The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

e-BULETIN APM KUALA PILAH (EDISI OKTOBER 2022)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by APM KUALA PILAH, 2022-11-01 08:15:39

(EDISI OKTOBER 2022) e-BULETIN APM KUALA PILAH

e-BULETIN APM KUALA PILAH (EDISI OKTOBER 2022)

Keywords: e-BULETIN APMKP (EDISI OKTOBER 2022)

ISI KANDUNGAN

1. Tips dan Nasihat Persediaan Menghadapi Banjir
2. Karnival Sukan Komuniti dan Kejohanan Olahraga Sukan Tahunan

SK Pasir Ambor
3. Majlis Perasmian Bangunan Baharu di Kolej Yayasan Negeri Sembilan

4. Banjir kilat di Kuala Pilah
5. Program Angsi Forest Challenge
6. Lawatan Pengarah APM Negeri Sembilan dan Pemeriksaan Aset Alih Kerajaan
7. Kursus Tatacara Pemakaian Uniform Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
8. Sesi taklimat bersama CUEPACS
9. Lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara di daerah Kuala Pilah
10. Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat APM Negeri Sembilan
11. Bengkel Pegawai Perhubungan Awam Tahun 2022
12. PDRM anjur Latihan Bersepadu bersama APM dan JBPM
13. APM bantu potong cincin tersekat di jari

14. Banjir Oh Banjir
15. Rekod kes PKOD Kuala Pilah

16. Media Kongsi
17. Lensa APM Kuala Pilah



KARNIVAL SUKAN

KOMUNITI DAN
KEJOHANAN
OLAHRAGA SUKAN
TAHUNAN SK PASIR
AMBOR

02 Oktober 2022 - Sekolah Kebangsaan Pasir
Ambor bersama komuniti telah mengadakan satu
Karnival Sukan Komuniti dan Kejohanan Olahraga
Sukan Tahunan.

Pelbagai aktiviti menarik yang disajikan
kepada peserta dan pengunjung antaranya ialah
Fun Run, Boling Padang, acara tarik tali, panjat
tiang licin, tangkap belon berair, pameran agensi
dari APM, JPBM dan KOSPEN serta cabutan
bertuah.

Selain itu, karnival ini juga telah memberi
peluang kepada penduduk berhampiran untuk
menjana pendapatan melalui jualan
barangan,makanan dan minuman. Anggota APM
juga berkesempatan menyertai acara tarik tali dan
sukaneka (tangkap belon berair) sebagai tanda
sokongan kepada pihak penganjur atas anjuran
aktiviti sihat dan menarik ini.

Turut hadir memeriahkan dan memberi
sokongan dalam penganjuran karnival ini ialah YB
Dato' Haji Ismail bin Lasim,ADUN Juasseh.

01BULETIN APMKP

(EDISI OKTOBER 2022)

MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN
BAHARU DI KOLEJ YAYASAN

NEGERI SEMBILAN, KUALA PILAH

Pada 6 Oktober 2022, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
(APM) Daerah Kuala Pilah terlibat dalam aktiviti pameran
sempena Majlis Perasmian Bangunan Baharu Kolej Yayasan
Negeri Sembilan yang dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Haji
Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan.

02BULETIN APMKP

(EDISI OKTOBER 2022)

BANJIR KILAT DI KUALA PILAH

Anggota APM membuat
pemantauan paras air
sungai

9 Okotber 2022 - Satu Pusat Pemindahan Sementara
(PPS) telah dibuka pada jam 3.57 petang di Sekolah
Kebangsaan Kuala Pilah bagi menempatkan 11 keluarga
melibatkan 24 mangsa dari Kampung Kuala Gentam,
Kampung Parit Seberang dan Kampung Tanjong Jati,
Kuala Pilah.

Kejadian banjir berlaku berikutan hujan lebat yang
berterusan pada jam 5 pagi dan telah mengakibatkan
limpahan air Sungai Muar. Semua mangsa banjir berada
di PPS SK Kuala Pilah sehingga 10 Oktober 2022 jam

12.20 tengah hari.

03BULETIN APMKP

(EDISI OKTOBER 2022)

Foto Ihsan Dari FB Visit Negeri Sembilan

PROGRAM ANGSI FOREST CHALLENGE Pada 15 Oktober 2022 telah
berlangsungnya satu Program Angsi Forest

CKuhaallalenPig.laehy.aPnrgogdraiamdaiknainmdeilibGautnkaunngpeAsnegrstia,

dari pelbagai negara dan mempunyai empat
kategori iaitu kategori larian sejauh 50KM,
25KM, 13KM dan 6KM.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
(APM) Daerah Kuala Pilah dan Seremban
turut terlibat dalam penugasan pasukan
bantuan medik selama dua hari bermula
pada 15 Oktober 2022 sehingga 16 Oktober
2022.

04BULETIN APMKP

(EDISI OKTOBER 2022)

LAWATAN PENGARAH APM NEGERI SEMBILAN
DAN PEMERIKSAAN ASET ALIH KERAJAAN

18 Oktober 2022 – Pemeriksaan Aset Alih

Kerajaan telah diadakan di PDPA Kuala Pilah

yang dihadiri oleh Kapten. (PA) Abdul Rahim bin

Abdul Manas, Kapten. (PA) Mohamad Ridzuan

SbhinahMadoahna, mLeef.dtenBaunn.ir(aPnA,) Puan Zuraidah binti
Muhammad Muthalib

bin Satiman dan Encik Mohd Hairi bin Mauzan.

Pada hari tersebut juga warga PDPA Kuala
Pilah turut menerima kunjungan dari YS Lt. Kol.
(PA) Mohd Nazri bin Mes Kam, Pengarah
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)
Negeri Sembilan diiringi Mejar. (PA) Shamil bin
Ithman, Timbalan Pengarah APM Negeri
Sembilan. Warga PDPA Kuala Pilah
mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian
tuan melawat ke tempat kami.

05BULETIN APMKP

(EDISI OKTOBER 2022)

KURSUS TATACARA PEMAKAIAN UNIFORM ANGKATAN
PERTAHANAN AWAM MALAYSIA

19 Oktober 2022 – Kursus Tatacara Pemakaian
Uniform Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
(APM) Negeri Sembilan telah diadakan di Dewan
Besar APM Negeri Sembilan.
Kursus ini telah disampaikan oleh Sjn.Mej. I (PA)
Mohamad Yazid Bin Nasir dengan penglibatan 30
orang pegawai pasukan dan anggota dari pelbagai
daerah. Antara yang terlibat dari APM Kuala Pilah
ialah Leftenan Muda (PA) Mila Hirmah binti
Tahiruddin, Staf Muda (PA) Muhamad Suhaimi bin
Md Othaman dan Prebet (PA) Haslinda binti
Sulaiman.

06BULETIN APMKP

(EDISI OKTOBER 2022)

20 Oktober 2022 - Program Kebajikan Anjuran CUEPACS - Skim Kesihatan & Simpanan SESI TAKLIMAT BERSAMA CUEPACS
Takaful Berkelompok telah diadakan di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala
Pilah. Sesi taklimat ini telah disampaikan oleh Encik Athi dengan penglibatan seramai 20
orang pegawai dan anggota dari PDPA Kuala Pilah.

07BULETIN APMKP

(EDISI OKTOBER 2022)

LAWATAN KE

PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA
DI DAERAH KUALA PILAH

20 Oktober 2022 - Pejabat Kebajikan Masyarakat
Daerah Kuala Pilah telah mengadakan satu lawatan
ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah
Kuala pilah bagi tujuan melihat kesesuaian sekolah
yang dicadangkan oleh pihak Kementerian Pendidikan
Malaysia sebagai PPS tambahan untuk diwartakan.

Lawatan ini telah disertai oleh pihak APM Kuala
Pilah selaku Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah,
Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Pilah, Pihak Pejabat
Kesihatan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah dan
Penghulu dari DUN Pilah, DUN Senaling, DUN Seri
Menanti, DUN Johol dan DUN Juasseh. Lawatan ini
telah diadakan selama dua hari.

08BULETIN APMKP

(EDISI OKTOBER 2022)

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
PERINGKAT APM NEGERI SEMBILAN

Foto Ihsan dari Facebook APM Negeri Sembilan

21 Oktober 2022 – Angkatan Pertahanan
Awam Malaysia (APM) Negeri Sembilan
telah mengadakan satu Program Sambutan
Maulidur Rasul Peringkat APM Negeri
Sembilan yang diadakan di Dewan Besar
APM Negeri Sembilan.

Seramai tiga orang anggota lain-lain
pangkat dari APM Kuala Pilah telah hadir
bagi memeriahkan majlis iaitu Lans
Koperal (PA) Mohammad Ismail bin Muhd
Yunus, Prebet (PA) Muhammad Hadi Nur
Hakim bin Tahiruddin dan Prebet (PA)
Mohamad Hafizzudin bin Kidam.

09BULETIN APMKP

(EDISI OKTOBER 2022)

BENGKEL

PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM
TAHUN 2022

26 Oktober 2022 – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)
Negeri Sembilan telah mengadakan Bengkel Pegawai
Perhubungan Awam bagi tahun 2022 bertempat di APM Negeri
Sembilan.

Bengkel Pegawai Perhubungan Awam ini diadakan
bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pegawai dan
anggota perhubungan awam APM berkenaan dengan ilmu
komunikasi profesional ketika berurusan.

Perkongsian dalam bengkel ini juga mendedahkan teknik
berkomunikasi secara berkesan, beretika dan profesional dengan
pelanggan terutamanya, pihak media, agensi-agensi kerajaan dan
swasta, rakan sekerja, orang kenamaan dan pihak atasan
sekaligus dapat meningkatkan persepsi positif pelanggan
terhadap imej dan reputasi jabatan. Justeru itu, pelbagai
kemahiran berkenaan grafik, video, cara mereka e-banner turut
dikongsikan bersama. Antara peserta bengkel yang hadir dari
APM Kuala Pilah ialah Leftenan Muda (PA) Mila Hirmah binti
Tahiruddin dan Prebet (PA) Muhammad Iqbal bin Ruslan.

10BULETIN APMKP

(EDISI OKTOBER 2022)

PDRM ANJUR LATIHAN BERSEPADU BERSAMA 26 Oktober 2022 – Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah telah menganjurkan satu
APM DAN JBPM Latihan Bersepadu Pengendalian Bot Bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
(APM) Daerah Kuala Pilah dan Balai Bomba dan Penyelamat Seri Menanti.

Latihan ini telah diadakan di Empangan Talang yang diketuai oleh Ketua Polis
Daerah Kuala Pilah, YDH SUPT. Amran Bin Hj Mohd Gani.

Antara objektif latihan ini diadakan ialah bagi menguji kemampuan dan
mengenalpasti kelemahan aset-aset agensi penyelamat selain meningkatkan
kemahiran dalam kalangan petugas penyelamat sebagai langkah persediaan
menghadapi musim banjir.

10BULETIN APMKP

(EDISI OKTOBER 2022)

APM BANTU POTONG CINCIN
TERSEKAT DI JARI

27 Oktober 2022 - Seorang
mangsa perempuan dewasa
bersama warisnya telah hadir
ke APM Kuala Pilah meminta
bantuan untuk memotong
cincin yang tersekat di jarinya.

Cincin tersekat di jari
tengah itu berjaya dipotong
dengan mengambil masa 5
minit menggunakan peralatan
khas memotong cincin.

11BULETIN APMKP

(EDISI OKTOBER 2022)

BANJIR OH BANJIR !



KUALA PILAH – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Pilah mengambil masa kira-kira 30
minit bagi menangkap seekor ular sawa seberat 120 kilogram di Kampung Juasseh Kapitan, di sini,
tengah malam tadi. Pegawai APM Daerah Kuala Pilah, Lt. (PA) Mohamad Ghazali Abd Rahim berkata,
pasukannya menerima aduan kira-kira pukul 12.37 tengah malam memaklumkan terdapat seekor ular
sawa batik berada di dalam sebuah kandang kambing usang. Menurutnya, pemanggil memaklumkan
bahawa dua ekor kambingnya terkorban akibat serangan dari ular bersaiz besar itu.

“Pemilik ternakan itu juga memaklumkan bahawa separuh badan seekor Kambing miliknya telah
dibaham dan beliau mengambil tindakan dengan mengganggu ular tersebut sehingga ular itu
memuntahkan semula mangsanya.

“Setibanya di lokasi pada pukul 12.49 tengah malam, anggota APM berjaya menangkap seekor
sepanjang empat meter itu dengan kerjasama orang awam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mohamad Ghazali berkata, ular itu telah dibawa ke Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Kuala Pilah
sebelum diserahkan kepada pihak Perhilitan untuk tindakan selanjutnya.

Disiarkan pada: 3 Oktober 2022, 4:22 pm

https://www.utusan.com.my/nasional/2022/10/apm-tangkap-ular-sawa-seberat-120-kilogram/
https://www.kosmo.com.my/2022/10/03/apm-tumpaskan-sawa-batik-120-kilogram/

Kuala Pilah: Pusat pemindahan sementara (PPS)
pertama dibuka di negeri ini di Sekolah Kebangsaan (SK)
Kuala Pilah, bagi menempatkan mangsa banjir dari
Kampung Tanjung Jati dan Kampung Kuala Gentam yang
dinaiki air petang semalam.

Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM)
Negeri Sembilan Mejar (PA) Shamil Ithman berkata, PPS
berkenaan dibuka pada 4 petang semalam.
"Berikutan hujan lebat yang berterusan dari 5 pagi
menyebabkan limpahan air Sungai Muar dan paras air
sungai menunjukkan trend menaik.

"Sehingga 6.50 petang semalam, bacaan paras air
Sungai Muar pada 63.35 meter iaitu pada tahap
amaran.
"Susulan itu, dua kampung iaitu Kampung Tanjung Jati
dan Kampung Kuala Gentam dinaiki air menyebabkan
sembilan keluarga terpaksa dipindahkan ke PPS,"
katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, ketika ini terdapat 24 mangsa daripada
11 keluarga ditempatkan di PPS yang terdiri daripada
tujuh kanak-kanak, lima warga emas dan selebihnya
adalah orang dewasa.

Menurutnya, pemantauan keadaan semasa di kedua-
dua kampung berkenaan mendapati banjir sudah surut
sepenuhnya, namun kediaman penduduk diselaputi
lumpur.

"Ketika ini semua mangsa masih ditempatkan di PPS
dan tidak dibenarkan pulang sehingga diberitahu nanti.
"Bagaimanapun, keadaan cuaca baik dan air sungai juga
menunjukkan trend menurun.

"Anggota kami melakukan pemantauan berterusan
terutama di kawasan panas. Orang ramai diminta
mengikut nasihat dan arahan daripada pihak berkuasa
ketika bencana bagi mengelak kejadian tidak diingini,"
katanya.

Disiarkan pada: Oktober 10, 2022 @ 1:47pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/10/890859/negeri-sembilan-sudah-buka-pps-pertama

Kuala Pilah: Seorang penternak kambing
terkejut sejurus mendapati seekor ular sawa
batik seberat lebih 35 kilogram (kg) membunuh
tiga ekor kambing serta menelan haiwan
ternakannya.

Kejadian dikatakan berlaku jam 9 malam
semalam, di kandang miliknya di Kampung Parit
Tinggi, Beting, di sini. Mohd Hanafi Abd Majid,
32, berkata, kejadian dia baru pulang dari Port
Dickson sebelum ke kandang kambing untuk
menutup pagar.

"Keadaan ketika itu gelap dan saya
menggunakan lampu suluh. Bagaimanapun saya
terdengar anak kambing mengembek dengan
cara pelik.
"Malah kelihatan dua daripada lima anak
kambing panik dan cuba keluar dari kandang.
Saya kemudian masuk ke kandang untuk
memeriksa.

"Saya terkejut apabila melihat seekor ular sawa
besar sepanjang empat meter sedang
membaham anak kambing," katanya semalam.
Mohd Hanafi berkata, bangkai dua lagi anak
kambing masih berada berhampiran ular sawa
itu.

"Saya segera keluar dari kandang sebelum
menghubungi Angkatan Pertahanan Awam
Malaysia (APM)," katanya.
Sementara itu, Timbalan Pengarah APM Negeri
Sembilan Mejar (PA) Shamil Ithman berkata,
sepasukan petugas diketuai Sarjan (PA) Mazni
Abdul Wahab berjaya menangkap ular sawa itu
pada jam 9.56 malam.
"Ular itu diserahkan kepada Jabatan
Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara
(Perhilitam) untuk tindakan selanjutnya,"
katanya.

Disiarkan pada: Oktober 18, 2022 @ 3:50pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/10/893790/batik-bunuh-tiga-kambing-serentak





ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA (APM)
DAERAH KUALA PILAH

D/A PEJABAT DAERAH KUALA PILAH,72000 KUALA PILAH,NEGERI SEMBILAN
NO.TELEFON PEJABAT : 06-4815297
TALIAN KECEMASAN : 06-4812395 / 06-4812425
E-MEL : [email protected]

E-BULETIN INI DISEDIAKAN OLEH :

LT.M (PA) MILA HIRMAH BINTI TAHIRUDDIN

(ASTP PDPA KUALA PILAH)

Apm Kuala Pilah

apmkualapilah.n9

apmkualapilah.n9

BEKERJALAH DENGAN APA YANG ANDA SUKAI
DAN AMBILLAH ILMU DI SETIAP PENGALAMAN.


Click to View FlipBook Version