INSTRUCTIONAL LEADERSHIP
1
INSTRUCTIONAL LEADERSHIP IN
EDUCATION
MED 7093
TUGASAN KUMPULAN:
CERITA DARI TEMPAT KERJA
SEMESTER II, 2021
NAMA : 1. SARAVANAN A/L MARIMUTHU (S20100719)
2. ALICE A/P ARPUTHAM (S20100720)
PENSYARAH : PROF. MADYA DR AZIAH BINTI ISMAIL
2
KERTAS PROJEK (30%)
KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL : Cerita dari Tempat Kerja.
A. Pengenalan Kepada Kepimpinan Instruksional
• Kepimpinan instruksional didefinisikan sebagai panduan khusus berkaitan dengan
peranan seorang pemimpin pengajaran (Flath, 1980).
• Kepimpinan instruksional juga didefinisikan secara amnya sebagai tindakan-tindakan
yang diambil oleh seseorang pengetua atau yang diturun kuasa untuk meningkatkan
perkembangan pembelajaran pelajar (Debevoise, 1984).
• Hallinger dan Murphy (1985) mendefinisikan kepimpinan instruksional sebagai apa
sahaja yang dilakukan oleh pengetua atau guru besar yang bertujuan untuk
meningkatkan kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran dan ke arah kemajuan
sekolah. Takrifan yang umum dan luas itu menunjukkan besarnya ruang lingkup yang
perlu dilaksanakan oleh pengetua sebagai pemimpin instruksional.
• Walaupun begitu, secara amnya, kebanyakan definisi mengenai kepimpinan
instruksional ini berkisar kepada elemen tingkah laku atau perbuatan pengetua yang
bertujuan untuk menambah baik amalan pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc),
meningkatkan kompetensi pengajaran guru dan meningkatkan pencapaian akademik Di
samping definisi yang pelbagai, terdapat satu model dan teori yang popular dalam
banyak kajian mengenai jenis kepimpinan instruksional ini.
• Teori dan model ini dipelopori oleh Hallinger dan Murphy (1985). Tingkah laku
kepimpinan instruksional dalam model ini dikatakan mempunyai tiga dimensi utama
3
iaitu a) menentukan matlamat sekolah, b) menguruskan program-program pengajaran,
dan c) mewujudkan iklim pembelajaran untuk meningkatkan pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan di sekolah (Hallinger & Murphy, 1985).
• Drake dan Roe (1986) mentakrifkan kepimpinan instruksional sebagai usaha untuk
merancang dan menyokong semua aktiviti yang terlibat dalam amalan pengajaran dan
pembelajaran ke arah pencapaian matlamat sekolah.
• kepimpinan instruksional juga dikatakan sebagai usaha-usaha yang diambil oleh
pemimpin sekolah untuk menyediakan inovasi kurikulum dan untuk
memperkembangkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan tujuan menjayakan
matlamat sekolah (Hussein, 1989).
• Malahan, kepimpinan instruksional juga ada dinyatakan sebagai kepimpinan yang mesti
menuju kepada pencapaian pelajaran dan menjadikan kualiti instruksional sebagai
keutamaan teratas, sekaligus kepimpinan yang mampu menjadikan visi sekolah satu
kenyataan (Richardson, 1989).
• Menurut Sheppard (1996), kepimpinan instruksional secara langsung merupakan entiti
yang terasing dari bidang pentadbiran tetapi berkaitan dengan tingkah laku pengetua
yang boleh diperhatikan seperti penyeliaan guru, penyeliaan bilik darjah, dan
pemantauan kemajuan murid.
• Hakikat itu disokong dengan kenyataan yang mengatakan bahawa kepimpinan
instruksional adalah gabungan penyeliaan pembangunan staf dan perkembangan
kurikulum (Blasé, 1998).
• Namun begitu, definisi tahun 2000-an banyak menambah elemen ICT dalam model
kepimpinan instruksional yang dipelopori oleh Hallinger dan Murphy pada tahun 1985.
4
Dalam hal ini, kepimpinan pengajaran dilihat dalam pengertian yang agak moden
berbanding dengan definisi era sebelum millenium (Lashway, 2002).
• Kepimpinan instruksional adalah menjadi tunjang utama dalam proses pendidikan dan
pengukuran prestasi sekolah (Hallinger, 2003).
• Manakala Hopkins (2003) menjelaskan, kepimpinan instruksional adalah pendekatan
kepimpinan yang mewujudkan peluang pembelajaran kepada murid dan guru.
• Kepimpinan pengajaran ditakrifkan bukan sahaja sekadar menetapkan matlamat
sekolah, menyediakan sumber untuk pembelajaran, mengurus kurikulum, mengawal
rancangan pengajaran serta membuat penilaian guru, tetapi ia turut diaplikasi dengan
menggunakan teknologi terkini dalam tingkah laku kepimpinan instruksional mereka.
Begitu juga dengan model kepimpinan instruksional baharu yang memasukkan elemen
ICT dalam rangka definisi Kepimpinan instruksional yang baharu (Yusri & Aziz, 2013).
• Kepimpinan instruksional boleh didefinisikan secara amnya sebagai pengaruh
tingkah laku pengetua terhadap pengajaran danpembelajaran (Zepeda,2014).
• Menurut Brazer dan Bauer (2013), kepimpinan instruksional adalah usaha yang
dijalankan untuk menambah baik pengajaran dan pembelajaran murid di sekolah
melalui pengurusan yang efektif, menangani cabaran yang disebabkan oleh
kepelbagaian,membimbing pembelajaran guru, serta memupuk pembelajaran secara
dalam kumpulan organisasi sekolah.
• Oleh itu, pengetua seharusnya mempunyai kemahiran pedagogi untuk mengurus
keperluan pembelajaran guru bagi mereka memenuhi keperluan murid yang pelbagai,
memantau pengajaran guru bagi memastikan ia mencapai hasil pembelajaran murid
yang telah ditetapkan dan juga terlibat sama dalam perancangan pedagogi guru di
dalam kelas (Irby &Lunenburg, 2014).
• Pengetua bertanggungjawab dalam membina pasukan guru yang proaktif dalam
mengetuai usaha-usaha untuk menambah baik pencapaian murid (Zepeda,2014).
5
• Pelbagai definisi telah ditakrifkan bagi kepimpinan instruksional sepanjang tempoh 30
tahun ini, tetapi kesemua definisi ini mempunyai persamaan tentang bagaimana amalan
kepimpinan pengetua seharusnya berfokuskan kepada hasil pembelajaran murid,
mempunyai kebolehan untuk kekal fokus terhadap pengajaran dan pembelajaran guru
serta membina kemahiran instruksional guru (Hayes & Irby,2019).
B. Kepentingan Kepimpinan Instruksional di Sekolah
• Ramaiah (1995) menyatakan peranan kepimpinan instruksional pengetua adalah reaktif,
iaitu sebagai pembimbing, penyelia dan penilai, pembekal sumber untuk menggalakkan
serta memperbaiki pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Beliau menjelaskan apa
yang diperlukan sekarang adalah satu konsep kepimpinan instruksional dalam konteks
kepimpinan yang lebih proaktif. Ini boleh menegakkan kewibawaan pengetua sebagai
pemimpin di sesebuah sekolah.
• Jamaliah dan Norashimah (2005), pula berpendapat kepimpinan instruksional pada hari
ini merangkumi kemahiran mengintegrasikan kehendak dan desakan dari luar sekolah
terhadap kualiti produk pengajaran dan kualiti proses pengajaran ke dalam sekolah.
Seseorang pengetua harus mampu menangani kedua-dua proses dan produk secara
serentak bagi membolehkan pengajaran dan pembelajaran sentiasa berciri relevan,
terkini, dan mantap.
•
Lokman (2007) pula menjelaskan, komponen pengurusan kurikulum pula
menyerlahkan peranan pengetua sebagai pemimpin pengajaran melalui tindakan seperti
menguasai pedagogi dan pembelajaran, responsif kepada masalah dan keperluan guru,
menggalakkan kreativiti dan perubahan dalam pengajaran, menanamkan semangat
berpasukan serta melaksanakan penyeliaan yang berterusan.
Beliau menambah, sebagai pemimpin pengajaran di sekolah pengetua adalah perancang
segala program akademik yang bertujuan memperbaiki kualiti pencapaian sekolah
dalam setiap peperiksaan kebangsaan.
• Seorang pemimpin instruksional mestilah memimpin ke arah pencapaian pelajaran
dan menjadikan kualiti instruksional sebagai keutamaan teratas dan mestilah mampu
6
menjadikan visi sekolah satu kenyataan. Kepimpinan instruksional merupakan
gabungan penyeliaan, pembangunan staf dan perkembangan kurikulum. Kepimpinan
instruksional melaksanakan pelbagai tugas seperti pencerapan di dalam bilik darjah,
pembangunan staf dan pembangunan kurikulum. (Smith dan Andrews, 1989).
• Kepimpinan instruksional adalah usaha-usaha yang diambil oleh pemimpin sekolah
untuk menyediakan inovasi kurikulum dan untuk memperkembang proses pengajaran
dan pembelajaran (PdP) dengan tujuan menjayakan matlamat sekolah. (Hussein, 1989).
• Kepimpinan instruksional memberi tumpuan kepada arahan dan tunjuk ajar, membina
komuniti pembelajaran, berkongsi sama dalam membuat keputusan, memelihara dan
mempertahan perkara-perkara asas, manfaat dan mengoptimumkan masa, menyokong
perkembangan staf yang berterusan, merancang semula sumber-sumber untuk
menyokong program sekolah.
• Kepimpinan instruksional ialah pemimpin sekolah yang mengambil peduli (cakna)
terhadap pengajaran guru dan pembelajaran pelajar serta perkembangannya dan
sentiasa membina suasana dan iklim pembelajaran yang kondusif di sekolahnya bagi
memacu kecemerlangan sekolah iaitu mencipta satu iklim integriti, inkuiri dan
penambahbaikan secara berterusan. (Brewer, 2001).
• Di sekolah, apabila sesuatu perubahan diperkenalkan, pengetua sebagai pemimpin
instruksional bertanggungjawab mengimplementasikan perubahan tersebut. Berjaya
atau gagal perubahan itu bergantung kepada pengetua sekolah (Hussein, 2008).
Pengetua mesti bersedia untuk menghadapi segala cabaran dan melaksanakan
perubahan demi kecemerlangan organisasi sekolah. Dalam buku Standard Kualiti
Pendidikan Malaysia gelombang 2 (SKPMg 2) oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti
telah digariskan bahawa pengetua adalah sebagai pemimpin instruksional yang akan
menerajui pelaksanaan kurikulum dan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang
menggalakkan pemupukan budaya belajar dalam kalangan muridnya.
7
• Berikut ialah rumusan kepentingan kepemimpinan instruksional di sekolah yang kami
peroleh melalui pembacaan daripada blog pengetuagurubesar :
• kepentingan kepemimpinan instruksional di sekolah seharusnya flleksibiliti dalam
membuat perubahan dan bersedia untuk membuat sesuatu yang baru demi pencapaian
akademik di sekolah. Apabila pembelajaran abad ke- 21 diperkenalkan, pemimpin
instruksional perlu bersedia untuk melaksanakannya dengan menyediakan prasarana
yang sesuai terutamanya keperluan fizikal kelas seperti susun atur perabot
• Pemimpin instruksional juga akan membuat keputusan bertujuan untuk
memastikan pencapaian positif murid-murid. Semua program yang di atur perlulah
boleh menunjukkan kemenjadian murid dari pelbagai aspek seperti kurikulum dan
kokurikulum.
• kepentingan kepemimpinan instruksional di sekolah ialah menganalisa data dari
pelbagai sumber dan menggunakan data tersebut untuk membuat keputusan. Hasil
keputusan peperiksaan perlu di analisis seterusnya di buat post-mortem untuk melihat
di mana kelemahan murid-murid dan guru-guru dalam topik-topik yang tertentu.
• Pemimpin instruksional perlu menggunakan teknologi terkini dengan efektif untuk
meringankan tugas guru-guru dan menyediakan komunikasi yang lebih efektif
• Pemimpin instruksional perlu memahami perbezaan individu di kalangan guru-
guru dan murid dan menyediakan peluang untuk memenuhi keperluan mereka.
Kurikulum dalam abad ke 21, menuntut guru-guru untuk membuat pilihan tentang
apakah yang penting pada masa kini untuk menyediakan modal insan pada masa
hadapan. Untuk merealisasikannya, guru-guru banyak menggunakan peralatan ICT,
jadi sebagai Guru Besar / Pengetua perlulah menyediakan kelengkapan yang lengkap
bagi tujuan tersebut.
8
• Guru Besar / Pengetua yang berperanan sebagai pemimpin instruksional juga perlu
memastikan guru-guru yang senior mendapat bimbingan yang berterusan dari guru-
guru muda yang dilantik .
• Pemimpin instruksional akan sentiasa memudahkan dan bersepakat dalam
melaksanakan tugas berbanding dengan menggunakan kuasa yang ada.
• kepentingan kepemimpinan instruksional di sekolah juga mengambil kira pandangan
semua pihak dalam proses membuat keputusan.. Keputusan yang dibuat bukan untuk
kepentingan sendiri dan mematuhi semua prosedur-prosedur yang telah ditetapkan.
• Pemimpin instruksional memberikan inspirasi, meyakinkan dan berupaya untuk
mempengaruh melalui tindakan dan sikap. Peranan guru dalam abad ke 21 agak
mencabar, kerana guru-guru perlu menguasai pedagogi, menguasai silibus, penggunaan
“toolkit” abad ke 21 dan guru-guru sendiri berperanan sebagai pembimbing dan
pemudahcara kepada murid-murid. Jadi pemimpin instruksional perlu sentiasa
memberikan motivasi dan inspirasi kepada guru-guru untuk memastikan PdPc abad ke
21 menjadi amalan mereka.
9
C. Latar Belakang individu yang ditemu bual.
1. Cikgu Zainal Abidin bin Hadzir, 49 tahun merupakan seorang guru di Sekolah
Menengah Kebangsaan Pengkalan Aur , Taiping. Selain mengajar subjek Sains, Cikgu
Zainal cukup aktif dalam bidang kokurikulum dan dilantik sebagai jurulatih untuk
beberapa aktiviti, antaranya ialah jurulatih catur.Negeri Perak.Beliau yang sebelum ini
pernah bekerja dalam sektor swasta ,telah bergelar pendidik selama 19 tahun dan
memilih pendidikan kerana mahu melahirkan generasi murid berilmu."Saya sangat
berminat dengan pengucapan awam sejak di bangku sekolah lagi dan berpegang teguh
kepada prinsip 'pantang undur sebelum berjuang, gagal bukan pilihan.' Cikgu Zainal
dikenali sebagai seorang guru yang tegas tetapi peyayang dalam mendidik anak-anak
murid. Oleh sebab itulah beliau diberi mandat untuk menjadi guru disiplin pada tahun
kedua perkhimatan beliau di SMKPA iaitu pada tahun 2011 sehingga kini.Ketegasan
beliau dalam mendidik anak muridnya khususnya dalam mata pelajaran Sains
menunjukkan peningkatan keputusan sama ada dari segi kualiti atau kuantiti saban
tahun dalam mata pelajaran tersebut.Tambah beliau yang pernah berkhidmat di bawah
empat orang pengetua menyatakan setiap pengetua mempunyai kepimpinannya yang
tersendiri dalam memacu kejayaan sekolah.
2. Ketua Panitia Pendidikan Islam Menengah Rendah merangkap Penyelaras Program
Kecemerlangan Akademik Menengah Rendah, Cik Nor Akilah binti Ismail(bukan
nama sebenar) berkata, walaupun baru lapan tahun menceburi dunia pendidikan tetapi
impiannya besar dalam melahirkan generasi ummah terbaik."Saya mahu membentuk
generasi ummah terbaik pada masa hadapan, terdidik dengan ilmu pengetahuan Islam,
akademik, akhlak dan kemahiran yang cukup," jelasnya.Selain mengajar subjek
Pendidikan Islam, Cik Nor Akilah binti Ismail juga terlibat dalam latihan
pertandingan.Beliau seorang guru yang sangat komited dan aktif dalam pertandingan
luar dan berpegang teguh kepada konsep kesabaran, terutamanya dalam mendidik
10
pelajar.Saya tertarik dengan satu pepatah Inggeris, ‘if you love what you are doing, you
will never feel like working’," katanya yang akan menamatkan zaman bujangnya pada
akhir tahun ini.
3. Seterusnya,Puan Loh Yein Yooke anak jati negeri Johor tetapi telah meneroka hampir
semua negeri di Malaysia merupakan seorang guru yang sangat berpengalaman dalam
dunia pendididkan.Beliau telah berkhidmat sebagai guru selama 28 tahun.Kini ,beliau
menjawat jawatan sebagai Guru Kanan Bahasa di Sekolah Menengah Kebangsaan
Pengkalan Aur dan juga merupakan seorang guru Bahasa Melayu yang telahpun
mengajar subjek Bahasa Melayu selama 28 tahun.Kata beliau,pelbagai onak dan duri
diharungi dalam mendidik murid-murid terutamanya dalam subjek Bahasa
Melayu.Berketurunan Cina tetapi fasih berbahasa Melayu.Sifat keibuannya ,tambah
pula sikap kesabaran dalam mendidik murid-murid menyebabkan murid-murid amat
menyayangi dan menghormati beliau.Apabila ditanya tentang aspek kepimpinan
pengetua ,beliau tersenyum sambil menyusun kata-kata yang bakal menghiasi bibirnya
dengan teratur.Beliau yang pernah berkhidmat di bawah tujuh orang pengetua
mengatakan setiap kepimpinan pengetua ada keunikan dan keistimewaannya.
4. Pemilik nama penuh Suresh a/l Annamalai merupakan anak jati Perak yang mendapat
pendidikan awal di ST.George Institution ,Taiping Perak (1973-1976) dan ST.George
Secondary School (1977 - 1982). Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke
Maktab Perguruan Sultan Idris ( 1984 – 1988), sebelum menimba pengalaman sebagai
guru Bahasa Inggeris di Sekolah Kebangsaan Penderas,Temerloh Pahang (1989 - 1999)
selama 10 tahun.Kemudian,setelah mendirikan rumah tangga dengan pasangan pilihan
hatinya ,beliau bertukar ke SK Raja Ngah Ibrahim, Matang Perak(2000 hingga 2009)
Kini beliau telah berkhidmat di SK Taman Jana sebagai Guru Bahasa Inggeris, Beliau
aktif dalam pelbagai pertubuhan bukan kerajaan dan sebenarnya banyak pengalaman
kerja di bawah kepimpinan sebelas orang guru besar yang diperoleh beliau.Beliau
berkongsi banyak situasi suka duka di bawah pimpinan guru besar yang pelbagai ragam
dan perwatakan.Beliau akan menamatkan perkhidmatannya pada pertengahan tahun
2022.
11
5. Cikgu Radfizah binti Mat Dani ,44 tahun merupakan guru subjek Sains SK Taman
Jana,Kamunting Perak.Mendapat Pendidikan awal di SK Pinang Tunggal,Kelapa Batas
pada (1983 hingga 1989).Melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Dato’Bijaya
Setia (1990 hingga 1995) dan seterusnya ke Maktab Perguruan Raja Melewar ,Negeri
Sembilan dan mendapat ijazah dengan kepujian dalam Sastera dari Universiti Putra
Malaysia.Penempatan pertama adalah di SK Bawang Assan,Sibu Sarawak selama tiga
tahun(2003 -2006).Seterusnya,bertukar ke SK Changkat Lada (2007-2015).Kini,beliau
telahpun menjadi tenaga pengajar di SK Taman Jana selama enam tahun.Beliau
berkongsi pengalaman apabila kali pertama menapakkan kaki ke SK Taman Jana,beliau
terpukau melihat landskap dan iklim SK Taman Jana yang sangat cantik dan diurus
dengan baik.Tambah beliau yang mengakhiri slot pengenalan diri dengan
mengatakan…”memang layak pun SK Taman Jana dapat banyak anugerah di peringkat
negeri dan kebangsaan” dan memuji-muji mantan guru besar SK Taman Jana yang
sangat komited dalam memikul amanah dan tanggungjawab di samping kepimpinan
guru besar yang sedia ada yang lebih kepada sifat kebapaan .
6. Akhir sekali,guru yang sempat saya(Saravanan ) temu bual ialah guru kaunselor
sekolah iaitu Cikgu Mohd.Ali.SK Taman Jana merupakan sekolah pertama beliau dan
juga mahu merupakan sekolah terakhir beliau menamatkan dunia perguruannya .Kata
beliau,itu hanyalah angan-angan Mat Jenin yang mana beliau sedia maklum bahawa
seseorang guru akan ditukarkan ke sekolah lain atas tuntutan kerja.Kini memasuki
tahun ke-11 perkhidmatannya di SK Taman Jana berkongsi pelbagai kenangan manis
di bawah kepemimpinan dua orang guru besar iaitu Cik Nadzirah dan Tuan Haji
Meor.Sebagai guru kaunselor sekolah,beliau melihat sama ada Cik Nadzirah mahupun
Tuan Haji Meor mendukung satu aspirasi yang sama dalam menerajui pucuk pimpinan
SK Taman Jana.Cuma yang berbeza ialah stail kepimpinan masing-masing dan cara
mereka mendekati guru dan murid .Mengakhiri sesi perkenalan diri dengan jenaka
lucunya menyebabkan saya berasa selesa bersama-sama beliau untuk mengetahui
pelbagai strategi PdPC dan program kecemerlangan sekolah walaupun baru beberapa
bulan di sekolah tersebut.
12
D. Cerita-cerita dari lokasi tempat kerja.
Cerita 1:
Setiap pagi ,kelibat Cikgu Zainal akan kelihatan di pintu pagar sekolah menyambut
kahadiran murid-murid ke sekolah.Kebetulan pada hari Isnin ,saya bertugas bersama-sama
Cikgu Zainal di pintu pagar.Jadi saya mengambil peluang untuk memulakan bicara.Satu
persatu soalan saya ajukan secara berhemah kepada Cikgu Zainal.Soalan pertama yang saya
ajukan “Cikgu Zainal dah agak lama di SMKPA kan? Cikgu Zainal tak nak berubah angin ke
dengan mengajar di sekolah lain.?”Alice,saya dah seronok bekerja kat sini.Lagipun,saya dah
anggap warga SMKPA ni sebagai ahli keluarga.Pengetua pula seorang yang ‘sporting’,maksud
saya sedia meminjamkan telinganya untuk mendengar luahan dan keluhan guru-guru.Tak
pernah melenting dan ‘cool’.Tapi,pendekatan tuan pengetua kita yang sentiasa turun padang
bertanya khabar dan bermesra bukan sahaja dengan guru-guru malah murid-murid inilah yang
menyebabkan segala program yang dirancang beliau mendapat sambutan 100% yang mula
berkongsi satu persatu pendapatnya tentang tuan pengetua.Kata Cikgu Zainal lagi
“Alice….saya perasan,Tuan Haji Sahrir amat menekankan dua perkara ,pertama
solat ,kedua,program kecemerlangan.Sebab tu….setiap pagi saya diminta untuk memanggil
murid-murid tingkatan lima yang ponteng solat untuk dihukum..Beliau bukan nak saya rotan
mereka…..tapi beliau nak saya pastikan budak budak ni hamparkan sejadah dan solat pada pagi
tu di tapak perhimpuan….Memang berkesan cara tuan pengetua ni….yang mana saya
perhatikan tiada lagi murid tingkatan 5 yang ponteng solat atau kelas kepung.Dalam mesra ada
ketegasan…Cikgu Zainal menghabiskan kata-katanya sebelum berkongsi tentang strategi
PdPC dan program berimpak tinggi di bawah pimpinan Tuan Haji Sahrir.
Menurut Cikgu Zainal lagi,pelbagai program berimpak tinggi yang dilaksanakan di
SMKPA bertujuan membantu calon membuat persiapan awal bagi menghadapi SPM sekali gus
menjadi platform melonjakkan kecemerlangan sekolah pada tahap terbaik.Antara program
yang dijalankan adalah seperti Speed-up yang memberikan penekanan kepada calon dengan
subjek kritikal seperti Bahasa Melayu, Sejarah, Matematik dan mata pelajaran sains tulen.
13
Beliau berkata, program Cakna atau Kepung pula adalah memfokuskan peningkatan peratus
lulus dalam setiap mata pelajaran yang kebiasaannya dijalankan selepas waktu persekolahan
pada setiap Isnin hingga Khamis, setiap minggu.“Kami juga mengadakan program Quantum
Leap yang bertujuan menyasarkan peningkatan peratus A dalam sesuatu subjek dengan
tumpuan diberikan kepada pelajar yang mendapat gred A pada peperiksaan pertengahan
tahun.Kesannya,program yang dijalankan menunjukkan hasil yang memberangsangkan
apabila keputusan peperiksaan percubaan akan menunjukkan peningkatan dan yang paling
mengembirakan apabila keputusan peperiksaan SPM sebenar untuk semua mata pelajaran
menunjukkan peningkatan mendadak sejak beliau melaksanakan program-program ini apabila
beliau menjadi pengetua di sekolah kita.Memang saya akui ,mula-mula amat tertekan,sebab
banyak sangat program ,Alice..tapi apabila program-program ni memberikan impak positif
terutamanya untuk subjek sains…saya sangat gembira dan berpuas hati…menghabiskan kata-
katanya lalu kami sama-sama beredar ke bilik guru sebelum masuk ke kelas masing-masing.
14
Cerita 2:
Kesokan harinya,seperti janji temu yang diatur,saya berlari keanak-anakan menuju ke
pusat sumber sekolah kerana saya terlewat lima minit gara-gara terlalu leka mengajar murid-
murid 5STEM1.Sebaik sahaja tiba di pusat sumber sekolah,saya menyapa Cikgu Nor Akilah
yang sudahpun setia menanti kehadiran saya di ruang legar pusat sumber sekolah.Saya
mengambil tempat di sebelah Cikgu Nor Akilah sambil memohon maaf atas kelewatan
saya.Cikgu Nor Akilah dengan senyuman menghiasi bibirnya berkata “Tak apa Kak
Alice…Saya dah free …tak ada kelas dah…nak sembang sampai ke malampun boleh..kak,”
gurau Cikgu Akilah.Cikgu Akilah yang memang sedia maklum dengan tujuan janji temu kami
memulakan bicaranya dengan penuh sopan.Cikgu Akilah bukan sahaja Ketua Panitia
Menengah Rendah untuk mata pelajaran Pendidikan Islam malah merupakan Setiausaha
Program Kecemerlangan SPM.Tatkala bulan Februari menampakkan diri,sudah pasti telegram
program kecemerlangan bertali arus dengan pelbagai pesanan daripada Cikgu Akilah kepada
kami guru-guru mata pelajaran tingkatan lima termasuklah jadual Task Force dan Ops Kepung
serta Program Gemilang Ilmu atas arahan tuan pengetua.
Sebagai setiausaha program ,beliau menyusun jadual program dengan sebaik mungkin
agar memberikan keselesaan kepada semua guru yang terlibat setelah berbincang dengan tuan
pengetua kerana kata Cikgu Akilah pengetua sentiasa berpesan “Saya nak Cikgu Akilah tanya
cikgu-cikgu tentang jadual,bila mereka nak adakan kelas?Sebab saya tak nak mereka tertekan,
tapi pada masa yang sama saya nak program-program saya ni berjalan.”Program-program ini
akan dijalankan secara berfasa iaitu fasa 1( Februari hingga awal Mei),fasa 2 (Jun hingga
Ogos ) dan fasa 3 (September hingga awal November) .Dalam fasa 1,hanya murid-murid yang
gagal subjek BM dan Sejarah berdasarkan keputusan akhir tahun ,tahun sebelumnya akan
dikumpulkan pada waktu pagi mengikut jadual iaitu 7.30 pagi hingga 8.30 pagi bermula hari
isnin hingga khamis.Mereka dibimbing oleh guru senior mata pelajaran .”Program ini
merupakan program berimpak tinggi yang mana bilangan pelajar yang gagal kedua-dua mata
pelajaran berkurangan secara mendadak,” kata beliau.Manakala ,dalam fasa kedua program
Task Force,mata pelajaran matematik,sains dan Bahasa Inggeris akan dimasukkan.Tambah
15
Cikgu Akilah lagi,setiap kali program dijalankan,guru-guru yang terlibat perlu menyediakan
laporan tentang kelebihan dan kekangan program tersebut.
Berdasarkan dapatan laporan tersebut,penambahbaikan program dibuat. Slot dialog
prestasi yang dipengerusikan oleh tuan pengetua sendiri setelah selesai setiap fasa akan
membincangkan secara terperinci setiap kekurangan dan intervensinya.Cikgu Akilah juga
mengatakan bahawa tuan pengetua bukan seorang yang memberi arahan sebaliknya akan turun
padang untuk melihat sendiri perjalanan program.Beliau akan menitipkan kata-kata motivasi
setiap kali kelas task force bermula dan akan mencari sendiri murid-murid yang ponteng kelas
task force lalu ditegur secara berhemah .Program Gemilang Ilmu, Pecutan Akhir dan Gerak
Gempur SPM turut dijalankan membabitkan semua calon dengan pendedahan teknik
menjawab peperiksaan serta motivasi berfokus merangkumi persediaan mental dan fizikal,”
katanya lagi.Menjelaskan lebih lanjut, Cikgu Akilah berkata, setiap program yang merupakan
idea tuan pengetua dirangka bermatlamat meningkatkan penguasaan akademik, prestasi calon
dan kejayaan sekolah secara keseluruhan, di samping mendedahkan mereka dengan
persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan.Beliau menghabiskan perkongsiaan pada pagi
itu dengan menyatakan semula frasa yang pada kebiasaannya di sebut oleh tuan pengetua sama
ada dalam mesyuarat kurikulum mahupun dialog prestasi.“Lebih penting, calon perlu
menggunakan masa yang tinggal ini dengan sebaik mungkin, tingkatkan usaha, jangan leka
dan sentiasa ingat bahawa kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa usaha serta komitmen
berterusan ,“Kami juga berterima kasih kepada cikgu-cikgu kerana sentiasa memberikan
kerjasama serta menyokong usaha saya bagi menjalankan pelbagai aktiviti yang dapat
meningkatkan kecemerlangan pelajar SMKPA ini,” Cikgu Akilah melahirkan rasa
kesyukurannya kerana di bawah kepimpinan Tuan Haji Sahrir banyak pengalaman berharga
terutamanya dalam pelaksanaan program kecemerlangan yang ditimba dan berjanji akan
berkongsi pengalaman ini walau di mana beliau berada kelak.
16
Cerita 3:
Individu ketiga yang sempat saya temu bual ialah Puan Loh Yein Yooke,guru kanan
Bahasa SMKPA.Kali ini temu bual bersama-sama beliau saya gunakan medium telegram.Saya
sudahpun memaklumkan kepada Cikgu Loh tentang inti pati temu bual saya.Beliau
berkata,tuan pengetua amat mengutamakan program Guru Muda di samping program task
force,Ops Kepung dan Program Gemilang Ilmu.Program guru muda yang mula diperkenalkan
pada 2017 oleh tuan pengetua itu berkesan apabila pelajar cemerlang dalam setiap subjek
dilantik menjadi guru muda untuk membimbing rakan sebaya masing-masing.Beliau berkata,
guru muda terlebih dahulu dibimbing guru masing-masing sebelum mereka berkongsi ilmu
dengan pelajar lain ketika proses pengajaran dan pemudahcaraan (Pdpc) serta ketika kelas
persediaan.“Bahan pembelajaran disediakan guru, kemudian guru muda akan membimbing
rakan mereka dan pendekatan ini dilihat berjaya memberi kesan positif kepada prestasi serta
keputusan akademik pelajar.“Selain akademik, peranan guru muda juga berupaya membentuk
personaliti pelajar yang lebih berketerampilan, di samping menggilap kemahiran komunikasi
dan bakat kepemimpinan dalam diri pelajar,” katanya.
Pn.Loh juga mengatakan tuan pengetua bijak orangnya apabila beliau memastikan mata
pelajaran Bahasa Melayu sebagai perintis kepada program ini kerana beliau merupakan guru
Bahasa melayu Tingkatan empat.Apabila program ini menunjukkan impak yang tinggi yang
mana murid yang menjadi guru muda mendapat A+ dan A,dan gred purata mata pelajaran
menunjukkan penurunan daripada 4.53 kepada 2.76,secara tidak langsung,subjek-subjek lain
mengikut jejak panitia mata pelajaran Bahasa Melayu pada tahun 2018 .Malah,program ini
telah menjadi program utama setiap panitia.
Selain itu,Pn.Loh menjelaskan bahawa tuan pengetua mahu Program PLC
diperhebatkan memandangkan Pn.Loh ialah setiausaha PLC sekolah.Jadi,Pn.Loh Menyusun
jadual PLC yang mana setiap panitia perlu mengadakan PLC sekurang-kurangnya dua kali
sepenggal berkongsi strategi pengajaran yang berkesan.Pn.Loh juga sempat berkongsi tentang
pengisian Program Ops Kepung,cetusan idea tuan pengetua.Tuan pengetua mahukan program
yang dijalankan pada sebelah petang ,fokusnya adalah kepada ulang kaji sukatan pelajaran
tingkatan empat.Secara tidak langsung guru-guru dapat memastikan sukatan pelajaran
tingkatan empat diulang kaji sebagai persediaan menghadapi peperiksaan.Tambah Pn.Loh
17
lagi,semua program yang dirancang oleh tuan pengetua bukan indah dari khabar sebaliknya
memberikan kesan drastik kepada SMKPA yang mana gred purata SMKPA yang berada pada
mata 6 akhirnya berubah menjadi mata 4.
Pada pengamatan Pn.Loh yang amat berpengalaman dalam bidang pendidikan berkata
bahawa Tuan Haji Sahrir memiliki pengetahuan dan pengalaman yang tinggi berkaitan dengan
pendidikan kerana sebelum menjadi pengetua beliau pernah menjadi guru kanan mata
pelajaran,ketua warden asrama,penolong kanan kokurikulum,penolong kanan HEM dan
penolong kanan pentadbiran.Jadi,beliau serba tahu dan mempunyai pengetahuan dalam bidang
akademik, latar belakang murid dan masyarakat, masalah tingkah laku pelajar dan kakitangan,
kurikulum sekolah, pengurusan pejabat, konsep kepimpinan, hubungan komunikasi dan
masalah politik semasa. Oleh itu,sebagai G9 ,saya melihat Tuan Haji Sahrir sebagai seorang
pentadbir yang amat yakin atas keupayaan kepimpinannya. Oleh sebab itulah ,saya dapati
semua program peningkatan akademik yang dirancang oleh beliau berfokus dan memberikan
hasil yang amat baik terutamanya dalam mengurangkan GPS sekolah,kata Pn.Loh yang
mengakhiri sesi temu bual. .
18
Cerita 4:
Beralih pula kepada cerita dari tempat kerja SK Taman Jana.Saya (Saravanan) sempat
menemu bual tiga orang guru yang agak rapat dengan saya kerana saya baru sahaja beberapan
bulan di sekolah ini.Menurut Cikgu Suresh,yang merupakan antara guru senior di SK Taman
Jana, ,Tuan Haji Meor, guru besar SK Taman Jana ini seorang yang kreatif dalam memberikan
idea kepada guru-guru tentang strategi PdPc guru-guru supaya efektif. Beliau berkongsi kata-
kata Tuan Haji Meor setiap kali perjumpaan kecil diadakan pada setiap hari khamis iaitu
“Sebagai guru, perlu kreatif dalam mempelbagaikan strategi Pembelajaran dan Pemudahcaraan
(PdPc). Ini adalah bertujuan memberi murid kemahiran yang diperlukan untuk mereka menjadi
kreatif, kritis, belajar untuk berkolaboratif dan berkomunikasi menyampaikan idea mereka.
Cikgu diminta supaya tidak terikat dengan hanya satu-satu strategi. Pasti pelajar akan merasa
bosan,”
Seterusnya,beliau mengatakan guru besar sentiasa mengatakan bahawa kelancaran
aktiviti semasa PDPC dibantu oleh berapa banyak kalinya murid dilatih untuk 'PdPc bentuk
baharu'. Maka jangan berputus asa jika cubaan kali pertama cikgu gagal. Pelajar juga perlu
diberi peluang dan masa untuk mereka belajar membentuk kumpulan, melakukan tugasan,
membentang dan lain-lain. Laburkan sedikit masa sekarang, untuk masa depan yang lebih
menyenangkan.Tambah,Cikgu Suresh lagi,kepimpinan Haji Meor yang memberi penekanan
kepada strategi pengajaran guru dan pembelajaran murid sentiasa mengingatkan guru-gurunya
supaya arahan yang jelas kepada murid-murid perlu diberikan sekiranya guru-guru ingin
melihat hasil seperti yang dihasratkan.Pendekatan beliau yang menaruh kepercayaan kepada
murid-murid juga merupakan kunci kejayaan sekolah dalam mendapat keputusan yang
baik.Kata cikgu Suresh,Tuan Haji sentiasa berpesan “Belajarlah untuk memberikan
kepercayaan kepada murid. Percaya dengan kebolehan mereka. Percaya bahawa mereka boleh
lakukan, dan bimbing mereka jika perlu. Telah banyak keajaiban dilihat, dengan hanya sedikit
kepercayaan.”
Cikgu Suresh mengakui bahawa pendekatan strategi PdPC seperti yang disarankan oleh
Haji Meor menunjukkan hasilnya apabila keputusan peperiksaan UPSR untuk tiga tahun
berturut iaitu 2017,2018 dan 2019 menunjukkan peningkatan yang baik sama ada dari aspek
kuantiti mahupun kualiti.Cikgu Suresh mengakhiri sembang santai kami dengan falsafah Tuan
Haji Meor iaitu “Kembalikan semula hak murid untuk belajar. Hak murid untuk mencari dan
meneroka ilmu. Rangsang minat dan rasa ingin tahu murid. Seperti selalu, bukan ikan yang
19
hendak diberi, tetapi pancing dengan sendiri, supaya dapat lebih ikan yang mereka boleh
pancing selepas ini. Jika ini yang anda amalkan dalam bilik darjah,pasti semua akan berjaya.”
Jadi sebagai rumusan perbincangan saya dengan Cikgu Suresh,apa yang saya dapati daripada
Tuan Haji Meor ialah usaha beliau untuk mewujudkan iklim pembelajaran yang selesa
terutamanya dalam merancang strategi PdPC membuahkan hasil sehingga SK Taman Jana
terpilih sebagai sekolah kluster.
20
Cerita 5 :
Manakala , Cikgu Radfizah binti Mat Dani memulakan bicaranya dengan mengatakan
bahawa selain berdepan kesuntukan masa dan beban tugas hakiki, guru terpaksa bermain
dengan emosi.Tugas seorang pendidik bukan hanya mengajar di dalam kelas, datang sekolah
seawal jam 7 pagi dan pulang jam 2 petang tetapi amanah dan tanggungjawab yang dipikul
lebih besar ibarat seketul bongkah ais di permukaan lautan.Sejumlah bongkah air yang dilihat
di atas permukaan lautan itulah yang dianggap semua orang rutin kerjaya seorang guru, pada
hal 80 peratus yang di bawah permukaan itulah beban sebenar yang dipikul apatah lagi cabaran
pendidik masa kini yang terpaksa berperang dengan generasi dunia gajet.Beliau berpendapat
sedemikian kerana Tuan Haji Meor sentiasa mengingatkan guru-gurunya supaya
mengemaskinikan diri dengan ilmu ICT terkini.Beliau teringat akan kata-kata Tuan Haji Meor
“Cikgu,ingat walaupun kita nak bersara esok,kalau hari ini ,ada perubahan dalam dunia
ICT ,belajarlah cikgu selagi nyawa dikandung badan.”Beliau mahu setiap guru
mengaplikasikan penggunaan ICT dalam pengajaran kerana murid-murid berasa gembira dan
teruja belajar menggunakan ICT.Oleh sebab itu,beliau sanggup mengumpul dana untuk
menambahkan bilangan komputer di bilik akses.Malah,beliau juga telah mendapat sumbangan
daripada alumni sekolah untuk membeli dua buah LCD dan lima lagi LCD disumbang masing-
masing satu oleh PIBG sekolah dan empat lagi daripada badan NGO Taiping.Oleh itu,beliau
menggalakkan guru-guru menggunakan LCD untuk proses pengajaran dalam kelas.
Jadi,saya dapati pendekatan Tuan Haji Meor ini sememangnya merangsang minat
murid untuk belajar kerana saya perhatikan murid yang kerap tidak hadir sebelum ini mula
menghadirkan diri ke sekolah disebabkan mereka berpeluang bermain komputer.Selain
itu,Cikgu Radfizah mengatakan bahawa Tuan Haji Meor juga menggalakkan ahli-ahli panitia
supaya mengadakan PLC dengan lebih kerap. Beliau mengakui sejak PLC aktif dijalankan
dalam panitia sains berlakunya perkongsian kemahiran dan pengetahuan antara guru, membina
hubungan yang berkualiti, merancang program berfokus panitia sains seperti Task Force Sains
untuk murid yang mendapat markah di bawah 35 serta mengerakkan sumber sedia ada di
persekitaran dan berkongsi kepimpinan dalam merealisasikan visi dan misi panitia sains yang
selaras dengan visi dan misi sekolah.
Di samping itu,strategi Tuan Haji Meor menurut Cikgu Radfizah dalam meningkatkan
pencapaian murid adalah dengan memberikan hadiah .Sehubungan itu,kata Cikgu
Radfizah,Tuan Haji Meor sendiri membawa hamper ke rumah beberapa orang murid yang aktif
21
dalam PdPR pada fasa 1 lalu merakamkan gambar dan dimuat naik dalam group telegram
sekolah dan kelas.Impaknya,apabila sekolah ditutup untuk kali kedua ,kami dapati penglibatan
murid-murid dalam PdPR adalah lebih baik daripada kali pertama PdPR dilaksanakan.
22
Cerita 6:
Menurut kaunselor sekolah,Cikgu Mohd.Ali,guru besar bersama-sama kumpulan
pengurusan sekolah telah merancang pelbagai program peningkatan akademik dan
kokurikulum bertujuan untuk memastikan pencapaian positif dalam kalangan murid-murid
terutamanya murid kelas UPSR. Setiap kali selesainya sesuatu ujian atau peperiksaan,Tuan
Haji Meor akan menganalisis data yang diperoleh daripada ketua panitia mata pelajaran dan
menggunakan data tersebut untuk membuat banding beza keputusan tiga tahun kebelakangan.
Hasil keputusan peperiksaan akan dianalisis bersama-sama melalui mesyuarat Post
Mortem untuk mengenal pasti kelemahan murid-murid sebelum pelan intervensi yang sesuai
dirangka.Sebagai buktinya,untuk memastikan murid-murid kelas UPSR lulus Bahasa Melayu
,Bahasa Inggeris ,Matematik dan Sains , maka program Task Force dirancang dan dilaksanakan
yang mana semua murid yang gagal mata pelajaran tersebut akan dikumpulkan di bilik khas
selama satu jam pada setiap pagi bermula hari Isnin hingga Khamis untuk mendapatkan
bimbingan khusus daripada guru yang bertanggung jawab.
Sebagai ,guru kaunselor,Tuan Haji Meor telah meminta saya menjadi penyelaras
program ini.Walaupun pada fasa pertama pelaksanaannya,program ini seolah-olah tidak
menunjukkan impak.Namun setelah diteliti laporan program yang disediakan oleh guru-guru
yang terlibat,saya dan Tuan Haji Meor duduk berbincang dan menyediakan intervensi .Idea
‘tabung pagi’ yang diletakkan di kantin sekolah untuk mengutip sumbangan ikhlas guru-guru
bukan sahaja mendapat sumbangan daripada guru-guru malah staf sokongan , pekerja
kontraktor pembersihan dan pengusaha kantin turut menyumbang.Duit sumbangan ini akan
digunakan untuk membiayai sarapan pagi untuk murid-murid Task Force .Murid-murid task
force ini akan dikumpulkan di kantin untuk bersarapan sebelum mengikuti kelas Task Force
di pusat smber sekolah.Hasilnya,bilangan murid yang lulus dalam peperiksaan meningkat
secara mendadak.
Seterusnya,Cikgu Mohd Ali mengatakan Tuan Haji Meor pasti
akan memperuntukkan masa bersama-sama guru-guru dengan mengadakan ‘contact time’
pada setiap hari khamis.Beliau menyediakan ruang kepada kami untuk berkongsi masalah dan
mencari solusi .Malah beliau turut mewujudkan Group Telegram SKTJ bagi memudahkan
guru-guru dan staf sekolah menyalurkan sebarang perkongsian yang bermaklumat.Dalam pada
itu,beliau akan bertandang ke bilik guru sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk
memastikan kami bekerja dalam suasana yang menggembirakan.Keutamaan juga diberikan
23
dalam soal kebajikan guru dan staf yang mana beliau sentiasa bertanyakan khabar ahli keluarga
dan tidak lupa mengucapkan selamat hari jadi kepada guru-guru yang meraikannya pada setiap
bulan. Sikap ambil berat beliau ini menimbulkan nilai keseronokan bekerja dalam kalangan
warga sekolah.Malah,nilai kepercayaan yang diletakkan oleh beliau terhadap setiap guru
menyebabkan guru-guru tanpa keluh kesah menjayakan sebarang program kecemerlangan
yang dirancang.Jadi , tidak mustahillah,SK Taman Jana bukan sahaja sebuah sekolah kkuster
malah juga terpilh sebagai sekolah Transformasi 2025.
24
E. Ulasan Pengkaji kepada scenario strategi yang telah diperoleh daripada temu
bual.
Pertama,hasil temu bual kami terhadap enam orang guru terhadap strategi pengajaran
mahupun program yang memberi kesan kepada pencapaian murid,kami mendapati guru Besar
mahupun tuan pengetua mampu bertindak sebagai agen perubahan dan mampu merangsang
guru-gurunya untuk berubah dengan menggilap bakat dan dapat mengembangkan potensi guru-
guru serta memberi perhatian kepada suasana tempat kerja yang baik menyebabkan guru-guru
komited dan bermotivasi dalam profesional mereka
Kedua,kami juga mendapati,seorang guru besar mahupun pengetua dalam sesebuah
sekolah seharusnya menjadi penjana utama dan pembimbing kepada sesuatu perubahan. Hal
ini menunjukkan tugas seorang pemimpin amat penting dalam memastikan perubahan dalam
masyarakat. Dalam usaha melakukan perubahan,seorang guru besar atau pengetua
menjalankan tugasnya untuk mentadbir dan memimpin sebuah organisasi pastinya terdapat
pelbagai cara dan pendekatan yang diambil untuk memastikan sesuatu perkara yang perlu
dilaksanakan dapat dijalankan dengan sempurna. Apatah lagi seorang guru besar atau pengetua
instruksional yang mempunyai kepakaran dan kemahiran serta mempunyai kualiti hasil kerja
yang tinggi.
Ketiga,rumusan kami kepada temu bual enam orang guru ialah segala idea guru besar
mahupun pengetua yang dijelmakan dalam bentuk program hanya akan erjaya sekiranya
mendapat sambutan daripada para guru.Misalnya ,program Task Force dan Ops Kepung yang
dijalankan di kedua-dua sekolah bukan sahaja memberikan impak yang memberangsangkan
malah guru memberikan komitmen yang sepenuhnya hasil komunikasi
pemimpin.Justeru,sebagai pemimpin ,mereka perlu menjalin hubungan yang baik dengan guru.
Keempat,dalam menentukan keberkesanan sekolah, guru besar atau pengetua sebagai
pemimpin di sekolah perlu mempunyai kemahiran kepimpinan dan pengurusan yang
profesional dan bermatlamat serta bijak merangka dan melaksanakan strategi bagi memenuhi
visi dan misi sekolah.Misalnya,guru besar mahupun pengetua berkomunikasi dengan baik bagi
25
memastikan setiausahanya menjalankan tugas dengan baik dan seterusnya tanggungjawab
diturunkan kepada guru-guru.
Kelima,program-program pembangunan guru dan penambahbaikan dalam aspek mentoring,
pengurusan bilik darjah yang berkesan, peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran dan
perkongsian pintar guru-guru adalah antara perkara yang perlu ditekankan oleh guru besar atau
pengetua. Selain itu dasar-dasar sekolah juga perlu ditambahbaik bagi memberi ruang dan
peluang untuk perubahan positif. Fokus penambahbaikan sekolah lebih ditumpukan kepada
segala apa yang memberi faedah kepada murid-murid, khususnya peningkatan pembelajaran
mereka dalam bilik darjah. Tindakan penambahbaikan sekolah ini memerlukan satu
perancangan yang sistematik dan perancangan ini dilaksanakan dan diurus secara berterusan
dan dalam penambahbaikan sekolah, aspek-aspek dalaman sekolah seperti hubungan, disiplin,
nilai dan budaya dan keadaan-keadaan yang membolehkan memberi kesan kepada aktiviti
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah perlulah dijadikan sasaran perubahan.
Akhir sekali,dapatan temu bual keenam-enam orang guru menunjukkan Kemahiran
pengurusan dan proses pengajaran dan pembelajaran terkini adalah sesuatu yang perlu dikuasai
oleh guru besar mahupun pengetua serta guru-guru dalam memastikan kecemerlangan
akademik dan kurikulum. Hal Ini berkait rapat dengan pencapaian dan kemenjadian pelajar
kelak. Program perkembangan staf atau latihan dalam perkhidmatan perlu dilaksanakan dari
semasa ke semasa dan secara berterusan dan berkesinambungan bagi memastikan guru-guru
sentiasa memiliki keyakinan diri yang tinggi, ilmu pengetahuan terkini dan berada dalam
keadaan bersedia menghadapi arus perubahan pendidikan semasa.
26
Rujukan :
Blase, J., & Blase, J, (1998), Handbook of Instructional Leadership: How Really Good
Principals Promote Teaching and Learning, Thousand Oaks, CA, Corwin Press.
DeBevoise, W. (1984). Synthesis of research on the principal as Instructional Leader.
Educational Leadership, 41(5), 14-20
Drake, D. L., & Roe, W. H. (1986). The principalship (2"d ed.). New York: Random House.
Flath, B.(1989). The principal as instructional leader. ATA Magazines, 69(3), 19-22, 47-
49.
Hallinger, P & Murphy, J. (1985). Assessing the Instructional Management Behavior Of
Principals. The Elementary School Journal, 86 (2)
Hallinger, P. (2003). Leading educational change: Reflections on the practice of
instructional and transformational leadership. Cambridge Journal of Education, 33(3),
329–352.
Harris, A., Day, C., Hadfield, M., Hopkins, D., Hargreaves, A., & Chapman, C. (2003).
Effective leadership for school improvement. London: RoutledgeFalmer
Hayes, S.D. & Irby, B.J. (2019). Challenges in preparing aspiring principals for
instructional leadership: voices from the field. International Journal of Leadership
in Education,1–21.
http://pengetuagurubesar.blogspot.com/p/kepimpinan-instruksional.html
Hussein Mahmood. (1989). A Study of Principals Perception of their Competency Needs
in Instructional Leadership. PhD thesis, University of Michigan.
Hussein Mahmood (2008). Kepemimpinan Dan Keberkesanan Sekolah. Edisi Kedua.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Irby, B.J. & Lunenburg, F.C. (2014). The principalship: Vision to action. Australia: South-
Western
Jamaliah Abdul Hamid & Norashimah Ismail. (2005). Pengurusan & kepimpinan
pendidikan. Teori, polisi dan pelaksanaan. Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Serdang : Arnpang Press Sdn. Bhd.
Lashway, L. (2002). Developing Instructional Leaders. ERIC Digest 160 (July),
Clearinghouse on Educational Management, University of Oregon.
Mohd Yusri Ibrahim, & Aziz Amin. (2013). Model E-Kepimpinan, Komunikasi kumpulan
dan kepuasan kerja dalam kalangan pemimpin sekolah. Dlm. Seminar Nasional
Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke-20. Genting Highlands: Institut
Aminuddin Baki.
27
Ramaiah, A. L. (1995). Kepimpinan Pendidikan: Cabaran Masa Kini. Petaling Jaya: IBS
Buku Sdn. Bhd
Richardson, R, (1989). Developing friendship skills: Key to positive mainstreaming.
Journal of Humanistic Education and Development, 27(4), m.s. 138-151.
Sheppard, B. (1996). Exploring the transformational nature of instructional leadership.
Alberta Journal of Educational Research, 42(4), 325-344.
Zepeda, S.J. (2014). The principal as instructional leader :practical handbook. Larchmont,
Ny: Eye On Education.
Smith, W., & Andrews, R. (1 989). Instructional Leadership: How Principals Make a
Difference.Alexandria, VA: ASCM.
28
PENGHARGAAN
Salam sejahtera
Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada
pensyarah kami,Profesor Madya Dr NorAziah bt Ismail,Pensyarah Kepimpinan
Instruksional dalam Pendidikan,Universiti Sultan Azlan Shah kerana dengan tunjuk ajar
serta bimbingan beliau telah membuka ruang untuk kami menyiapkan kertas projek akhir
ini dengan jayanya.
Ucapan penghargaan ini juga kami tujukan kepada Cikgu Zainal,Cikgu Loh, Cikgu
Nor Akilah binti Ismail(bukan nama sebenar),Cikgu Suresh Annamalai, Cikgu Radfizah
binti Mat Dani dan tidak lupa Cikgu Mohd.Ali atas Kerjasama dan komitmen yang
dihulurkan serta menjadi responden kami
Akhir madah, kami mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara
lansung mahupun tidak langsung dalam menjayakan projek akhir kami iaitu “Cerita dari
Tempat Kerja” ini.
Terima kasih..
Daripada
SaravananMarimuthu
Alice Arputham
29
30