetak sebelum hantar dan hendaklah simpan satu salinan
dalam fail induk masing-masing dengan cop dan tandatangan guru besar. Ia
merupakan bukti penghantaran.

25

4.41.9 Segala dokumen yang diterima oleh guru akan direkodkan dalam rekod
edaran dan borang akuan penerimaan.
Makluman: Semua Guru

4.42 Pelaksanaan PdPc Pendidikan Sivik – 4 Subjek
4.42.1 GPK I telah membentangkan examplar dan nilai teras Pendidikan Sivik.

4.42.2 Diminta guru-guru yang mengajar subjek BM,BI,Sejarah,Pen.Moral pada
tahun 2021 sila laksanakan PdPc Pendidikan Sivik 1 jam pada minggu ke-3
setiap bulan. Sila rujuk examplar.

4.42.3 Subjek Pendidikan Moral ditetapkan dijalankan 1 jam pada minggu ke-3
setiap bulan.

4.42.4 Pemantauan PdPc dibuat oleh Guru Besar dan GPK 1. Penulisan RPH akan
direkodkan.

4.42.5 GPK I sentiasa menyemak penulisan RPH, penggunaan BBM, lembaran kerja
dan pelaksanaan PdPc sivik di dalam bilik darjah.

4.42.6 Guru-guru sila beri keutamaan penulisan objektif iaitu pengetahuan,
sosioemosi dan tindakan.
Tindakan : Guru Subjek

4.42.7 KP sila pastikan guru menepati ‘examplar’ sivik dalam penulisan RPH dan KP
sila bincang dalam mesyuarat panitia bil.1.
Tindakan : KP BM,BI,Sejarah,PM

4.43 Pencerapan ‘Learning Walk’
4.43.1 GB atau GPK I akan buat pencerapan ini 3 kali dalam seminggu.

4.43.2 Diminta guru memberi lebih perhatian kepada konstruk 3 (item 5,6,7),
konstruk 4 (item 1), konstruk 5 (item 4&5).

4.43.3 Diminta semua guru menulis objektif PdPc di papan putih dan menjelaskan
kepada semua murid semasa PdPc dijalankan.

4.43.4 Mesyuarat membuat keputusan bahawa pencerapan PdPc subjek PJK,
Pendidikan Muzik, Pendidikan Seni Visual, RBT dijalankan melalui ‘Learning
Walk’
Makluman: Semua Guru

4.44 Program Inovasi
4.44.1 Mesyuarat membuat keputusan bahawa Panitia Bahasa Inggeris akan
mengambil bahagian dalam pertandingan inovasi pada tahun 2021.

4.44.2 Pengerusi meminta KP sila adakan perjumpaan atau mesyuarat dan agihkan
tugasan, sampaikan dengan prosedur yang betul iaitu eviden yang berbentuk
dokumen agar dapat sokongan dan kerjasama dari semua guru.

26

4.44.3 Diminta KP sila bersedia dan mulakan pelaksanaan inovasi sebelum 2 bulan
pertandingan.
Tindakan : KP BI

4.45 Minit Curai
4.45.1 Diminta semua guru yang menghadiri sebarang kursus sila lengkapkan minit
curai sebelum mengadakan LADAP.

4.45.2 Sila pulangkan buku minit curai kepada GPK 1 selepas berbincang dengan
beliau.
Makluman: Semua Guru

4.46 Penulisan Buku NILAM
4.46.1 Diminta semua guru sila pastikan murid-murid menggunakan buku NILAM
secara optimum.

4.46.2 Sila buat pemantauan penggunaan buku NILAM di kalangan murid.

4.46.3 Guru NILAM sila dapatkan data NILAM dari guru kelas 2 bulan sekali.

4.46.4 Data NILAM juga digunakan untuk pengisian PAJSK tahun 4,5,6.

4.46.5 Sila gunakan pelbagai kaedah yang bersesuaian bagi pengisian buku
NILAM.

4.46.6 Guru NILAM sila adakan LADAP berkaitan penulisan buku NILAM.

Tindakan : Guru NILAM

4.47 Murid Pemulihan
4.47.1 Diminta semua guru bertanggung jawab terhadap murid pemulihan dalam
setiap kelas.

4.47.2 Sila kenal pasti dan ambil tindakan terhadap murid-murid yang menunjukkan
prestasi yang rendah dalam akademik.

4.47.3 Sila jalankan program intervensi yang bersesuaian kepada murid pemulihan.

4.47.4 Pastikan murid boleh menguasai 4M dan mencapai TP sekurang-kurangnya
3. Sila gunakan modul, buku kerja mengikut tahap penguasaan murid.

4.47.5 Diminta guru catat latihan yang diberikan kepada murid pemulihan dalam
RPH dan langkah pengajaran.
Makluman : Semua Guru

4.47.6 Guru pemulihan sila kemaskini data murid dari semasa ke semasa dan
bertindak terhadap sebarang surat dari PPDS dan JPN NS.

Tindakan : Penyelaras Pemulihan

27

5.0 HAL-HAL LAIN
5.1 Diminta semua guru merujuk sudut pengurusan kurikulum dari semasa ke semasa.
5.2 Diminta semua guru sila mengutamakan kekemasan, kebersihan dan ketelitian

tulisan murid dalam semua subjek. Sila beri penghargaan & ganjaran kepada murid
setiap bulan.
5.3 Sila perbanyakkan aktiviti dan bahan bacaan 3 bahasa di kalangan murid.

5.4 Dimaklumkan bahawa mesyuarat JKKS bil.2 sesi 2021 akan diadakan pada
15.03.2021 (Isnin).
Makluman : Semua Guru

6.0 PENUTUP
6.1 Mesyuarat telah ditangguhkan pada pukul 1:00 petang dengan ucapan terima kasih

oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran kepada semua guru yang dihormati yang
selalu memberikan kerjasama dan juga sokongan penuh pada beliau setiap masa.

Disedia oleh,
MALAR ARASAN
GPK PENTADBIRAN
SJKT LADANG BATANG BENAR

Disemak oleh,
EN.M.ASOKKUMAR
GURU BESAR
SJKT LADANG BATANG BENAR

28


Click to View FlipBook Version