OLEH : LT.M (PA) MILA HIRMAH BINTI TAHIRUDDIN
Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) Unit Kuala Pilah ditubuhkan pada tahun 2001 dan telah
dipimpin sementara oleh Pegawai Penyelaras Pertahanan Awam iaitu Kapten (PA) Haji Abd
Azam bin Abdullah sehingga tahun 2006. Pada awal penubuhannya,JPA3 Unit Kuala Pilah
ditempatkan di Balai Penghulu Kampung Pelangai, Kuala Pilah pada tahun 2001 sehingga
tahun 2003.
Pada tahun 2004 pula, JPA3 sekali lagi dipindahkan ke bangunan Balairaya
Pekan Pilah Lama yang terletak di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Daerah Kuala Pilah.
Anggota JPAM Kuala Pilah ketika itu terdiri daripada 35 orang anggota dari kalangan
peneroka Felda Kepis. Antara Pegawai Tak Bertauliah yang membantu ketika itu ialah
Sarjan Juharidan bin Jaafar, Koperal Osman bin Dasuki dan Koperal Majeran bin Lon.
Pada tahun 2006,JPAM Kuala Pilah mula dipimpin oleh Staf Muda (PA) Normi
bin Mat Noh dan dibantu oleh Pegawai Pasukan. Dato’ Haji Yahya bin Haji Hamid
merupakan Pegawai Bersekutu Pertahanan Awam yang sangat aktif penglibatannya
bersama pasukan. Pada tahun 2008,beliau telah menyumbangkan sebuah Ambulan Inokom
2.0 kepada JPAM Negeri Sembilan dan ditempatkan di JPAM Kuala Pilah. Selain itu, JPAM
Kuala Pilah juga mempunyai tanah dengan keluasan lima hektar di Jalan Melang sebagai
Tapak Latihan Luar JPAM peringkat Negeri Sembilan. Kini, Pertahanan Awam Kuala Pilah
telah beroperasi selama 21 tahun dan nama JPAM dikenali dengan Angkatan Pertahanan
Awam Malaysia (APM) bermula pada 1 September 2016.
Sumber : 1) Sarjan (PA) Majeran bin Lon (Anggota Pertahanan Awam sejak tahun 1990)
2) Staf Muda (PA) Nirwan bin Ramli (Anggota Pertahanan Awam sejak tahun 2001)
KAPT.(PA) HAJI ABD. AZAM
BIN ABDULLAH
(PEGAWAI PENYELARAS JPA3
UNIT KUALA PILAH TAHUN 2001-2006)
SM. (PA) MOHD NORMI
BIN MAT NOH
(TAHUN 2006 – 2007)
SM. (PA) MHD ALIF
BIN ABD GHANI
(TAHUN 2007 – 2011)
SM. (PA) ABAS BIN HUSSAIN
(TAHUN 2011 – 2016)
LT. (PA) MOHAMAD GHAZALI SM. (PA) MUHAMMAD AMINUDIN
BIN ABD RAHIM BIN SUHAIMI
(MAC 2022 – KINI) (TAHUN 2016 – 2019)
LT.M (PA) MOHD LOQMAN NUR HAKIM
BIN RUZALI
(TAHUN 2019 – 2022)
Menjadi Angkatan Pertahanan Awam
yang kompeten dalam kesiapsiagaan
awam,perlindungan rakyat dan
pengurusan bencana
VISI
MISI
Memperkasa kesiapsiagaan
awam untuk keselamatan dan
kesejahteraan negara
Sedia,Pantas dan Berintegriti
MOTTO
Leftenan (PA)
Mohamad Ghazali
sedang
membincangkan
berkenaan
penubuhan PiSPA
PENUBUHAN PASUKAN INSTITUSI PERTAHANAN AWAM
(PISPA) DI SMK TUANKU MUHAMMAD
3 Ogos 2022 – Satu perjumpaan telah diadakan di Pejabat Pertahanan Awam Daerah Kuala Pilah bersama
guru penyelaras PiSPA SMK Tuanku Muhammad,Kuala Pilah. Perjumpaan ini diadakan bagi membincangkan
dan merealisasikan hasrat pihak sekolah untuk menubuhkan Pasukan Institusi Pertahanan Awam.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Pilah,Leftenan (PA) Mohamad Ghazali bin Abd Rahim
menyambut baik hasrat pihak sekolah untuk menubuhkan pasukan sokongan tersebut. Hal ini selaras dengan
objektif penubuhan PISPA untuk menyebarkan dan mendidik pelajar mengenai langkah-langkah keselamatan
serta menjadi pemangkin kepada kesedaran keselamatan orang awam.
APM KUALA PILAH ANJUR PERLAWANAN
PERSAHABATAN FUTSAL BERSAMA BOMBA KUALA PILAH
8 Ogos 2022 – Angkatan Pertahanan Awam Antara pemain Futsal yang terlibat dalam Perlawanan Persahabatan FUTSAL di
Malaysia (APM) Daerah Kuala Pilah telah Kompleks Rakan Muda,Kuala Pilah
menganjurkan satu Perlawanan
Persahabatan FUTSAL antara Pasukan Apm
menentang Pasukan BOMBA. Perlawanan
persahabatan ini diadakan bagi
mengeratkan lagi hubungan antara agensi
selain mengamalkan amalan gaya hidup
sihat dengan bersukan.
Perlawanan ini telah diadakan di Gelanggang
FUTSAL, Kompleks Rakan Muda Kuala Pilah.
Semoga hubungan baik ini dapat diteruskan
lagi dalam apa jua situasi sama ada
bersukan mahupan ketika operasi bencana.
e-Buletin APM Kuala Pilah 1
Edisi Ogos 2022
AKADEMI LATIHAN PERTAHANAN AWAM (ALPHA)
MENGADAKAN KURSUS KESELAMATAN SIBER
SIRI 2/2022
8 Ogos 2022 - Akademi Latihan Pertahanan
Awam (ALPHA) telah mengadakan Kursus
Keselamatan Siber Siri 2/2022 bermula pada 8
Ogos 2022 sehingga 10 Ogos 2022.
Seramai sembilan orang peserta dari Negeri
Sembilan terpilih untuk menyertai kursus ini iaitu
dari PDPA Kuala Pilah,PDPA Seremban,PDPA
Jelebu dan PDPA Tampin. Prebet (PA) Noor Saliza
binti Mohamed merupakan Anggota Sukarela
Pertahanan Awam (ASPA) Daerah Kuala Pilah
juga sempat meluangkan masa menimba ilmu
walaupun beliau mempunyai tugas hakiki di
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kuala Pilah.
Prebet (PA) Noor Saliza (Kiri) sedang fokus mendengar perkongsian ilmu dari jurulatih
e-Buletin APM Kuala Pilah 2
Edisi Ogos 2022
AKTIVITI MEMASANG JALUR GEMILANG
9 Ogos 2022 – Bulan Ogos merupakan
bulan yang cukup sinonim dengan bulan
kemerdekaan. Kita akan dapat melihat
pelbagai aktiviti yang akan diadakan
sepanjang bulan Ogos di seluruh negara
bagi menyambut Hari Kebangsaan
Malaysia juga dikenali sebagai Hari
Kemerdekaan.
Gotong-royong memasang Jalur Gemilang di Pejabat Pertahanan Awam Daerah Kuala Pilah
Oleh itu, sempena menyambut
bulan kemerdekaan negara yang ke-65
tahun ini dengan tema Keluarga
Malaysia Teguh Bersama, Angkatan
Pertahanan Awam Malaysia (APM)
Daerah Kuala Pilah telah menjalankan
aktiviti gotong-royong memasang Jalur
Gemilang yang menjadi kebanggaan
rakyat Malaysia.
Hal ini bagi menyemarakkan lagi
semangat cintakan negara dalam
kalangan masyarakat khususnya buat
anggota APM selain mengenang dan
menghargai jasa para pejuang dalam
mempertahankan kedaulatan negara.
e-Buletin APM Kuala Pilah 3
Edisi Ogos 2022
Keadaan rumah sebelum
kerja-kerja pembersihan
dijalankan
PROGRAM APM CAKNA KEBAJIKAN ANGGOTA
Pada 12 Ogos 2022, Angkatan Pertahanan Melihat kepada keadaan beliau
Awam Malaysia (APM) Daerah Kuala Pilah yang itu,anggota APM Kuala Pilah telah bekerjasama
diterajui oleh Lt.(PA) Mohamad Ghazali bin Abd membuat gotong-royong dirumahnya. Semoga
Rahim telah melaksanakan satu aktiviti gotong- dengan sedikit bantuan yang diberikan ini dapat
royong yang diberi nama "Program APM Cakna meringankan beban dan memberikan
Kebajikan Anggota". Aktiviti ini dilaksanakan keselesaan kepada beliau. Didoakan juga agar
sebagai satu usaha untuk memastikan kebajikan beliau sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
anggota APM dapat dijaga dengan baik.
Terima kasih juga diucapkan kepada
L/Kpl.(PA) Muhammad Firdaus bin pegawai dan anggota APM Kuala Pilah yang
Abdullah merupakan anggota APM Kuala telah memberikan kerjasama yang baik dalam
Pilah,berusia 59 tahun dan telah berkhidmat usaha murni ini. Hanya Allah SWT sahaja yang
dalam pasukan selama 15 tahun. Tahap dapat membalasnya.
kesihatan beliau juga kurang baik sejak
kebelakangan ini dan beliau tinggal sendirian di
rumahnya. Beliau juga kerap dikejarkan ke
hospital atas masalah kesihatan.
Gotong-royong membersihkan Gambar selepas aktiviti
sekitar rumah anggota APM gotong-royong dilaksanakan
e-Buletin APM Kuala Pilah 4
Edisi Ogos 2022
15 Ogos 2022 - Pada jam 2.15 petang anggota APM KEBERANIAN TIGA
Kuala Pilah seramai empat anggota yang diketuai ANGGOTA APM WANITA
oleh Sjn.(PA) Mazni binti Abdul Wahab ke lokasi kes
menangkap ular di Kampung Buyau,Seri MENANGKAP ULAR
Menanti,Negeri Sembilan. TEDUNG SELAR
Operasi yang mengambil masa selama 15
minit itu, berjaya menangkap seekor Ular Tedung
Selar dengan anggaran berat 4 kilogram dan
panjang 2 meter yang berada di belakang peti ais
rumah tersebut.
Walaupun terpaksa berdepan dengan haiwan
berbisa itu,demi tugas dan berbekalkan ilmu
kemahiran menangkap ular serta keberanian,tiga
anggota APM Kuala Pilah berjaya menangkap ular
tersebut. Tedung Selar itu akan diserahkan kepada
pihak PERHILITAN untuk tindakan selanjutnya.
JANGAN TIRU AKSI INI !
Aksi berani seorang anggota APM wanita sedang memegang kepala Ular Tedung Selar untuk dimasukkan ke dalam karung untuk dibawa
pulang ke Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Kuala Pilah.
e-Buletin APM Kuala Pilah 5
Edisi Ogos 2022
PROGRAM KESELAMATAN SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Ampang Tinggi melemaskan dan teknik menyelamatkan diri
dari terperangkap dalam bangunan yang
(SKAT) telah menjemput APM Kuala Pilah bagi terbakar. Semoga perkongsian ilmu ini dapat
berkongsi ilmu keselamatan bersama murid- memberi manfaat kepada semua warga SK
murid,guru-guru dan staf SKAT. Ampang Tinggi.
Jurulatih dari APM Kuala Pilah telah
berkongsi ilmu mengenai Pengenalan Alat
Pemadam Api Kecil (APAK), teknik
memadamkan api menggunakan APAK, teknik
memadamkan api menggunakan teknik
Anggota menunjukkan cara memadamkan api
dengan menggunakan teknik melemaskan
Membawa peserta ke tempat simulasi
menyelamatkan diri dari bangunan
terbakar
Mengajar cara menggunakan
Alat Pemadam Api Kecil (APAK)
e-Buletin APM Kuala Pilah 6
Edisi Ogos 2022
PESTA BOLA NGOCA MERDEKA DAN PROGRAM
KEMBARA MERDEKA KELUARGA MALAYSIA
Pada 17 Ogos 2022, Angkatan Pertahanan
Awam Malaysia (APM) Daerah Kuala Pilah
dengan kekuatan dua Pegawai Pasukan dan
19 anggota lain-lain pangkat terlibat dalam
program Pesta Bola Ngoca Merdeka,
Perbarisan Kontinjen Agensi dan sebagai
petugas medik. Program ini diadakan
sempena Pesta Bola Ngoca Merdeka dan
Kembara Merdeka Keluarga Malaysia.
Terdapat pelbagai aktiviti menarik
yang diadakan antaranya adalah Acara
Senamrobik, Menangkap Itik, Bola Ngoca,
Persembahan Koir, Persembahan Deklamasi
Sajak,Cabutan Bertuah, Tarian Sewang dari
Kampung Orang Asli Kampung Langkap dan
Persembahan Pakaian Seragam.
Acara perbarisan telah disertai
oleh 16 kontinjen dari Jabatan Agensi
Kerajaan Daerah dan 8 buah sekolah di
Kuala Pilah. Program ini juga turut dihadiri
dan dirasmikan oleh Pegawai Daerah Kuala
Pilah, Tuan Mohd Faizal bin Abdul Manap.
e-Buletin APM Kuala Pilah 7
Edisi Ogos 2022
LATIHAN PEMANTAPAN KECERGASAN
PEGAWAI DAN ANGGOTA APM
Pada 18 Ogos 2022,Angkatan
Pertahanan Awam Malaysia
(APM) Daerah Kuala Pilah telah
menjalankan satu latihan
pemantapan kecergasan bagi
memastikan tahap kecergasan
dan kesihatan pegawai dan
anggota berada pada tahap yang
optimum.
Latihan ini juga telah
menjadi salah satu latihan wajib
buat setiap pegawai dan anggota
APM. Selain itu,latihan
pemantapan kemahiran juga
akan dibuat pada setiap syif
dengan mengambil masa
sekurang-kurangnya satu jam.
e-Buletin APM Kuala Pilah 8
Edisi Ogos 2022
LATIHAN KAWAD KAKI PERBARISAN MERDEKA
Seramai enam anggota lain-lain pangkat dari APM Kuala Pilah telah menyertai latihan perbarisan
kawad kaki sempena menyambut Hari Merdeka yang ke-65 bertempat di Angkatan Pertahanan Awam
Malaysia (APM) Negeri Sembilan.
Pada awalnya,terdapat seorang anggota iaitu Koperal (PA) Zulfakhri bin Zulkarnain tidak dapat
terlibat dalam latihan tersebut kerana mengalami kecederaan ringan pada lutut beliau ketika
perlawanan bola ngoca. Walau bagaimanapun,dengan semangat dan komitmen yang
ditunjukkan,beliau juga akhirnya turut serta dalam latihan tersebut.
Antara anggota yang terlibat ialah Kpl.(PA) Zulfakhri bin Zulkarnain, L/Kpl Mohammad Ismail Bin
Mohd Yunus, Pbt.(PA) Mohd Russidi Bin Arshad, Pbt.(PA) Mohamad Hafizzudin Bin Kidam, Pbt.(PA)
Muhamad Nasharudin Bin Hashim dan Pbt.(PA) Muhammad Iqbal Ashraf Putra Bin Mohd Jeffry.
e-Buletin APM Kuala Pilah 9
Edisi Ogos 2022
PERBARISAN HARI
KEBANGSAAN YANG KE-65
Setelah rakyat Malaysia sama-sama berjuang
melawan wabak Covid-19 yang melanda dunia pada
tahun 2019 sehingga Perintah Kawalan Pergerakan
terpaksa dilaksanakan,pelbagai aktiviti disekat bagi
mencegah penularan wabak. Walau
bagaimanapun,aktiviti bagi memperingati hari
bersejarah ini tetap dilaksanakan dengan sederhana.
Pada tahun ini,acara perbarisan kawad kaki
kemerdekaan dan pertunjukkan kenderaan dari
pelbagai agensi dapat diadakan dengan meriah dan Perbarisan Hari Kebangsaan Peringkat Kebangsaan
Perbarisan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sembilan
secara langsung dilokasi terpilih di seluruh negara.
Seramai sembilan orang anggota APM
mewakili PDPA Kuala Pilah terlibat dalam acara
perbarisan dan pertunjukkan aset yang diadakan di
Dataran Merdeka,Kuala Lumpur dan Padang Majlis
Perbandaran Seremban,Negeri Sembilan. Semoga
dengan sambutan ini dapat menjadikan kita
warganegara Malaysia yang bersyukur dengan
menghargai pengorbanan pahlawan negara dan
penat lelah petugas barisan hadapan dalam
menangani penularan wabak Covid-19 yang
melanda dunia dua tahun yang lalu.
“Banyak semut di atas papan,
Sedang makan gula-gula,
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan,
Tema Keluarga Malaysia Teguh Bersama”.
Pertunjukkan aset jabatan
Sumber : FB APM NEGERI SEMBILAN e-Buletin APM Kuala Pilah 10
Edisi Ogos 2022
Nama : Prebet (PA) Ahmad Husaini bin Ahmad Kamal
Umur : 26 tahun
Tarikh lahir : 15 Oktober 1996
Berasal : Senaling,Kuala Pilah
Mula berkhidmat di APM pada : 27 April 2019
1. Mengapakah anda memilih untuk menyertai Pasukan Khas
Pertahanan Awam (PASPA)?
- Saya berminat untuk menyertai PASPA kerana saya sukakan
cabaran dan ingin mempelajari perkara yang baru dalam APM.
2. Apakah cabaran yang dihadapi ketika sesi latihan PASPA
dijalankan?
- Setiap perkara yang kita ceburi pasti ada dugaan atau cabaran
terutamanya dari segi mental dan fizika. Hal ini disebabkan latihan-
latihan yang diadakan merupakan perkara baru bagi saya seperti
latihan Disaster Victim Identification (DVI).
3. Apakah yang membuatkan anda tetap meneruskan niat menyertai
PASPA?
- Pada mulanya,saya tidak pernah menyangka akan menyertai PASPA
kerana bagi saya pasukan ini merupakan pasukan elit yang
memerlukan kemahiran tinggi dan pengalaman yang banyak dalam
pengurusan bencana. Namun,saya cabar diri saya untuk menjadi
salah seorang anggota dalam PASPA ini dengan niat untuk belajar
perkara yang baru dan membantu rakyat Malaysia ketika
kecemasan mahupun ketika bencana. Jika orang lain boleh
lakukan,saya juga pasti boleh lakukan.
4. Apakah pesanan atau kata semangat kepada orang awam untuk
sertai APM?
- Jangan takut dan segan untuk menyertai pasukan sukarela
Angkatan Pertahanan Awam kerana dengan ilmu yang kita pelajari
dalam jabatan ini,kita akan dapat membantu masyarakat
terutamanya ahli keluarga tersayang ketika kecemasan. Oleh
itu,sempena Menyambut Hari Kebangsaan yang ke-65 dengan
tema Keluarga Malaysia,Teguh Bersama,ayuh ! Kita sama-sama
sebagai keluarga Malaysia menanamkan semangat
kesukarelawanan dengan saling membantu sesama kita tidak kira
dalam apa jua situasi yang dihadapi.
DISEDIAKAN OLEH : LT.M (PA) MILA HIRMAH BINTI TAHIRUDDIN
Ambulan Inokom 2.0 ini merupakan sumbangan dari Pegawai Bersekutu Dato’ Haji Yahya bin Haji
Hamid kepada JPAM Negeri Sembilan dan ditempatkan di JPAM Kuala Pilah sekitar tahun 2008.
Sumber : Sjn.(PA) Majeran bin Lon
Gambar suasana PKOD Kuala Pilah ketika awal pemindahannya dari Balairaya Kampung Pelangai.
Perubahan Pejabat Pertahanan Awam Daerah Kuala Pilah selepas 19 tahun.
https://www.kosmo.com.my/2022/08/25/
wanita-kena-rasuk-di-gunung-angsi/
ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA (APM)
DAERAH KUALA PILAH
D/A PEJABAT DAERAH KUALA PILAH,72000 KUALA PILAH,NEGERI SEMBILAN
NO.TELEFON PEJABAT : 06-4815297
TALIAN KECEMASAN : 06-4812395 / 06-4812425
E-MEL : [email protected]
E-BULETIN INI DISEDIAKAN OLEH :
LT.M (PA) MILA HIRMAH BINTI TAHIRUDDIN
(ASTP PDPA KUALA PILAH)
Apm Kuala Pilah apmkualapilah.n9 apmkualapilah.n9