NAMA: 2023 M / 1444 H 10 HARI TERAWAL ZULHIJJAH PESTA IBADAH YANG TIDAK DI ENDAH
Maka di sinilah pentingnya untuk kita bedah buku ini. Ia akan menjawab soalan penting apa kelebihan dan keutamaan bulan Zulhijjah. Apa yang boleh kita laksanakan. Menarik dalam buku ini, sarat dengan hujah naqli , terus dari sumber dan memetik potongan ayat Quran Surah Al Fajr 1-5 untuk membahas kelebihan bulan ini. Rujukan Hadis Sahih untuk kelebihan 10 hari pertama bulan Zulhijjah ini turut dikupas untuk memberi pengetahuan tambahan serta peringatan agar kita tidak terlepas pulun ibadah, sebagaimana kita pulun ibadah di 10 malam terakhir bulan Ramadhan. Waktu ini kita digalakkan berpuasa, banyakkan sedekah , zikir, selawat, membaca dan tadabbur Al Quran, berdoa dan pelbagai amal soleh. Dan ini yang paling menarik dalam buku ini, ia didatangkan khas dengan habit tracker. Ada “ goal” yang kita boleh minta anak kita “ setup ” seperti tabung khas untuk haji dan korban. Kita boleh print dan kongsi dengan ahli keluarga. Aktiviti yang sangat menyeronokkan dan bermanfaat! ”Thumbs up ” untuk penulis yang bukan sahaja bantu kita dapatkan knowledge, tapi turut membantu kita bertindak. Bagi saya, rugi kalau kita tak habiskan membaca buku ini. Sarat dengan pelbagai info lengkap. Selain daripada kelebihan bulan Zulhijjah, didatangkan pula penerangan terperinci mengenai ibadah haji dan korban. Dan permulaan kepada amal soleh itu ialah dengan ilmu kefahaman. Mudah mudahan, dengan membaca buku ini, memberi manfaat yang luar biasa kepada diri dan keluarga kita. Kalau anda rasa buku ini bermanfaat, boleh bantu kongsikan juga kepada kenalan yang lain? Semoga Allah berkati usaha kita semua. Amin. Apa Rukun Islam ke lima? Kalau tanya soalan ni kepada anak anak , bahkan kepada kita sendiri, pasti kita mampu jawab dengan fasih menunaikan haji di Baitullah. Namun, Cuba kita panjangkan sedikit soalan tu. Musim haji tu bulan apa? Mungkin ada yang teragak agak untuk jawab. Apa rukun islam ke lima? Kalau tanya soalan ni kepada anak anak, bahkan kepada kita sendiri, pasti kita mampu jawab dengan fasih menunaikan haji di Baitullah. Ustaz Hakim Mohd Nor Pengasas Akademi Jiwa Hamba APA KATA.. Ustaz HakimMohd Nor 16/06/2023
BUKU RAMADHAN SAYA Saya sangat tertarik dengan konsep buku ini yang sangat mudah difahami bukan hanya untuk anak-anak tetapi juga mengandung fakta yang perlu diketahui oleh semua peringkat umur lebih-lebih lagi untuk ibu bapa agar mampu menyampaikannya kepada anak-anak. Tahniah diucapkan kepada seluruh panel yang terlibat dalam menyediakan buku yang sangat bermanfaat ini. Moga-moga melalui buku ini, dapat menerapkan kefahaman tentang nilai ibadah khususnya berkenaan 10 hari Zulhijjah. Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Allah s.w.t serta selawat kepada baginda Nabi s.a.w. Anak-anak juga adalah bentuk rahmah Allah s.w.t yang dikurniakan kepada ibu bapa. Ibu dan bapa sepatutnya menjadikan anak-anak sebab untuk terus-menerus belajar untuk disampaikan kepada anak-anak. Ustazah Nazifatunnisa Salim Pengasas Jannah Project APA KATA.. Ustazah Nazifatunnisa Salim 17/06/2023
PENGENALAN DALIL KEUTAMAAN BULAN ZULHIJJAH IBADAH HAJI PEMBINAAN KAABAH & ZAM ZAM IBADAH KORBAN PENUTUP TINDAKAN SAYA 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. KANDUNGAN Pihak kami, Home Engineers telah sedaya upaya memastikan kandungan dalam E-Book ini tepat dan berdasarkan Al Quran dan Hadis. Namun sekiranya masih terdapat sebarang ralat, mohon dimaklumkan kepada kami menerusi : [email protected] Disemak oleh : Ustazah Nazifatunnisa Salim Sarjana Muda Usuluddin Dakwah dan Pembangunan Insan(UM)
PENGENALAN
Assalamualaikum, nama saya Raudhah. Kawan-kawan tahu tak, bulan Zulhijjah merupakan bulan yang sangat istimewa dalam agama Islam? PENGENALAN Jutaan umat Islam dari seluruh dunia berkumpul di Makkah untuk melaksanakan rukun Islam yang kelima ini. Ia merupakan bulan di mana ibadah haji dilaksanakan. Disebutkan dalam hadis-hadis Nabi Muhammad SAW; Sepuluh hari pertama bulan Zulhijjah dianggap sebagai waktu yang paling istimewa dan diberkati dalam tahun Islam. Bahagian 1
Puasa sunat Baca Al Quran & Zikir Berdoa Sedekah PENGENALAN Awak jangan sedih tau jika belum ada peluang kerjakan ibadah haji. Umat Islam yang tak laksanakan haji juga boleh dapat pahala yang sangat banyak pada 10 hari pertama Zulhijjah dengan banyakkan amalan sunat seperti; Wah baru saya tahu, banyak rupanya ibadah sunat yang boleh kita buat! Selama ni saya ingatkan bulan Ramadan sahaja pesta ibadah. Bahagian 2 MISI MENCARI Jom kawan-kawan, kita sama-sama usaha untuk perbanyakkan amalan sunat.
Sebelum terlupa, saya nak bagi pesanan ni untuk semua, Yang penting bila buat sesuatu amal tu, pastikan kita patuhi 2 syarat di bawah : PENGENALAN Buat dengan hati yang ikhlas kerana Allah Cara yang betul (ikut yang Nabi ajar) Bahagian 3 Ps ; Jangan buat sebab nak orang puji tau Barulah amal kita akan diterima Allah, insyaAllah
DALIL KEUTAMAAN BULAN ZULHIJJAH
KEUTAMAAN 10 HARI PERTAMA ZULHIJJAH KEUTAMAAN 10 HARI PERTAMA ZULHIJJAH Bahagian 1 Ahmad, ada ke dalil / bukti / hujah dari Al Quran dan hadis tentang Kelebihan dan keutamaan 10 Zulhijjah ni? Mestilah ada. Kita orang Islam, bila buat sesuatu, mesti berdasarkan apa Quran dan Hadis Nabi suruh. Demi waktu fajar; Dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah); Dan bilangan yang genap serta yang ganjil; Dan malam, apabila ia berlalu; Bukankah yang demikian itu mengandungi sumpah (yang diakui kebenarannya) oleh orang yang berakal sempurna? Surah Al Fajr (89) : Ayat 1-5
KEUTAMAAN 10 HARI PERTAMA ZULHIJJAH Ahmad, ada ke dalil / bukti / hujah dari Al Quran dan hadis tengang Kelebihan dan keutamaan 10 Zulhijjah ni? Mestilah ada. Kita orang Islam, bila buat sesuatu, mesti berdasarkan apa Quran dan Hadis Nabi suruh.. Dalam Surah Al Fajr, ( Surah ke 89): Ayat 1-5, Allah menyebutkan; 1. Demi waktu fajar; 2. Dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah); 3. Dan bilangan yang genap serta yang ganjil; 4. Dan malam, apabila ia berlalu; 5. Bukankah yang demikian itu mengandungi sumpah (yang diakui kebenarannya) oleh orang yang berakal sempurna Amalan soleh pada waktu siang hari semasa sepuluh hari awal Zulhijjah lebih baik daripada semua hari termasuk sepuluh hari akhir Ramadan. Sementara amalan soleh pada malam hari sepuluh akhir Ramadan lebih afdal dibandingkan semua malam termasuk sepuluh malam akhir Zulhijjah. Alasan mereka kerana pada malam 10 akhir Ramadan terdapat Lailatul Qadar yang merupakan malam yang terbaik. Sementara pada siang 10 hari awal Zulhijjah terdapat Hari Arafah yang merupakan hari yang terbaik (sila lihat: ‘Ali al-Qari, Mirqah al-Mafatih Syarh Misykah al-Masabih, 3/1082. Beirut: Dar al-Fikr) Al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani berpendapat keistimewaan sepuluh hari Zulhijjah kerana terkumpul padanya segala ibadah-ibadah utama; solat, puasa, sedekah (zakat) dan haji. Ini tidak terdapat pada waktu yang lain• (lihat: Ibn Hajar al-‘Asqalani, Fath al-Bari, 2/459. Beirut: Dar al-Ma’rifah). KEUTAMAAN 10 HARI PERTAMA ZULHIJJAH Dari hasil dan perbahasan para ulama, mereka bersepakat bahawa, Bahagian 2 TAFSIR SURAH
KEUTAMAAN 10 HARI PERTAMA ZULHIJJAH Ahmad, ada ke dalil / bukti / hujah dari Al Quran dan hadis tengang Kelebihan dan keutamaan 10 Zulhijjah ni? Mestilah ada. Kita orang Islam, bila buat sesuatu, mesti berdasarkan apa Quran dan Hadis Nabi suruh.. Dalam Surah Al Fajr, ( Surah ke 89): Ayat 1-5, Allah menyebutkan; 1. Demi waktu fajar; 2. Dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah); 3. Dan bilangan yang genap serta yang ganjil; 4. Dan malam, apabila ia berlalu; 5. Bukankah yang demikian itu mengandungi sumpah (yang diakui kebenarannya) oleh orang yang berakal sempurna Daripada Ibn ‘Abbas, dia berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “Tiada hari-hari yang amalan soleh padanya paling Allah sukai melebihi sepuluh hari ini (sepuluh hari awal Zulhijjah)”. Mereka bertanya: “Sekalipun jihad pada jalan Allah?”. Jawab Rasulullah s.a.w: Sekalipun jihad pada jalan Allah, melainkan seorang lelaki yang keluar (berjuang) dengan diri dan hartanya dan tidak mendapat semua itu kembali walaupun sedikit” (Hadis Riwayat al-Bukhari, al-Tirmizi ) َّياٍم َم: "َما ِمْن َأ َّل ْيِه َوَس اَل َرُسوُل ِهَّللا َصىَّل ُهَّللا َعَل َق اَل: عن اْبِن َعَّباٍس َق وا: َيا َّياِم الَعْش ِر"، َفَقاُل َحُّب ِإىَل ِهَّللا ِمْن َهِذِه ا َأل الَعَمُل الَّصاِلُح ِفيِهَّن َأ ْيِه َرُسوَل ِهَّللا، َواَل الِجَهاُد ِفي َسِبيِل ِهَّللا؟ َفَقاَل َرُسوُل ِهَّللا َصىَّل ُهَّللا َعَل ِإاَّل َر ُجٌل َخ َرَج ِبَنْفِسِه َوَماِلِه َف َلْم َم: "َواَل الِجَهاُد ِفي َسِبيِل ِهَّللا، َّل َوَس َيْرِجْع ِمْن َذِلَك ِبَشْيٍء" Kawan-kawan, jom sama-sama kita lihat apa yang Nabi kata berkenaan ; Apa yang istimewanya tentang sepuluh hari pertama dalam Bulan Zulhijjah? Paling Allah sukai KEUTAMAAN 10 HARI PERTAMA ZULHIJJAH Bahagian 3
KEUTAMAAN 10 HARI PERTAMA ZULHIJJAH Ahmad, ada ke dalil / bukti / hujah dari Al Quran dan hadis tengang Kelebihan dan keutamaan 10 Zulhijjah ni? Mestilah ada. Kita orang Islam, bila buat sesuatu, mesti berdasarkan apa Quran dan Hadis Nabi suruh.. Dalam Surah Al Fajr, ( Surah ke 89): Ayat 1-5, Allah menyebutkan; 1. Demi waktu fajar; 2. Dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah); 3. Dan bilangan yang genap serta yang ganjil; 4. Dan malam, apabila ia berlalu; 5. Bukankah yang demikian itu mengandungi sumpah (yang diakui kebenarannya) oleh orang yang berakal sempurna Lebih Besar Pahala Daripada Ibn ‘Abbas, dia berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “Tiada amalan yang lebih mulia di sisi Allah dan lebih besar pahala daripada kebaikan yang seseorang lakukan pada sepuluh hari Adha (sepuluh hari awal Zulhijjah).” Hadis Riwayat al-Darimi ْج ًرا ْعَظَم َأ َوَجَّل َواَل َأ َّز ْزَكى ِعْنَد ِهَّللا َع •َما ِمْن َعَمٍل َأ ا َأْلْض َحى ُه ِفي َعْش ِر ِمْن َخْي ٍر َيْعَمُل Raudhah pun nak kongsikan, ada lagi sebuah hadis yang mengatakan tentang keistimewaan 10 hari pertama Zulhijjah Lebih Mulia KEUTAMAAN 10 HARI PERTAMA ZULHIJJAH Bahagian 4
KEUTAMAAN 10 HARI PERTAMA ZULHIJJAH Ahmad, ada ke dalil / bukti / hujah dari Al Quran dan hadis tengang Kelebihan dan keutamaan 10 Zulhijjah ni? Hari Arafah merupakan hari yang kesembilan dalam bulan Zulhijjah. Jemaah Haji akan melakukan wukuf di padang Arafah pada ketika itu. Umat Islam digalakkan untuk berpuasa pada hari tersebut kerana terdapat ganjaran yang besar bagi orang yang menunaikannya. Ganjaran yang dimaksudkan ialah : KEUTAMAAN 10 HARI PERTAMA ZULHIJJAH Bahagian 5 "Puasa hari Arafah, aku berharap kepada Allah supaya ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya dan juga tahun selepasnya." Hadis Riwayat Muslim Jom puasa Hari Arafah Pengampunan dosa oleh Allah SWT bagi setahun sebelum dan selepasnya. seronoknya! Zulhijjah
KEUTAMAAN 10 HARI PERTAMA ZULHIJJAH Ahmad, ada ke dalil / bukti / hujah dari Al Quran dan hadis tengang Kelebihan dan keutamaan 10 Zulhijjah ni? Mestilah ada. Kita orang Islam, bila buat sesuatu, mesti berdasarkan apa Quran dan Hadis Nabi suruh.. Dalam Surah Al Fajr, ( Surah ke 89): Ayat 1-5, Allah menyebutkan; 1. Demi waktu fajar; 2. Dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah); 3. Dan bilangan yang genap serta yang ganjil; 4. Dan malam, apabila ia berlalu; 5. Bukankah yang demikian itu mengandungi sumpah (yang diakui kebenarannya) oleh orang yang berakal sempurna KEUTAMAAN 10 HARI PERTAMA ZULHIJJAH Bahagian 6 Kesimpulannya, 10 awal Zulhijjah ini sangat MULIA kerana dalam 10 hari ni terkumpulnya banyak ibadah, iaitu solat, puasa, sedekah, dan HAJI. Bulan Zulhijjah ialah bulan haji, dan haji tiada dalam bulan Ramadan. Ayuh kita belajar tentang HAJI.
IBADAH HAJI
Haji adalah Rukun Islam yang kelima. Haji adalah mengunjungi Baitullah (Ka 'bah) pada masamasa tertentu (bulan haji, Zulhijjah) serta melaksanakan perkara-perkara yang wajib bagi ibadah haji. Apa Maksud HAJI? Kalau awak nak tahu ; https://muftiwp.gov.my/artikel/bayan-li-al-haj/724-bayan-li-al-haj-siri-2-pengertian-hajidan-umrah-serta-perbezaannya IBADAH HAJI Ahmad, awak tahu tak “Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya.” Surah Ali-Imran (2): 97 Firman Allah SWT: https://people.utm.my/szaleha/2017/08/12/1-hari-1-hadis-kewajipan-ibadat-haji/
1. Orang Islam (orang kafir dan murtad tidak wajib menunaikan haji) SYARAT -SYARAT HAJI Ibadah haji merupakan satu mercu tanda pengabdian diri seorang hamba kepada Penciptanya. Tapi, jangan risau Allah SWT tidak memfardukan ibadah haji dan umrah ini kepada sesiapa yang tidak memenuhi syarat yang telah ditetapkan 4. Merdeka (bukan Hamba) 2. Baligh (cukup umur) 3. Berakal Syarat-syarat 5. Istitoah (Berkemampuan) https://muftiwp.gov.my/artikel/bayan-li-al-haj/718-bayan-li-al-haj-siri-4-syarat-mengerjakan-haji-dan-umrah Tahu tak kawan-kawan, siapakah yang tergolong dalam kalangan orang yang difardukan ibadah haji ke atasnya ?
2. Wukuf di Arafah 1. Ihram, Niat untuk menunaikan Haji dari miqat 3.Tawaf di Kaabah 4. Sa'ie di antara Bukit Safa dan Marwah 5. Tahallul Bergunting atau bercukur rambut 6. Tertib RUKUN HAJI Rukun Haji ialah pekerjaan yang mesti dilakukan oleh Jemaah Haji ketika mengerjakan Haji. Jika tidak ditunaikan, haji seseorang tidak sah/tidak sempurna/ tergantung dan masih tertakluk dengan larangan Ihram
1. Ihram,iaitu niat untuk menunaikan haji dari miqat 4. Melontar Jamrah Kubra pada 10 zulhijrah 2. Meninggalkan perkara dalam larangan Ihram 3. Bermalam di Muzdalifah 6. Melontar di jamrah ula, wustha, dan aqabah (Menggunakan 7 biji anak batu) 5. Bermalam di Mina (11,12,13 Zulhijjah ) SYARAT WAJIB HAJI Niat Ihram hendaklah di Miqat atau sebelumnya. Setelah Niat Ihram mestilah jaga larangan dalam ihram Syarat Wajib Haji https://pic.upm.edu.my/upload/dokumen/20200128160556Infografik_Minggu_3_.pdf Wajib haji merupakan perkara-perkara yang harus dilakukan dalam melaksanakan ibadah haji. Apabila kita tidak melakukan perkara-perkara yang dinyatakan di bawah ini, ibadah haji masih tetap sah, tetapi kita perlu menggantikannya dan membayar dam (denda)
IBRAH SAEI Saei adalah berulang berlari-lari anak melambangkan istiqamah melakukan perkara baik. Kalau kita berbuat baik, jangan cepat putus asa tau. Kita kena tetap dengan matlamat dan tujuan. Teruskan lakukan, walaupun nampak perlahan tindakan kita. Allah kan Maha Melihat, DIA akan nampak usaha kita. Raudah, awak tahu tak di setiap perkara yang Allah perintah ada hikmah dan ibrahnya? Terus istiqamah buat baik SAEI
IBRAH TAWAF Tawaf ialah mengelilingi Ka ’bah sebanyak tujuh kali putaran atau pusingan. Kita manusia adalah Hamba yang sebenarnya. Jadi, segala perintah Allah hendaklah dilaksanakan dengan sepenuh hati. Contohnya, kita sebagai anak kena patuh pada perintah ALLAH dan Ibu Bapa. TAWAF Taat sepenuh hati kepada Allah Yang Maha Besar
IBRAH TAHALUL Tahalul ialah keluar dari IHRAM dengan bercukur atau bergunting setelah tiba masanya. Rambut di kepala tidak dapat di hitung banyaknya tetapi diwajibkan potong hanya tiga helai. Tahu tak Kenapa? Sebab ia melambangkan Allah minta kita buat kebaikan yang wajib hanya ibadah tertentu sahaja. Tetapi diberi amalan sunat supaya kita jangan berkira untuk beribadah dengan Allah. TAHALUL
MELONTAR JAMRAH Wajib haji adalah amalan asas yang wajib ditunaikan oleh para jemaah haji. Antara wajib haji ialah melontar jamrah iaitu melemparkan batu kecil. Lokasi melakukan ibadah melontar Mina, Makkah Tempat melakukan ibadah melontar Jemaah haji melemparkan batu-batu kecil di tiga dinding (dahulu tiang), yang dipanggil jamarāt, di kota Mina di timur Makkah
Waktu melakukan ibadah melontar jamrah bermula selepas separuh malam 10 ZULHIJJAH. Ia berakhir apabila terbenam matahari (masuk waktu maghrib) pada 13 ZULHIJJAH. Waktu Afdal untuk melontar 10 Zulhijjah ialah apabila masuk waktu Dhuha sehingga gelincir matahari (masuk waktu Zohor) pada hari tersebut. Terdapat tiga tempat melontar: Al-Jamratul Sughra (kecil) Al-Jamratul Wusta (sederhana) Al-Jamratul Kubra (besar) Melontar setiap ketiga-tiga jamrah itu dengan TUJUH biji batu. Rujukan Pejabat Mufti wilayah WAKTU MELONTAR JAMRAH
"Apabila dia [Ibrahim] meninggalkan Mina dan dibawa turun ke al-Aqaba, Iblis muncul di Bukit Batu Alas. Jibril berkata kepadanya: "Lontarlah padanya!" Maka Ibrahim melemparkan tujuh batu ke arahnya sehingga dia menghilang. Kemudian Iblis muncul kepadanya di Bukit Batu Tengah. Jibril berkata kepadanya: "Lontarlah padanya!" Maka dia melempar tujuh batu ke arahnya sehingga dia menghilang. Kemudian Iblis muncul kepadanya di Bukit Batu Kecil. Jibril berkata kepadanya: "Lontarlah padanya!" Maka dia melempar tujuh batu seperti batu kecil yang digunakan untuk melontar menggunakan lembing. Oleh itu, Iblis menjauh darinya." KENAPA ADA IBADAH MELONTAR JAMRAH Ketika Nabi Ibrahim AS dan Ismail AS dalam perjalanan menuju ke Aqabah tempat untuk menyembelih Ismail, syaitan pun muncul untuk menghalang Nabi Ibrahim menjalankan perintah Allah. Ketika kita menjalankan ibadah haji melontar jamrah, bukan bererti iblis hadir di tempat itu. Ia adalah simbolik bahawa orang yang beriman mampu menolak pemikiran dan keinginan yang ditanam oleh iblis. The story behind the stoning of Satan during Hajj IBRAH
1. Mendidik diri akan kesederhanaan dalam hidup Pakaian Ihram mengajarkan kita tentang kesederhanaan dan persamaan di hadapan Allah. Semua jemaah haji, tanpa memandang status sosial atau kekayaan, mengenakan pakaian ihram yang sama iaitu dua lembar kain putih tanpa jahitan. 2. Doa yang makbul Wukuf di Arafah adalah adalah peringatan tentang Hari Kiamat, di mana semua manusia akan berkumpul di hadapan Allah mengakui kesalahan dan berjanji untuk memperbaiki diri 3. Mempelajari dari sejarah orang soleh terdahulu Tawaf menggambarkan kepatuhan Nabi Ibrahim kepada perintah Allah, Sa ’i mengingatkan kita pada perjuangan Hajar mencari air untuk putranya, Ismail, yang akhirnya menghasilkan telaga Zamzam. Ini mengajarkan kita tentang kepercayaan dan tawakal kepada Allah, serta pentingnya usaha dan kerja keras. 4. Simbol pembaharuan diri Tahallul, atau pelepasan ihram, adalah simbol dari pembaharuan dan pembebasan dari dosa Dibalik menunaikan syarat wajib haji, terdapat makna dan hikmah yang mendalam bagi transformasi spiritual dan moral individu. HIKMAH MENUNAIKAN IBADAH HAJI
PEMBINAAN KAABAH & ZAM ZAM
Bersihkan rumah Allah untuk orang-orang yang berdiri, rukuk dan sujud Jangan sekutukan sesuatu pun dengan Allah "Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami tentukan bagi Nabi Ibrahim tempat Kaabah (untuk membinanya, lalu Kami berfirman kepadanya): Janganlah engkau sekutukan sesuatu pun denganKu dan bersihkanlah rumahKu (Kaabah ini) bagi orang-orang yang tawaf dan orang-orang yang berdiri dan yang rukuk serta yang sujud (mengerjakan sembahyang)." Surah al Haj (22) : 26 PEMBINAAAN KAABAH Allah memerintahkan Nabi Ibrahim AS untuk membina KAABAH Peringatan dalam al Quran tentang kisah Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail membina KAABAH Kawan-kawan tahu tak, Mesej Allah pada saya
Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam." Surah al-An'am (6) : 162 Setiap AMALAN dan PEKERJAAN yang kita lakukan perlu disandarkan kepada Allah SWT. "Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami), sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui" Surah Al Baqarah (2) : 127 Ketika membina Kaabah, Nabi Ibrahim berdoa kepada Allah: Berdoalah setiap kali melakukan amal, agar Allah terima. Sebagai hamba Allah SWT yang diciptakan untuk tujuan mengabdikan diri kepada-Nya. Maka, IBRAH PEMBINAAAN KAABAH
Maka Hajar berlari-lari antara bukit-bukit Safa dan Marwa sebanyak tujuh kali mencari air. Kemudian dia mendengar suara.. ZAM - ZAM MasyaAllah ternyata itu suara Malaikat Jibril. Jibril ketika itu berada di tempat yang sekarang menjadi telaga Zamzam. Lantas, Jibril mengais tanah dengan tumitnya (atau dengan sayapnya, sebagaimana disebutkan dalam riwayat yang lain) sehingga air keluar memancar. Air Zam-zam IBRAH Jika kita berusaha, pasti Allah akan menolong. Usaha tangga kejayaan, apabila ALLAH IZIN. SAFA MARWA Ditinggalkan di padang pasir oleh Nabi Ibrahim, Hajar dan puteranya yang masih bayi, Ismail, sangat memerlukan air di tengah panas yang sangat terik. Itulah air telaga zam-zam yang sehingga kini tak pernah kering, tanda kemuliaan tanah haram Makkah.
IBADAH KORBAN
Korban berasal daripada perkataan bahasa Arab membawa makna dekat. Dari segi istilah pula bermaksud menyembelih binatang ternakan pada 10 Zulhijjah (Hari Raya Aidiladha) atau 11,12, 13 Zulhijjah (hari Tasyrik) dan mengagihkan sebahagian daripada daging itu kepada fakir miskin dengan tujuan untuk beribadah supaya DEKAT dengan ALLAH IBADAH KORBAN https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=korban Bahagian 1 Raudhah, awak tahukah apa maksud KORBAN ? Semua binatang boleh dibuat korbankah ? Tidak Ahmad. Hanya haiwan ternakan seperti unta, lembu, kambing dan biri-biri sahaja.
Nabi Ibrahim terkenal sebagai seorang yang suka melaksanakan ibadah qurban yang banyak. Ada suatu ketika Nabi Ibrahim menyembelih haiwan qurban sebanyak 1000 ekor kambing , 300 ekor lembu dan 100 ekor unta. Sebelum kelahiran Nabi Ismail, Nabi Ibrahim pernah berkata : “Semua yang menjadi qurbanku itu belumlah menjadi apa-apa bagiku. Demi Allah, kalau aku mempunyai anak lelaki, tentu aku akan persembahkan juga di jalan Allah dan aku korbankan dia untuk Allah SWT”. Sehinggakan perbuatannya itu membuatkan masyarakat dan juga malaikat kagum padanya. Setelah kelahiran Nabi Ismail, Nabi Ibrahim terlupa akan nazarnya itu. Kemudian Allah telah menuntut nazarnya itu untuk menguji kesabaran dan ketaatannya kepada Allah. Tuntutan nazar tersebut juga telah didatangkan kepada Nabi Ibrahim dalam bentuk mimpi sebanyak 3 kali sebelum Nabi Ibrahim menyedari bahawa mimpi tersebut merupakan suruhan daripada Allah SWT. Akhirnya, tanpa ragu-ragu Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail menjalankan suruhan Allah itu. IBADAH KORBAN Mimpi Nabi Ibrahim AS (Pada bulan Zulhijjah) Malam pertama Tarwiyah (Berfikir) 8 9 10 Malam kedua Arafah (Mengetahui) Malam ketiga Nahrun (Sembelih) https://mufti.pahang.gov.my/wp-content/uploads/2022/07/KISAH-NABI-IBRAHIM-MENYEMBELIH-ANAKNYA.pdf Sirah di sebalik ibadah korban Bahagian 2
" Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?. Anaknya menjawab: Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar. " Surah As-Saffat (37) : 102 "Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah). Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami)." Surah As-Saffat (37) : 103 Nabi Ismail A.S bersetuju untuk membenarkan ayahandanya menyembelih dirinya. Inilah tanda orang yang bertaqwa dan tinggi keyakinan atas perintah Allah SWT. Kawan-kawan tahu tak, bagaimana Nabi Ibrahim memberitahu Nabi Ismail tentang mimpinya ? Apa reaksi Nabi Ismail ya ? IBADAH KORBAN Bahagian 3
" Dan Kami (Allah) menyeru : Hai Ibrahim, sesungguhnya engkau membenarkan mimpi itu dan sesungguhnya Kami membalas orang yang berbuat baik. " Surah As-Saffat (37) : 105 " Dan Kami tebus anaknya dengan seekor binatang sembelihan yang besar. " Surah As-Saffat (37) : 107 Allah ganti penyembelihan Nabi Ismail itu dengan seekor kibas yang besar. Malaikat Jibril datang dan bawakan kibas sebagai ganti. Maka Nabi Ibrahim hanya perlu menyembelih kibas itu sahaja. Hehe. Sabar. Jom kita sambung cerita. Dengan kuasa Allah SWT, percubaan menyembelih Nabi Ismail A.S tidak berjaya. Bahkan tiada sikit luka pun di leher Nabi Ismail A.S. Ahhhhh !? Nabi Ismail kena sembelih ke ? IBADAH KORBAN https://celiktafsir.net/2018/02/12/saffat-ayat-103-113/ Bahagian 4
"Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban)." Riwayat al-Tirmizi (1493) Mari sini saya jelaskan. Dari Aisyah RA, bahawa Nabi SAW telah bersabda: https://mufti.pahang.gov.my/wp-content/uploads/2022/07/KISAH-NABI-IBRAHIM-MENYEMBELIH-ANAKNYA.pdf Apa hukum IBADAH KORBAN? Raudhah, awak tahu tak Ya Ahmad. Ia adalah ibadah SUNAT yang SANGAT DITUNTUT dan sangat disukai Allah SWT. IBADAH KORBAN Bahagian 5
Inilah sejarah ibadah korban yang kita lakukan setiap tahun sebagai tanda mengingati perbuatan Nabi Ibrahim yang sanggup taat arahan Allah. Jadi bila kita melakukan ibadah korban itu, kita sebenarnya telah mengikuti sunnah Nabi Ibrahim yang taat kepada perintah Allah. Ia mengajar kita untuk taat kepada arahan Allah walaupun akal kita mungkin tidak dapat menerimanya. Kerana jika kita gunakan akal kita, tentu Nabi Ibrahim tidak sanggup untuk menyembelih anaknya kerana tidak nampak hikmahnya di situ. Kadangkala kita tidak tahu hikmah sesuatu perkara itu, tapi kerana ianya arahan dari Allah, maka kita perlu lakukan juga. KETAATAN dalam melaksanakan perintah Allah adalah suatu keutamaan tertinggi walaupun ia melibatkan pengorbanan HARTA dan JIWA. BUAT APA SAHAJA YANG ALLAH PERINTAHKAN, YA KAWAN-KAWAN ! Tahukah kawan-kawan ? IBRAH (PENGAJARAN) IBADAH KORBAN
PENUTUP
10 awal zulhijjah sangat mulia seperti yang disebut dalam Surah Al Fajr, (89) : 1-5, dan beberapa hadis Nabi SAW. Amalan soleh pada waktu siang hari semasa sepuluh hari awal Zulhijjah lebih baik daripada semua hari kerana padanya terdapat Hari Arafah yang merupakan hari yang terbaik. Bulan Zulhijjah sangat istimewa kerana adanya ibadah haji dan korban. Banyak hikmah dari ibadah haji dan korban untuk kita ambil pengajaran. Ibadah Haji hanya di Kota Makkah, di sana ada Kaabah dan telaga zam zam. Mengingatkan kita tentang Nabi Ibrahim, Nabi Ismail dan ibunya, Siti Hajar. Bahagian 1 KESIMPULAN
Ayuh kawan kawan, kita berpesta ibadah dengan membanyakkan amalan sunat seperti: KESIMPULAN Bahagian 2 Berdoa Sedekah Baca Al Quran & Tadabbur Zikir & Selawat Puasa Sunat Solat Sunat ( 1 hingga 9 Zulhijjah) terutama puasa hari Arafah pada 9 Zulhijjah, Jom kita raikan 10 awal Zulhijjah , macam kita raikan kedatangan Ramadan. Mari berlumba buat baik sekarang, sebab kita tak tahu bila kita akan menghadap Tuhan. Moga Allah sayang
TINDAKAN SAYA
SEDIAKAN TABUNG KHAS UNTUK LAKSANAKAN IBADAH KORBAN No Perkara Status 1 Sediakan tabung untuk Haji 2 Sediakan tabung untuk Korban SEDIAKAN 1 TABUNG KHAS UNTUK KERJAKAN HAJI Target kerjakan Haji InsyaAllah ketika saya berumur __ tahun TINDAKAN SAYA Untuk penuhi seruan Allah, InsyaAllah saya akan : Target laksana ibadah korban InsyaAllah pada tahun ____ Tandakan jika sudah buat.
Cetak Habit Tracker ini dan tampal di ruangan mudah dilihat. Tandakan pada amal yang berjaya dibuat berdasarkan hari. Ibu Ayah boleh berikan reward kepada anak atas pencapaian mereka, bersesuaian dengan umur dan tahap kefahaman untuk galakkan mereka beramal soleh. Jangan lupa untuk sentiasa ingatkan diri dan keluarga untuk ikhlaskan setiap amal kerana Allah BUKU RAMADHAN SAYA BONUS: HABIT TRACKER
Zulhijjah Hari ke: 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Qiyamullail Solat Sunat Sebelum Subuh Zikir Pagi Baca Quran Tadabbur Quran Tolong Ibu /Ayah Zikir Petang Infaq Puasa Berdoa Solat Cukup 5 Waktu Solat Witir NAMA : KERANA ALLAH, UNTUK ALLAH Amal Saya JOM PESTA IBADAH !