The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kimi.instagram, 2022-06-22 04:42:37

EBOOK TEORI PERKEMBANGAN KERJAYA

EBOOK TEORI PERKEMBANGAN KERJAYA

TEORI
PERKEMBANGAN

KERJAYA

DISEDIAKA
N OLEH:

MUHAMMAD ARIEF HAKIMI BIN RAZALI (211464)
UMI AFIQAH BINTI ROSLAN (212529)

NURSYUHADA IZZATI BINTI ABD AZIZ (211775)
MAHIRA HANIS ISHAK (212820)

YOGESVAARI A/P ARUMUGAM (211416)

LATAR
BELAKANG
PERKEMBANGAN
TEORI SUPER

DONALD E. SUPER

Diperkenalkan oleh Donald E. Super pada
tahun 1952.
Teori ini asalnya daripada Ginzberg (1951)
Super telah menjadikan teori ini lebih
kompleks iaitu dengan menambahkan dari
aspek sosial, perkembangan dan juga
psikologi.
Menurut Super, konsep kendiri pekerjaan
terbina melalui fizikal dan mental,
pemerhatian terhadap kerja serta
pengalaman.
Super telah mencadang tiga pendekatan
iaitu perbezaan, perkembangan dan juga
fenomena psikologi sosial.

4 unsur utama
dalam pendekatan

Peringkat hidup semasa

mencari vokasional.

Kematangan vokasional.

Pemindahan konsep

kendiri kepada konsep

vokasional.

Corak kerjaya.

Peringkat Perkembangan
Konsep Kendiri

Konsep kendiri bermaksud
penilaian seseorang individu
terhadap dirinya sendiri.
Penilaian dibuat dengan mencari
kekuatan dan kelemahan yang
ada pada diri.
Beberapa aspek digunakan
dalam membuat penilaian diri:-
-kematangan fizikal, mental, emosi.
-potensi diri atau bakat semula jadi.
-kendiri moral dan etika, kendiri
keluarga dan kendiri sosial.

5 PERINGKAT PERKEMBANGAN KONSEP KENDIRI

Brown & Brooks 1984

1.Pertumbuhan (lahir-14 tahun)
2.Penerokaan (15-24 tahun)
3.Pengukuhan (25-44 tahun)
4.Pengekalan (45-64 tahun)
5.Penurunan (65 tahun ke atas)

Menurut Super,
peringkat ini banyak

mempengaruhi
pemilihan dan
kestabilan kerjaya
seseorang individu

Faktor-faktor Mempengaruhi
Keputusan Kerjaya

Keputusan yang berhubung dengan kerjaya
seseorang sepanjang hidupnya mempunyai
pertalian dengan beberapa faktor penentu
iaitu:-
--Penentu Ekonomi
--Penentu Sosial
--Penentu Psikologi
Penentu ekonomi termasuk edaran
perdagangan, perubahan teknologi dan
peperangan.
Penentu sosial termasuklah status
sosioekonomi, pelajaran, kewarganegaraan,
bangsa, agama,dan jantina.
Penentu psikologi pula meliputi warisan
biologi, kecerdasan, bakat istimewa dan nilai

Proses perkembangan ini bukan melibatkan
kompromi dalaman antara individu dengan
dunia pekerjaan, sebaliknya juga melibatkan
kompromi dalaman antara individu, ibu bapa

dan pengaruh kebudayaan.

Elemen-elemen Asas
Pembentukan Teori Super

PERBEZAAN
INDIVIDU

POTENSI YANG
PELBAGAI

CORAK KEBOLEHAN
BEKERJA

IDENTIFIKASI DAN
MODEL PERANAN

KESINAMBUNGAN
PENYESUAIAN

PERINGKAT-PERINGKAT
KEHIDUPAN

CORAK
KEJAYAAN

PERINGKAT PERTUMBUHAN

◾️Berlaku antar 0-14 tahun.Individu
dirujuk pada perkembangan fizikal dan
tingkah lakunya.

◾️Pengalaman memberikan latar
belakang pengetahuan terhadap dunia
pekerjaan yang yang akan digunakan
untuk membuat pemilihan terakhir.

◾️Bermula apabila individu mendapat
kesedaran bahawa pekerjaan pekerjaan
ialah suatu aspek dalam kehidupan.

PERINGKAT PENEROKAAN

Berlaku antara umur 15-24 tahun.
Terbahagi kepada 3 fasa iaitu tentatif dan
realistik
Bermula pada peringkat fantasi
dengan pemilihan yang ditunjukkan
selalunya tidak realistik dan berhubung
rapat dengan cara hidup bermain-main
Fasa tentatif ketika dalam peringkat
penerokaan, individu mula menyempitkan
pemilihannya kepada beberapa
kemungkinan
Fasa realistik masih dalam peringkat
penerokaan, individu akan menhadkan
pemilihan kerjayanya kepda pekerjaan yang
dapat dicapai olehnya.

Peringkat Pengukuhan

Berlaku antara umur 25-44tahun
Terbahagi kepada2 fasa :

▫️Percubaan - Individu mencuba, meninjau dan menilai

untuk memastikan pilihan dan keputusan yang dibuat
pda peringkat penerokaan boleh direalisasikan, individu
mungkin sudah memegang satu pekerjaan dengan satu
perasaan bahawa ia pasti akan menukar kerjayanya jila
kerjaya itu tidak bersesuain.

▫️Stabil - menimba pengalaman dan bertambah cekap

dan akhirnya menjadi fasa stabil. Dari sinilah, aspek
pekerjaan ini dibawa ke dalam konsep kendirinya dan
pekerjaan itu kemudiannya diterima sebagai sesuatu
yang memberikan kepusan dalam hidupnya.

PERINGKAT
PENGEKALAN

BERLAKU PADA UMUR 45-64

berusaha untuk perbaiki
situasi pekerjaanya
proses perubahan dan
penyesuaian terus berlaku
individu akan usaha untuk
mengubah keadaan yang
menyakitkan dirinya
Namun, tindakan individu
tidak dilakukan sehingga
mengeluarkan individu dari
pekerjaannya

PERINGKAT

PENURUNAN

BERLAKU PADA 65 TAHUN DAN KE
ATAS

Dikaitkan dengan waktu
pencen
fokus kepada melaksakan
tugas dengan output yang
minimum
kekuatan daya fizikal dan
mental menurun
proses kerja mula perlahan
bentuk kerja mula berubah
mengikut kemampuan

Corak

Kerjaya

Semua faktor latar belakang pengalaman
individu akan menyumbangkan sesuatu
tindakan terhadap sikap dan tingkah laku.
Dengan menyaksikan kejayaan, kegagalan,
kekecewaan dan mendengar perbincangan

tentang pengalaman kerja, perkara2
tersebut akan memberi pengaruh yang
besar terhadap kerjaya individu pada masa
depan. Begitu juga dengan kebolehan
mental yang merupakan faktor utama bagi
kejayaan yang bersesuaian dengan individu.
Teori corak kerjaya ini merupakan kunci dlm
pembentukan teori asas bimbingan kerjaya
kerana boleh membantu para kaunselor
khususnya kaunselor kerjaya untuk melihat
dengan lebih dekat tentang aspek sosial,
pendidikan dan kebolehalihan atau mobiliti

pekerjaan seseorang klien.

Perkembangan

dapat

dibimbing

Biarpun ada bukti yang longgar menunjukkan

keupayaan dan personaliti ialah warisan

sistem respon dan ektokrin, ada juga bukti

kukuh yang menunjukkan persekitaran juga

turut menyumbang ke arah kecerdikan dan

personalliti berfungsi. Elemen ini juga menjadi

asas kepada teori yang menyatakan bahawa

perkembangan kerjaya dapat dibimbing

dengan mempercepat proses kematangan,

kebolehan dan minat dan sebahagiannya lagi

dengan pengujian2 realiti dan

memperkembang konsep kendiri individu itu.

Individu dapat dibentuk umtuk menuju ke

arak pilihan kerjaya yang memuaskan hatinya

dengan dua cara

a) Dengan membentu memperkembangkan

keupayaan dan minat

b) Membantu individu mengenal pasti dan
memahami kekuatan dan kelemahan dirinya supata dia dapat
membuat kerjaya yang paling tepat. Disinilah letaknya peranan
sekolah, guru dan kaunselor yang boleh memberikan motivasi,
maklumat kerjaya dan mengadakan ujian2 minat dan
sebagainya.

Perkembangan adalah
hasil interaksi

Proses pembentukan dan pelaksanaan konsep
kendiri .
Proses ini merupakan tatacara sistesis dan
kompromi, iaitu konsep kendiri dan hasil
interaksi anatar warisan kecerdasan,
penampilan fizikal, peluang untuk memerhati
dan memainkan pelbagai peranan serta
penilaian mengenai sejauh mana hasil tindakan
yang disepertujui oleh ketua dan rakan
sejawat.
waktu pembelajaran, sebelum memasuki dunia
pekerjaan yang sebenar, seseorang individu
akan menjangkakan pekerjaan yang
memainkan peranan penting dalam
perkembangan konsep kendiri..

Desakan dalaman yang kuat akan
menolak individu ke arah konsep
kendiri yang ideal
Keadaan ini akan mempertemukan
konsep kendiri ideal dengan konsep
kendiri sebenar.
Jika ini berlaku sudah tentu akan
berlaku halangan seperti pembatasan
minda, pengalaman, minat dan
sebagainya ataupun aspek batasan
diri daripada persekitaran luaran.
Faktor ini kemudiannya akan
mengganggu proses pencapaian
konsep kendiri ideal dan akan berakhir
dengan individu itu berkompromi atau
menerima sesuatu yang kurang sedikit
daripada yang ideal .

PELANGI KERJAYA KEHIDUPAN

Rajah grafik dua dimensi ini membentangkan satu
dimensi membujur jangka hayat yang dikenali
sebagai “maxicycle” dan sejajar dengan peringkat
kehidupan utama iaitu “minicycles”.
Menekankan perbezaan peranan yang dimainkan
oleh setiap individu dan pengaruh peranan-peranan
ini terhadap gaya hidup serta kerjaya.
Peranan tipikal bagi kebanyakan orang termasuklah
kanak-kanak, pelajar,pekerja, pasangan, ibu bapa
dan individu yang sudah pencen. Peranan - peranan
ini menekankan aspek sepanjang hayat
perkembangan kerjaya.
Penting dalam menetapkan peringkat umur dengan
konsep kendiri klien yang perlu dicapai. Kerjaya
yang tidak sesuai dengan peringkat umur perlu
dinilai semula dan mencari ruang-ruang yang perlu
diterokai agar pencapaian konsep kendiri dalam
kerjaya dapat dicapai sesuai dengan peringkat umur
klien.

DINAMIKA CORAK

KERJAYA

Super telah mengemukakan
satu lagi usul iaitu proses
kompromi antara individu
dengan faktor-faktor sosial
antara konsep kendiri dengan
realiti merupakan satu
permainan peranan.
Sama ada peranan yang
dimainkan itu secara
khayalan seperti dalam
proses temu duga kaunseling
ataupun dalam aktiviti
kehidupan sebenar seperti di
dalam kelas, di sekolah
mahupun pekerjaan separuh
masa dan pekerjaan tetap.
Pengubahsuaian aspek
kerjaya oleh konsep kendiri
dapat berlaku dengan
pelbagai cara kerana dunia
pekerjaan sangat kompleks
dan adanya keperluan
kemasukan dalam banyak
bidang.

Kepuasan kerja dan kepuasan
kehidupan adalah bergantung sejauh
mana individu memperoleh jalan
keluar yang mencukupi untuk
menyalurkan kebolehannya, kehendak,
nilai, minat,personaliti dan konsep
kendirinya.
Segalanya bergantung pada
kemantapan dalam sesuatu jenis
pekerjaan,situasi kerja dan cara
hidup yang membolehkannya
berperanan dan dianggap sepadan
dan sesuai dengan pengalaman ketika
peringkat pertumbuhan dan
penerokaan sesuatu bidang kerjaya
itu.

SKAETRUJCAASREABHAIGDAUIP

Konsep kerjaya sebgai satu cara
hidup merupakan fokus dan tumpuan
terakhir dalam pembentukan teori ini,
yang telah diterima luas dan
ditekankan oleh ahli Sosiologi dan
Psikologi dan merupakan satu
perkara yang tidak asing lagi bagi
kaunselor.
Satu bentuk penyesuaian kerjaya dan
personaliti yang sewajarnya akan
terhasil apabila sifat semula jadi
kerjaya itu sendiri dan cara gaya
hidup seseorang yang merangkumi
komuniti, rumah, aktiviti, masa lapang
dan kawan yang serasi dan sepadan
dengan kecerdasan, minat dan nilai
individu tersebut. Hal inilah yang
dikatakan kerja sebagai satu cara
hidup.

RUMUSAN




Teori perkembangan super merupakan
teori yang palingkomprehensif.
Elemen seperti konsep kendiri ,
kematangan kerjaya dan nilai pekerjaan
itu sendiri dipercayai membentuk suatu
teori yang lebih komprehensif.
Kewujudan alat ukur Career Development
Inventory (CDI) bertujuan menilai unsur-
unsur tertentu yang berkaitan dengan
kematangan kerjaya merupakan
sumbangan besar teori Super.
Teori super sangat sesuai untuk
diaplikasikan pada setiap peringkat umur
dan menjadi suatu panduan yang khusus
kepada para kaunselor untuk mengenali
kerjaya setiap peringkat umur mengikut
konsep kendiri klien dengan lebih tetap
dan efektif.


Click to View FlipBook Version