The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MODUL 3 - SAINS TUMBUHAN PDF

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by air_pull83, 2023-09-09 21:03:31

pertanian

MODUL 3 - SAINS TUMBUHAN PDF

TINDAK BALAS CAHAYA TINDAK BALAS GELAP Tindak balas cahaya berlaku dalam granum Tindak balas gelap berlaku dalam stroma Produk akhir = Glukos


PROSES RESPIRASI


• Respirasi adalah proses hidup yang penting yang dijalankan oleh organisma hidup. • Tumbuhan melakukan respirasi bagi menghasilkan tenaga. • Terbahagi kepada respirasi aerob (oksigen) dan anaerob (tanpa oksigen). • Glukosa, oksigen, suhu dan air merupakan substrat mempengaruhi kelancaran dan kelajuan proses respirasi.


RESPIRASI AEROB RESPIRASI ANAEROB C6H12O6 + 6O2 → 6H2O + 6CO2 + ATP C6H12O6 → 2C2H5OH + 2CO2 + ATP Menghasilkan karbon dioksida dan wap air Menghasilkan asid laktik, etanol dan CO2 Membebaskan banyak tenaga (haba dan sebahagian ATP) Membebaskan tenaga Berlaku sepanjang hari Tempoh waktu singkat Berlaku dalam mitokondria Berlaku dalam sitoplasma


PROSES PENYERAPAN


TAKRIFAN PENYERAPAN – Proses resapan air tanah oleh akar melalui proses osmosis. OSMOSIS – Resapan molekul air daripada larutan berkepekatan rendah ke larutan yang berkepekatan tinggi merentasi membrane separa telap.


Kadar Transpirasi Sistem Pengakaran Pengudaraan dalam tanah Suhu Tanah


• Molekul air meresap keluar dari sel secara osmosis. • Sitoplasma dan vakuol kehilangan air. • Air akan meresap merentasi membran pada kadaryang sama kedua-dua arah. • Sel tumbuhan mengekalkan bentuk dan isipadu yang normal. • Molekul air meresap ke dalam sel dan vakuol secara osmosis. • Vakuol mengembang dan memberikan tekanan pada dinding sel.


PROSES TRANSLOKASI


DEFINISI ❖Proses pemindahan atau pengangkutan air , garam mineral bahan – bahan organik seperti asid amino dan glukosa melalui jaringan xylem dan floem ke bahagian – bahagian lain tumbuhan


FUNGSI XILEM FLOEM FUNGSI • Mengangkut air dan garam mineral yang diserap oleh akar dari tanah ke batang dan daun tumbuhan. • Terdiri dari trakeal, serat xylem dan parenkima xylem. FLOEM • Mengangkut sukrosa, asid amino, hormon dan zat makanan dari organ tumbuhan berwarna hijau terutama daun menuju ke akar tumbuhan.


PROSES TRANSPIRASI


DEFINISI ❖Proses kehilangan air daripada tumbuhan ke atmosfera. ❖Berlaku di permukaan daun atau bahagian lain tumbuhan terutama stomata dan lentisel. ❖Kadar transpirasi dikawal oleh sel pengawal melalui pembukaan dan penutupan liang stomata. ❖Kadar dipengaruhi oleh jumlah daun, kelebaran daun dan jumlah stomata.


Menyejukkan tumbuhan dengan pelepasan wap air Mengangkut air dan garam mineral dari akar ke daun Memastikan kesegahan sel sebagai sokongan pada tumbuhan Mengeluarkan air yang berlebihan dari tumbuhan KEPENTINGAN TRANSPIRASI


Pergerakan Udara • Semakin laju pergerakan angin semakin tinggi kadar transpirasi. Kelembapan Bandingan • Semakin tinggi kelembapan bandingan semakin rendah kadar transpirasi. Keamatan Cahaya • Semakin tinggi keamatan cahaya semakin tinggi kadar transpirasi pada tahap optimum. Suhu FAKTOR MEMPENGARUHI TRANSPIRASI • Semakin tinggi suhu semakin tinggi kadar transpirasi.


3.2.2 Menghuraikan perkaitan antara proses fotosintesis dengan respirasi, penyerapan, translokasi dan transpirasi


• Untung bersih dalam glukosa apabila Kadar fotosintesis melebihi kadar respirasi. • Rugi bersih dalam glukosa apabila kadar respirasi melebihi kadar fotosintesis Respirasi Menyerap air dan garam mineral untuk proses fotosintesis. Semakin banyak air dan garam mineral diserap semakin tinggi kadar fotosintesis Penyerapan


• Proses mengangkut hasil fotosintesis ke bahagian lain tumbuhan. • Semakin tinggi kadar fotosintesis semakin tinggi tekanan osmosis daun akan mengalir ke bahagian lain tumbuhan Translokasi • Semakin tinggi kadar transpirasi semakin tinggi kadar fotosintesis. Transpirasi


3.2.3 Mengkaji faktor yang mempengaruhi kadar fotosintesis dari aspek suhu, karbon dioksida, klorofil, cahaya dan air


FAKTOR LUARAN Keamatan cahaya Kepekatan Karbon Dioksida Peningkatan Suhu


KEAMATAN CAHAYA •Cahaya matahari berfungsi mengubah air dan karbon dioksida menjadi glukosa. •Semakin tinggi keamatan cahaya menyebabkan kadar fotosintesis semakin meningkat ke suatu tahap optimum. •Peningkatan keamatan cahaya seterusnya tidak lagi meningkatkan kadar fotosintesis kerana faktor pengehad CO2 dan suhu.


KEPEKATAN KARBON DIOKSIDA •Karbon dioksida diperlukan dalam tindak balas gelap untuk mensintesis glukosa. •Peningkatan kepekatan CO2 menyebabkan peningkatan kadar fotosintesis ke suatu tahap. •Kadar fotosintesis menjadi sekata walaupun berlaku peningkatan CO2 berlaku disebabkan oleh faktor pengehad keamatan cahaya.


PENINGKATAN SUHU •Setiap peningkatan suhu sebanyak 100c akan meningkatkan sekali ganda kadar fotosintesis sehingga mencapai tahap optimum. •Suhu optimum kebanyakan tumbuhan adalah 25 – 30oC. •Suhu terlalu tinggi menyebabkan enzim dan proses fotosintesis terhenti dan memusnahkan sel tumbuhan.


FAKTOR DALAMAN Jumlah Klorofil Kedudukan Daun Bentuk Daun Anatomi Daun Pertumbuhan Tumbuhan


FAKTOR HURAIAN JUMLAH KLOROFIL • Klorofil adalah pigmen hijau untuk proses fotosintesis dalam menyerap cahaya matahari. • Kekurangan klorofil menyebabkan kadar fotosintesis rendah. KEDUDUKAN DAUN • Kedudukan daun yang menghadap cahaya akan menyebabkan peningkatan kadar fotosintesis. BENTUK DAUN • Bentuk daun yang nipis dan lebar membolehkan cahaya matahari diserap lebih banyak dan menyebabkan kadar fotosintesis meningkat. ANATOMI DAUN • Liang – liang stomata akan terbuka apabila adanya cahaya matahari menyebabkan tersedianya gas CO2 untuk bahan fotosintesis. PERTUMBUHAN TUMBUHAN • Proses fotosintesis lebih tinggi pada tumbuhan muda atau daun muda kerana tumbuhan muda lebih banyak klorofil.


3.2.4 Menghubungkait kesan perubahan suhu, karbon dioksida, klorofil, cahaya dan air terhadap pertumbuhan tumbuhan


1. Suhu - Suhu tinggi melebihi suhu optimum akan menyebabkan protein dalam enzim rosak dan kematian tisu dalam tumbuhan. - Suhu rendah melambatkan kadar fotosintesis menyebabkan tumbuhan terbantut dan hasil berkurang. 2. Karbon Dioksida - Kekurangan karbon dioksida menyebabkan kesukaran menghasilkan glukosa dan mengganggu proses fotosintesis. - Kesannya tumbesaran lambat, kerosakan daun, saiz daun kecil, kekurangan daun dan pertukaran warna daun.


1. Cahaya Kekurangan cahaya menyebabkan : - Batang tumbuhan tumbuh cepat tetapi lemah. - Daun mengecil dari saiz sebenar. - Daun berwarna pucat akibat kekurangan klorofil. 1. Klorofil Kekurangan klorofil pada daun menyebabkan : - Proses fotosintesis berlaku perlahan. - Tumbuhan tidak dapat memproses makanan secukupnya. - Tumbuhan akan mati kerana kekurangan karbon dioksida dan nutrisi.


1. Air Kekurangan air menyebabkan : 1. Tumbuhan menjadi layu kerana sel tumbuhan mengalami plasmolysis (pengecutan). 2. Tanah yang kering menyebabkan baki air mengalami kepekatan zat larut tinggi. 3. Sebahagian stomata akan tertutup dan tidak dapat menyerap karbon dioksida (CO2). 4. Menurunkan kadar proses fotosintesis serta merosakkan sintesis protein dan dinding sel. 5. Pengurangan jumlah sel tumbuhan , saiz daun mengecil dan penebalan saiz daun. 6. Perubahan metabolisme karbon dan nitrogen.


1. Air (sambungan) Kekurangan air menyebabkan : 7. Peningkatan sensitivity stomata. 8. Kadar fotosintesis rendah. 9. Penurunan ukuran fizikal bahagian batang, daun dan akar. 10. Penurunan hasil tanaman dan kematian.


1. Pilih satu pokok dan lindungkan dari cahaya matahari selama 48 jam. 2. Klip atas dan bawah permukaan beberapa helai daun dengan kertas hitam. 3. Dedahkan tumbuhan pada cahaya matahari 2 jam hingga 3 jam. 4. Petik daun dan tanggalkan kertas hitam yang menutupinya. 5. Didihkan air. 6. Masukkan daun dalam air sedang mendidih. 7. Keluarkan dan masukkan daun kedalam tabung didih yang mengandungi etil alkhohol. 8. Kukus dalam air mendidih selama 3 minit. 9. Keluarkan daun menggunakan penyepit. 10. Bilas daun menggunakan air bersih. 11. Letakkan daun dalam piring petri dan titiskan larutan iodin. 12. Perhatikan warna yang terhasil pada daun.


Click to View FlipBook Version