INSTRUCTIONAL LEADERSHIP
INSTRUCTIONAL LEADERSHIP IN EDUCATION
MED 7093
TUGASAN KUMPULAN:
CERITA DARI TEMPAT KERJA
SEMESTER II, 2021
NAMA : 1. SARAVANAN A/L MARIMUTHU (S20100719)
2. ALICE A/P ARPUTHAM (S20100720)
3.MOHD KHAIRUL AMIN BIN KHAIRANI (S20100716)
PENSYARAH : PROF. MADYA DR. NOR AZIAH BINTI ISMAIL
KERTAS PROJEK (30%)
KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL : Cerita dari Tempat Kerja.
A. Pengenalan Kepada Kepimpinan Instruksional
• Kepimpinan instruksional didefinisikan sebagai panduan khusus berkaitan dengan peranan seorang pemimpin pengajaran
(Flath, 1980).
• Kepimpinan instruksional juga didefinisikan secara amnya sebagai tindakan-tindakan yang diambil oleh seseorang pengetua
atau yang diturun kuasa untuk meningkatkan perkembangan pembelajaran pelajar (Debevoise, 1984).
• Hallinger dan Murphy (1985) mendefinisikan kepimpinan instruksional sebagai apa sahaja yang dilakukan oleh pengetua atau
guru besar yang bertujuan untuk meningkatkan kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran dan ke arah kemajuan sekolah.
Takrifan yang umum dan luas itu menunjukkan besarnya ruang lingkup yang perlu dilaksanakan oleh pengetua sebagai pemimpin
instruksional.
• Walaupun begitu, secara amnya, kebanyakan definisi mengenai kepimpinan instruksional ini berkisar kepada elemen tingkah
laku atau perbuatan pengetua yang bertujuan untuk menambah baik amalan pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc), meningkatkan
kompetensi pengajaran guru dan meningkatkan pencapaian akademik Di samping definisi yang pelbagai, terdapat satu model dan
teori yang popular dalam banyak kajian mengenai jenis kepimpinan instruksional ini.
• Teori dan model ini dipelopori oleh Hallinger dan Murphy (1985). Tingkah laku kepimpinan instruksional dalam model ini
dikatakan mempunyai tiga dimensi utama
iaitu a) menentukan matlamat sekolah, b) menguruskan program-program pengajaran, dan c) mewujudkan iklim pembelajaran untuk meningkatkan
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di sekolah (Hallinger & Murphy, 1985).
• Drake dan Roe (1986) mentakrifkan kepimpinan instruksional sebagai usaha untuk merancang dan menyokong semua aktiviti yang terlibat dalam
amalan pengajaran dan pembelajaran ke arah pencapaian matlamat sekolah.
• kepimpinan instruksional juga dikatakan sebagai usaha-usaha yang diambil oleh pemimpin sekolah untuk menyediakan inovasi kurikulum dan untuk
memperkembangkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan tujuan menjayakan matlamat sekolah (Hussein, 1989).
• Malahan, kepimpinan instruksional juga ada dinyatakan sebagai kepimpinan yang mesti menuju kepada pencapaian pelajaran dan menjadikan
kualiti instruksional sebagai keutamaan teratas, sekaligus kepimpinan yang mampu menjadikan visi sekolah satu kenyataan (Richardson, 1989).
• Menurut Sheppard (1996), kepimpinan instruksional secara langsung merupakan entiti yang terasing dari bidang pentadbiran tetapi berkaitan
dengan tingkah laku pengetua yang boleh diperhatikan seperti penyeliaan guru, penyeliaan bilik darjah, dan pemantauan kemajuan murid.
• Hakikat itu disokong dengan kenyataan yang mengatakan bahawa kepimpinan instruksional adalah gabungan penyeliaan pembangunan staf dan
perkembangan kurikulum (Blasé, 1998).
• Namun begitu, definisi tahun 2000-an banyak menambah elemen ICT dalam model kepimpinan instruksional yang dipelopori oleh Hallinger dan
Murphy pada tahun 1985.
Dalam hal ini, kepimpinan pengajaran dilihat dalam pengertian yang agak moden berbanding dengan definisi era sebelum millenium (Lashway, 2002).
• Kepimpinan instruksional adalah menjadi tunjang utama dalam proses pendidikan dan pengukuran prestasi sekolah (Hallinger, 2003).
• Manakala Hopkins (2003) menjelaskan, kepimpinan instruksional adalah pendekatan kepimpinan yang mewujudkan peluang pembelajaran kepada
murid dan guru.
• Kepimpinan pengajaran ditakrifkan bukan sahaja sekadar menetapkan matlamat sekolah, menyediakan sumber untuk pembelajaran, mengurus
kurikulum, mengawal rancangan pengajaran serta membuat penilaian guru, tetapi ia turut diaplikasi dengan menggunakan teknologi terkini dalam tingkah
laku kepimpinan instruksional mereka. Begitu juga dengan model kepimpinan instruksional baharu yang memasukkan elemen ICT dalam rangka definisi
Kepimpinan instruksional yang baharu (Yusri & Aziz, 2013).
• Kepimpinan instruksional boleh didefinisikan secara amnya sebagai pengaruh tingkah laku pengetua terhadap pengajaran danpembelajaran
(Zepeda,2014).
• Menurut Brazer dan Bauer (2013), kepimpinan instruksional adalah usaha yang dijalankan untuk menambah baik pengajaran dan pembelajaran
murid di sekolah melalui pengurusan yang efektif, menangani cabaran yang disebabkan oleh kepelbagaian,membimbing pembelajaran guru, serta
memupuk pembelajaran secara dalam kumpulan organisasi sekolah.
• Oleh itu, pengetua seharusnya mempunyai kemahiran pedagogi untuk mengurus keperluan pembelajaran guru bagi mereka memenuhi
keperluan murid yang pelbagai, memantau pengajaran guru bagi memastikan ia mencapai hasil pembelajaran murid yang telah ditetapkan dan juga
terlibat sama dalam perancangan pedagogi guru di dalam kelas (Irby &Lunenburg, 2014).
• Pengetua bertanggungjawab dalam membina pasukan guru yang proaktif dalam mengetuai usaha-usaha untuk menambah baik pencapaian
murid (Zepeda,2014).
• Pelbagai definisi telah ditakrifkan bagi kepimpinan instruksional sepanjang tempoh 30 tahun ini, tetapi
kesemua definisi ini mempunyai persamaan tentang bagaimana amalan kepimpinan pengetua seharusnya
berfokuskan kepada hasil pembelajaran murid, mempunyai kebolehan untuk kekal fokus terhadap
pengajaran dan pembelajaran guru serta membina kemahiran instruksional guru (Hayes & Irby,2019).
B. Kepentingan Kepimpinan Instruksional di Sekolah
• Ramaiah (1995) menyatakan peranan kepimpinan instruksional pengetua adalah reaktif, iaitu sebagai
pembimbing, penyelia dan penilai, pembekal sumber untuk menggalakkan serta memperbaiki pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Beliau menjelaskan apa yang diperlukan sekarang adalah satu konsep kepimpinan
instruksional dalam konteks kepimpinan yang lebih proaktif. Ini boleh menegakkan kewibawaan pengetua
sebagai pemimpin di sesebuah sekolah.
• Jamaliah dan Norashimah (2005), pula berpendapat kepimpinan instruksional pada hari ini merangkumi
kemahiran mengintegrasikan kehendak dan desakan dari luar sekolah terhadap kualiti produk pengajaran dan
kualiti proses pengajaran ke dalam sekolah. Seseorang pengetua harus mampu menangani kedua-dua proses
dan produk secara serentak bagi membolehkan pengajaran dan pembelajaran sentiasa berciri relevan, terkini,
dan mantap.
•
Lokman (2007) pula menjelaskan, komponen pengurusan kurikulum pula menyerlahkan peranan pengetua
sebagai pemimpin pengajaran melalui tindakan seperti menguasai pedagogi dan pembelajaran, responsif
kepada masalah dan keperluan guru, menggalakkan kreativiti dan perubahan dalam pengajaran, menanamkan
semangat berpasukan serta melaksanakan penyeliaan yang berterusan.
Beliau menambah, sebagai pemimpin pengajaran di sekolah pengetua adalah perancang segala program
akademik yang bertujuan memperbaiki kualiti pencapaian sekolah dalam setiap peperiksaan kebangsaan.
• Seorang pemimpin instruksional mestilah memimpin ke arah pencapaian pelajaran dan menjadikan
kualiti instruksional sebagai keutamaan teratas dan mestilah mampu
menjadikan visi sekolah satu kenyataan. Kepimpinan instruksional merupakan gabungan penyeliaan, pembangunan staf dan
perkembangan kurikulum. Kepimpinan instruksional melaksanakan pelbagai tugas seperti pencerapan di dalam bilik darjah,
pembangunan staf dan pembangunan kurikulum. (Smith dan Andrews, 1989).
• Kepimpinan instruksional adalah usaha-usaha yang diambil oleh pemimpin sekolah untuk menyediakan inovasi
kurikulum dan untuk memperkembang proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dengan tujuan menjayakan matlamat
sekolah. (Hussein, 1989).
• Kepimpinan instruksional memberi tumpuan kepada arahan dan tunjuk ajar, membina komuniti pembelajaran,
berkongsi sama dalam membuat keputusan, memelihara dan mempertahan perkara-perkara asas, manfaat dan
mengoptimumkan masa, menyokong perkembangan staf yang berterusan, merancang semula sumber-sumber untuk
menyokong program sekolah.
• Kepimpinan instruksional ialah pemimpin sekolah yang mengambil peduli (cakna) terhadap pengajaran guru dan
pembelajaran pelajar serta perkembangannya dan sentiasa membina suasana dan iklim pembelajaran yang kondusif di
sekolahnya bagi memacu kecemerlangan sekolah iaitu mencipta satu iklim integriti, inkuiri dan penambahbaikan secara
berterusan. (Brewer, 2001).
• Di sekolah, apabila sesuatu perubahan diperkenalkan, pengetua sebagai pemimpin instruksional bertanggungjawab
mengimplementasikan perubahan tersebut. Berjaya atau gagal perubahan itu bergantung kepada pengetua sekolah
(Hussein, 2008). Pengetua mesti bersedia untuk menghadapi segala cabaran dan melaksanakan perubahan demi
kecemerlangan organisasi sekolah. Dalam buku Standard Kualiti Pendidikan Malaysia gelombang 2 (SKPMg 2) oleh Jemaah
Nazir dan Jaminan Kualiti telah digariskan bahawa pengetua adalah sebagai pemimpin instruksional yang akan menerajui
pelaksanaan kurikulum dan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menggalakkan pemupukan budaya belajar dalam
kalangan muridnya.
• Berikut ialah rumusan kepentingan kepemimpinan instruksional di sekolah yang kami peroleh melalui
pembacaan daripada blog pengetuagurubesar :
• kepentingan kepemimpinan instruksional di sekolah seharusnya flleksibiliti dalam membuat perubahan dan
bersedia untuk membuat sesuatu yang baru demi pencapaian akademik di sekolah. Apabila pembelajaran abad ke-
21 diperkenalkan, pemimpin instruksional perlu bersedia untuk melaksanakannya dengan menyediakan prasarana
yang sesuai terutamanya keperluan fizikal kelas seperti susun atur perabot
• Pemimpin instruksional juga akan membuat keputusan bertujuan untuk memastikan pencapaian positif murid-
murid. Semua program yang di atur perlulah boleh menunjukkan kemenjadian murid dari pelbagai aspek seperti
kurikulum dan kokurikulum.
• kepentingan kepemimpinan instruksional di sekolah ialah menganalisa data dari pelbagai sumber dan
menggunakan data tersebut untuk membuat keputusan. Hasil keputusan peperiksaan perlu di analisis seterusnya di
buat post-mortem untuk melihat di mana kelemahan murid-murid dan guru-guru dalam topik-topik yang tertentu.
• Pemimpin instruksional perlu menggunakan teknologi terkini dengan efektif untuk meringankan tugas guru-guru
dan menyediakan komunikasi yang lebih efektif
• Pemimpin instruksional perlu memahami perbezaan individu di kalangan guru-guru dan murid dan
menyediakan peluang untuk memenuhi keperluan mereka. Kurikulum dalam abad ke 21, menuntut guru-guru untuk
membuat pilihan tentang apakah yang penting pada masa kini untuk menyediakan modal insan pada masa hadapan.
Untuk merealisasikannya, guru-guru banyak menggunakan peralatan ICT, jadi sebagai Guru Besar / Pengetua
perlulah menyediakan kelengkapan yang lengkap bagi tujuan tersebut.
• Guru Besar / Pengetua yang berperanan sebagai pemimpin instruksional juga perlu memastikan guru-
guru yang senior mendapat bimbingan yang berterusan dari guru-guru muda yang dilantik .
• Pemimpin instruksional akan sentiasa memudahkan dan bersepakat dalam melaksanakan tugas
berbanding dengan menggunakan kuasa yang ada.
• kepentingan kepemimpinan instruksional di sekolah juga mengambil kira pandangan semua pihak
dalam proses membuat keputusan.. Keputusan yang dibuat bukan untuk kepentingan sendiri dan mematuhi
semua prosedur-prosedur yang telah ditetapkan.
• Pemimpin instruksional memberikan inspirasi, meyakinkan dan berupaya untuk mempengaruh melalui
tindakan dan sikap. Peranan guru dalam abad ke 21 agak mencabar, kerana guru-guru perlu menguasai
pedagogi, menguasai silibus, penggunaan “toolkit” abad ke 21 dan guru-guru sendiri berperanan sebagai
pembimbing dan pemudahcara kepada murid-murid. Jadi pemimpin instruksional perlu sentiasa
memberikan motivasi dan inspirasi kepada guru-guru untuk memastikan PdPc abad ke 21 menjadi amalan
mereka.
pelajar.Saya tertarik dengan satu pepatah Inggeris, ‘if you love what you are doing, you will never feel
like working’," katanya yang akan menamatkan zaman bujangnya pada akhir tahun ini.
3. Seterusnya,Puan Loh Yein Yooke anak jati negeri Johor tetapi telah meneroka hampir semua
negeri di Malaysia merupakan seorang guru yang sangat berpengalaman dalam dunia
pendididkan.Beliau telah berkhidmat sebagai guru selama 28 tahun.Kini ,beliau menjawat jawatan
sebagai Guru Kanan Bahasa di Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Aur dan juga merupakan
seorang guru Bahasa Melayu yang telahpun mengajar subjek Bahasa Melayu selama 28 tahun.Kata
beliau,pelbagai onak dan duri diharungi dalam mendidik murid-murid terutamanya dalam subjek Bahasa
Melayu.Berketurunan Cina tetapi fasih berbahasa Melayu.Sifat keibuannya ,tambah pula sikap
kesabaran dalam mendidik murid-murid menyebabkan murid-murid amat menyayangi dan menghormati
beliau.Apabila ditanya tentang aspek kepimpinan pengetua ,beliau tersenyum sambil menyusun kata-
kata yang bakal menghiasi bibirnya dengan teratur.Beliau yang pernah berkhidmat di bawah tujuh orang
pengetua mengatakan setiap kepimpinan pengetua ada keunikan dan keistimewaannya.
C. Latar Belakang individu yang ditemu bual.
1. Cikgu Zainal Abidin bin Hadzir, 49 tahun merupakan seorang guru di Sekolah Menengah
Kebangsaan Pengkalan Aur , Taiping. Selain mengajar subjek Sains, Cikgu Zainal cukup aktif dalam
bidang kokurikulum dan dilantik sebagai jurulatih untuk beberapa aktiviti, antaranya ialah jurulatih
catur.Negeri Perak.Beliau yang sebelum ini pernah bekerja dalam sektor swasta ,telah bergelar pendidik
selama 19 tahun dan memilih pendidikan kerana mahu melahirkan generasi murid berilmu."Saya sangat
berminat dengan pengucapan awam sejak di bangku sekolah lagi dan berpegang teguh kepada prinsip
'pantang undur sebelum berjuang, gagal bukan pilihan.' Cikgu Zainal dikenali sebagai seorang guru yang
tegas tetapi peyayang dalam mendidik anak-anak murid. Oleh sebab itulah beliau diberi mandat untuk
menjadi guru disiplin pada tahun kedua perkhimatan beliau di SMKPA iaitu pada tahun 2011 sehingga
kini.Ketegasan beliau dalam mendidik anak muridnya khususnya dalam mata pelajaran Sains
menunjukkan peningkatan keputusan sama ada dari segi kualiti atau kuantiti saban tahun dalam mata
pelajaran tersebut.Tambah beliau yang pernah berkhidmat di bawah empat orang pengetua menyatakan
setiap pengetua mempunyai kepimpinannya yang tersendiri dalam memacu kejayaan sekolah.
2. Ketua Panitia Pendidikan Islam Menengah Rendah merangkap Penyelaras Program Kecemerlangan
Akademik Menengah Rendah, Cik Nor Akilah binti Ismail(bukan nama sebenar) berkata, walaupun baru
lapan tahun menceburi dunia pendidikan tetapi impiannya besar dalam melahirkan generasi ummah
terbaik."Saya mahu membentuk generasi ummah terbaik pada masa hadapan, terdidik dengan ilmu
pengetahuan Islam, akademik, akhlak dan kemahiran yang cukup," jelasnya.Selain mengajar subjek
Pendidikan Islam, Cik Nor Akilah binti Ismail juga terlibat dalam latihan pertandingan.Beliau seorang guru
yang sangat komited dan aktif dalam pertandingan luar dan berpegang teguh kepada konsep kesabaran,
terutamanya dalam mendidik
4. Pemilik nama penuh Suresh a/l Annamalai merupakan anak jati Perak yang mendapat pendidikan awal
di ST.George Institution ,Taiping Perak (1973-1976) dan ST.George Secondary School (1977 - 1982). Beliau
kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Maktab Perguruan Sultan Idris ( 1984 – 1988), sebelum menimba
pengalaman sebagai guru Bahasa Inggeris di Sekolah Kebangsaan Penderas,Temerloh Pahang (1989 -
1999) selama 10 tahun.Kemudian,setelah mendirikan rumah tangga dengan pasangan pilihan hatinya ,beliau
bertukar ke SK Raja Ngah Ibrahim, Matang Perak(2000 hingga 2009) Kini beliau telah berkhidmat di SK
Taman Jana sebagai Guru Bahasa Inggeris, Beliau aktif dalam pelbagai pertubuhan bukan kerajaan dan
sebenarnya banyak pengalaman kerja di bawah kepimpinan sebelas orang guru besar yang diperoleh
beliau.Beliau berkongsi banyak situasi suka duka di bawah pimpinan guru besar yang pelbagai ragam dan
perwatakan.Beliau akan menamatkan perkhidmatannya pada pertengahan tahun 2022.
5. Cikgu Radfizah binti Mat Dani ,44 tahun merupakan guru subjek Sains SK Taman
Jana,Kamunting Perak.Mendapat Pendidikan awal di SK Pinang Tunggal,Kelapa Batas pada (1983
hingga 1989).Melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Dato’Bijaya Setia (1990 hingga 1995) dan
seterusnya ke Maktab Perguruan Raja Melewar ,Negeri Sembilan dan mendapat ijazah dengan
kepujian dalam Sastera dari Universiti Putra Malaysia.Penempatan pertama adalah di SK Bawang
Assan,Sibu Sarawak selama tiga tahun(2003 -2006).Seterusnya,bertukar ke SK Changkat Lada
(2007-2015).Kini,beliau telahpun menjadi tenaga pengajar di SK Taman Jana selama enam
tahun.Beliau berkongsi pengalaman apabila kali pertama menapakkan kaki ke SK Taman Jana,beliau
terpukau melihat landskap dan iklim SK Taman Jana yang sangat cantik dan diurus dengan
baik.Tambah beliau yang mengakhiri slot pengenalan diri dengan mengatakan…”memang layak pun
SK Taman Jana dapat banyak anugerah di peringkat negeri dan kebangsaan” dan memuji-muji mantan
guru besar SK Taman Jana yang sangat komited dalam memikul amanah dan tanggungjawab di
samping kepimpinan guru besar yang sedia ada yang lebih kepada sifat kebapaan .
6. Guru yang sempat saya(Saravanan ) temu bual sebelum PKP ialah guru kaunselor sekolah iaitu
Cikgu Mohd.Ali.SK Taman Jana merupakan sekolah pertama beliau dan juga mahu merupakan
sekolah terakhir beliau menamatkan dunia perguruannya .Kata beliau,itu hanyalah angan-angan Mat
Jenin yang mana beliau sedia maklum bahawa seseorang guru akan ditukarkan ke sekolah lain atas
tuntutan kerja.Kini memasuki tahun ke-11 perkhidmatannya di SK Taman Jana berkongsi pelbagai
kenangan manis di bawah kepemimpinan dua orang guru besar iaitu Cik Nadzirah dan Tuan Haji
Meor.Sebagai guru kaunselor sekolah,beliau melihat sama ada Cik Nadzirah mahupun Tuan Haji Meor
mendukung satu aspirasi yang sama dalam menerajui pucuk pimpinan SK Taman Jana.Cuma yang
berbeza ialah stail kepimpinan masing-masing dan cara mereka mendekati guru dan murid
.Mengakhiri sesi perkenalan diri dengan jenaka lucunya menyebabkan saya berasa selesa bersama-
sama beliau untuk mengetahui pelbagai strategi PdPC dan program kecemerlangan sekolah walaupun
baru beberapa bulan di sekolah tersebut.
7.Cikgu Idayu yang tinggal di Sitiawan, Perak, telah berkhidmat sebagai guru selama 19 tahun di enam buah sekolah
di Malaysia, bermula di Ambrose, Ayer Tawar, Perak. Dari SMK Ambrose ke Labuan kemudian cikgu Idayu
ditukarkan ke SMK Sungai Pelek, Selangor and selepas itu SMK Sungai Ranggam di Perak Tengah (kawasan
kampung), seterusnya SMK Pangkor dan sekarang cikgu Idayu mengajar di SMK Seri Samudera, Seri Manjung,
Perak. Lima sekolah cikgu Idayu sebelum ini adalah sekolah harian biasa.
8. Encik Mohamad Yusri bin Mohamad Yusof Guru yang sempat ditemu bual ialah seorang guru besar berpangkat
DG41 yang telah berkhidmat selama 35 tahun iaitu, guru besar SK Telok Bakong.
9. Cik Juliana binti Muhammad Tajuddin adalah seorang guru yang berpengalaman mengajar selama 12 tahun.
Beliau sekarang ini mengajar di SMK Pekan Baru, Parit Buntar, Perak
CERITA DARI TEMPAT KERJA
OLEH CIKGU ALICE ARPUTHAM
D. Cerita-cerita dari lokasi tempat kerja.
Cerita 1:
Setiap pagi ,kelibat Cikgu Zainal akan kelihatan di pintu pagar sekolah menyambut kahadiran murid-murid ke
sekolah.Kebetulan pada hari Isnin ,saya bertugas bersama-sama Cikgu Zainal di pintu pagar.Jadi saya
mengambil peluang untuk memulakan bicara.Satu persatu soalan saya ajukan secara berhemah kepada
Cikgu Zainal.Soalan pertama yang saya ajukan “Cikgu Zainal dah agak lama di SMKPA kan? Cikgu Zainal
tak nak berubah angin ke dengan mengajar di sekolah lain.?”Alice,saya dah seronok bekerja kat
sini.Lagipun,saya dah anggap warga SMKPA ni sebagai ahli keluarga.Pengetua pula seorang yang
‘sporting’,maksud saya sedia meminjamkan telinganya untuk mendengar luahan dan keluhan guru-guru.Tak
pernah melenting dan ‘cool’.Tapi,pendekatan tuan pengetua kita yang sentiasa turun padang bertanya
khabar dan bermesra bukan sahaja dengan guru-guru malah murid-murid inilah yang menyebabkan segala
program yang dirancang beliau mendapat sambutan 100% yang mula berkongsi satu persatu pendapatnya
tentang tuan pengetua.Kata Cikgu Zainal lagi “Alice….saya perasan,Tuan Haji Sahrir amat menekankan dua
perkara ,pertama solat ,kedua,program kecemerlangan.Sebab tu….setiap pagi saya diminta untuk
memanggil murid-murid tingkatan lima yang ponteng solat untuk dihukum..Beliau bukan nak saya rotan
mereka…..tapi beliau nak saya pastikan budak budak ni hamparkan sejadah dan solat pada pagi tu di tapak
perhimpuan….Memang berkesan cara tuan pengetua ni….yang mana saya perhatikan tiada lagi murid
tingkatan 5 yang ponteng solat atau kelas kepung.Dalam mesra ada ketegasan…Cikgu Zainal
menghabiskan kata-katanya sebelum berkongsi tentang strategi PdPC dan program berimpak tinggi di
bawah pimpinan Tuan Haji Sahrir.
Menurut Cikgu Zainal lagi,pelbagai program berimpak tinggi yang dilaksanakan di SMKPA bertujuan
membantu calon membuat persiapan awal bagi menghadapi SPM sekali gus menjadi platform melonjakkan
kecemerlangan sekolah pada tahap terbaik.Antara program yang dijalankan adalah seperti Speed-up yang
memberikan penekanan kepada calon dengan subjek kritikal seperti Bahasa Melayu, Sejarah, Matematik
dan mata pelajaran sains tulen.
Beliau berkata, program Cakna atau Kepung pula adalah memfokuskan peningkatan peratus lulus dalam
setiap mata pelajaran yang kebiasaannya dijalankan selepas waktu persekolahan pada setiap Isnin
hingga Khamis, setiap minggu.“Kami juga mengadakan program Quantum Leap yang bertujuan
menyasarkan peningkatan peratus A dalam sesuatu subjek dengan tumpuan diberikan kepada pelajar
yang mendapat gred A pada peperiksaan pertengahan tahun.Kesannya,program yang dijalankan
menunjukkan hasil yang memberangsangkan apabila keputusan peperiksaan percubaan akan
menunjukkan peningkatan dan yang paling mengembirakan apabila keputusan peperiksaan SPM
sebenar untuk semua mata pelajaran menunjukkan peningkatan mendadak sejak beliau melaksanakan
program-program ini apabila beliau menjadi pengetua di sekolah kita.Memang saya akui ,mula-mula amat
tertekan,sebab banyak sangat program ,Alice..tapi apabila program-program ni memberikan impak positif
terutamanya untuk subjek sains…saya sangat gembira dan berpuas hati…menghabiskan kata-katanya
lalu kami sama-sama beredar ke bilik guru sebelum masuk ke kelas masing-masing.
Cerita 2:
Kesokan harinya,seperti janji temu yang diatur,saya berlari keanak-anakan menuju ke pusat sumber sekolah kerana
saya terlewat lima minit gara-gara terlalu leka mengajar murid-murid 5STEM1.Sebaik sahaja tiba di pusat sumber
sekolah,saya menyapa Cikgu Nor Akilah yang sudahpun setia menanti kehadiran saya di ruang legar pusat sumber
sekolah.Saya mengambil tempat di sebelah Cikgu Nor Akilah sambil memohon maaf atas kelewatan saya.Cikgu Nor
Akilah dengan senyuman menghiasi bibirnya berkata “Tak apa Kak Alice…Saya dah free …tak ada kelas dah…nak
sembang sampai ke malampun boleh..kak,” gurau Cikgu Akilah.Cikgu Akilah yang memang sedia maklum dengan
tujuan janji temu kami memulakan bicaranya dengan penuh sopan.Cikgu Akilah bukan sahaja Ketua Panitia
Menengah Rendah untuk mata pelajaran Pendidikan Islam malah merupakan Setiausaha Program Kecemerlangan
SPM.Tatkala bulan Februari menampakkan diri,sudah pasti telegram program kecemerlangan bertali arus dengan
pelbagai pesanan daripada Cikgu Akilah kepada kami guru-guru mata pelajaran tingkatan lima termasuklah jadual
Task Force dan Ops Kepung serta Program Gemilang Ilmu atas arahan tuan pengetua.
Sebagai setiausaha program ,beliau menyusun jadual program dengan sebaik mungkin agar memberikan keselesaan
kepada semua guru yang terlibat setelah berbincang dengan tuan pengetua kerana kata Cikgu Akilah pengetua
sentiasa berpesan “Saya nak Cikgu Akilah tanya cikgu-cikgu tentang jadual,bila mereka nak adakan kelas?Sebab
saya tak nak mereka tertekan, tapi pada masa yang sama saya nak program-program saya ni berjalan.”Program-
program ini akan dijalankan secara berfasa iaitu fasa 1( Februari hingga awal Mei),fasa 2 (Jun hingga Ogos ) dan
fasa 3 (September hingga awal November) .Dalam fasa 1,hanya murid-murid yang gagal subjek BM dan Sejarah
berdasarkan keputusan akhir tahun ,tahun sebelumnya akan dikumpulkan pada waktu pagi mengikut jadual iaitu 7.30
pagi hingga 8.30 pagi bermula hari isnin hingga khamis.Mereka dibimbing oleh guru senior mata pelajaran .”Program
ini merupakan program berimpak tinggi yang mana bilangan pelajar yang gagal kedua-dua mata pelajaran
berkurangan secara mendadak,” kata beliau.Manakala ,dalam fasa kedua program Task Force,mata pelajaran
matematik,sains dan Bahasa Inggeris akan dimasukkan.Tambah
Cikgu Akilah lagi,setiap kali program dijalankan,guru-guru yang terlibat perlu menyediakan laporan tentang
kelebihan dan kekangan program tersebut.
Berdasarkan dapatan laporan tersebut,penambahbaikan program dibuat. Slot dialog prestasi yang
dipengerusikan oleh tuan pengetua sendiri setelah selesai setiap fasa akan membincangkan secara terperinci
setiap kekurangan dan intervensinya.Cikgu Akilah juga mengatakan bahawa tuan pengetua bukan seorang
yang memberi arahan sebaliknya akan turun padang untuk melihat sendiri perjalanan program.Beliau akan
menitipkan kata-kata motivasi setiap kali kelas task force bermula dan akan mencari sendiri murid-murid yang
ponteng kelas task force lalu ditegur secara berhemah .Program Gemilang Ilmu, Pecutan Akhir dan Gerak
Gempur SPM turut dijalankan membabitkan semua calon dengan pendedahan teknik menjawab peperiksaan
serta motivasi berfokus merangkumi persediaan mental dan fizikal,” katanya lagi.Menjelaskan lebih lanjut,
Cikgu Akilah berkata, setiap program yang merupakan idea tuan pengetua dirangka bermatlamat
meningkatkan penguasaan akademik, prestasi calon dan kejayaan sekolah secara keseluruhan, di samping
mendedahkan mereka dengan persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan.Beliau menghabiskan
perkongsiaan pada pagi itu dengan menyatakan semula frasa yang pada kebiasaannya di sebut oleh tuan
pengetua sama ada dalam mesyuarat kurikulum mahupun dialog prestasi.“Lebih penting, calon perlu
menggunakan masa yang tinggal ini dengan sebaik mungkin, tingkatkan usaha, jangan leka dan sentiasa ingat
bahawa kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa usaha serta komitmen berterusan ,“Kami juga berterima
kasih kepada cikgu-cikgu kerana sentiasa memberikan kerjasama serta menyokong usaha saya bagi
menjalankan pelbagai aktiviti yang dapat meningkatkan kecemerlangan pelajar SMKPA ini,” Cikgu Akilah
melahirkan rasa kesyukurannya kerana di bawah kepimpinan Tuan Haji Sahrir banyak pengalaman berharga
terutamanya dalam pelaksanaan program kecemerlangan yang ditimba dan berjanji akan berkongsi
pengalaman ini walau di mana beliau berada kelak.
Cerita 3:
Individu ketiga yang sempat saya temu bual ialah Puan Loh Yein Yooke,guru kanan Bahasa SMKPA.Kali ini temu
bual bersama-sama beliau saya gunakan medium telegram.Saya sudahpun memaklumkan kepada Cikgu Loh
tentang inti pati temu bual saya.Beliau berkata,tuan pengetua amat mengutamakan program Guru Muda di samping
program task force,Ops Kepung dan Program Gemilang Ilmu.Program guru muda yang mula diperkenalkan pada
2017 oleh tuan pengetua itu berkesan apabila pelajar cemerlang dalam setiap subjek dilantik menjadi guru muda
untuk membimbing rakan sebaya masing-masing.Beliau berkata, guru muda terlebih dahulu dibimbing guru masing-
masing sebelum mereka berkongsi ilmu dengan pelajar lain ketika proses pengajaran dan pemudahcaraan (Pdpc)
serta ketika kelas persediaan.“Bahan pembelajaran disediakan guru, kemudian guru muda akan membimbing rakan
mereka dan pendekatan ini dilihat berjaya memberi kesan positif kepada prestasi serta keputusan akademik
pelajar.“Selain akademik, peranan guru muda juga berupaya membentuk personaliti pelajar yang lebih
berketerampilan, di samping menggilap kemahiran komunikasi dan bakat kepemimpinan dalam diri pelajar,”
katanya.
Pn.Loh juga mengatakan tuan pengetua bijak orangnya apabila beliau memastikan mata pelajaran Bahasa Melayu
sebagai perintis kepada program ini kerana beliau merupakan guru Bahasa melayu Tingkatan empat.Apabila
program ini menunjukkan impak yang tinggi yang mana murid yang menjadi guru muda mendapat A+ dan A,dan
gred purata mata pelajaran menunjukkan penurunan daripada 4.53 kepada 2.76,secara tidak langsung,subjek-
subjek lain mengikut jejak panitia mata pelajaran Bahasa Melayu pada tahun 2018 .Malah,program ini telah menjadi
program utama setiap panitia.
Selain itu,Pn.Loh menjelaskan bahawa tuan pengetua mahu Program PLC diperhebatkan memandangkan Pn.Loh
ialah setiausaha PLC sekolah.Jadi,Pn.Loh Menyusun jadual PLC yang mana setiap panitia perlu mengadakan PLC
sekurang-kurangnya dua kali sepenggal berkongsi strategi pengajaran yang berkesan.Pn.Loh juga sempat
berkongsi tentang pengisian Program Ops Kepung,cetusan idea tuan pengetua.Tuan pengetua mahukan program
yang dijalankan pada sebelah petang ,fokusnya adalah kepada ulang kaji sukatan pelajaran tingkatan
empat.Secara tidak langsung guru-guru dapat memastikan sukatan pelajaran tingkatan empat diulang kaji sebagai
persediaan menghadapi peperiksaan.Tambah Pn.Loh
lagi,semua program yang dirancang oleh tuan pengetua bukan indah dari khabar sebaliknya
memberikan kesan drastik kepada SMKPA yang mana gred purata SMKPA yang berada pada mata 6
akhirnya berubah menjadi mata 4.
Pada pengamatan Pn.Loh yang amat berpengalaman dalam bidang pendidikan berkata bahawa Tuan
Haji Sahrir memiliki pengetahuan dan pengalaman yang tinggi berkaitan dengan pendidikan kerana
sebelum menjadi pengetua beliau pernah menjadi guru kanan mata pelajaran,ketua warden
asrama,penolong kanan kokurikulum,penolong kanan HEM dan penolong kanan
pentadbiran.Jadi,beliau serba tahu dan mempunyai pengetahuan dalam bidang akademik, latar
belakang murid dan masyarakat, masalah tingkah laku pelajar dan kakitangan, kurikulum sekolah,
pengurusan pejabat, konsep kepimpinan, hubungan komunikasi dan masalah politik semasa. Oleh
itu,sebagai G9 ,saya melihat Tuan Haji Sahrir sebagai seorang pentadbir yang amat yakin atas
keupayaan kepimpinannya. Oleh sebab itulah ,saya dapati semua program peningkatan akademik
yang dirancang oleh beliau berfokus dan memberikan hasil yang amat baik terutamanya dalam
mengurangkan GPS sekolah,kata Pn.Loh yang mengakhiri sesi temu bual. .
Cerita 4:
Beralih pula kepada cerita dari tempat kerja SK Taman Jana.Saya (Saravanan) sempat menemu bual tiga orang
guru yang agak rapat dengan saya kerana saya baru sahaja beberapan bulan di sekolah ini.Menurut Cikgu
Suresh,yang merupakan antara guru senior di SK Taman Jana, ,Tuan Haji Meor, guru besar SK Taman Jana ini
seorang yang kreatif dalam memberikan idea kepada guru-guru tentang strategi PdPc guru-guru supaya efektif.
Beliau berkongsi kata-kata Tuan Haji Meor setiap kali perjumpaan kecil diadakan pada setiap hari khamis iaitu
“Sebagai guru, perlu kreatif dalam mempelbagaikan strategi Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc). Ini adalah
bertujuan memberi murid kemahiran yang diperlukan untuk mereka menjadi kreatif, kritis, belajar untuk berkolaboratif
dan berkomunikasi menyampaikan idea mereka. Cikgu diminta supaya tidak terikat dengan hanya satu-satu strategi.
Pasti pelajar akan merasa bosan,”
Seterusnya,beliau mengatakan guru besar sentiasa mengatakan bahawa kelancaran aktiviti semasa PDPC dibantu
oleh berapa banyak kalinya murid dilatih untuk 'PdPc bentuk baharu'. Maka jangan berputus asa jika cubaan kali
pertama cikgu gagal. Pelajar juga perlu diberi peluang dan masa untuk mereka belajar membentuk kumpulan,
melakukan tugasan, membentang dan lain-lain. Laburkan sedikit masa sekarang, untuk masa depan yang lebih
menyenangkan.Tambah,Cikgu Suresh lagi,kepimpinan Haji Meor yang memberi penekanan kepada strategi
pengajaran guru dan pembelajaran murid sentiasa mengingatkan guru-gurunya supaya arahan yang jelas kepada
murid-murid perlu diberikan sekiranya guru-guru ingin melihat hasil seperti yang dihasratkan.Pendekatan beliau yang
menaruh kepercayaan kepada murid-murid juga merupakan kunci kejayaan sekolah dalam mendapat keputusan
yang baik.Kata cikgu Suresh,Tuan Haji sentiasa berpesan “Belajarlah untuk memberikan kepercayaan kepada
murid. Percaya dengan kebolehan mereka. Percaya bahawa mereka boleh lakukan, dan bimbing mereka jika perlu.
Telah banyak keajaiban dilihat, dengan hanya sedikit kepercayaan.”
Cikgu Suresh mengakui bahawa pendekatan strategi PdPC seperti yang disarankan oleh Haji Meor menunjukkan
hasilnya apabila keputusan peperiksaan UPSR untuk tiga tahun berturut iaitu 2017,2018 dan 2019 menunjukkan
peningkatan yang baik sama ada dari aspek kuantiti mahupun kualiti.Cikgu Suresh mengakhiri sembang santai kami
dengan falsafah Tuan Haji Meor iaitu “Kembalikan semula hak murid untuk belajar. Hak murid untuk mencari dan
meneroka ilmu. Rangsang minat dan rasa ingin tahu murid. Seperti selalu, bukan ikan yang
hendak diberi, tetapi pancing dengan sendiri, supaya dapat lebih ikan yang mereka boleh
pancing selepas ini. Jika ini yang anda amalkan dalam bilik darjah,pasti semua akan berjaya.”
Jadi sebagai rumusan perbincangan saya dengan Cikgu Suresh,apa yang saya dapati daripada
Tuan Haji Meor ialah usaha beliau untuk mewujudkan iklim pembelajaran yang selesa
terutamanya dalam merancang strategi PdPC membuahkan hasil sehingga SK Taman Jana
terpilih sebagai sekolah kluster.
Cerita 5 :
Manakala , Cikgu Radfizah binti Mat Dani memulakan bicaranya dengan mengatakan bahawa selain berdepan kesuntukan
masa dan beban tugas hakiki, guru terpaksa bermain dengan emosi.Tugas seorang pendidik bukan hanya mengajar di dalam
kelas, datang sekolah seawal jam 7 pagi dan pulang jam 2 petang tetapi amanah dan tanggungjawab yang dipikul lebih besar
ibarat seketul bongkah ais di permukaan lautan.Sejumlah bongkah air yang dilihat di atas permukaan lautan itulah yang
dianggap semua orang rutin kerjaya seorang guru, pada hal 80 peratus yang di bawah permukaan itulah beban sebenar yang
dipikul apatah lagi cabaran pendidik masa kini yang terpaksa berperang dengan generasi dunia gajet.Beliau berpendapat
sedemikian kerana Tuan Haji Meor sentiasa mengingatkan guru-gurunya supaya mengemaskinikan diri dengan ilmu ICT
terkini.Beliau teringat akan kata-kata Tuan Haji Meor “Cikgu,ingat walaupun kita nak bersara esok,kalau hari ini ,ada
perubahan dalam dunia ICT ,belajarlah cikgu selagi nyawa dikandung badan.”Beliau mahu setiap guru mengaplikasikan
penggunaan ICT dalam pengajaran kerana murid-murid berasa gembira dan teruja belajar menggunakan ICT.Oleh sebab
itu,beliau sanggup mengumpul dana untuk menambahkan bilangan komputer di bilik akses.Malah,beliau juga telah mendapat
sumbangan daripada alumni sekolah untuk membeli dua buah LCD dan lima lagi LCD disumbang masing-masing satu oleh
PIBG sekolah dan empat lagi daripada badan NGO Taiping.Oleh itu,beliau menggalakkan guru-guru menggunakan LCD untuk
proses pengajaran dalam kelas.
Jadi,saya dapati pendekatan Tuan Haji Meor ini sememangnya merangsang minat murid untuk belajar kerana saya perhatikan
murid yang kerap tidak hadir sebelum ini mula menghadirkan diri ke sekolah disebabkan mereka berpeluang bermain
komputer.Selain itu,Cikgu Radfizah mengatakan bahawa Tuan Haji Meor juga menggalakkan ahli-ahli panitia supaya
mengadakan PLC dengan lebih kerap. Beliau mengakui sejak PLC aktif dijalankan dalam panitia sains berlakunya
perkongsian kemahiran dan pengetahuan antara guru, membina hubungan yang berkualiti, merancang program berfokus
panitia sains seperti Task Force Sains untuk murid yang mendapat markah di bawah 35 serta mengerakkan sumber sedia
ada di persekitaran dan berkongsi kepimpinan dalam merealisasikan visi dan misi panitia sains yang selaras dengan visi dan
misi sekolah.
Di samping itu,strategi Tuan Haji Meor menurut Cikgu Radfizah dalam meningkatkan pencapaian murid adalah dengan
memberikan hadiah .Sehubungan itu,kata Cikgu Radfizah,Tuan Haji Meor sendiri membawa hamper ke rumah beberapa
orang murid yang aktif
dalam PdPR pada fasa 1 lalu merakamkan gambar dan dimuat naik dalam group telegram sekolah
dan kelas.Impaknya,apabila sekolah ditutup untuk kali kedua ,kami dapati penglibatan murid-murid
dalam PdPR adalah lebih baik daripada kali pertama PdPR dilaksanakan.
Cerita 6:
Menurut kaunselor sekolah,Cikgu Mohd.Ali,guru besar bersama-sama kumpulan pengurusan sekolah telah
merancang pelbagai program peningkatan akademik dan kokurikulum bertujuan untuk memastikan pencapaian
positif dalam kalangan murid-murid terutamanya murid kelas UPSR. Setiap kali selesainya sesuatu ujian atau
peperiksaan,Tuan Haji Meor akan menganalisis data yang diperoleh daripada ketua panitia mata pelajaran dan
menggunakan data tersebut untuk membuat banding beza keputusan tiga tahun kebelakangan. Hasil keputusan
peperiksaan akan dianalisis bersama-sama melalui mesyuarat Post Mortem untuk mengenal pasti kelemahan
murid-murid sebelum pelan intervensi yang sesuai dirangka.Sebagai buktinya,untuk memastikan murid-murid
kelas UPSR lulus Bahasa Melayu ,Bahasa Inggeris ,Matematik dan Sains , maka program Task Force dirancang
dan dilaksanakan yang mana semua murid yang gagal mata pelajaran tersebut akan dikumpulkan di bilik khas
selama satu jam pada setiap pagi bermula hari Isnin hingga Khamis untuk mendapatkan bimbingan khusus
daripada guru yang bertanggung jawab.
Sebagai ,guru kaunselor,Tuan Haji Meor telah meminta saya menjadi penyelaras program ini.Walaupun pada
fasa pertama pelaksanaannya,program ini seolah-olah tidak menunjukkan impak.Namun setelah diteliti laporan
program yang disediakan oleh guru-guru yang terlibat,saya dan Tuan Haji Meor duduk berbincang dan
menyediakan intervensi .Idea ‘tabung pagi’ yang diletakkan di kantin sekolah untuk mengutip sumbangan ikhlas
guru-guru bukan sahaja mendapat sumbangan daripada guru-guru malah staf sokongan , pekerja kontraktor
pembersihan dan pengusaha kantin turut menyumbang.Duit sumbangan ini akan digunakan untuk membiayai
sarapan pagi untuk murid-murid Task Force .Murid-murid task force ini akan dikumpulkan di kantin untuk
bersarapan sebelum mengikuti kelas Task Force di pusat smber sekolah.Hasilnya,bilangan murid yang lulus
dalam peperiksaan meningkat secara mendadak.
Seterusnya,Cikgu Mohd Ali mengatakan Tuan Haji Meor pasti akan memperuntukkan masa bersama-sama
guru-guru dengan mengadakan ‘contact time’ pada setiap hari khamis.Beliau menyediakan ruang kepada kami
untuk berkongsi masalah dan mencari solusi .Malah beliau turut mewujudkan Group Telegram SKTJ bagi
memudahkan guru-guru dan staf sekolah menyalurkan sebarang perkongsian yang bermaklumat.Dalam pada
itu,beliau akan bertandang ke bilik guru sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk memastikan kami bekerja
dalam suasana yang menggembirakan.Keutamaan juga diberikan
dalam soal kebajikan guru dan staf yang mana beliau sentiasa bertanyakan khabar ahli keluarga dan tidak lupa
mengucapkan selamat hari jadi kepada guru-guru yang meraikannya pada setiap bulan. Sikap ambil berat
beliau ini menimbulkan nilai keseronokan bekerja dalam kalangan warga sekolah.Malah,nilai kepercayaan
yang diletakkan oleh beliau terhadap setiap guru menyebabkan guru-guru tanpa keluh kesah menjayakan
sebarang program kecemerlangan yang dirancang.Jadi , tidak mustahillah,SK Taman Jana bukan sahaja
sebuah sekolah kkuster malah juga terpilh sebagai sekolah Transformasi 2025.
Cerita 7 :
Saya mencuba nasib untuk menemu bual beberapa orang guru yang saya kenali melalui medium Whatsapp dan
Facebook di musim pandemik Covid-19 kerana pergerakan di keluar adalah terhad serta kunjung-mengunjung
tidak dibenarkan selepas arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dan Standard Order Procedure (SOP)
diperketatkan oleh kerajaan. Saya mengalami kesukaran untuk mendapatkan kerjasama dari guru-guru tersebut.
Ada juga guru yang ragu-ragu dan bimbang maklumat dan cerita mereka didedahkan walhal saya telah
memberitahu bahawa tujuan temu bual ringkas yang dijalankan hanyalah untuk tujuan pembelajaran dan tidak
akan disebarkan dengan sewenang-wenangnya. Terdapat guru yang amat sibuk dan tiada masa untuk temu bual
ringkas. Saya merasa sedikit terkilan dengan beberapa orang guru yang bertanyakan banyak soalan tentang temu
bual yang ingin dijalankan tetapi terus senyap setelah jawapan mereka dijawab serta tidak ingin membantu.
Tetapi, saya tidak mahu berputus asa kerana saya tahu jika saya tidak meneruskan pencarian, laporan akan
bermasalah dan ditolak markah.
Setelah beberapa percubaan, akhirnya individu pertama tampil memberikan kerjasama. Saya telah berjaya
menemubual seorang guru yang sangat sporting yang merupakan rakan baik kepada bapa saudara saya iaitu
Mas Idayu binti Mohamad Yusof. Medium Whatsapp digunakan untuk menemu bual memandangkan cikgu sangat
sibuk dengan penyediaan slides untuk Pengajaran dan Pembelajaran di rumah (PdPr) yang mula dilaksanakan
pada 17 Mei 2021. Apabila cikgu berkenaan lapang di waktu malam, beliau pun memulakan perbualan seperti
yang dijanjikan. Pada mulanya, cikgu Idayu agak keliru dan kurang memahami soalan yang diajukan. Apabila
saya memberikan penerangan dan penjelasan lanjut tentang kehendak soalan, barulah cikgu memulakan
ceritanya. Cikgu Idayu yang tinggal di Sitiawan, Perak, telah berkhidmat sebagai guru selama 19 tahun di enam
buah sekolah di Malaysia, bermula di Ambrose, Ayer Tawar, Perak. Dari SMK Ambrose ke Labuan kemudian cikgu
Idayu ditukarkan ke SMK Sungai Pelek, Selangor and selepas itu SMK Sungai Ranggam di Perak Tengah
(kawasan kampung), seterusnya SMK Pangkor dan sekarang cikgu Idayu mengajar di SMK Seri Samudera, Seri
Manjung, Perak. Lima sekolah cikgu Idayu sebelum ini adalah sekolah harian biasa.
Cikgu Idayu berkata dari segi meningkatkan PdP, ianya bergantung kepada guru walaupun pentadbir
sekolahnya menggalakkan guru-guru berkursus untuk penambahbaikan tetapi tiada kesinambungan kerana
itu cuma sekolah harian biasa. Menurut cikgu Idayu, sekolah keenamnya dipanggil sekolah amanah. Sekolah
amanah mempunyai tempoh percubaan selama lima tahun yang merupakan lanjutan kepada sekolah transfer
yang KPM sedang jalankan di seluruh Malaysia, di mana ia memerlukan enforcement bagi modul sekolah
amanah yang sangat aktif membuat kursus dalaman berkaitan dengan PdP menurut garis panduan yang
telah ditentukan oleh KPM. Guru perlu melakukan dokumentasi ketika sedang mengajar di dalam kelas dan
pemantauan akan dilakukan. Pentadbir sekolah masuk ke dalam kelas dan duduk dua masa atau satu jam
kelas untuk mendengar apa yang guru lakukan di dalam kelas. Tambah cikgu Idayu, sekolah amanah juga
mempunyai pencerapan di mana pentadbir akan berikan tarikh dan guru perlu bersedia untuk menjalankan
PdP di kelas tersebut. Jika guru lemah, pentadbir akan letakkan cikgu dalam kumpulan pemulihan kerana
sekolah amanah mempunyai sistem sokongan. Kumpulan ini akan dibantu oleh rakan guru yang mendapat
markah rendah bagi Formal Learning Observation (FLO). Pentadbir sekolah cikgu Idayu menjalankan
rutin khas dengan memantau kawasan sekolah dan kelas serta menggunakan budi bicara (psikologi). Cikgu
Idayu mengatakan jika guru di sekolahnya dipanggil untuk menghadap pengetua atas kesalahan tatatertib,
beliau akan memberi nasihat dan tidak menggunakan kekerasan walaupun apabila ada guru yang
menentang. Pentadbir sekolah cikgu Idayu melaksanakan enforcement penguatkuasaaan modul sekolah
amanah yang sangat berbeza dengan sekolah harian biasa. Untuk FLO dan markah prestasi guru, dalam
tempoh tiga tahun ada kursus dalaman setiap bulan (sekurang-kurangnya sebulan dua kali), ada satu CPD
iaitu kursus dan bengkel. Kalau untuk middle leader, guru juga dipilih untuk menjadi buddy support system.
Guru-guru lain wajib menghadiri kursus pengurusan pada pertengahan tahun sekali dan akhir tahun sekali.
Kursus diuruskan oleh Middle Leader (ML). Cikgu Idayu merasakan kejayaan sekolah yang keenam tercapai
kerana para guru mematuhi segala yang sekolah amanah telah gariskan dalam tahun kelima dan apa yang
perlu dicapai oleh sekolah. Cikgu Idayu menganggap pentadbir sekolahnya buat bersungguh-sungguh seperti
apa yang ada dalam modul sekolah amanah dan hasilnya memang berkesan.
Cikgu Idayu meneruskan perbualannya. Beliau berkata selain kebaikan, terdapat
keburukannya seperti beban kerja terhadap guru di mana guru bertindih dengan tugas
pengurusan sekolah dan orang yang sama juga perlu fikir tentang PdP, kokurikulum,
bagaimana ingin menghantar murid pergi mewakili sekolah, wakil daerah, wakil negeri,
semuanya terpaksa ditanggung oleh guru yang sama. Bagi cikgu Idayu, label sekolah amanah
sebenarnya berat kerana tanggungjawab untuk selesaikan semua yang dikehendaki dalam
modul sekolah amanah dan memerlukan persediaan yang sangat banyak. Pada pendapat
cikgu Idayu, ia boleh menimbulkan stress kepada guru kerana persekitaran dan
tanggungjawab guru sekolah amanah jauh beza dengan guru sekolah harian. Di akhir
perbualan, cikgu Idayu menyatakan hanya itu sahaja keburukan yang timbul walaupun
pencapaian sekolahnya sepanjang PdP adalah sangat baik. Saya berterima kasih kepada
cikgu Idayu dan beliau dengan merendah diri serta berbesar hati mengatakan yang beliau
sangat gembira dapat membantu dalam perkongsian pendapat dan mengucapkan selamat
maju jaya kepada saya.
Cerita 8 :
Guru terakhir yang sempat ditemu bual ialah seorang guru besar berpangkat DG41 yang telah berkhidmat
selama 35 tahun iaitu encik Mohamad Yusri bin Mohamad Yusof, guru besar SK Telok Bakong. Setiap hari,
beliau perlu berulang-alik dari rumah di Seri Iskandar ke sekolah yang jaraknya 20 kilometer dan akan
keluar seawal 6:30 pagi untuk menghantar anak-anaknya yang bersekolah di SMK Seri Iskandar sebelum
beliau sampai di sekolahnya. Sekali pandang, wajah guru besar ini nampak garang tetapi apabila telah
memulakan perbualan, beliau mudah diajak berbual secara santai, cool dan bersahaja.
Encik Yusri pernah mengajar mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris darjah Satu sampai darjah
Enam mengikut silibus subjek. Beliau menekankan kreativiti seseorang guru itu penting bagi setiap kelas
yang diajar. Apa jua cara boleh digunakan oleh guru untuk menarik perhatian murid dalam
mengembangkan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) murid-murid suka pada mata pelajaran tersebut.
Apabila mengajar Matematik, beliau tahu ramai anak muridnya lemah dalam congak terutamanya congak
darab dengan bahagi. Salah satu cara yang encik Yusri lakukan untuk mengatasi masalah ini adalah
setiap pagi apabila guru-guru masuk kelas Matematik, mereka perlu menyediakan satu jadual bagi darab
satu sampai darab 12 walaupun cara itu sebenarnya pernah digunakan suatu ketika dahulu. Guru akan
minta murid-murid membaca secara hafalan supaya apabila murid-murid berhadapan dengan soalan-
soalan yang melibatkan darab dengan bahagi, maka ia menjadi mudah bagi mereka apabila telah
menghafal congak bahagian darab.
Encik Yusri menerangkan, “Katakanlah setiap hari Isnin, baca darab dua, darab tiga, darab empat.
Kemudian, seterusnya hari Selasa, darab lima, enam. Hari Khamis darab tujuh, lapan dan seterusnya
sampai murid-murid ini dapat menghafal tanpa melihat. Maknanya benda ini semua dalam kepala murid.
Bila cikgu-cikgu uji dia secara bersemuka, dia boleh baca darab tapi kita takkan harap semua murid
seratus peratus dalam kelas itu dapat membaca sifir secara lancar. Strategi ini sebenarnya dicuba di
sekolah saya di SK Telok Bakong dan nak kata berjaya tu tak juga sebab ada juga murid-murid yang
lemah dalam hafalan, terutamanya murid yang mempunyai masalah pembelajaran. Tapi guru akan bagi
congak yang mudah.”
Sambung encik Yusri, “Contoh macam darab dua, tiga, empat, lima, saya boleh katakan hampir 95 peratus boleh
menghafal tetapi darab enam hingga 12 yang bermasalah sebab melibatkan nombor besar tapi tiada masalah bagi
murid-murid yang pandai sebab mereka dapat hafal dengan begitu mudah sekali. Ini sangat berguna bagi terutama
bagi murid-murid darjah Enam yang mengambil peperiksaan UPSR dalam menyelesaikan soalan-soalan yang
diberikan yang melibatkan soalan-soalan darab dan bahagi.” Encik Yusri menyatakan bahawa satu cara lagi untuk
hafalan congak darab adalah menggunakan lagu yang melibatkan congak darab. Kebiasaannya, lagu akan dipasang
setiap kali guru tersebut masuk ke dalam kelas sebelum memulakan PdP dan lagu dimainkan berulang-ulang kali. Ini
antara kaedah dengar dan hafal, salah satu cara yang agak berkesan terutamanya untuk murid-murid darjah Tiga,
darjah Empat dan darjah Lima. Encik Yusri berharap agar murid-murid sekolahnya dapat menguasai hafalan darab
dari usia yang muda. Encik Yusri telah mencuba kedua-dua kaedah tersebut iaitu jadual sifir dan lagu dan beliau
mendapati kesannya agak baik. Guru lebih fokus terhadap murid-murid yang lemah dengan memberikan soalan-
soalan berbentuk tambah dan tolak supaya mereka mahir membuat soalan-soalan sebegini jika dibandingkan dengan
soalan-soalan yang melibatkan bahagi dan darab, contohnya soalan pecahan dan juga perpuluhan.
Menurut encik Yusri, satu lagi mata pelajaran yang banyak mendatangkan masalah kepada murid-murid terutamanya
murid-murid yang mengambil peperiksaan UPSR adalah mata pelajaran Bahasa Inggeris dalam PdP dan masalah ini
sering dihadapi bukan saja di sekolah SK Telok Bakong, malah berlaku di sekolah-sekolah lain juga. Di antara strategi
yang encik Yusri gunakan bagi menangani kelemahan murid-murid dalam soalan membina ayat dan soalan
bergambar ialah beliau memohon guru-guru Bahasa Inggeris memperbanyakkan “grammaricing” pada murid-murid
sejak di peringkat awal lagi terutamanya murid tahap dua yang terdiri daripada darjah Empat sehingga darjah Enam.
Guru-guru melatih murid-murid untuk membina ayat. Kaedah ini cukup sukar bagi murid-murid yang lemah
penggunaan bahasa Inggerisnya. Gambar-gambar dipilih daripada keratan akhbar ataupun di dalam Internet untuk
melatih murid-murid membina ayat. Selain itu, soalan-soalan UPSR yang lepas digunakan sebagai latihan. Encik
Yusri membentuk satu kumpulan yang terdiri daripada guru-guru Bahasa Inggeris untuk mencari bahan-bahan yang
melibatkan gambar yang digunakan oleh murid-murid untuk membina ayat yang betul berdasarkan situasi.
Kata encik Yusri, “Katalah kita bagi murid-murid satu situasi yang menggambarkan temasya tahunan. Kita mahu
murid-murid meneliti gambar dengan baik, kemudian melihat situasi sebenar yang berlaku dalam gambar itu dan
apa yang terjadi ataupun yang melibatkan individu yang berada di dalam gambar tersebut yang kita boleh gunakan
untuk membina ayat-ayat yang sesuai dengan temasya sukan. Satu contoh lagi saya berikan adalah murid perlu
menggambarkan apa seorang ibu sedang buat di dapur, memasak ke. Situasi-situasi sebenar sering berlaku
dalam kehidupan murid-murid dan saya cuba strategi ini untuk melatih murid-murid membina ayat yang betul
supaya mereka terbiasa dengan pembinaan “grammar” dan ejaan yang tepat.” Strategi ini pernah digunakan oleh
sekolah-sekolah yang mencapai keputusan yang cemerlang. Encik Yusri menjadikan sekolah-sekolah yang telah
berjaya sebagai contoh di mana murid-murid memerlukan banyak latihan yang berterusan dan konsisten serta
meminta guru-guru memperbanyakkan “spelling lesson” untuk mengurangkan “grammatical error”.
Encik Yusri sentiasa berpegang dengan kata-kata “di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.” Ini antara strategi
yang encik Yusri dan guru-guru sekolahnya telah gunakan ke atas murid-murid yang bakal menduduki peperiksaan
UPSR. Encik Yusri percaya guru-guru di sekolahnya boleh memperbaiki lagi PdP mereka sehingga ke tahap yang
lebih baik dan memuaskan. Kepimpinan instruksional yang baik dapat meningkatkan kualiti pengajaran guru.
Kepimpinan instruksional beliau sebagai guru besar sekolah rendah terserlah. Beliau membantu menaikkan nama
sekolah mengikut merit dan aras yang ditetapkan KPM, menasihati guru yang dikenakan tatatertib dengan
bijaksana supaya tidak mengulangi kesalahan yang sama, seorang yang merendah diri, membeli peralatan
sekolah, mengecat dan mencantikkan persekitaran sekolah, memberikan hadiah kepada semua guru sekolahya
ketika Hari Guru, selalu belanja guru-guru dan pekerja bawahan makan sebagai tanda penghargaan terhadap jasa
dan komitmen mereka, memantau aktiviti guru ketika pelaksanaan PdP serta memberikan layanan yang baik dan
sama rata kepada guru-guru termasuklah pekerja bawahan seperti tukang kebun dan cleaner.
Cerita 9 :
Saya telah menemubual seorang guru yang bernama cik Juliana binti Muhammad Tajuddin yang berpengalaman
mengajar selama 12 tahun. Beliau sekarang ini mengajar di SMK Pekan Baru, Parit Buntar, Perak. Cikgu Juliana
banyak melakukan PdPr secara atas talian menggunakan video animasi yang direka olehnya sendiri sehingga beliau
terpilih sebagai guru terbaik PdPr peringkat negeri Perak. Kreativiti, inovasi, dedikasi, kemahuan, inspirasi dan
bijaksana adalah antara perkataan yang menggambarkan personaliti guru inovasi PdP ini. Cikgu Juliana menggunakan
pendekatan bermain sambil belajar dalam suasana yang menyeronokkan. Beliau selalu menunjukkan videonya pada
murid-murid. Video-video cikgu Juliana sangat menarik. Beliau juga membuatkan PdP dan tutorial Bahasa Inggeris
menjadi sangat mengujakan dengan caranya yang tersendiri kerana masih terdapat segelintir pelajar sekolah rendah
dan sekolah menengah yang lemah penguasaannya dalam Bahasa Inggeris. Semua anak murid cikgu Juliana amat
menyayangi dan menghormati guru mereka serta selesa berdamping dengan guru.
Pembinaan dan penggunaan bahan bantu mengajar dalam proses PdPc cikgu Juliana sangat interatif seperti
penggunaan bahasa isyarat, susunan kad abjad untuk membina perkataan dan membaca, perbincangan berkumpulan,
permainan snake and dice, memancing perkataan yang betul, lakonan puppet yang menghiburkan, membuat kraf
dengan bahan-bahan terbuang yang boleh dikitar semula, menghias kelas dengan warna-warni dan perkataan-
perkataan Bahasa Inggeris, jadual dan carta grammar. Segalanya berwarna-warni, jadi ia tidak membuatkan pelajar
kebosanan. Cikgu Juliana berkata beliau mula membina alat dan bahan bantu mengajar sejak menjadi guru pelatih
zaman melakukan praktikal. Beliau ingin membina bahan lain dari yang lain di mana cara itu lebih praktikal dan
menjimatkan kos. Cikgu Juliana pernah bertugas di kawasan pedalaman di mana tiada sumber bahan bantu mengajar
yang cukup, jadi beliau terpaksa menggunakan kreativiti sendiri mencipta bahan bantu mengajar menggunakan bahan
terbuang.
Beliau pernah melibatkan diri dalam pertandingan inovasi. Cikgu Juliana bercerita “Pada tahun 2013, seorang pegawai
JPN Perak telah membuat lawatan ke sekolah. Beliau memperkenalkan pertandingan inovasi dan menggalakkan saya
menyertainya.” Di antara kejayaan dan pencapaian beliau ialah silver award bagi pertandingan Guru Inovatif negeri
Perak 2013 dan 2014, gold award bagi pertandingan Guru Inovatif negeri Perak 2015, gold award and best innovation
bagi
pertandingan Guru Inovatif Daerah Kerian 2018, gold award bagi pertandingan Guru Inovatif JPN Perak
2021 dan anugerah Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Perak. Cikgu Jualiana juga telah
berkongsi bahan bantu mengajarnya di Seminar SMR Group Native, “Best Sharing Practise”, Seminar
SMR Group Native Speaker, pameran dan pembentangan bahan inovasi, kursus dan bengkel BBM
bersama guru bukan opsyen, guru prasekolah dan guru LINUS. Beliau memuat naik semua videonya di
saluran YouTube sendiri iaitu TheQuirkyMsJueTV. Ramai yang memuji cikgu Juliana kerana videonya
boleh digunapakai oleh ibu bapa untuk mengajar anak-anak mereka serta bahan yang mudah untuk
difahami.
Karakter beliau yang ceria dan tidak kekok ketika di hadapan kamera mencuit perhatian sesiapa sahaja
yang menonton video. Ia membuatkan murid-murid sangat bersemangat untuk belajar. Cikgu Juliana
berseloroh, “Kalau tak cuba, macamana nak tau kemampuan kita, kan?” Beliau terharu dengan
sokongan rakan-rakan guru yang sanggup mencuba walaupun segan. Ramai yang meminta cikgu
Juliana buat video untuk murid-murid Tahap Satu, gabungan cikgu Juliana dengan rakan-rakan guru
Bahasa Inggeris yang sporting, guru prasekolah dan guru pemulihan sekolahnya. Saya mendoakan
agar cikgu Juliana meneruskan minat menghasilkan bahan bantu mengajar yang berkualiti dan usaha
murninya dalam mendidik anak bangsa serta tidak berhenti berkongsi ilmu yang bermanfaat.
E. Ulasan Pengkaji kepada scenario strategi yang telah diperoleh daripada temu bual.
Pertama,hasil temu bual kami terhadap enam orang guru terhadap strategi pengajaran mahupun program yang
memberi kesan kepada pencapaian murid,kami mendapati guru Besar mahupun tuan pengetua mampu bertindak
sebagai agen perubahan dan mampu merangsang guru-gurunya untuk berubah dengan menggilap bakat dan dapat
mengembangkan potensi guru-guru serta memberi perhatian kepada suasana tempat kerja yang baik menyebabkan
guru-guru komited dan bermotivasi dalam profesional mereka
Kedua,kami juga mendapati,seorang guru besar mahupun pengetua dalam sesebuah sekolah seharusnya menjadi
penjana utama dan pembimbing kepada sesuatu perubahan. Hal ini menunjukkan tugas seorang pemimpin amat penting
dalam memastikan perubahan dalam masyarakat. Dalam usaha melakukan perubahan,seorang guru besar atau
pengetua menjalankan tugasnya untuk mentadbir dan memimpin sebuah organisasi pastinya terdapat pelbagai cara dan
pendekatan yang diambil untuk memastikan sesuatu perkara yang perlu dilaksanakan dapat dijalankan dengan
sempurna. Apatah lagi seorang guru besar atau pengetua instruksional yang mempunyai kepakaran dan kemahiran
serta mempunyai kualiti hasil kerja yang tinggi.
Ketiga,rumusan kami kepada temu bual enam orang guru ialah segala idea guru besar mahupun pengetua yang
dijelmakan dalam bentuk program hanya akan erjaya sekiranya mendapat sambutan daripada para guru.Misalnya
,program Task Force dan Ops Kepung yang dijalankan di kedua-dua sekolah bukan sahaja memberikan impak yang
memberangsangkan malah guru memberikan komitmen yang sepenuhnya hasil komunikasi pemimpin.Justeru,sebagai
pemimpin ,mereka perlu menjalin hubungan yang baik dengan guru.
Keempat,dalam menentukan keberkesanan sekolah, guru besar atau pengetua sebagai pemimpin di sekolah perlu
mempunyai kemahiran kepimpinan dan pengurusan yang profesional dan bermatlamat serta bijak merangka dan
melaksanakan strategi bagi memenuhi visi dan misi sekolah.Misalnya,guru besar mahupun pengetua berkomunikasi
dengan baik bagi
memastikan setiausahanya menjalankan tugas dengan baik dan seterusnya tanggungjawab diturunkan kepada
guru-guru.
Kelima,program-program pembangunan guru dan penambahbaikan dalam aspek mentoring, pengurusan bilik
darjah yang berkesan, peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran dan perkongsian pintar guru-guru
adalah antara perkara yang perlu ditekankan oleh guru besar atau pengetua. Selain itu dasar-dasar sekolah
juga perlu ditambahbaik bagi memberi ruang dan peluang untuk perubahan positif. Fokus penambahbaikan
sekolah lebih ditumpukan kepada segala apa yang memberi faedah kepada murid-murid, khususnya
peningkatan pembelajaran mereka dalam bilik darjah. Tindakan penambahbaikan sekolah ini memerlukan satu
perancangan yang sistematik dan perancangan ini dilaksanakan dan diurus secara berterusan dan dalam
penambahbaikan sekolah, aspek-aspek dalaman sekolah seperti hubungan, disiplin, nilai dan budaya dan
keadaan-keadaan yang membolehkan memberi kesan kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran di bilik
darjah perlulah dijadikan sasaran perubahan.
Akhir sekali,dapatan temu bual sembilan orang guru menunjukkan Kemahiran pengurusan dan proses
pengajaran dan pembelajaran terkini adalah sesuatu yang perlu dikuasai oleh guru besar mahupun pengetua
serta guru-guru dalam memastikan kecemerlangan akademik dan kurikulum. Hal Ini berkait rapat dengan
pencapaian dan kemenjadian pelajar kelak. Program perkembangan staf atau latihan dalam perkhidmatan
perlu dilaksanakan dari semasa ke semasa dan secara berterusan dan berkesinambungan bagi memastikan
guru-guru sentiasa memiliki keyakinan diri yang tinggi, ilmu pengetahuan terkini dan berada dalam keadaan
bersedia menghadapi arus perubahan pendidikan semasa.
Rujukan :
Blase, J., & Blase, J, (1998), Handbook of Instructional Leadership: How Really Good
Principals Promote Teaching and Learning, Thousand Oaks, CA, Corwin Press.
DeBevoise, W. (1984). Synthesis of research on the principal as Instructional Leader.
Educational Leadership, 41(5), 14-20
Drake, D. L., & Roe, W. H. (1986). The principalship (2"d ed.). New York: Random House.
Flath, B.(1989). The principal as instructional leader. ATA Magazines, 69(3), 19-22, 47-
49.
Hallinger, P & Murphy, J. (1985). Assessing the Instructional Management Behavior Of
Principals. The Elementary School Journal, 86 (2)
Hallinger, P. (2003). Leading educational change: Reflections on the practice of
instructional and transformational leadership. Cambridge Journal of Education, 33(3),
329–352.
Harris, A., Day, C., Hadfield, M., Hopkins, D., Hargreaves, A., & Chapman, C. (2003).
Effective leadership for school improvement. London: RoutledgeFalmer
Hayes, S.D. & Irby, B.J. (2019). Challenges in preparing aspiring principals for
instructional leadership: voices from the field. International Journal of Leadership
in Education,1–21.
http://pengetuagurubesar.blogspot.com/p/kepimpinan-instruksional.html
Hussein Mahmood. (1989). A Study of Principals Perception of their Competency Needs
in Instructional Leadership. PhD thesis, University of Michigan.
Hussein Mahmood (2008). Kepemimpinan Dan Keberkesanan Sekolah. Edisi Kedua.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Irby, B.J. & Lunenburg, F.C. (2014). The principalship: Vision to action. Australia: South-
Western
Jamaliah Abdul Hamid & Norashimah Ismail. (2005). Pengurusan & kepimpinan
pendidikan. Teori, polisi dan pelaksanaan. Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Serdang : Arnpang Press Sdn. Bhd.
Lashway, L. (2002). Developing Instructional Leaders. ERIC Digest 160 (July),
Clearinghouse on Educational Management, University of Oregon.
Mohd Yusri Ibrahim, & Aziz Amin. (2013). Model E-Kepimpinan, Komunikasi kumpulan
dan kepuasan kerja dalam kalangan pemimpin sekolah. Dlm. Seminar Nasional
Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke-20. Genting Highlands: Institut
Aminuddin Baki.
Ramaiah, A. L. (1995). Kepimpinan Pendidikan: Cabaran Masa Kini. Petaling Jaya: IBS
Buku Sdn. Bhd
Richardson, R, (1989). Developing friendship skills: Key to positive mainstreaming.
Journal of Humanistic Education and Development, 27(4), m.s. 138-151.
Sheppard, B. (1996). Exploring the transformational nature of instructional leadership.
Alberta Journal of Educational Research, 42(4), 325-344.
Zepeda, S.J. (2014). The principal as instructional leader :practical handbook. Larchmont,
Ny: Eye On Education.
Smith, W., & Andrews, R. (1 989). Instructional Leadership: How Principals Make a
Difference.Alexandria, VA: ASCM.
PENGHARGAAN
Salam sejahtera
Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah kami,Profesor Madya Dr NorAziah bt
Ismail,Pensyarah Kepimpinan Instruksional dalam Pendidikan,Universiti Sultan Azlan Shah kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan
beliau telah membuka ruang untuk kami menyiapkan kertas projek akhir ini dengan jayanya.
Ucapan penghargaan ini juga kami tujukan kepada Cikgu Zainal,Cikgu Loh, Cikgu Nor Akilah binti Ismail(bukan nama
sebenar),Cikgu Suresh Annamalai, Cikgu Radfizah binti Mat Dani dan tidak lupa Cikgu Mohd.Ali,cikgu Idayu,Cikgu Mohamad Yusri bin
Mohamad Yusof, dan Cikgu Jualiana atas Kerjasama dan komitmen yang dihulurkan serta menjadi responden kami
Akhir madah, kami mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara lansung mahupun tidak langsung dalam
menjayakan projek akhir kami iaitu “Cerita dari Tempat Kerja” ini.
Terima kasih..
Daripada
SaravananMarimuthu
AliceArputham
Mohd Khairul Amin Bin Khairani
TAMAT